21
BMM 3033E PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PENDAHULUAN Kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan mata pelajaran wajib untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kursus minor Bahasa Melayu. Setiap guru pelatih diwajibkan untuk melaksanakan satu kerja kursus berasaskan ilmu berdasarkan mata pelajaran ini. Pengisian maklumat yang terdapat dalam kerja kursus ini meliputi beberapa subtopik yang penting dalam mata pelajaran ini. Antara kandungan kerja kursus ini ialah konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian serta huraian mengenai teori Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl. Kami diarahakan untuk melaksanakan tugasan dalam kumpulan untuk mencari dan menggumpul maklumat tentang tajuk-tajuk kecil yang terdapat dalam subjek ini. Selain itu, kerja kursus ini memerlukan guru pelatih mengulas dan menganalisis kualiti soalan objektif Bahasa Melayu tahun 5 yang diterbitkan oleh mana-mana syarikat penerbitan buku yang terdapat di pasaran secara individu. Ulasan dan analisis mestilah merangkumi jenis soalan, aras soalan, komponen soalan (stimulus, stem, pilihan jawapan dan penganggu), dan cadangan penambahbaikan terhadap soalan Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih pelajar melaksanakan proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Penghakiman melibatkan aspek-aspek seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kesimpulannya, pelaksanaan kerja kursus ini diharapkan mampu membantu guru pelatih supaya lebih memahami subtopik yang perlu dipelajari dalam kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kerja kursus ternyata memberikan pelbagai impak positif kepada bakal guru agar menjadi guru yang berintelek dan berkaliber. SEMESTER 6/2014 1

TUGASAN INDIVIDU.docx

Embed Size (px)

Citation preview

BMM 3033E PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3033E PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3033E PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENDAHULUANKursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan mata pelajaran wajib untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kursus minor Bahasa Melayu. Setiap guru pelatih diwajibkan untuk melaksanakan satu kerja kursus berasaskan ilmu berdasarkan mata pelajaran ini. Pengisian maklumat yang terdapat dalam kerja kursus ini meliputi beberapa subtopik yang penting dalam mata pelajaran ini.Antara kandungan kerja kursus ini ialah konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian serta huraian mengenai teori Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl. Kami diarahakan untuk melaksanakan tugasan dalam kumpulan untuk mencari dan menggumpul maklumat tentang tajuk-tajuk kecil yang terdapat dalam subjek ini. Selain itu, kerja kursus ini memerlukan guru pelatih mengulas dan menganalisis kualiti soalan objektif Bahasa Melayu tahun 5 yang diterbitkan oleh mana-mana syarikat penerbitan buku yang terdapat di pasaran secara individu. Ulasan dan analisis mestilah merangkumi jenis soalan, aras soalan, komponen soalan (stimulus, stem, pilihan jawapan dan penganggu), dan cadangan penambahbaikan terhadap soalanTujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih pelajar melaksanakan proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Penghakiman melibatkan aspek-aspek seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.Kesimpulannya, pelaksanaan kerja kursus ini diharapkan mampu membantu guru pelatih supaya lebih memahami subtopik yang perlu dipelajari dalam kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kerja kursus ternyata memberikan pelbagai impak positif kepada bakal guru agar menjadi guru yang berintelek dan berkaliber.

TUGASAN INDIVIDU

Tugasan Individu :Ulasan Soalan Objektif Bahasa Melayu Tahun 5

Nama :Nellson Joumin

No Ic :920402-12-6143

ANALISISSOALAN 1

Ampunkan ____ tuanku, sembah patik harap diampun. Patik membawa perkhabaran buruk daripada Panglima Tamin, kata Tun Nila Sakti.A betaB hambaC patikD tuan hamba

Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)

Aras soalanAras Kefahaman Calon perlu memahami penggunaan kata ganti nama dengan tepat

StimulusMaklumat khusus berbentuk perbualan

StemTugasan soalan jelas iaitu melengkapkan ayat

Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja

PengangguMenarik perhatian calon yang kurang menguasai kata ganti nama

Cadangan PenambahbaikanPilihan jawapan boleh dipelbagaikan yang diambil daripada kata ganti nama yang berbeza

ANALISISSOALAN 2

2. Orang ramai yang datang ke jamuan makan malam itu berbual-bual dengan _____.A sibukB rapatC mesraD meriah

Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)

Aras soalanAras pengetahuan Mencari perkataan yang sesuai dengan sesuatu situasi

StimulusMaklumat khusus berbentuk gambar rajah yang sesuai

StemMaklumat soalan jelas iaitu memilih perkataan yang sesuai pada jawapan yang disediakan

Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja

PengangguTerdapat beberapa pilihan jawapan yang hampir sama makna yang boleh menyebabkan calon keliru

Cadangan PenambahbaikanPilihan jawapan boleh dipelbagaikan bagi melatih calon untuk berfikir secara kritis sesuatu makna perkataan

ANALISISSOALAN 3

3. Dua orang calon bakal ________ telah dihantar ke Rusia untuk menjalani persediaan ke bulan.A peragawanB pramugariC angkasawanD juruterbang

Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan).

Aras soalanAras Pengetahuan Memahami makna bagi setiap bidang pekerjaan yang disediakan dalam jawapan.

StimulusMaklumat tentang stimulus terdapat pada soalan iaitu menjalani persediaan ke bulan .

StemTugasan soalan jelas iaitu melengkapkan ayat dengan bidang pekerjaan yang sesuai.

Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja.

PengangguPernyataan jawapan yang salah jelas terdapat pada pilihan jawapan menyebabkan soalan mudah untuk dijawab.

Cadangan PenambahbaikanSoalan aras pengetahuan seperti ini baik untuk menguji sejauh mana pengetahuan seseorang murid.

ANALISISSOALAN 4

______ menjunjung segala titah perintah tuanku sekarang juga, sembah bendahara kepada Sultan MelakaA HambaB PatikC BetaD Saya

Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan).

Aras soalanAras kefahaman Calon perlu memahami penggunaan kata ganti nama dengan tepat.

StimulusMaklumat khusus yang diberi berbentuk perbualan.

StemTugasan soalan jelas iaitu melengkapkan ayat.

Pilihan JawapanMelengkapkan ayat dengan memilih satu jawapan yang betul sahaja.

PengangguMenarik perhatian calon yang kurang menguasai kata ganti nama.

Cadangan PenambahbaikanPilihan jawapan yang terdiri daripada distraktor yang berbeza maksudnya berupaya untuk menentukan tahap penguasaan murid tentang kata ganti nama.

ANALISISSOALAN 5

Pilih ayat ayat yang betul.I Iwani menerima surat daripada sahabatnyaII Najiha berasal dari Kampung Gelugor.III Di zaman dahulu, kancil seekor binatang yang cerdikIV Bungkusan itu telah dihantar pada abangnya yang berada di London.

A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV

Jenis SoalanItem aneka pelengkap (item aneka gabungan).

Aras soalanAras analisis Murid perlu menganalisis setiap kesalahan yang terdapat pada pernyataan yang disediakan.

StimulusMaklumat yang diberi disediakan dalam bentuk ayat.

StemTugasan soalan jelas iaitu murid perlu menganalisis kesalahan penggunaan perkataan pada mana-mana ayat yang disediakan.

Pilihan JawapanTerdiri daripada beberapa kombinasi pilihan jawapan.

PengangguTerdapat beberapa perkataan dalam sesuatu ayat yang menjadi distraktor untuk memilih jawapan yang tepat berdasarkan ayat yang telah disediakan.

Cadangan PenambahbaikanDistraktor dalam pilihan jawapan boleh ditambah bagi menguji aras pemikiran murid.

ANALISISSOALAN 6

6. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.Setiap malam Amirul akan menyiapkan kerja rumahnya.A Kerja rumah Amirul menyiapkan setiap malam.B Menyiapkan kerja rumah Amirul setiap malam.C Amirul akan menyiapkan kerja rumahnya bersama setiap malam.D Amirul akan menyiapkan kerja rumahnya setiap malam.

Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)

Aras soalanAras penilaian Menilai ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

StimulusRangsangan diberikan dalam bentuk ayat dan mempunyai makna yang jelas dan mudah difahami.

StemTugasan soalan jelas iaitu mencari mencari ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja

PengangguKesederhanaan tahap distraktor menyebabkan murid mudah untuk menentukan ayat yang tepat dijadikan jawapan.

Cadangan PenambahbaikanTahap distraktor perlu diubah dengan mengubah bentuk ayat-ayat kepada ayat yang lebih sukar dan hampir sama maksudnya bagi setiap pilihan jawapan yang disediakan.

Soalan 7 berdasarkan puisi di bawah :

ANALISISSOALAN 7

Baca puisi di atas kemudian jawab soalan-soalanberikut.Siapakah yang menyambut kedatangan penulis dan murid-murid yang lain ?A Keluarga penulisB Guru-guruC Pekerja sekolah

Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)

Aras soalanAras pemahaman Memahami bahan rangsangan yang disediakan iaitu puisi.

StimulusBahan rangsangan yang disediakan ialah bebentuk puisi yang perlu difahami maksudnya dengan jelas.

StemTugasan soalan jelas iaitu menjawab soalan yang disediakan berpandukan bahan rangsangan iaitu puisi yang disediakan.

Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja berpandukan maklumat yang terdapat dalam puisi

PengangguKata-kata kiasan yang terdapat pada puisi menjadi distraktor dominan kepada murid untuk memahami maksud setiap baris puisi itu.

Cadangan PenambahbaikanMurid perlu memahami setiap baris dan perkataan penting dalam puisi ataupun bahan rangsangan yang sama seperti ini sebelum menjawab soalan yang dikemukankan.

ANALISISSOALAN 8

8. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betulI Buah nangka yang masak itu sudah gugur.II Matanya semakin gugur kerana sudah mengantuk.III Dua orang tentera Jepun telah gugur dalam pertempuran itu. IV Ibu bapa Wai Leong telah gugur dalam kemalangan.

A I dan IIB I dan IIIC II dan IIID III dan IV

Jenis SoalanItem aneka pelengkap (item aneka gabungan).

Aras soalanAras analisis Menganalisis kesesuaian setiap penggunaan perkataan bergaris dalam ayat yang diberikan dengan betul.

StimulusSetiap ayat mempunyai perkataan yang sama iaitu gugur sebagai panduan untuk menilai kesesuaian sesuatu ayat.

StemTugasan soalan jelas dengan perkataan yang bergaris iaitu gugur.

Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja

PengangguDistraktor mengelirukan pilihan jawapan yang ada.

Cadangan PenambahbaikanMaksud ayat dengan penggunaan perkataan bergaris perlu lebih jelas dan tepat dengan konteks ayat.

ANALISISSOALAN 9

9. Rambut Nazrul ________ kerana tidak bersikat.A kucar-kacirB kusutmasaiC serbah- serbihD Compang-camping

Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)

Aras soalanAras kefahaman Soalan memerlukan murid untuk menjawab soalan dengan kefahaman mereka tentang kata ganda berirama.

StimulusStimulus yang terdapat pada soalan ini iaitu rambut membantu murid untuk mencari jawapan yang tepat dengan kefahaman mereka terhadap kata ganda yang disediakan dalam pilihan jawapan.

StemTugasan soalan jelas iaitu melengkapkan ayat dengan kata ganda yang sesuai.

Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja.

PengangguMenarik perhatian calon yang kurang menguasai kata ganda.

Cadangan PenambahbaikanPilihan jawapan boleh dipelbagaikan yang diambil daripada kata ganda yang hampir sama maksudnya untuk menguji sejauh mana pengetahuan dan kefahaman murid terhadap penggunaan kata ganda.

ANALISISSOALAN 10

10. Pasar itu _______ dengan suara peniaga dan pelanggan yang sedang _______ harga.

A kucar-kacir.....kira-mengiraB hiruk-pikuk.....sebut-menyebutC hingar-bingar.....tawar-menawarD riuh rendah.....potong-memotong

Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)

Aras soalanAras kefahaman Soalan memerlukan murid untukmenjawab soalan dengan kefahaman mereka tentang kata ganda berirama.

StimulusStimulus yang terdapat pada soalan ini iaitu situasi yang berlaku di pasar membantu murid untuk mencari jawapan yang tepat dengan kefahaman mereka terhadap kata ganda yang disediakan dalam pilihan jawapan.

StemTugasan soalan jelas iaitu melengkapkan ayat dengan dua kata ganda yang sesuai

Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul dalam pilihan jawapan yang mengandungi dua kata ganda yang berbeza-beza.

PengangguMenarik perhatian calon yang kurang menguasai kata ganda.

Cadangan PenambahbaikanSoalan ini baik kerana mampu menguji kefahaman murid tentang maksud kata ganda yang berbeza-beza.

RUMUSANSecara umumnya, pentaksiran tidak dapat dipisahkan daripada tanggungjawab seorang guru. Tanpa pentaksiran, keberkesanan pengajaran tidak mungkin dapat dinilai. Keputusan tentang prestasi pelajar boleh mempertingkat pengajaran guru melalui cara guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pengajarannya berdasarkan objektif yang ditetapkan. Sekiranya guru telah menjelaskan objektif pengajaran terlebih dahulu, guru akan dapat mengenal pasti pelajar yang dapat mencapai objektif tersebut atau yang sebaliknya. Hal ini akan membantu guru merancang pengajaran dengan berkesan.Oleh itu, guru mestilah kreatif dari segi penggunaan ujian tertentu untuk tujuan mempertingkatkan mutu pengajaran. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai jenis ujian yang boleh dilaksanakan di mana setiap ujian tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Peranan ujian sangatlah penting kepada semua pihak khususnya guru dan pelajar. Ujian merupakan komponen penggenap kepada aktiviti pengajaran kelas. Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui ujian, guru boleh melihat keberkesanan pengajarannya seterusnya membuat penambahbaikan agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dikukuhkan lagi.Kesimpulannya, seorang guru mestilah menguasai prosedur pelaksanaan penilaian dengan baik.Guru yang jahil dalam prosuder penilaian akan cenderung membuat kesilapan ketika membuat penilaian terhadap keberkesanan pengajaran guru. Hal ini disebabkan ujian yang mutunya rendah tidak akan memberikan maklumat sebenar tentang tahap kefahaman pelajar berdasarkan objektif yang ditetapkan dan seterusnya memberikan gambaran yang slaah tentang keberkesanan pengajaran. Oleh itu, guru mestilah bertanggungjawab untuk memahami prosuder penilaian dan pentaksiran dalam kelas sama pentingnya dengan memahami isi pelajaran serta mempelajari kaedah mengajar sesuatu mata pelajaran.

REFLEKSINama: Nellson JouminNo. Kad Pengenalan: 920402-12-6143

Syukur kepada Tuhan kerana akhirnya kerja kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini dapat disempurnakan pada masa yang tepat serta sesuai dengan kehendak soalan. Sepanjang proses menyelesaikan tugasan ini, saya dan rakan sekumpulan iaitu Epredjolly Justin dan Azizi Ahmad telah menghadapi pelbagai cabaran dan masalah yang sedikit memberi impak terhadap tugasan ini. Namun, saya terus berusaha tanpa mengira rintangan tersebut. Bagi pendapat saya, tugasan ini haruslah disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Ianya haruslah mempunyai objektif dan saya berharap agar kerja kursus ini bukan sahaja tugasan wajib saya, bahkan menjadi panduan kepada saya mengenai elemen-elemen pentaksiran yang bakal saya hadapi ketika berada dalam profesion perguruan.Tugasan Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini mengkehendakkan kami untuk mencari maklumat mengenai tajuk-tajuk yang terdapat dalam subjek ini dan menganalisis item yang dibina oleh mana-mana penerbit khususnya soalan murid-murid tahun 5. Tugasan ini banyak memberi faedah dan input-input terkini kepada guru pelatih seperti saya. Tugasan ini banyak memberi pengalaman dan pendedahan kepada saya kerana ianya sebagai satu langkah persediaan untuk diaplikasikan semasa saya menjadi guru kelak. Hal ini demikian kerana guru haruslah kreatif dalam pengajaran supaya dapat mengelakkan murid daripada kebosanan.Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah belajar sesuatu yang baru dan tidak pernah saya pelajari sebelum ini. Antaranya ialah mengenai pentaksiran, pengujian, penilaian, Taksonomi Bloom, jadual spesifikasi ujian dan cara untuk menganalisis item soalan. Pada awalnya, saya amat teruja untuk memulakan tugasan kerana saya tertarik dengan kehendak soalan iaitu mengkehendakkan saya dan kumpulan saya untuk membuat nota dan grafik tentang tajuk-tajuk yang terdapat dalam subjek ini. Tugasan ini secara tidak langsung akan membantu saya untuk memahami lebih dalam lagi tentang topik yang saya pelajari pada semester ini. Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami dikehendaki untuk membuat kajian tentang analisis soalan dari aspek jenis soalan, aras soalan, komponen soalan yang terdiri daripada stimulus, stem, pilihan jawapan dan penganggu dan seterusnya cadangan penambahbaikan terhadap soalan yang dianalisis secara individu. Berdasarkan pengalaman yang saya perolehi hasil daripada bantuan rakan-rakan dan pensyarah, saya telah memahami bagaimana untuk menganalisis soalan dengan betul dan mengetahui banyak perkataan-perkataan baru. Ini telah menjadi satu ilmu pengetahuan dan pengalaman baru kepada diri saya terhadap subjek bahasa melayu khususnya. Dari segi kerja kumpulan pula, kumpulan kami telah membahagikan tugasan tersebut seadil-adilnya kerana tugasan ini memerlukan kami untuk membuat tugasan yang sempurna. Kami telah berusaha bersama-sama dari awal hingga ke akhir tugasan ini disempurnakan. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran perlu dijelmakan sebagai satu proses yang bermakna dan bermanfaat untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi sebenar seseorang . Melalui tugasan BMM 3103 ini, kumpulan kami juga harus memastikan bahawa kami dapat mempelajari banyak pengetahuan baharu tentang pentaksiran, pengujian, penilaian, Taksonomi Bloom, jadual spesifikasi ujian dan banyak lagi. Melalui perbincangan dan kerjasama yang wujud dalam kumpulan kami, kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik dan sempurna. Saya amat berterima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang telah banyak membantu saya melaksanakan tugasan ini sehingga selesai. Saya bersyukur kerana berkesempatan melibatkan diri dan merasai sendiri pengalaman melaksanakan kerja kursus ini dengan cara yang betul dan kreatif kerana ianya merupakan salah satu skop dalam pengajaran dan pembelajaran semasa di sekolah nanti. Pendedahan ini juga dapat membantu saya untuk menilai sejauh mana pencapaian dan penguasaan seseorang murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah sentiasa menimba ilmu untuk memastikan kita dapat menjawab soalan-soalan murid-murid di sekolah pada masa akan datang. Saya amat beruntung kerana dapat mempelajari topik ini pada semester ini kerana saya boleh menggunakan ilmu yang ada untuk praktikum yang akan datang yang mengandungi subjek bahasa melayu. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan saya lebih berkeyakinan dan mampu memberikan sumbangan kepada kelas bahasa melayu yang akan saya akan ajar kelak khususnya semasa praktikum. Sepanjang pelakasanaan tugasan ini, kelemahan saya yang saya dapat kenalpasti ialah pengurusan masa. Saya selalu menangguhkan masa sehingga kekurangan masa untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang diberi. Sikap seumpama ini perlu saya kikis kerana ia menjadikan kerja saya menjadi perlahan dan tidak berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya perlu memperbaiki kemahiran pengurusan masa saya agar saya dapat memanfaatkan setiap masa yang saya ada dengan baik. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya sedar bahawa komitmen yang tinggi amat diperlukan dalam menghasilkan tugasan yang cemerlang. Selain itu, daya kreativiti telah membantu saya dalam pengolahan ayat agar mudah difahami dan gramatis seterusnya meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam jurusan yang saya ceburi ini. Pelaksanaan kerja kursus ini juga telah mengeratkan lagi silaturahim antara saya, pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan. Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008).Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anuar Amat dan Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa.Bahagian Pendidikan Guru.

Azman Wan Chik (1987),Isu-Isu dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik (1994),Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lee Shok Mee dan Mok Soon Sang (1989).Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Raminah Hj. Sabran (1991),Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Tan Hui Leng (1996).Penilaian dalam Proses Pendidikan : Asas Pendidikan 3 ,Shah Alam: Fajar Bakti

Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar (1985).Siri Maktab Perguruan:Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

LAMPIRANSEMESTER 6/2014 1

SEMESTER 6/201419