Tugasan Tutorial 1 Perbezaan Konsep b & k Islam Dan Barat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan 1

Citation preview

Perbezaan Konsep Bimbingan dan Kaunseling dari Perspektif Islam dan BaratPERSPEKTIF ISLAMPERBEZAANPERSPEKTIF BARAT

Kaunseling didefinisikan jujur, nasihat baik dan penasihat jujur. Diambil dari istilah Nasuha dalam Al-Quran yang bermaksud memberi nasihat secara jujur, bertindak jujur dan berniat baik.

Mengikut perspektif Islam menurut Aziz Salleh (1996) menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi.DEFINISI Kaunseling didefinisikan sebagai satu proses yakni di mana klien diberi peluang untuk meneroka diri mereka dan kehidupan mereka yang menjadi punca permasalahan dalam diri mereka. Hubungan antara kaunselor terlatih dengan klien untuk kenal diri dan persekitaran (Krumboltz (George & Cristiani, 1990).

Keputusan atau pemilihan klien hendaklah berdasarkan kepada ajaran al-Quran, hadis, sunnah Nabi, dan ijmak ulama (bagi mengelakkan terkeluar dari landasan agama) Mengikut ajaran Islam, kaedah kaunseling ini adalah suatu amalan asas yang perlu dipergunakan dalam perhubungan sesama manusia. Amalan nasihat-menasihati dan menjauhi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam merupakan asas dalam didikan Islam.

PERSEPTIF Kaunseling terpisah dengan elemen agama. Sigmund Freud anggap agama sebagai ilusi.

Dalam ilmu kaunseling dan psikoterapi nilai boleh diasingkan.

(menurut Imam Al-Gazali) Bantu kembangkan personaliti utk selesai kerumitan. Bantu sesuaikan diri dengan masyarakat dan diikuti dengan perkembangan konsep sendiri. Bekal pengalaman baru untuk tahu beza diri dengan kehidupan. Bantu klien fahami diri dan persekitaran. Menjadikan klien seorang khalifah yang berjaya.

TUJUAN

Menambah kemahiran klien mengendalikan kehidupan. Ubah tingkahlaku. Tambah kemahiran klien dalam membuat keputusan. Baiki hubungan klien dengan masyarakat. Kembangkan bakat klien.

Menekankan 4 pendekatan iaitu: Pembangunan roh

Pembangunan akal

Pembangunan hati Pengimbangan nafsu

PENDEKATAN

Lebih menerapkan unsur ajaran Islam. ETIKA KAUNSELING Lebih menerapkan ke arah kerjasama dan berunsur duniawi.

Berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis di samping bakat dan kemahiran kaunselor.

PANDUAN

Hanya berpandukan kepada kemahiran dan kebolehan kaunselor semata-mata dalam menangani permasalahan klien.

Kaunseling Islam dilihat lebih memberi kesan yang menyeluruh bagi hidup seseorang muslim. Skop yang meluas mengenai keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya. SKOP Ia lebih bertumpu kepada perubahan tingkah laku klien ke arah lebih rasional dan mengikut garis norma hidup sebagai manusia.

Mengkehendaki klien memahami hubungan dengan Allah s.w.t., hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup dunia dan matlamat akhir hidup ini. MATLAMAT Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling.

Imam Al-GhazaliTOKOH Sigmund Frued Carl Rogers

Alfred Adler

DISEDIAKAN OLEH KUMPULAN 5 :NOR NADIA NABILAH BINTI MOHD NOR AZAN ZUHAIDI SUHAIMI BIN MOHAMAT

NUR ADIBAH BINTI SALEHUDDIN

MARLIAH BINTI NASIRTUTORIAL 1

1