28
DESKRIPSI TUGASAN KOM 3431 Kaedah Penyelidikan Komunikasi. Pendidikan Jarak Jauh. 1. Buat kertas kerja akademik untuk keperluan jurnal. Kertas kerja itu mestilah mengandungi antara 15-20 muka surat sahaja, 12 point font, 11/2 spacing dan times new roman/arial. Pelajar dikehendaki membuat tajuk penyelidikan sendiri mengikut bidang komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, penyiaran dam kewartawanan. 2. Tugasan hendaklah dibuat secara individu. 3. Jalankan kajian untuk menghasilkan kertas kerja akademik itu. Jumlah responden untuk kajian tersebut tidak kurang dari 45 responden. 4. Markah keseluruhan tugasan ini adalah 40% 5. Format kertas kerja akademik adalah seperti yang dilampirkan. 6. TARIKH AKHIR HANTAR TUGASAN: 14 OKTOBER 2013 1

TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

  • Upload
    haminh

  • View
    246

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

DESKRIPSI TUGASAN KOM 3431

Kaedah Penyelidikan Komunikasi.

Pendidikan Jarak Jauh.

1. Buat kertas kerja akademik untuk keperluan jurnal. Kertas kerja itu mestilah mengandungi antara 15-20 muka surat sahaja, 12 point font, 11/2 spacing dan times new roman/arial. Pelajar dikehendaki membuat tajuk penyelidikan sendiri mengikut bidang komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, penyiaran dam kewartawanan.

2. Tugasan hendaklah dibuat secara individu. 3. Jalankan kajian untuk menghasilkan kertas kerja akademik itu. Jumlah responden untuk

kajian tersebut tidak kurang dari 45 responden.4. Markah keseluruhan tugasan ini adalah 40%5. Format kertas kerja akademik adalah seperti yang dilampirkan.6. TARIKH AKHIR HANTAR TUGASAN: 14 OKTOBER 2013

1

Page 2: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Arahan:

Anda dikehendaki membuat satu penyelidikan dalam bidang komunikasi (seperti 4 bidang yang disebutkan di atas). Berdasarkann penyelidikan yang dibuat, sila kemukakan satu artikel (kertas kerja) penyelidikan anda sebagai tugasan untuk kursus ini. Artikel tersebut mestilah mengandungi bahagian utama seperti berikut:-

PENGENALAN

METODOLOGI KAJIAN

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

KESIMPULAN DAN CADANGAN

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN: CONTOH BORANG SOAL SELIDIK (Kemukakan satu contoh sahaja).

Tajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan dan penyiaran). Anda dikehendaki mengambil 45 orang sebagai responden kajian. Gunakan SPSS (disarankan) untuk menganalisis data.

Format:

1. Sila ikut format contoh artikel yang dilampirkan2. Taip 1 1/2 Spacing3. Kemukakan jadual-jadual yang berkaitan4. Bilangan muka surat antara 15 hingga 20 sahaja.5. Bibliografi mesti ikut APA style

Sebagai panduan untuk menulis artikel penyelidikan tersebut, berikut disertakan CONTOH artikel penyelidikan sebagai panduan.

2

Page 3: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

KANDUNGAN KOMUNIKASI KELUARGA PETANI DI MALAYSIA

Oleh

JUSANG BOLONG

Abstrak

Kesimbungan aktiviti pertanian kepada generasi seterusnya dalam kalangan keluarga tani bergantung kepada sejauhmana maklumat pertanian dikongsi antara ibubapa dan anak. Ibubapa yang sering memberi perhatian terhadap kandungan komunikasi berkaitan pertanian ketika berinteraksi dengan anak-anaknya dapat menyuburkan lagi minat anak-anak kepada bidang pertanian. Kajian ini memberi fokus kandungan komunikasi ibubapa yang bertani dengan anak- anak mereka. Satu tinjauan dilakukan terhadap 460 petani di empat zon Semenanjung Malaysia (Perlis, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu) bagi mewakili petani di Malaysia. Keluarga petani ini dipilih secara rawak. Kajian mendapati majoriti (99%) pasangan keluarga tani yang ditinjau ini mengemukakan topik ekonomi keluarga sebagai topik yang dianggap penting oleh mereka untuk dibualkan, sebaliknya hanya topik pertanian secara umum pula dibincangkan oleh 88 peratus pasangan keluarga tani sesama mereka, dan dengan anak pula, hanya seramai 31 peratus yang membincangkannya. Kajian ini merumuskan bahawa kandungan komunikasi dari aspek topik pertanian masih kurang dibincangkan dengan anak. Oleh itu, dapat dicadangkan supaya petani Malaysia memberi perhatian terhadap perkara ini demi kesinambungan aktiviti pertanian di negara ini.

Kata kunci: kandungan komunikasi, pertanian, keluarga petani, perkongsian maklumat

3

Page 4: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

COMMUNICATION CONTENT AMONG FAMILY FARMERS IN MALAYSIA

Abstract

The continuation of agricultural activities to the next generation of the family farmers is depent on the

extent of the agricultural information shared between farming parents and child. Parents that often pay

attention to the contents of agricultural-related communication when interecting to the children will nourish

their children’s interest to agriculture. This study focuses on the communication content among farmer

parents with their children. A survey was conducted to 460 farmers in four zones of Peninsular Malaysia

to represent farmers in Malaysia. Farmer families were randomly selected. The study found that majority

(99%) couples are present on economic topic as important topic to talk about, 88 per cent from

respondent discussed on general agricultural topics to talk to one another while only 31 percent from

them talk about the agricultural-related contents to their children. This study concluded that the

agricultural-related communication between parents and children need to be improved. Thus, it is strongly

suggested that farmers should pay more attention to this matter for the continuation of agricultural

activities in the country.

Keywords: Communication content, agriculture, family farmers, sharing information

4

Page 5: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Pengenalan

Budaya tani wujud apabila amalan bertani secara tradisional atau moden berlaku dalam masyarakat,

terutama keluarga tani. Amalan bertani dapat digiatkan apabila keluarga tani sendiri sentiasa

berinteraksi dalam keluarganya mengenai topik pertanian. Peranan komunikasi pertanian terhadap

kehidupan keluarga tani di Malaysia adalah sangat penting dalam meningkatkan kesejahteraan hidup

mereka. Proses komunikasi pertanian dalam keluarga tani tidak dapat dilakukan hanya melalui cara satu

arah sahaja (one-way communication), tetapi juga dua arah (two-way communication) antara ahli keluarga

itu sendiri untuk membentuk sistem sosial yang memberi perhatian kepada budaya tani (Ingoldsby, Smith

dan Miller, 2004).

Setiap ahli keluarga tani merasa amat dihargai apabila masing-masing bertukar pandangan mengenai

aktiviti pertanian yang dijalankan oleh keluarga mereka. Ini menunjukkan interaksi berkaitan hal

pertanian akan melibatkan semua ahli keluarga. Penglibatan dalam perbincangan ini memberi

gambaran rasa kebersamaan wujud dalam keluarga tani tersebut. Keberkesanan komunikasi dalam

keluarga secara khususnya banyak bergantung kepada sejauh mana perhubungan antara mereka.

Mereka perlu berusaha untuk menyelami perasaan serta isi hati setiap ahli keluarga supaya dapat

diwujudkan komunikasi yang membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan. Keberkesanan

komunikasi ini juga berkaitan dengan pemilihan masa yang sesuai untuk memperkatakan sesuatu

terutama sekali dalam memberikan teguran, kritikan dan pandangan mengenai aktiviti pertanian yang

dilaksanakan oleh keluarga tani tersebut. Mereka perlu memilih masa dan suasana yang tepat untuk

berkomunikasi terutama sekali antara isteri atau suami dengan anak-anak kerana dengan cara ini

penerimaan mesej yang disampaikan dapat dicerap dan diberi perhatian sepenuhnya (Turner dan West,

2006). Interaksi sesama ahli keluarga tani menyebabkan (a) anak atau suami/isteri merasa dihargai oleh

5

Page 6: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

ahli yang melakukan komunikasi pertanian; (b) meningkatkan kepercayaan diri petani karena komunikasi

ini dapat dilakukan dari hati ke hati; (c) petani dapat menyampaikan keluhan sesama mereka tanpa merasa

malu.

Dalam pendekatan interaksi yang dikemukakan oleh Watzlawick (dalam Saodah Wok, Narimah Ismail

dan Mohd. Yosuf Hussain, 2004), satu aksiom utama adalah komunikasi mengandungi isi (kandungan)

dan hubungan. Kandungan (mesej verbal dan bukan verbal) dalam topik perbualan dan cara

menyampaikannya akan membentuk dan mengekalkan hubungan interpersonal dalam keluarga.

Dalam konteks kandungan komunikasi dalam kalangan keluarga tani, sepatutnya mereka banyak

berbincang topik mengenai: (a) bagaimana petani kecil dapat bertani atau berusahatani dengan cara yang

lebih baik, misalnya cara bercucuk tanam, cara memelihara kesuburan tanah, cara memperlakukan

teknologi lepas tuai, dan sebagainya; (b) bagaimana petani kecil mampu dan mahu berusahatani secara

menguntungkan, baik dalam usahatani secara monokultur ataupun secara multikultur; dan (c) bagaimana

petani kecil mampu meningkatkan kesejahteraannya atau bagaimana mereka dapat hidup sejahtera (Yusuf

Leonard Henuk, 2007) .

Kandungan komunikasi dalam konteks kajian ini merujuk kepada topik umum dan topik pertanian yang

dibincangkan oleh pasangan (suami dan isteri) dan antara ibubapa kepada anak. Selain topik yang

dibincangkan, aspek-aspek yang berkaitan dengan kandungan komunikasi meliputi saluran komunikasi,

waktu perbincangan topik dan sumber maklumat kandungan komunikasi juga diliputi dalam kajian ini.

Manakala reaksi anak terhadap perbualan topik pertanian merupakan tindakbalas anak dari aspek sikap

dan perilaku seperti minat, memberi sokongan, memberi idea dan membantah.

6

Page 7: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Kandungan komunikasi ini merupakan informasi biasa pada peringkat awalnya, namun apabila keluarga

tani sentiasa membincangkan dengan terperinci, informasi biasa yang dikongsi ini menjadi amat penting

untuk meningkatkan kualiti hidup mereka melalui produktiviti pertanian (Pawit M. Yusup, 2006).

Informasi sebagai kandungan komunikasi ini lazimnya diperoleh melalui perbualan harian dari

masyarakat sekeliling, buku, surat khabar, majalah, buletin, televisyen, radio dan komputer berinternet.

Informasi sebagai kandungan komunikasi mempunyai pelbagai fungsi dan tahap yang berbeza.

Kepentingan maklumat pertanian, misalnya bergantung kepada kegunaan maklumat itu untuk digunakan

dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Contohnya, dalam aspek peningkatan hasil

jualan, keluarga tani memerlukan maklumat pemasaran dan ramalan harga pasar. Bagaimanapun, sebagai

sifatnya sebuah keluarga, saling mengambil berat mengenai perkembangan peribadi tidak dapat

dielakkan. Ibubapa lebih banyak menekankan kepada aspek kesopanan, disiplin, akademik dan hal-hal

berkaitan prestasi anak-anak dalam bidang pelajaran, ada yang menekankan kepada aspek demokrasinya,

dan ada juga yang menitikberatkan kepada kasih sayangnya. Dalam persekitaran keluarga tani, bukan

hanya berlaku proses komunikasi pertanian tetapi juga komunikasi pendidikan dan malah komunikasi

massa seperti proses-proses penggunaan media cetak dan media elektronik.

Apabila hubungan interpersonal yang intim melalui perbualan topik pertanian dalam keluarga tani

menjadi satu petanda budaya tani berkembang dalam keluarga tersebut. Peranan ibubapa dalam

keluarga amat penting untuk membentuk institusi keluarga yang harmoni. Keharmonian tersebut dapat

dikaitkan dengan komunikasi keluarga yang dilaksanakan oleh mereka bersama dengan anak-anak.

Selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan yang dibentangkan pada 31 Mac 2006 oleh

7

Page 8: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Perdana Menteri pada ketika itu, adalah untuk membangunkan modal insan berkualiti dengan

menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains,

teknologi, pertanian dan keusahawanan. Oleh itu, keprihatinan ibubapa terhadap kandungan

komunikasi dalam keluarga tani khususnya dapat menyumbang ke arah pemupukan pembangunan ilmu

(khasnya ilmu pertanian) dalam keluarga tersebut. Perbincangan yang selalu diadakan dalam kalangan

ibubapa mengenai aktiviti pertanian, maklumat terkini pertanian dan perancangan pertanian menjadi

nadi perkongsian ilmu untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian. Bagaimana pun komunikasi

yang berkesan tidak hanya mengadakan perbincangan semata-mata, tetapi pemilihan topik pertanian

yang relevan dan mengikut konteks semasa adalah amat penting untuk dikomunikasikan. Malah kaedah

perbincangan, waktu perbincangan dan saling tindak antara pihak yang berbincang juga menjadi faktor

penting yang perlu diberi perhatian oleh keluarga tani itu. Persoalannya, apakah kandungan (topik)

komunikasi dalam keluarga tani dan bagaimanakah reaksi anak petani terhadap maklumat pertanian

mengikut perspekstif ibubapa mereka? Berdasarkan isu dan persoalan yang ditimbulkan di atas, kajian

ini mengenal pasti topik dan kaedah perbincangan dalam komunikasi keluarga tani, mengenal pasti topik

pertanian dan waktu perbincangan dalam keluarga tani, mengenal pasti sumber maklumat pertanian

dalam kalangan keluarga tani, dan mengenal pasti reaksi anak terhadap perbualan topik pertanian.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang dijalankan di empat kawasan di Semenanjung Malaysia.

Kawasan berkenaan adalah zon utara, tengah, selatan dan timur. Bagi setiap kawasan satu negeri telah

dipilih secara rawak untuk mewakili kawasan berkenaan. Negeri yang terpilih adalah Perlis (Utara),

Selangor (Tengah), Negeri Sembilan (Selatan, dan Terengganu (Timur). Bagi kawasan utara (Perlis)

populasi penanam padi dan pekebun kecil getah telah dikenalpasti, manakala bagi kawasan tengah

(Selangor) populasi penanam padi dan pekebun kecil kelapa sawit dipilih. Sementara itu bagi kawasan

8

Page 9: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

selatan (Negeri Sembilan) pekebun kecil dua jenis tanaman adalah kelapa sawit dan getah, manakala

bagi kawasan timur (Trengganu) pula pekebun kecil getah dan kelapa sawit telah dikenalpasti.

Bagi menentukan populasi dan sampel kajian untuk setiap kawasan, bantuan dan kerjasama daripada

agensi telah perolehi. Untuk mengenalpasti pekebun kecil kelapa sawit bagi kawasan terpilih bantuan

pihak MPOB telah diperolehi, sementara pihak Risda pula memberi bantuan dalam mengenalpasti

responden yang terdiri daripada pekebun kecil getah. Sampel penanam padi pula dikenalpasti dengan

bantuan LPP, PPK, dan MADA.

Responden kajian terdiri daripada ibu atau bapa dan anak yang berumur 12 hingga 25 tahun dan tinggal

bersama ibu bapa. Agihan responden mengikut jenis tanaman dan kawasan adalah seperti dalam Jadual

1 di bawah.

9

Page 10: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Jadual 1 : Taburan bilangan petani yang menjadi responden kajian

Kawasan Negeri (N = 460) Tanaman Bil. Responden

Utara Perlis (n = 115) Padi 75

Getah 40

Tengah Selangor (n = 115) Padi 75

Kelapa sawit 40

Selatan N. Sembilan (n = 115) Getah 55

Kelapa sawit 60

Timur Terengganu (n = 115) Getah 55

Kelapa sawit 60

Jumlah 460

10

Page 11: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Hasil Kajian dan Perbincangan

Topik dan Kaedah Perbincangan dalam Komunikasi keluarga tani

Perbualan dalam keluarga banyak dikuasai oleh ibubapa kerana mereka sentiasa dominan dan bertindak

sebagai pemimpin keluarga. Oleh itu, kebanyakan ibubapa yang mencorakkan topik perbualan dalam

keluarga mereka. Pelbagai topik yang boleh dibualkan, sama ada topik itu mudah sehinggalah topik

yang kompleks. Topik juga boleh berasaskan kehidupan harian dan semasa, atau mungkin topik di

peringkat masyarakat dan negara.

Jadual 2 merupakan beberapa topik yang dikemukakan oleh keluarga tani yang ditemubual.

Berdasarkan jadual tersebut, majoriti (99%) pasangan keluarga tani yang ditinjau ini mengemukakan

topik ekonomi keluarga sebagai topik yang dianggap penting oleh mereka untuk dibualkan. Topik

ekonomi keluarga meliputi pendapatan dan perbelanjaan yang mereka uruskan untuk kesejahteraan

hidup mereka. Pendapatan mereka juga merujuk kepada pertanian yang diperoleh dalam sebulan dan

perbelanjaan atau kos pengurusan aktiviti pertanian. Pasangan keluarga tani (96%) juga tidak terlepas

dalam membincangkan topik persekitaran kampung kerana topik tersebut sebagai berita semasa yang

berlaku dalam kampung mereka. Topik ini penting dalam kehidupan bermasyarakat terutama keluarga

tani yang berada di luar bandar. Topik ini juga menjadi asas kepada kemesraan antara pasangan yang

berinteraksi. Topik-topik lain yang diberi perhatian oleh pasangan keluarga tani dalam kajian ini adalah

topik hal-hal anak, perancangan dan masa depan keluarga berkenaan.

Oleh kerana pasangan keluarga tani ini tinggal bersama anak-anak, mereka juga berbual mengenai topik

umum ini dengan anak masing-masing. Dapatan kajian ini adalah merujuk kepada perspektif ibubapa

terhadap topik yang mereka bualkan dengan anak. Jika dalam kalangan sesama pasangan, keluarga tani

ini memberi fokus kepada topik ekonomi keluarga, namun jika dengan anak pula, majoriti pasangan ini

mengemukakan topik adab sopan/budi pekerti (96%), topik agama (96%) dan topik pengajaran/teladan

yang dibincangkan. Ini memberi gambaran bahawa kelaurga tani amat mementingkan pendidikan

agama dan kesopanan dalam keluarga.

11

Page 12: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Manakala topik pertanian secara umum pula dibincangkan oleh 88 peratus pasangan keluarga tani

sesama mereka, dan dengan anak pula, hanya seramai 31 peratus yang membincangkannya. Ini

menunjukkan, topik pertanian ini tidak diberi perhatian oleh pasangan dalam keluarga tani untuk

dibincangkan dengan anak.

Jadual 2: Taburan Ibubapa mengikut Topik yang Sering dibualkan dalam keluarga

Topik Peratus *

Pasangan Anak

Pelajaran 32.4 3.1

Pergaulan 42.5 92.2

Pertanian 88.3 31.0

Kesihatan/Kebersihan 88.2 69.3

Sejarah/pengalaman keluarga 70.8 77.8

Persekitaran kampung 95.5 36.6

Ekonomi keluarga 99.0 21.3

Adab sopan/budi pekerti 39.8 95.6

Agama 81.3 95.6

Pengajaran/teladan 49.7 92.7

Keperluan anak-anak 88.0 36.2

Kandungan media (TV, akhbar, Internet) 89.4 58.5

Hal anak-anak 94.4 22.4

Penilaian diri 79.5 49.6

Masa depan 83.4 62.8

Perancangan 92.0 40.6

12

Page 13: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Hal kemasyarakatan (jiran, masjid, JKK, dll) 88.3 32.1

Nota: * tidak boleh dijumlahkan 100% kerana responden menjawab lebih dari satu jawapan

Topik-topik perbualan yang dikemukakan di atas tadi dibincangkan dengan beberapa saluran

komunikasi. Jadual 3 menunjukkan saluran tersebut. Tinjauan kajian ini mendapati hampir semua (99%)

ibubapa yang dikaji menggunakan saluran komunikasi bersemuka. Saluran bersemuka ini menjadi

pilihan utama dalam kalangan pasangan keluarga tani kerana mereka sentiasa bersama dalam banyak

situasi dan masa. Bagaimanapun, terdapat juga pasangan yang menggunakan telefon untuk berbincang

topik-topik yang tersenarai di atas. Terdapat pasangan (47%) menyatakan penggunaan telefon

dilakukan apabila suami berada di ladang dan mahu berbincang dengan isteri di rumah bagi membuat

keputusan segera yang melibatkan perkara-perkara penting. Oleh itu pertukaran pendapat dilakukan

dengan perantara telefon.

Jadual 3: Taburan Ibubapa Mengikut Saluran Komunikasi Membincangkan Topik

Saluran Komunikasi Peratus

Bersemuka 98.9

Telefon 46.9

E-mel 2.0

Surat menyurat 0.9

Lain-lain 0.0

13

Page 14: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Topik Pertanian dan Waktu Perbincangan dalam Keluarga Tani

Dapatan kajian ini menunjukkan topik pertanian secara umum dibincangkan oleh agak ramai pasangan

keluarga tani. Bagaimanapun, jadual 4 di bawah mengemukakan jumlah pasangan keluarga tani yang

berbincang topik-topik pertanian secara khusus. Topik-topik yang spesifik ini adalah berasaskan aktiviti-

aktiviti pertanian yang lazim diamalkan oleh keluarga tani.

Pada masa kini, tema ”Pertanian adalah Perniagaan” sedang digait dipromosikan oleh kerajaan. Tema

ini menekankan supaya aktiviti pertanian tidak lagi dianggap sebagai aktiviti sara hidup keluarga,

sebaliknya mesti diperkembangkan sebagai industri perniagaan dan berskala besar. Oleh itu petani

perlu mempelbagaikan aktiviti pertanian mereka dengan orientasi yang menekankan tidak bergantung

kepada pendapatan asas hasil tani utama, tetapi perlu mewujudkan industri hiliran. Oleh itu, ini dapat

dikaitkan dengan hasil kajian ini bahawa sudah ramai (94%) pasangan keluarga tani masing-masing mula

berbual mengenai industri hiliran seperti perusahan membuat kerepek (bermula dari tuai hasil sehingga

pemasaran). Begitu juga separuh dari mereka ini (51%) membincangkan harga hasil pertanian,

pemasaran hasil pertanian (30%), cara menanam (40%) dan membaja (38%). Perbincangan topik

pertanian yang spesifik ini menunjukkan pasangan keluarga tani dianggap mula bersedia untuk

menyahut cabaran tema yang dikemukakan oleh pihak kerajaan. Bagaimanapun, masih terdapat

pasangan keluarga tani (29%) yang membincangkan topik modal. Jumlah yang relatif sedikit ini agak

membimbangkan kerana topik modal merupakan topik penting yang mesti dibualkan oleh pasangan jika

mereka mahu meningkatkan kemampuan aktiviti pertanian mereka di peringkat berskala besar.

Jadual 4: Taburan Ibubapa Mengikut Topik Pertanian dibincang dalam keluarga

14

Page 15: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Topik Pertanian Peratus *

Cara menanam 40.4

Membaja 35.7

Pengurusan akaun 17.0

Penyakit tanaman 40.4

Harga hasil pertanian 51.1

Jenis tanaman dan bidang usaha 23.9

Penuaian hasil 29.0

Pemasaran hasil pertanian 29.9

Upah tenaga buruh 24.1

Prasarana pertanian (tali air, jalan) 22.5

Khidmat agensi pertanian 15.6

Gotong-royong 23.4

Tanaman kontan di keliling rumah 5.6

Modal 28.8

Industri hiliran (kerepek) 94.2

Rancangan media (TV/Radio) berunsur pertanian

10.0

Lain-lain 0.4

Nota: * tidak boleh dijumlahkan 100% kerana responden menjawab lebih dari satu jawapan

Dari segi waktu perbincangan topik pertanian pula, kebanyakan topik-topik di atas dilakukan semasa

mula menanam (45%) dan semasa memasarkan hasil (40%). Waktu ini dipilih kerana masa mula

15

Page 16: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

menanam dan semasa memasarkan hasil merupakan waktu yang lebih lama pasangan ini bersama

berbanding waktu-waktu lain. Keadaan sentiasa bersama dan memerlukan perbincangan yang agak

lama antara pasangan suami isteri ini memberi ruang kepada mereka berbincang pada waktu-waktu

tersebut. Amat kurang (24%) pasangan ini berbincang semasa bencana alam, ini boleh disebabkan

waktu yang tidak sesuai membincangkannya kerana wujud persepsi bahawa waktu itu dianggap sebagai

waktu kecemasan dan bencana alam adalah keadaan semulajadi. Oleh itu, membincangkannya tidak

banyak dalam membantu penyelesaian masalah ketika itu.

Jadual 5: Taburan Ibubapa Mengikut waktu berbincang hal pertanian

Waktu Perbincangan Peratus *

Mula menanam 45.3

Sebelum menuai 35.3

Selepas menuai 39.5

Semasa memasarkan hasil 40.4

Memproses hasil 27.5

Semasa bencana alam 24.3

Serangan penyakit tanaman 31.0

Lain-lain 0.4

Nota: * tidak boleh dijumlahkan 100% kerana responden menjawab lebih dari satu jawapan

Sumber Maklumat Pertanian dalam Kalangan Keluarga Tani

16

Page 17: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Maklumat pertanian boleh diperoleh dari pelbagai sumber, sama ada berbentuk medium seperti media

elektronik, media cetak, internet atau melalui perantara orang perseorangan dari lokasi tertentu. Kajian

ini (Jadual 6) mendapati sumber yang utama dalam mendapat maklumat pertanian oleh pasangan

keluarga tani adalah televisyen (62%), agensi Pertubuhan Peladang Kawasan (50%), dan pegawai

pertanian (41%). Bagaimanapun, apa yang penting dibincangkan dari hasil kajian ini adalah jumlah

peratusan yang kurang dalam mendapatkan maklumat dari sumber peniaga input pertanian (8.3%), anak

(8.7%), Internet (7.4%) dan dari papan kenyataan masjid (14.5%). Sumber maklumat ini juga penting

kerana banyak maklumat spesifik seperti baja dan teknologi pertanian terkini boleh diperoleh dari

sumber berkenaan.

Jadual 6: Taburan Ibubapa mengikut Sumber Maklumat Pertanian

Sumber Peratus *

Risalah 31.3

Majalah 27.7

Buletin agensi pertanian 21.0

TV 62.3

Radio 31.0

Akhbar 40.0

Internet 7.4

Rakan 40.2

Pegawai Pertanian 41.1

JKKK/JKKR/Lain-lain Institusi Komuniti 27.9

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) 49.6

Papan kenyataan Masjid 14.5

Peniaga input pertanian 8.3

Pembeli hasil pertanian 11.4

17

Page 18: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Anak 8.7

Ahli keluarga 27.5

Jiran 26.6

Lain-lain 0.0

Nota: * tidak boleh dijumlahkan 100% kerana responden menjawab lebih dari satu jawapan

Reaksi Anak Terhadap Perbualan Topik Pertanian

Anak akan memberi reaksi terhadap sebarang perbincangan yang dilakukan antara mereka dengan

ibubapa masing-masing. Reaksi yang mereka tunjukkan adalah petanda kecenderungan anak tersebut

untuk membincangkan terus atau tidak topik tersebut. Kecenderungan itu dapat dilihat melalui minat,

penglibatan, sokongan atau bantahan mereka terhadap topik perbincangan itu.

Kajian ini (Jadual 7), menurut perspektif ibubapa, didapati tidak sampai separuh (43%) anak-anak

keluarga tani yang berminat berbincang dengan mereka. Ibubapa menyatakan anak-anak mereka tidak

menunjukkan kecenderungan untuk terus berinteraksi apabila diajak berbual mengenai hal-hal

pertanian. Ini disokong pula dengan reaksi anak-anak yang kurang mahu mencari maklumat pertanian

(6.3%) apabila diarahkan oleh ibubapa mereka. Malah hanya 28 peratus yang boleh memberikan idea

kepada ibubapa tersebut. Bagaimanapun, masih terdapat ibubapa yang menyatakan anak mereka

memberi sokongan moral (32%) apabila mereka berbual mengenai topik pertanian.

Jadual 7:Reaksi anak-anak apabila ibubapa membincangkan topik pertanian

Reaksi Peratus

18

Page 19: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Minat 43.1

Melibatkan diri dalam pertanian/beri modal atau sebagainya

14.3

Mencari maklumat tentang pertanian 6.3

Memberikan idea 28.3

Memberi sokongan (moral) 32.1

Membantah 0.4

Tidak berminat 15.2

Tiada reaksi 15.2

Lain-lain 1.3

Nota: * tidak boleh dijumlahkan 100% kerana responden menjawab lebih dari satu jawapan

Kesimpulan dan Cadangan

Kajian ini merumuskan bahawa topik pertanian yang dibincangkan dalam komunikasi keluarga tani bagi

bidang usaha kelapa sawit, padi dan getah, adalah topik-topik umum sahaja, berbanding topik khusus

mengenai pertanian. Manakala perbincangan topik ini dengan anak pula relatif rendah. Jika rumusan ini

dikaitkan dengan pendekatan interaksi seperti yang dikemukakan oleh Watzlawick (Saodah Wok,

Narimah Ismail dan Mohd. Yusof Hussain, 2004). ), berlaku ketidakfungsian komunikasi dalam kalangan

keluarga tani mengikut bidang usaha tanaman kelapa sawit, padi dan getah. Ketidakfungsian

komunikasi dalam keluarga berlaku apabila topik pertanian yang sepatutnya giat dibincangkan dalam

keluarga tani untuk membuat keputusan dan penyelesaian masalah berkaitan pertanian tidak berlaku

dalam keluarga tersebut untuk mencapai kesejahteraan hidup. Natijahnya, amalan bertani tidak dapat

menjadi budaya tani apabila berlaku ketidakfungsian komunikasi akibat kurangnya perbincangan topik

(kandungan) pertanian.

19

Page 20: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Berdasarkan rumusan itu, beberapa saranan dikemukakan kepada pihak keluarga tani untuk ketiga-tiga

bidang usaha seperti berikut:-

Pasangan keluarga tani tidak cukup hanya berinteraksi sesama mereka mengenai ekonomi keluarga dan

topik pertanian sahaja dalam lingkungan mereka sendiri, sebaliknya pergiatkan perbualan topik

pertanian secara berterusan dan penuh iltizam kepada anak masing-masing supaya kesan interaksi itu

dapat membina hubungan interpersonal yang intim dan akhirnya mereka dapat merasakan kepentingan

budaya tani terus dihidupkan dalam keluarga mereka.

Pihak agensi pertanian dalam bidang usaha kelapa sawit, padi dan getah boleh menganjurkan kursus

komunikasi keluarga secara berkelompok. Kursus disertai ibubapa dan anak keluarga tani, dengan

memberi penekanan kepada perbincangan topik pertanian yang kurang diberi perhatian seperti yang

tersenarai dalam kajian ini.

Pertingkatkan pengetahuan sumber maklumat pertanian dan galakan penggunaan komputer

(berinternet) sebagai strategi penyebaran maklumat pertanian, supaya keluarga tani sentiasa ada topik

pertanian yang boleh dibualkan.

Rujukan

20

Page 21: TUGASAN KOM... · Web viewTajuk kajian berdasarkan minat sendiri (tetapi mesti ada kaitan dengan bidang komunikasi, sama ada dalam komunikasi kemanusiaan, komunikasi korporat, kewartawanan

Ingoldcby, B. B., Smith, S. R., and Miller, J. E. (2004). Exploring family theories. LA, California: Roxbury Publishing Company.

Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd. Yusof Hussain. (2004). Teori-teori komunikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Turner, L. H., and West, R. (2006). The family communication sourcebook. London: Sage Publications

Pawit M. Yusup (2006). Aplikasi selektif teori ilmu sosial komunikasi untuk ilmu informasi dan perpustakaan. Kadapatan http://www.scribd.com. Akses pada 12.12.2011

Yusuf Leonard Henuk (2007). Komunikasi pertanian dan partisipasi masyarakat pedesaan. Kedapatan http://www.scribd.com. Akses pada 12.12.2011

21