Tutorial 12 EDU3105 Isu Dan Trend Terkini Dalam Teknologi Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

HAK CIPTA TERPELIHARA KESELAMATANKERAHSIAAN KAWALAN KENDIRI

HAK CIPTA TERPELIHARA Hak eksklusif yang

diberikan kepada pemilik bahan berhak cipta dan terdapat panduan yang mengehadkan serta mengiktirafkan hak undang-undang untuk menggunakan bahan yang berhak cipta. Karya muzik, seni, filem,

rakaman bunyi

Jangka Masa Bagi karya muzik, sastera dan

seni wujud semasa hayat pencipta dan tambahan 50 tahun selepas kematiannya. Hak cipta akan wujud

sehingga 50 tahun dari permulaan tahun kalendar berikut dengan tahun karya itu jika diterbitkan bahan selepas penciptanya meninggal dunia.

Hak cipta karya

kerajaan, edisi diterbitkan, rakaman bunyi, fotografi, , filem dan siaran jangka masa perlindungan karya tersebut ialah 50 tahun dari permulaan tahun kalendar berikutnya dengan tahun karyakarya berkenaan mula diterbitkan.

Hak Eksklusif Pemilik Hak Cipta Pemilik hak cipta berhak membuat pengeluaran

semula karya dalam sebarang bentuk bahan Pemilik hak cipta berhak menjalankan pertunjukan, tayangan dan penyampaian kepada awam hasil karyanya. Pemilik hak cipta berhak membuat pengedaran salinan kepada awam melalui jualan secara langsung atau pemindahan pemunyaan kepada sebuah syarikat yang dilantiknya. Pemilik hak cipta berhak menyewakan secara komersial hasil karyanya kepada orang awam.

Perlakuan Melanggar Hak Cipta Mengeluarkan semula dalam bentuk tayangan,

mempamer, melakukan, mengedar kepada awam, melalui kabel atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian bentuk asli atau terbitan. Mengimport apa-apa artikel bagi tjuan perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta (Bahagian Buku Teks,2007)

Maklumat tambahan : http://www.myipo.gov.my/bm/copyright/maklumatumum.html

Bagaimanakah cara yang beretika untuk menggunakan bahan-bahan yang ada bagi membina bahan P&P tanpa melanggar Akta Hak Cipta?

KESELAMATANPerkakasan dan perisian Keselamatan pengguna

Peraturan makmal komputer

Aspek Keselamatan Komputer Pastikan makmal komputer berhawa dingin (suhu

tidak melebihi 40o) Pastikan makmal menggunakan stabilizers saperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik terkawal dan stabil. Elakkan terlalu banyak menggunakan soket extension. Elakkan dari terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh.

Tidak boleh makan dan minum di dalam makmal. Jangan biarkan sistem unit terdedah terlalu lama

tanpa casing Casing CPU komputer perlu ditanggalkan dan dibersihkan sistem unit dengan menggunakan can-air dari semasa ke semasa. Jangan mencabut sebarang kabel komputer dengan sewenang-wenangnya. Jika perlu menyambung kabel ke sistem unit, lakukan secara berhati-hati supaya pin kabel tidak bengkok, patah atau termasuk ke dalam.

Aspek Keselamatan Perkakasan Jangan membawa keluar sebarang perkakasan

komputer dari makmal tanpa kebenaran. Komputer yang rosak perlu dilaporkan, diasingkan dan dilabel untuk tindakan yang seterusnya. Imbas cakera liut sebelum digunakan bagi mengelak virus dan disimpan di dalam kotak yang bebas dari habuk dan bendasing Sistem penggera api perlu dipasang Kekisi pintu perlu dipasang bagi mengelak kecurian

Aspek Keselamatan Perisian Jangan menyalin perisian luar kedalam cakera keras

komputer tanpa kebenaran Update perisian anti virus dari masa ke semasa Nyahkan virus yang menyerang Lakukan aktiviti scandisk dan defrag cakera keras komputer dari semasa ke semasa

KERAHSIAAN Rahsia bermaksud ada kaitan dengan penjagaan dan

pemeliharaan bahan dan alat/objek, bahan bertulis seperti peta. Maklumat peribadi perlu dirahsiakan dari man-mana pihak tertentu yang mungkin menggunakannya secara negatif. Pembangunan teknologi yang dibina menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan melaluui penguatkuasaan undang-undang, peraturan dan perlesenan.

KAWALAN KENDIRI Kawalan kendiri ialah suatu usaha kehendak diri

terhadap tingkah laku, tindakan dan prosesproses pemikiran. Kawalan kendiri berpusatkan kepada kebolehan

seseorang untuk menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang menyekat tindakannya.

Tanggungjawab terhadap etika penggunaan bahan teknologiKawal diri daripada melayari bahan yang melanggar undang-undang atau kod etika diri Berhati-hati semasa memuat turun bahan Tidak melanggar peraturan atau prosedur undang-undang

Memahami isu-isu etika dan masyarakat yang berkaitan dengan teknologi

Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan dalam penggunaan internet seperti emel, chat, newsgroup, buletin, dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang patuh kepada prosedur dan etika penggunaan internet, bagaimanakah cara atau langkah yang perlu diambilkira untuk melindungi kerahsiaan anda supaya segala maklumat anda tidak boleh dicerobohi?

RUJUKAN Noriati A. Rashid, (2009). Siri Pendidikan Guru Teknologi

dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Oxford Fajar Sdn.Bhd, Shah Alam. Norasiah binti Abdullah, (2002). Siri Pengajian Professional Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd, Selangor. http://www.myipo.gov.my/bm/kenali-myipo/functionsand-services/copyrights.html http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/bab-12-isu-isudan-trend-terkini-dalam.html http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/bab-12-isu-isudan-trend-terkini-dalam.html