12
MukaSurat 1 Berita Semasa 18 Ogos 2012 Mutakhir BERITA SEMASA Terima SMS Adik Maut Kemalangan Di Russia Keadaan jerebu di ibu negara masih di tahap sederhana: JAS Culik kawan lama KUALA LUMPUR: Demi memper- oleh RM4,000, seorang lelaki dibantu lima rakan jenayahnya berusia 30 ta- hun bukan saja sanggup memerangkap rakan baiknya sendiri yang bertemu semula selepas 10 tahun, sebaliknya turut menyeksa mangsa hampir tujuh jam selepas dikurung di sebuah flat di Chow Kit, di sini. Dalam kejadian bermula pada jam 10 malam, 4 September lalu, mangsa berusia 32 tahun disebat dengan wayar elektrik selain dipukul dengan batang mop. Malah, mangsa dibogelkan sebelum gambarnya dirakam menggunakan telefon bimbit. Tambah keji, sepanjang ditawan, mangsa disuntik sejenis cecair diper- cayai dadah sebelum suspek meminta RM4,000 sebagai syarat pembebasan- nya. Mangsa bagaimanapun, berjaya melarikan diri pada jam 7 pagi keeso- kannya ketika dibawa dua suspek ke pejabatnya untuk mengambil wang yang dituntut. Penyamun parah kena belasah KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki menyamun se- orang wanita di sebuah apartmen di Chow Kit, di sini, memakan diri apabila dia bukan saja dicekup orang ramai, malah dilaporkan kri- tikal selepas dibelasah puluhan lelaki, sema- lam. Lelaki berusia 30 tahun itu mengalami pendarahan teruk di muka dan kepala selain patah kaki kanan da- lam kejadian di Apart- men Hock Ann, pada jam 12 tengah hari. Kejadian berlaku selepas lelaki itu menyamun seorang wanita berusia 33 ta- hun dalam lif apartmen berkenaan. Difahamkan, suspek meminta wang dari- pada mangsa, tetapi wanita itu melawan menyebabkan dia dicekik sebelum be- berapa barang berharga seperti rantai, cincin dan telefon bimbit mangsa, diragut. Saksi kejadian, Kamal Ngah, 57, berkata, dia terdengar jeritan meminta orang ramai menahan lelaki berke- naan yang ketika itu sedang berlari kerana didakwa peragut. “Suasana bertukar ke- coh dan semua orang yang berada di warung membantu menahan lelaki itu,” katanya.

Typography Newspapers

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assignmenet

Citation preview

Page 1: Typography Newspapers

MukaSurat 1

Berita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

BERITA SEMASA

Terima SMS Adik Maut Kemalangan Di Russia

Keadaan jerebu di ibu negara masih di tahap sederhana: JAS

Culik kawan lamaKUALA LUMPUR: Demi memper-

oleh RM4,000, seorang lelaki dibantu

lima rakan jenayahnya berusia 30 ta-

hun bukan saja sanggup memerangkap

rakan baiknya sendiri yang bertemu

semula selepas 10 tahun, sebaliknya

turut menyeksa mangsa hampir tujuh

jam selepas dikurung di sebuah flat di

Chow Kit, di sini.

Dalam kejadian bermula pada jam

10 malam, 4 September lalu, mangsa

berusia 32 tahun disebat dengan wayar

elektrik selain dipukul dengan batang

mop.

Malah, mangsa dibogelkan sebelum

gambarnya dirakam menggunakan

telefon bimbit.

Tambah keji, sepanjang ditawan,

mangsa disuntik sejenis cecair diper-

cayai dadah sebelum suspek meminta

RM4,000 sebagai syarat pembebasan-

nya.

Mangsa bagaimanapun, berjaya

melarikan diri pada jam 7 pagi keeso-

kannya ketika dibawa dua suspek ke

pejabatnya untuk mengambil wang

yang dituntut.

Penyamun parah kena belasahKUALA LUMPUR:

Tindakan seorang

lelaki menyamun se-

orang wanita di sebuah

apartmen di Chow Kit,

di sini, memakan diri

apabila dia bukan saja

dicekup orang ramai,

malah dilaporkan kri-

tikal selepas dibelasah

puluhan lelaki, sema-

lam.

Lelaki berusia 30

tahun itu mengalami

pendarahan teruk di

muka dan kepala selain

patah kaki kanan da-

lam kejadian di Apart-

men Hock Ann, pada

jam 12 tengah hari.

Kejadian berlaku

selepas lelaki itu

menyamun seorang

wanita berusia 33 ta-

hun dalam lif apartmen

berkenaan.

Difahamkan, suspek

meminta wang dari-

pada mangsa, tetapi

wanita itu melawan

menyebabkan dia

dicekik sebelum be-

berapa barang berharga

seperti rantai, cincin

dan telefon bimbit

mangsa, diragut.

Saksi kejadian, Kamal

Ngah, 57, berkata,

dia terdengar jeritan

meminta orang ramai

menahan lelaki berke-

naan yang ketika itu

sedang berlari kerana

didakwa peragut.

“Suasana bertukar ke-

coh dan semua orang

yang berada di warung

membantu menahan

lelaki itu,” katanya.

Page 2: Typography Newspapers

Berita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

MukaSurat 2

Berita Semasa 18 Ogos 2012MutakhirBerita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

Hujan ribut rosakkan 22 buah rumah di Jalan Kuala Kedah

ALOR SETAR: Sebanyak 22 buah rumah di dua taman perumahan yang berkembar di Jalan Kuala

Kedah dekat sini rosak akibat dilanda hujan ribut awal hari ini.

Hujan yang diser-tai angin kencang bermula kira-kira pukul 2.30 pagi dan berhenti ham-pir waktu Subuh, merosakkan 14 buah rumah di Taman Pelangi dan lapan buah di Taman Mega. Seorang pemilik rumah di Taman Pelangi, Ahmed Bahrom, 61, berkata dia dan anggota kelu-arga seramai lima orang terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi ‘prak... prak...’

“Masa saya bangun pukul 2.45 pagi. Hu-jan sedang lebat dan angin kencang. Masa itu saya lihat siling plaster di ruang tamu mulai runtuh sedikit-sedikit sehingga habis semuanya manakala bumbung rumah diter-bangkan angin,” kata pesara tentera itu yang kerugian hampir RM10,000.

Seorang lagi mangsa, Sufiah Ahmad, 58, dari Taman Mega kerugian lebih RM5,000 akibat bumbung rumahnya terbongkah diterbangkan ribut kencang dalam kejadian itu.

Sementara itu, taksiran awal oleh Umno bahagian Kuala Kedah mendapati mangsa bencana tersebut mengalami kerugian ter-masuk kerosakan perkakas rumah berjum-lah hampir RM200,000.

Naib ketuanya Datuk Abdul Mutholib Har-un bertindak pantas mengetuai 20 anggota Skuad Prihatin Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah membantu mangsa bencana itu.

“Kita membantu membersihkan runtuhan siling plaster, bumbung rumah dan garaj yang diterbangkan angin kencang serta mengeringkan air yang memenuhi rumah mangsa dan selesai kira-kira pukul 12 ten-gah hari.

“Semua mangsa juga dibantu membuat laporan polis serta permohonan bantuan pemulihan rumah dari Jabatan Kebajikan

Masyarakat,” katanya kepada Bernama se-masa ditemui di tempat kejadian.

Abdul Mutholib turut menyampaikan wang tunai sumbangan ketua Umno bahagian, Datuk Latt Shariman Abdullah kepada se-mua 22 ketua rumah mangsa bencana itu.

Latt Shariman yang juga Penasihat Per-satuan Bulan Sabit Merah Malaysia negeri Kedah menyumbangkan 22 kanvas untuk menutup bumbung rumah yang terbongkah buat sementara waktu bagi mengelak dari-pada dimasuki hujan. - Bernama

Sembilan tinggal sehelai sepinggang, kediaman musnah dijilat api

KUALA TERENGGANU: Sem-bilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pu-

saka yang didiami mereka di Kampung Tanjung Paya di sini, hangus dalam kebakaran awal hari ini.

Kejadian berlaku pukul 3 pagi ketika keluarga berkenaan sedang nyenyak tidur. Menurut mangsa, Halipah Che Mo-hamed, 57, semasa kejadian beliau yang sedang tidur di ruang tamu bersama tiga anak, tiga cucu dan seorang adiknya, tersedar dan melihat api sedang marak dari sebuah bilik tidur.

Beliau yang bersyukur kerana ibu sau-daranya yang berusia 73 tahun tidur di rumah saudara, kemudian mengejutkan semua anggota keluarganya bagi me-nyelamatkan diri.

“Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan saya gagal menyelamatkan harta benda termasuk duit raya serta duit pampasan anak berjumlah RM 1,000,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kebakaran itu menyebabkan rumah yang didiami ibu tunggal berkenaan hangus sepenuhnya.

Sementara itu Penolong Penguasa Bom-ba Terengganu, Imran Ismail berkata 19 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

Katanya bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal keba-karan.

“Ketika sampai di tempat kejadian api telah marak menjilat keseluruhan struk-tur rumah itu dan kita berjaya men-gawal dari merebak ke rumah bersebe-lahan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata punca dan nilai sebenar kerugian masih dalam siasatan. - Ber-nama

Page 3: Typography Newspapers

MukaSurat 3

Berita Semasa 18 Ogos 2012MutakhirBerita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

Terima SMS adik maut kemalan-gan di Russia

SEDIH...Adzlin bersama ibu saudaranya, Datuk Rabe’ahtul A Abbas.PUTRAJAYA: “Kami pun pelik apabila dia tak jawab SMS. Biasanya dia akan men-ghubungi keluarga sebaik tiba di sana, tetapi kali ini dia langsung tak memberitahu kami sekeluarga,” kata Adzlin Dimyati, 27, kakak kepada pelajar Malaysia, Adzreen, 22, yang terbunuh dalam kemalangan di Nizhny, Russia.

Menurutnya, dia mengirimkan SMS kepada adiknya itu jam 12 tengah malam kelmarin untuk mengetahui sama ada sudah tiba di Russia atau tidak.

“Bagaimanapun, pagi tadi (semalam) saya dapat SMS daripada abang yang mem-beritahu adik saya meninggal dunia akibat kemalangan. “Abang saya dapat tahu selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghubunginya jam 9 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Presint 9, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin waktu tempatan (3 pagi semalam waktu Malaysia) itu, Adzreen bersama enam rakan lain, semuanya pelajar Malaysia dalam perjalanan dari lapangan terbang ke kampus mereka di Akademi Perubatan Negeri Ni-zhny Novgorod dengan sebuah bas.

Bagaimanapun, bas dinaiki terbabit kema-langan di wilayah Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny, berpun-ca daripada pemandu yang gagal mengawal kenderaan kerana dikatakan terlelap.

Kejadian itu menyebabkan Adzreen, se-orang pelajar ditaja JPA, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala ra-kannya, Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dari Dungun, Terengganu terbunuh di tempat kejadian. Lima yang cedera dalam kemalangan itu ialah pelajar tajaan Mara iaitu Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kama-rul Bahrin dan Siti Romeza. Mereka pelajar kursus perubatan yang akan meneruskan tahun kelima pengajian di akademi berke-naan.

Adzlin berkata, adiknya yang lebih mesra dipanggil ‘An’ pulang ke Russia selepas bercuti semester selama tiga bulan di tanah air.

“Sepanjang tiga bulan bercuti kami tidak nampak sebarang perubahan terhadap dirinya. Malah, kami sekeluarga gembira kerana dapat menyambut Aidilfitri bersama.

“Kami empat beradik sangat rapat dan dia baik dengan kembarnya, Adzwin. Malah, sebelum ini mereka tidak pernah berpisah kerana bersekolah sama iaitu di Kolej Teng-ku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan, belajar dalam kelas sama dan menyambung pelajaran ke peringkat A Level di tempat sama.

“Pertama kali mereka berpisah ketika me-nyambung pengajian di peringkat universiti apabila Adzwin menyambung pengajian da-lam bidang perubatan di Poland,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Russia, Datuk Zainol Abidin Omar berkata, pihak kedutaan berusaha untuk membawa pulang jenazah dengan segera.

Menurutnya, kakitangan kedutaan juga segera ke Hospital Viyazniky di Vladimirs-kaya untuk melawat pelajar yang cedera.

DUNGUN: “Sepanjang pulang bercuti arwah setiap masa tidur di sisi kami berdua dan kami tidak menyangka perbuatan peliknya itu adalah yang terakhirnya buat kami,” kata Rokayah Mohd, 61, selepas anak bongsunya Hanisah Muhd Shah, 22, terbunuh dalam kemalangan di Moscow, Russia, semalam.

Rokayah berkata, anaknya itu pulang bercuti selama dua bu-lan dan menyambut hari raya bersama keluarga. Dia berkata, suaminya, Muhd Shah Salleh, 62, serta tiga lagi anaknya Nurhazirah, 31, Fakrulrazi, 29, dan Khairul Izudin, 26, baru saja sampai ke Dungun selepas menghantar arwah di Lapan-gan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.

“Sebaik saja arwah terbang dari KLIA jam 3 pagi, kel-

marin, saya dan suami serta anak-anak bertolak pulang ke Dungun dan pagi ini kami dikejutkan dengan berita ke-malangan yang mengorbankan arwah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Pasir, di sini, semalam.

Menurutnya, dia ada men-erima SMS daripada arwah memaklumkan sudah sampai di Lapangan Terbang di Nizhy, Russia jam 6.30 petang waktu tempatan.

“Arwah menaiki van bersama enam lagi rakan dan dia mem-beritahu perjalanan ke univer-sitinya di Moscow mengambil masa tujuh jam dan ketika da-lam perjalanan itu dia terbabit kemalangan,” katanya.

Rokayah berkata, ketika be-rada di dapur jam 10 pagi, dia menerima kunjungan pegawai dari Pejabat Mara Dungun dan

sebaik pegawai itu memperke-nalkan diri hati terdetik mem-beritahu anaknya kemalangan.

“Belum sempat dia memberi-tahu saya terdetik di hati dia mendapat kemalangan dan ketika itu saya rasa sangat se-dih sebelum berpegang kepada suami di sebelah kerana berasa bagaikan pitam,” katanya.

Tidur di sisi ayah, ibu sepanjang cuti

SHAH ALAM: Akibat marah dan bengang apabila cuba dirompak, dua lelaki nekad mengejar perompak terbabit sebelum merempuh kereta penjenayah terbabit dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Subang Jaya, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa bersama majikannya pergi stesen minyak berkenaan untuk mengisi petrol terke-jut dengan kehadiran dua lelaki tempatan menaiki Perodua Myvi yang kemu-dian mengacukan objek dipercayai pistol terhadap mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa yang bersendirian didatangi suspek ketika majikan-nya membuat bayaran di kaunter.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 25 dan 43 tahun itu mengarahkan mangsa menyerahkan dompet dan wang, namun membatalkan hasratnya apabila majikan mangsa melihat ke jadian itu.

“Suspek melarikan diri dengan seorang lagi ra-kan yang sedia menunggu dalam kereta, namun dikejar mangsa dan majikannya.

“Mangsa mengejar suspek hingga ke sebuah kawasan perumahan di Seksyen 14, Subang Jaya,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, mangsa merempuh bahagian bela-kang kereta suspek sehingga hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan sebelum kedua-dua mereka keluar dari kereta dan melarikan diri.

Menurutnya, mangsa men-ghubungi polis dan sepa-sukan anggota dari balai

berhampiran dikejarkan ke tempat kejadian dan mena-han suspek yang bersembu-nyi di kawasan perumahan itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui satu objek dipercayai sepucuk pistol mainan, lampu suluh, tele-fon bimbit dan sebuah beg dalam kereta suspek.

“Hasil ujian air kencing dan siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek berasal dari Petaling Jaya didapati positif dadah jenis syabu, namun tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Rempuh kereta perompak

Page 4: Typography Newspapers

Berita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

MukaSurat 4

Berita Semasa 18 Ogos 2012MutakhirBerita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

GEORGETOWN: Angkara cemburu kerana menari dengan seorang daripada teman wanita suspek, lima lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk cedera dibelasah dalam satu pergaduhan di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Batu Ferringhi, di sini, Sabtu lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 11.30 malam apabila sekumpulan le-laki berusia 20 hingga 30-an ke pusat hiburan berkenaan bersama teman wanita masing-masing untuk berhibur di malam minggu.

Ketika mereka asyik berseronok, datang sekumpulan lelaki lain dan menghampiri sambil mengajak seorang daripada teman wanita mereka menari bersama .

Keadaan itu menyebabkan seorang lelaki daripada kumpulan berkenaan tidak berpuas hati apabila teman wanitanya cuba dirampas lelaki lain.

Situasi secara tiba-tiba menjadi tegang dan berlaku pertengkaran sebe-lum berlanjutan kepada pergaduhan di hadapan pusat hiburan itu.

Akibat pergaduhan itu, lima daripada mereka berusia antara 20 hingga 27 tahun cedera.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat.

Menurut sumber, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif dan identiti sebenar suspek dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.

Lima dibelasah angkara cemburu

Impian bercuti berkuburKUANTAN: Impian seorang pekerja am Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) makan angin ke Indonesia, tidak kesampaian apabila dia ter-bunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabu-han, dekat Sungai Karang Darat, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Wan Rohaini Wan Ishak, 54, meninggal dunia di tempat ke-jadian akibat cedera parah di kepala apabila motosikalnya bergesel dengan sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Balok.

“Sebelum arwah keluar bekerja, saya sempat mendengar suaranya ketika bercakap dengan suami men-genai perancangannya melancong ke Indonesia bersama rakan sekerja. Saya sedih impiannya itu tidak ke-sampaian,” kata Norizan Mamat, 43, adik tiri Wan Rohaini yang ditemui di rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), semalam.

Norizan berkata, Wan Rohaini dijadualkan berangkat ke Indonesia pada 9 September ini selepas dipi-lih mengikuti kunjungan bersama kakitangan MPK melalui inisiatif Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) dan difahamkan tiket penerbangan ke negara itu sudah dibeli.

“Sebelum arwah keluar ke tempat kerja pagi tadi (semalam), saya ada mendengar dia bercakap dengan suami di luar rumah meminta kami mengeluarkan wangnya dari dalam akaun sebanyak RM1,000 untuk dibawa ke Indonesia namun saya

tidak sempat menemuinya ketika itu,” katanya.

Katanya, dia hanya menyedari kakak tirinya terbabit dalam kemalangan selepas dimaklumkan rakan sekerja Wan Rohaini yang datang ke rumah.

“Saya terkejut diberitahu arwah meninggal dunia sejurus tiba di HTAA. Walaupun terkilan dengan kejadian yang menimpanya namun kami tetap reda,” katanya.

“Arwah seorang yang sangat ramah dan periang menyebabkan dia dis-enangi di kalangan ahli keluarga dan rakan malah arwah mempunyai ra-mai kawan kerja memandangkan dia sudah banyak kali bertukar lokasi kerja sepanjang hampir 20 tahun berkhidmat dalam MPK,” katanya.

Norizan berkata, jenazah Wan Rohaini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Jauh, Temerloh yang berdekatan dengan rumah orang tua serta ahli keluarga mereka yang lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ceroboh hotel untuk rogolMELAKA: Seorang penjenayah remaja dibelasah selepas dipercayai cuba merogol dan melarikan beg tangan seorang jurujual di sebuah hotel bajet di Ta-man Melaka Raya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi, penjenayah berusia 15 tahun itu ditangkap orang ramai yang ter-dengar jeritan mangsa tidak jauh dari lokasi kejadian sejurus kemudian. Menurut mangsa dikenali sebagai Wong, 38, dia yang baru pulang bersarapan di sebuah kedai ber-hampiran terkejut selepas mendapati penjenayah itu berada dalam bilik yang disewanya.

“Sebaik masuk ke dalam bilik, saya terus ditarik dan badan dihempas di atas katil hotel sebelum pen-jenayah itu dipercayai cuba merogol saya menyebab-kan berlaku pergelutan.

“Dalam pergelutan itu, lelaki terbabit cuba mem-buka baju saya namun dapat dihalang,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu ketika ditemui, di sini, semalam.

Dalang dadah miliki hotelKUALA LUMPUR: Hasil menjadi perancang utama sindiket penye-ludupan dadah meng-gunakan keldai dadah terdiri daripada wanita tempatan dan warga as-ing, seorang lelaki rakyat Nigeria dikesan mampu memiliki hotel sendiri di negara asalnya selain menginap di banglo dan menggunakan beberapa kereta mewah di Malay-sia.

Lelaki berusia 31 tahun yang diburu Jabatan Siasatan Jenayah Narko-tik (JSJN) Bukit Aman sejak lebih enam bu-lan lalu itu diberkas di Lukut, Negeri Sembilan, Sabtu lalu selepas polis mendapat maklumat hasil beberapa serbuan dan tangkapan dilakukan sejak 27 Ogos lalu mem-babitkan nilai rampasan dadah berjumlah RM7 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam beberapa serbuan dilakukan di ibu negara, Selangor dan Negeri Sembilan minggu lalu, seramai sembilan suspek ditahan termasuk ketua sindiket dadah antara-bangsa terbabit.

“Jumlah tangkapan seramai sembilan suspek

berusia 25 hingga 38 tahun termasuk ketua sindiket terbabit iaitu lima lelaki dan seorang wanita warga Nigeria, seorang lelaki warga Iran serta masing-masing seorang wanita warga Zambia dan seorang lagi wanita tempatan.

“Dadah dirampas pula sebanyak 32.4 kilogram syabu dan 16.9 kilogram heroin dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar negara,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, ketua sindiket dadah itu diber-kas bersama seorang wanita tempatan yang mendakwa isteri suspek dan polis menyita dua kenderaan BMW dan Toyota Camry, namun tiada rampasan dadah di banglo mewah didiami pasangan terbabit.

“Sindiket dadah antara-bangsa itu sudah beroperasi lebih dari-pada enam bulan dengan melakukan kegiatan menyeludup dan men-jadikan Malaysia sebagai transit terutama dadah jenis syabu sebelum die-dar untuk pasaran tempa-tan dan beberapa negara lain di Eropah, Asia dan Amerika Selatan.“Antara modus operandi sindiket didalangi warga

Nigeria itu adalah meng-gunakan beg pakaian yang diubah suai untuk menyembunyikan da-dah sebelum diseludup masuk keldai dadah melalui lapangan terbang dan kami akan ber-hubung dengan Interpol untuk menyiasat rang-kaian sindiket itu serta memburu ahlinya yang masih bebas” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan kelmarin, Noor Rashid berkata, pihaknya menahan sepasang suami isteri dan anak perempuannya berusia 18 tahun serta warga Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan merampas syabu seberat 2.4 kilogram.

“Pada hari sama, kami menahan dua beradik perempuan berusia 54 dan 57 tahun dari Iran di KLIA selepas hasil pe-meriksaan menemui 4.2 kilogram syabu dalam bagasi mereka.

“Ini menjadikan keselu-ruhan dadah dirampas sepanjang minggu lalu dianggarkan bernilai RM8.3 juta mem-babitkan 39 kilogram syabu dan 16.9 kilogram heroin,” katanya.

Page 5: Typography Newspapers

MukaSurat 5

Berita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

Penolong pegawai AADK maut ketika halang peragutSUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang cedera ketika menghalang dua peragut daripada melarikan diri dalam kejadian di pekan Bi-dong, dekat sini Ahad lalu, meninggal dunia di Hos-pital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini selepas dua hari menerima rawatan di hospital itu.

Mohd Majdi Abdul Hamid, 33, yang bekerja sebagai Penolong Pegawai di Ba-hagian Kaunseling, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) di Karangan, Kulim meninggal dunia kira-kira 6 pagi ini selepas mengalami kecederaan parah di kepala dalam keja-dian kira-kira 12.30 tengah hari itu. Dia dikejarkan ke HSAH selepas terjatuh sewaktu bergelut dengan seorang daripada peragut.

Mohd Majdi yang berkh-idmat lebih sembilan tahun bersama AADK, mening-galkan seorang isteri, Nor-baizura Rohim, 30, dan tiga anak, Mohd Atib Naufal, 6, Nur Asma Nuha, 5, serta Nahiz Nafiz, 2.

Ibu mertua mangsa, Che Amah Abdullah, 52, berkata dia dimaklumkan kejadian malang itu berlaku sewaktu Mohd Majdi sedang minum di sebuah kedai makan ber-

sama anaknya, Nur Asma Nuha.

“Kejadian ragut itu berlaku di depan mata dia. Peragut itu melarikan beg tangan salah seorang pelanggan wanita di kedai itu, namun terpaksa berpatah balik kerana jalan ditutup untuk laluan kereta api.

“Sewaktu kedua-dua peragut itu melarikan diri, menantu mak cik cuba menangkap. Selepas dua kali mencuba, salah seorang peragut itu terjatuh daripada motosikal dan kepala anak mak cik terhantuk ketika mereka bergelut,” katanya ketika ditemui di HSAH hari ini.

Katanya peragut yang jatuh itu berjaya ditangkap orang ramai yang ada di kawasan berhampiran manakala rakannya dapat melarikan diri.

Isterinya Norbaizura ketika ditemui berkata kejadian itu sememangnya mengejut-kannya tetapi dia perlu ta-bah untuk membesar anak-anak yang masih kecil.

Che Amah berkata dia merasai kehilangan Mohd Majdi yang disifatkannya sebagai seorang menantu yang baik, peramah dan ringan tulang.

“Memang kehilangan arwah sangat dirasai, sebagai ibu bapa, mak cik akan turut sama membantu Norbai-zura menjaga dan mendidik cucu-cucu mak cik su-paya mereka tidak merasa kekurangan kasih sayang walaupun ayah mereka sudah tiada,” katanya.

Jenazah Mohd Ma-jdi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Bidong, selepas solat Asar. - Bernama

Peniaga pukul isteri didenda RM1,000KUANTAN: Seorang peniaga didenda RM1,000 atau penjara empat minggu jika gagal membayar denda itu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya Mac lalu.

Iskandar Lailomee, 25, dari Peramu, dekat sini mengaku me-nyebabkan kecederaan terhadap isterinya Nelli Handanyani Zulkifli, 25, dengan menampar muka serta menendang bahagian belakang badan mangsa. Dia melakukan kesalahan itu pada 10 pagi, 24 Mac lalu di sebuah rumah bernombor 11, Lorong Peramu Maju Baru 2, Peramu.

Iskandar yang memakai baju T berwarna hitam dan berseluar jeans didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh merayu kepada Majistret Rini Triany Mu-hammad Ali agar mengenakan hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf selain perlu menyara duaanak dan isterinya dengan pendapatan yang tidak tetap sebagai peniaga. - Bernama

Dalang dadah miliki hotelKUALA LUMPUR: Hasil menjadi perancang utama sindiket penyeludu-pan dadah menggunakan keldai dadah terdiri daripada wanita tempatan dan warga asing, seorang lelaki rakyat Nigeria dikesan mampu memiliki hotel sendiri di negara asalnya selain menginap di banglo dan mengguna-kan beberapa kereta mewah di Ma-laysia.

Lelaki berusia 31 tahun yang diburu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak lebih enam bulan lalu itu diberkas di Lukut, Neg-eri Sembilan, Sabtu lalu selepas polis mendapat maklumat hasil beberapa serbuan dan tangkapan dilakukan sejak 27 Ogos lalu membabitkan nilai rampasan dadah berjumlah RM7 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam beberapa serbuan dilakukan di ibu negara, Selangor dan Negeri Sem-

bilan minggu lalu, seramai sembi-lan suspek ditahan termasuk ketua sindiket dadah antarabangsa terbabit.

“Jumlah tangkapan seramai sembilan suspek berusia 25 hingga 38 tahun termasuk ketua sindiket terbabit iaitu lima lelaki dan seorang wanita warga Nigeria, seorang lelaki warga Iran

serta masing-masing seorang wan-ita warga Zambia dan seorang lagi wanita tempatan.

“Dadah diram-pas pula seban-yak 32.4 kilogram syabu dan 16.9 kilogram heroin dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar

negara,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, ketua sindiket dadah itu diberkas bersama seorang wanita tempatan yang mendakwa isteri sus-pek dan polis menyita dua kenderaan

BMW dan Toyota Camry, namun tiada rampasan dadah di banglo me-wah didiami pasangan terbabit.

“Sindiket dadah antarabangsa itu sudah beroperasi lebih daripada enam bulan dengan melakukan kegiatan menyeludup dan menjadikan Malay-sia sebagai transit terutama dadah jenis syabu sebelum diedar untuk pasaran tempatan dan beberapa neg-ara lain di Eropah, Asia dan Amerika Selatan.

“Antara modus operandi sindiket didalangi warga Nigeria itu adalah menggunakan beg pakaian yang di-ubah suai untuk menyembunyikan da-dah sebelum diseludup masuk keldai dadah melalui lapangan terbang dan kami akan berhubung dengan Interpol untuk menyiasat rangkaian sindiket itu serta memburu ahlinya yang masih bebas” katanya.

Page 6: Typography Newspapers

Berita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

MukaSurat 6

Berita Semasa 18 Ogos 2012MutakhirBerita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

Keadaan jerebu di ibu negara masih di tahap sederhana: JAS

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu

di negara ini masih di tahap seder-

hana dengan Nilai, Negeri Sembilan

mencatat bacaan Indeks Pencemaran

Udara (IPU) tertinggi iaitu 93.

Selain itu, bacaan di 40 lokasi lain

termasuk Perlis, Kedah dan Pulau

Pinang berada pada tahap sederhana

iaitu di bawah 80 setakat 11 pagi ini,

dengan Kuala Lumpur mencatat ba-

caan 76, menurut laman web Jabatan

Alam Sekitar (JAS).

Sementara itu, jurucakap bahagian

udara jabatan itu berkata setakat ini

pihaknya belum menerima laporan

punca keadaan jerebu di ibu negara

hari ini, namun keadaan itu dijangka

tidak berpanjangan.

“Bagaimanapun keadaan itu bergan-

tung kepada cuaca, kerana jika cuaca

kering sepanjang minggu ini seperti

yang dilaporkan oleh Jabatan Me-

teoroloji Malaysia, jerebu mungkin

boleh berlarutan,” katanya ketika

dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi

Malaysia memaklumkan keadaan

panas dan kering di rantau ini akan

berpanjangan sehingga Oktober ini.

Bulan lepas, jerebu turut melanda

negara berikutan cuaca panas

berterusan di rantau ini yang me-

nyebabkan berlakunya kebakaran

tempatan, termasuk kebakaran

tanah gambut di Bestari Jaya, Se-

langor dan peningkatan bilangan

titik panas di Sumatera, Indonesia

yang mencatat lebih 400 titik panas.

Bagaimanapun keadaan berjerebu itu

berkurangan menjelang Hari Raya Ai-

dilfitri pada 19 Ogos lalu. - Bernama

Rempuh kereta perompak

SHAH ALAM: Akibat marah dan bengang apabila cuba dirompak, dua lelaki nekad mengejar perompak terb-abit sebelum merempuh kereta pen-jenayah terbabit dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Subang Jaya, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa bersama majikannya pergi stesen minyak berkenaan untuk mengi-si petrol terkejut dengan kehadiran dua lelaki tempatan menaiki Perodua Myvi yang kemudian mengacukan objek dipercayai pistol terhadap mereka.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa yang bersendirian didatangi suspek ketika majikannya membuat bayaran di kaunter.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 25 dan 43 tahun itu mengarahkan mangsa menyerahkan dompet dan wang, na-mun membatalkan hasratnya apabila majikan mangsa melihat ke jadian itu.

“Suspek melarikan diri dengan se-orang lagi rakan yang sedia menunggu dalam kereta, namun dikejar mangsa dan majikannya.

“Mangsa mengejar suspek hingga ke sebuah kawasan perumahan di Seksy-en 14, Subang Jaya,” katanya di sini semalam.Beliau berkata, mangsa merempuh bahagian belakang kereta suspek seh-ingga hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan sebelum kedua-dua mereka keluar dari kereta dan melarikan diri.

Menurutnya, mangsa menghubungi polis dan sepasukan anggota dari balai berhampiran dikejarkan ke tempat kejadian dan menahan suspek yang bersembunyi di kawasan perumahan itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis me-

nemui satu objek dipercayai sepucuk pistol mainan, lampu suluh, telefon bimbit dan sebuah beg dalam kereta suspek.

“Hasil ujian air kencing dan siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek be-rasal dari Petaling Jaya didapati positif dadah jenis syabu, namun tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Pintu tren gagal ditutup, perkhidmatan LRTlaluan Kelana Jaya terganggu

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan

(LRT) laluan Kelana Jaya terganggu kira-kira satu jam 30

minit hari ini ekoran masalah teknikal.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Syarikat

Prasarana Berhad Masnizam Hisham berkata kejadian 8

pagi itu berlaku setelah satu daripada pintu tren ketika ber-

henti di Stesen LRT Kampung Baru gagal ditutup rapat.

“Masalah itu menyebabkan pemandu LRT terpaksa menu-

tup pintu tren secara manual menyebabkan perkhidmatan

LRT di laluan Kelana Jaya bergerak perlahan,” katanya

ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Keadaan itu menyebabkan beribu-ribu warga Lembah

Klang yang menggunakan perkhidmatan LRT tiba lewat ke

destinasi atau tempat kerja masing-masing.

“Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya kembali berop-

erasi seperti biasa pada 9.38 pagi,” katanya. - Bernama

Page 7: Typography Newspapers

MukaSurat 7

Berita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

Kastam rampas barang seludupbernilai RM392 juta setakat Ogos

BUTTERWORTH: Jaba-

tan Kastam Diraja Malay-

sia berjaya merampas pel-

bagai barangan seludup

bernilai RM392 juta bagi

lapan bulan pertama tahun

ini, meningkat 17 peratus

berbanding tempoh sama

tahun lepas.

Ketua Pengarahnya,

Datuk Khazali Ahmad

berkata barangan terbabit

yang dirampas menerusi

4,117 kes membabitkan

nilai cukai RM263 juta

iaitu peningkatan tiga

peratus berbanding 2011.

Barangan paling banyak

dirampas berdasarkan

nilai ialah rokok, dadah,

tekstil, kenderaan dan

minuman keras, katanya

kepada pemberita selepas

pelancaran Operasi Tetap

Patroli Laut Terkoordinasi

Kastam Malaysia-Indone-

sia 2012, di sini, hari ini.

Katanya barangan terbabit

dikategori sebagai baran-

gan kritikal dan banyak

diseludup kerana kadar

cukainya yang tinggi

selain memerlukan permit

import dan permintaannya

juga tinggi.

“Sehingga 31 Ogos lepas,

kita telah merampas

rokok bernilai RM27 juta

dan jumlah itu menurun

sebanyak 40 peratus dari-

pada nilai rampasan bagi

tempoh yang sama tahun

lepas iaitu RM45 juta.

“Namun jumlah kes

rampasan rokok mening-

kat sebanyak 26 peratus

bagi lapan bulan pertama

tahun ini iaitu 1,868 kes

rampasan rokok berband-

ing tahun lepas sebanyak

1,487 kes,” katanya.

Khazali berkata kejayaan

pihaknya adalah hasil

beberapa strategi yang di-

laksanakan secara berter-

usan sepanjang tahun

ini termasuk kerjasama

dengan agensi penguat

kuasa lain.

Katanya orang ramai

juga memainkan peranan

penting dalam membantu

jabatan itu membanteras

penyeludupan. - Bernama

Nenek rugi RM10,000 ditipu 2 ‘pekerja TNB’

ALOR GAJAH: Seorang

warga emas kerugian kira-

kira RM10,000 apabila

diperdaya dua penyangak

yang menyamar sebagai

kakitangan Tenaga Nasional

Berhad (TNB) di rumahnya

di sebuah kampung di Lubok

Cina, di sini.

Difahamkan, dalam kejadian

jam 11.30 pagi Selasa lalu,

mangsa yang juga ibu tung-

gal berusia 79 tahun berada

di rumahnya seorang diri.

Ketua Polis Daerah Alor

Gajah, Superintendan Umar

Ali Shaifuddin Shaharuddin

berkata, wanita itu didatangi

dua lelaki menaiki Perodua

Myvi berwarna putih dengan

mendakwa dari TNB Alor

Gajah dan memberitahu

mahu melakukan pemerik-

saan elektrik di setiap rumah.

“Mangsa yang tidak menge-

tahui niat sebenar suspek

membenarkan lelaki itu

masuk ke dalam rumah un-

tuk melakukan pemeriksaan

pada peralatan elektrik.

“Seorang suspek berpura-

pura melakukan pemeriksaan

peralatan elektrik di dalam

rumah, manakala rakannya

mengambil gambar dalam

dan luar rumah,” katanya di

sini, semalam.

Menurutnya, seorang suspek

kemudian menyuruh wanita

itu mengambil kad penge-

nalan untuk direkodkan ke

dalam buku catatan sebelum

pemeriksaan selanjutnya

dilakukan.

Katanya, tanpa berfikir

panjang, mangsa masuk ke

dalam bilik dan mengambil

kad pengenalan dalam beg

sebelum meletakkan semula

beg itu di atas katil.

“Mangsa menyerahkan kad

pengenalannya kepada se-

orang suspek yang bertindak

mengisi butirannya. Selepas

15 minit di sekitar rumah

mangsa, kedua-dua suspek

menyatakan tugas mereka

sudah selesai lalu meminta

diri sebelum menghilangkan

diri.

“Beberapa minit selepas

suspek beredar, mangsa

masuk ke dalam biliknya dan

mendapati wang dalam sam-

pul surat berjumlah RM750

hilang,” katanya.

Menurutnya, selain wang

tunai, satu rantai leher, dua

rantai tangan dan dua bentuk

cincin emas disimpan dalam

beg turut lesap.

Umar berkata, wanita itu

mengalami kerugian diang-

garkan RM10,000 selepas

wang tunai dan barang ke-

masnya dilarikan dua lelaki

terbabit.

“Siasatan awal mendapati

kedua-dua suspek berkulit

cerah, seorang daripadanya

memiliki susuk tubuh kurus

dan tinggi, manakala rakan-

nya berbadan rendah.

“Polis menasihatkan orang

ramai berhati-hati sekiranya

didatangi individu berkenaan

dan segera menghubungi

balai polis berhampiran atau

talian 06-5562222 untuk

tindakan lanjut,” katanya.

Page 8: Typography Newspapers

Berita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

MukaSurat 8

Berita Semasa 18 Ogos 2012MutakhirBerita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

Media Prima lancar projek animasi

PETALING JAYA: Kumpulan media bersepadu terkemuka, Media Prima

Berhad semalam, melancarkan satu lagi projek inisiatif di bawah jenama

baru program kanak-kanak Bananana!, The Next Big Thing.

Projek dihasilkan dengan kerjasama Multimedia Development Corpora-

tion (MDeC), Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dan Rhythm & Hues Studio

itu bertujuan mengenali hasil karya tempatan sekali gus melonjakkan

industri kreatif negara ke mata dunia.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad

Izham Omar, berkata pihaknya menyokong industri kreatif tempatan dan

mahu ia terus berkembang bukan saja daripada aspek kuantiti malah turut

mengambil kira kualiti serta tahap kreativiti.

“The Next Big Thing adalah sebahagian daripada usaha kita untuk men-

genal potensi animator tempatan dalam menghasilkan kandungan animasi

bertaraf dunia menerusi platform media.

“Apa yang membanggakan, setakat ini kita sudah menerima 30 peny-

ertaan dan akan memilih 10 yang terbaik untuk dimuat naik ke saluran

Tonton,” katanya pada sidang media selepas menandatangani perjanjian

persefahaman (MoU) antara Media Prima, MDeC, Cradle dan Rhythm &

Hues di Sri Pentas, di sini, semalam.

MDeC diwakili Ketua Dasar dan Strategi Bahagian Multimedia Kreat-

ifnya, Hasnul Nadzrin Shah, Cradle bersama Ketua Pegawai Eksekutif-

nya, Nazrin Hassan, manakala Rhythm & Hues ditandatangani Pengurus

Kanan Studio Antarabangsanya, Hasnul Hadi Samsudin.

‘Biar susah sendiri’

“Saya bukan orang

senang, malah saya ada

sembilan beradik dan

empat daripada kami

masih belajar.

“Kalau boleh saya tidak

mahu membebankan

ibu dan ayah, malah jika

kesempitan wang, saya

selesaikan dan Alham-

dulillah setiap apa yang

berlaku dapat ditangani

dengan mudah,” katanya

selepas majlis itu di De-

wan Wawasan, di sini.

Anugerah disampaikan

Ahli Jemaah Pemangku

Sultan Kedah, Datuk Seri

Tunku Puteri Intan Shafi-

naz Tuanku Abdul Halim

Mu’adzam Shah.Katanya

yang bercita-cita menjadi

pensyarah itu, dia hanya

mahu keluarganya gem-

bira dan bangga mempu-

nyai anak sepertinya dan

bertekad mengubah nasib

keluarga menjadi lebih

baik.

“Saya mahu membantu

ibu dan ayah kerana mer-

eka sudah lama bersusah

payah membesarkan

kami adik beradik seh-

ingga besar, sudah tidak

masanya untuk saya

belajar bersungguh-sung-

guh dan membalas jasa

mereka.

“Malah saya mahu mem-

bantu mereka membesar-

kan adik-adik lain yang

masih belajar tambahan

pula ayah sudah bersara

awal disebabkan penya-

kit kencing manis yang

dihidapinya.

“Sementara ibu pula

terpaksa mengambil alih

tugas membantu keluarga

dengan mengambil upah

membuat dan menjual

kuih-muih untuk men-

yara keluarga,” katanya

yang kini menyambung

pengajian di pering-

kat ijazah di Univer-

siti Teknikal Malaysia

Melaka (UTeM) dalam

jurusan Teknologi Keju-

ruteraan Elektrik Kuasa

Industri.

Sementara itu, seorang

lagi penerima Anugerah

Pengarah (Kecemerlan-

gan Akademik dan Ko-

Kurikulum) 2011, Tan

Wooi Shiang, 21, berkata

dia berhasrat mahu men-

gulangi kejayaan itu pada

peringkat diploma nanti.

Pemegang Sijil Keju-

ruteraan Elektrik itu kini

berada di semester kedua

bagi mengikuti pengajian

di peringkat Diploma

Kejuruteraan Elektronik

di Polimas.

Anak tunggal itu ber-

kata, dia bercita-cita

mahu menjadi jurutera

sekali gus membantu ibu

bapanya yang kini hanya

bekerja makan gaji.

“Saya harapan keluarga

dan akan buktikan ke-

jayaan ini mampu mem-

beri kesenangan kepada

mereka suatu hari nanti,”

katanya.

Dalam pada itu, Pen-

garah Polimas, Kama-

ruzaman Ismail berkata,

1,907 graduan bidang

Kejuruteraan Awam,

Kejuruteraan Elektrik,

Teknologi Maklumat

dan Komunikasi, Keju-

ruteraan Mekanikal dan

Perdagangan menerima

diploma dan sijil masing-

masing pada majlis

terbabit.

JITRA: “Saya ya-

kin hanya ilmu yang

dapat mengubah nasib

keluarga saya menjadi

lebih baik satu hari

nanti,” kata Fazliana

Ahmad Buderi, 21,

yang diumumkan

sebagai pelajar terbaik

pada Majlis Konvoke-

syen ke-26 Politeknik

Sultan Abdul Halim

Mu’adzam Shah (Poli-

mas), di sini, semalam.

Fazliana yang berasal

dari Temerloh, Pah-

ang dipilih menerima

Anugerah Pengarah

(Kecemerlangan Aka-

demik dan Kokuriku-

lum) 2011.

Pemegang Diploma

Kejuruteraan Elektrik

itu berkata, biarpun

tidak menduga dipilih

sebagai pelajar terbaik

sesi Disember 2011,

dia menganggap segala

usahanya selama ini

berbaloi walaupun

datang dari keluarga

sederhana.

Katanya, setiap

masalah dihadapi teru-

tama kewangan sepa-

njang belajar di situ

tidak pernah dikongsi

dengan keluarga kera-

na tidak mahu membe-

bankan ibu bapanya.

Page 9: Typography Newspapers

MukaSurat 9

Berita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

Page 10: Typography Newspapers

Berita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

MukaSurat 10

Berita Semasa 18 Ogos 2012MutakhirBerita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

Suaram terima RM558,000KUALA LUMPUR:

Suara Rakyat Malaysia

(Suaram) dianggarkan

menerima dana berjum-

lah RM558,000 dari-

pada sebuah pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) di

Amerika Syarikat yang

dikaitkan dengan speku-

lator mata wang, George

Soros.

Mendedahkan perkara

itu, Menteri Perda-

gangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggu-

naan, Datuk Seri Ismail

Sabri Yaakob berkata,

berdasarkan dokumen

masing-masing ber-

tarikh 17 Oktober 2007,

18 Disember 2008 dan

12 Februari 2010, dana

berjumlah keseluruhan

AS$188,775.65 diterima

Suaram daripada Open

Society Institute di New

York di mana Soros ialah

pengasas dan pengerusi

NGO terbabit.

Beliau berkata, daripada

siasatan didapati surat

tawaran penyaluran dana

itu dialamatkan kepada

Pengarah Eksekutif dan

Pemangku Pengarah

Suaram.

“Saya dimaklumkan se-

cara tidak rasmi bahawa

Suaram tidak berdaftar

dengan Pendaftar Per-

tubuhan (ROS), jadi

mengikut undang-undang

mereka tidak boleh

menerima wang atau

menandatangani apa-apa

perjanjian.

“Kalau dia (Suaram)

mahu kata ia dilak-

sanakan melalui Suara

Inisiatif Sdn Bhd (SISB),

kenapa e-mel, faks dan

surat-menyurat meng-

gunakan nama Suaram

bukan SISB,” katanya

selepas majlis penyera-

han Kad Diskaun Siswa

1Malaysia (KADS1M) di

Universiti Malaya (UM),

semalam.

Hadir sama, Tim-

balan Ketua Setiausaha

(Kepenggunaan dan Pen-

gurusan) KPDNKK, Da-

tin Mahani Tan Abdullah,

Timbalan Naib Canselor

(Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni) UM, Prof Dr

Rohana Yusof dan Pe-

mangku Pengarah Uru-

san Bank Rakyat, Datuk

Yusof Abdul Rahman.

Ismail Sabri berkata,

bagaimana sebuah pertu-

buhan yang tidak didaf-

tarkan boleh menerima

sejumlah besar dana dan

pihaknya berharap Bank

Negara Malaysia (BNM)

menyiasat perkara itu.

“Rabu ini, Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM)

akan mengadakan me-

syuarat dengan BNM dan

ROS untuk membincang-

kan perkara ini,” katanya.

Menurutnya, amat ma-

lang jika Soros terbabit

dalam penyaluran dana

itu kerana dia terkenal

sebagai penyangak mata

wang yang mensabotaj

ekonomi banyak negara.

“Daripada siasatan awal,

kita memang menda-

pati wujud pertalian dan

memang malang apabila

ada pihak di negara ini

bersekongkol dengan

individu yang dikenali

sebagai penyangak mata

wang,” katanya.

Akhbar semalam me-

laporkan siasatan SSM

mendapati wujud

keraguan dan kekeli-

ruan dalam dokumen dan

penyata kewangan SISB

yang membiayai Suaram.

SISB pula mendapat

pembiayaan dana asing

sejak 2008 daripada em-

pat sumber antarabangsa

iaitu Open Society Insti-

tute (NGO di New York),

National Endowment

for Democracy (NGO di

Washington), Southeast

Asian Centre for e-Media

dan Kedutaan Jerman di

Kuala Lumpur.

Myanmar perlu iktirafKUALA LUMPUR:

“Isu penindasan etnik

Rohingya perlu diba-

has di antara kerajaan

dan biar Myanmar

menggunakan ke-

bijaksanaan mereka

sendiri untuk mencari

jalan penyelesaian,”

kata bekas Presiden

Perhimpunan Agung

Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB),

Tan Sri Razali Ismail.

Menurutnya,

masyarakat antara-

bangsa sukar mengh-

entikan penindasan

itu berikutan semua

etnik dan pertubuhan

yang ada di Myanmar

enggan mengiktiraf

etnik Rohingya sebagai

warga negara.

“Bagi saya, tindakan

mengutuk atau meng-

kritik Myanmar tidak

akan memberi seba-

rang makna kerana

rakyat asalnya tidak

iktiraf etnik itu.

“Hanya dengan

pengiktirafan etnik

Rohingya sebagai

warga negara saja

dapat menghentikan

penindasan terhadap

mereka,” katanya.

Beliau berkata demiki-

an selepas sesi cera-

mah dan soal jawab

mengenai Pergerakan

Kesederhanaan Global

(GMM) di Bukit Kiara,

di sini semalam.

Hadir sama, Ketua

Pegawai Eksekutif

Yayasan Pergerakan

Kesederhanaan Global

(GMMF), Khalek

Awang.

Program sehari itu

anjuran GMMF dan

Institut Akhbar Malay-

sia (MPI) bagi mem-

bincangkan usaha ke

arah keamanan sejagat.

Untuk rekod, Harian

Metro sebelum ini

melaporkan secara

eksklusif menge-

nai penindasan dan

kesengsaraan etnik

Rohingya, termasuk

pembunuhan lebih

1,000 oleh puak Ra-

khine, 3,000 hingga

4,000 cedera dan

10,000 hilang. Razali

yang juga Pengerusi

GMMF berkata, selain

memberi tumpuan

terhadap etnik Roh-

ingya di Myanmar,

rakyat negara ini harus

memikirkan nasib kira-

kira 50,000 etnik itu

yang berada di negara

ini.

“Bagi masyarakat

Islam, kita simpati ker-

ana mereka seagama,

mungkin begitu juga

berlaku di Myanmar

apabila mereka dito-

lak kerana perbezaan

agama.

“Mungkin ini boleh

membantu terhadap

etnik ini dengan mem-

bantu mereka menda-

pat manfaat seperti

pekerjaan dan hal-ehw-

al lain,” katanya.

Page 11: Typography Newspapers

MukaSurat 11

Berita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

Bayar RM1.7jKUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat memberi-tahu Mahkamah Sesyen di sini, semalam, beliau menerima maklumat RM1.7 juta dibayar kepada ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail yang kini menghadapi lima pertuduhan menipu bekas pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Nor Has-mimaizan Othman dalam keterangannya berkata, bayaran itu didakwa untuk diberi kepada pegawai penyiasat yang terbabit dalam siasatan kes NFC. “Pada 16 Disember 2011, saya menerima panggilan telefon daripada Pengurus Kewangan NFC dan Real Food Company (RFC), Hashimah Ahmad. Dia yang memaklumkan kepada saya mengenai perkara itu. Saya adalah pegawai yang men-jalankan siasatan terhadap RFC yang juga anak syarikat NFC.

“Terdahulu, pada 5 Disember 2011, ketika rakaman percaka-pan terhadap Hashimah, dia menerima panggilan telefon dari-pada pihak bank. Ketika itu dia (Hashimah) memaklumkan bank membuat pertanyaan berhubung bayaran yang hendak dibuat kepada seorang individu dengan nama Datuk Sham,” katanya.

Hasmimaizan berkata demikian menjawab soalan Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, terhadap Shamsubahrin yang didakwa menghadapi lima pertuduhan pindaan menipu Mohamad Salleh membabitkan RM1.755 juta.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JSJK, Datuk Tajudin Md Isa dalam keterangannya berkata, pada 21 Disember 2012, kira-kira jam 8.30 pagi, dia dimaklumkan Mohd Nor Has-mimaizam mengenai sejumlah wang dibayar pegawai NFC kepada pegawai yang menyiasat kes itu. “Oleh itu, saya meminta pengesahan daripada tiga pegawai saya termasuk Mohd Nor Hasmimaizan dan mereka menafi-kan menerima wang itu. Saya menasihat dan mengarahkan pegawai saya membuat laporan polis supaya dakwaan itu boleh disiasat lebih lanjut.

“Sehari sebelum itu, saya menerima panggilan daripada ter-tuduh pada jam 11.30 malam yang mahu berjumpa. Saya ber-setuju dan meminta dia datang ke pejabat pada jam 10 pagi, tetapi saya tangguhkan ke sebelah petang selepas dimaklum-kan oleh pegawai saya berhubung dakwaan pemberian wang itu,” katanya.

Menurut Tajudin, beliau yang ditugaskan menyelia siasatan kes NFC, hanya menemui tertuduh dua kali selepas meminta bantuan NFC memberi maklumat berhubung perjalanan dan prosedur syarikat itu.

“Tertuduh datang bersama Dr Mohamad Salleh dan anak-anak. Ketika itu saya tidak tahu dia (Shamsubahrin) sebagai konsultan, bagaimanapun dia yang membantu Dr Mohamad Salleh berkaitan pertanyaan dan dokumen diperlukan berkaitan NFC,” katanya.

Menjawab soalan peguam bela, Datuk Sallehuddin Saidin yang mewakili Shamsubahrin, dia berkata, ada tiga pegawai penyiasat berlainan bagi menyiasat kes NFC, RFC dan aduan daripada NFC.

SALLEHUDDIN: Siapa pengadu dan aduan dalam ketiga-tiga kes ini? TAJUDIN: Saya tidak ingat. Ia berkaitan penyelewengan pinjaman berjumlah RM257 juta yang diberikan kerajaan manakala daripada NFC sendiri berhubung kehilangan doku-men NFC. Bagi RFC mengenai penyelewengan daripada pegawai RFC sendiri. SALLEHUDDIN: Setuju saya katakan walaupun NFC dan RFC ada hubung kait, bagaimanapun laporan yang dibuat tidak mempunyai hubung kait?

TAJUDIN: Daripada konteks itu, setuju.

SALLEHUDDIN: Setuju dengan saya bahawa tumpuan uta-ma bagi siasatan kes NFC adalah Mohamad Salleh sendiri?

TAJUDIN: Setuju.

SALLEHUDIN: Setuju dengan saya bahawa Shamsubahrin memainkan peranan penting dan bercakap bagi pihak NFC?

TAJUDIN: Ya.

SALLEHUDIN: Kenapa perjumpaan yang sepatutnya diada-kan sebelah petang pada 21 Disember 2011 dengan Shamsub-ahrin dibatalkan?

TAJUDIN: Saya difahamkan dia sudah ditahan.

SALLEHUDIN: Dalam kes ini, bila Mohamad Salleh di-

tahan? TAJUDIN: Saya tidak ingat, tetapi selepas Shamsubahrin ditahan.

SALLEHUDIN: Dalam keterangan yang diberi Mohd Nor Hasmimaizam, tiada nama Shamsubahrin disebut sebaliknya hanya memaklumkan pegawai NFC?

TAJUDIN: Ya.

SALLEHUDIN: Pada hujung tahun lalu, kes NFC menjadi perhatian umum, setuju saya katakan bahawa tangkapan terh-adap tertuduh untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah yang dihadapi?

TAJUDIN: Tidak setuju.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Rozilah Salleh manakala tertuduh turut diwakili peguam bela, Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican dan Afifuddin Mohd Hafifi.

Bagi lima tuduhan menipu, Shamsubahrin, 46, didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan perkhidmatan rundingan dan nasihat hingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya di restoran di Bukit Tunku, di sini, jam 6 petang, 20 November lalu.

Dia juga didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memper-dayakannya hingga mendorong menyerahkan cek RM1.755 juta di kawasan Solaris, Mont Kiara, di sini, antara 25 No-vember dan 6 Disember lalu.

Shamsubahrin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Samsub-ahrin Resources Sdn Bhd didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksi-mum 10 tahun, sebat serta denda.

Selain lima pertuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Shamsubahrin turut menghadapi 17 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta yang mana kedua-dua kes itu dibi-carakan bersama.

Perbicaraan bersambung hari ini.

Page 12: Typography Newspapers

Berita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

MukaSurat 12

Berita Semasa 18 Ogos 2012MutakhirBerita Semasa 18 Ogos 2012Mutakhir

Jiwa kental penghijrahKUALA LUMPUR: Nilai sepakat yang wujud dalam

diri peniaga Melayu Champa Kemboja begitu utuh

sekali gus menyumbang kepada kejayaan perniagaan

mereka di negara ini.

Yang Dipertua Persatuan Peniaga/Penjaja Kecil

Bersatu Wilayah Persekutuan dan Selangor, Rusli

Mohamad berkata, sehingga kini, peniaga Kemboja

masih mampu mengaut keuntungan hasil berniaga

walaupun ternyata di kalangan mereka menjual

produk serupa terutama pakaian.

“Jiwa penduduk asal dan penghijrah sememangnya

tidak dapat disamakan terutama dari aspek usaha

meningkatkan pendapatan demi keperluan hidup.

“Namun, itu bukan bermakna nilai yang wujud dalam

diri peniaga Kemboja ada dalam diri semua penghi-

jrah.

“Jika berkunjung ke Pasar Kampuchea di mana-mana

lokasi di negara ini, kita dapat lihat mereka membuat

keputusan secara bersama seperti menetapkan harga

sama untuk barangan.

“Contohnya, harga blaus wanita sama di semua kedai

pakaian yang ada di pasar berkenaan. Kalau mereka

sepakat meletakkan harga RM25, itulah harga yang

semua pelanggan akan terima. Mungkin murah ser-

inggit dua selepas tawar-menawar,” katanya.

Rusli berkata, berbanding masyarakat Melayu tempa-

tan, sebolehnya barangan yang dijual mahu diletak-

kan harga lebih murah sehingga kadangkala mem-

buatkan peniaga lain tidak mampu cari makan.

Disebabkan itu, katanya, persaingan sihat tidak wujud

yang akhirnya membuatkan mereka berputus asa

ditambah pula dengan perasaan selesa kerana berada

di negara asal.

“Saya dapati komuniti ini bukan cuba berlumba den-

gan penduduk asal ketika berniaga, tetapi atas kes-

edaran mengenai status mereka, azam untuk menjana

ekonomi ditanam dengan kuat.

“Mereka (peniaga Kemboja) sanggup ikat perut

semata-mata untuk mengumpul modal buat membeli

barangan jualan daripada tauke pemborong dalam

kuantiti besar. “Ini secara tidak langsung mewujud-

kan kepercayaan dalam urus niaga yang terjalin,”

katanya.

Mengulas lanjut, Rusli menjelaskan, majoriti

masyarakat Melayu di negara ini belum menunjukkan

minat serta keberanian menceburi bidang perniagaan

menyebabkan peluang itu terbuka luas kepada orang

asing termasuk komuniti berketurunan Kemboja.

Malah, katanya, kegagalan mengendalikan modal

juga dikesan berlaku dalam masyarakat Melayu asal

hingga terpaksa menanggung hutang dan tidak dapat

menikmati keuntungan berniaga.

“Boleh dikatakan 60 peratus masyarakat Melayu

sekarang takut menanggung risiko membuatkan

mereka lebih terarah untuk bekerja dengan orang lain

bagi memperoleh pendapatan.

“Seharusnya sikap warga asing menjadi pencetus

semangat, bukannya dibiarkan begitu saja. Kalau

mereka boleh buat, kenapa tidak kita,” katanya.

Rusli berkata, dalam keadaan penduduk asal khusus-

nya Melayu yang sudah jauh ketinggalan dalam

bidang perniagaan kecil-kecilan sekarang, semua

pihak perlu mula melihat sektor perniagaan secara

lebih positif dan mendekati cara komuniti itu berurus

niaga bagi memperoleh kejayaan untuk diri sendiri

dan negara.