16
AHLI KUMPULAN 1.ABD RAHIM BIN MOHAMED SAID 2.AMRIL ZALHA BIN RAMLI MOHD YUNOS 3.SHAIFUL RAFEUL BIN SHAFFIE 4.FARHANA BINTI CHE JAAFAR @ MUSTAFA 5.NURUL SULIZA BINTI HASHIM BAHASA MELAYU 1

Presentation bm1 asal bm

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Presentation bm1 asal bm

AHLI KUMPULAN

1. ABD RAHIM BIN MOHAMED SAID2. AMRIL ZALHA BIN RAMLI MOHD YUNOS3. SHAIFUL RAFEUL BIN SHAFFIE4. FARHANA BINTI CHE JAAFAR @ MUSTAFA5. NURUL SULIZA BINTI HASHIM

BAHASA MELAYU 1

Page 2: Presentation bm1 asal bm

ASAL USUL BAHASA MELAYU

1. M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis.

2. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa.

3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

Page 3: Presentation bm1 asal bm

5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun.Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.

6. Sebuah patung di Padang Rocore , Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.

7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

8. Bukti yang dilihat tentang bentuk dan sifat Bahasa Melayu diperolehi sejak tahun 683 M :a) Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)b) Batu Bersurat di Talang Tuwo, Palembang (684 M)c) Batu Bersurat di Kota Kapur,Pulau Bangka (686 M)d) Batu Bersurat di Karang Brahi, daerah Hulu Jambi (686 M)

Page 4: Presentation bm1 asal bm

DEFINISI “MELAYU” DARI SEGI ETIMOLOGI Etimologi : Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan

tersebut.

1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan “hima alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya” bermaksud “tempat bersalji”.

2. Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.

3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana”.

4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.

5. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

Page 5: Presentation bm1 asal bm

PENGERTIAN MELAYU Menurut Asmah Hj. Omar di dalam bukunya yang bertajuk ‘ Susur Galur Bahasa Melayu’ (1985). Istilah

Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit

PENGERTIAN YANG LUAS

Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972) dilancarkan oleh UNESCO, konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.

PENGERTIAN YANG SEMPIT

Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang )

Page 6: Presentation bm1 asal bm

Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya beragama Islam.

Maksud orang-orang Melayu ialah 1. Orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.2. orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir

Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang,Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian.

3. orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian4. orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-

agama lain.

Tafsiran Melayu mengikut pengertian ras merangkumi penduduk Seluruh Nusantara. Berdasarkan kajian Geldern dan Kern, kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke selatan. Mereka berasal daripada satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang besar dan berkaitan

Page 7: Presentation bm1 asal bm

BAHASA MELAYU MENURUT PARA SARJANA

• Mohd. Dahlan Mansoer pula berpendapat bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Melayu yang tercatat dalam Sejarah Melayu. Sungai itu dinamakan demikian keran airnya mengalir dengan amat deras seperti berlari.

• Harun Aminur Rashid menyatakan bahawa istilah Melayu diambil daripada perkataan bahasa Sanskrit iaitu Malaya dan bahasa Tamil iaitu Malai yang bermaksud “tempat tinggi”.

• J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

Page 8: Presentation bm1 asal bm

Bahasa Austronesia

Taburan geografi: Asia Tenggara Maritim, Oceania, Madagascar, Taiwan

klasifikasi bahasa: salah satu dari keluarga bahasa utama dunia.

Sebahagian:Formosa (terdiri dari berbagai rumpun) Melayu-Polinesia

Page 9: Presentation bm1 asal bm

BATU BERSURAT KEDUKAN BUKIT - Batu Bersurat Kedukan Bukit dijumpai oleh M.

Batenburg pada 29 November 1920, di Sumatera Selatan, di Kedukan Bukit di tepi Sungai Tatang yang mengalir ke Sungai Musi.

- Batu Bersurat "Prasasti" ini berbentuk batu kecil, berukuran 45 x 80cm Tarikh batu bersurat ini ialah 682 masehi menggunakan aksara Pallava bahasa Melayu Tua.

- Batu bersurat kedukan bukit ini ditulis dalam bahasa melayu namun kandungannya diterjemah menggunakan sejenis bentuk tulisan dari negara Pallava (sebuah negara Tamil dari India selatan) - Walaupun penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) memperlihatkan tulisan yang digunakan ialah huruf Palava, ia tidak bermakna bahawa tidak ada tradisi tulisan sebelum itu. Sebelum orang India datang ke alam Melayu, di kawasan Nusantara ini telah dikenali tulisan atau aksara Lontara di Sulawesi Selatan, aksara Batak di Sumatera Utara, dan aksara Rencong di Sumatera Selatan

Batu bersurat ini telah dijadikan batu keramat oleh penduduk di tepi Sungai Musi bagi mendapatkan kekuatan semasa mereka berlumba perahu dengan para pendayung dari kampung-kampung lain.

Page 10: Presentation bm1 asal bm

ISI KANDUNGAN BATU BERSURAT KEDUKAN BUKIT

ALIH AKSARA DIPLOMATIS

• svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śu• apunta hiyaklapakşa vulan vaiśākha d<m> nāyik di• sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa• apunta hiyavulan jyeşţha d<m> maŕlapas dari minānga• vala dualakşa dangan ko-tāmvan mamāva yam• duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu• di mata japtlurātus sapulu dua vañakña dātam• sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula<n>….• marvuat vanua …..laghu mudita dātam• śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa ..

Page 11: Presentation bm1 asal bm

PENTERJEMAHAN• Selamat bahagia pada tahun saka 605 hari kesebelas• bulan terang bulan waisaka daputa Hiyaŋ naik di• sampan mangalap siddhayātra pada hari ketujuh bulan

terang• bulan jyesta dapunta Hiyaŋ berlepas dari minānga• tambah membawa bala tentara dua laksa dengan ...• dua ratus orang di perahu dengan berjalan seribu• tiga ratus dua belas banyaknya datang di mata jap• suka cita pada hari kelima bulan terang bulan asada...• lega datang membuat negeri...• Srivijaya yang berjaya, tujuan tercapai, menjadi

makmur...

Page 12: Presentation bm1 asal bm

Menurut Coedes “siddhayatra” bererti semacam losen anjaib atau “cairan bertuah”.

Tetapi menurut Kamus Jawa Kuna Zoetmulder (1995): kejayaan dalam

perjalanan. Oleh itu, ayat di atas ini boleh difahamkan sebagai: “Sri Baginda naik

sampan untuk menyerang, berjaya dalam perjalanannya.”Menurut Slamet Muljana

“maŕlapas” bererti berlepas dan “tāmvan” bererti tambah

Page 13: Presentation bm1 asal bm

Penterjemahan cerita "Pada suatu tempat Raja Jayanasya naik ke kapal

untuk mencari untungnya dan sampai dengan angkatannya ke muara Sungai Musi . Sesudah

beberapa lama isytirehat, ia mudik dengan kapal-kapalnya; waktu itu bahagian terbesar daripada bala tenteranya tinggal di kapal dengan 200 orang pawang sedangkan gerombolan yang 1312 orang banyaknya menyusur tepi sungai ( untuk mencari tempat yang

baik untuk mendirikan negeri) . Di Matayap( ?) berhenti dan berisytirehat , kemudian terus pula pula

mudik , sampai didirikan kota Seriwijaya"

Page 14: Presentation bm1 asal bm

KESIMPULAN

Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua franca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa.

Dalam pembentangan ini juga telah menghuraikan pengertian dan asal-usul Bahasa Melayu itu yang menjadikannya sebagai bahasa wacana ilmu kerana kemantapan yang ada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.

Page 15: Presentation bm1 asal bm

RUJUKAN• (

http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/ciri-ciri-bahasa-melayu.html)

• Bahasa Melayu I, Edisi kedua . Siti Hajar abdul Aziz. Oxford Fajar 2011.

• Bahasa Melayu II, Edisi kedua . Siti Hajar abdul Aziz. Oxford Fajar 20o9.

• George Coedès, Les inscriptions malaises de Çrivijaya, BEFEO, 1930.

• J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975• Emeis,M.G., 1975, Bunga Rampai Melayu Kuno. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.• Slamet Muljana, 2006, Sriwijaya, Yogyakarta: LKIS

Page 16: Presentation bm1 asal bm

RUJUKAN• Zuber Usman. Bahasa Melayu sebelum dan sesudah menjadi lingua franca, 1976, m.s. 6.• Ismail Hamid. Kesusasteraan Melayu lama dari warisan peradaban Islam, 1983, m.s. 10.• Harun Aminurrashid. Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu, 1966, m.s. 7.• Ibid.,( m.s. 8,m.s. 9-10, m.s. 10-11, m.s. 12.) dan Nik Safiah Karim. et al. Tatabahasa

Dewan, 1986. Jil. 1, m.s. 6.• Harun Aminurrashid, op. cit., m.s. 9-10.• Ismail Hussein. Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita, 1984, m.s. 26.• Ab. Ghani bin Abbas. "Bahasa Melayu Kuno dari bentuk dan bunyi". Di dalam Dewan

Bahasa, 4(1): 10, 1960.• Obaidellah Haji Mohamad. Catatan-catatan dalam sejarah China mengenai negeri-

negeri Melayu. Kertas kerja dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Tamadun Melayu, 11-13 Nov. 1986, Kuala Lumpur, 1986.

• Shellabear, W.G. Sejarah Melayu, 1982, m.s. 16.• Harun Aminurrashid, 1966. passim., m.s. 4-7.• Samad Ahmad. Sejarah kesusasteraan Melayu I, 1966, m.s. 34.• Harahap, E. St. Perihal bangsa Batak, 1960, passim., (m.s. 11-15,m.s. 9-10) dan Nik

Safiah Karim, Nov. 1986, Kuala Lumpur. Sejarah kesusasteraan Melayu. Jil. 1