Upload
kasih
View
8.535
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kaunseling kerjaya
Citation preview
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
SOALAN 10:
PELUANG-PELUANG KERJA: APA, DI MANA, BILA, SIAPA DAN
BAGAIMANA?
1. PENDAHULUAN
Pekerjaan merupakan asas kepada kehidupan setiap individu. Ia
membolehkan seseorang itu menjadi penyumbang utama kepada
masyarakat dan juga ekonomi negara di samping menyediakan kerperluan
asas kepada ahli keluarga di bawah tanggungannya. Ia juga memberikan
kepuasan individu dan juga bertindak sebagai salah satu cara untuk
meningkatkan nilai peribadi seseorang itu. Permintaan terhadap pekerja
pada masa ini telah menunjukkan peralihan kepada pekerjaan yang
memerlukan pencapaian pendidikan yang lebih tinggi dan latihan
profesional selaras dengan perubahan strategik kearah aktiviti nilai
ditambah yang lebih tinggi. Oleh yang demikian terdapat Pusat Bimbingan
Kerjaya yang berfungsi sebagai one Stop Center bagi memberi maklumat
dan memberi bimbingan kepada semua lapisan pencari kerja (siswazah
atau bukan siswajah) untuk mencari kerja.
2. DEFINISI PELUANG KERJA
Sidek Mohd. Noah (2002: 191) mengatakan maklumat kerjaya ditakrifkan
sebagai segala bentuk maklumat yang berkaitan dengan pekerjaan, sama
ada berupa bahan cetak mahupun alat-alat pandang dengar yang
berupaya memberi maklumat.
SEM 2’ JUNE 08 Page 1
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Strategi dalam pemilihan kerjaya yang baik meliputi tiga perkara iaitu,
mengenai diri, mengenai dunia pekerjaan, dan memadankan diri dengan
pekerjaan. Proses memadankan pekerjaan dengan diri hanya boleh
dilakukan jika maklumat kerjaya lengkap untuk memandu dan
membimbing ke arah penentuan matlamat kerjaya yang terbaik dan tepat.
Maklumat kerjaya mencakupi segala yang berkaitan dengan jenis-jenis
bahan, tempat mendapat latihan, keperluan kelayakan akademik, cara
menghadapi temuduga, cara menulis resume, cara memohon kerja, jenis-
jenis pekerjaan, deskripsi pekerjaan, peluang pekerjaan dan prosfek kerja
pada masa depan. Semua maklumat ini penting untuk membolehkan
individu membuat keputusan yang akhir mengenai pekerjaan. Namun
begitu di sini di fokuskan kepada peluang-peluang kerjaya yang boleh di
dapati dalam pasaran buruh.
3. PELUANG-PELUANG KERJAYA
Di bawah ini ialah jadual Maklumat Guna Tenaga Profesional dan
Teknikal Serta Penawarannya yang merangkumi pekerjaan seperti
Jurutera, Pembantu Jururtera, Profesional Perubatan, Pembantu
Profesional Perubatan dan Guru. Maka dapatlah dibuat kesimpulan
bahawa keluaran gunatenaga dalam bidang berikut masih belum
menampung keperluan gunatenaga dalam RM 8.
SEM 2’ JUNE 08 Page 2
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
MAKLUMAT GUNATENAGA PROFESIONAL DAN
TEKNIKAL SERTA PENAWARANNYA
PekerjaanKeperluan Bawah RM 7
Keluaran Gunatenaga Bawah RM 7
Keperluan Bawah RM 8
Jangkaan Keluaran Gunatenaga Bawah RM 8
Jurutera 61,034 18,255 108,400 51,716
Pembantu Jurutera
143,220 11,209 247,739 86,030
Profesional Perubatan
29,597 8,585 36,835 7,364
Pembantu Profesional Perubatan
45,861 24,168 115,821 30,190
Guru 306,586 69,073 349,086 51,003Gambar rajah: Jadual 1
Daripada jadual 1 di atas, menunjukkan terdapat peluang-peluang
pekerjaan yang luas dalam bidang berikut contohnya bidang Jurutera
(56,684 orang lagi) , Perubatan(29,471 orang lagi), dan Guru.(298,083
orang lagi). Oleh yang demikian perbicaraan di sini lebih menekankan
peluang kerjaya di dalam bidang tersebut.
3.1 BIDANG KEJURUTERAAN
Kerjaya Di Bidang Kejuruteraan
Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan
sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini.
Permintaan yang amat ketara terhadap profesion ini. Bidang
kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti kejuruteraan
SEM 2’ JUNE 08 Page 3
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli,
mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi
dan pertanian. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of
Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of
Engineers Malaysia (BEM). Memerlukan tiga tahun pengalaman
pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-bidang berkaitan sebelum
layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah jurutera professional.
1. Kejuruteraaan Awam (Jurutera Awam)
2. Pembantu Kejuruteraan Awam (Pembantu Teknik)
3. Juruteknik Awam
4. Kejuruteraan Mekanikal ( Jurutera Mekanikal )
5. Juruteknik Mekanikal
6. Mekanik Jentera Am
7. Kejuruteraan Elektrik ( Jurutera Elektrik )
8. Juruteknik Elektrik
9. Penjaga Elektrik
10.Kejuruteraan Kimia ( Jurutera Kimia )
11.Pembantu Kejuruteraan Kimia ( Pembantu Teknik )
12.Juruteknik Kejuruteraan Kimia
13.Kejuruteraan Elektronik ( Jurutera Elektronik)
14.Jurutera Kawalan Kualiti
3.1.1 Kejuruteraaan Awam (Jurutera Awam)
SEM 2’ JUNE 08 Page 4
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia
pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum,
komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran
menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja
pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan,
memperolehi contoh batu-batan dan tanih untuk dianalisa bagi
memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira
penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut
selesai dalam jangkamasa yang ditetapkan.
Keterangan Tugas
Menjalankan penyelidikan serta membangunkan teori dan kaedah
yang baru;
Memberi nasihat dan mereka bentuk struktur seperti jambatan,
empangan, jalanraya, lapanganterbang, landasan keretapi, saluran
paip gas/air, sistem pembuangan sampah, bangunan industri dll;
Menentukan dan menetapkan kaedah, bahan dan kualiti piawaian
binaan serta mengarahkan kerja pembinaan;
Mewujudkan sistem kawalan untuk memastikan kecekapan fungsi
struktur serta keselamatan dan perlindungan alam sekitar;
Mengurus penghantaran bahan binaan, loji, peralatan dan buruh
yang diperlukan bagi projek pembinaan;
Mengenalpasti dan mentadbir kontrak serta mengesahkan kerja
disiapkan mengikut jasfikasi yang ditetapkan;
Mewujudkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-
pakar yang berkaitan;
SEM 2’ JUNE 08 Page 5
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Menyelia pengujian dan pertauliahan kerja yang telah disiapkan.
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:
jurutera awam
jurutera awam pembinaan bangunan
jurutera awam lebuh raya dan jalan raya
jurutera awam geoteknik
jurutera awam pembinaan jambatan
jurutrra awam pengairan
jurutera awam hidraulik
jurutera awam kumbahan dan sanitari
Kelulusan
Ijazah dalam kejuruteraan awam
Prospek Kerjaya
Disektor awam mereka boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi dan
ke Jawatan Utama Sektor Awam. Disektor swasta pula mereka boleh
jadi Ketua Bahagian, Pakar Perunding dan membuka Firma
perundingan kejuruteraan. Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam
Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya :-
1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Teknologi Mara
4. Universiti Sains Malaysia
5. Universiti Putra Malaysia
SEM 2’ JUNE 08 Page 6
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
6. Universiti Malaysia Sarawak
7. Universiti Malaysia Sabah
8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10. Kolej Tunku Abdul Rahman
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus
Tersebut Diantaranya :-
1. Universiti Tenaga Nasional
2. Adorna Institute Of Technology
3. Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd
4. Institut Teknologi Pertama
5. Inti College
6. Kolej Ikram
7. L & G - Twintech Institute Of Technology
8. Sepang Institute Of Technology Dll
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik
Tambahan ATAU lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik,
Fizik atau berkaitan..
3.1.2 Pembantu Kejuruteraan Awam (Pembantu Teknik)
SEM 2’ JUNE 08 Page 7
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Menjalankan tugas-tugas teknik dibawah arahan am, penyeliaan atau
panduan Jurutera Awam, arkitek atau juruukur atau mengikut teknik
kejuruteraan awam yang sudah ditetapkan dalam perancangan dan
penyeliaan kerja pembinaan berkaitan dengan struktur kejuruteraan
awam.dengan menyumbangkan terhadap perancangan dan
perlaksanaan projek-projek kejuruteraan awam.
Keterangan Tugas
Membantu dalam penyiasatan ditapak binaan; Mengambil dan
merekod ukuran; Menguji sampel tanah dan menyediakan laporan;
Membantu penyediaan rekabentuk dan spesifikasi untuk pembinaan;
Memeriksa dan menguji bahan pembinaan yang diterima dari
pembekal; Menentukan kuantiti dan kualiti bahan pembinaan mengikut
piawaian; Membantu penyediaan jadual kerja. Memeriksa kerja-kerja
pembinaan yang sedang dijalankan agar spesifikasi dipatuhi;.
Menyelesaikan masalah yang berbangkit. Menganggar kuantiti dan kos
bahan pembinaan dan buruh yang diperlukan
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:
penyelia tapak
kerani tapak bina
Kelulusan
Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam
SEM 2’ JUNE 08 Page 8
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Prospek Kerjaya
Disektor awam peluang pekerjaan adalah baik. Mempunyai peluang
kenaikan pangkat ke tingkatan kanan, tinggi dan sekiranya berminat
untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah mereka layak ke
jawatan jurutera dan seterusnya kejawatan yang lebih tinggi. Mereka
boleh bekerja di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Saliran,
Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan dan agensi-agensi
lain. Disektor swasta pekerjaan ini terdapat di firma-firma juruperunding
dan syarikat-syarikat yang berasaskan kerja-kerja kejuruteraan awam
seperti pembinaan bangunan, jalanraya, empangan, pelabuhan,
projek-projek perumahan dan lain-lain.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus
Tersebut Diantaranya:-
1. Universiti Teknologi Malaysia
2. Universiti Teknologi Mara
3. Politeknik-Politeknik (Jabatan Pendidikan)
4. Kolej Tunku Abdul Rahman
5. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus
Tersebut Diantaranya:-
1. Inti College
2. Kolej Ikram
3. L & G - Twintech Institute Of Technology
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM/SPMV sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
SEM 2’ JUNE 08 Page 9
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Malaysia, Bahasa Inggeris ,Matematik, Matematik Tambahan, Fizik
atau mata pelajaran sains yang lain.
3.1.3 Juruteknik Awam
Juruteknik awam, biasanya dibawah arahan dan penyeliaan jurutera
awam, arkitek atau juruukur, menjalankan tugas teknik yang
menyumbangkan kepada perancangan dan perlaksanaan projek
pembinaan dan kejuruteran awam, termasuk reka bentuk, pembinaan,
operasi, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan serta struktur lain
seperti sistem bekalan air dan kumbahan, jambatan, jalan raya,
empangan dan lapangan terbang.
Keterangan Tugas
Menjalankan atau membantu dalam ujian terhadap tanah dan bahan
binaan yang dilakukan di luar atau di makmal. Memberikan bantuan
teknik berhubung dengan pembinaan bangunan dan struktur lain serta
kaji ukur atau penyediaan laporan kaji ukur. Mewakili arkitek
bangunan dan jurutera awam ditapak pembinaan bagi memastikan
pematuhan spesifikasi reka bentuk dan pengekalan piawaian yang
diperlukan keatas bahan dan kerj. Menggunakan pengetahuan teknik
berhubung dengan prinsip dan amalan bangunan dan kejuruteraan
awam untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul
semasa menjalankan kerja. Membantu dalam penyediaan anggaran
kuantiti serta kos bagi bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek;.
SEM 2’ JUNE 08 Page 10
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Mengelola penyelenggaraan dan pembaikan. Menjalankan tugas-tugas
berkaitan. Menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaraanya:
penyelia kerja
juruteknik kaji ukur
penganggar
Kelulusan
Lulus SPM/SPMV kepujian Bahasa Malaysia, matematik dan lulus
sains. Lulus sijil dari politeknik/SKM lebih berfaedah.
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya untuk juruteknik awam amat cerah di Malaysia yang
menuju matlamat Wawasan 2020 berikutan peningkatan keperluan
jawatan tersebut akibat daripada perkembangan sektor pembinaan,
pembuatan, pembangunan dan pelaburan yang lebih tinggi. Seiring
dengan kemajuan teknologi.
Disektor awam mereka boleh meningkat ke tingkatan kanan, tertinggi.
Boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pembantu
Jurutera dan Jurutera dengan meningkatkan pengetahuan iaitu
melanjutkan pelajaran ke IPTA samaada sepenuh masa, luar kampus
atau melalui pengajian jarak jauh. Di Sektor Awam pekerjaan ini
terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan
pembinaan dan bangunan.
SEM 2’ JUNE 08 Page 11
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Disektor Swasta pekerjaan ini kebanyakan terdapat di syarikat-syarikat
pembinaan yang terlibat dengan pembinaan projek perumahan,
jalaraya,jabatan dan infrastruktur dan lain-lain.
Perancangan Kerjaya Sebagai Juruteknik Awam
SPM/SPMV --------->POLITEKNIK (SIJIL) ---------->JURUTEKNIKAWAM
3.1.4 Kejuruteraan Mekanikal ( Jurutera Mekanikal )
Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat
dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan
perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi
nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-
kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan
memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk,
proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.
Keterangan Tugas
Memberi nasihat dan mereka bentuk jentera dan alat bagi kerja-kerja
pembuatan, perlombongan, pembinaan, pertanian dan perindustrian
yang lain; Memberi nasihat serta mereka bentuk motor dan enjin stim
dan pembakaran dalaman, mesin, enjin bukan elektrik yang lain yang
digunakan untuk pendorongan lokomotif, kenderaan, pesawat udara
atau untuk menghidupkan jentera perindustrian dan jentera-jentera
lain; Memberi nasihat dan mereka bentuk badan, struktur utama,
SEM 2’ JUNE 08 Page 12
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
kerangka kapal, pesawat udara, kenderaan darat dan peralatan
pesawat udara lain. Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem
gantungan, brek, komponen-komponen lain;
Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem, peralatan pemanasan,
pengalihudaraan serta penyejukan; Memberi nasihat dan mereka
bentuk bahagian bukan elektrik bagi perkakas atau produk seperti
pemprosesan data, komputer, kamera, projektor dll; Menentukan dan
memeriksa kaedah pengeluaran atau pemasangan serta cara kerja
bagi mesin, jentera, perkakas, motor, enjin pertanian, loji peralatan
atau sistem perindustrian; Mewujudkan piawaian dan prosedur
kawalan, mengesan dan memperbaiki bagi memastikan mesin, jentera,
perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian
berfungsi dengan cekap dan selamat;
Mengatur serta mengarah penyelenggaraan dan pembaikkan
mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem
perindustrian yang sedia ada;
Mengkaji serta memberi nasihat berkaitan aspek teknologi bahan,
produk atau menentukan proses;
Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar-
pakar lain yang berkaitan;
Menyelia pekerja yang berkaitan.
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:
Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian
Jurutera Kuasa Nuklear
SEM 2’ JUNE 08 Page 13
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan
Penyejukan
Jurutera Kenderaan /Automotif
Jurutera Mekanik/Aeronautik
Jurutera Marin dll
Kelulusan
Ijazah Kejuruteraan Mekanikal atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara,
Jabatan Kerja Raya, Syarikat Telekom Malaysia dan Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang
terlibat dengan pembinaan dan bangunan.
Di sektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan
tertinggi hingga ke jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar.
Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti
atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat
kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran
dalam bidang berkaitan.
Di sektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan
ini adalah baik. Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi
seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian
Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh mendirikan
SEM 2’ JUNE 08 Page 14
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau
lain-lain badan berkanun.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus
Tersebut Diantaranya:-
1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Teknologi Malaysia
4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5. Universiti Teknologi Mara
6. Universiti Sains Malaysia
7. Universiti Putra Malaysia
8. Universiti Malaysia Sarawak
9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10. Kolej Tunku Abdul Rahman
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus
Tersebut Diantaranya:-
1. Universiti Tenaga Nasional
2. Universiti Teknologi Petronas
3. Universiti Multimedia Malaysia
4. Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd
5. Institut Teknologi Pertama
6. Kolej Ikram
7. Inti College
SEM 2’ JUNE 08 Page 15
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
8. Kolej Linton
9. L & G Twintech Institute Of Technology
10. Sepang Institute Of Technology Dll
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik
Tambahan atau lulus STPM gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik
atau berkaitan.
3.1.5 Juruteknik Mekanikal
Juruteknik mekanikal menjalankan tugas teknik biasanya dibawah
arahan dan penyeliaan jurutera mekanikal yang meyumbang kepada
reka bentuk, pembangunan, pembuatan, pembinaan, pemasangan,
penyelenggaraan dan pembaikan loji dan peralatan yang berfungsi
secara mekanik.
Keterangan Tugas
Membantu dalam kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan
berkenaan dengan perkakas mesin, enjin kenderaan, pesawat,
pemasangan, pemanasan, pengalihudaraan dan penyejukan serta loji
dan peralatan lain yang berfungsi secara mekanik;. Mereka bentuk dan
menyediakan susun atur pemasangan mesin dan jentera.
Menyediakan anggaran terperinci kuantiti serta kos bahan dan buruh
SEM 2’ JUNE 08 Page 16
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
yang diperlukan bagi pembuatan dan pemasangan. Membantu dalam
penyeliaan teknik berkenaan dengan jentera serta prinsip dan amalan
kejuruteraan mekanik supaya dapat mengenalpasti dan menyelesaikan
masalah yang timbul semasa menjalankan kerja. Membantu dalam
pembangunan serta mengawasi perlaksanaan piawaian dan prosedur
keselamatan bagi kerja kaji ukur marin berhubung dengan badan,
peralatan dan muatan kapal. Menjalankan kerja-kerja berkaitan serta
menyelia pekerja-pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:
Juruteknik Motor Dan Enjin
Juruteknik Kereta
Juruteknik Aeroangkasa Atau Aeronautik
Jeruteknik Sistem Dan Peralatan Penyejukan Dan Penyaman
Udara
Juruteknik Marin
Juruteknik Penganggar/Mekanik
Juruteknik Ujian
Mekanik Jentera Am
Kelulusan
Lulus SPM/SPMV dengan kepujian Bahasa Malaysia serta lulus
matematik dan mata pelajaran sains.
Prospek Kerjaya
SEM 2’ JUNE 08 Page 17
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan dan
jabatan-jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.
Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke tingkatan kanan,
tinggi dan kejawatan yang lebih tinggi. Sesaorang juruteknik boleh
melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS peringkat diploma atau ijazah bagi
melayakkannya memohon ke jawatann yang lebih tinggi.
Pusat-Pusat Latihan Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
Politeknik Di Bawah Kementerian Pendidikan
Institut Latihan Jabatan Tenaga Rakyat
Institut Latihan Belia Negara
Institut Kemahiran Mara/Pusat Giat Mara
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM/SPMV lulus Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains
Perancangan Kerjaya Sebagai Juruteknik Mekanikal
SPM/SPMV -------------> IKM -------------> JURUTEKNIK
------------- IKBN ------------->
SEM 2’ JUNE 08 Page 18
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
-------------> POLITEKNIK (SIJIL) -------------
>
-------------> ILJTR ------------->
………………………………….
3.2 BIDANG PERUBATAN
3.2.1 Doktor Perubatan
Doktor Perubatan menentukan jenis penyakit dan merawat pesakit
dengan menggunakan perubatan sistem saintifik. Mereka memeriksa
SEM 2’ JUNE 08 Page 19
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
pesakit dengan menggunakan stethoskop, alat pengukur tekanan
darah dan lain-lain alat perkakas perubatan bergantung kepada tanda-
tanda yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-
ray dan ujian histo-pathologikal untuk menentukan jenis penyakit
dengan betul. Mereka mengesyorkan penggunaan ubat berdasarkan
keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau
pakar lain jika perlu. Mereka menjalankan rawatan dan pembedahan
kecil dan menasihatkan pesakit tentang cara-cara rawatan serta
memberikan dadah dan ubat bius jika perlu. Mereka menyimpan rekod
pesakit-pesakit yang dirawatnya, jenis penyakit dan rawatan yang
diberikan kepada pesakit.
Keterangan Tugas
Memeriksa pesakit untuk menentukan keadaan penyakit;
Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;
Menentukan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan atau
kecederaan yang telah didiagnosis;
Memberi rawatan perubatan atau pembedahan khas bagi jenis-
jenis penyakit, gangguan atau kecederaan yang tertentu;
Memberi nasihat mengenai penyakit dan menggunakan kaedah
dan rawatan ubat pencegahan;
Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan
undang-undang dan peraturan kesihatan awam bagi melindungi dan
mempertingkatkan kesihatan umum;
Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan yang
SEM 2’ JUNE 08 Page 20
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan yang lain;
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik;
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;
Menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
Doktor Perubatan
Pakar Bedah
Pakar Questetik
Pakar Psikiatri
Pakar Oftamologi
Pakar Kardiologi
Obstetrision Dan Pakar Ginakologi
Pakar Neurologi
Ahli Farmasi
Doktor Haiwan
Doktor Pergigian
Kelulusan
Ijazah dalam ilmu perubatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis
Perubatan Malaysia.
Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik di
SEM 2’ JUNE 08 Page 21
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
seluruh negara.
Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital swasta dan
klinik-klinik dan bagi mereka yang telah disahkan oleh panel perubatan
bolehlah membuka kliniknya sendiri.
Seorang Doktor Perubatan juga boleh melanjutkan pelajarannya
dengan pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu seperti pakar
bedah, pakar saraf, pakar telinga, hidung, kerongkong dan lain-lain.
Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-
Selepas lulus MBBS mereka perlu menamatkan setahun Kursus
Klinikal sebelum berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan.
Latihan dalam bidang perubatan boleh didapati dari Institut Pengajian
Tinggi Sektor Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Sektor
Swasta (IPTS).
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa
Universiti Malaysia Sarawak
Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus
Tersebut:-
Sedaya College,
SEM 2’ JUNE 08 Page 22
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
International Medical University (IMU)
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf termasuk sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Biology, Physics, Chemistry, Matematik
sekurang-kurangnya 2 Prinsipal B dalam Biology, Chemistry dan
Physics dalam STPM atau setaraf.
3.2.2 Doktor Pergigian
Doktor Pergigian menggunakan pengetahuan sains perubatan untuk
mengesan, mencegah dan merawat penyakit-penyakit pergigian,
kecederaan dan kecacatan bentuk pada gigi, gusi dan struktur mulut
yang berkaitan serta memprekripsikan ubat dan melakukan tindakan
pencegahan.
Keterangan Tugas
Memeriksa gigi, gusi, rahang dan tisu mulut yang lain dengan
menggunakan peralatan pergigian dan x-ray. Membuat diagnosis,
memberi nasihat mengenai pergigian dan memberi rawatan pergigian
yang diperlukan. Membersih, menampal lubang dan mencabut gigi
yang rosak atau cacat. Membuat inai dan korona buatan untuk
menggantikan gigi; Merekabentuk, membuat dan memasang gigi
palsu penuh dan sebahagian, ortodontik dan alat pergigian lain serta
menjalankan kerja pemasangan titian gigi. Memberi rawatan
pembedahan, perubatan dan rawatan lain bagi penyakit dan gangguan
pergigian atau mulut tertentu. Menganjurkan program umum bagi
SEM 2’ JUNE 08 Page 23
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
mengekalkan atau mempertingkatkan piawaian kesihatan mulut dan
penjagaan kesihatan pergigian. Menjalankan tugas-tugas yang
berkaitan dan menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:
Doktor Pergigian
Pakar Pedodontik
Pakar Prostodontik
Pakar Periodontik
Pakar Ortodontik
Doktor Pergigian, Pembedahan Mulut
Kelulusan
Ijazah dalam ilmu pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta diterima berdaftar dengan Majlis
Pergigian Malaysia.
Prospek Kerjaya
Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan pusat-
pusat kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dan kor perubatan
dan pergigian Angkatan Tentera dan universiti-universiti.
Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-
klinik swasta. Doktor Pergigian juga boleh membuka klinik pergigian
SEM 2’ JUNE 08 Page 24
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
persendirian.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus
Tersebut :
1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf dengan 5 kepujian termasuk Bahasa Malaysia,
Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Inggeris. STPM atau setaraf dengan
sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan lulus penuh dalam
Biologi, Kimia dan Fizik dan lulus penuh dalam salah satu daripada
Ekonomi, Pengajian Perniaggan, Perakaunan, Matematik dan
Komputer.
3.2.3 Doktor Haiwan
Doktor Haiwan terlatih dan berkelayakan secara perubatan. Mereka
akan membuat diagnosis dan mempreskripsikan rawatan perubatan
atau pembedahan bagi penyakit dan kecederaan haiwan. Mereka
memberi nasihat kepada tuan punya haiwan, menghapuskan haiwan
yang sakit atau tidak diperlukan, memberi imunisasi melawan virus am
dan penyakit bakteria serta menjalankan pemeriksaan bedah siasat.
SEM 2’ JUNE 08 Page 25
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Keterangan Tugas
Menjalankan pemeriksaan dan membuat diagnosis terhadap penyakit
atau kecederaan haiwan. Melakukan rawatan pembedahan atau
perubatan veterinary. Memberikan perkhidmatan obstetrik kepada
haiwan. Memeriksa ternakan tenusu dan ternakan lain serta
menginokulasi haiwan untuk mencegah penyakit. Memberi nasihat
berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan;
Memeriksa kualiti, kebersihan dan keselamatan makanan yang dibuat
seluruhnya atau sebahagiannya daripada bahan mentah berpunca
daripada haiwan untuk dijadikan makanan manusia. Membantu dalam
epidemiologi, radiology dan pengawasan lain berkaitan kesihatan
haiwan. Menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca
kematian. Menyediakan dokumen dan laporan saintifik. Menjalankan
tugas-tugas yang berkaitan dan menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Di Antaranya:
Pakar Veterinar
Pakar Bedah, Veterinar
Pakar Veterinar, Kesihatan Awam
Kelulusan
Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah dalam ilmu
Perubatan Veterinar atau dalam bidang Sains Veterinar yang diiktiraf
setaraf dengannya dan berdaftar di bawah Akta Doktor Veterinar 1974.
SEM 2’ JUNE 08 Page 26
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Prospek Kerjaya
Di sektor awam pemegang ijazah Doktor Perubatan Veterinar boleh
memasuki perkhidmatan veterinary yang terlibat dalam kesihatan
umum veterinary dan pengeluaran ternakan. Peluang pekerjaan
sebagai pegawai penyelidik terdapat di pertubuhan-pertubuhan
penyelidikan perubatan, universiti, MARDI dan beberapa projek
usahasama di bidang ternakan antara perbadanan kemajuan negeri
dengan pertubuhan-pertubuhan swasta seperti Johor Tenggara, DARA
Beef, Pahang Beef.
Di sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan sebagai pegawai
haiwan, pegawai analisa projek, pengurus, pegawai penyelidik dan
yang berkelayakan boleh menjalankan perusahaan atau perniagaan
veterinar sendiri.
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus
Tersebut :
Universiti Putra Malaysia
Di luar negara contohnya United Kingdom pemegang ijazah veterinar
boleh menjadi ahli Royal College of Veterinary Surgeons dan
seterusnya menjadi Doktor Haiwan.
Syarat-Syarat Kemasukan
SEM 2’ JUNE 08 Page 27
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
SPM atau setaraf dan kepujian dalam Kimia, lulus STPM dengan
sekurang-kurangnnya Gred E dalam Biologi.
3.2.4 Ahli Farmasi
Ahli Farmasi terlibat dalam pembancuhan dan pembekalan ubat-
ubatan mengikut priskripsi doktor atau formula yang tertentu. Mereka
menggunakan konsep dan teori farmaseutikal dalam penyediaan serta
pendispensan ubat-ubatan dan dadah serta menjalankan penyelidikan
mengenai pengeluaran, penyimpanan, kawalan kualiti dan pengedaran
dadah dan bekalan yang berkaitan
Keterangan Tugas
Menyediakan atau mencegah penyediaan ubat-ubatan mengikut
preskripsi pengamal perubatan, pergigian dan veterinar atau formula
yang ditentukan. Menyemak preskripsi untuk menentukan dos yang
dicadangkan tidak melebihi hadnya dan arahan difahami oleh pesakit
serta memberi nasihat mengenai kemungkinan ketidaksesuaian dan
kontraindikasi dadah. Mendispens ubat-ubatan dan dadah di hospital
atau menjualnya di farmas. Menyimpan fail preskripsi dan merekod
keluaran narkotik, racun dan dadah yang membentuk tabiat.Menasihati
pesakit mengenai padanan generik dan kos terendah bagi dadah;.
Mengadakan piawaian bagi dadah yang digunakan dalam
farmaseutikal. Menguji dadah untuk menentukan identity, ketulenan,
kekuatan dan keselamatannya. Menjalankan penyelidikan untuk
membangunkan atau mempertingkatkan produk farmaseutikal,
kosmetik dan kimia yang berkaitan. Menentukan pembungkusan yang
SEM 2’ JUNE 08 Page 28
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
paling sesuai bagi bahan perubatan untuk mengelak daripada
kerosakan serta memudahkan penyimpanan dan pengedaran. Menjual
dadah yang tidak dipreskripsi, bekalan bilik pesakit, kelengkapan
dandanan diri, kosmetik dan barangan komersial yang lain.
Menyediakan dokumen dan laporan saintitik. Menjalankan tugas-tugas
yang berkaitan dan Menyelia pekerja lain.
Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:
Ahli Farmasi
Ahli Farmasi, Perindustrian
Ahli Farmasi, Runcit
Ahli Farmasi, Hospital
Kelulusan
Ijazah dalam bidang farmasi atau kelayakan dalam bidang
berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan telah
berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia.
Prospek Kerjaya
Di sektor awam ahli farmasi terdapat di jabatan-jabatan kerajaan di
bawah Kementerian Kesihatan seperti di hospital-hospital dan
dispensari. Pekerjaan ini juga terdapat di institut pengajian tinggi
seperti universiti-universiti dan hospital pengajian. Mereka yang tekun
dan mempunyai pengalaman berpeluang dinaikkan ke pangkat yang
lebih tinggi.
SEM 2’ JUNE 08 Page 29
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di industri-industri farmasi yang
terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran atau penjualan ubat-
ubatan di hospital swasta
Latihan
Intitusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-
1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan STPM
atau setaraf sekurang-kurangnya Gred E dalam kertas am dan 2
subjek lain, atau Gred E dan Gred R dalam 2 subject lain (lulus dalam
Biologi dan Kimia pada peringkat STPM).
3.2.5 Doktor Sakit Puan
Keterangan Tugas
Menentukan jenis penyakita dan merawat kesakitan pada bahagian
anggota kelamin permpuan. Memeriksa badan dan menentukan jenis
penyakit yang dihidapi. Melakukan ujian rawatan kecil dengan
pemeriksaan histopathologikal. Memberi rawatan penyakit atau
SEM 2’ JUNE 08 Page 30
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
melakukan pembedahan.
Kelulusan Yang Diperlukan
Ijazah doktor perubatan (MBBS) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta telah berdaftar dengan Majlis
Perubatan Malaysia.
Prospek Kerjaya
Peluan pekerjaan dan prospek kerjaya adalah baik sama ada di sektor
awam ataupun swasta. Mereka boleh membuka klinik sendiri setelah
berkhidmat dengan kerajaan atau hospital swasta. Di sektor awam
mereka boleh meningkat ke peringkat JUSA (Jawatan Utama Sektor
Awam). Mereka juga boleh menjadi pakar perunding.
Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut :-
1. Universiti Malaya
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Sains Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. Universiti Islam Antarabangsa
6. Universiti Malaysia Sarawak
Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
Sedaya College, International Medical Universiti
SEM 2’ JUNE 08 Page 31
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau yang setaraf dan sekurang-kurangnya mendapat 5 kepujian
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Biologi, Fizik, Kimia,
Matematik atau
Sekurang-kurangnya mendapat 2 prinsipal B dlm mata pelajaran
biologi, kimia fizik dalam STPM atau yang setaraf.
……………………………………..
3.3. BIDANG PERGURUAN
Keterangan Kerja
Profesional perguruan menjalankan tugas bagi membentuk
perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, emosi
dan rohani atau pun mengajar teori dan amali satu disiplin atau
SEM 2’ JUNE 08 Page 32
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
lebih pada peringkat pendidikan yang berlainan, menjalankan
penyelidikan dan mempertingkatkan atau membangunkan
konsep, teori dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin
tertentu serta menyediakan kertas-kertas dan buku ilmiah.
Pekerjaan Yang Tergolong Atau Di kelaskan Dalam Bidang
Perguruan Seperti Berikut :-
Professional perguruan universiti, politeknik dan pendidikan
tinggi, Profesional perguruan prauniversiti dan pendidikan
menengah, Profesional perguruan pendidikan khas dan
profesional perguruan yang tidak dikelaskan dimana-mana.
Keterangan Tugas Perguruan
Mereka bentuk dan mengubah suai kurikulum serta
menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan, Memberi
kuliah dan mengadakan tutorial, seminar dan seksi makmal,.
Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dikalangan
pelajar, Menyelia kerja uji kaji dan amali yang di jalankan oleh
pelajar jika perlu, Mentadbir, menilai dan memeriksa tugasan
dan kertas peperiksaan, Mengarah penyelidikan yang dibuat
oleh pelajar selepas ijazah atau kakitangan lain jabatan
berkenaan, Menyelidik dan membangunkan konsep, teori dan
kaedah operasi bagi kegunaan dalam lapangan perindustrian
dlln. Menyedia buku , kertas atau artikel ilmiah, Menghadiri
seminar dan persidangan. Membantu dalam aktiviti
SEM 2’ JUNE 08 Page 33
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
kokurikulam, Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dan
menyelia pekerja lain.
Kelulusan Yang Diperlukan
Diploma perguruan lepasan Maktab Perguruan dan Universiti.
Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan bagi guru adalah baik, dimana guru
berkelulusan Maktab yang berpengalaman berpeluang di naik
pangkat kejawatan Guru Besar, Penolong Kanan Sekolah,
Pengelola Sekolah-Sekolah atau Pegawai Pelajar. Selain
daripada itu guru juga berpeluang meningkat kerjayanya melalui
1. Melanjutkan pelajaran ke Universiti dan memohon dilantik
sebagai guru siswazah,
2. Menghadiri kursus tambahan 1 tahun di maktab perguruan
dalam bidang khas selepas 5 tahun mengajar,
3. Mengadiri kursus yang berkaitan di dalam atau luar negeri.
Bagi guru iswazah pula peluang dinaikan pangkat ke tingkatan
kanan dan seterusnya ke gred tingkatan tertinggi. Mereka juga
boleh menyertai kursus ijazah lanjutan seperti sarjana, dan
doktor falsafah dalam bidang pendidikan. Dengan kelulusan
tambahan mereka boleh menjadi pensyarah di Maktab
perguruan atau kenaikan pangkat seperti pengetua sekolah,
maktab dan pengarah pelajaran. Sekiranya anda mempunyai
SEM 2’ JUNE 08 Page 34
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
kelulusan dan kualiti peribadi yang di perlukan anda patut
mencuba kerjaya yang mulia ini.
Institut Pengajian Tinggi/Maktab Yang Menyediakan Kursus
Tersebut :-
Universiti Teknologi Mara (guru seni lukis),
Universiti Malaya,
Universiti Sains Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Putra Malaysia ,
30 buah Maktab Perguruan di seluruh Malaysia.
Syarat Kemasukan
Maktab Perguruan / Universiti Teknologi Mara -
SPM/MCE/SPVM atau kelayakan yang di iktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan. Memiliki kepujian Bahasa Malaysia
atau kelulusan yang setaraf, mempunyai 3 kepujian dalam satu
peperiksaan dan kepujian mata pelajaran kursus yang dipohon
dan umur tidak melebihi 27 tahun.
Universiti - Mempunyai pelajaran asas SPM/MCE, lulus STPM
dengan 2 mata pelajaran di peringkat prinsipal dan lulus kertas
am atau Ijazah Sarjana Muda.
5. KESIMPULAN
Peluang-peluang pekerjaan lazimnya diiklankan secara online dan
di akhbar-akhbar utama dan agensi-agensi Kerajaan. Tersenarai di
bawah adalah pautan-pautan kepada portal pencarian pekerjaan
SEM 2’ JUNE 08 Page 35
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
dan juga peluang di agensi-agensi Kerajaan seperti Bursa Buruh
Elektronik, yang disenggara oleh Kementerian Sumber Manusia,
Jawatan-jawatan Kosong dalam Sektor Kerajaan, JobsDB.com dan
JobStreet.com. Bagi yang sedang mencari peluang pekerjaan
dalam Kerajaan, mereka boleh melayari laman Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam untuk mengetahui tatacara dan borang-
borang permohonan yang berkaitan. Sepintas lalu seolaholah amat
mudah untuk mencari peluang kerja memandang dunia tanpa sempadan
sekarang. Namun demikian ribuan graduan gagal mendapat kerja
dalam tempoh enam bulan pertama selepas tamat pengajian.
Ramai terpaksa memilih kerja yang bukan dikategorikan sebagai
kerjaya dan bukan bidang kepakaran mereka. Setiap tahun, ketika
musim graduasi di seluruh negara, sekitar puluhan ribu penuntut
bergraduasi. Ini bererti peluang untuk mendapat kerjaya impian
amat sukar kerana anda terpaksa ‘bertanding’ dengan ramai
orang.Statistik menunjukkan sesetengah ‘kerjaya impian’ tinggal
impian semata-mata kerana terlalu ramai yang berminat dengan
kerjaya itu. Dalam hal ini perlu mereka harus mengetahui formula yang
bijak dan tepat untuk mencari peluang kerja yang yang sesuai dengan
kelayakan mereka.
RUJUKAN:
SEM 2’ JUNE 08 Page 36
KAUNSELING GUNAAN (SKC 5213) 2008
1. Sidek Mohd. Noah (2002) Perkembangan Kerjaya Teori dan Praktis,
UPM.
2. HTTP://WWW.MOHR.GOV.MY/JCS/CIC/INDEX.HTML
3. HTTP://WWW.SPA.GOV.MY/PORTAL/PAGE?
_PAGEID=53,1309644&_DAD=PORTAL&_SCHEMA=PORTAL
4. HTTP://WWW.GOV.MY/MYGOV/BM/MISC/JOBVACANCY
SEM 2’ JUNE 08 Page 37