Upload
paul-ding
View
110
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Tugasan Bm1 Asal Usul
Citation preview
PENGHARGAANTerlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa
syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia dan
berkatnya saya akhirnya barjaya menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu
bahasa melayu secara individu. Tanpa berkat Tuhan Yang Maha Esa proses
penghasilan tugasan Ini mungkin kurang berjaya disebabkan penghasilan
tugasan ini memerlukan sokongan yang sempurna.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada Cikgu
zainab binti Hashim dan cikgu Abdul Nasir B. Paisal sebagai pensyarah bahasa
melayu PPISMP ambilan julai 2008 atas jasa baik kerana telah banyak
membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini dengan sokongan
moral dan panduan yang saya perlukan dalam menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya saya mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pensyarah
kerana telah banyak memberi penambahbaikan melalui kolaborasi yang telah
diberikan.
Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
banyak membantu saya dalam menyempurnakan kerja kursus ini kerana sudi
berkongsi pendapat, kerjasama dan sokongan kepada saya semasa menyiapkan
kerja kursus ini. Dengan bantuan tersebut maka penghasilan tugasan ini telah
menjadi mudah untuk disiapkan.
Akhir kata saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dan kedua ibu bapa saya kerana banyak memberi sokongan kewangan yang
mencukupi dan berkat doa mereka agar dapat membantu saya
menyempurnakan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu bahasa melayu 1.
1
PENDAHULUANBahasa merupakan alat komunikasi salah satunya di dunia. Bahasa Melayu
merupakan salah sebuah bahasa yang diguna pakai oleh penduduk Nusantara
ini, walaubagaimanapun, seperti mana bahasa yang juga, bahasa ini mempunyai
unsur sejarah serta ciri-cirinya yang tersendiri. Bahasa Melayu ibaratanya nadi
kepada rakyat Malaysia, seperti mana jua kemerdekaan negara yang
diperjuangkan, Bahasa Melayu jua diperjuangkan bagi tujuan utama membentuk
satu identiti penduduk Tanah Melayu satu ketika dahulu.
Walaubagaimana pun, fenomena pencemaran bahasa pada hari ini,
khususnya Bahasa Melayu telah menular dalam golongan remaja. Bahasa asing
seperti bahasa Inggeris pula yang diagungkan oleh rakyat sendiri. Langkah yang
efektif perlu diambil bagi memerangi masalah ini.
Ketahuilah bahawa, Bahasa Melayu merupakan satu identity bangsa kita
yang perlu kita perjuangkan kerana lenyapnya bahasa ini, terhakislah pribumi
Melayu itu sendiri.
2
1.0. TAKRIF BAHASA MELAYU.
Bahasa melayu ditakrifkan sebagai bangsa melayu di asia tenggara. Takrifan ini
dilihat pada bahasa yang dianggap sebagai keturunan melayu seperti yang ada
pada kerajaan awal. Takrif bahasa melayu dibuat oleh Ptolemy yang
menggunakan istilah “maleu-kolon” G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal
daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram.
Menurut kamus dewan edisi ketiga bahasa merupakan sistem lambang
bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia dengan individu yang lain. Bahasa itu merupakan sejumlah
unit fonem dan morfem, kata rangkaian klausa dan hasil pertuturan unit untuk
menghasilakan kod bahasa tertentu. Bahasa juga merupakan penggunaan kod
yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan
sintaksis untuk membentuk kalimat yang memiliki erti
Menurut Wilhem Von Humbold bahasa merupakan sebagai satu sintesis
daripada bunyi yang direka bentuk oleh lautform bentuk luaran dan fikiran yang
dibentuk oleh idenform bentu dalaman. Ferdinan De Saussure yang merupakan
ahli sarjana linguistik swiss pula menakrifkan bahasa sebagai sistem isyarat
yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti bayangan
bunyi. Erti dan bunyi tidak boleh dipisahkan dan mesti bergabung rantaian
ucapan menurut hukum tatabahasa.
Bahasa juga ditakrifkan sebagai sudut psikologi behaviursme iaitu tabiat-
tabiat yang rumit menurut sarjana linguistik Amerika Charles F Hockett.
Manakala takrifan John B Carol menyatakan bahasa sebagai sistem berstruktur
bunyi vokal dan urutan bunyi sewenang-wenangnya oleh kaum manusia.
Chomsky menerangkan penguasaan bahasa itu tidak berupa pembelajaran
tetapi dipengaruhi oleh faktor kreatifnya.
3
Takrifan bahasa seterusnya ialah sebagai satu sistem untuk mewakili
benda, tindakan, dan idea. Bahasa merupakan satu peralatan yang digunakan
untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain.
Seterusnya ialah bahasa merupakan satu sistem maksud yang dikongsikan
antara mereka dan kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan
antara bentuk dan maksudnya. Bahasa juga merupakan satu ucapan yang
menepati tatabahasa yang telah ditetapkan seperti perkataan ayat dan lain-lain
lagi. Bahasa juga diberi penakrifkan sebagai satu pertuturan yang mudah
difahami oleh masyarakat linguistik untuk penggunanya dalam kehidupan dan
pemikiran.bahasa ini dirujuk sebagai bahasa manusia.Bahasa ini dibuktikan oleh
Chomsky melalui loghat Jerman berbeza dengan loghat belanda.Bahasa juga
dikaitkan dengan biologi namun sukar diterima kerana populasi perubahan.
Takrifan bahasa melayu merujuk kepada Tanjung Kuantan di
Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu
merujuk kepada Tanjung Penyambung. Secara umumnya ialah takrifan bahasa
melayu ialah sebagai alat perhubungan yang mempunyai bunyi dan system serta
mampu melahirkan fikiran tertentu dan perasaan pada sesuatu.
Kesimpulan awal yang dibuat oleh para penyelidik menunjukkan bahawa
istilah Melayu merujuk kepada tempat, kerajaan, serta orangnya sekitar Jambi,
Palembang, Sumatera.
1.1. Etimologi
Etimologi bermaksud kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu
perkataan serta makna perkataan itu. Menurut Zuber Osman,perkataan melayu
berasal daripada Malaya yang merupakan kependekkan daripada perkataan
Hima Alaya.Perkataan ‘alaya’ bermaksud tempat bersalji. Sehubungan dengan
itu, orang melayu dikatakan berasal dari pergunungan Himalaya.
4
Perkataan “malayapura” yang bermaksud “kota melayu” atau “kerajaan
melayu” yang diambil dari Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat.
Dengan itu dikatakan perkataan melayu berasal daripada perkataan “malaypura”.
Perkataan melayu juga dikatakan diambil daripada bahasa Jawa Kuno, Mlayu,
yang bermaksud “menggembara”. Perkataan ini bersesuai dengan orang melayu
yang dikatakan berpindah dari Yunan menuju kea rah selatan.
I. Mohd. Dahlan Mansoer pula berpendapat perkataan melayu itu berasal
daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Melayu yang telah disebut
dalam sejarah melayu.
II. Van der Tuuk mendefinisikan perkataan melayu sebagai “menyeberang”
bersesuaian dengan orang melayu yang menyeberang atau menukar
agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.
1.2. Bangsa
Menurut kamus dewan bangsa merupakan jenis manusia daripda satu asal
keturunan dan pengetahuan tentang cara hidup. Istilah melayu yang merujuk
kepada bangsa melayu dapat dilihat dari dua sudut iaitu sudut pandangan yang
luas dan sudut pandangan yang sempit.
1.2.1. Pandangan Luas
Dalam konteks pandangan luas, istilah melayu merujuk kepada bangsa-
bangsa Austronesia yang terdapat di Kepulauan Melayu. Dalam erti kata lain,
rumpun Austronesia juga meliputi kawasan Austronesia yang lain iaitu kawasan
di sebelah timur yang merangkumi keluarga Polinesia, Melanesia dan
Mikronesia.
UNESCO telah mengklasifikasikan istilah melayu sebagai suku bangsa
Melayu di semenanjung Malaysia, Thailand, Filifina dan madagaskar. Secara
umumnya, pengertian melayu merujuk kepada bangsa melayu yang menjadi
penutur asli bahasa melayu. Mereka menduduki kawasan seperti berikut:
1. Seluruh kawasan semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah (berdekatan
dengan Brunei) dan Sarawak (bahagian Pertama dan Kuching).
5
2. Pantai timur Sumatera dan kepulauan melayu lain
3. Sepanjang pantai Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan
Timur.
4. Kawasan selatan Thailand
5. Kawasan selatan Filipina dan singapura
6. Kawasan Campa di Indo-China
1.2.2. Pandangan Sempit
Di Malaysia, pengertian melayu menjadi sempit kerana istilah melayu
yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Seseorang itu
ditakrifkan sebagai bangsa melayu apabila mereka dapat menuturkan bahasa
melayu, mengamalkan adat istiadat melayu, dan beragama islam. Dengan
demikian, sekiranya orang itu murtad atau menukar kewarganegaraan, maka
taraf “Melayu” yang disandangnya akan hilang.
6
2.0. ASAL USUL BAHASA MELAYU
Dalam proses mengkaji bahasa melayu, kita perlu mengatahui asal usul
bahasa tersebut. Sehingga kini asal usul bahasa melayu masih belum dibuktikan
oleh sejarawan dan pengkaji bahasa. “Melayu”pada zama moden ini merujuk
kepada orang dan bahasa bangsa Melayu dan bahasa Melayu. Hal ini berlaku
apabila kata “orang Melayu” digunakan oleh manusia yang mendiami
Semenanjung Malaysia, bahagian selatan Negar Thai, Singapura, Sabah,
Sarawak serta Brunei.
Menurut ahli linguistik bahasa melayu dibuktikan pada bukti yang dijumpai
seperti dalam catatan orang China;
i. Catatan cina menyatakan sebuah kerajaan Mo-lo-yue mempersembahkan
hasil bumi kepada raja China sekitar tahun 644 masihi.
ii. Seterusnya dipercayai bahawa kerajaan Mo-lo-yue berpusat di daerah
Jambi, Sumatera,yang diambil namad dari sebatang sungai iaitu sungai
Melayu. Ismail Hussein menyimpulkan bahawa bahasa Melayu mungkin
telah wujud lebih awal daripada 644 masihi
iii. Catatan rahib Buddha,iaitu I-Tsing yang menggunakan kata Mo-lo-yue
tentang dua buah kerajaan yang dikunjungi sekitar 675 masihi. Menurut
beliau, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar.
iv. Juga mengenai bahasa yang digunakan di nusantara dalam kesusateraan
China bahawa, bahasa yang dituturkan oleh anak negeri ialah bahasa
Kw’un Lum yang dipercayai sebagai bahasa Melayu kuno.
v. Sejarah Melayu juga menyebut kata Melayu seperti berikut; “ kata sahibul
hikayat; ada sebuah negeri di tanah Andeles Palembang namanya,…
Muara Tatang nama sungainya. Adapin Negeri Palembang itu,
7
Palembang yang ada sekarang ini. Maka di hulu Muara Tatang itu ada
sebuah sungai, Melayu namanya,
Para penyelidik membuat Kesimpulan awal bahawa istilah Melayu merujuk
kepada tempat, kerajaan, serta orangnya sekitar Jambi, Palembang, Sumatera .
namun begitu berdasarkan bukti berikut;
1. Batu bersurat Gandasuli, Jawa tengah bertarikh 832 masihi, yang dijumpai di
Jawa Tengah
2. Batu bersurat Kedu. Jawa Tmur; tarikh tidak diketahui tetapi bahasayang
digunakan ialah bahasa Melayu kuno
3. Batu bersurat Kota kapur, di Pulau Bangka bertarikh 686 masihi.
2.1. Salasilah Bahasa Melayu
Bahasa Austronesia merupakan induk kepada bahasa Melayu. Austronesia
merupakan salah satu cabang bangsa austris. Rumpun bahasa Austronesia
tersebar luas dari Formosa (utara) hingga ke New Zealand (selatan) dan dari
Madagascar (barat) hingga Kepulauan Easther (timur). Bahasa Austronesia yang
menjadi induk bahasa Melayu melahirkan bahasa-bahasa lain yang diturunkan
kepada generasi demi generasi. Pengkaji telah mengkaji asal usul bahasa
melalui faktor usia seperti dalam gambar rajah berikut:
8
Rajah 1.1: Salasilah Bahasa
Faktor usia ini merupakan faktor utama yang digunakan oleh para pengkaji
bahasa dalam menentukan perkembangan bahasa dan dibahagikan seperti
berikut.
a) Filum : Kelompok bahasa induk yang paling tua dan wujud sekitar
5000 tahun ke atas seperti bahasa austris.
b) Rumpun : Bahasa yang berusia antara 2500 hingga 5000 tahun sebelum
bahasa lain.
c) Keluarga : Bahasa yang wujud kurang dari 2500 tahun dari yang lain.
9
RUMPUN RUMPUN
KELUARGA 1 KELUARGA 2
SUBKELUARGA 1
KELUARGA 2KELUARGA 1
SUBKELUARGA 1SUBKELUARGA 1
SUBKELUARGA 1
FILUM
FILUM
2.1.1. salasilah keturunan austronias dari induk austrik
10
FILUM BAHASA AUSTRIK/AUSTRIK
RUMPUN AUSTROASIA
RUMPUN AUSTRONESIA BARAT
MIKRONESIA POLINESIAMELANESIA
RUMPUN AUSTRONESIA TIMUR
KELUARGA INDONESIA
RUMPUN AUSTRONESIA
RUMPUN CINA-TIBET
SUBKELUARGA FILIFINA FORMOSA
SUBKELUARGA INDONESIA PUSAT
SUMATERA
JAWA KALIMANTANNN
BALI SALAK
BISAYA SULU BIKOLTAGALOG
BAHASA MELAYU
BAHASA ACEH
BAHASA MINANGKANAU
BAHASA LAMPUNG
Pengkaji bahasa, Nik Safiah Karim menyatakan bahawa bahasa
Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-
sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta diatas)
Bahasa Melayu termasuk dalam keluarga Indonesia. Sebelum kewujudan
bahasa melayu yang digunakan pada hari ini, terdapat empat peringkat bahasa,
iaitu bahasa melayu purba, bahasa melayu kuno, bahasa melayu klasik dan
bahasa melayu moden.
2.2. Tempat Asal Bahasa Melayu
Ahli arkeologi dan ahli linguistik mengemukakan dua teori utama mengenai
tempat asal Bahasa Melayu menurut kajian iaitu;
1. Kawasan Asia Tengah
2. Kawasan Nusantara
11
BAHASA MELAYU PRAKLASIK DAN KLASIK
BAHASA MELAYU KINI BAHASA MELAYU MODEN
BAHASA MELAYU PURBA BAHASA MELAYU KUNO
2.2.1. Kawasan Asia Tenggara
Menurut kajian,orang Melayu berasal dari bahagian selatan China. Pelbagai
nama digunakan untuk merujuk kawasan tersebut. Antaranya, Indo-China, pantai
timur China Selatan, iaitu di Champa, dan Kampunche dan ada pendapat
mengatakan tempat tersebut ialah Burma. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa
nenek moyang Orang Melayu berasal dari Asia Tengah yang berpindah ke
selatan sejak kira-kira 2500 SM. Perpindahan ini dipercayai belaku dalam dua
gelombang kumpulan dan menduduki asia tenggara.
Perpindahan gelombang kumpulan pertama berlaku kira-kira 2500
sebelum masihi pada Zaman Batu Baru dan dipercayai berasal daripada
golongan Austronesia di Yunan. Mereka dikenali sebagai Melayu Proto.
Keturunan melayu proto ialah Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di
Sarawak dan Batak di Sumatera. Mereka dikatakan lebih maju daripada
penduduk tetap di nusantara sendiri dengan cara memburu. Walaupun orang
Melayu Proto hidup berpindah randah, mereka sudah pandai bertani.
Seterusnya disusuli dengan perpindahan gelombang kedua pada Zaman
Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi.Gelombang kedua ini dikenali sebagai
Melayu Deutro iaitu keturunan asal orang Melayu di Malaysia.melayu Deutro
dipercayai bahawa mereka lebih mahir dan berpengetahuan berbandiang Melayu
Proto.Hal ini kerana mereka mampu melakukan sesuatu dalam bidang astronomi
dengan bijak, pelayaran dan bercucuk tanam yang lebih baik.Melayu Deutro juga
mempunyai jumlah penduduk yang lebih banyak daripada Melayu Proto.
Penduduknya menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara yang
subur untuk bertani, memburu dan berdagang.Akibat dari kemunculan Melayu
deutro,Melayu Proto semakin merosot dan mundur.Kemahiran yang tinggi telah
mewujudkan petempatan di Kepulaun Melayu dan terus berkembang sehingga
menjadi kerajaan di kawasan tersebut. Kumpulan pertama dan kedua, dikenali
sebagai Austronesia.
12
Walaubagaimanapun, teori ini diragukan dari segi tarikh berlakunya
penghijrahan.Keadaan ini boleh dilihat melalui percanggahan.Malahan, jika
benar Melayu berasal dari selatan China, sudah pasti kelompok induknya di
selatan China mempunyai persamaan dari segi bahasa pertuturan yang asas.
Namun daripada kajian yang dilakukan, tidak ada satu pun yang mempunyai ciri
pesamaan dengan rumpun Melayu di Alam Melayu.
2.2.2. Kawasan Nusantara
Teori kedua pula mengatakan orang Melayu ialah manusia asal yang
memang wujud di Nusantara.Pengkaji telah mengemukakan beberapa tempat
yang merujuk sebagai kawasan asal Austronesia yang merupakan induk bahasa
melayu.Kawasan tersebut dipercayai berdasarkan bukti seperti kebudayaan,
bahasa, perkembanan manusia dan situasi geografi pada masa lampau. Oleh
itu, orang-orang Melayu adalah orang tempatan.bukti tersebut ialah seperti
berikut;
i) kebudayaan
ii) bahasa
iii) geografi
iv) lain-lain
i). Bukti kebudayaan
Ahli linguistik Crawfurd, menyatakan bahawa tanah asal orang Melayu adalah di
Sumatera dan Jawa. Kedua-dua kawasan ini memperlihatkan perkembangan
yang sangat menonjol berbanding dengan bahagian-bahagian lain di Nusantara.
Orang Melayu telah bergerak dari kawasn ini ke bahagian yang lain di Nusantara
seperti, Semenanjung Tanah Melayu, dan telah membawa kebudayaan mereka.
13
ii). Bukti bahasa
Seterusnya, Marsedan berpendapat bahawa bahasa Melayu serumpun dengan
bahasa Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia yangberasal dari bahasa
Austronesia. Bahasa Austronesia ini tersebar ke bahagian pesisir pantai timur,
(Lautan Pasifik) , pantai barat ( lautan Hindi ), dan selatan Asia ( Nusantara ).
Dyen pula bependapat bahawa orang Melayu mungkin berasal dari Melanesia,
Formosa, atau New Guinea. Tempat ini didasarkan bukti bahawa setiap bahasa
di kawasan ini mempunyai kekerabatan. Kekerabatan bahasa dapat dilihat dari
segi pesamaan beberapa perkataan yang digunakan, bentuk kata dan struktur
bahasa. Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa yang di gunakan di Nusantara
berasak dari induk yang sama.
iii). Sudut geografi
Dari sudut geografi pula, kawasan nusantara dari zaman Pilosen sekitar 5-16
juta tahun sehingga zaman Pleistosen sekitar 18 000 tahun yang lampau,
merupakan satu dataran yang luas dan terdapat beberapa wilayah seperti
Semenanjung Tanah Melayu, Palawan, Jawa, Borneo dan pulau-pulau kecil Riau
dan Lingga. Dataran yang luas ini dikenali sebagai Pentas Suda. Pentas Sahul
pula menghubungkan antara Australia dengan New Guinea. Semasa zaman
pencairan glasier, kedua-dua pentas ini telah ditenggelamkan oleh air dan
beberapa dataran tinggi telah menjadi pulau. Kejadian alam ini juga
menyebabkan kepada perpecahan kepada beberapa wilayah kecil.
iv). Bukti lain
Rangka manusia awal Homo erectus dijumpai di Jawa dan disebut jua sebagai
Phicetranpotus erectus berusia sekitar 2 juta tahun serta ditemui di
Sambungmacan dan diberi nama manusia jawa. Sehinga kini terdapat sebanyak
41 fosil manusia Homo Erectus yang telah ditemui di Jawa. Dihipotesiskan
bahawa, manusia Homo sapiens merupakan keturunana manusia yang terawal
dan ialah induk manuisa Austronesia.
14
2.3. Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada tiga
baagian:
i. Zaman Bahasa Melayu Kuno,
ii. Zaman Bahasa Melayu klasik
iii. Zaman Bahasa Melayu moden.
Sebelum bahasa melayu kuno, bahasa melayu dikenali sebagai bahasa melayu
purba yang tidak memiliki sisitem tulisan hanya dalam bentuk lisan. Namun dari
pengaruh Hinddu, bahasa melayu purba memperoleh aksaranya.
2.4. Zaman Bahasa Melayu Kuno
Bahasa melayu kuno berasal daripada bahasa Nusantara dan mencapai
kegemilangannya bermula dari abad ke-7 hingga bad ke-13 pada zaman.
Bahasa melayu kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Menurut
Ismail Hussien bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti sebagai penyumbang
kepada kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Penemuan batu bersurat dan catatan membuktikan penggunaan melayu kuno
sebagai bahasa rasmi semasa kegemilangan Sriwijaya. Zaman ini berakhir pada
abad ke-13 apabila kerajaan Majapahit di jawa dan menggunakan bahasa jawa
sebagai bahasa komunikasi tetapi tidak mampu memalapkan semua bahasa
Melayu kuno, bahasa kuno pula terus menjadi lingua franca mengatasi bahasa
jawa kerana;
i. Bersifat sederhana dan mudah difahami
ii. Tidak terikat oleh perbezaan susun lapis masyarakat
iii. Sistem yang lebih mudah
15
2.4.1. Bukti bahasa melayu kuno
Bukti penggunaan bahasa kuno terdapat pada batu-batu bersurat abad ke-7
yang ditulis dengan huruf Pallawa:
a). Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
- Ditemui di bukit seguntang di barat daya Palembang yang bertarikh 605
Tahun Saka yang menyebut srivijaya
- Menerangkan tentang kisah raja yang ingin mendapatkan siddhayatra
Gambar batu bersurat kebukan bukit
b). Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
- Dijumpai oleh L. C. Westtenek di barat daya Siguntang oleh Residen
Jambi, bertarikh 606 tahun saka atau 684 masihi yang mempunyai 14 baris
ayat. Menerangkan tentang usaha Raja Jayanasa untuk membahagiakan
semua.
16
c). Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
- Ditemukan oleh J, K. Van Der Meulen dan dipercayai berasal dari pulau
Bangka dan bertarikh 608 tahun saka yang mengandungi 10 baris ayat.
Tujuannya ialah menyeru dewa supaya melindungi kerajaan Sriwijaya.
Gambar batu bersurat kota kampur
d). Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
- Sama kandungan dengan batu bersurat Kota Kapurtetapi ditambah sedikit
ayatnya. Ditemui oleh Inspektor L. Berkhout yayng bertarikh 692 tahun
saka
batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
2.4.2. CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO.
a) Sistem tulisan dan ejaan b) Kosa kata
17
a). Sistem tulisan dan ejaan
Tulisan palava pada keempat-empat batu bersurat digunakan oleh golongan
Brahman untuk menulis kitab-kitab bahasa Sanskrit yang berasal dari india
selatan.
Tulisan Nagiri berasal dari utara India seperti tulisan pada batu Gandasuli
manakala tulisan kawi iaitu kavi dalam bahasa Sanskrit berbentuk kursif ditulis
pada daun lontar.
b). Kosa kata
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit kerana pengaruh Hinddu-
Buddha, bahasa bangsawan, dan kurang kosa kata melayu. Pengaruh Sanskrit
tersebut dari sudut fonolog, morfologi, dan makna
a). Dari aspek fonologi terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara fonem
bahasa melayu kunodan moden contohnya penggunaan fonem w/ dengan/b/.
contohnya melayu kuno melayu menggunakan fonem /w/ dan melayu moden
menggunakan fonem /b/ seperti dalam jadual.
Bahasa melayu kuno Bahasa melayu moden
Wulan Bulan
Wunuh Bunuh
Watu Batu
b). bunyi e pepet tiada dalam melayu kuno tetapi biasanya menggunakan vokal
depan luas/a/contohnya melalui perbandingan antara kuno dan moden:
Bahasa melayu kuno Bahasa melayu moden
wanua Benua
talaga Telaga
18
sariwu seribu
c). Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno contohnya:
kuno Moden
marlapas Berlepas
Marwuat Berbuat
marsila Bersila
d) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno Contoh:
kuno Moden
Niparbuat Dibuat
Nitanam Ditanam
nimakan Dimakan
e). Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h akibat
pengaruh dari bahasa Sanskrit Contohnya seperti berikut:
Kuno Moden
bhakti Bakti
Thatapi Tetapi
sukhacita Sukacita
f). perubahan makna dalam dalam perkataan seperti berikut:
kuno Moden
Kita Kamu
Sepuluh dua Dua belas
Antara perkataan bahasa Melayu kuno yang masih digunakan pada masa kini.
aku bulan gila lawan puluh tatkala telaga tanam
tambal tetapi buat enau perkara naik minum
19
lepas bala banyak
2.5. Zaman Bahasa Melayu Klasik
Definisi Bahasa Melayu Klasik
Menurut Kamus Dewan edisi keempat perkataan klasik bermaksud serius
dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain,
mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa,
mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim atau tipikal.
Sebelum itu melayu mengalami zaman praklasik. Pengaruh arab amat
ketara kerana bahasa Sanskrit banyak diresapi kosa kata bahasa arab pada
abad ke 14 Sebelum itu melayu mengalami zaman praklasik. Pengaruh arab
amat ketara Buktinya terdapat pada batu bersurat kuala berang, Terengganu.
Menurut Syed Mohammad Naguib al-attas, tarikh pada batu tersebut ialah 4
Rejab 702 Hijrah.
i. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari
segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Zaman ini memperlihatkankan
kemasukan perkataan Arab dan Parsi.
ii. Zaman ini ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan
Melayu Melaka. Bahasa Melayu digunakan dalam bidang pemerintahan,
perdagangan dan pengantar penyebaran agama Islam. Tulisan jawi
digunakan untuk mengantikan tulisan Bahasa Melayu Kuno.
iii. Bermula pada abad ke-16, pengaruh dari barat sampai dengan
kedatangan penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Maka
berlakulah pertembungan yang mempengaruhi bahasa Melayu ketika itu.
Tulisan rumi mula diperkenalkan dalam bahas melayu oleh David Barbosa
pada tahun 1516 masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis.
20
iv. Dapat disimpulkan bahawa Bahasa Melayu klasik digunakan
dalam bidang kesusasteraan, pemerintahan, undang-undang,
perdagangan dan lain-lain.
Banyak teori yang membincangkan tentang asal usul perkataan Jawi.
Antaranya ialah Omar Awang yang mengatakan perkataan Jawi berasal dari
perkataan Arab al-Jawah. Raffles pula mengatakan perkataan Jawi merupakan
tulisan campuran Arab, Parsi dan Melayu. Para pengkaji mengatakan
perkembangan tulisan Jawi dipengaruhi oleh unsur Arab dan unsur Melayu.
Bahasa Melayu klasik ini berkembang pesat pada zaman Melaka kerana:
a. Pengaruh politik Melayu, memudahkan bahasa Melayu tersebar. Bahasa
Melayu menjadi bahasa penyebaran agama Islam dan mempunyai
darjah kebudayaan yang tinggi.
b. Perkembangan tulisan Jawi dan perbendaharaan kata dalam bahasa
Arab.
Antonio Pigafetta pada tahun 1521 telah membuktikan bahasa Melayu klasik
menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu melalui
penyusunan bukunya iaitu Daftar Kata Melayu-Itali. Penyusunan itu dilakukan
untuk memudahkan hubungan perdagangan orang Barat dengan penduduk
tempatan.
Bahasa Melayu pada zaman itu juga berfungsi sebagai bahasa pentadbiran
atau bahasa rasmi. Contohnya, urusan surat-menyurat diantara kerajaan.
Bahasa Melayu juga banyak digunakan dalam bidang penulisan kesusasteraan
dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan. Jan Hunyghen Van Linschoten yang
pernah menetap di Indonesia pada 1586-1592 menyatakan bahasa Melayu
sangat dihormati pada masa itu.
21
2.5.1. Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasik
Antara buktinya ialah:
a. Batu Bersurat Terengganu.
b. Karya-karya Sastera dalam Bahasa Melayu Klasik.
c. Surat-surat awal dalam Bahasa Melayu Klasik.
Batu Bersurat Terengganu
Dijumpai di Sungai Teresat, dekat Kuala Berang, Terengganu pada tahun
1899. Batu bersurat itu bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah. Ini menunjukkan orang
Melayu di sebelah Timur Semenanjung Malaysia telah memeluk agama Islam
lebih awal daripada orang Melayu di sebelah Barat Semenanjung Malaysia.
Tulisan yang digunakan ialah tulisan Jawi. Ia menunjukkan percampuran
kata asli bahasa Melayu dengan bahasa Sanskrit, Jawa dan Arab. isi
kandungannya ialah tentang perintah yang mengumumkan syarat undang-
undang yang terkandung dalam sembilan atau sepuluh bahagian.
Karya-Karya Sastera dalam Bahasa Melayu Klasik
Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, bahasa Melayu klasik telah
berkembang luas. Antara karya yang dicipta ialah Sejarah Melayu, Hiyakat Hang
Tuah dan Hukum Kanun Melaka.
Pusat perkembangan bahasa telah berpindah ke Aceh selepas Kerajaan
Melaka lemah dan bahasa Melayu digunakan dalam bidang penulisan. Antara
tokoh penulisan ialah Hamzah Fansuri yang menghasilkan karya yang bertajuk
Syair Dagang dan Syair Burung Pingai. Seterusnya Syamsuddin al-Sumaterani
yang menghasilkan karya bertajuk Mirat al-Mukminin dan Miratul Iman. Syeikh
Nuruddin al-Raniri pula menghasilkan Siratul Mustakin dan Asrar al-Insan. Pusat
22
perkembangan bahasa terus berpindah tempat ke Johor-Riau yang berpusat di
Pulau Penyengat. Tokoh yang terkenal pada masa itu ialah Raja Ali Haji yang
menghasilkan Salasilah Melayu dan Bugis.
Surat-Surat Awal dalam Bahasa Melayu Klasik
Penggunaan surat banyak dipelopori oleh golongan raja untuk berhubung
dengan raja Melayu lain, raja negara asing dan pedagang Eropah. Surat-surat ini
ditulis menggunakan tulisan Jawi dan bahasa Melayu klasik. Contohnya, dua
pucuk surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal (1521 M dan 1522 M) dan
surat Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat Aceh kepada Kapten Harry
Middleton (1602 M).
Contoh bahan bukti
Surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal
2.5.2. Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik
Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah:
23
AL-FATAH
Raja Sultan Abu Hayat surat datag kepada mama Raja Portugal raja (ba)sar (di) dunia alam samunhana tuwwan besar kerana dahulu raja Portukal menyuruh Francisco Sera datang dari Maluku binasa dari Ambon. Maka Raja Maluku
semuhnya dengar feringgi ada binasa dari Ambon. Maka raja Tidore dan Jailolo disuruh
Ambon semuhnya berhimpun mau bunuh pada Francisco Sera. Maka raja Ternate dengar,
disuruh saudara duwwa membawah perahu tujuh buha diambil Fancisco Serra membawah
ke Ternate seperti negeri Portukal…………..
a). Tatatabahasa.
b). Kosa kata.
c). Sistem tulisan dan ejaan.
Tatabahasa
Tatabahasa Melayu klasik dapat dilihat dari aspek:
i). Penggunaan perkataan.
ii). Imbuhan.
iii). Struktur ayat.
i. Penggunaan Perkataan
Bahasa Melayu klasik banyak menggunakan bahasa Istana, kosa kata klasik,
kata pangkal ayat, partikel atau kata penegas –lah dan pun dan kosa kata
daripada bahasa Arab. Contoh penggunaan bahasa Istana ialah:
Bahasa Istana Bahasa Biasa
Santap Makan
Bersiram Mandi
Gering Sakit
Contoh penggunaan kosa kata klasik:
Bahasa Melayu klasik Bahasa Melayu moden
Berahi Cinta
Keras Kencang
Ceritera Cerita
Penggunaan kata pangkal ayat dapat dilihat melalui perkataan seperti
alkisah, hatta, syahadan dan maka. Penggunaan partikel atau kata penegas –lah
dan pun dapat dilihat melalui tersebutlah dan batu pun habis berpelantingan.
24
Penggunaan kosa kata bahasa Arab pula dapat dilihat melalui perkataan Allah
taala, makhdum, daulat dan takzim.
ii. Penggunaan Imbuhan
Dalam bahasa Melayu klasik awalan mar dan ni- telah digantikan kepada
awalan ber- dan di-. Contohnya, kata marlapas telah digantikan kepada kata
berlepas manakala kata niparwuat diganti kepada kata diperbuat.
iii. Struktur ayat
Antara struktur ayat yang digunakan ialah:
i. Banyak menggunakan ayat songsang dengan pendepanan predikat akibat
pengaruh tatabahasa bahasa Arab. Contohnya,
Maka berperanglah Feringgi dengan orang Melaka.......
ii. Banyak menggunakan ragam ayat pasif. Contohnya,
Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi seperti warna emas.
iii. Banyak menggunakan ayat majmuk yang panjang serta memasukkan ayat
yang tidak berfungsi dalam penulisan:
Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi
terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya.............
Kosa Kata
Melalui pengaruh Islam, kosa kata bahasa Melayu telah diperkaya melalui
penyerapan istilah daripada bahasa Arab. Tetapi perkataan bahasa Melayu kuno
dan bahasa Sanskrit tidak diketepikan, ia tetap digunakan tetapi konsepnya telah
diubah suai mengikut konsep Islam.
Sistem Tulisan dan Ejaan
25
Pada zaman peralihan bahasa Melayu kuno kepada bahasa Melayu klasik,
sistem tulisan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan India. Tetapi apabila
kebudayaan Islam bertapak di Kepulauan Melayu, sistem tulisan telah berubah
sedikit sebanyak.
Pada awalnya, bahasa yang digunakan pada batu bersurat ialah bahasa
Arab dan tulisan Arab berbentuk kufi. Contohnya, Batu yang ditemukan di Pekan,
Pahang (1200 M), di Wilayah Phanrang, Champa (1309 M). Kemudian wujud
sistem tulisan Jawi yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan
dicipta oleh orang Melayu sendiri.
2.6. Zaman Bahasa Melayu Moden
Definisi Bahasa Melayu Moden
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, perkataan moden bermaksud dari
masa sekarang, bekaitan dengan masa kini atau yang terbaru. Menurut Kamus
Dewan edisi keempat lagi bahasa Melayu moden bermaksud bahasa yang masih
hidup dan berkembang serta digunakan sehingga ke hari ini.
Perkembangan bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19. Setelah
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu moden telah
berkembang dengan pesat dan bahasa Melayu telah dijadikan bahasa
kebangsaan dibawah perkara 152.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan perancangan bahasa dan
melalui perancangan bahasa, taraf bahasa Melayu mencapai taraf bahasa
moden. Ini bererti bahasa Melayu dapat mengungkapkan pelbagai konsep dan
ilmu pada masa ini.
26
Bahasa Melayu moden melalui proses perancangan bahasa yang pesat,
menerima banyak pengaruh bahasa Inggeris, pelbagai laras bahasa digunakan,
menggunakan banyak ayat aktif dan memanfaatkan kosa kata bahasa moden.
Perancangan dan perkembangan bahasa Melayu moden dapat dibahagikan
kepada dua tahap iaitu;
1. Bahasa Melayu moden pramerdeka
2. Bahasa melayu moden pascamerdeka
2.6.1. Bahasa Melayu Moden Pramerdeka
Bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi sebelum penjajahan
British di Tanah Melayu. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Kedudukan bahasa Melayu masih lagi kukuh semasa pemerintahan awal British.
Contohnya, Bahasa Melayu banyak digunakan dalam urusan rasmi dan pegawai
British juga telah mempelajari bahasa Melayu. Hasilnya, muncullah sarjana-
sarjana bahasa Melayu dari British seperti R.O.Winstedt, R.J.Wilkinson dan C.C.
Brown.
Tetapi kedudukan kukuh bahasa Melayu terancam selepas Perang Dunia
Kedua. Ini kerana bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan selepas British mengubah dasar pendidikannya. Selain itu, bahasa
Inggeris dianggap mempunyai nilai ekonomi dan mempunyai taraf yang tinggi
berbanding bahasa Melayu. Akan tetapi, perkembangan bahasa Melayu terus
dikembangkan oleh cendikiawan berpendidikan Melayu dan Arab seperti
wartawan, sasterawan dan guru-guru.
a). Tokoh-Tokoh Penting Bahasa Melayu Moden Pramerdeka
27
Antara tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk mengembangkan bahasa Melayu
ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854), Raja Ali Haji (1809-1870),
Mohd. Said bin Haji Sulaiman (1876-1955) dan Zainal Abidin Ahmad (1895-
1973).
Nama Tokoh Sumbangan
i. Abdullah
bin Abdul
Kadir Munsyi
(1796-1854)
o Dilahirkan di Kampung Masjid, Melaka.
o Penghasilan karya yang memperlihatkan pembaharuan
dari segi pemikiran.
o Karya yang dihasilkannya berdasarkan pengamatan
dan pengalaman. Sebagai contoh, beliau mengkritik
golongan raja dan pembesar kerana menindas rakyat
serta menyentuh sikap orang Melayu yang tidak prihatin
dalam mempelajari bahasa ibunda sendiri.
o Antara karya beliau ialah Syair Singapura Dibakar dan
Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan.
ii. Raja Ali
Haji (1809-
1870)
o Di lahirkan di Pulau Penyengat.
o Beliau cuba menerapkan sistem tatabahasa Arab ke
dalam struktur ayat bahasa Melayu.
o Selain itu, beliau juga menghasilkan Kitab Pengetahuan
Bahasa yang tergolong dalam kategori kamus.
o Beliau meletakkan asas pembinaan dan pembakuan
bahasa Melayu pada karya-karyanya.
o Antara karya yang dihasilkan ialah Bustanul Katibin
Lissyubyanni-muta’aimi, Kitab Salasilah Melayu
28
iii. Mohd.
Said bin Haji
Sulaiman
(1876-1955)
o Dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura.
o Tokoh persuratan Melayu Johor.
o Menjadi pengasas Pakatan Bahasa Melayu Persuratan
Buku Diraja Johor (Pakatan). Beliau banyak menulis
buku dalam bidang bahasa, sastera, sejarah agama dan
lain-lain.
o Karya-karya beliau meliputi bidang perkamusan, ejaan,
tatabahasa dan penggunaan bahasa.
o Antara karyanya ialah Malayan Branch of the Royal
Asiatic Society, Pelangi, Syair Alam dan Bangsa Melayu,
Hikayat Queen Victoria dan Tawarikh England.
iv. Zainal
Abidin
Ahmad (1895-
1973)
o Dilahirkan di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.
o Mengangkat martabat bahasa Melayu di Maktab
Perguruan Sultan Idris, Ketua Jabatan Pengajian Melayu
di Universiti Malaya dan Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka.
o Memainkan peranan penting dalam penubuhan Dewan
Bahasa dan Pustaka.
o Antara karyanya ialah buku Pelita Bahasa Penggal I, II
dan IIi, Kitab Ilmu Bahasa Melayu dan Kitab Rahsia
Ejaan Jawi.
29
b). Pertubuhan-Pertubuhan Bahasa Melayu Moden Zaman Pramerdeka
1. Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB atau
Pakatan)
Ditubuhkan pada tahun 1888, merupakan pertubuhan bahasa yang
pertama yang ingin mengembangkan bahasa Melayu. Diasaskan oleh, Datuk
Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi.
Pada peringkat awal pertubuhan, mereka mengadakan majlis-majlis ceramah
dan perbincangan dari segi pelbagai aspek ilmu bahasa Melayu seperti
persoalan ejaan dan perkataan. Pada akhir abad ke-19, pertubuhan ini
mendapat kurang sambutan dan mempunyai masalah kewangan. Pada 14 April
1935, pertubuhan ini aktif semula dan diberi gelaran “Diraja” oleh Sultan Johor.
Namanya turut ditukar menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja
Johor (PBmPBD).
PBmPBD bertujuan untuk memelihara dan memodenkan bahasa Melayu
melalui penyeragaman ejaan. Mencipta perkataan baru, menyediakan daftar kata
dan memelihara ejaan Jawi. PBmPBD juga banyak menerbitkan buku tentang
ilmu bahasa Melayu, sejarah, kebudayaan, riwayat dan perjalanan. Ia juga
banyak menggubal istilah bagi perkara yang belum mempunyai istilah dalam
bahasa Melayu seperti jurucakap, setiausaha dan kerja raya.
2. Persahabatan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
Bermula pada ruangan “Sahabat Pena” dalam akhbar Saudara tahun
1934. Tujuan penubuhannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan
antara pencinta bahasa Melayu serta menggalakkan penulisan dan pembacaan
buku-buku bahasa Melayu. PASPAM juga telah Berjaya menganjurkan
persidangan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Persidangan ini telah
menimbulkan kesedaran persaudaraan di kalangan orang Melayu menerusi
bidang persuratan. PASPAM juga telah mewujudkan Lembaga Bahasa bagi
30
mengkhususkan kegiatan dalam bidang bahasa dan persuratan. Kegiatan
Lembaga Bahasa ialah menerbitkan buku dan kamus Melayu serta menggubal
perkataan Melayu baru dari perkataan bahasa Inggeris.
PASPAM telah Berjaya menyebarkan semangat persaudaraan dikalangan
ahlinya menerusi kegiatan persuratan dan kebangsaan. Ia juga telah melatih
ahlinya untuk mengarang melalui surat-menyurat.
3. Pejabat Karang Mengarang
Ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1924.
Diasaskan oleh Pengetua maktab tersebut iaitu O.T. Dussek dan Za’ba. Tujuan
penubuhannya adalah untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan di
sekolah Melayu. Oleh itu, kegiatannya meliputi penerbitan buku sekolah Melayu
dan bahan-bahan bacaan untuk masyarkat Melayu. Buku-buku yang diterbitkan
meliputi ilmu penulisan, ejaan tatabahasa bahasa Melayu, sejarah, ilmu hisab,
ilmu alam dan kesihatan. Contohnya bukunya ialah Pelita Bahasa Melayu dan
Ilmu Mengarang.
Pejabat Karang Mengarang telah menyumbang dalam membina asas
pengetahuan bahasa Melayu dan ilmu karang-mengarang. Selain itu, banyak
menyumbang dalam perkembangan bahasa dan persuratan Melayu serta
memajukan pendidikan orang Melayu melalui penerbitan buku.
4. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)
Ditubuhkan sebelum merdeka dan memberi sumbangan terbesar dalam
perancangan dan perkembangan bahasa Melayu. Tujuan penubuhannya ialah
untuk mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu di samping menjaga
kepentingan orang Melayu. Perjuangannya tertumpu pada pembaharuan dalam
sastera dengan slogan “Seni untuk Masyarakat” dan status politik bahasa, iaitu
perjuangan bahasa dan politik berjalan serentak.
31
ASAS 50 juga telah menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Pertama (1952) yang telah memutuskan untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, memutuskan tulisan rumi
sebagai tulisan rasmi bagi memudahkan bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan. ASAS 50 juga telah mencadangkan penubuhan Balai Pustaka (kini
Dewan Bahasa dan Pustaka). Mereka juga telah mencadangkan bahasa Melayu
diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan bahasa Melayu dalam
mendapatkan kerja.Perkembangan bahasa Melayu oleh ASAS 50 menumpukan
aspek ejaan dan peristilahan hingga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
4. Peranan Akhbar dan Majalah
Kegiatan persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu begitu pesat
sebelum kemerdekaan. Ia berpunca daripada perkembangan alat cetak. Secara
tidak lansung, ia telah melahirkan anak Melayu yang pandai membaca dan
menulis.
Persuratkhabaran bermula pada tahun 1876 apabila akhbar, Jawi
Peranakan diterbitkan. Kemudian bilangan akhbar terus meningkat. Antara
akhbar dan majalah ialah Pengasuh, Al-Imam, Saudara, Majlis, Warta Malaya,
Warta Jenaka, Utusan Melayu, Majalah Guru dan Panduan Guru. Akhbar dan
majalah telah membantu dalam mengembangkan bahasa Melayu moden.
2.6.2. Bahasa Melayu Moden Pascamoden
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan
itu bahasa Melayu turut menjadi bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga menjadi
bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara melalui dasar pendidikan
yang dibuat.
32
Dewan bahasa dan pustaka telah memainkan peranan penting dalam
memajukan bahasa Melayu melalui proses perancangan bahasa Melayu.
i). Dewan Bahasa dan Pustaka
Ia ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah jabatan dalam
Kementerian Pelajaran. Pada awalnya, ia disebut Balai Pustaka kemudian atas
cadangan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga nama Balai Pustaka
telah ditukar kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Ordinan Dewan Bahasa dan
Pustaka telah diluluskan oleh parlimen dan Dewan Bahasa dan Pustaka telah
dinaik taraf menjadi sebuah badan berkanun.
Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka:
a) Memajukan bakat kesusasteraan.
b) Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
c) Menyeragamkan ejaan dan sebutan serta menggubal istilah.
d) Menerbitkan dan menyusun kamus.
ii). Perancangan bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
Antara perancangan yang telah dilakukan ialah:
a) Mengumpulkan data dan menyusun strategi untuk memajukan bahasa
Melayu.
b) Menyeragamkan variasi bahasa dan mengembangkan bahasa Melayu.
c) Membuat dasar mengenai bahasa Melayu.
d) Menilai semula keberkesanan aktiviti perancangan bahasa.
Aktiviti perancangan bahasa Melayu ialah:
Perancangan taraf bahasa.
Perancangan strategi.
Perancangan korpus bahasa.
33
a) Perancangan Taraf Bahasa
Perancangan yang dilakukan ialah peluasan dan peningkatan taraf
penggunaan serta peranan bahasa dalam masyarakat. Bahasa Melayu diangkat
tarafnya menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara melalui
perlembagaan dalam perkara 152 perlembagaan Malaysia.
Antara perkara penting perkara 152 perlembagaan Malaysia:
a) Bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
b) Bahasa ibunda kaum lain boleh digunakan dalam hal tidak rasmi agar
bahasa ibunda dapat dipelihara.
Bahasa Melayu dipilih kerana majoriti masyarakat dinegara ini ialah
bangsa Melayu, penggunaan bahasa Melayu dtelah digunakan secara meluas,
mencapai integrasi nasional dan mewujudkan identiti nasional. Akta Pendidikan
1996 telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang
pendidikan, kecuali sekolah jenis kebangsaan seperti sekolah Cina dan India.
b) Perancangan Strategi
Perancangan strategi memberikan nilai seperti berikut:
Nilai Maksud
Sentimen o Memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
agar kesedaran kebangsaan dapat dipupuk.
Ekonomi o Menetapkan kepujian bahasa Melayu sebagai syarat
untuk memasuki institute pengajian tinggi tempatan.
Pentadbiran o Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan rasmi.
Sosial o Seseorang layak menjadi pemimpin jika fasih
berbahasa Melayu.
Keadaan ini mendorong rakyat mencintai bahasa Melayu dan
menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang dapat meningkatkan taraf bahasa
Melayu.
34
c) Perancangan Korpus Bahasa
Dikenali juga sebagai perancangan bahan bahasa. Perancangan korpus
meliputi usaha pembinaan bahasa seperti menetapkan kosa kata, ejaan, istilah,
tatabahasa dan sebutan. Perancangan bahasa Melayu ialah melalui pemupukan
dan pengekodan atau kodifikasi.
Pemupukan
Merupakan satu usaha bagi mengembangkan bahasa agar mampu
mengungkapkan bahasa moden lain dan melibatkan penciptaan istilah baru
seperti dalam bidang sains dan undang-undang.
b). Pengekodan atau Kodifikasi
Pengekodan atau kodifikasi bermaksud penyeragaman bahasa agar
mewujudkan satu variasi bahasa baku yang seragam agar standing dengan
bahasa moden didunia ini.
i. Pengekodan perkamusan
Penyusunan dan perakaman untuk rujukan umum dalam bentuk kamus. Ia
juga bertujuan supaya perkataan baharu itu diketahui oleh penutur serta difahami
dengan jelas untuk menentukan penggunaan perkataan tersebut dan
maksudnya.
Pengkekodan perkamusan dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan menerbitkan pelbagai jenis kamus seperti Kamus Dewan, Kamus Edisi
Baru dan Kamus Bahasa Malaysia (Edisi Pelajar) dan ada juga penerbit
tempatan telah menghasilkan berbagai jenis kamus untuk memenuhi selera
seluruh rakyat.
Penerbitan kamus meliputi dokumen seperti daftar kata, glosari, indeks,
kamus sebutan, daftar istilah, kamus istilah, kamus peribahasa, tesaurus,
ensiklopedia, kamus umum dan kamus peribahasa.
35
ii. Pengekodan ejaan
Wujud sejak 60-an dan 70-an. Bertujuan untuk mengemaskini sistem ejaan
dengan mengadakan 1 sistem untuk mengatasi kelemahan sistem yang sedia
ada dan mengadakan sistem ejaan bersama dengan Indonesia pada 1972. Ia
dilaksanakan melalui Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) yang kini Majlis
Brunei Darulsalam, Indonesia, Malaysia (MABBIM).
Antara sistem ejaan yang telah diwujudkan ialah Sistem Ejaan Za’ba dan
kemudian sistem ejaan baru telah diwujudkan untuk menggantikan Sistem Ejaan
Za’ba. Perbezaan yang terdapat diantara Sistem Ejaan Za’ba dan sistem ejaan
baru ialah:
a) Perubahan lima huruf konsonan.
Huruf lama Huruf baru contoh
Ejaan lama Ejaan baru
Ch C chabang cabang
Dh D Dharurat darurat
Th S Thalasa Selasa
Dz Z Dzat Zat
Sh sy sharikat Syarikat
b) Pengguguran penggunaan lambang koma di atas (‘) dan (‘) pada huruf
konsonan Rumi.
36
‘Alam Alam
Masa’lah Masalah
c) Pengenalan tiga huruf konsonan seperti q, v dan x.
a) Huruf q melambangkan huruf Qaf bagi mengeja istilah yang berkaitan
dengan agama Islam.
Quran, Quraisy, qadak, qariah
ii) Penggunaan huruf v untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa
Inggeris.
Deepavali, vitamin, vocal, universiti
iii) Penggunaan huruf x hanya pada pangkal kata istilah khusus dan tidak
ditukar kepada z.
x-ray, xenon, xilofon
d) Penggunaan tanda sempang (-) pada awalan di- dan sa-, akhiran –nya,
kata depan di- dan ka- serta partikel –lah, -kah dan –tah.
Di-baca Dibaca
Sa-orang Seorang
Ayah-nya Ayahnya
e) Pemansuhan penggunaan angka 2.
Bersama2 Bersama-sama
Mendewa2kan Mendewa-dewakan
37
Pemakaian huruf vokal juga telah diselaraskan tetapi ia tertakluk pada
syarat seperti keselarasan dua huruf vokal mesti berlaku pada kata dasar, kata
dasar mestilah berakhir dengan suku kata tertutup dan merupakan kata pinjaman
daripada bahasa Indonesia, bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain.
iii) Pengekodan Peristilahan
Pengekodan peristilahan dilakukan untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu. Perkara ini dilakukan oleh Jawatankuasa Istilah
(JKI),Dewan Bahasa dan Pustaka. Pembentukan istilah bermula setelah Majlis
Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) menyediakan Pedoman Umum
Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM).
Dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu terdapat
tujuh langkah proses pembentukan istilah iaitu:
a. Penggunaan kata dalam bahasa Melayu yang selalu dipakai seperti
garis pusat.
b. Penggunaan kata dialek Melayu yang lazim dipakai seperti dermaga
(bahasa jawa).
c. Penggunaan dialek yang tidak lazim dipakai seperti riam (dialek
Johor).
d. Penggunaan kata dalam bahasa Melayu yang tidak lazim dipakai
seperti cerakin.
e. Penggunaan kata dalam bahasa Inggeris seperti struktur.
f. Penggunaan bahasa asing yang lain seperti esprit de crops.
38
Proses pembentukan istilah
a) Pinjam terjemah
Dilakukan dengan lima cara.
Terjemah langsung Resistance rintangan
Blood darah
Penggabungan dua kata umum Missile peluru berpandu
Laptop komputer riba
Penciptaan kata baharu Office pejabat
Perluasan kata biji bijirin
Pembentukan kata ganda separa liquid cecair
b) Proses pinjaman
Dilakukan dalam dua bentuk:
Pengambilan dengan penyesuaian
ejaan
geography geografi
Pengambilan tanpa perubahan ejaan magnet magnet
iv. Pengekodan tatabahasa
Sebelum merdeka, Za’ba giat menghasilkan buku panduan tatabahasa
Melayu iaitu Pelita Bahasa Melayu. Selepas merdeka, Dewan Bahasa dan
Pustaka telah bertanggungjawab dalam menjalankan pengekodan
tatabahasa dan ia dilakukan dari segi morfologi iaitu pembentukan kata dan
sitaksis iaitu bahagian pembentukan frasa dan ayat. Ia bermaksud
perkembangan pada cara- cara pembentukan kata, frasa dan ayat supaya
39
dapat menyampaikan buah fikiran atau perkataan baru. Selain itu,
membolehkan pengguna bahasa menggunakan tatabahasa yang betul.
Melalui bidang morfologi berlaku pertambahan kosa kata, pengimbuhan dan
struktur kata.
Dari segi kosa kata.
Penggabungan suku kata Makan daging - maging
Pukul rata - purata
Penggandaan penuh Undang – undang
Penggandaan kata Kuasa kuda
Penggandaan separa Gegendang
Proses transkripsi Psikologi
Dari segi struktur kata, bahasa Melayu menerima pola-pola yang
mengandungi gugus konsonan kerana pengambilan perkataan dari bahasa
asing. Contohnya, krim (KKVK), teks (KVKK) dan spring (KKKVK).
Dari segi pengimbuhan.
Bahasa sumber Contoh imbuhan pinjaman Contoh kata
Bahasa Inggeris Awalan poli-
Awalan auto-
Poliklinik
Automobil
Bahasa Parsi-Arab Awalan bi-
Akhiran wi-
Biadab
Duniawi
Bahasa Sanskrit Awalan panca-
Akhiran –wan
Pancaindera
Biarawan
40
v. Pengekodan sebutan
Dialek Johor-Riau telah dijadikan sebutan perantaraan dalam pengekodan
bahasa Melayu. Ini kerana dialek ini mempunyai taraf pemahaman yang lebih
tinggi berbanding bahasa lain contohnya seperti berikut:
Vokal [a] diucapkan sebagai [a] pada
mana-mana kedudukan suku kata.
o Apa disebut [a / pa]
Vokal [e] taling disebut sebagai [e]
manakala vokal e pepet disebut
sebagai [ə].
o Lencong disebut [len / cong].
o Lebih disebut [lə / bih]
Vokal [i] diucapkan dengan bunyi [i],
bukan [e].
o Kasih disebut [ka / sih] bukan
[ka / seh].
Vokal [u] diucapkan dengan bunyi [u]
bukan [o]
o Buruh disebut [bu / ruh] bukan
[bo / roh].
Diftong [ai], [au] dan [oi] diucapkan
sebagai satu kesatuan bunyi.
o Ghairah disebut [ghai / rah]
bukan [gha / i / rah]
o Lampau disebut [lam / pau]
bukan [lam / pa / u].
o Sepoi disebut [sə / poi] bukan
[sə / po / i].
41
3.Ciri-ciri bahasa
3.1. BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM
Bahasa wujud bersama sama dengan institusi lain.Oleh itu bahasa bertugas
untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu. Tiap – tiap bahasa mempunyai
susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan
perkataan, nahu ataupun bentuk sintaksis dan pola
42
CIRI-CIRI BAHASA MELAYUCIRI-CIRI BAHASA MELAYU
SIMBOLSIMBOL
SISTEMSISTEM
ARBITRARIARBITRARIDINAMISDINAMIS
UNIKUNIK
SEJAGATSEJAGAT
KOMUNIKASIKOMUNIKASI
BERVARIASIBERVARIASI
Dalam bahasa terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi
satu susunan yang sempurna strukturnya tetapi tidak semua percantuman unit-
unit itu boleh dilakukan kecuali mengikut cara-cara tertentu. Inilah yang
dikatakan sebagai bahasa yang mempunyai satu sistem.harus diingat terdapat
satu kaitan rapat antara bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dengan
kebudayaan sekililing kerana mempunyai makna.oleh itu bahasa melayu
dikatakan bersisitem.
Bahasa itu bersistem kerana mempunyai susunan pola hierarki yang
bermula dari unit bunyi iaitu dari fon, fonem iaitu unit yang membezakan makna
bunyi bahasa, morfem iaitu unit tatabahasa terkecil yang bermakna, seterusnya
ialah kata yang merupakan gabungan morfem yang berbentuk ujaran dan frasa
pula merupakan kata yang membentuk unit dengan mengabungkan kata.
Seterusnya ialah klausa iaitu unit ayat yang terdiri dari satu kumpulan dan
seterusnya ialah ayat dan wacana. Ayat merupakan unit tatabahasa tertinggi
iaitu ungkapan fikiran yang mempunyai subjek dan predikat manakala wacana
merupakan daripada rangkaian ayat, kata, dan unit bahasa yang lengkap dan
tulisan yang sempurna contohnya dalam penulisan esei. Bahasa itu bersistem
kerana mempunyai hukum seperti hukum DM da MD, contohnya bahasa melayu
hukum DM seperti restoran minang, inggeris ialah hukum MD seperti old man.
3.2. BAHASA SEBAGAI SATU SIMBOL
Bahasa wujud bersama-sama dengan institusi lain. Oleh itu bahasa bertugas
untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu. Dalam bahasa tiap-tiap
pertuturan mempunyai erti bagi penutur dan pendengarnya. Harus diingat
terdapat satu kaitan rapat antara bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia
dengan kebudayaan di sekelilingnya. Ini semua mengandungi makna.
43
Tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti ayat-ayat,
rangkai kata, perkataan, imbuhan, dan lain-lain. Dalam bahasa Inggeris: boys
dan boy’s mempunyai bentuk dan makna yang berlainan. Oleh kerana setiap
bahasa mempunyai huraian sendiri, maka satu tatabahasa yang sejagat tidak
mungkin dapat diwujudkan.Bahasa Melayu merupakan simbol kepada orang
Melayu. Hal ini kerana penggunaan bahasa Melayu dapat melambangkan
bangsa seseorang itu.
Bahasa itu sebagai simbol kerana menyampaikan maksud sesuatu seperti
penggunaan simbol tangan mampu menerangkan maksud seperti yang
digunakan sekarang. Contoh lain ialah penggunaan bunyi siren, seseorang itu
akan mengetehui sesuatu yang telah berlaku. Bahasa sebagai simbol kerana
bahasa boleh diwakili dengan menggunakan lambing dan isyarat pergerakan
samada pantas atau lambat. Gerakan lambat yang dihasilkan mewakili bahasa
yang lambat dan sebaliknya.
3.3. BAHASA BERSIFAT ARBITRARI
Arbitrari bermaksud tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang
dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Oleh kerana sifat-sifat
arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan-perkataan
yang berlainan bagi benda-benda yang sama.Ini berkaitan dengan sifat bahasa
yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semulajadi antara bentuk
bahasa dengan entiti sebenar.
Bahasa bersifat arbitrari juga kerana penggunaannya yang sewenang
wenangnya kerana berlainan antara yang lain. Dalam sistem perhubungan
manusia,pertalian sesuatu bentuk bahasa dengan maknanya didapati hanya
arbritari.Misalnya bunyi perkataan rumah itu merupakan bentuk suatu unsur
dalam bahasa Melayu. Bentuk itu boleh diberi lambang bertulis dan maknanya
44
ialah’rumah’.Pertalian bentuk dengan makna itu hanyalah secara kebetulan
sahaja,iaitu ditentukan oleh kebudayaan.kalau anggota dalam masyarakat itu
bersetuju semuanya untuk menukar bentuk itu dengan suatu bentuk lain,itu
terpulanglah kepada anggota masyarakat itu sendiri.
Contoh lain bahasa itu arbitrari ialah melalui nama tumbuhan, melayu
memangilnya bunga, manakala inggeris memangilnya sebagai flower. Kedua-
dua ini mempunyai maksud yang sama tetapi perkataan yang berlainan.
Keadaan inilah yang dimaksudkan bahasa itu arbitrarai. Ini kerana lambang
bunyi itu boleh dibuat sewenang-wenagnya walaupun objek tersebut tidak
memberi petunjuk yang diwakilinya. Umumnya bahasa itu arbritrari kerana
mempunyai kelainan bahasa antara yang lain mengikut kawasan.
3.4. BAHASA BERSIFAT DINAMIS
Mengikut definisi kamus dewan edisi ke-3 bahasa bersifat dinamis kerana
mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan
Seterusnya ialah dinamis kerana boleh berubah-ubah mengikut perubahan
semasa atau perubahan masa.Perubahan pada bahasa yang berlaku ialah
perubahan kosa kata,ejaan,tatabahasa dan sebutan.Perubahan tersebut dilihat
dari perubahan kuno,klasik hingga ke moden. Contohnya ialah perkatan kuno
seperti wulan telah berubah dengan pengantian fonem/b/ menggantikan
fonem/w/ yang menjadi perkataan bulan yang digunakan pada masa moden atau
sekarang.
Perubahan masa merupakan faktor pertama yang mempengaruhi bahasa
itu bersifat dinamis. Perubahan bahasa juga boleh terjadi mengikut bentuk
masyarakat seperti dalam sosial, politik dan ekonomi. Ini membolehkan
Kegiatan manusia juga tidak tetap kerana berubah dan inilah yang dikatakan
dinamis. Perubahan bahasa boleh terjadi pada semua peringkat linguistik
45
contohnya dari urutan konsonan dan kehadiran fonem mbaru seperti/f/,/kh/, /sy/.
Kehadiran tersebut berlaku dari penyesuaian dan pembaharuan dari segi iatilah
kerana pengaruh sebutan saintifik dan sebutan pinjaman serta serapan.
3.5.BAHASA ITU UNIK
Bahasa itu unik kerana boleh disebut, dibaca, dan boleh ditulis boleh berubah
mengikut peredaran masa. Bahasa itu unik kerana berciri khusus yang spesifik
yang tiada pada yang lain mengikut sistem bunyi, pembentukan kata,
pembentukan ayat, dan sistem yang lain.
Ciri- ciri bahasa bersifat unik iaitu kata tidak bersifat morfemis tetapi
sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata tidak mengubah makna kata tetapi
mengubah seluruh ayat. Contohnya
Orang itu menjolok buah
Orang itu menjolok buah
Orang itu menjolok buah
Bahasa melayu juga unik kerana mampu menyerap unsur bahasa asing lain
contohnya penyerapan bahasa inggeris seperti perkataan objek yang berasal
dari perkataan object. Seterusnya ialah bahasa itu unik kerana terdiri daripada
vokal dan konsonan dan mempunyai banyak kosa kata.
3.6. BAHASA ITU SEJAGAT
Bahasa itu sejagat bermaksud memiliki kesamaan antara sifat bahasa lain dan
bersifat umum yang berkait antara ciri bahasa lain dan bersifat multi etnik.
Bahasa itu sejagat kerana mempunyai bilangan vokal dan konsonan yang
tidak sama banyak. Contohnya, bahasa melayu mempunyai 6 vokal dan 22
konsonan dan inggeris pula mempunyai 16 vokal(termasuk diftong), 42
konsonan.
46
Bahasa itu juga bersifat sejagat kerana mempunyai kata, frasa, klausa, ayat
dan wacana cuma pembentukannya tidak sama. Contoh ayat dalam bahasa
melayu ialah lelaki itu kacak dan dalam bahasa inggeris pula ialah he is smart.
Kedua-dua ayat mempunyai maksud sama tetapi pembentukanya berbeza dari
urutan ayat.
3.7. SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI
Bahasa itu sebagai alat komunikasi bermaksud bahasa perantaraan untuk
berkomunikasi antara penutur dengan pendengar. Bahasa melayu berfungsi
sebagai bahasa sebagai bahasa perantaraan(lingua franca) sejak dari dahulu
dan merupakan suatu kesinambungan daripada perananya sebagai lingua franca
Bahasa melayu turut dijadikan sebagai alat perhubungan dan untuk
menyampaikan pendapat, pengucapan serta buah fikiran melalui penghasilan
perkataan tanpa terhad. Bahasa juga merupakan sebagai alat semula jadi
kerana boleh memberi isyarat dengan menggunakan bahasa badan. Ia
digunakan dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan semasa menjalankan
sesuatu tugas. Contohnya seseorang yang terlibat dalam bidang ekonomi akan
berkomunikasi dengan menggunakan laras ekonomi.
3.8. BAHASA ITU BERVARIASI
Mengikut kamus dewan edisi ketiga variasi itu ialah bentuk yang tidak seragam,
kelaianan sesuatu bentuk. Variasi tersebut ialah kepelbagaian bahasa yang
ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan dan, kosa kata dan
tatabahasa. Kepelbagaian dibahagikan kepada empat iaitu dialek, dialak sosial,
ideolekdan dialek kawasan.
Dialek ialah variasi bahasa yang masih boleh difahami oleh pengguna
dalam sesuatu tempat seperti dialak utara, selatan, perak, Kelantan dan lali-lain
lagi.
Ideolek ialah varias bahasa yang berkaitan dengan individu. Perbezaan
sebutan lagu dan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu adalah
47
cara untuk mengenalpasti ideolek. Faktor wujud ideolek ialah kelainan pada alat
sebutan seperti kecatatan dan tabiat atau pengaruh persekitaran
Dialek sosial diakitkan dengan pengguanan bahasa berbeza mengikut
kumpulan sosial dan situasi untuk digunakan , misalnyya dalam majlis bahsa
yang digunakan ialah bahasa rasmi.
Dialek kawasan pula ialah dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia,
cabang Nusantara yang mempunyai 200-300 bahasa dalam 16 golongan seperti
Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan sebagainya.bahasa melayu yang
diguanakan sekarang ialah bahasa melayu sumatera. Umumnya bahasa melayu
merangkumi bahasa Malaysia, Indonesia, brunei dan singapura. Walaupun
namanya berbeza namuan merupakan sebagai dialek bahasa melayu.
4. fungsi bahasa
4.1. Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan di beberapa negara di
Nusantara. Antara negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan ialah Malaysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam.
Bahasa kebangsaan ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman setelah
mencapai kemerdekaan, kerana negara Malaysia memerlukan satu bahasa
48
FUNGSI BAHASA MELAYU
FUNGSI BAHASA MELAYU
PENGANTARPENGANTAR
KEBANGSAAN KEBANGSAAN
PERPADUAN PERPADUAN
RASMI RASMI
ILMU ILMU
kebangsaan yang menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Menurut
Tunku Abdul Rahman, adalah wajar bagi sebagai satu negara membangun kita
memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak
diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa.( Wong & Ee, 1971, hal.78 ).
Sebab bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan ialah desakan
semangat kebangsaan pada tahun 1957 kerana penduduknya majoriti melayu
dan digunakan sebagai lingua franca.Bahasa melayu juga menjadi bahasa
kebangsaan kerana untuk mewujdkan pertautan kaum dan untuk membina
negara bangsa.Semasa Malaysia dijajah oleh British, bahasa Inggeris digunakan
seluasnya dalam bidang pendidikan dan pentadbiran. Ketika itu, hanya lebih
kurang 10% daripada bilangan penduduk negara yang berkebolehan bertutur
dalam bahasa Inggeris. Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar
pendidkan dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem
pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan
Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. pengumuman bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
Malaysia seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan pada
perkara 152 telah memartabatkan bahasa melayu kepada semua lapisan
masyarakat.
Bahasa kebangsaan ini diwujudkan kerana keseluruhan penduduk
berbangsa melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah
bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob
telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan
Bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini Bahasa Melayu telah
menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke peringkat
universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana
kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu,
sistem pendidikan nasional dapat dicapai.
49
Bahsa melayu menjadi bahasa kebangsaan kerana faktor peratusan
penduduk berbangsa melayu lebih ramai denga 43% melebihi peratusan kaum
lain manakala cina hanya 36% dan india hanyalah 8%. Bahasa Melayu
dipertuturkan zaman berzaman oleh semua penduduk sebagai Lingua Franca
termasuklah golongan bukan Melayu. Bahasa Melayu yang dipertuturkan itu
agak seragam
4.2. Bahasa Rasmi
Bahasa melayu dianggap sebagai bahasa rasmi kerana penggunaanya yang
pelbagai dan diiktiraf oleh beberapa negara contohnya Malaysia. Bahasa
dianggap rasmi melalui penggunaanya dalam situasi rasmi seperti urusan
pemerintahan, pentadbiran, pendidikan, perdagangan, perusahaan, upacara
rasmi dan kehakiman.
Bahasa melayu menjadi bahasa rasmi kerana merupakan alat untuk
memupuk persefahaman kaum disebabkan digunakan untuk bertutur dan mudah
difahami. Contohnya ialah bahasa melayu digunakan untuk dalam penulisan
dalam urusan seperti dalam dokumen. Seterusnya ialah menjadi bahasa lisan
penduduk dan golongan atasan dalam menjalankan tugas rasmi.
Pengukuhan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi ini apabila termaktub
dalam perlembagaan negara pada perkara 152 sebagai bahasa kebangsaan
dalam perlembagaan persektuan Malaysia. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa
Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa
perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat
pendidikan Islam.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai
50
bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu
sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara
4.3. Bahasa Ilmu
Konsep bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu mula diperkenalkan dalam tahun
90-an seiring dengan penekanan budaya ilmu. Pada masa yang sama pula,
setiap masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak dengan kegiatan
keilmuan di setiap kesempatan. Bahasa ilmu dikenali sebagai bahasa yang
mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke
tahap yang lebih tinggi mengikut Kamus Dewan, 1994:88 .
Pada tahun 80-an, konsep bahasa ilmu dikenali sebagai bahasa ilmiah.
Bahasa ilmiah ialah bahasa yang bersifat ilmu (secara) pengetahuan, keilmuan,
akademik ( kamus dewan, 1994:483 )
Bahasa Melayu berfungsi unutk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti
sains, Teknologi, Kedoktoran, Ekonomi, dan undang-undang.
Bahasa Melayu mempunyai istillah-istillah bagi sesuatu bidang ilmu
pengetahuan; anatomi, biokimia, laras seni ukir. Bahasa Melayu dijadikan bahasa
pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul
Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris
menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini Bahasa Melayu telah
menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke peringkat universiti.
Penggunakan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan yang
membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, sistem pendidikan
nasional dapat dicapai.
4.4. Bahasa Pengantar / Komunikasi
51
Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan
untuk proses komunikasi. Bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa
perantaraan sejak zaman bahasa Melayu kuno dan bahasa klasik lagi.
Memandangkan terdapat pelbagai kaum di Malaysia yang mempunyai bahasa
ibunda masing-masing, sama ada bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa India
dan lain-lain, pemilihan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan antara kaum
amat tepat. Hal ini kerana, bahasa Melayu mudah difahami dan dipelajari.
Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan dalam perhubungan biasa bahkan jua
mencakupi perhubungan formal seperti ucapan, ceramah,dan forum di samping
dalam bentuk tulisan seperti berita, majalah dan karya sastera.
Bahasa komunikasi ini merupakan kesinambungan bahasa lingua franca
sejak zaman lampau. Sebagai bahasa komunikasi bahasa melayu boleh
digunakan sebagai wahana untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Fungsi
seterusnya ialah untuk digunakan sebagai bahasa komunikasi dalam bidang
pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Semasa menjalankan tugas-tugas
rasmi, kakaitangan kerajaan menjalankan tugas dengan bahasa melayu sebagai
alat berkomunikasi seperti dalam urusan surat-menyurat, undang-undang
kerajaan, menulis peraturan kod-kod kerajaan.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun
1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua
sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat-
peringkat. Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di
sekolah, malah ke peringkat universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan
mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira
kaum. Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai.
4.5. Bahasa Perpaduan
52
bahasa perpaduan bermaksud sebagai bahasa yang digunakan untuk
menyatupadukan pelbagai kaum. Kemunculan bahasa sebagai bahasa
perpaduan ialah rentetan dari pengenalan bahasa sebagai bahasa rasmi atau
pengenalan bahasa sebagai bahasa rasmi. Seperti Negara kita yang
memepunyai pelbagai kaum dan mempunyai bahasa,budaya, dan agama yang
berbeza. Pengenalan bahasa melayu bertujuan untuk merapatkan jurang
perbezaan antara kaum dari segi ekonomi kerana perpaduan yang diwujudkan
akan mewujudkan perpaduan antara kaum. Walupun begitu pengenalan bahasa
sebagai perpaduan tidak mempunyai unsur paksa antara kaum tetepi dipupuk
melalui pengangkatan bahasa sebagai bahasa kebangsaan.
Perkara 152 Perlembangan Malaysia telah menetapkan bahawa bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Bertujuan untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat yang bersifat heterogen di negara ini.
5.0 FONOLOGI
Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang
berfungsi dalam penggunaan bahasa. Menurut Abdullah Hassan, 1993
sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa. Kajian fonologi terbahagi dua iaitu:
Fonetik – mengkaji bunyi bahasa dari segi cara
pengeluarannya, daerah
pengeluarannya dan sifat fizikalnya.
Fonemik – mengkaji bunyi-bunyi yang penting dalam
sesuatu bahasa.
Bunyi ini penting kerana ia mempunyai fungsi atau ciri-ciri pembeza.
Kajian fonologi juga merangkumi kejadian-kejadian yang menyebabkan
berlakunya pengguguran, pengurangan, penggantian, dan penambahan unsur
fonem apabila morfem digabungkan dalam proses pembentukan ayat sesuatu
bahasa (Farid M. Onn,1988).
CARA MENGHASILKAN BUNYI BAHASA
53
Dalam mengeluarkan bunyi bahasa, alat-alat sebutan yang terlibat ialah seperti
dalam gambar rajah tersebut:
1. Bibir atas 11. Tengah lidah
2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
Alat sebutan dibahagikan kepada dua jenis iaitualat artikulasi dan dearah
artikulasi. Alat artikulasi iaitu alat yang boleh digerakkan pada beberapa
bahagian antaranya ialah hujung lidah bibir danlelangit lembut. Dearah artikulasi
54
pula ialah bahagian yang dicapai oleh alat artikulasi seperti gigi atasdanlelangit
keras.
5.1. VOKAL
Vokal ialah bunyi bahasa bersuara yang dihasilkan dengan arus udara dari paru-
paru keluar secara bebas melalui rongga mulut tanpa penutupan atau
penyempitan di atas glotis. Bunyi vokal berbeza-beza bergantung kepada bentuk
rongga di atas glotis yang dilalui udara semasa pengucapan bunyi itu dilakukan.
Kebanyakan vokal dihasilkan dengan menutup jalan udara melalui hidung.
CIRI-CIRI VOKAL:
i. semua vokal adalah bersuara.
ii. semasa menghasilkan bunyi vokal, udara keluar dengan bebas tanpa
sebarang sekatan dan gangguan.
iii. semasa bunyi vokal lebih nyaring dan lantang, sebutan boleh
dipanjangkan.
iv. vokal boleh membentuk suku kata.a
v. vokal boleh wujud sebelum atau selepas konsonan.
Bahasa melayu mempunyai enam vokal asli, iaitu tiga vokal depan, satu vokal
tengah, dan dua vokal belakang seperti yang berikut:
Depan tengah belakang
sempit [i] [u]
separuh sempit [e] [ә] [o]
separuh luas
luas[a]
bibir terhampar bibir bundar
Perkataan depan, tengah, belakang ialah bahagian lidah. Manakala sempit,
separuh sempit, separuh luas, dan luas pula ialah keadaan rongga mulut.
Garisan pula melambangkan ketinggian lidah contohnya vokal [i] dan [u], lidah
dinaikkan tinggi manakala vokal [a] lidah diangkat sedikit sahaja.
55
VOKAL [i].
Vokal [i] ialah vokal depan sempit yang terletak di antara vokal kardinal pertama
dan kedua. Pengeluaran bunyi berlaku apabila lelangit lembut rapat dengan
belakang tekak. Udara yang terhasil tidak mengalami sekatan udara dan hanya
mengetarkan pita suara. Bibir pula berada dalam keadaan hampar. Vokal [i]
yang terdapat dalam kajian esei keuniversalan bahasa ialah:
Vokal Perkataan dalam esei kajian
[i] -ilmu - baris 12 dalam (awal)
-selagi, - baris4. (Belakang)
-lain, - baris 3, (tengah)
VOKAL [e].
Vokal [e] ialah vokal depan separuh sempit yang terletak pada vokal kardinal
kedua. Pengeluaran bunyinya ialah dengan depan lidah diturunkan sepertiga dan
lelangit lembut rapat dengan belakang tekak dan menutup ronga hidung. Udara
yang terhasil hanya mengetarkan pita suara tetapi sekatan suara tidak berlaku,
halangan tersebut boleh menyebabkan geseran dan bibir berada dalam keadaan
hampar, contoh perkataan vokal [e] ialah.;
vokal Perkataan dalam esei
[e] taling -beza - baris 30 (tengah)
-oleh - baris (tengah)
-konsep - baris 97(tengah)
56
VOKAL [ə].
Vokal [ə] ialah atau lebih dikenali vokal tengah corak pendek. Untuk
mengeluarkan bunyi ini puncak tengah lidah diletakkan denga vokal sekalparuh
luas dan lelangit lembut terlalu rapat pada belakang lidah dan udara yang
dihasilkan tidak disekat. Bunyi yang terdapat dalam esei tersebut ialah:
Vokal Contoh perkataan dalam esei
[ə] pepet -Dengan, baris ke 8 (tengah)
-seperti, baris 24 (tengah)
-bentuk, baris 76 (tengah)
VOKAL [a].
Vokal [a] merupakan vokal depan luas yang terlatak pada cardinal keempat.
Penghasilan bunyi ini berlaku dengan depan lidah itu tertarik ke belakang dan lelangit
lembut begitu rapat denag belakang tekak yang mengakibatkan rongga hidung tertutup.
Udara yang terhasil dari paru-paru tidak disekat dan hanya menggetarkan pita suara serta
bibir berada dalam keadaan yang hampar. Contohnya ialah:
Vokal Contoh perkataan dalam esei
[a] -atau. - baris 43 (awal)
-dapat, baris 52 (tengah)
-bahasa, - baris pertama (akhir)
VOKAL [u].
Vokal [u] ialah vokal belakang sempit yang bterletak pada cardinal yang ketujuh
danga kelapan, lidah perlu diangkat denagan tinggi dan lelangit lembut rapat
dengan belakang tekak dan bibir pula berada keadaan bundar. Udara yang
terhasil seperti vokal-vokal lain. Contoh dalam esei kajian ialah:
Vokal Contoh perkataan dalam esei
57
[u] - untuk –baris 34(awal)
-bunyi -29 (ttengah)
-atau, ilmu,- baris 10 dan 12(akhir)
VOKAL [o].
Vokal [o] ialah vokal seperuh sempit yang bercorak dalam ketujuh. Bunyi tersebut
melalui perapatan lelangit lembut dengan rongga hidungibir dan bibir pula dalam
keadaan terhampar. Seterusnya udara yang terhasil hanya menghasilkan getaran pada pita
suara. Ini dapat dilihat dari contoh kajian tersebut:
Vokal Contoh perkataan dalam esei
[o] -orang –baris 85(awal)
-rosak –baris 3(tengah)
-golongan –baris 43 (tengah)
5.2. KONSONAN
Konsonan bermaksud bunyi bahasa yang selain dari bunyi vokal. Konsonan
boleh terdiri daripada bunyi bersuara dan tidak bersuara.
Semasa menghasilkan bunyi konsonan udara dari paru-paru menerima sekatan
dan gangauan udara. Bunyi konsonan dibahagikan kepada konsonan asli dan
konsonan pinjaman.bunyi konsonan asli dapat diklasifikasikan mengikut cara dan
daerah sebutanya seperti berikut:
Sembilan konsonan asli dapat hadir di awal, tengah, dan akhir kata iaitu p, t, m,
n, /ng/, s, h, dan r. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir di akhir kata pinjaman
seperti bab, had, beg, kolej. Konsonan pinjaman ini digunakan pada kata-kata
pinjaman Sanskrit dan bahasa lain.
KONSONAN ASLI
a) LETUPAN DUA BIBIR TAK BERSUARA [p].
58
Pengeluaran bunyi berlaku apabila dua bibir bertemu dan lelangit lembut
dinaikan rapat dengan rongga tekak. Pengeluaran udara dari paru-paru melalui
rongga mulut dan kemudian mengalami sekatan udara olah kedua-dua bibi.
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Letupan dua bibir tak bersuara [p] -pernah -baris pertama(awal)
-seperti –baris 2(tengah)
-ucap –baris 62(akhir)
b) LETUPAN DUA BIBIR BERSUARA [b].
Letupan bibir tidak bersuara ialah sama dengan penghasilan bunyi letupan tidak
bersuara tetapi pengaliran udara itu bergetar akibat dari pita suara. Contohnya
dalam kajian tersebut:
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Letupan bua bibir bersuara [b] -bahasa -baris pertama(awal)
-sebagai - baris 6(tengah)
-arab – baris 28(akhir)
c) LETUPAN GUSI TAK BERSUARA [t].
Letupan ini berlaku apabila hujung lidah bertemu dengan gusi dan lelangit lembut
akan dinaikan rapat dengan belakang rongga tekak. Seterusnya penghasilan
udara melalui paru-paru tersekat di bahagian pertemuan antara hujung daun
lidah dengan gusi dan tidak menghasilkan getaran pada pita suara.
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Letupan gusi tak bersuara [t] -tidak -baris 2(awal)
-isyarat -baris 10(akhir)
-setiap -baris 67(tengah)
59
d) LETUPAN GUSI BERSUARA [d].
Proses penghasilan sama dengan letupan gusi tidak bersuara dan melepaskan sekatan
udara
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Letupan gusi bersuara [d] -dengan -baris 6 dan 31(awal)
-tidak -baris 2(tengah)
-bermaksud –baris 152(akhir)
e) LETUPAN LELANGIT LEMBUT TAK BERSUARA [k].
Cara membunyikan ialah lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga
tekak seterusnya menaikan belakang lidah pada lelangit lembut, pita suara
bergetar kerana pengaruh udara yang dilepaskan.
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Letupan lelangit lembut tak bersuara
[k]
-linguistik -baris 12,50(akhir)
-kaitan,- baris 13(awal)
-artikulasi,- baris 79(tengah)
LELANGIT LEMBUT BERSUARA [g].
Vara membunyikan letupan lelangit lembut bersuara ialah melalui pelepasan
udara melalui rongga tekak dan mengetarkan pita suara. Contohnya seperti
berikut dalam kajian esei.
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Letupan lelangit lembut bersuara [g] -golongan.-baris 43(awal)
-begitu, -baris 41(tengah)
-penting, -baris 131(akhir)
60
HENTIAN GLOTIS [?].
Berlaku apabila pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut
dinaikkanke rapat di belakang rongga tekak. Udara yang keluar dari paru-paru
tersekat di bahagian belakang rapatan pita dan tanpa mengatarkan pita suara.
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Hentian glottis [?] -orang, -baris 151(akhir)
KONSONAN GESERAN
Geseran gigi-gusi tak bersuara.[s].
Dibunyikan apabila daun lidah didekatkan ke daerah gigi-gusi supaya sempitan
udara terhasil. Lelangit lembut dinaikan rapat ke belakang rongga tekak. Udara
yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser pada gigi-gusi yang
membuat sempitan dengan daun lidah. Pita suara pula tidak digetarkan. Contoh
melalui kajian ialah:
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Geseran gigi-gusi tak bersuara [s] -salah, -baris 12(awal)
-rasmil, -baris 18(tengah)
-atas, -baris 132(akhir)
Geseran glotis tak bersuara [h].
Lelangit lembut dinaikkan rapat dengan belakang belakang rongga tekak. Pita
suara direnggangkan luas dari paru-paru dengan bebasmelalui glotis yang
terbuka itu seperti keaadaan bernafas. Contohnya:
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Geseran glotis tak bersuara [h] -hilang, -baris 4(awal)
-bahasa, -baris pertama(tengah)
-pernah, -baris pertama(akhir)
61
KONSONAN SISIAN
Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [l].
Dibunyikan apabila hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi. Lelangit
lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak dan usara yang dikeluarkan dari paru-
paru melalui rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah. Pita suara pula
digetarkan contohnya dalam kajian esei ialah;
Konsoanan Contoh perkataan dalam esei
Sisian gigi-gusi bersuara [i] -lain -baris 3(awal)
-selesai - baris 2(tengah)
-penghasil - baris 7(akhir)
KONSONAN SEPARUH VOKAL
Konsonan separuh vokal dua bibir [w].
Konsonan ini dibunyikan dengan membundarkan bibir dan belakang lidah
dinaikkan kea rah lelangit lembut. Itu sendiri terangkat ke bahagian belakang
rongga tekak dan pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke
kedududkan untuk mengeluarkan vokal tengah.
Konsonan Contoh perkataan dalam esei
Separuh vokal dua bibir [w] -bahawa, -baris 24(tengah)
-wujud, -baris 106(awal)
-walaupun, -baris 107(awal)
-haiwan, -baris 9(tengah)
Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y].
Cara membunyikan konsonan ini ialah depan lidah didiangkat agak tinggi ke arah
lelangit keras dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke
62
bahagian belakang rongga tekak. Pita suara pula digetarkan sambil lidah
bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah.
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Separuh vokal lelangit keras -hanya, -baris 10(tengah)
-yang, -baris 20(awal)
-ayat, -baris 96(tengah)
KONSONAN GETARAN.
Konsonan getaran gigi-gusi bersuara iaitu konsonan [r].
Cara membunyikan ialah dengan menyentuhkan hujung lidah ke gigi-gusi dan
lelangit lembut dinaikan ke belakang rongga tekak. Udara yang melalui rongga
mulut dan mengetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara pula digetarkan.
Konsonan Contoh perkataan dalam esei
Getaran gigi-gusi [r] -rapat, -baris 8(awal)
-penutur -baris 53(akhir)
-daripada, baris 78(tengah)
KONSONAN SENGAU TERDIRI DARIPADA;
Sengau gigi-gusi bersuara [n].
Cara membunyikan ialah hujung lidah dirapakan dengan gusi dan lelangit
lembuttidak dinaikan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikelurakan
terus melalui rongga hidung. Pita suara pula digetarkan
63
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Sengau gigi-gusi bersuara [n] -namun -baris 142(awal)
-manusia, -baris 3(tengah)
-kumpulan,- baris 62(akhir)
Sengau dua bibir bertemu [m].
Cara membunyikan ialah bibir bawah dan atas dirapatkan dan lelangit lembut
dalam keadaan biasa dan tidak dinaikan ke rongga tekak. udara yang
dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung. Pita suara pula tidak
bergetar.
konsonan Contoh perkataan dalam esei
Sengau dua bibir bertemu [m] -manusia, -baris 142(awal)
-amat,- baris 34(tengah)
-sistem, -baris 29(akhir)
Sengauan lelangit keras bersuara [ . [ּת
Cara membunyikan sengauan ini dengan depan lidah dirapatkan ke lelangit
keras. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dirapatkan ke belakang
rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru terus melalui rongga
hidung dan akan mengetarkan pita suara.
Konsonan Contoh perkataan dalam esei
Sengau lelangit keras bersuara -bunyi,- baris 41(tengah)
-kenyataan,-baris (tengah)
Sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ].
64
Cara membunyikan sengauan ini ialah dengan menaikkan belakang lidah rapat
ke lelangit lembut yang berada dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat
ke rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga
hidung yang akan mengetarkan pita suara.
Konsonan Contoh perkataan dalam esei
Sengau lelangit lembut bersuara -hubungan, - baris 17(tengah)
-sangat, - baris 22(tengah)
-telinga, -baris 34(hujung)
BUNYI KONSONAN PINJAMAN
Gesaran bibir-gigi tak bersuara [f].
Bibir bawah dirapatkan pada gigi atas supaya membuat sempitan dan lelangit
lembut terangkat rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan
dibiarkan bergeser keluar melalui rapatan bibir bawah dan gigi atas tanpa
menggetarkan pita suara contohnya:
konsonan Contoh perkataan dalam esei
geseran bibir-gigi tak bersuara [f] -faktor -baris 46(awal)
-fonologi –baris 62(awal)
-sifat –baris 108 (tengah)
Geseran bibir-gigi bersuara [v].
Dibunyikan apabila bibir bawah dirapatkan ke gigi atas untuk membuat sempitan
lelangit lembut terangkat rapat ke belakang rongga tekak dan udara yang
dikeluarkan melalui rongga mulut bergeser dengan rapatan bibir bawah dan gigi
atas sambil mengetarkan pita suara.
65
Konsonan Contoh perkataan dalam esei
Geseran bibir-gigi bersuara [v] -vokal- baris 59 dan 77(awal)
-keuniversalan -baris 89(tengah)
Geseran gigi-gusi bersuara [z].
Cara membunyikan ialah dengandaun lidah didekatkkan ke daerah gigi-gusi supaya dapat
membuat sempitan udara keluar. Manakala lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang
rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru diniarkan bergeser di daerah gigi-
gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah itu sehingga mengetarkan pita suara.
Konsonan Contoh perkataan dalam esei
Geseran gigi-gusi bersuara [z] -berbeza, -baris 76(tengah)
-membezakan, -baris 139(tengah)
Geseran lelangit lembut tak bersuara [x].
Cara membunyikan belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat
satu sempitan. Lelangit lembut sendiri akan dinaikkan rapat ke belakang rongga
tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser pada sempitan
di daerah lelangit lembut dengan belakang lidah tetapi tidak menggetarkan pita
suara.
Konsonan Contoh perkataan dalam esei
-makhluk, sama maskud (maxluk) -
baris 9 (tengah)
KONSONAN LETUSAN
Letusan lelangit keras bersuara [ĵ].
Cara membunyikan konsonan ini ialah depan lidah ditemukan pada daerah
lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.
Udara dari paru-paru dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan lidah
dan lelangit keras. Seterusnya sekatan dilepaskan secara perlahan-lahan sambil
menggetarkan pita suara.
66
Konsonan Contoh perkataan dalam esei
Letusan lelangit keras bersuara -pelajar, - baris110 (tengah)
-jantina,- baris 19(awal)
-sahaja, -baris 96(tengah
Letusan lelangit keras tak bersuara [č]
Cara membunyikan ialah depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan
lelangit lembut dinaikkan rapat denga rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui
rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bi bahaguan pertemuan depan lidah dan
lelangit keras. Sekatan udara itu dilepaskan secara perlahan-lahan tanpa
mengetarkan pita suara.
Konsonan Contoh perkataan dalam esei
Letusan lelangit keras tak bersuara [č] -secara,(sečara) -baris 38(tengah)
- ucap,(učap) -baris 62(tengah)
5.3. DIFTONG
Diftong bermaksud merupakan percantuman dua bunyi vokal yang dikeluarkan
dengan satu hembusan nafas. Diftong bersifat suku kata dan mempunyai puncak
kelantangan kerana berlaku gelungcuran dari satu vokal yang mendahului ke
67
vokal yang mengikutinya. Jika bunyi gelongcoran itu mengandungi puncak
kelantangan dalam pencantuman tiga bunyi vokal, maka diftong itu dipanggil
sebagai triftong.
Terdapat tiga bunyi diftong dalam bahasa melayu, iaitu:
i). ai
ii). au
iii). oi
Gambar rajah tersebut menunjukkan cara membunyikan tiga jenis vokal
antaranya:
Diftong [ai] ini disebut dengan mendahulukan vokal depan luas dan
digelungcurkan ke arah vokal depan sempit. Bibir pula berada dalam keadaan
biasa menjadi terhampar. Contoh diftong dalam kajian esei keuniversalan
bahasa ialah seperti berikut:
Diftong Contoh perkataan dalam esei
[ai] -selesai, baris 2(-KV)
-kaitan, baris 13(KV-)
-pelbagai, baris 24(-KV)
Diftong [au] pula, disebut dengan mendahulukan vokal depan luas dan
digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Keadaan bibir berada dalam
keadaan biasa menjadi bundar.
Diftong Contoh perkataan dalam esei
[au] -atau, baris 10(-KV)
-menjauhkan, baris 149(KV-)
-klausa –baris 93(-
68
Diftong [oi] pula diftong disebut dengan mendahulukan vokal belakang separuh
sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal sempit. Keadaan bibir berada dalam
keadaan bundar menjadi terhampar. Perkataan diftong tidak terdapat dalam
kajian esei tersebut, oleh itu perkataan ayat diftong tidak terkandung dalam
kajian tersebut.
Diftong [oi] Contoh perkataan dalam esei
- -
REFLEKSI
Semasa membuat tugasan ini, saya berasa sungguh bersyukur kerana
telah memberikan beberapa manfaat kepada saya. Antaranya ialah saya lebih
memahami beberapa bab-bab dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Akademik1.
Ini kerana sepanjang saya membuat tugasan ini saya telah mengkaji takrif
bahasa Melayu, asal usul bahasa Melayu,ciri-ciri bahasa Melayu dan fungsi
bahasa Melayu dengan lebih mendalam seterusnya manyebabkan diri saya lebih
memahami bahasa Melayu.
Selain itu, saya juga telah boleh mengamalkan beberapa ilmu yang telah
saya peroleh ketika membuat tugasan ini. Antaraya ialah itu bagaimana sesuatu
huruf itu dibunyikan dengan betul. Seterusnya ilmu itu boleh diamalkan dalam
pertuturan harian saya ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan.
69
Kemudian, semasa saya membuat tugasan ini saya telah mengalami
pelbagai masalah. Antaranya ialah kekangan masa. Oleh itu, selepas ini saya
bertekad untuk mengubah diri saya agar lebih menghargai masa.
Disamping itu, saya juga telah belajar sesuatu perkara iaitu pentingnya
kerjasama semasa membuat sesuatu kerja. Ketika saya membuat tugasan ini
beberapa masalah seperti kekurangan maklumat telah saya hadapi. Mujurlah
saya mempunyai sahabat-sahabat yang baik yang telah bercadang untuk
bekerjasama untuk menyiapkan tugasan ini.
BIBLIOGRAFI
Kamus Dewan edisi keempat. 2005. Selangor. Dawana Sdn.Bhd
.
Goay Teck Chong, Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad. 2008. Longman Teks Pra-
U STPM BM Kertas 1. Selangor. Vivar Printing Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmod
1993. Tatabahasa dewan edisi baharu. Cetakan pertama 1993. Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
S. Othman Kelantan. 1992. Pergerakan Bahasa dan Sastera Mela
Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin. 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1
& 2). Ipoh. Chee Leong Press Sdn. Bhd.
70
Tuan Jah Tuan Yusof. 2004. STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Pulau Pinang.
Monosetia Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. 1994. Bahasa Melayu untuk Maktab
Perguruan. Selangor. Percetakaan Polygraphic (M) Sdn. Bhd.
Tiada Nama Pengarang. Bahasa Melayu. Dilayari pada 28 Julai 2008 di URL
http://ms.wikipedia.com.
Tiada Nama Pengarang. Bahasa, ciri-ciri dan fungsi. Dilayari pada 9 Ogos 2008
di URL www.ideal.upm.edu.my
71