Upload
moko-donald
View
228
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
sej ssr
Citation preview
SEJARAH SABAH DAN SARAWAKSJH 3105
TUTORIAL 9Berpandukan Peta Pemikiran membincangkan serta menilaikan perkembangan parti-parti
Politik di Sabah dan Sarawak.
AHLI KUMPULAN :1. KAMSUL KHUSAIRI FAKHRURADZI BIN KAMSULBAHRI2. DYANA BINTI DONALD3. IBNA NUR WATUL BINTI PADLI
Perkembangan Parti-parti Politik Di Sabah.
Kerajaan Perikatan 1962-1967
Pada asasnya, penubuhan parti ini tidak kukuh dan terburu-buru bagi menyokong
penubuhan gagasan Malaysia. Hal ini demikian kerana, setiap parti yang terdapat dalam
perikatan ini masih memperjuangkan hak kaum masing-masing dan masih wujud perasaan
perkauman yang tebal dalam diri setiap kaum. Perikatan telah membentuk kerajaan selepas
memenangi pilihanraya secara langsung menerusi ”Residency Electoral Colleges” yang
diadakan pada bulan Mac 1963 yang bertujuan untuk memilih calon menduduki Majlis Dewan
Undangan. Dalam pilihanraya tersebut, USNO menang 8 kerusi, UNKO 5 kerusi, SANAP 4
kerusi dan PM 1 kerusi.
Dalam kerajaan baru ini, Donald Stephens telah dilantik sebagai Ketua Menteri. Pada
hakikatnya, Tun Mustapha lebih layak menjadi Ketua Menteri tetapi Tun Mustapha mengalah
dan memberi peluang kepada Donald Stephens dan memegang jawatan sebagai Yang Di-
pertua Negeri. Ini adalah untuk kelihatan lebih adil bagi mengurangkan ketegangan antara
bumiputera Islam dan bukan Islam. Namun akhirnya sangkaan beliau ini adalah sebaliknya.
Kedudukan beliau sangat terkongkong dalam politik kerana semua kuasa pentadbiran Sabah
dikuasai oleh Donald Stephens. Ini menyebabkan Tun Mustapha enggan berkerjasama dengan
Donald Stephens lalu melemahkan lagi kedudukan perikatan.
Ketegangan yang berterusan antara USNO dan UPKO ini telah memberi keuntungan
kepada orang Cina. Hal ini bertambah rumit apabila Kerajaan Pusat campur tangan dan
memaksa Donald Stephens meletak jawatan. Apabila Donald Stephens meletak jawatan dan
memegang Menteri Hal-Ehwal Sabah, jawatan Ketua Menteri telah di sandang oleh Peter Lo
dari SCA. Parti UPKO berasa kecewa dengan tindakan USNO/SCA dan Kerajaan Persekutuan
kerana mereka beranggapan bahawa perlantikan Peter Lo ini akan menjadi laluan kepada Tun
Mustapha untuk menjadi Ketua Menteri selepas itu. Ini menyebabkan UPKO bertindak meminta
supaya kemasukan Sabah ke Malaysia dikaji semula. Sungguhpun demikian, cadangan ini
ditolak oleh Tunku dan ini menyebabkan Donald Stephens ingin berkerjasama dengan
Singapura untuk menubuhkan Persekutuan 3S (Singapura, Sabah, Sarawak).
Pada bulan Disember 1967, UPKO di bubarkan kerana Donald Stephens merasakan
pengaruh beliau dan UPKO semakin lemah. Setelah UPKO di bubarkan,USNO menguasai
Sabah semula dan ini disambut baik oleh Tunku dan Tun Mustapha. Ekoran dari itu,Donald
Stephens di lantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia. Dengan pembubaran
UPKO dan ketiadaan Donald Stephens dalam politik Sabah telah meredahkan suasana
ketegangan politik Sabah dan Sabah dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada
pembangunan negeri Sabah.
Kerajaan Perikatan 1967-1976
Pentabiran USNO masih membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat Sabah
walaupun terdaoat banyak kecacatan dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan (1967-1976).
Kerajaan perikatan pada tempoh ini sentiasa berusaha untuk menggalakkan perpaduan di
kalangan rakyat dan menanamkan semangat cintakan negara. Antara langkah yang telah di
laksanakan ialah meingiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi manakala Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi di Sabah yang bertujuan penyatuan rakyat.
Di bawah pentadbiran USNO, agama Islam telah di jadikan agama rasmi negeri Sabah.
Namun walaupun Islam sebagai agama rasmi negeri, tetapi agama lain bebas di amalkan. Bagi
menjayakan rancangan ini, Ketua Menteri telah menubuhkan United Sabah Islamic Association
(USIA) pada bulan Ogos 1969 yang bertujuan untuk mentadbir Islam dan menyebarkan dakwah
Islam di Sabah. Selain USIA, Kerajaan USNO juga telah menubuhkan Majlis Ugama Islam
Sabah (MUIS) pada tahun 1971 bagi menguruskan hal ehwal Islam di Sabah. Tindakan USNO
ini tidak disenangi oleh bumiputera bukan Islam kerana mereka merasakan bahawa dasar ini
tidak harus di laksanakan kerana Sabah terdiri daripada pelbagai agama. Akhirnya perpaduan
yang di kecapi telah goyah dan semangat perkauman dan keagamaan semakin menebal di hati
bumiputera Kristian dan Kadazan di Sabah.
Sungguhpun demikian, terdapat juga pembangunan dari segi ekonomi dan pelajaran
bumiputera Sabah. Pada tahun 1969, Yayasan Sabah telah di tubuhkan yang banyak memberi
manfaat kepada bumiputera Sabah. Kontrovesi yang wujud pada ketika ini, tidak pada tahap
yang membimbangkan kerana kedudukan USNO pada waktu itu telah kukuh dan sukar untuk di
tandingi. Usaha-usaha untuk menggugat kedudukan USNO akan segera diatasi. Penentangan
ke atas pimpinan USNO tidak berdiam begitu sahaja. Kemarahan dan ketidakpuasan dalam
kalangan rakyat semakin membara diatas dasar-dasar USNO yang kurang dipersetujui.
Peluang yang ditunggu telah tiba apabila BERJAYA ditubuhkan untuk mengembalikan
semangat politik rakyat Sabah.
Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)
Pembentukan Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dapat dibincangkan berdasarkan
hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur pada tahun-
tahun akhir pemerintahan Perikatan Sabah. Pada era awal pemerintahan Perikatan Sabah,
hubungan diantara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur adalah sangat
baik dan erat terutama sekali semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri. Namun,
apabila Tun Mustapha sudah menjadi semakin kuat dan terlalu berkuasa, hubungan baik ini
semakin renggang. Banyak berlaku pembaziran wang, penyelewengan dan penyalahgunaan
kuasa yang telah menyebabkan berlaku pertelagahan peribadi di antara kedua-dua tokoh Pusat
dan Negeri itu. Pertentangan yang berlaku ini telah menjadi faktor penting yang membawa
Kerajaan Pusat untuk menyokong penubuhan BERJAYA.
Dengan sokongan daripada Kerajaan Pusat Kuala Lumpur ini, Tun Mustapha tidak
dapat menyekat pertumbuhan parti BERJAYA. Selain daripada sokongan daripada Kerajaan
Pusat Kuala Lumpur, penubuhan parti ini juga turut disokong oleh tokoh-tokoh seperti
Abd.Ghafar Baba, Abd.Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri iaitu Tun
Fuad juga turut menyokong penubuhan parti ini.
Pada awal tahun 1975, hubungan antara Kerajaan USNO-SCA dan Kerajaan Barisan
Nasional (BN) menjadi semakin tegang apabila Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, meminta
dan menyokong supaya dibentuk satu parti baru yang lebih berbentuk multi-racial di Sabah
untuk menentang Tun Mustapha dan USNO. Oleh itu, parti BERJAYA, telah di bentuk pada 15
Julai 1975. Pemimpin yang menerajui parti BERJAYA ini terdiri daripada bekas pemimpin dalam
USNO yang tidak puas hati dan tidak bersefahaman dengan kepimpinan Tun Mustapha, seperti
Datuk Harris Salleh dan Datuk Salleh Sulong, bekas pemimpin parti UNKO seperti Tun Fuad
Stephens dan Datuk Peter Mojuntin, pemimpin Parti Cina seperti Yap Pak Leong, Chong Thain
Vun dan Lim Guan Sing serta ahli baru yang terdiri daripada sektor persendirian dan bekerja
seperti Datuk Yeh Pao Tzu,Datuk K.Y.Lee, Wong Boon Ping, Nicholas Fung,Joseph Pairin
Kitingan, Wong Yau Ket,Darius Binion,Datuk Fred Sinidol dan James P.Ongkili.
Parti BERJAYA merupakan parti pertama yang bersifat multi-racial yang di tubuhkan di
Sabah sejak negeri mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963.Ini dapat dilihat
apabila parti ini di terajui oleh pemimpin dari golongan bumiputera Muslim dan bukan Muslim
iaitu terdiri daripada bangsa Kadazan/Dusun, Bajau, Suluk, Rungus, Murut, Bisaya, Brunei,
Orang Sungai, Kwijau, Tatana, Tidong dan Kimaragang. Persatuan-persatuan Cina juga
menyertai parti ini kerana keyakinan mereka kepada parti ini dalam membangunkan semua
bangsa di Sabah dalam melibatkan diri dalam politik Sabah.
Kemunculan Parti BERJAYA ini telah di sambut baik oleh masyarakat Sabah dan ini
terbukti apabila Parti BERJAYA memenangi pilihanraya negeri dalam bulan April, 1976.
BERJAYA telah memperolehi 28 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Manakala
USNO hanya memperolehi 20 kerusi dan kebanyakan kerusi ini diperolehi daripada kawasan
bumiputera Islam. Parti BERJAYA hanya dapat menawan tiga buah kawasan penduduk Islam
iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang. Tetapi memperolehi undi yang terbanyak daripada orang-
orang Kadazan dan Cina.
Parti Bersatu Sabah (PBS)
Rakyat sememangnya menunggu kemunculan parti baru yang lebih baik yang mampu
mempertimbangkan tentang keperluan dan hak mereka. Keadaan pergolakan politik pada masa
tersebut telah digunakan sebaik mungkin oleh PBS untuk meraih sokongan daripada rakyat.
Walaupun wujud hanya 40 hari sebelum pilihanraya berlangsung, namun pemimpin-pemimpin
hebat seperti Joseph Pairin Kitingan, Joseph Kurup, Benard Giluk Dompok serta pemimpin
Kadazan yang lain yang berpendidikan tinggi telah berusaha sekuat-kuatnya untuk
menumpaskan parti BERJAYA.
Parti PBS turut mendapat sokongan kuat daripada orang Kadazan/Dusun yang tidak
puas hati dengan tindakan Datuk Harris yang menarik taraf daerah Tambunan dan sikap tidak
adil Parti BERJAYA dalam mengagihkan kekayaan kepada penduduk yang kurang berada di
bandar dan luar bandar. Sokongan padu daripada rakyat ini dapat dilihat apabila PBS
memenangi pilihanraya pada 10 April 1985. Daripada 48 kerusi yang di pertandingkan, PBS
telah memenangi 25 kerusi manakala USNO 16, PASOK 1 dan BERJAYA 6 kerusi.
Kemenangan ini mengejutkan Kerajaan Persekutuan dan presiden BERJAYA apabila Datuk
Harris kalah di tempat sendiri iaitu di Tenom kepada calon baru PBS yang tidak terkenal iaitu
Encik Kadoh Agundang. Kemenangan PBS dalam pilihanraya ini membolehkan PBS
membentuk kerajaan baru di Sabah. Datuk Jospeh Pairin Kitingan sebagai presiden parti telah
dilantik sebagai Ketua Menteri manakala Mark Koding telah dilantik sebagai Timbalan Ketua
Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar.
Selepas kejatuhan parti BERJAYA, Sabah terdedah semula kepada politik yang bersifat
perkauman. Bumiputera Islam kebanyakannya menyokong perjuangan parti USNO manakala
bumiputera bukan Islam menyokong perjuangan PBS. Namun, Datuk Joseph Pairin Kitingan
menyatakan bahawa parti ini untuk semua kaum tetapi disebabkan ia dibentuk oleh pemimpin
dari orang Kadazan/Dusun dan penyokong ramai dari Kadazan/Dusun dan Murut maka ia
kelihatan seperti di kuasai oleh satu kaum sahaja. PBS juga berhasrat untuk menarik sokongan
bumiputera Islam dan orang-orang Cina. Pada permulaan, PBS kurang mendapat sokongan
daripada bumiputera Islam kerana kurang yakin dengan wakil bumiputera Islam dalam PBS.
Wakil tersebut adalah Encik Nahalan Hj.Damsal yang merupakan pengikut ajaran Qadiani dan
Puan Ariah Tengku Ahmad yang merupakan saudara baru yang berketurunan Australia. Oleh
itu, kesetiaan mereka terhadap Islam masih diragui. Tanpa wakil Islam yang berpengaruh,
sokongan Orang Melayu-Muslim tetap kurang.
Setelah mengalahkan parti USNO dan BERJAYA, PBS memenangi pilihanraya pada 5
dan 6 Mei 1986 sekali lagi. Usaha USNO, BERJAYA serta BN untuk menyekat pengaruh PBS
tidak berjaya. Dalam pilihanraya tersebut PBS memenangi 34 kerusi manakala USNO dan
Berjaya masing-masing 12 dan 1 kerusi. Dengan 6 wakil yang di lantik oleh kerajaan selaras
dalam peruntukan Perlembagaan Negeri Sabah, PBS menguasai 40 daripada 54 kerusi Dewan
Undangan Negeri Sabah dan melayakkan PBS diterima sebagai ahli BN.
Menjelang pilihanraya tahun 1994, PBS keluar daripada BN dan menyertai pakatan
pembangkang di Semenanjung. Selepas pilihanraya pada tahun 1994, beberapa ahli PBS
melompat parti dengan menyertai BN dan atas usaha USNO, BN berjaya menguasai Sabah
semula. Kedudukan BN semakin kukuh apabila PBS hanya menang 8 kerusi daripada 19 kerusi
yang dipertandingkan dalam pilihanraya parlimen pada tahun 1995. Setelah itu, UMNO terus
maju ke Sabah apabila ramai anggota parti USNO, BERJAYA dan PBS menyertai parti
tersebut. Akhirnya PBS menyertai semula BN apabila sekali lagi kalah dalam pilihanraya pada
tahun 1999.
Tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa perkembangan politik Sabah mula berlaku begitu
rancak hanya selepas gagasan Malaysia ditubuhkan. Pengumuman gagasan ini telah dijadikan
landasan oleh pemimpin dan rakyat Sabah untuk membuka mata tentang pentingnya satu
kesatuan politik yang dapat dijadikan wadah untuk memperjuangkan hak rakyat dan memberi
kemerdekaan kepada Sabah. Kontroversi dan cabaran-cabaran yang berlaku telah menjadi
satu titik permulaan kepada rakyat Sabah untuk membina matlamat dan cita-cita bagi
kepentingan seluruh peringkat sosial di negeri Sabah.