Tugasan Projek Bmm3153 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan Projek Bmm3153 2015

Citation preview

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PISMP BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAHNAMA PELAJAR:

NAMA KURSUS:Penyelidikan Tindakan II Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan) KOD KURSUS :BMM3153 SEMESTER : 8 (Ambilan Januari 2012)

TARIKH MULA: 27 Julai 2015TARIKH TAMAT: 12 SEPTEMBER 2014

I. Hasil Pembelajaran Kursus 1. Melaksanakan satu Penyelidikan Tindakan di sekolah.2. Menulis satu laporan Penyelidikan Tindakan berdasarkan data yang dikumpul.3. Mengorganisasi satu Seminar Penyelidikan Tindakan.4. Mempersembahkan satu kertas Penyelidikan Tindakan dalam seminar tersebut.5. Mendokumenkan dan menerbitkan kertas Penyelidikan Tindakan dalam satu jurnal.Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3,4 dan 5.II Objektif Projek 1. Merancang pelaksanaan Penyelidikan Tindakan di sekolah2. Melaksanakan rancangan tindakan untuk memperbaik amalan di sekolah3. Mengutip data menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai4. Menganalisis data yang dikutip dengan cara yang sesuai5. Menginterpretasi data yang dikutip dan dianalisis6. Mengsintesiskan analisis data dan dapatan untuk menghasilkan satu laporan yang koheren7. Melaksanakan refleksi dan menilai amalan tindakan yang dilaksanakan8. Merancang cadangan tindakan susulan9. Menyenaraikan semua rujukan berdasarkan sistem APA10. Menulis satu Laporan Penyelidikan menggunakan format yang diberikan11. Membentangkan kertas Penyelidikan Tindakan dalam satu seminarIIITugasan Projek (100%)Amalan Penyelidikan Tindakan akan memberikan impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru. Penyelidikan Tindakan juga dilihat boleh membina keupayaan intelek yang dapat membantu gugu melihat proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang dinamik serta dapat bertindak sebagai wahana peningkatan profesionalisme guru.

A.Melaksanakan Penyelidikan Tindakan dan menulis laporan penyelidikan (70%)Bagi melaksanakan tugasan ini, para pelajar dikehendaki:(a) Melaksanakan Penyelidikan Tindakan di sekolah semasa internship(b) Menulis Laporan Penyelidikan berdasarkan implementasi cadangan Penyelidikan Tindakan anda

B.Pembentangan artikel Penyelidikan Tindakan (30%)Menulis satu artikel berdasarkan Penyelidikan Tindakan dan bentangkan dalam seminarC.Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini perlu dilengkapkan secara individu. 2. Penulisan kertas cadangan penyelidikan harus mengikut format APA.3. Penaipan kertas cadangan harus mengikut format yang dicadangkan serta mengikut spesifikasi berikut: Jenis Huruf: Times New Roman bersaiz 12 yang ditaip justifySelang Baris: Langkau 2.0 bagi teks am.Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan Terjemahan Abstrak dan RujukanUkuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:Atas : 2.5 cm daripada jidai atasBawah : 2.5 cm daripada jidai bawahKanan: 2.5 cm daripada jidai kananKiri : 4.0 cm daripada jidai kiri

4. Muka tugasan harus ditaipkan maklumat berikut:a) Nama Pelajarb) No Indek dan IDc) Unitd) Tajuk Cadangan Penyelidikane) Nama Pensyarah Penyeliaf) Tarikh Penyerahan Tugasan

5. Anda harus mengikut tempoh masa yang diberikan. Tanpa kebenaran untuk melanjutkan tarikh serahan markah akan ditolak. D.Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:1. Liputan ini kandung yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujuah-hujah anda hendaklah dikemukakan.3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan ilmiah.4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.E.Kriteria PentaksiranTugasan ini akan disemak mengikut kriteria pemarkahan yang telah ditentukan dalam rubrik pentaksiran. (Sila rujuk Rubrik Pentaksiran dalam Buku Panduan).

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

(NOR ASIAH ISMAIL) ( )Penyelaras Kursus BMM3153Pakar Bidang (SME)Jabatan Pengajian Melayu,Jabatan Pengajian Melayu,IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis, Pahang.Kuala Lipis, Pahang.

Disahkan oleh:

(ZAKARIA BIN KHALID)Ketua Jabatan,Jabatan Pengajian Melayu,IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis, Pahang.