Upload
azam-bin-ayub
View
237
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
BMR3996
Citation preview
KAJIAN KEBERKESANAN KAEDAH KOPERATIF
BERBANDING KAEDAH TRADISIONAL DALAM
BAHASA MELAYU PENULISAN
WAN SAMSURI BIN WAN MOHAMAD
Projek Ilmiah ini dikemukakan sebagai keperluan bagi memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
2015
i
PERAKUAN
“Saya mengaku kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan nukilan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tarikh : 22 NOVEMBER 2015 ………………………………………………..
( WAN SAMSURI BIN WAN MOHAMAD)
D20112052211
ii
PENGESAHAN
Saya mengesahkan bahawa penyelidikan ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi
syarat bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Bahasa Melayu ) Fakulti Bahasa dan
Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tarikh : 22 NOVEMBER 2015 …………………………………………………..
( PROFESOR DR. MAHZAN BIN ARSHAD)
iii
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan
tugasan bagi subjek BMR 3996 – Projek Tahun Akhir Bahasa Melayu ini. Sepanjang
menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit
mahupun manis yang amat berharga dan bermakna sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang
saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja.
Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada
Profesor Mahzan bin Arshad selaku penyelia kajian di mana bimbingan yang diberikan begitu
membantu saya dalam menyelesaikan tugasan kajian yang diamanahkan. Tunjuk ajar beliau amat
membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Jutaan terima kasih juga kepada isteri tercinta, Ida Suriyati binti Abdullah serta anak-
anak yang telah banyak memberi sokongan moral bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu,
saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dari Group UPSI 01(A151PJJ)
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak
yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Sekian, terima kasih.
iv
ABSTRAK
Murid-murid Tingkatan 1 merupakan murid yang masih belum lagi menguasai sepenuh-
nya tentang aspek-aspek penulisan. Mereka masih ada masalah dalam membina ayat yang betul
terutama bagi murid yang lemah. Murid sebegini menghadapi masalah untuk membezakan setiap
jenis golongan kata untuk diletakkan di dalam sesebuah ayat. Mereka tidak menguasai pelbagai
jenis kosakata. Mereka juga tidak mampu berkomunikasi dengan baik. Jika dibiarkan, golongan
murid ini akan menghadapi masalah dalam menghasilkan penulisan karangan yang baik. Hal ini
terjadi mungkin disebabkan faktor latar belakang keluarga yang jarang berkomunikasi dengan
anak-anak dan mungkin kerap menggunakan bahasa pasar yang kasar sehinggakan murid
terbawa-bawa dalam penulisan mereka. Kekeliruan dalam memilih sesuatu perkataan berlaku
dalam kotak pemikiran mereka menyebabkan mereka tidak dapat mengeluarkan perkataan yang
tepat untuk melengkapkan sesebuah ayat yang betul. Murid sebegini sebenarnya mampu berfikir
dengan luahan idea yang baik bagi sesebuah tajuk atau penyataan tetapi tidak mampu untuk
memberikan perkataan yang sesuai. Ini bermakna mereka boleh menghasilkan ayat dengan baik
jika dilatih dengan cara yang betul bagi memudahkan proses pembinaan ayat tunggal. Oleh itu,
kaedah koperatif dipilih bagi menguji keberkesanan dalam mengatasi masalah ini berbanding
kaedah tradisional yang kurang berkesan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu dengan
baik. Kajian ini mensasarkan beberapa objektif utama seperti menguji keberkesanan kaedah
koperatif menggunakan model STAD (Students Teams - Achievement Division) dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu Penulisan Tingkatan 1 menerusi soal selidik, ujian pra dan ujian pos.
Selain itu, dapat mengesan keberkesanan kaedah Koperatif Model STAD berbanding dengan
kaedah tradisional. Objektif lain, dapat mengkaji tahap pencapaian pelajar dalam menjawab
soalan setelah menggunakan kaedah koperatif model STAD menerusi soal selidik, ujian pra dan
v
ujian pos. Teknik perbincangan dikatakan sesuai dalam mengaplikaskian kaedah koperatif ini
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
ABSTRACT
Form 1 students is among the students who still not able to fully master the aspects of writing.
They still facing a problem to construct a correct sentences especially for a weak students. These
students are facing problem to differenciate every types of word group to be use in the sentence
contruction. They also not master the wide range of vocabulary. These students also not able to
communicate well. If this situations are not properly handle, they will have problem to write a
good essay. This problem happen proably because of dear family background, where they only
communicate with their children using colloquial language and also hargh word which students
usual influenced by this situation in their writing. The confusion in choosing a proper vocabulary
in their mind causing this students a problem in completing the sentences they are trying to write.
These students actually have a potential to think and elaborate the ideas quite well whenthey
were given a certain topic or statement but not able to reach a suitable vocabulary. It means that
they will be able to write properly if they were given the right and comprehensive coaching,
starting with construting a sample sentence. Therefore, cooperative method is choosen in order to
test the effectiveness in overcoming this problem compared to the traditional method which
seem to be unaffective to ward the students development in learning especially in Bahasa Melayu
essay writing. This study has a few main onjectives like to test the effectiveness of cooperative
method using STAD model ( Students Team Achievement Division ) in Bahasa Melayu subject
for form 1 using servey, pre-test and post-test. Other than that, to detect the effectiveness of
cooperative STAD model compared to the traditional method. Another objective is to study
students achievement in answering the exam question using cooperative STAD model, through
servey, pre-test and post-test. The method that was discussed which is suitable to be apply in the
teaching and learning process is the cooperative method.
vi
SENARAI KANDUNGAN HALAMAN
Perakuan i
Pengesahan ii
Penghargaan iii
Abstrak iv
Abstract v
Senarai Kandungan vi
Senarai Jadual ix
Senarai Rajah x
Singkatan xi
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Latar belakang kajian 4
1.2 Pernyataan masalah 6
1.3 Objektif kajian 7
1.4 Persoalan kajian 7
1.5 Kepentingan kajian 8
1.6 Batasan kajian/ Limitasi 8
1.7 Definisi Operasional 9
vii
1.8 Rumusan 10
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR
2.1 Teori dan konsep berkaitan 11
2.2 Kajian-kajian lepas 16
2.3 Rumusan 23
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian 25
3.2 Persampelan / Peserta Kajian 27
3.3 Instrumen Kajian 28
3.4 Pengutipan Data 30
3.5 Penganalisisan Data 30
3.6 Rumusan 31
BAB 4: HURAIAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Maklumat Peribadi Responden 33
4.2 Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan Responden Kumpulan 34
Eksperimen dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi
Tingkatan 1
4.3 Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan Responden Kumpulan 35
viii
Kawalan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi
Tingkatan 1
4.4 Analisis Pencapaian Ujian Pra Kumpulan Eksperimen 37
dan Kawalan
4.5 Analisis Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Koperatif 40
4.6 Rumusan 49
BAB 5: RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
KAJIAN
5.1 Kesimpulan Dapatan Kajian 55
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 55
5.3 Implikasi Dapatan Kajian 60
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 61
5.5 Rumusan 62
RUJUKAN 63
LAMPIRAN
ix
SENARAI JADUAL
Jadual 3.1 : Taburan pelajar mengikut kumpulan 28
Jadual 3.2 : Skala likert empat poin yang digunakan oleh penyelidik 29
untuk mengukur sikap pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran terhadap kaedah pengajaran.
Jadual 4.1 : Bilangan sampel mengikut jantina 33
Jadual 4.2 : Peratus responden Kumpulan Eksperimen mengikut 34
pencapaian Bahasa Melayu Penulisan dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1
Jadual 4.3 : Taburan Responden Mengikut Pencapaian Bahasa 36
Melayu Penulisan Kumpulan Kawalan.
Jadual 4.4 : Skor ujian Pra Kumpulan Eksperimen dan Kawalan 37
Jadual 4.5 : Skor ujian Pos Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan 39
Jadual 4.6 : Taburan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu 41
Penulisan Item Soalan 1, 2, 3, 4 dan 5 (Kumpulan Eksperimen).
Jadual 4.7 : Taburan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu 43
Penulisan Item Soalan 6, 7, 8, 9 dan 10 (Kumpulan Eksperimen).
Jadual 4.8 : Taburan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu 45
Penulisan
Item Soalan 1, 2, 3, 4 dan 5 (Kumpulan Kawalan).
Jadual 4.9 : Taburan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu 47
x
Penulisan Item Soalan 6, 7, 8, 9 dan 10 (Kumpulan Kawalan)
SENARAI RAJAH
4.1 : Bilangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang telah 33
dipilih sebagai responden dalam kajian ini.
4.2 : Peratus responden Kumpulan Eksperimen mengikut 35
pencapaian Bahasa Melayu Penulisan dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1
4.3 : Peratus responden Kumpulan Kawalan mengikut pencapaian 36
Bahasa Melayu Penulisan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun
bagi Tingkatan 1
4.4 : Skor Ujian Pra Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan 38
4.5 : Skor Ujian Pos Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan 39
xi
SINGKATAN
STAD - Students Teams Achievement Division 7
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 10
PT3 - Pentaksiran Tingkatan Tiga 12
SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 13
SJKT - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 13
TGT - Team Games Tournament 16
TAI - Team Assisted Individualisation 16
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia 18
JNR - Jadual Nombor Rawak 27
BAB 1
PENDAHULUAN
Kurikulum Bahasa Malaysia digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat falsafah pen-
didikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,
rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Malaysia menyediakan murid untuk menguasai keceka-
pan berbahasa dan komunikasi serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif melalui empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran
menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengelu-
arkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuklah penulisan tentang pengalaman
peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Hasil pembelajaran bagi kemahi-
ran menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan
menyusun maklumat bagi menghasilkan ayat yang gramatis lagi kreatif. Menurut Mok Soon
Sang ( 1996 ), pembelajaran merupakan satu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih
baik daripada tingkahlaku yang sedia ada. Perubahan tingkahlaku dikatakan agak kekal dan sta-
bil serta tingkahlaku yang dihasilkan adalah daripada pengalaman atau latihan dan bukan dise-
babkan oleh proses pertumbuhan semulajadi atau disebabkan oleh pengaruh lain.
Berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah suatu us-
aha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
2
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sum-
bangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sehubungan
dengan itu, Pusat Perkembangan Kurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah
membuat penambahbaikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Mata pelajaran ini
dilihat dapat melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga
dan masyarakat. Melalui mata pelajaran ini juga, murid diberi pendedahan pengalaman pembela-
jaran untuk memberikan idea-idea yang kreatif dan inovatif serta dapat memupuk nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian di samping menambah pengetahuan dalam pembinaan sturktur
ayat yang betul dan tepat.
Menurut Nik Safiah (2004) dalam Ahmad Khair (2005) menyatakan proses menulis
karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai berbanding dengan kemahiran-
kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis. Kemahiran mengarang juga
dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan
mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi, 2002). Kemahiran ini hanya boleh dikuasai apabila seseo-
rang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca.
Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal se-
mata-mata, malah penulisan turut melibatkan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Ini
adalah kerana, penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk
menghasilkan penulisan yang baik. Penulisan karangan merupakan aktiviti penting dalam
kemahiran menulis. Mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan seba-
gainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis.
Menurut Sulaiman (1988), mengarang ialah kemahiran menyusun dan menggubah kata-
kata untuk dijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita. Pandangan Zainal (2003), karangan
bukan sekadar hasil kemahiran menggubah dan menyusun kata-kata, sebaliknya ialah kemahiran
menyampaikan idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran pengarang melalui
perantaraan bahasa. Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyam-
paikan idea secara jelas, tepat dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan
karangan sama ada untuk tujuan perbahasan, memujuk dan memberi pendapat. Dari sudut pan-
dangan ahli-ahli akademik di atas, didapati bahawa perlu mendapat pendedahan dan
3
mengetahui teknik menulis yang baik semasa di bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis
juga dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti
yang terdapat dalam penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya. Proses
untuk membolehkan murid menguasai dan seterusnya memperoleh pencapaian yang
memberangsangkan sering kali dibatasi dengan pelbagai masalah yang merangkum pelbagai
aspek seperti diri sendiri (guru), murid, kemahiran, persekitaran, isi kandung, bahan pengajaran,
komunikasi, disiplin serta proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.
1.1 Latar Belakang Kajian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu penulisan dengan tujuan untuk men-
capai objektif pengajaran yang berkesan, guru Bahasa Melayu harus mahir menggunakan pen-
dekatan dan kaedah yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid-murid. Pendekatan yang
sesuai dengan tahap kebolehan murid boleh menarik minat murid-murid untuk belajar dan
seterusnya dapat mengelakkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi suatu aktiviti yang
membosankan. Dalam melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,
pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan. Namun begitu terdapat beberapa pen-
dapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling
sesuai digunakan di dalam bilik darjah, kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut
disesuaikan dengan tajuk penulisan yang akan diajar. Walau bagaimanapun, terdapat pendekatan
yang boleh dijadikan garis panduan dalam proses pengajaran kemahiran menulis karangan iaitu
pendekatan yang dikemukakan oleh Raimes (1981). Raimes telah mengutarakan empat pen-
dekatan yang boleh digunakan iaitu pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola-
perenggan dan pendekatan komunikatif.
Pendekatan dapat didefinisikan sebagai satu kaedah cara atau langkah-langkah yang
boleh diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas. Kamarudin (1988), mendefinisikan pen-
dekatan sebagai satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pen-
gajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Edward (1963), berpendapat bahawa pen-
dekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran
4
serta mempunyai unsur aksiomatik. Mok (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati
sesuatu mata pelajaran. Suatu mata pelajaran harus diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia meru-
pakan satu set teori yang sistematik. Parera (1986), pula mengatakan bahawa pendekatan meru-
pakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan
dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu
huraian).
Menurut Abdullah (1987:412), pendekatan merupakan satu kumpulan prinsip atau anda-
ian yang berkaitan dengan bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu pendekatan itu
harus mencerminkan pandangan tentang bahasa itu sendiri, cara bahasa itu diperolehi, cara ba-
hasa itu dilahirkan serta perkara-perkara yang mengawal bahasa itu. Pendekatan-pendekatan
yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Kajian ini adalah
salah satu usaha untuk meninjau dan meneroka keberkesanan kaedah koperatif berbanding
kaedah tradisional dalam meningkatkan pencapaian pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pem-
belajaran Bahasa Melayu Penulisan Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Kuala
Terengganu. Di Malaysia, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah diguna pakai oleh
pendidik untuk mengajar Bahasa Melayu Penulisan. Kaedah koperatif merupakan antara kaedah
yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian pelajar di samping berupaya menjana minat dan
motivasi mereka.
1.2 Penyataan Masalah
5
Mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan sekolah menengah adalah merupakan mata pelajaran
teras yang diajar kepada murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Mata pelajaran ini dirancang un-
tuk menjadi saluran utama bagi murid memperoleh pengetahuan, pemahaman asas dalam mem-
bina ayat bagi menghasilkan sesebuah karangan serta menjana idea-idea sendiri. Pelbagai aspek
perlu diberi tumpuan dalam penulisan karangan seperti aspek ejaan, tatabahasa, kosakata, tanda
baca dan struktur ayat. Mata pelajaran ini juga merupakan subjek yang memerlukan pelajar
menggunakan aspek kognitif dengan begitu efektif bagi menghasilkan sesebuah penulisan
karangan yang baik.
Justeru, menjadi satu kebimbangan bagi sektor pendidikan apabila pengajaran secara tra-
disional masih digunakan secara meluas. Senario ini menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu
Penulisan agak membosankan, lebih berunsur sehala dan dianggap tidak penting kerana pelajar
tidak dapat melahirkan idea yang berkaitan dengan tajuk. Senario ini juga telah menimbulkan
pelbagai masalah seperti masalah miskonsepsi yang ditimbulkan hasil dari pengajaran guru yang
salah, pengalaman yang lepas dan pengetahuan yang diperolehi secara turun temurun. Selain
daripada itu, melalui pengajaran secara kaedah tradisional akan bakal melahirkan pelajar yang
kurang kreatif dan pembelajaran yang berjalan tanpa disertai dengan minat dan membosankan.
Pengajaran juga menjadi kurang berkesan. Harus juga diingat bahawa pembelajaran secara se-
hala tidak membantu meningkatkan pencapaian, minat dan motivasi pelajar secara maksimum.
Idea daripada pelajar juga tidak dapat dijelmakan. Terdapat juga dalam kalangan guru yang tidak
mampu melahirkan pelajar yang boleh mencetuskan idea yang menarik. Akhirnya guru tersebut
mengambil langkah menyuruh pelajar masuk ke Pusat Sumber untuk mencari bahan-bahan bagi
membantu mereka menghasilkan karangan. Keputusan ujian bulanan atau peperiksaan yang tidak
memberangsangkan telah membuktikan bahawa mata pelajaran ini seperti dipandang ringan sa-
haja oleh guru-guru mahupun pelajar.
Memandangkan masalah-masalah ini, maka guru harus melaksanakan kaedah-kaedah
yang difikirkan sesuai dan berkesan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pela-
jaran Bahasa Melayu Penulisan. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan
kaedah koperatif model STAD sebagai satu kaedah pengajaran untuk meningkatkan penge-
6
tahuan, minat dan motivasi pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Penulisan terutamanya dalam melahirkan idea-idea yang kreatif dan menarik. Kajian ini akan di-
implimentasi dalam tajuk ‘‘Kebaikan Amalan Menabung” bagi pelajar Tingkatan Satu di sekolah
tersebut.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini mensasarkan beberapa objektif utama seperti berikut;
a) Dapat menguji keberkesanan kaedah koperatif menggunakan model STAD (Students
Teams - Achievement Division) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan Tingkatan Satu
menerusi soal selidik, ujian pra dan ujian pos.
b) Dapat mengesan keberkesanan kaedah Koperatif Model STAD berbanding dengan
kaedah tradisional.
c) Dapat mengkaji tahap pencapaian pelajar dalam menjawab soalan setelah menggunakan
kaedah koperatif model STAD bagi tajuk “ Kebaikan Amalan Menabung” menerusi soal selidik,
ujian pra dan ujian pos
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang disenaraikan di bawah, beberapa soalan kajian telah dibentuk
bagi membantu menjawab isu-isu yang timbul.
a) Bolehkah pengajaran secara koperatif model STAD menjadi satu kaedah yang berkesan
untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu Penulisan?
b) Adakah Kaedah Koperatif model STAD lebih berkesan berbanding kaedah tradisional?
c) Apakah tahap pencapaian pelajar yang didedahkan dengan STAD berbanding kaedah tra-
disional?
1.5 Kepentingan Kajian
7
Hasil kajian ini berguna dan penting sebagai rujukan guru kerana kajian ini dapat membantu
guru meningkatkan pencapaian pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu Penulisan. Sehubungan dengan itu, guru dapat merancang kaedah pengajaran koperatif
secara berkesan untuk pengajaran yang lebih efektif dan menyeronokkan. Bagi sekolah pula, ke-
pentingan kajian ini adalah untuk membantu pihak sekolah meningkatkan peratus pencapaian
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan yang sering kurang diberi perhatian. Diharap-
kan kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada guru tentang pentingnya kaedah koperatif
dalam meningkatkan pencapaian, minat dan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu Penulisan.
1.6 Batasan Kajian / Limitasi
Kajian ini mempunyai batasan-batasan seperti berikut :
1. Kajian ini dibataskan kepada dua buah kelas sekolah menengah kebangsaan. Sebanyak
dua buah kelas yang terlibat mempunyai pencapaian akademik yang hampir sama. Seramai 30
orang pelajar dijadikan sampel kajian, di mana 15 orang sebagai kawalan dan 15 orang lagi seba-
gai eksperimen. Kumpulan eksperimen diajar menggunakan kaedah koperatif model STAD
manakala kumpulan kawalan hanya diajar menggunakan kaedah tradisional.
2. Kajian ini terbatas kepada sekolah tempat kajian sahaja iaitu disalah sebuah sekolah
menengah di Kuala Terengganu ini sahaja. Ini adalah kerana pengkaji merupakan seorang guru
yang bertugas di sekolah tersebut. Ini memudahkan kajian dijalankan. Proses untuk menjalankan
kajian juga dapat dijalankan dengan mudah tanpa perlu melalui banyak prosedur yang
menyukarkan, lantaran masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kajian ini agak terbatas.
Oleh kerana terbatas pada sebuah sekolah ini sahaja, maka dapatan kajian ini tidak dapat digen-
eralisasikan kepada semua sekolah.
3. Semasa kajian ini dijalankan mungkin wujud kesukaran dalam mengawal pemboleh ubah
luar yang terkeluar dari tujuan asal sebenar contohnya maklumat palsu yang diberikan oleh sam-
pel kajian.
8
4. Guru yang berpengalaman lebih daripada lima tahun mengajar mungkin boleh men-
jalankan kaedah koperatif model STAD ini dengan lebih baik jika dibandingkan dengan guru
yang baru dalam profesion ini.
5. Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Penulisan Tingkatan Satu mempunyai tajuk
yang luas dan kajian ini hanya terhad kepada tajuk karangan iaitu ‘Kebaikan Amalan
Menabung’.
1.7 Definisi Operasional
1.7.1 Keberkesanan
Keberkesanan bermaksud sesuatu perihal yang berkesan dan akan menimbulkan hasil
atau kesudahan yang diharapkan untuk membawa kepada sesuatu perubahan serta tindakan.
(Kamus Dewan m/s 772). Dalam kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh guru di dalam bilik
darjah, sudah pasti guru perlu menilai kembali sama ada kaedah yang digunakan itu dapat
mencapai objektif pengajaran dan sesuai dengan tahap serta kebolehan murid. Keberkesanan
dalam memilih kaedah yang betul adalah menjadi ciri penting kepada guru untuk merancang
pengajaran dan pembelajaran agar bertepatan dengan sukatan serta isi pelajaran.
1.7.2 Kaedah
Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1994), kaedah merupakan satu prosedur membolehkan
pelaksanaan satu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Kaedah melibatkan langkah-
langkah pengajaran yang tersususn rapi dan berkesinambungan yang perlu dituruti dengan
saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Tegasnya, dalam bidang pengajaran, kaedah
merupakan satu ikhtiar keseluruhan untuk mencapai sesuatu objektif dan pemilihan sesuatu
kaedah adalah didasarkan pada pendekatan yang dianuti. Lazimnya, guru-guru yang bersifat
kreatif, inovatif dan banyak pengalaman dapat menggunakan pelbagai kaedah pengajaran di bilik
darjah sejajar dengan pendekatan dianuti. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan dua kaedah
pengajaran sebagai perbandingan iaitu kaedah koperatif dan kaedah tradisional.
9
1.7.3 Kaedah Koperatif
Johnson et. Al. (1994), mendefinisikan kaedah koperatif sebagai satu kaedah pengajaran.
Kaedah ini merupakan satu proses pembelajaran yang melibatkan pelajar yang belajar dalam
kumpulan kecil. Dalam kaedah ini pelajar-pelajar akan dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan
kecil dan menerima arahan daripada guru untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Ahli-ahli
dalam kumpulan seterusnya diminta bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan tersebut sehingga
menghasilkan dapatan yang memuaskan.
Menurut Cuseo (1992), pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai proses pengajaran
‘learner-centered’ di mana sekumpulan kecil terdiri daripada tiga hingga lima orang pelajar
saling bergantung tentang tugas yang telah diarahkan. Setiap pelajar bertanggungjawab untuk
prestasi mereka sendiri dan pengajar bertindak sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran
kumpulan. Dalam kajian ini, kaedah koperatif merupakan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang menggalakkan pelajar belajar dalam satu kumpulan kecil. Para pelajar ini
boleh berdikari dan bertanggungjawab serta boleh menyelesaikan sesuatu aktiviti penulisan yang
diberikan oleh guru. Guru bertindak sebagai pembimbing kaedah ini selaras dengan kehendak
KBSM.
Dalam kaedah koperatif ini pengkaji memilih kaedah STAD (Student Team Achievement
Divisions). STAD merupakan salah satu teknik dalam pengajaran koperatif yang diperkenalkan
oleh Slavin, (1990). Slavin dan rakan-rakan telah membuat penyelidikan dan latihan yang
intensif terhadap kaedah ini di Universiti John Hopkins. Selain daripada Slavin, pengkaji lain
yang popular dengan pembelajaran kopertif ialah Johnson and Johnson (1994) dan Sharan
(1988).
Keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran bergantung kepada banyak faktor, sama ada
yang terdapat pada guru, pelajar mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah. Pemilihan sesuatu
kaedah pengajaran bagi mencapai matlamat hasil yang dikehendaki memerlukan pengetahuan
tentang kaedah tersebut serta kesediaan untuk mencuba dan mengujinya. Dengan ini adalah
penting bagi guru untuk mengetahui langkah-langkah yang penting dalam kaedah pembelajaran
koperatif khasnya STAD. Untuk tujuan itu, Nor Azizah Salleh (1995), menghuraikan komponen-
komponen utama yang perlu dalam langkah-langkah pembelajaran koperatif khususnya kaedah
STAD.
10
Berikut ialah komponen-komponen penting dalam langkah pembelajaran kaedah STAD:
a. Guru mengajar
b. Murid belajar
c. Kuiz secara individu
d. Penjumlahan markah pelajar
e. Ganjaran
1.7.4 Kaedah Tradisional
Azman Wan Chik (1986), menjelaskan kaedah tradisional merupakan satu kaedah
mengajar satu kelas dan guru lebih banyak melibatkan diri berbanding pelajar. Selain daripada
itu, guru beranggapan bahawa pelajar sudah tahu akan perkara yang perlu dilakukan bagi
pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Teknik-teknik dan langkah-langkah yang dijalankan
oleh pengkaji dalam kajian ini seperti berikut:
i. Guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran sehala.
ii. Pelajar membuat kumpulan perbincangannya sendiri dengan bilangan ahli
yang ramai (10 orang ahli satu kumpulan ).
iii. Latih tubi tidak begitu ditekankan.
iv. Pelajar menyalin nota yang diberikan guru.
v. Pelajar menyudahkan kerja-kerja bertulis oleh guru di dalam kelas.
Dalam kajian ini, teknik pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan dititikberatkan juga melalui
kaedah tradisional tetapi tidaklah sepenuhnya seperti yang dilakukan dalam kaedah koperatif.
Dalam pendidikan tradisonal, gerak kerja biasanya diberi dalam bilik darjah.
1.7.5 Mata Pelajaran Bahasa Melayu Penulisan
Mata Pelajaran Bahasa Melayu Penulisan ialah mata pelajaran yang diajar di sekolah
menengah kepada murid Tingkata 1 hingga Tingkatan 5. Mata pelajaran ini dirancang untuk
menjadi saluran utama bagi murid memperoleh pengetahuan, pemahaman asas dalam membina
ayat bagi menghasilkan sesebuah karangan serta menjana idea-idea sendiri. Pelbagai aspek perlu
diberi tumpuan dalam penulisan karangan seperti aspek ejaan, tatabahasa, kosakata, tanda baca
dan struktur ayat. Mata pelajaran ini juga menjadi pendukung utama bagi menyemai nilai-nilai
murni dalam kalangan pelajar khususnya semasa membina ulasan berdasarkan petikan. Mata
11
pelajaran ini juga merupakan subjek teras dalam PT3 dan perlu diberikan perhatian sepenuhnya
bagi mempastikan kejayaan dalam peperiksaan tersebut. Selain itu, setiap pelajar harus memberi
penekanan dalam melahirkan idea-idea bernas serta menghasilkan penulisan yang kreatif selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan masyarakat yang kreatif
dan inovatif serta seimbang dari aspek fizikal, mental, rohani, emosi dan sosial.
1.7.6 Ujian Pra
Ujian yang dilakukan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula untuk
menguji sejauh manakah penguasaan serta kefahaman pelajar terhadap Bahasa Melayu
Penulisan.
1.7.7 Ujian Pos
Ujian yang digunakan untuk menguji keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif ini
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan.
1.8 Rumusan
Di dalam bab ini secara amnya membincangkan secara rasional, objektif dan kepentingan kajian
ini dijalankan. Kajian ini lebih berkisar kepada keberkesanan kaedah koperatif model STAD
dalam meningkatkan pencapaian, minat dan motivasi pelajar. Kajian ini juga membandingkan
kaedah koperatif model STAD dengan kaedah tradisional. Diharapkan agar kaedah koperatif
model STAD ini akan dapat mendorong guru-guru mengubah kaedah pengajaran mereka secara
lebih efektif untuk merangsang minat dan motivasi murid mengikut kesesuaian topik seterusnya
dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Dengan itu,
pengajaran guru dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam aspek penulisan
karangan juga diharapkan lebih sistematik, menarik dan tidak membosankan pelajar.
13
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
Di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Sesuai
dengan statusnya sebagai bahasa rasmi di Malaysia yang mendokong peranan sebagai bahasa
ilmu pengetahuan, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama bagi mata-mata pelajaran di
sekolah kebangsaan, Sharifah Maimunah (2004) serta sebagai satu mata pelajaran wajib, terma-
suklah di sekolah jenis kebangsaan. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT). Penulisan untuk pelajar tingkatan satu contohnya, telah menekankan
kemahiran menulis fungsian, iaitu untuk melahirkan idea dan perasaan bagi memenuhi fungsi
komunikasi. Penekanan pengajaran kemahiran menulis amat penting bukan sahaja untuk tujuan
pencarian ilmu pengetahuan, tetapi juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan
harian. Bagi tujuan itu, murid haruslah mencapai suatu tahap literasi yang sesuai untuk
memenuhi kedua-dua fungsi berkenaan.
Berikutan kajian-kajian lepas berhubung dengan kaedah-kaedah koperatif dalam penga-
jaran dan pembelajaran bagi tujuan meningkatkan pencapaian dan minat pelajar bukanlah suatu
perkara yang baru. Tidak dinafikan, kebanyakan guru masih menggunakan kaedah tradisional se-
masa proses pengajaran dan pembelajaran. Senario ini membosankan pelajar khususnya di seko-
lah menengah. Oleh yang demikian, sekali lagi topik ini menjadi pilihan supaya dapat memberi
kesedaran kepada guru-guru tentang betapa pentingnya mevariasikan pengajaran untuk
meningkatkan pencapaian, minat dan motivasi pelajar terutama dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu ini. Bab ini menerangkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan bagi mengkaji pem-
belajaran kaedah koperatif. Kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kajian koperatif se-
cara keseluruhan dan kajian koperatif menggunakan model STAD (Student Team Achievement
Divisions).
14
2.1 Teori dan konsep berkaitan
Terdapat banyak teori bagi pembelajaran koperatif ini. Namun begitu, Johnson et.al (1994),
mengelaskan teori ini secara umum kepada tiga teori asas iaitu:
i) Teori Persandaran Sosial (Sosial Interdependence Theory)
ii) Teori Perkembangan Kognitif (Cognitive Development Theoru\y)
iii) Teori Behaviourisme Dalam Pembelajaran (Behavioural Learning Theory)
2.1.1 Teori Persandaran Sosial
Teori ini dinyatakan oleh Morton Deutsch, iaitu bekas pelajar Kurt Lewin (Johnson
et.al.1994). Teori ini menyatakan bahawa persandaran sosial adalah ditentukan oleh interaksi
antara pelajar. Kita sedia maklum bahawa pembelajaran koperatif memerlukan ahli-ahli dalam
kumpulan itu bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Tambahan pula,
kumpulan yang dibentuk mempunyai kepelbagaian bukan sahaja dari segi tahap pencapaian
akademik tetapi juga dari etnik yang berbeza. Situasi ini memerlukan pelajar yang saling
memahami, hormat-menghormati dan bertoleransi dengan rakan sekumpulan. Berdasarkan pada
pernyataan ini, kita dapat simpulkan bahawa persandaran sosial merupakan keperluan asas dalam
pembelajaran koperatif.
Nor Azizah Salleh (1997) menjelaskan bahawa persandaran awal memerlukan pelajar
diajar bagaimana berinteraksi sosial. Contohnya, duduk bersemuka dalam kumpulan, mendengar
pandangan orang lain, menerima atau menolak pandangan yang tidak sesuai dengan cara yang
baik. Melalui pembelajaran koperatif, semangat ingin sama-sama menang ditanamkan, tidak
seperti dalam sistem belajar secara tradisional di mana persandaran yang wujud adalah
persandaran negatif, iaitu tidak menggalakkan interaksi antara individu sebaliknya lebih kepada
kepentingan perseorangan, iaitu jika seorang pelajar menang maka pelajar yang lain kalah.
2.1.2 Teori Perkembangan Kognitif
Teori Perkembangan Kognitif dalam pembelajaran koperatif berdasarkan kepada
perkembangan kognitif oleh Piaget, Lev Semenovich (Johnson, D.W. & Johnson R.T 1994).
Piaget menyokong pendapat yang menyatakan bahawa apabila individu melakukan kerja
bersama (berkoperatif), ada kemungkinan berlakunya konflik sosio-kognitif yang akan
15
melahirkan kognitif yang tidak seimbang. Hal ini sebaliknya akan merangsang kebolehan ahli
untuk berinteraksi, memberikan pandangan atau idea mereka sehingga satu dapatan yang
diperoleh dipersetujui semua ahli. Hal ini secara langsung dapat memperkembangkan kognitif
pelajar.
Manakala pendapat Vygotsky pula, perkembangan kognitif pula berasaskan kepada sosial
dan terbina daripada kegiatan koperatif terhadap pembelajaran, pemahaman dan penyelesaian
masalah. Menurutnya lagi, ahli kumpulan akan mengubah suai, iaitu menjadikan sesuatu
maklumat itu mudah difahami oleh ahli yang lain dan tanpa lari dari tujuan atau objektif asal
maklumat berkenaan. Dengan cara ini, kelemahan antara ahli sekurang-kurangnya dapat
dipulihkan melalui strategi tadi, iaitu memperbetulkan kesilapan antara satu sama lain serta
memastikan kefahaman mereka berasaskan kepada kefahaman yang lain.
2.1.3 Teori Pembelajaran Tingkah Laku
Teori ini berfokus kepada kesan peneguhan dan ganjaran yang diberi kepada kumpulan
penghargaan atau ganjaran biasanya dalam bentuk sijil atau hadiah. Kumpulan yang berjaya akan
dikenal pasti sama ada menjadi pasukan yang baik, memuaskan atau cemerlang. Menurut Slavin
(1990), ganjaran yang diberi akan menambahkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Teori-
teori yang telah dinyatakan ini mempunyai perbezaan yang jelas antara satu sama lain. Teori
persandaran sosial mengandaikan kaedah koperatif adalah berasaskan kepada motivasi yang
dihasilkan daripada kesatuan antara individu yang bekerjasama dan mempunyai cita-cita untuk
sama-sama mencapai hasil yang bermakna atau memuaskan. Persandaran sosial ini dibuat
kepada konsep perkembangan atau interaksi yang berlaku antara individu dalam kumpulan
tersebut. Sementara teori perkembangan kognitif pula berfokuskan kepada perubahan yang
berlaku dalam diri seseorang, iaitu sama ada ketidakseimbangan atau adakah kognitif telah
diorganisasikan dalam diri individu tersebut. Teori behaviourisme pula menganggap bahawa
kaedah koperatif diteguhkan lagi dengan adanya motivasi ekstrinsik (luaran) untuk mendapatkan
ganjaran.
16
2.2 Kajian-kajian lepas
Beberapa model kaedah koperatif telah dibina sejak beberapa tahun kebelakangan ini,. Antara
model kaedah koperatif yang paling dikenali ialah ‘Student Achievement Division’ atau
ringkasnya STAD (Slavin, 1989). ‘Team Games Tournament’ TGT (Slavin, 1989). Team
Assisted Individualisation’ TAI (Slavin, 1989), Learning Together’ (Johnson & Johnson 1989).
Walaupun terdapat perbezaan antara satu model pembelajaran dengan model pembelajaran lain,
namun ada persamaan pada elemen tertentu seperti sasaran kumpulan dan kemampuan individu.
Kedua-dua elemen ini penting bagi pelajar untuk bekerjasama dalam kumpulan kecil. Setiap ahli
kumpulan dapat membantu antara satu sama lain untuk mencapai matlamat mereka. Kejayaan
kumpulan bergantung kepada pembelajaran setiap individu dalam kumpulan (Slavin 1990).
Angela dan Joe (2003) telah mengkaji pengajaran dan pembelajaran secara kaedah
koperatif serta kesannya terhadap pelajar yang mengambil Matematik dan mendapati kaedah
koperatif banyak memberi kesan yang positif. Hal ini terutamanya dari segi peningkatan
pergaulan sosial, keyakinan diri dan hubungan kerjasama di antara ahli. Daniel Hobuse (2003)
telah mengkaji mengenai pembelajaran koperatif dan pembelajaran tradisional di antara pelajar
Jepun dan Amerika Syarikat dalam pencapaian subjek Sains dan Matematik. Hasil mendapati
pelajar dari kedua-dua negara seronok belajar secara berkumpulan daripada belajar secara
menerima arahan daripada guru. Pembelajaran kaedah koperatif dapat meningkatkan motivasi
dan pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah Sains dan Matematik. Beliau juga
mencadangkan agar kajian seperti ini dapat diteruskan di negara-negara lain untuk memastikan
bahawa kaedah koperatif memang berkesan dan boleh digunakan di semua negara.
Linda dan Lowrence (2004) mengkaji kaedah koperatif berdasarkan pembentukan
kumpulan interaktif. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar yang mengambil kursus perniagaan.
Hasil kajian, pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan apabila pelajar dapat mengatur dan
menguruskan bidang kewangan dan menguruskan masalah-masalah yang berkaitan dengan
projek perniagaan mereka untuk memajukan sesuatu syarikat perniagaan yang telah ditubuhkan
dengan jayanya.
17
Joseph et al. (2003), telah menjalankan kajian menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif dalam membantu pelajar-pelajar yang mempunyai tahap pencapaian lemah dalam
pelajaran. Hasil kajian mendapati kaedah pembelajaran koperatif melahirkan suasana
pembelajaran yang lebih berkesan dan memberi keyakinan diri kepada pelajar untuk belajar.
Hasil ujian mendapati pencapaian pelajar dapat ditingkatkan dan pelajar saling bergantung di
antara satu sama lain. Daripada temu ramah yang dijalankan terhadap guru, didapati lebih
separuh guru yang mengajar menggunakan kaedah koperatif itu mengatakan kaedah
pembelajaran koperatif itu berjaya meningkatkan pencapaian pelajar mereka.
Campbell (2001), telah menjalankan kajian untuk melihat perbezaan kaedah
pembelajaran koperatif dan tradisional. Hasil daripada kajian mendapati skor pelajar yang
menerima pembelajaran koperatif adalah lebih tinggi berbanding skor pelajar yang menerima
pembelajaran tradisional. Daripada kajian ini juga dapat menggalakkan kemahiran bersosial
dalam kalangan pelajar. Menurut Lazarowitz dan Karsenty dalam Noor Atikah (2004), telah
menjalankan kajian terhadap pembelajaran Biologi gred 10 mendapati bahawa bekerjasama
semasa menyiapkan tugasan pembelajaran menghasilkan persepsi yang positif terhadap
pembelajaran. Hal ini adalah kerana interaksi sosial sememangnya menyebabkan perkembangan
kognitif yang lebih maju.
Kajian tentang keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif juga telah dijalankan oleh
O’Donnell dan Dansereau (1993) dari Universiti New Jersey untuk melihat kelebihan
pembelajaran ini berbanding secara individu. Beliau melakukan kajian ini untuk melihat kesan
sampingan kaedah pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar universiti dalam membuat
ulang kaji selepas kuliah. Kajian tersebut melibatkan dua kumpulan pelajar iaitu yang mengulang
kaji secara individu dan pelajar yang mengulang kaji secara kumpulan. Hasilnya pelajar yang
mengulang kaji secara berkumpulan lebih berjaya dalam peperiksaan berbanding kumpulan yang
mengulang kaji secara individu.
David et al. (2001) dalam kajian meta analisisnya yang mengkaji secara keseluruhan
kajian yang telah dibuat oleh pengkaji yang terdahulu mengenai kaedah pembelajaran koperatif.
Meta analisis memfokuskan kepada empat isu iaitu berapa banyak kajian yang telah dijalankan,
18
berapa jenis kaedah pembelajaran koperatif yang dibangunkan, kesan kaedah koperatif dan ciri-
ciri kaedah koperatif. Hasil kajian mendapati bermula sejak 1970-an lagi, terdapat lapan kaedah
koperatif yang telah diperkenalkan sepanjang tempoh tersebut. Hasil daripada kajian yang
dijalankan mendapati kebanyakan kajian kaedah koperatif terdahulu banyak memberi kesan yang
positif terhadap tahap pencapaian pelajar. Dalam konteks kajian ini, kaedah koperatif bermaksud
pendekatan pengajaran yang melibatkan pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang
mempunyai lima orang ahli dalam satu kumpulan. Ahli-ahli dalam kumpulan berinteraksi antara
satu sama lain bagi melaksanakan proses kerja kumpulan secara efisen dan guru bertindak
sebagai fasilitator.
Menurut Sharan (1980) dalam kajiannya mendapati bahawa kaedah koperatif STAD lebih
berkesan membantu pencapaian akademik berbanding dengan kaedah persaingan individu.
Penerimaan pelajar juga lebih positif. Susan (2002) mengkaji pembelajaran komputer
menggunakan kaedah koperatif STAD yang telah dijalankan ke atas pelajar jurusan komputer di
Amerika. Tujuan utama kaedah koperatif STAD dikaji untuk menjawab persoalan bagaimana
untuk mengajar pelajar jurusan komputer yang semakin ramai dengan bilangan komputer yang
terhad. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang belajar
secara individu dan secara berkumpulan. Walaupun tidak menunjukkan perbezaan pencapaian di
antara pelajar namun mampu menyelesaikan masalah kajian iaitu jika pelajar berkongsi
komputer maka lebih ramai pelajar dapat menggunakan komputer dalam satu masa.
Slavin dalam Noor Atikah (2004) melaporkan bahawa STAD memberikan kesan positif
terhadap pencapaian akademik pelajar. Beliau juga mendapati bahawa kaedah ini dapat
meningkatkan harga diri pelajar dan memperkembangkan hubungan interpersonal mereka.
Okebuloka dan Ogunnily dalam Noor Atikah (2004) telah mengkaji kelas Sains gred 8 di Nigeria
dengan membandingkan pelbagai kaedah koperatif seperti jigsaw, TGT dan STAD dengan
kaedah individu. Keputusannya kajian ini menunjukkan bahawa kaedah yang paling baik bagi
meningkatkan pencapaian akademik adalah kaedah koperatif STAD dan TGT. Kajian yang telah
dijalankan oleh Mok Song Sang (1994) untuk melihat keberkesanan pembelajaran koperatif
model STAD dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam konsep Sains. Beliau telah
menjalankan kajian ke atas guru pelatih UKM yang menggunakan kaedah koperatif model
19
STAD di beberapa buah sekolah menengah dalam mata pelajaran biologi bagi topik miosis dan
mitosis. Berdasarkan laporan daripada guru-guru pelatih tersebut, pelajar berasa seronok dalam
situasi pembelajaran yang baru. Pelajar juga menghargai wujudnya elemen secara positif dalam
kalangan kumpulan.
Kajian Johnson dan Johnson (1989) yang dijalankan ke atas 47 pelajar gred 12 di selatan
Mississippi, Amerika yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu sebanyak 30 orang mengikut
pembelajaran tradisi dan 17 orang mengikut pembelajaran koperatif STAD. Selepas menjalani
proses selama tujuh minggu menggunakan kedua-dua kaedah tradisi dan kaedah STAD ke atas
dua kumpulan yang berbeza, satu ujian telah dijalankan dan hasil ujian mendapati peningkatan
yang lebih tinggi bagi pelajar yang mengikuti pembelajaran koperatif dan mereka lebih aktif di
dalam kelas. Hal ini juga memberi banyak kesan positif lain, antaranya ialah pelajar akan lebih
berdikari, berinteraksi dalam kalangan pelajar, bertanggungjawab, pergaulan sosial yang positif
melahirkan kerjasama antara ahli kumpulan. Hasil temu ramah ke atas pelajar yang telah
menjalani pembelajaran koperatif STAD mendapati mereka lebih gembira belajar secara
berkumpulan dan mereka lebih memahami pelajaran yang diajar mengikut kaedah koperatif.
Kajian Jim (2000) yang dijalankan ke atas pelajar ekonomi, Timur Carolina California
mendapati tiada perubahan yang signifikan di antara pelajar yang menjalani pembelajaran
koperatif dan tradisi. Untuk mengkaji perbezan pembelajaran ini kaedah eksperimen kuasi telah
digunakan. Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki antaranya memanjangkan masa
pengajaran dan pembelajaran secara koperatif. Pelajar yang dinilai adalah daripada kalangan
pelajar yang lemah. Melalui cara ini perbezaan antara kedua-dua kaedah pembelajaran ini dapat
dilihat dengan jelas. Kajian lanjutan akan dijalankan untuk memperolehi keputusan yang lebih
jitu.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan-kumpulan kecil didapati
begitu menarik, bermakna, mencabar dan yang berkesan ialah ‘pengajaran yang berpusat kepada
pelajar’. Pendekatan ini memberi peluang kepada para pelajar berinteraksi, mengalami dan
menghayati proses pembelajaran yang lebih bermakna dan natural. Pendekatan ini juga dapat
mengembangkan kemahiran akaliah, kemahiran sosial, kemahiran interaksi seimbang dan
menyeluruh dalam kalangan pelajar. Strategi ini dapat memberi peluang sepenuhnya kepada
20
pelajar mengalami sendiri proses-proses pembelajaran. Selain daripada itu, pembelajaran kaedah
koperatif adalah satu aktiviti yang menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif
dalam kumpulan. Keadaan ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri
dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat menghasilkan daya pemikiran yang
tinggi melalui aktiviti yang berteraskan kemahiran berfikir adalah satu strategi dalam
pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif menggalakkan perkembangan otak dan
penjagaan kesihatan kerana proses pelaksanaan strategi pembelajaran ini memberi peluang
kepada murid merehatkan minda untuk melakukan aktiviti kinestetik, muzik, puisi dan lain-lain
untuk mengelakkan murid berasa bosan di dalam kelas. Antara kebaikan pengajaran secara
kumpulan, jika dilaksanakan dengan betul dan serius membawa manfaat kepada pelajar seperti
berikut:
a) Pelajar dapat meningkatkan kemahiran sosial seperti bekerjasama dan memperkukuh
nilai-nilai murni.
b) Pelajar berpeluang menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran akaliah.
c) Menimbulkan minat dan motivasi pelajar. Hal ini kerana guru tidak lagi bertindak secara
autokratik tetapi sebagai perangsang dan pembimbing.
d) Menggalakkan pembinaan sifat kreativiti pelajar.
Kaedah pembelajaran dalam kumpulan sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu sejak KBSR dan KBSM dilaksanakan . Hal ini bermaksud pelajar-pelajar
dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap ahli dalam kumpulan berkenaan akan
berbincang antara satu sama lain dalam proses pembelajaran mereka. Kebanyakan guru di
sekolah tidak gemar mengajar secara berkumpulan sebagaimana yang diharapkan (Nor Azizah
Salleh 1992). Kedudukan para pelajar hanya menyusahkan pelajar kerana guru mengharapkan
pelajar-pelajar menghadap ke hadapan kerana itu yang menyenangkan guru untuk mengajar
dengan kaedah tradisional. Pelajar di dalam kelas tradisional sentiasa bersaing untuk mendapat
gred yang lebih baik serta memperoleh perhatian dan bantuan guru. Akan tetapi, dalam
pembelajaran koperatif, pelajar-pelajar mendengar, menulis, membaca serta berinteraksi antara
satu sama lain. Mereka bantu membantu dalam usaha pembelajaran.
21
Lazimnya, langkah-langkah dalam pelaksanaan pembelajaran koperatif adalah seperti
berikut:
1. Guru menyampaikan konsep baru.
2. Guru membentuk kumpulan untuk membuat kajian serta latihan.
3. Mengadakan ujian tentang bahan pengajaran baru.
4. Memberi pengiktirafan kepada kumpulan yang menang.
Dalam kaedah koperatif ini, pelajar daripada pelbagai kebolehan akan bekerjasama dalam
satu kumpulan kecil yang terdiri daripada empat hingga enam orang ahli untuk mencapai
matlamat yang dikongsi bersama. Pembelajaran ini akan menghasilkan sikap berdikari yang
positif. Apabila seseorang pelajar berjaya mencapai matlamatnya, kesemua pelajar dalam
kumpulannya juga akan berjaya mencapai matlamat mereka (Johnson & Johnson, 1989).
Terdapat banyak teknik yang boleh dilakukan dalam aktiviti kumpulan ini. Romiszowki
(1983:182) membahagikan aktiviti-aktiviti pembelajaran kelompok ini kepada dua jenis iaitu
teknik-teknik perbincangan yang melibatkan dua orang peserta atau lebih dan teknik-teknik
simulasi, permainan bahasa dan kajian kes.
Ada pelbagai kaedah pengajaran telah diuji dan diamalkan dalam pendidikan untuk
pelbagai mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan juga di peringkat sekolah menengah.
Setiap kaedah pengajaran mempunyai matlamat dan cara yang khusus bagi menjamin
penyampaian ilmu guru dan perolehan ilmu oleh pelajar secara berkesan. Keberkesanan sesuatu
kaedah pengajaran bergantung kepada banyak faktor, sama ada yang terdapat pada guru, pelajar
mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah. Pemilihan sesuatu kaedah pengajaran bagi mencapai
matlamat hasil yang dikehendaki memerlukan pengetahuan tentang kaedah tersebut serta
kesediaan untuk mencuba serta mengujinya. Untuk tujuan itu, Nor Azizah Salleh (1995)
menghuraikan komponen-komponen utama yang perlu dalam langkah-langkah pembelajaran
koperatif khususnya kaedah STAD. Komponen-komponen itu ialah :
i) Guru mengajar
Guru memulakan pengajaran dengan menerangkan objektif dan memberi poin- poin fakta atau
fakta penting mengenainya. Guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai baginya seperti
kaedah pendedahan atau soal jawab atau penerangan dengan bantuan alat bantu mengajar atau
22
penjelasan tentang eksperimen yang dilakukan. Pemilihan kaedah ini mestilah bersesuaian
dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dan mudah difahami pelajar. Perlu diingatkan
juga, semasa guru mengajar, pelajar mestilah diarah untuk mengambil perhatian supaya mereka
boleh menjawab kuiz yang akan diadakan dengan lebih baik. Hal ini akan membantu mereka
mendapat skor markah yang tinggi, seterusnya meninggikan markah kumpulan mereka (Nor
Azizah Salleh 1995 )
ii) Murid belajar secara koperatif
Mengikut pembelajaran koperatif, pelajar dikehendaki duduk dalam kumpulan kecil lebih kurang
empat hinggga lima orang ahlinya. Pembentukan kumpulan ini terdiri daripada tahap pencapaian
pelajaran, berbeza jantina dan bangsa yang berlainan. Pembentukan kumpulan ini sekurang-
kurangnnya sehari sebelum pembelajaran koperatif dimulakan. Hal ini bertujuan untuk
membolehkan ahli-ahli kumpulan dapat mengenali antara satu sama lain. Fungsi utama
pembentukan kumpulan adalah untuk memberikan persediaan kepada ahli menghadapi kuiz
dengan baik. Hal ini kerana dalam kumpulan, kefahaman mereka dikuatkan lagi melalui
perbincangan dalam menyelesaikan masalah dan membandingkan jawapan yang diperolehi bagi
mendapatkan jawapan yang tepat dan sesuai. Selain dalam kumpulan, individu yang telah
berjaya mendapatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah perlu mengajar ahli-ahli yang lain
cara masalah itu diselesaikan. Dengan kata lain, ahli yang mahir mesti memastikan ahli yang
lain juga mahir kerana dengan ini barulah mereka dapat markah yang tinggi dalam kuiz (Nor
Azizah Salleh 1995).
iii) Kuiz secara individu
Selepas perbincangan, guru akan memberikan kuiz yang mengambil masa lebih kurang lima
minit. Soalan kuiz yang diberikan adalah dalam bentuk objektif. Cara ini adalah untuk
memudahkan pelajar membuat pemeriksaan apabila diarahkan oleh guru. Semasa kuiz
dijalankan, murid perlu duduk bersendirian dan menjawab soalan secara individu (Nor Azizah
Salleh 1995 ).
iv) Penjumlahan markah pelajar
Setelah kuiz tamat, guru perlu memungut kertas jawapan kumpulan demi kumpulan dan kertas
ini ditukarkan kepada kumpulan yang lain untuk diperiksa. Guru kemudian mengarahkan pelajar
memeriksa jawapan tersebut berdasarkan jawapan yang diberikan guru. Markah yang diperoleh
oleh setiap ahli dalam kumpulan dicampur untuk mendapatkan purata markah kumpulan. Setiap
23
markah yang diperolehi oleh setiap kumpulan dicatatkan pada papan tulis supaya pelajar tahu
kedudukan kumpulan mereka (Nor Azizah 1995).
v) Ganjaran
Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diberikan ganjaran. Ganjaran ini berupa sijil
penghargaan atau hadiah seperti alat tulis atau sebarang hadiah yang boleh dibeli oleh guru
dengan harga yang murah. Nama kumpulan yang menang akan dilekatkan pada papan kenyataan
bilik darjah. Aktiviti ini akan menguatkan lagi semangat berpasukan dalam diri pelajar .
2.3 Rumusan
Berdasarkan kepada tinjauan literatur yang dibuat, kaedah pembelajaran merupakan satu aspek
yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam mendidik pelajar sebelum pelajar meneruskan
pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Berdasarkan kajian lepas yang telah dibuat dan
hasil tinjauan literatur menunjukkan bahawa guru harus lebih kreatif dalam memilih kaedah
pengajaran. Kaedah pembelajaran koperatif telah dikenal pasti boleh meningkatkan minat dan
sikap pelajar terhadap penulisan bahasa melayu dan seterusnya meningkatkan mutu pencapaian
akademik pelajar. Oleh itu, kaedah koperatif STAD merupakan satu kaedah yang menarik untuk
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat membentuk sikap positif
pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan.
24
BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dilakukan ini adalah untuk menguji keberkesanan kaedah koperatif STAD
dalam meningkatkan pencapaian pelajar dengan menggunakan kelas eksperimen dan kumpulan
kawalan. Kedua-dua rawatan yang berbeza itu merupakan pemboleh ubah bebas dalam kajian
ini. Setelah menerima rawatan, kedua-dua kumpulan ini diberi ujian pasca yang bertujuan untuk
menilai kesan kedua-dua kaedah terhadap pencapaian penulisan karangan pelajar dalam kedua-
dua kumpulan. Pencapaian pelajar merupakan pemboleh ubah bersandar kajian ini. Objektif
kajian pula adalah untuk meningkatkan pencapaian, minat dan motivasi pelajar dalam
mempelajari penulisan karangan Bahasa Melayu. Berikut adalah reka bentuk kajian, populasi,
sampel kajian, prosedur pengumpulan dan analisis data yang akan dijadikan panduan dan garis
kasar bagaimana kajian ini bakal dilaksanakan.
25
3.1 Reka bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan para pelajar di dalam bilik darjah sedia
ada. Pelajar yang sedia ada itu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan terancang. Kajian yang digunakan adalah kumpulan yang tersedia ada
sebagai subjek kajian dinamakan kuasi-eksperimen seperti dinyatakan oleh Wiersma “When
intact groups of subjects are used in an experiment, we have what is called quasi-experiment”
(1991). Eksperimen yang dijalankan ini menggunakan reka bentuk soal selidik, ujian pra dan
ujian pos. Jangka masa pengajaran ialah dua waktu pengajaran seminggu (satu waktu mengambil
masa 40 minit).
3.1.1 Kaedah Kajian
Dalam kajian berbentuk kuasi-eksperimen ini, pengajaran sebenar yang menggunakan
kaedah koperatif adalah selama dua minggu. Ahmad Mahdzan (1995), menyatakan di dalam
penyelidikan bereksperimen terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan dijadikan subjek kajian. Sebelum pengajaran bermula, kedua-dua kumpulan itu
menerima rawatan mengikut kaedah yang berbeza-beza. Kedua-dua rawatan yang berbeza itu
merupakan pemboleh ubah bebas kajian ini. Setelah menerima rawatan, kedua-dua kumpulan ini
diberi ujian pasca yang bertujuan untuk menilai kesan kedua-dua kaedah terhadap pencapaian
penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar dalam kedua-dua kumpulan. Pencapaian pelajar
merupakan pemboleh ubah bersandar kajian ini.
3.1.2 Kelas Eksperimen
Kelas eksperimen ialah kelas yang dipilih untuk melaksanakan pengajaran pembelajaran
mengikut ciri- ciri dan tatacara pembelajaran secara koperatif. Pengkaji memilih kaedah STAD
sebagai kaedah yang diuji. Di dalam kelas eksperimen, guru memulakan pengajaran dengan
mengadakan ujian pra. Selepas itu, para pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil
iaitu setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli. Setiap kumpulan diberi peluang
berkenalan dan menamakan kumpulan serta memperkenalkan kumpulan masing-masing kepada
26
seluruh kelas. Setelah pengajaran dan pembelajaran selesai, kuiz diadakan. Setelah diperiksa,
markah individu dicampur dan dijadikan markah kumpulan. Oleh sebab bilangan ahli lima orang,
maka markah purata diambil kira. Kumpulan yang mengatasi kumpulan-kumpulan lain seperti
johan dan naib johan akan menerima penghargaan agar pelajar bersaing antara satu sama lain
untuk pencapaian yang lebih cemerlang. Di dalam kajian ini pengkaji telah menyediakan hadiah
kepada para pemenang.
3.1.3 Kelas Kawalan
Kelas kawalan dalam eksperimen ini merupakan kelas yang dipilih untuk
membandingkan pencapaian markah dan minat murid. Dalam kajian ini, kelas kawalan terdiri
daripada 15 orang pelajar. Kelas kawalan diajar mengikut pengajaran guru mereka. Walaupun
ada aktiviti tetapi tidak menyamai ciri-ciri yang ada dalam pembelajaran yang menggunakan
kaedah koperatif. Di dalam kelas kawalan, markah yang dilihat ialah markah individu bukannya
markah kumpulan dan tidak ada penghargaaan seperti sijil atau hadiah yang diberikan.
27
3.2 Persampelan/Peserta kajian
Persampelan rawak yang digunakan dalam kajian ini ialah rawak mudah. Menurut Saat Md.
Yasin dalam ( Modul Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan, 2007), persampelan rawak
mudah adalah satu proses pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi tertentu
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan rawak mudah
merupakan antara kaedah terbaik untuk mendapatkan sampel yang mewakili populasi. Dari segi
tekniknya pula, proses pemilihan sampel perlu mengikuti beberapa langkah berikut:
i) Kenal pasti populasi dan berikan definisinya (misalnya, murid-murid Tingkatan
Satu)
ii) Tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka (misalnya, 100
orang).
iii) Berikan nombor (secara berurutan) kepada setiap ahli populasi (misalnya, 000
hingga 100).
iv) Tentukan saiz sampel (misalnya, 30 orang, iaitu 30% daripada populasi).
v) Ambil nombor daripada jadual nombor rawak (JNR) dan pilih ahli populasi yang
bernombor sama dengan nombor daripaa JNR ini sebagai sampel kajian dan ulang
cara ini sehingga mendapat 30 orang sampel.
Responden dipilih daripada dua sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri
daripada 30 orang murid tingkatan satu disalah sebuah sekolah yang terletak di bandar Kuala
terengganu . Sekolah ini dipilih kerana mempunyai pelajar Tingkatan Satu yang agak ramai dan
keseluruhannya pelajar Melayu. Keadaan ini memungkinkan pemilihan sampel dapat dilakukan
mengikut ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam kajian iaitu pelajar akan dibahagikan kepada dua
kumpulan sama ada kumpulan eksperimen atau kumpulan kawalan. Bagi memudahkan urusan
pentadbiran, para pelajar ini akan dimasukkan ke dalam dua kumpulan. Satu kumpulan yang
merupakan kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan kaedah koperatif manakala satu
kumpulan lagi merupakan kumpulan kawalan yang akan diajar dengan menggunakan kaedah
tradisional.
28
3.2.1 Cara Pemilihan Sampel
Pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak
mudah. Populasi pelajar Tingkatan Satu di sekolah ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Dalam
kumpulan eksperimen terdapat 15 orang pelajar begitu juga dalam kumpulan kawalan.
Jadual 3.1 Taburan pelajar mengikur kumpulan
Kumpulan Bilangan pelajar
Eksperimen 15 orang
Tradisional 15 orang
Secara keseluruhan pelajar yang telah terpilih untuk dijadikan responden merupakan pelajar-
pelajar yang sederhana pencapaiannya iaitu mendapat markah 50 – 60 peratus dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Oleh itu, pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini terdiri
daripada pelajar yang mempunyai latar belakang penguasaan penulisan bahasa melayu yang
sederhana.
3.3 Instrumen Kajian
Instrumen kajian terdiri daripada :
i) borang soal selidik
ii) ujian pencapaian pra
ii) ujian pencapaian pos
3.3.1 Borang soal selidik
Borang ini bertujuan mengumpulkan maklumat tentang latar belakang pelajar sama ada
dari segi akademik atau pencapaian pelajar dan latar belakang keluarga yang mungkin akan
mempengaruhi maklumat yang diperolehi. Borang ini akan terdiri daripada dua bahagian.
Bahagian A adalah tentang maklumat latar belakang pelajar. Bahagian B pula mengandungi
soalan-soalan yang menjurus kepada pengumpulan data tentang sikap dan minat pelajar terhadap
29
penulisan bahasa melayu dan kaedah pengajaran yang didedahkan kepada mereka. Borang soal
selidik akan diedarkan kepada pelajar pada awal perjumpaan sebelum pelajar dibahagikan
kepada kumpulan.
Skala likert empat poin digunakan untuk mengukur tahap sikap dengan respon satu untuk
sangat tidak setuju, dua untuk tidak setuju, tiga untuk setuju dan empat untuk sangat setuju.
Penyelidik tidak menggunakan skala likert lima poin untuk mengelakkan responden memilih
jawapan “tidak pasti”. Dengan menggunakan skala likert empat poin, responden dipaksa
membuat pilihan dan keputusan. Menurut Thorndike (di dalam manuskrip Hashimah Hashim,
2000) di bawah keadaan paksa, ramai responden dapat membuat keputusan yang boleh
dipercayai.
Jadual 3.2 Skala likert empat poin yang digunakan oleh penyelidik
untuk mengukur sikap pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran terhadap kaedah pengajaran.
Skala Maklumbalas
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Setuju
4 Sangat Setuju
3.3.2 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian ini akan merangkumi dua bentuk soalan. Bahagian A, 10 soalan objektif (Betul
atau Salah) dan Bahagian B, 6 soalan melengkapkan jadual dengan penggunaan ayat yang betul.
Soalan-soalan yang akan dikemukakan dalam ujian pra dan ujian pos adalah sama. Soalan-
soalan merangkumi tajuk ‘Kebaikan Amalan Menabung’. Ujian pra akan diberikan sebelum
kaedah pengajaran dilaksanakan dan selepas pelaksanaan, ujian pos pula diberikan.
30
3.4 Pengutipan Data
Bagi mengelak faktor luaran agar tidak mengganggu pengutipan data seperti cuti hari perayaan
utama atau sampel sibuk dengan ujian atau peperiksaan, pengkaji terlebih dahulu memilih masa
yang sesuai bagi mengumpulkan data yang dikehendaki. Memandangkan sampel kajian terdiri
daripada murid-murid dalam kelas yang sama, pengkaji terpaksa mengadakan kelas selepas
waktu persekolahan bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran formal. Persetujuan untuk mengadakan kelas selepas waktu persekolahan mudah
diperolehi daripada pihak pentadbir memandangkan pengkaji juga merupakan seorang guru di
sekolah tersebut.
Kajian ini dijalankan dalam tempoh satu bulan. Dalam tempoh masa tersebut, pengkaji
terlebih dahulu memberikan taklimat tentang tujuan kajian ini dijalankan kepada murid-murid
yang terlibat sebagai sampel kajian. Kemudian ujian pra diberikan kepada sampel kajian dengan
tujuan untuk menguji pengetahuan sedia ada murid-murid yang terlibat sebelum eksperimen
dijalankan. Langkah seterusnya yang diambil oleh pengkaji adalah dengan mengadakan sesi
pengajaran dan pembelajaran selama satu jam sehari selepas waktu persekolahan kepada
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan secara giliran.
3.5 Penganalisisan Data
Data-data dalam ujian pra ini diperoleh melalui markat-markat yang dicapai oleh pelajar-pelajar
dalam ujian pra, ujian pos dan kuiz. Iran Herman (1994), menyatakan sifat dan keadaan
pembolehubahan akan menentukan jenis dan metod analisis statistik yang akan digunakan.
Terdapat dua jenis kaedah analisis, iaitu pemboleh ubah kualitatif dan kuatitatif. Pemboleh ubah
kuantitatif ialah pemboleh ubah yang terkandung dalam nilai angka yang berhubungan dengan
objek pemboleh ubah tersebut. Markat yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran adalah
sebagai pemboleh ubah kuantitatatif. Analisis statistik yang sesuai di dalam menganalisis data-
data kajian yang dibuat dengan kaedah yang dikaji ini ialah kaedah analisis data kuantitatif.
Berdasarkan soalan dan analisis kajian, data yang telah dikumpulkan itu dianalisis dengan
menggunakan pengiraan peratus. Hasil pengiraan dan peratus yang diperoleh akan menentukan
taburan pencapaian pelajar-pelajar dalam kumpulan kaedah koperatif serta kumpulan kaedah
tradisional dalam ujian pra dan ujian pos.
31
3.6 Rumusan
Segala perancangan tentang kaedah dan instrumen ini adalah diharapkan dapat dilaksanakan
dengan lancar dan sempurna dan semoga hasil kajian ini akan membantu meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Penyelidik juga berharap
kajian ini akan memberikan lebih pendedahan dan kefahaman guru tentang kaedah koperatif dan
pelaksanaannya dapat diperluaskan. Semoga juga kajian ini akan dapat membantu penyelidik
dan pendidik lain di sekolah untuk mempraktikkan kaedah ini di sekolah agar dapat membentuk
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Insya Allah.
32
BAB EMPAT
HURAIAN DAN ANALISIS DATA
Keseluruhan bab ini akan memberi tumpuan kepada huraian dan analisis data berdasarkan
soalan-soalan penyelidikan kajian yang dikemukakan dan diperoleh, ujian pra dan ujian pos
sampel yang terlibat. Untuk tujuan menganalisis data, pengiraan peratus digunakan. Dapatan
yang diperolehi tersebut akan dianalisis supaya boleh menunjukkan suatu makna yang jelas
tentang pencapaian pelajar yang mengikuti pembelajaran koperatif dengan pembelajaran
tradisional bagi pelajar Bahasa Melayu Penulisan Tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di
Kuala Terengganu.
33
4.1 Maklumat Peribadi Responden
Sampel kajian adalah seramai 30 orang. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan eksperimen yang mengikuti pembelajaran koperatif dan kumpulan kawalan yang
mengikuti pembelajaran tradisional dengan bilangan sampel sebanyak 15 orang setiap kumpulan.
Perbezaan jantina iaitu lelaki dan perempuan dapat memberikan sampel yang heterogenus.
Taburan sampel mengikut jantina dapat dilihat dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1 : Bilangan sampel mengikut jantina
Jantina Bilangan Peratus (%)________
Lelaki 12 40
Perempuan 18 60____________
Jumlah 30 100___________
Bilangan responden dalam penyelidikan ini berjumlah 30 orang. Responden terdiri
daripada murid-murid Tingkatan 1 di sekolah tersebut. Berdasarkan Jadual 4.1, 12 (40%)
responden terdiri daripada lelaki dan 18 (60%) lagi perempuan.
Rajah 4.1 : Bilangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini.
34
4.2 Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan Responden Kumpulan Eksperimen dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1
Jadual 4.2 menunjukkan peratusan responden Kumpulan Eksperimen mengikut pencapaian
Bahasa Melayu Penulisan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar Tingkatan 1.
Maklumat ini penting kerana dalam pembelajaran koperatif mereka dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil berdasarkan kepada tahap pencapaian yang berbeza. Rata-rata pelajar
mendapat gred B, C dan bagi pencapaian Bahasa Melayu Penulisan dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun tersebut. Dalam Kumpulan Eksperiman, tiada atau 0 (0%) responden yang
mendapat gred A dalam peperiksaan Bahasa Melayu Penulisan yang dijalankan. Manakala
hanya 3 responden bersamaan 20% yang mendapat B. Lebih ramai responden yang berada
dalam tahap sederhana iaitu 12 (80%) . Apa yang membanggakan juga tiada responden yang
berada dalam kategori gred D dan E iaitu markah yang berada pada 49% ke bawah. Kenyataan
ini dapat dibuktikan dengan merujuk Jadual 4.2 di bawah.
Jadual 4.2 : Peratus responden Kumpulan Eksperimen mengikut
pencapaian Bahasa Melayu Penulisan dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1
KUMPULAN PENCAPAIAN B M 2 BILANGAN PERATUS
Kumpulan Eksperimen A (80-100) 0 0
B (60-79) 3 20
C (50-59) 12 80
D (40–49) 0 0
E (0-39) 0 0
______________________________________________________________________________
JUMLAH 15 100 ____________
35
Rajah 4.2 : Peratus responden Kumpulan Eksperimen mengikut
pencapaian Bahasa Melayu Penulisan dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1
4.3 Pencapaian Bahasa Melayu Penulisan Responden Kumpulan Kawalan dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1
Seterusnya apabila merujuk Jadual 4.3, kita akan dapat melihat bahawa tidak terdapat
perbezaan yang ketara antara responden dalam Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan
Eksperimen dalam pencapaian Bahasa Melayu Penulisan. Hal ini terbukti apabila seramai 0 (0%)
responden mendapat gred A. Bagi kategori gred B pula hanya 5 (33.3%) responden. Manakala
bagi responden yang mendapat gred C pula seramai 10 (66.6%). Keadaan masih sama dalam
kumpulan ini yang mana tiada responden atau 0 (0%) yang mendapat gred D dan E iaitu markah
tidak memuaskan. Maklumat tersebut dapat dilihat dengan merujuk Jadual 4.3 di bawah.
36
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Bahasa Melayu
PenulisanKumpulan Kawalan.
KUMPULAN PENCAPAIAN BM2 BILANGAN PERATUS
Kumpulan Kawalan A (80-100) 0 0
B (60-79) 5 33.3
C (50-59) 10 66.6
D (40–49) 0 0
E (0-39) 0 0
______________________________________________________________________________
JUMLAH 15 ____100___________
Rajah 4.3 : Peratus responden Kumpulan Kawalan mengikut pencapaian Bahasa
Melayu Penulisan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi
Tingkatan 1
37
4.4 Analisis Pencapaian Ujian Pra Kumpulan Eksperimen dan Kawalan
Skor ujian pra kumpulan eksperimen dan kawalan menunjukkan bahawa seramai 11 (73.3%)
orang murid telah mendapat gred B dalam kumpulan eksperimen dan 4 (26.6%) orang
mendapat gred C. Tiada atau 0% murid yang mendapat gred A, D atau E. Manakala bagi
kumpulan kawalan pula seramai 9 (60%) murid telah mendapat gred B. Manakala 6 (40%) pula
mendapat gred C. Sama seperti kumpulan eksperimen, tiada murid yang mendapat gred A, D
atau E. Peratus skor ujian pra bagi kumpulan eksperimen dan kawalan dapat ditunjukkan dalam
Jadual 4.4 di bawah.
Jadual 4.4 Skor ujian Pra Kumpulan Eksperimen dan Kawalan
Gred Kumpulan Eksperimen (%) Kumpulan Kawalan(%)
______________________________________________________________________________
A (80-100) 0 (0%) 0 (0%)
B (60-79) 11 (73.3%) 9 (60%)
C (50-59) 4 (26.6%) 6 (40%)
D (40-49) 0 (0%) 0 (0%)
E (0-39) 0 (0%) 0 (0%)
______________________________________________________________________________
38
Rajah 4.4 : Skor Ujian Pra Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
Setelah menjalankan ujian pra, responden seterusnya diberikan ujian pos untuk melihat
perbezaan selepas sesi pembelajaran. Hasil analisis mendapati, tiada responden dicatatkan
mendapat gred D, E bagi kumpulan eksperimen dan kawalan. Kumpulan kawalan masih
mengekalkan peratusan responden yang ramai berbanding kumpulan eksperimen dalam gred B.
Sementara itu, bagi kumpulan eksperimen, ramai responden telah melonjak kepada pada tahap
gred A. Peratus skor ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan kawalan dapat ditunjukkan dalam
Jadual 4.5 di bawah.
39
Jadual 4.5: Skor ujian Pos Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
Gred Kumpulan Eksperimen (%) Kumpulan Kawalan(%)
______________________________________________________________________________
A (80-100) 15 (100%) 0 (0%)
B (60-79) 0 (0%) 13 (86.6%)
C (50-59) 0 (0%) 2 (13.3%)
D (40-49) 0 (0%) 0 (0%)
E (0-39) 0 (0%) 0 (0%)
______________________________________________________________________________
Rajah 4.5 : Skor Ujian Pos Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
40
Daripada data ini menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen
dan kumpulan kawalan. Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa berlaku peningkatan
peratus dalam ujian pos berbanding ujian pra bagi kedua-dua kumpulan. Namun begitu,
peningkatan peratus yang ketara dapat dilihat bagi kumpulan eksperimen yang mana mereka
telah diajar menggunakan kaedah koperatif. Kumpulan Eksperimen iaitu 15 (100%) telah lulus
gred A. Kumpulan kawalan pula diajar dengan menggunakan kaedah tradisional. Tetapi
peningkatan peratus masih dapat dilihat walaupun pelajar hanya diajar menggunakan kaedah
konvensional. Kumpulan kawalan telah mendapat gred B seramai 13 (86.6%) dan gred C
seramai 2 (13.3%).
Menurut Slavin (1995), apabila sekumpulan kecil pelajar yang berbeza latar belakang,
kemahiran dan kebolehan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat pembelajaran,
keadaan ini akan meningkatkan hubungan sosial antara pelajar dan mereka akan lebih
menghormati antara satu sama lain. Secara tidak langsung, estim kendiri dan tahap pencapaian
pelajar akan meningkat. Sehubungan dengan itu, berlakulah peningkatan pencapaian dalam ujian
pos berbanding ujian pra apabila pelajar diajar menggunakan kaedah koperatif.
4.5 Analisis Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Koperatif
Analisis dapatan terhadap penyataan sikap yang terkandung di dalam subskala mengenai
pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan menggunakan pembelajaran berkumpulan dan telah
dihuraikan mengikut item-item soalan soal selidik. Soal selidik mengandugi 10 item dengan tiga
skala Likert iaitu tidak setuju (1), setuju (2), dan sangat setuju (3). Borang ini diedarkan
kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Tindakan ini adalah bertujuan untuk
menganalisis sikap responden terhadap pembelajaran koperatif. Dapatan kajian dianalisa dan
dinyatakan dalam bentuk peratusan.
41
4.5.1 Kumpulan Eksperimen : Item Soalan 1, 2, 3, 4 dan 5
Bagi kumpulan eksperimen, melalui soalan 1, pengkaji mendapati seramai 1 (6.7%)
responden mengatakan tidak setuju bahawa Bahasa Melayu Penulisan merupakan subjek yang
menarik. Sebaliknya seramai 11 (73.3) responden setuju bahawa Bahasa Melayu Penulisan
merupakan subjek yang menarik. Pernyataan ini disokong oleh 3 (20%) orang lagi responden
dengan sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Beralih kepada soalan 2 iaitu kaedah
pengajaran guru pada masa sekarang adalah menarik, didapati bahawa 7 (46.7%) responden
bersetuju dan 8 (53.3%) pula sangat setuju. Seterusnya bagi soalan 3 iaitu saya lebih seronok
dan mudah faham jika belajar dengan rakan-rakan, sebanyak 2 (13.3%) responden tidak setuju
dengan pernyataan tersebut manakala 9 (60%) responden bersetuju. Selebihnya, 4 (26.6%)
responden sangat setuju. Begitu juga dalam soalan 4 yang mana berbunyi saya menggunakan
perbincangan secara kumpulan untuk belajar. Seramai 9 (60%) responden adalah setuju,
manakala 6 (40.0%) sangat setuju. Sementara dalam soalan 5 pula iaitu kenyataan guru saya
menjalankan kaedah pembelajaran berkumpulan 6 (40.0%) responden bersetuju dan 9 (60.0%)
sangat setuju. Daripada soalan-soalan di atas didapati bahawa murid-murid kumpulan
eksperimen juga lebih seronok dan suka jika guru mereka menjalankan pengajaran Bahasa
Melayu Penulisan dengan menggunakan kaedah kumpulan. Keadaan ini dapat dilihat dalam
Jadual 4.6.
Jadual 4.6 Taburan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu
Penulisan Item Soalan 1, 2, 3, 4 dan 5 (Kumpulan Eksperimen).
SOALAN SIKAP MURID TERHADAP TABURAN
PEMBELAJARAN BM2 KEKERAPAN
I II III
BIL % BIL % BIL %
_____________________________________________________________________
42
1 Bahasa Melayu Penulisan 1 (6.7) 11 (73.3) 3 (20)
adalah subjek yang menarik.
2 Kaedah pengajaran guru 7(46.7) 8 (53.3)
pada masa sekarang
adalah menarik.
3 Saya lebih seronok dan 2 (13.3) 9 (60.0) 4 (26.6)
mudah faham jika belajar
dengan rakan-rakan.
4 Saya menggunakan 9 (60.0) 6 (40.0)
perbincangan kumpulan
untuk belajar.
5 Guru saya menjalankan 6 (40.0) 9 (60.0)
kaedah pembelajaran
berkumpulan.
Skala: 1= tidak setuju, II= setuju, III=sangat setuju
43
4.5.2 Kumpulan Eksperimen : Item Soalan 6, 7, 8, 9 dan 10
Bagi kumpulan eksperimen, melalui soalan 6, pengkaji mendapati 6 (40.0%) responden
mengatakan bahawa mereka setuju suka bekerjasama dengan rakan-rakan. Selebihnya 9
(60.0%) responden pula sangat setuju suka bekerjasama dengan rakan-rakan. Dalam soalan 7
iaitu kenyataan yang mengatakan bahawa saya suka jika diberi peluang untuk menyampaikan
jawapan, seramai 2 (13.3%) responden tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Selebihnya 9
(60.0%) setuju diikuti 4 (26.6%) sangat setuju. Merujuk kepada soalan 8 pula iaitu saya
menghormati pandangan rakan-rakan saya, didapati bahawa 1 (6.7%) responden tidak bersetuju,
8 (53.3%) responden setuju, manakala 6 (40.0%) responden sangat setuju. Meninjau soalan 9
pula iaitu saya yakin pada diri sendiri, seramai 7 iaitu (46.7%) responden setuju dengan
pernyataan tersebut dan 8 (53.3%) lagi sangat setuju. Soalan terakhir iaitu soalan 10 pula
menyatakan bahawa saya berusaha untuk meningkatkan pencapaian saya dalam Bahasa Melayu
Penulisan. Pengkaji mendapati bahawa sebanyak 3 (20.0%) setuju, sementara 12 (80.0%) sangat
setuju dengan kenyataan tersebut. Daripada soalan-soalan di atas didapati bahawa murid-murid
kumpulan eksperimen lebih suka jika dapat menjalankan pembelajaran dengan bekerjasama
dengan rakan-rakan. Selanjutnya murid kumpulan eksperimen ini juga kebanyakannya setuju
untuk berusaha dan meningkatkan pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu Penulisan.
Keadaan ini dapat dilihat dalam jadual 4.7.
Jadual 4.7 Taburan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu
Penulisan Item Soalan 6, 7, 8, 9 dan 10 (Kumpulan Eksperimen).
SOALAN SIKAP MURID TERHADAP TABURAN
PEMBELAJARAN BM2 KEKERAPAN
I II III
BIL % BIL % BIL %
_____________________________________________________________________
44
6 Saya suka 6 (40.0) 9 (60.0)
dengan rakan-rakan.
7 Saya suka jika diberi 2 (13.3) 9 (60.0) 4 (26.6)
peluang untuk
menyampaikan jawapan.
8 Saya menghormati 1 (6.7) 8 (53.3) 6 (40.0)
pandangan rakan-rakan
saya.
9 Saya yakin pada 7 (46.7) 8 (53.3)
diri sendiri.
10 Saya berusaha untuk 3 (20.0) 12 (80.0)
meningkatkan pencapaian
saya dalam Bahasa Melayu
Penulisan.
_____________________________________________________________________
Skala: 1= tidak setuju, II= setuju, III=sangat setuju
45
4.5.3 Kumpulan Kawalan : Item Soalan 1, 2, 3, 4 dan 5
Bagi kumpulan kawalan, melalui soalan 1, pengkaji mendapati hanya sebanyak 1 (6.7%)
responden mengatakan tidak setuju bahawa Bahasa Melayu Penulisan merupakan subjek yang
menarik. Sebaliknya 10 (66.7%) responden bersetuju bahawa Bahasa Melayu Penulisan
merupakan subjek yang menarik. Kenyataan ini disokong oleh 4 (26.6%) responden yang sangat
bersetuju dengan kenyataan tersebut. Menerusi soalan 2 iaitu kaedah pengajaran guru pada masa
sekarang adalah menarik, didapati bahawa 2 (13.3%) responden tidak bersetuju manakala 6
(40.0%) pula setuju dan 7 (46.7%) sangat setuju. Seterusnya bagi soalan 3 iaitu saya lebih
seronok dan mudah faham jika belajar dengan rakan-rakan, sebanyak 5 (33.3%) responden tidak
bersetuju. Selebihnya, 7 (46.7%) responden bersetuju dan 3 (20.0%) sahaja yang sangat setuju.
Begitu juga dalam soalan 4 yang mana berbunyi saya menggunakan perbincangan secara
kumpulan untuk belajar. Hanya 3 (20.0%) yang tidak bersetuju, manakala 9 (60.0%) bersetuju
dan selebihnya 3 (20.0%) sangat bersetuju. Sementara dalam soalan 5 pula iaitu kenyataan guru
saya menjalankan kaedah pembelajaran berkumpulan, seramai 2 (13.3%) responden adalah tidak
bersetuju. 5 (33.3%) responden bersetuju dan 7 (46.7%) sangat bersetuju. Daripada soalan-soalan
di atas didapati bahawa murid-murid lebih seronok dan suka jika guru mereka menjalankan
pengajaran Bahasa Melayu Penulisan dengan menggunakan kaedah kumpulan. Keadaan ini
dapat dilihat dalam Jadual 4.8.
Jadual 4.8 Taburan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan
Item Soalan 1, 2, 3, 4 dan 5 (Kumpulan Kawalan).
SOALAN SIKAP MURID TERHADAP TABURAN
PEMBELAJARAN BM2 KEKERAPAN
I II III
BIL % BIL % BIL %
_____________________________________________________________________
46
1 Bahasa Melayu Penulisan adalah 1 (6.7) 10 (66.7) 4 (26.6)
subjek yang menarik.
2 Kaedah pengajaran guru 2 (13.3) 6 (40.0) 7(46.7)
pada masa sekarang
adalah menarik.
3 Saya lebih seronok dan 5 (33.3) 7 (46.7) 3 (20.0)
mudah faham jika belajar
dengan rakan-rakan.
4 Saya menggunakan 3 (20.0) 9 (60.0) 3 (20.0)
perbincangan kumpulan
untuk belajar.
5 Guru saya menjalankan 2 (13.3) 5 (33.3%) 7 (46.7)
kaedah pembelajaran
berkumpulan.
_____________________________________________________________________
Skala: 1= tidak setuju, II= setuju, III= sangat setuju
47
4.5.4 Kumpulan Kawalan : Item Soalan 6, 7, 8, 9 dan 10
Bagi kumpulan kawalan, melalui soalan 6, pengkaji mendapati hanya 3 (20.0%) responden
mengatakan tidak setuju bahawa mereka suka bekerjasama dengan rakan-rakan. Sebaliknya 6
(40.0%) responden bersetuju suka bekerjasama dengan rakan-rakan dan keadaan ini disokong
oleh 6 (40.0%) yang sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dalam soalan 7 iaitu
kenyataan yang mengatakan bahawa saya suka jika diberi peluang untuk menyampaikan
jawapan, seramai 3 (20.0%) responden tidak bersetuju dengan maksud tersebut. Selebihnya 7
(46.7%) setuju diikuti 5 (33.3%) sangat setuju. Merujuk kepada soalan 8 pula iaitu saya
menghormati pandangan rakan-rakan saya, didapati bahawa 3 (20.0%) responden tidak
bersetuju, manakala 8 (53.3%) responden bersetuju dan diikuti dengan 4 (26.6%) yang sangat
setuju. Meninjau soalan 9 pula iaitu saya yakin pada diri sendiri, seramai 2 (13.3%) responden
tidak bersetuju. Manakala 5 (33.3%) pula setuju dan 8 (53.3%) sangat setuju. Soalan terakhir
iaitu soalan 10 pula menyatakan bahawa saya berusaha untuk meningkatkan pencapaian saya
dalam Bahasa Melayu Penulisan. Pengkaji mendapat 3 (20.0%) tidak setuju, 4 (26.6%) setuju
dan 8 (53.3%) adalah sangat setuju. Daripada soalan-soalan di atas didapati bahawa murid-
murid lebih suka jika dapat menjalankan pembelajaran dengan bekerjasama dengan rakan-
rakan. Selanjutnya murid kumpulan kawalan ini juga kebanyakannya setuju untuk berusaha dan
meningkatkan pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan ini dapat dilihat
dalam jadual 4.9.
Jadual 4.9 Taburan Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu
Penulisan Item Soalan 6, 7, 8, 9 dan 10 (Kumpulan Kawalan).
SOALAN SIKAP MURID TERHADAP TABURAN
PEMBELAJARAN BM2 KEKERAPAN
I II III
BIL % BIL % BIL %
_____________________________________________________________________
48
6 Saya suka bekerjasama 3 (20.0) 6 (40.0) 6 (40.0)
dengan rakan-rakan.
7 Saya suka jika diberi 3 (20.0) 7 (46.7) 5 (33.3)
peluang untuk
menyampaikan jawapan.
8 Saya menghormati 3 (20.0) 8 (53.3) 4 (26.6)
pandangan rakan-rakan
saya.
9 Saya yakin pada 2 (13.3) 5 (33.3) 8 (53.3)
diri sendiri.
10 Saya berusaha untuk 3(20.0) 4 (26.6) 8 (53.3)
meningkatkan pencapaian
saya dalam Bahasa Melayu
Penulisan
_____________________________________________________________________
Skala: 1= tidak setuju, II= setuju, III= sangat setuju
49
4.6 Rumusan
Pada umumnya, pembelajaran koperatif digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar,
membina perhubungan yang positif antara pelajar dan memperbaiki tingkah laku pelajar. Salah
satu daripada prasyarat dalam kaedah pembelajaran koperatif ialah pelajar mestilah
heterogeneous iaitu berbeza dari segi jantina, etnik, tahap pencapaian akademik, kebolehan dan
gaya belajar. Selain itu, pengetahuan sedia ada pelajar juga amat penting.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa aras pengetahuan sedia ada pelajar adalah lebih
kurang sama bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Semua pelajar mendapat skor
yang tinggi iaitu melebihi 80 markah dalam ujian pos bagi kumpulan eksperimen. Keadaan ini
membuktikan bahawa pembelajaran secara koperatif amat sesuai dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu Penulisan. Selain itu, pelajar-pelajar yang mendapat skor yang tinggi ini mungkin
mengambil berat tentang pelajaran mereka dengan membuat ulang kaji secara berterusan.
Pelajar-pelajar ini juga mungkin mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap pencapaian
akademik anak-anak mereka.
Walau bagaimanapun, ramai juga pelajar yang berada pada skor rendah iaitu antara 40
hingga 49 dalam ujian pra bagi kedua-dua kumpulan. Hal ini mungkin berlaku disebabkan
mereka mempunyai gaya pembelajaran yang agak kurang sesuai untuk dipraktikkan dan kurang
berminat untuk mengulang kaji pelajaran. Mereka juga mungkin berminat membaca buku-buku
rujukan dan hanya akan mengulang kaji pelajaran apabila menjelang ujian atau peperiksaan
sahaja. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi tahap pengetahuan sedia ada pelajar. Keadaan ini
menunjukkan bahawa sampel yang dipilih memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam
pembelajaran koperatif. Sampel kajian didapati mempunyai tahap pencapaian akademik dan
kebolehan yang pelbagai.
Kaedah pembelajaran tradisional amat berbeza dengan kaedah pembelajaran koperatif.
Kaedah pembelajaran tradisional tidak memberi penekanan kepada nilai-nilai ketergantungan
positif antara pelajar. Hal ini bermakna seseorang pelajar itu tidak memerlukan orang lain untuk
belajar. Mereka hanya bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Suasana dalam
kelas tradisional kadangkala tidak menggalakkan pembelajaran dan amat membosankan.
Keadaan ini kerana pelajar-pelajarnya adalah homogeneous terutama dari segi tahap pencapaian
akademik dan kemahiran komunikasi antara pelajar juga kurang dititikberatkan.
50
Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar
turut meningkat meskipun hanya diajar dengan kaedah tradisional. Hal ini kerana terdapat
perbezaan yang signifikan antara skor peratus ujian pra dan skor peratus ujian pos bagi kumpulan
kawalan. Namun begitu, peningkatan tersebut tidaklah terlalu drastik seperti yang ditunjukkan
oleh pelajar yang diajar dengan kaedah koperatif.
Hal ini mungkin berlaku disebabkan peningkatan tahap pemahaman pelajar terhadap
topik ini setelah diajar semula buat kali kedua. Pelajar berpeluang untuk belajar semula sesuatu
yang telah mereka pelajari. Ada sesetengah pelajar yang mengambil inisiatif untuk bertanya
beberapa soalan kepada guru dan secara tidak langsung mereka akan mendapat penerangan yang
lebih jelas daripada guru tersebut. Dengan demikian, pelajar berupaya untuk menjawab soalan-
soalan yang diberi dalam ujian pos. Pencapaian pelajar didapati meningkat dalam ujian pos
berbanding ujian pra bagi kumpulan kawalan walaupun peningkatan tersebut hanya dalam julat
yang kecil.
Terdapat perbezaan yang signifikan antara skor peratus ujian pra dan skor peratus ujian
pos bagi kumpulan eksperimen. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif
dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu Penulisan. Sebelum diajar dengan
menggunakan kaedah koperatif, pelajar diajar dengan menggunakan kaedah tradisonal. Ada
sesetengah pelajar yang tidak faham apa sebenarnya yang mereka pelajari. Hal ini terbukti
apabila skor peratus ujian pra bagi kumpulan eksperimen berada pada tahap yang sederhana
sahaja. Setelah mereka mempelajari tajuk ini dengan menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif, skor peratus ujian pos bagi kumpulan eksperimen meningkat sehingga 100 peratus.
Kajian yang dilakukan Latifah (2002) telah menyokong dapatan kajian ini di mana
dapatan kajian beliau menunjukkan bagawa berlaku peningkatan dalam skor ujian pos
berbanding skor ujian pra bagi kumpulan eksperimen yang diajar menggunakan kaedah koperatif
model STAD. Justeru, keadaan ini bermakna kaedah pembelajaran STAD adalah sesuai dan
berkesan dengan topik ini. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Nizam (2002) dan Latipah
(2002) turut menyokong dapatan kajian ini yang menyatakan bahawa kaedah pembelajaran
koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Namun begitu, kajian yang dilakukan oleh
51
Nizam (2002) lebih memihak kepada pelajar perempuan di mana pelajar perempuan dikatakan
memperoleh skor yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki setelah diajar menggunakan kaedah
koperatif.
Salah satu daripada tiga konsep utama yang menjadi tunjang kepada pembelajaran
koperatif adalah penghargaan kumpulan. Konsep ini membantu meningkatkan motivasi pelajar
untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Menurut Slavin (1995), pembelajaran koperatif akan
lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar sekiranya memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan. Apabila sesuatu penghargaan atau pujian diberikan kepada kumpulan tertentu, ahli-
ahli dalam kumpulan akan merasakan bahawa usaha mereka dihargai. Oleh yang demikian,
mereka akan berusaha membantu rakan-rakan lain mencapai matlamat pembelajaran agar mereka
berpeluang untuk diberi penghargaan pada masa akan datang.
Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif menggunakan
model STAD dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu Penulisan sekaligus membuktikan bahawa kajian ini telah berjaya mencapai objektifnya.
Pembelajaran menggunakan kaedah ini memperi peluang kepada pelajar untuk berbincang dan
belajar bersama-sama rakan di dalam kumpulan Secara tidak langsung, pelajar dapat
mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan
dengan topik ‘’Kebaikan Amalan Menabung” .
Dapatan kajian ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Haslina (2002) di mana
beliau menjalankan kajian bagi menentukan sama ada penggunaan kaedah STAD dapat
menigkatkan kefahaman pelajar dalam topik Asid dan Bes. Dapatan kajian beliau menunjukkan
bagawa pengajaran menggunakan kaedah koperatif model STAD dapat meningkatkan
kefahaman pelajar dalam topik Asid dan Bes berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.
Dalam kaedah pembelajaran koperatif, pelajar perlu sedar bahawa selain daripada
bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri, mereka juga harus bertanggungjawab terhadap
pembelajaran orang lain. Oleh kerana itulah, Johnson, Johnson dan Holubec (1994) menyatakan
bahawa ketergantungan positif merupakan nadi kepada pembelajaran koperatif. Apabila setiap
52
pelajar mengambil berat dan lebih komited terhadap kejayaan orang lain, mereka akan berusaha
dengan lebih bersungguh-sungguh dan akan menjadi seorang pelajar yang proaktif. Kadar
keciciran dan penurunan tahap pencapaian pelajar juga akan dapat diatasi.
Hal ini terbukti apabila dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan antara skor peratus ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Pembelajaran koperatif akan melahirkan pelajar yang komited terhadap matlamat pembelajaran,
bermotivasi dalam melakukan sesuatu kerja, berani mengambil risiko dan mempunyai rasa
tanggungjawab terhadap sekolah. Oleh yang demikian, secara tidak langsung, kaedah
pembelajaran koperatif dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam ujian pos bagi
kumpulan eksperimen.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Latipah (2002) juga menunjukkan bahawa
pembelajaran koperatif dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar dan sekaligus
menyokong dapatan kajian ini. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Keeler dan Steinhorst
(1995) turut menyokong dapatan kajian ini di mana kaedah pembelajaran koperatif memberi
kesan positif terhadap sikap dan minat pelajar berbanding dengan kaedah pembelajaran
tradisional.
Sikap dan minat pelajar terhadap sesuatu yang mereka pelajari turut mempengaruhi
pencapaian mereka. Pelajar yang mempunyai sikap yang positif dan memberi respon yang baik
terhadap sesuatu yang mereka pelajari akan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian
akademik mereka. Menurut Ramlah dan Mahani (2002), aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar adalah amat penting dalam menangani masalah
perbezaan individu dalam kalangan pelajar.
Penerapan unsur motivasi dalam perancangan dan pengajaran amat penting untuk
menggalakkan penglibatan pelajar. Secara umumnya, pembelajaran koperatif memberi peluang
kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Motivasi sangat penting
untuk membangkitkan, mengekalkan dan meningkatkan minat pelajar untuk memberi perhatian
kepada pengajaran guru.
53
Untuk menarik minat pelajar, guru haruslah menyediakan aktiviti yang menarik seperti
menyanyi dalam kumpulan, bercerita, berbincang dan membuat projek mengikut kumpulan
masing-masing. Guru harus sedar bahawa pelajar mempunyai kebolehan dan minat yang
pelbagai. Guru harus mengetahui perkara-perkara yang diminati oleh pelajar. Dalam konteks
pembelajaran koperatif, kebolehan dan minat pelajar yang pelbagai ini akan dijana dan akhirnya
akan memberi faedah kepada pelajar itu sendiri serta rakan-rakannya yang lain.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap dan minat pelajar terhadap pembelajaran
koperatif adalah seiring dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Penulisan terutamanya dalam tajuk ‘‘Kebaikan Amalan Menabung”. Pelajar yang berminat
dalam kaedah pembelajaran koperatif dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam
ujian pos dengan baik. Memandangkan kaedah pembelajaran koperatif adalah suatu kaedah yang
asing bagi pelajar, mereka menunjukkan sikap yang positif dan melahirkan perasaan gembira
ketika mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini.
54
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Bab ini akan membincangkan rumusan hasil kajian, perbincangan tentang dapatan kajian,
implikasi kajian dan cadangan kajian selanjutnya. Perbincangan adalah berdasarkan hasil
daripada analisis data yang diperolehi daripada Bab 4 iaitu dapatan hasil kajian yang dike-
mukakan sebelum ini.
55
5.1 Kesimpulan Dapatan Kajian
Tujuan kajian ini diijalankan adalah untuk menguji keberkesanan kaedah koperatif menggunakan
model STAD dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Selain itu, kajian ini juga bertu-
juan mengkaji tahap pencapaian pelajar setelah menggunakan kaedah pengajaran koperatif mo-
del STAD. Bab ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai keberkesanan pembelajaran
koperatif model STAD dalam meningkatkan pencapaian pelajar Bahasa Melayu Penulisan dalam
topik ‘‘Kebaikan Amalan Menabung’. Seterusnya, dihuraikan beberapa cadangan yang boleh di-
jadikan panduan kepada penyelidik akan datang yang ingin mengkaji keberkesanan pembelajaran
koperatif Selain itu, turut disertakan kesimpulan bagi keseluruhan kajian.
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
5.2.1 Pembelajaran Koperatif dan Pengukuhan Pemahaman Pelajar
Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar kumpulan eksperimen
dan kawalan diedarkan ujian pencapaian pra. Tujuan ujia pra diadakan adalah untuk mengetahui
dan menguji pengetahuan sedia ada pelajar berkenaan topik ‘‘Kebaikan Amalan Menabung”.
Hasil analisis mendapati, pelajar dalam kumpulan eksperimen dan kawalan mempunyai tahap
pengetahuan sedia ada yang sama bagi topik ‘‘Kebaikan Amalan Menabung”. Didapati
kebanyakan pelajar bagi kedua-dua kumpulan berada pada tahap baik dan sederhana iaitu gred
B dan C. Selepas dilakukan ujian pos terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang ketara dalam
kumpulan eksperimen. Didapati tiada lagi pelajar yang berada pada tahap sederhana. Malah
kesemua murid telah mendapat gred A iaitu pada tahap sangat baik.
Pembelajaran koperatif STAD dapat mengukuhkan pemahaman pelajar dalam topik
‘‘Kebaikan Amalan Menabung” dan ini seterusnya akan meningkatkan pencapaian pelajar dalam
topik tersebut. Peningkatan kefahaman ini menunjukkan bahawa pembelajaran melalui kumpulan
dapat memberi sumbangan ke arah mempertingkatkan kemahiran tertentu dalam kalangan pelajar
misalnya kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran menyampaikan maklumat, kemahiran
berbincang dan berbahas serta kemahiran menilai dan memberi pendapat secara rasional (Rashidi
dan Abdul Razak 1998).
5.2.2 Perbezaan Pencapaian Sebelum dan Selepas Pembelajaran Koperatif STAD
56
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor
peratus ujian pra dan skor peratus ujian pos bagi kumpulan kawalan. Selain itu, analisis yang
dijalankan ke atas kumpulan eksperimen juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan antara skor peratus ujian pra dan skor peratus ujian pos. Namun begitu, beza peratus
kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Keadaan ini
jelas menunjukkan bahawa pengajaran menggunakan kaedah koperatif dapat membantu
meningkatkan pencapaian pelajar dalam tajuk ini.
Daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa sikap pelajar terhadap
pembelajaran koperatif adalah seiring dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu Penulisan terutamanya dalam tajuk ‘‘Kebaikan Amalan Menabung”. Hal ini kerana
pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap kaedah pembelajaran ini memperoleh
skor yang tinggi dalam ujian pos bagi kumpulan eksperimen. Dapatan kajian juga menyokong
usaha Kementerian Pelajaran yang telah merancang beberapa strategi dan berura-ura untuk
memantapkan ilmu sivik kepada pelajar seperti mana yang terdapat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu Penulisan.
Kajian oleh Goh Ngoh (1993) dari Instiusi Pendidikan Singapura membuktikan
keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Sains dan mata
pelajaran lain. Daripada kajian yang dijalankan di tiga buah sekolah menengah, beliau telah
menggunakan pembelajaran koperatif STAD dan mendapati teknik ini amat sesuai untuk
meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Beliau juga mendapati teknik pengajaran dan
pembelajaran menggunakan pembelajaran koperatif dapat melahirkan keseronokan dan minat
belajar dalam kumpulan. Slavin (1987) menyatakan bahawa pembelajaran koperatif STAD
memberikan kesan positif terhadap pencapaian akademik pelajar. Responden daripada
kumpulan eksperimen berusaha belajar sebagai satu kumplan dan keadaan ini dapat dicapai
melalui perbincangan tugasan yang telah diberikan dalam kumpulan. Tugasan ini mempunyai
matlamat yang sama dan hanya dapat dicapai melalui perbincangan.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi peningkatan pencapaian pelajar yang
mengikuti kaedah pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah sesuatu yang baru.
57
Mereka akan belajar dalam situasi baru yang menyeronokkan dan tidak membosankan jika
dibandingkan dengan pembelajaran tradisional. Mereka diberi kebebasan untuk menentukan dan
mencipta sendiri cara pembelajaran mereka. Thomas (1994) telah mendapati pembelajaran ko-
peratif telah menyebabkan pelajar lebih berminat untuk belajar.
Pembelajaran koperatif mudah mencapai objektif kerana pengajaran dan pembelajaran di-
rancang dengan teliti terlebih dahulu. Keadaan ini memudahkan mereka menerima dan membina
idea baru dalam minda mereka kerana kaedah ini merupakan kaedah yang berpusatkan pelajar.
Pelajar aktif melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka berbincang da-
lam kumpulan dan kemudian menjadi pakar dalam kumpulan rumah. Peranan guru hanya seba-
gai fasilitator. Interaksi yang positif dalam kalangan pelajar dalam kumpulan kecil dapat menin-
gkatkan kefahaman dan keyakinan pelajar.
Berbanding dengan pembelajaran tradisional, pelajar mempunyai peluang yang terhad
dan terbatas untuk menjawab persoalan mengenai konsep pembelajaran dan berbincang dengan
guru atau rakan sebaya. Dengan ini, pelajar tidak dapat menerima maklum balas yang memu-
dahkan mereka untuk memahami pelajaran mereka. Keadaan ini menyukarkan mereka untuk
mengikuti pelajaran dan ini boleh menimbulkan banyak masalah disiplin seperti kebisingan yang
boleh mengganggu pelajar lain. Cogen (1987) telah mengaplikasikan pembelajaran koperatif ke
atas pembelajaran kimia dan mendapati bahawa kumpulan pelajar berkebolehan rendah menda-
pat manfaat hasil interaksi kumpulan pelajar berkebolehan tinggi. Sementara itu, kajian oleh
Campbell (2001) mendapati kelas yang menerima pembelajaran koperatif menunjukkan skor
yang lebih tinggi daripada kelas yang menerima pembelajaran tradisional.
5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Koperatif STAD
58
Setelah mengikuti pembelajaran koperatif, sampel daripada kumpulan eksperimen
diedarkan borang soal selidik. Sebanyak 10 item disediakan. Daripada nilai peratusan sangat
setuju dan setuju yang dinyatakan dalam Jadual 4.7 didapati kebanyakan responden berminat
mengikuti pembelajaran koperatif kerana kaedah ini mewujudkan sesuatu kelainan yang
menyeronokkan dalam pembelajaran mereka. Selain itu, responden turut menyatakan
persetujuan mereka terhadap keberkesanan pembelajaran koperatif STAD dalam mengukuhkan
tahap pemahaman mereka dalam topik yang diajar.
Selain daripada berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar, pembelajaran
koperatif juga berjaya menerapkan nilai-nilai murni dalam diri individu. Antara nilai murni
yang berjaya diterapkan adalah tolong-menolong. Dalam pembelajaran koperatif, sesi
perbincangan adalah penting kerana melalui perbincangan mereka akan saling bertukar pendapat
dan idea. Mereka akan saling menolong dalam menyelesaikan masalah yang wujud antara ahli
kumpulan. Menurut Dr. Ismail Zain (2001), setiap anggota pasukan akan memberi pandangan,
cadangan, sokongan atau bangkangan masing-masing dalam perbincangan. Hal ini adalah untuk
mendapat tindak balas antara ahli dalam kumpulan. Peningkatan pencapaian pelajar semestinya
memerlukan sokongan rakan semasa sesi pembelajaran dan saling bergantungan antara ahli
adalah positif bagi mendapatkan pencapaian yang positif.
Tajudin Mohd Yunus (1997) menyatakan bahawa kerjasama rakan adalah perlu bagi
menambahkan pengetahuan dan merupakan punca kegigihan serta punca peningkatan
pencapaian dalam pelajaran. Melalui perbincangan, pelajar juga berpeluang untuk mengeluarkan
pendapat bertukar maklumat sesama sendiri.
Di samping itu, antara nilai-nilai murni yang lain berjaya diterapkan ialah berani
bertanya. Maklum balas daripada ahli kumpulan akan mewujudkan perasaan selesa dalam diri
mereka. Segala kekeliruan akan terjawab. Mereka juga akan lebih berkeyakinan dalam
menyuarakan pendapat atau idea. Seterusnya ini akan memperkembangkan imej kendiri yang
positif sebab diterima dan dihargai oleh ahli kumpulan. Dalam pembelajaran koperatif, semua
ahli harus memahami dan menyedari peranan masing-masing. Oleh itu, kejayaan atau kegagalan
yang diperolehi akan dikongsi bersama. Semua pelajar dalam satu kumpulan berhak memberi
59
pandangan atau saling bertukar idea dalam membuat penyelesaian masalah agar dapat difahami
dan diterima oleh semua ahli kumpulan. Matlamat pembelajaran koperatif tidak akan tercapai
jika penyelesaian suatu masalah hanya dilakukan oleh seorang pelajar sahaja.
Daripada borang soal selidik, didapati bahawa pelajar menunjukkan persetujuan yang
positif terhadap kenyataan bahawa teknik pembelajaran kumpulan dapat menyeronokkan lagi
suasana pembelajaran. Hal ini adalah kerana daripada dapatan kajian Drew (2001), diperhatikan
bahawa melalui teknik STAD, ahli-ahli dalam kumpulan dapat mengenali antara satu sama lain
dengan lebih mendalam. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan sikap yang positif terhadap
pelajaran sebab rasa bermotivasi belajar dalam suasana seronok. Aktiviti yang dilaksanakan
akan mewujudkan kelainan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Interaksi pelajar yang
positif membolehkan guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan (Ee
Ah Meng, 1997).
Strategi pembelajaran koperatif mempunyai manfaat besar kepada pembelajaran pelajar.
Kaedah ini boleh dijadikan strategi pengajaran alternatif masa kini di mana pelajar memperolehi
faedah secara bersepadu dari aspek kognitif, efektif dan psikomotor. Peranan guru masih lagi
penting. Guru bertindak sebagai fasilitator kerana pengajaran dan pembelajaran adalah
pengalaman yang perlu dikongsi antara pengajar dan pelajar. Guru seharusnya merancang
pengajaran dan pembelajaran agar kemahiran intelek dalam kalangan pelajar dapat
dimanifestasikan dalam pengajaran. Kesepaduan yang diperolehi dari pembelajaran koperatif
dapat memenuhi hasrat kerajaan seperti yang tertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pada zaman teknologi kini, pelajar boleh belajar sendiri dan menemui maklumat melalui
internet. Mereka akan banyak menggunakan komputer dan pada suatu ketika mungkin mereka
kurang berkomunikasi dengan orang lain. Oleh sebab itu, keadaan ini akan melemahkan
kemahiran interpersonal mereka untuk bergaul dan bekerjasama dengan orang lain.
Pembelajaran koperatif amat sesuai bagi memupuk sikap kerjasama dalam kalangan pelajar.
Mereka tidak kedekut untuk berkongsi idea dan pengetahuan dengan rakan-rakan lain. Situasi
ini akan menyediakan mereka untuk menghadapi dunia bekerja nanti dengan lebih yakin diri.
5.3 Implikasi Dapatan Kajian
60
Proses pengajaran dan pembelajaran masih mempunyai ruang yang luas untuk diteruskan demi
meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap yang lebih tinggi. Implikasi kajian ini diharapkan
dapat membantu peningkatan tersebut. Kajian tentang penggunaan kaedah koperatif kepada
murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran mengolah idea dalam penulisan karangan
adalah amat berguna untuk pengkaji dan pendidik berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran.
Hasil dapatan dari kajian ini membawa kepada implikasi penting khususnya kepada pihak-
pihak yang tertentu yang mempunyai kepentingan dalam aspek-aspek yang tertentu. Terdapat
beberapa implikasi terhadap amalan pendidikan seperti ini dan menuntut pihak tertentu seperti
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan guru-guru Bahasa Melayu
supaya mengambil sikap yang positif, proaktif dan bertanggungjawab terhadapnya. Beberapa
implikasi yang boleh diberikan daripada kajian ini adalah seperti berikut :
i) Minat para murid dalam kumpulan rawatan meningkat apabila mengikuti sesi pen-
gajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Koperatif STAD kerana
perbincangan dalam kumpulan memudahkan pemahaman murid-murid tersebut
tentang cara untuk mencari idea, membina ayat-ayat serta dapat mengolah idea
penulisan tentang tajuk karangan yang diberikan. Oleh itu, guru-guru Bahasa
Melayu harus menggunakan model karangan sebagai bahan bantu mengajar sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk membantu murid menguasai
kemahiran mencari atau mengolah idea penulisan karangan dengan lebih baik.
ii) Kajian ini juga membuktikan bahawa penggunaan kaedah Koperatif STAD adalah
suatu amalan yang terbukti berkesan dalam membentuk kefahaman murid tentang
cara mengolah idea penulisan karangan dengan baik. Guru-guru bahasa Melayu
perlu sentiasa proaktif tentang amalan pembelajaran dengan menggunakan kaedah
Koperatif STAD ini. Guru-guru bahasa Melayu perlu sentiasa proaktif untuk
melaksanakan amalan yang baik dan berkesan agar pengajaran mereka dapat di-
hayati dan dikuasai oleh murid-murid.
iii) Bahagian Perkembangan Kurikulum, perlu memberi latihan dalam
61
perkhidmatan atau kursus jangka pendek kepada guru Bahasa Melayu yang sedia
ada bagi membantu mereka menguasai penggunaan pembelajaran koperatif.
Imbuhan perlu diberikan sebagai penghargaan kepada guru yang berusaha
menggunakan strategi pengajaran yang baru. Ini menggalakkan guru untuk
bersikap inovatif dan kraetif dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas mereka.
iv) Bagi pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pula, perlu menganjurkan
kursus- kursus pedagogi secara kerap dan berkala agar guru-guru dapat
menguasai pelbagai ilmu dan kaedah tentang pengajaran dan pembelajaran
bagaimana mengatasi kemahiran menulis dalam kalangan pealajar. Dasar
Memartabat Bahasa Melayu (MBM) dan Meningkatkan Bahasa Inggeris (MBI)
harus dijalankan sepertimana perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia
supaya usaha memartabat bahasa Melayu dengan bermotifkan sifar kesalahan
akan dapat diterjemahkan. Selain dari itu, Pejabat Pelajaran Daerah menerusi
Unit Bahasa harus juga sering membuat pemantauan ke sekolah-sekolah dan
memberikan bimbingan kepada guru-guru terhadap permasalahan dalam
penguasaan kemahiran menulis di kalangan murid sekolah.
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan untuk dijadikan panduan kepada penyelidik
akan datang yang ingin menjalankan penyelidikan tentang pembelajaran koperatif iaitu:
a. Sampel yang dikaji tidak menepati ciri pembelajaran koperatif kerana tidak
heterogenus kerana sekolah yang dikaji hanya mempunyai bangsa Melayu. Dicadangkan
agar dibuat kepelbagaian bangsa dalam memilih sampel untuk menapatkan hasil kajian
yang lebih baik.
b. Kajian yang dijalankan hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja iaitu di daerah
Kuala Terengganu dan hanya melibatkan dua buah kelas Tingkatan 1 di sekolah tersebut.
Sampel yang digunakan adalah sebanyak 30 orang. Sampel yang lebih banyak akan
memberikan nilai signifikan yang lebih meyakinkan. Keadaan ini menyebabkan hasil
62
kajian tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan pelajar Malaysia amnya dan
pelajar tahun lima khususnya.
c. Pemilihan dua buah kelas yang lebih kurang sama tahap pencapaian akademik
mereka perlu untuk mengelakkan perbezaan skor peratus yang ketara antara dua
kumpulan.
d. Borang soal selidik yang digunakan perlu diperbanyakkan item bagi mendapatkan
lebih maklumat tentang persepsi pelajar terhadap pembelajaran koperatif.
e. Kepentingan faktor masa amat dititikberatkan semasa menjalankan ujian pra dan
pos. Masa yang cukup dan sesuai iaitu tidak menghampiri waktu rehat atau waktu pulang
amat penting untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan dan jitu.
f. Faktor kelas juga perlu diambil kira. Situasi atau keadaan kelas yang selesa dan
sesuai akan memudahkan pelajar berinteraksi dan berkomunikasi semasa perbincangan
kumpulan kecil diadakan.
g. Pembelajaran koperatif bukan hanya sesuai untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
Penulisan sahaja. Dicadangkan agar penyelidik dari jurusan lain seperti Matematik, Seni
atau Sains membuat kajian tentang keberkesanan pembelajaran koperatif.
5.5 Rumusan
Kajian ini membuktikan keberkesanan pembelajaran koperatif STAD dalam mengukuhkan tahap
pemahaman pelajar Bahasa Melayu Penulisan Tingkatan 1 dalam topik ‘‘Kebaikan Amalan
Menabung”. Terdapat perbezaan skor antara ujian pra dan ujian pos selepas mengikuti
pembelajaran koperatif STAD. Peratus markah yang diperoleh bagi ujian pos kumpulan
eksperimen dan kawalan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan
antara skor pencapaian ujian pos. Keadaan ini membuktikan pembelajaran koperatif STAD
berjaya meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh itu, satu kaedah pembelajaran iaitu
pembelajaran koperatif telah dikenal pasti dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran
Bahasa Melayu Penulisan. Kajian dengan jelas menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif
berkesan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dan mutu pendidikan negara.
Diharapkan segala hasil dapatan kajian dapat dijadikan pedoman dan panduan kepada guru untuk
63
mengaplikasikan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menarik.
64
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Mahdzan Ayob. (1995). Kaedah penyelidikan sosioekonomi. Edisi
ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cuseo, J. (1992). Cooperative learning and college teaching
Marymount: Marymount College.
Iran Herman. (1994). Analisis Deskriptif. Kajang Tekno
Edar. Johnson, DW., & Johnson, R.T. (1994). Learning together and
alone: Cooperative, and individualistic learning. Boston: Ally and Bacon.
Johnson, D. R., Johnson, R.T. & Holubec, E.J. (1994 ). The new circles of learning
cooperations in the classroom and school. Virgina: ASCD.
Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Pengajian Melayu 2
– Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamaruddin Husin. (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Kamarudin Hussin. (1994). KBSM dan strategi Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahzan Arshad (2003).Pendidikan literasi bahasa Melayu:Satu Pendekatan
Bersepadu. Kuala Lumpur:Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.
Mook Soon San. (1992). Pengajian Bahasa Melayu untuk Kursus Perguruan. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nor Azizah Salleh (1995). Pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan
kecil di Sekolah Menengah, isu dan saranan. Kolokium Pendidikan ke-3,
Anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sharan. (1980). Cooperative learning in small groups. Recent research methods
65
and effects on achievement, attitudes and ethic relations. Review of
Educational research. 50, 241-258.
Slavin, R. E., (1989). Research on Cooperative Learning: Theory, Research
and Practice. Boston. M.A.: Allyn and Bacon.
Sulaiman Masri (1988). Penulisan Dalam Bahasa Malaysia Baku. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Ismail (2003). Fokus Unggul/UPSR Karangan. Johor Baharu : Penerbitan Pelangi
Sdn. Bhd.
LAMPIRAN
Lampiran 1
BORANG ANALISIS SIKAP MURID TENTANG PEMBELAJARAN KOPERATIF
KUMPULAN : EKSPERIMEN / KAWALAN
Sila pilih skala dan tandakan (√) bagi setiap item untuk menyatakan pandangan kamu tentang kaedah pembelajaran koperatif.
BIL. ITEM/SKALA LIKERT TIDAK SETUJU
(I)
SETUJU (II)
SANGAT SETUJU
(III)1. Bahasa Melayu Penulisan merupakan
subjek yang menarik.2. Kaedah pengajaran guru pada masa
sekarang adalah menarik. 3. Saya lebih seronok dan mudah faham jika
belajar dengan rakan-rakan,4. Saya menggunakan perbincangan secara
kumpulan untuk belajar.5. Guru saya menjalankan kaedah
pembelajaran. 6. Mereka suka bekerjasama dengan rakan-
rakan.7. Saya suka jika diberi peluang untuk
menyampaikan jawapan. 8. Saya menghormati pandangan rakan-
rakan saya. 9. Saya yakin pada diri sendiri.
10. Saya berusaha untuk meningkatkan pencapaian saya dalam Bahasa Melayu Penulisan.
2