Upload
abdul-rahman-ab-aziz
View
252
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Berisitiqamah Hingga Kemenangan
Citation preview
1
UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)
Muktamar Tahunan PAS ke - 61 2015
BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
MUKADDIMAH
, , ,
, .
. , .
. , ,
Yang dihormati Dato Pengerusi Tetap, YBhg. Sohibul Fadhilah Tuan Guru Dato Dr
Haron Din Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), YAB Dato Timbalan Mursyidul
Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib
Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan
Penyokong PAS, Dato Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli-
ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah
Persekutuan, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, seluruh para
perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian.
Saya ucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bi kum, selamat datang dan selamat
bermuktamar, kepada semua para perwakilan dan tetamu yang memeriahkan Muktamar
Agung Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang julung kali bertandang ke Kuala
Selangor pada tahun 2015 ini. Marilah dengan penuh yakin kita memohon kepada Allah
SWT akan keberkatan dan fadhilat, serta pahala yang berlipat ganda daripada kelebihan
ribat fi sabilillah, kerana keyakinan terhadap dasar dan matlamat perjuangan kita.
Muktamar kita kali ini diadakan dalam suasana kita kehilangan murabbi parti dan ummah
yang begitu banyak jasanya kepada perjuangan Islam di tanah air kita, al-Marhum Tuan
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam 22 Rabiul Akhir 1436 Hijriah bersamaan 12
Februari 2015 yang baru sahaja berlalu. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh
beliau dan pimpinan serta ahli parti yang telah kembali ke rahmatullah agar ditempatkan
di kalangan para syuhada dan solihin. Al-Fatihah.
2
MENGANGKAT TEMA MUKTAMAR
1. Marilah kita sama-sama menghayati dan memahami firman Allah SWT kepada
Rasulullah dan umatnya yang beriman dan setia :
(Beristiqamah kamu (wahai Muhammad ) dan sesiapa yang bertaubat
bersama mu dan jangan sekali-kali kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia
(Allah) Maha Melihat apa-apa yang kamu amalkan. Dan jangan sekali-kali
kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu disentuh oleh
api neraka, dan tidak ada penolong bagi kamu selain Allah. Kemudian kamu
tidak diberi pertolongan)
2. Muktamar Agung Tahunan kali ke-61 pada tahun ini mengangkat tema
BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN. Istiqamah adalah bermakna
tetap berada di atas dasar, amalan dan perjuangan yang benar daripada Allah,
iaitu Islam yang sempurna, tetap dalam perkara prinsip dan anjal dalam
pelaksanaan di sepanjang zaman. Ianya bukanlah satu retorik untuk mencapai
kemenangan dunia yang sementara, tetapi yang paling besar ialah kemenangan
akhirat yang berkekalan.
3. Kemenangan adalah menjadi matlamat dalam setiap perjuangan. Islam
mempunyai konsepnya yang tersendiri mengenai maksud kemenangan, dan
ianya adalah berbeza dengan konsep kemenangan dalam agama atau ideologi
serta fahaman lain. Kemenangan juga hendaklah dikaitkan dengan kemenangan
di akhirat yang merupakan kemenangan yang sebenar. Walaupun pejuang-
pejuang Islam itu kalah atau gugur di medan peperangan atau sebarang medan
perjuangan lain, namun pada hakikatnya mereka telah beroleh kemenangan.
Kemenangan inilah yang menjadi matlamat sebenar di dalam perjuangan Islam.
4. Marilah kita menghayati apa yang di firmankan oleh Allah SWT :
3
"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama)
Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-
pengikutnya yang setia: ""Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku
(untuk menegakkan agama) Allah?"" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata:
""Kami lah penolong-penolong agama Allah"", lalu segolongan dari Bani Israel
beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka kami berikan kekuatan kepada
orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka
menjadi orang-orang yang menang." [As-Sof : 14]
Firman Allah lagi :
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara
orang-orang muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka
dengan baik, Allah rida kepada mereka dan mereka pun rida kepada Allah dan
Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di
dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan
yang besar." [at-Taubah : 100]
5. Tema istiqamah diangkat sekali lagi dalam muktamar kali ini bagi menegaskan
betapa pentingnya istiqamah dalam perjuangan Islam yang sangat mencabar,
sehingga ada yang terhenti di pertengahan jalan, ada yang tercicir dan
terpesong, dan sebilangan terus bersama dengan jemaah ini sehingga ke akhir
hayat mereka. Istiqamah inilah yang menjadi doa kita semua agar hidup kita
berakhir dengan husnul khatimah. Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Allah SWT
:
"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah
diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu,
tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan
bersumpah dengan (nama) Allah: ""Jika kami sanggup tentulah kami berangkat
bersama-samamu"" Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah
4
mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang
berdusta. [at-Taubah : 42]
Istiqamah di atas prinsip dan dasar PAS 6. Ingin saya memperingatkan para hadirin sekelian, bahawa apa sahaja yang kita
bicarakan dalam memandu perjuangan ini hendaklah merujuk kepada panduan
yang menyeluruh dari al-Quran dan as-Sunnah, serta memahami bahawa PAS
adalah sebuah gerakan Islam yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan siyasah.
Manakala Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi bagi PAS
adalah al-Quran, Hadis, Ijma Ulama dan Qiyas.
7. Inilah yang membezakan kita dengan suara demokrasi Barat yang melaungkan
slogan Suara Rakyat Suara Keramat, Hidup Rakyat, atau pun kita mengikut
kehendak rakyat yang jahil atas nama demokrasi, sehingga melanggar sempadan
Allah.
8. Maka Muktamar dan musyawarah kita adalah syura yang tidak boleh mengatasi
hukum tertinggi dalam perlembagaan PAS. Inilah pegangan PAS yang wajib
difahami dan dipegang oleh semua pimpinan dan ahli. Konsep ini tidak ada
pemisahan di antara ulama dan para ilmuan dalam apa jurusan sekalipun. Inilah
yang membezakan kita dengan pihak lain. Maka PAS wajib memelihara jati dirinya
sendiri dalam semua keadaan. Laksana ikan yang tidak menjadi masin, walau pun
berada dalam lautan masin yang luas mengelilinginya.
9. PAS menegakkan konsep demokrasi beraqidah Islam bertuhankan Allah Yang
Maha Esa. Bukan demokrasi barat yang bertuhankan manusia walau sebijak
mana sekali pun.
10. Kita ingin tegaskan sekali lagi pada hari ini, bahawa PAS tidak mengamalkan
konsep Teokrasi yang mempertuhankan ahli agama sebagai pencipta peraturan
dan dasar yang tidak boleh dipertikaikan. Kita menolak konsep teokrasi
berpandukan peringatan Allah.
(Mereka jadikan para paderi dan pendita, tuhan-tuhan yang lain daripada
Allah).
5
11. Golongan ahli kitab itu menjadikan para pendita dan rahib mereka sebagai
pembuat dasar yang bercanggah dengan hukum Allah serta mengadakan
hukum sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah. Firman Allah :
(Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (dilantik menjadi tuhan) kepada
mereka, yang berkuasa mengadakan hukum syariat dalam apa-apa perkara yang
tidak diizin Allah ,dan kalaulah tidak kerana adanya keputusan yang difirman
Allah, sudah tentu meraka sudah dihukum di kalangan mereka . Dan
sesungguhnya orang-orang yang zalim itu disediakan kepada mereka azab yang
sangat menyeksakan). [as-Syuura : 21]
Istiqamah menolong agama Allah 12. Istiqamah juga menjadi menjadi syarat mendapat pertolongan dari Allah SWT,
dengan kita berpegang kepada tiga prinsip yang utama :
i. Berpegang dengan Islam
ii. Tidak melampau
iii. Tidak terpengaruh dengan mereka yang zalim
13. Ketiga-tiga prinsip ini adalah bagi mencapai kemenangan yang luas berkekalan,
sepanjang dunia hingga akhirat. Memberi kebahagiaan bagi diri, keluarga dan
masyarakat. Kita mahu berjaya di dunia ini sehingga memerintah negara
berkebajikan terhadap rakyat dan mengurus alam, melalui pertolongan Allah Rab
Alamin. Firman Allah SWT :
(Dan Allah pasti menolong sesiapa yang menolong (agamanya) dan
sesungguhnya Allah itu Maha kuat Lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang
kami berikan kepada mereka kuasa memerintah, mereka mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah
6
kemungkaran dan bagi Allah sahaja akibat (penentu kesudahan segala
perkara dengan ganjaran pahala dan balasannya).
14. Oleh itu, adalah tersangat penting untuk kita mengukuhkan keaslian jalan
tindakan kita dalam menegakkan Islam di tanahair kita ini. Islam yang kita bawa
pula adalah berteraskan Aqidah, Syariat dan Akhlak, dan tidak memisahkan
urusan dunia dengan agama. Islam yang sempurna sehingga mampu
menunaikan tugas dan matlamat kejadian manusia untuk : (1) Beribadah, (2)
Berkhilafah dan (3) Menunaikan amanah.
15. Hal ini menuntut kita berpegang kukuh di atas dasar, matlamat dan cara yang
benar, tanpa terpesong daripada landasannya, dengan cara dan adab yang
betul. Kita juga tidak boleh jumud atau melampaui batas, tidak terpesong ke
kanan atau kiri dan tidak berundur ke belakang, tidak juga melampau sehingga
terjerumus ke lembah yang membinasakan.
Istiqamah Mengukuhkan Kepimpinan Ulama, Mengangkat Peranan Professional 16. Islam ini dipelihara Allah dalam kitab al-Quran yang tidak boleh diselewengkan.
Sunnah Rasulullah pula dijaga ilmu dan cara amalannya oleh para ilmuan
Islam yang dinamakan para ulama. Mereka perlu mewarisinya dengan benar dan
amanah, sebagaimana yang ditegaskan oleh sabda Rasulullah :
, . ) (
(Sesungguhnya para ulama itu adalah para pewaris pusaka (peninggalan para
anbiya). Mereka (para anbiya) itu tidaklah meninggalkan pusaka mata wang
dinar (duit emas) dan dirham (duit perak). Sesungguhnya mereka
meninggalkan pusaka ilmu (daripada wahyu dan hikmah Rasulullah . Maka
sesiapa yang menerimanya nescaya dia mendapat bahagian yang banyak).
17. Para Rasul yang menegakkan negara besar, seperti Nabi Daud A.S., Nabi
Sulaiman A.S. dan Nabi Muhammad , dan pengikut Rasul seperti Zulqarnain,
semuanya meninggalkan pusaka ilmu Islam yang dipelihara Allah. Mereka tidak
meninggalkan tamadun kebendaan seperti Namrud dan Firaun, supaya manusia
mengambil iktibar, dan bukannya berbangga dengan kesan jahiliyah itu.
18. Maka PAS meletakkan kepimpinan ulama bagi memelihara asas dan matlamat
Islam yang kukuh bersama warisan ilmu daripada hidayah Allah. Semua
keperluan yang lain yang menjadi urusan duniawi juga wajib beristiqamah di atas
7
landasan Islam. Maka para ulama feqah mewajibkan kepimpinan berilmu Islam
yang mampu memahami nas dan mampu berijtihad dalam perkara yang tidak
ada nas dalam urusan dunia yang menjadi jambatan akhirat, sehingga tidak
terpesong daripada Islam.
19. Di zaman mutakhir ini, ijtihad perlu diwujudkan secara jamaei (kolektif). Inilah
tujuannya diwujudkan Majlis Syura Ulama, yang menggabungkan para ulama
dalam berbagai bidang ilmu Islam daripada kalangan kepimpinan PAS sehingga
mampu mencapai tujuan nas dan berijtihad dalam perkara yang tidak ada nas.
Para ilmuan dalam jurusan yang lain wajib diambil kira kepakaran masing-
masing dalam membuat ijtihad.
20. Golongan profesional adalah tenaga yang sangat penting dalam parti,
sebagaimana pentingnya golongan ulama dan aktivis parti. Bahkan kita
menerima siapa sahaja yang ingin menyumbang kepada kemenangan Islam.
Jangan ada di kalangan kita yang terperangkap dengan mainan musuh yang
cuba memecahbelahkan kita dengan melontarkan slogan pengasingan antara
ulama dan profesional.
21. Sejarah PAS tersangat jelas, di mana kedua-dua golongan ini berganding bahu
menubuh dan menggerakkan PAS hingga ke hari ini. Gagasan kita jelas dalam
puluhan muktamar, bahawa kitalah yang menggerakkan usaha mengulamakkan
profesional dan memprofesionalkan ulama.
22. Para profesional dalam PAS telah dan secara berterusan memberikan
sumbangan kepada parti samada dalam bidang ekonomi, pembangunan dasar
dan polisi, strategi, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Kesemua ini
adalah mutiara indah yang menjadi khazanah berharga dalam PAS di atas
pengorbanan mereka untuk bersama memenangkan perjuangan Islam.
23. Sebenarnya tidak ada pemisahan di antara ulama dan profesional dalam bahtera
PAS. Apa yang berlaku adalah kita berdepan dengan tempias sekularisma yang
diwujudkan untuk penghalang kebangkitan Islam, yang cuba membolos ke dalam
saf gerakan Islam. Usaha sebegini dilakukan oleh musuh Islam di seluruh
pelusuk dunia, dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan yang wujud
dalam saf kebangkitan Islam terkini. Maka di sana wujud kalangan yang mahu
menang secara cepat dan tergopoh-gapah, berjuang secara tasahul dan
tasyaddud.
24. Kalangan berjuang secara tasahul, ingin menceduk setiap perkembangan yang
berlaku daripada luar Malaysia, seperti Revolusi Islam Iran, AK Turki, Ikhwan dan
Hizbu al-Nahdhah di negara Arab, tanpa melihat perbezaan waqie di bumi
tempat kita berpijak. Sedangkan kita di tanahair ini telah jauh bergerak ke
8
hadapan dalam matlamat memurnikan aqidah dan amalan masyarakat Islam ke
jalan yang tulen berbanding dengan suasana masyarakat di tempat rakan rakan
kita di luar sana. Mereka adalah rakan-rakan seperjuangan kita tetapi di bumi
yang berbeza dan waqie yang juga berbeza.
25. Manakala dari kalangan yang kedua pula iaitu ber tasyaddud, iaitu mahu
melaksanakan Islam dalam sekelip mata, atau menang secara cepat tanpa
pilihan raya seperti Taliban, al-Qaeda dan ISIS atau DAAISH. Kumpulan ini juga
melibatkan kalangan ulama dan ilmuan yang bersemangat Islam tetapi tidak
feqah dalam harakah Islamiyyah dan perlu dinasihati dan dibimbing.
HALATUJU PAS 26. Bagi mendepani berbagai mehnah, ujian, kekalahan dan kejayaan di sepanjang
perjalanannya pada waktu ini, ada tiga sudut yang ingin ditekankan dalam
halatuju PAS untuk tempoh setahun ini. Ianya adalah, (1) Istiqamah PAS dengan
dasar; sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini; (2) Mempertegaskan bahawa
PAS membawa mesej Islam, di mana semua urusannya berkait adalah dengan,
Islam; dan (3) Mengadakan semua pedekatan dengan pihak lain mengikut
panduan al-Quran dan Sunnah, seperti Tahaluf Siyasi, Taawun, Dialog dan lain-
lain.
Hubungan Semua Urusan dengan Islam
27. Al Quran meletakkan sifat mendapat kuasa untuk memerintah negara (Tamkin),
hendaklah berkonsepkan : Mendirikan sembahyang; di mana kepada kerajaan
Islam bukan sekadar mendirikan masjid dengan bangunannya sahaja, tetapi
juga meletakkan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan seluruh aspek
perlembagaan, undang-undang negara dan pengurusannya adalah sebahagian
daripada urusan agama yang termasuk dalam perhitungan dosa dan pahala.
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi
zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan
kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan. (al-Haj : 41)
9
28. Maka di sinilah penghujung wawasan yang menentukan kemenangan yang
besar sekiranya kita beristiqamah, bukan sekadar wawasan 2020 dan bukannya
berhenti sekadar di Putrajaya. Wawasan kita ialah kemenangan dunia yang dekat
dan kemenangan paling besar di akhirat. Inilah juga perbezaan kita dengan
semua pihak yang lain sama ada kawan atau lawan.
29. Generasi awal zaman keemasan umat ini telah menjadi contoh, bukan sahaja
mencapai kemenangan menegakkan negara di Madinah, selepasnya pula
mereka melakukan Futuhat Islamiyyah, di mana Islam yang dibawa bukan sahaja
menguasai wilayah yang luas bahkan membuka hati-hati manusia di negeri yang
diperintah oleh Islam. Kedatangan yang membezakannya dengan penaklukan
dan penjajahan. Bermakna kemenangan membawa rahmat dan adil terhadap
semua. Bukannya membalas dendam dan zalim. Kemenangan membawa
amanah bukannya mendapat peluang berkuasa semata-mata.
Pendekatan dengan pihak luar dari PAS
30. Sejarah PAS sejak dari tahun 1951 lagi, mencatatkan bahawa kita telah dan
sedang melaksanakan berbagai pendekatan yang dirujuk kepada panduan al-
Quran dan as-Sunnah sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam kita
menerokai siyasah. Maka kita melaksanakan Tahaluf, Taawun, Dialog, dan
berbagai pendekatan lainnya.
31. Aspek Tahaluf siyasi atau kerjasama politik adalah merupakan dasar yang telah
melalui satu perbincangan para ulama dan diterima oleh PAS sejak berpuluh
tahun lalu. Sejarah panjang perjuangan PAS meyaksikan bagaimana PAS telah
melakukan kerjasama politik dengan Parti Negara yang di asaskan oleh Dato
Onn Jaafar bila mana beliau keluar dari parti UMNO yang diasaskannya.
Demikian juga PAS menyertai Kerajaan Campuran dan BN selepas pergolakan
politik tahun 1969, Majlis Perunding Ekonomi Negara bersama Angkatan
Perpaduan Ummah 1990, bersama dengan PKR dan DAP tahun 1999 dalam
Barisan Alternatif dan kini bersama Pakatan Rakyat yang di asas pasca pilihan
raya umum 2008.
32. Sejarah ini membuktikan bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang tertutup, atau
juga bukan parti yang hanya menghafal hukum-hukum feqah semata-mata
sehingga tidak memahami waqie politik negara. Namun kesemua ini dilakukan
melalui kaedah - kaedah yang dibenarkan syarak dan syarat-syarat yang tidak
mengikat kita untuk membawa Islam. Perlu kita ingat, bahawa apa sahaja
10
persepakatan yang mengikat PAS untuk meninggalkan perjuangan dan agenda
Islam yang dibawa adalah tidak boleh diikuti sama sekali.
33. Sepanjang sejarah tahaluf dan lain-lain, kita sering memperingatkan pimpinan
dan ahli agar memelihara batas tahaluf, menjaga prinsip dan dasar perjuangan,
memelihara ketaatan kepada parti agar tidak terlalu ghairah sehingga
meninggalkan prinsip dan dasar perjuangan. Allah Taala menguji kita dengan
sedikit kemenangan, namun jangan kita terlalai dengan kemenangan sehingga
lupa amanah untuk menegakkan agama dan memastikan dunia diurus tadbir
dengan peraturan agama.
34. Maka sebagaimana yang berkali-kali diperjelaskan sebelum ini, bahawa PAS
melaksanakan tahaluf siyasi bersama PR ini adalah dalam perkara-perkara yang
dipersetujui bersama, seperti - menentang kezaliman, rasuah, ketirisan,
urustadbir telus dan lain - lain yang menjadi titik pertemuan. Agenda ini kita
rangkakan sebagai panduan, sebagai perkara yang dipersetujui dalam Polisi
Bersama PR.
35. Manakala perjuangan yang menjadi agenda yang berbeza yang sudah tentunya
tiada dalam Polisi Bersama, adalah menjadi perjuangan parti masing-masing.
Sebab itulah, walaupun kita tahu parti kawan kita adalah memperjuangkan
perlembagaan sekular, yang tentunya sangat bercanggah dengan dasar PAS,
tetapi PAS tidak pernah meminta mereka mengkaji dan membawa dasar sekular
ini dalam perbincangan. Apatah lagi kita tidak pernah mencampuri siapa yang
patut atau tidak patut berada dalam kepimpinan parti masing-masing, walau kita
diserang siang dan malam.
36. Oleh yang demikian, PAS akan terus dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi
bersama Pakatan Rakyat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan panduan
al-Quran dan as-Sunnah. Tentunya dalam masa yang sama kita wajib berhati-
hati dengan peringatan Allah SWT dalam al-Quran; yang sangat jelas
peringatannya; firman Allah SWT :
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi
teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa
yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat
perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga
diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan
11
Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya
(menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.
MEMBANGUN NEGARA MALAYSIA
Menentang kezaliman dengan pendekatan demokrasi
37. PAS memilih pendekatan muwajahah silmiyyah melalui proses demokrasi yang
tidak melampau dan hanyut, menentang pemimpin yang menyalahgunakan
kuasa, kedudukan, rakyat dan harta. Perjuangan kita berkonsepkan hadis
Rasulullah :
: : (.)
(Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Mereka berkata: Wahai
Rasulullah !, yang dizalimi ini kami menolongnya, bagaimana pula menolong
yang zalim. Sabdanya: Pegang tangannya supaya jangan berlaku zalim).
38. Kita menentang kezaliman itu dengan memberi nasihat yang diberi kelebihan
Jihad Akbar. Tegasnya sabda Rasulullah :
":
(Jihad paling afdal ialah ucapan menegakkan yang adil di hadapan pemerintah
yang zalim).
39. Inilah pendekatan yang wajib dilaksanakan dalam masyarakat Islam di tanahair
sendiri yang tenggelam dalam kejahilan setelah mengalami kesan penjajahan,
sehingga meletakkan Islam tidak berkuasa memimpin dengan istiqamah.
Keadaannya sangat berbeza dengan suasana menghadapi musuh luar yang
menceroboh tanah air. Kewajipan kita ialah membetulkan pemimpin dan rakyat
supaya kembali kepada Islam dengan beristiqamah.
40. Maka pendekatan demokrasi adalah paling aslah bagi kita, walau pun masih
banyak kepincangan dan kecacatan yang menyulitkan kita untuk mencapai
kejayaan dengan cara yang baik. Ini adalah kerana kejahatan wujud dengan
12
berlesenkan demokrasi yang tidak adil. Antara kezalimannya ialah, keadaan
demokrasi tempang tanpa hak media, pembahagian kawasan pilihanraya yang
menzalimi PAS secara khusus, tidak beramal dengan konsep Federalisma yang
lebih demokratik, khusus terhadap kerajaan yang dipimpin oleh PAS.
41. Maka kita wajib beristiqamah menentang kezaliman ini, tanpa melakukan
perkara yang zalim juga terhadap rakyat dengan tindakan-tindakan yang
melampaui batas yang diajar oleh Islam. Atau melakukan perkara yang memberi
pulangan mudarat yang lebih besar. Inilah makna pelaksanaan Feqah
Aulawiyyat yang sebenar.
Membela masyarakat peneroka dan luar bandar
42. PAS merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Felda, Generasi Kedua
dan Ketiga yang telah menunjukkan isyarat jelas dalam PRK Rompin baru- baru
ini. Pencapaian yang boleh dibanggakan hasil kerja keras seluruh ahli dan
pimpinan parti, bagi mengangkat martabat warga Felda. Isu yang melibatkan
kebajikan dan hak warga Felda seperti kadar Gred Perahan, kos Tanam Semula
yang begitu tinggi, isu Koperasi Permodalan Felda (KPF), serta kedudukan
saham FGV yang kini menjunam hampir sekali ganda menambahkan lagi
bebanan kepada warga Felda.
43. Termasuklah isu Perumahan Rumah Generasi Kedua dan Ketiga yang gagal
disediakan, manakala yang telah dibina pula tidak mampu dibeli oleh mereka.
Kerajaan sepatutnya mengatasi masalah mereka dan bukannya menambah
bebanan mereka.
44. PAS juga kesal kerana kerajaan gagal menunaikan tanggungjawab untuk
mengganti Tanah Rezab Melayu yang telah digunakan bagi tujuan
pembangunan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara.
Begitu juga kampung tradisi dan Peneroka Bandar, samada tanah yang
mempunyai hak milik atau bersifat sementara (Tol) turut menjadi mangsa
seperti Kampung Abdullah Hukum, Kerinci, Kampung Chubadak Tambahan dan
Puah Seberang.
45. Kesemua isu-isu yang melanda masyarakat peneroka dan rakyat ini, menuntut
supaya PAS melipat gandakan usaha untuk membela dan membantu golongan
yang dizalimi ini. Sasaran kita biarlah jelas, kerana kita bukan bermusuh dengan
institusi Felda atau mana-mana institusi yang lainnya, dan kita juga tidak
bermusuh dengan mana-mana kakitangan institusi ini, tetapi kita menggempur
dasar yang menekan rakyat, bersama pimpinan BN yang tidak bersifat amanah
13
ini. Felda adalah hak rakyat negara ini yang perlu diperbetulkan kaedah
pengurusannya.
Mengolah Masyarakat Majmuk 46. Beristiqamah dengan Islam membolehkan kita menyelesaikan masalah
masyarakat majmuk. Masalah masyarakat majmuk ini dipaksakan oleh penjajah,
kerana berbagai kaum yang datang dipaksa oleh penjajah menjadi hambanya,
namun secara kebetulannya inilah mesej Islam yang wajib kita sampaikan.
Syaratnya bukan sekadar kita telah berjaya menghalau penjajah itu, kita juga
wajib membebaskan diri daripada belenggu ideologi dan sistem yang
ditinggalkan penjajah itu, serta membebaskan seluruh manusia dengan cara dan
pendekatan Islam. Mengapa dibiarkan kapitalis, sosialis, komunis, pragmatis
yang asing daripada kaum dan bangsa Asia ini membawa perjuangan mereka
ke sini ?.
47. Mesej ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya Islam diberi peluang mentadbir
negara, bukan sekadar menumpang pihak lain yang tidak memberi ruang supaya
Islam dilaksanakan, tetapi hanya menjadi alat atau tangga, atau kuda
tunggangan menjulang kemenangan tanpa istiqamah.
48. Islam menjadikan manusia seluruhnya adalah satu keluarga yang berasal
daripada seorang bapa dan seorang ibu, Adam dan Hawa. Firman Allah :
(Wahai manusia ! ; Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada
seorang lelaki dan seorang perempuan, berbangsa-bangsa dan bersuku kaum,
supaya kamu bertaaruf, dan yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah
ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui
berkenaan diri kamu Lagi Amat Berpengetahuan berkenaan urusan kamu).
49. Maka kewujudan masyarakat majmuk dalam negara kita ini mestilah diolah oleh
PAS supaya ianya memperkuatkan negara kita ini. Oleh yang demikian, kita perlu
juga melihat masyarakat majmuk ini dari kacamata dakwah yang menjadikan
mereka sebagian madu kita, bukan hanya dari kacamata politik semata-mata.
14
Kita hidup dalam rumpun berbagai kaum, bangsa, agama; yang wajib bertaaruf,
kerana berasal daripada Adam dan Hawa.
50. Islam membawa konsep tidak ada paksaan dalam agama walaupun diwajibkan
berdakwah kepada seluruh manusia, dan wajib berlaku adil terhadap semua,
memberi hak menganut agama dan beramal dengan ajarannya oleh
penganutnya. Semuanya ini ada kaedah dan feqahnya mengikut Islam. Firman
Allah :
(Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang
menegakkan keadilan yang disaksikan menjadi contoh, dan janganlah dengan
sebab permusuhan kamu terhadap sesuatu kaum sehingga menyebabkan
kamu tidak berlaku adil. Kamu wajib berlaku adil kerana ia lebih hampir kepada
takwa. Bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-
apa yang kamu kerjakan)
Membina Pendidikan dengan acuannya
51. Pendidikan adalah acuan pembangunan manusia dengan ilmu, namun
hendaklah mengikut acuan Allah pencipta alam semesta. Makhluk manusia ini
difitrahkan kejadiannya dengan sifat-sifat berjasad, roh dan akal, secara individu,
berkeluarga dan bermasyarakat. Maka mereka diwajibkan beribadah kepada
penciptanya, berperanan di alam bumi bagi memakmurkannya (Khilafah), dan
wajib menunaikan amanah menegakkan syariat adil membawa rahmat dengan
beriman dan akhlak.
52. Acuan pendidikan manusia mengikut acuan Islam, wajib merangkumi segala
aspek fitrah kejadian dan peranannya di alam dunia ini. Sebagaimana jawapan
Rasulullah kepada soalan malaikat Jibril berkenaan Islam, Iman dan Ihsan. Ini
adalah acuan Allah supaya pendidikan manusia itu merangkumi Aqidah (Iman),
Syariat (Islam) dan akhlak (Ihsan) iaitu lah membangun jasad, roh dan akal. Inilah
yang perlu dijadikan dasar pendidikan oleh pihak kerajaan supaya pendidikan
awal ini melalui proses acuan yang menekankan aqidah, syariat dan akhlak.
15
53. Acuan ini telah berjaya melahirkan manusia generasi awal di tanah Arab yang
tidak ada sumber ekonomi, dan tanpa tamadun duniawi yang dijadikan rukun
kemajuan terkini, tetapi telah berjaya memimpin dunia dengan iman dan amal
soleh yang menjadi syarat kemenangan yang dijanjikan oleh Allah.
54. Kini pula kita menyaksikan kemusnahan tamadun barat yang beracuannya
sendiri. Adapun kita masih lagi meminjam dan melaksanakan acuan pendidikan
yang sama. Akibatnya ialah menerima hasil pemimpin dan masyarakat yang
sedang dirasai bahang kemusnahannya juga. Inilah yang perlu diperbetulkan
dalam negara kita ini.
55. Apa yang kita lihat sedang berlaku sekarang ialah, anak-anak kita dan guru
menjadi bahan ujikaji pelaksanaan kaedah-kaedah baharu yang ingin dijalankan
oleh pihak kerajaan tanpa persiapan prasarana yang benar mencukupi, bertukar
ganti dasar apabila menterinya bertukar. Akibatnya murid dan guru dibebankan
dengan kerja, yang akhirnya menyebabkan tugas sebagai pendidik akan terjejas.
Ekonomi negara
56. Kebanyakan kita hanya mengenali dua mazhab ekonomi dalam mengurus
negara dan rakyat, serta sumber hartanya. Pertama, mazhab Liberal Kapitalisma
yang lebih berpihak kepada segelintir kroni golongan kaya raya dan kedua,
mazhab Sosialisma dan pecahannya seperti komunisma yang kononnya
berpihak kepada rakyat tertindas (pekerja dan petani) tetapi menzalimi golongan
kaya yang patut membantu kejayaan ekonomi yang adil.
57. Mereka tidak tahu bahawa Islam adalah berbeza dengan semuanya, kerana
Islam tidak menjadikan kebendaan sebagai dasar dan matlamat. Islam
meletakkan manusia adalah modal ekonomi yang sangat penting. Modal insan
ini hendaklah dibangun mengikut segala aspek fitrahnya, roh, jasad, individu,
keluarga dan masyarakat. Beracuankan Islam daripada Allah, yang telah
menetapkan juga perkara-perkara aqidah, syariat dan akhlak dalam aspek
ekonomi sehingga tidak berpisah di antara satu sama lain.
58. Negara Malaysia tanahair kita ini berada di atas bumi yang subur dan bersumber
di dalam perutnya hasil mahsul yang banyak, di mana Bank Dunia mengiktiraf
Malaysia sebagai antara negara yang terkaya dari segi sumber per kapita
rakyatnya. Tetapi hasil yang banyak ini tidak befungsi sebagaimana sepatutnya.
Ini semua adalah kerana kita membentuk manusia yang bertuhankan harta
benda dan berlumba sekadar mengisi perut tanpa makanan roh dan akal, di
16
mana kekayaan berlegar di kalangan pihak pemodal kaya-raya, ditambah pula
dengan wujudnya kepincangan tadbir-urus dan tata-kelola kepimpinan negara.
59. Lihatlah bagaimana pengurusan ekonomi yang adil, berakhlak dan berkat,
sebagaimana contoh Raja yang adil Zulqarnain yang menolak cukai yang hendak
diberikan kepadanya oleh kaum yang lemah, sebagaimana yang dinyatakan
dalam al-Quran :
(Mereka berkata : Wahai (Raja) Zul Qarnain sesungguhnya kaum Yakjuj dan
Makjuj melakukan kejahatan dalam negeri kami. Adakah kami bayarkan cukai
kepadamu supaya kamu dirikan kota pertahanan yang menghalang musuh .
(Zulkarnain menjawab) : Apa yang Tuhan kurniakan kekuasaan kepada ku
lebih baik lagi (tidak perlu membayar cukai itu). Tolong sahaja dengan tenaga
kerja yang kuat, nescaya aku dapat dirikan kota yang teguh boleh menghalang
serangan mereka terhadap kamu.
60. Manakala Raja Sulaiman A.S. pula menolak rasuah, sebagaimana yang
dinyatakan dalam al-Quran :
Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman,
berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan
kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah
kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan
aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang
bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau
yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah). [an-Naml : 36]
61. Negara yang kita idamkan ialah yang ditegakkan di atas hidayah daripada Allah
yang dijamin keteguhannya, bukan negara jibayah yang bergantung dengan
cukai daripada rakyat dan membeli rakyat. Negara inilah yang menerima janji
Allah :
17
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka
mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
62. Sekiranya kita meneliti perspektif ekonomi dalam negara ini, kita akan dapati
bahawa berbagai perancangan dan dasar dikemukakan oleh Kerajaan BN yang
memerintah sejak puluhan tahun. Antaranya ialah Bajet Tahunan, Dasar
Ekonomi Baru (DEB) sejak 1971 hingga 1990, Dasar Pembangunan Nasional
(1991-2000) dan Dasar Wawasan Negara (2001-2010). Kemudianya, Dasar
Transformasi Negara dan terkini pembentangan Rancangan Malaysia ke-11.
Marilah kita dengan secara ikhlas membuat ukuran dan menilai pencapaian
dasar-dasar ini secara adil dan berani, dengan berdasarkan kepada apa yang
dikatakan oleh pihak ketiga, iaitu mereka yang lebih pakar dan sememangnya
menumpu perihal kajian ekonomi dan kewangan negara.
63. Antaranya, sekumpulan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa
merakamkan dalam laporan kajian mereka (Fairness, Competition &
Development Foundation for A Social Market Economy in Malaysia, 2012),
bahawa sejarah pembangunan sosio-ekonomi Malaysia adalah satu yang
bersifat pencapaian agak rendah secara relatif atau perbandingan. Sementara
indikator pertumbuhan ekonomi dan sosial kita, mendahului negara-negara jiran
seperti Thailand, Filipina dan Indonesia, tetapi negara seperti Korea Selatan,
Singapura, Taiwan dan Hong Kong telah jauh meninggalkan dan mengatasi
prestasi ekonomi Malaysia sejak 1980an.
64. Lihatlah contohnya Korea Selatan yang mempunyai pendapatan per kapita
(GNI per capita) pada tahun 1970 sebanyak USD$270, di mana rakyat di negara
Malaysia ketika itu mengecapi pendapatan per kapita sebanyak USD$470
(mengikut data World Bank Atlas Method). Pada tahun 1980, Korea Selatan
telah hampir menyaingi Malaysia. Korea Selatan telah meningkat kepada
US$1,810 yang tidak jauh di belakang US$1,820. Namun, ketika Malaysia
disajikan dengan pelbagai program dan dasar-dasar pembangunan, Korea
Selatan terus memacu pertumbuhan per kapita rakyatnya. Pada tahun 2011,
18
Korea Selatan terus memecut pertumbuhan per kapita rakyatnya sebanyak
USD$20,870 sementara Malaysia terus berada di paras Perangkap
Pendapatan Sederhana dengan hanya mampu mencapai USD$8,420 masih
hampir 3 kali ganda ketinggalan.
65. Lebih mengaibkan lagi adalah negara-negara umat Islamlah yang tercicir dan
terkebelakang dari segi tata-kelola dan tadbir-urus negara termasuklah gejala
dan amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa penguasa politik negara.
66. Kita ingin mengingatkan kepimpinan negara supaya tidak hanya bermegah
membentang dasar demi dasar, program demi program. Saya bersedia
mengakui bahawa sebahagian dasar-dasar dan program-program ini adalah
baik kerana dibuat oleh pihak birokrat negara yang sejak dulu sememangnya
hebat dan kompeten, kerana mereka terdiri dari pemikir-pemikir anak watan
yang terpelajar dan terlatih.
67. Unit Perancangan Ekonomi (EPU) adalah think-tank kerajaan sejak dahulu telah
memerah otak fikiran mereka untuk menghasilkan kajian dan penyelesaian
terhadap pelbagai kemelut dan gejala ekonomi yang serba bersimpang-siur dan
pelbagai tuntutan yang saling bersilang dalam sebuah masyarakat majmuk
berbagai kelas ekonomi.
68. Hari ini mereka sedikit diketepikan kerana kecenderungan kerajaan untuk
memberikan kepada konsultan atau perunding luar yang dibayar secara mewah
sekaligus meminggirkan pakar-pakar tempatan dalam persiapan pelbagai kajian
sosial, pendidikan, kesihatan dan pembangunan ekonomi. Ini sangat malang
dan amalan ini harus dihentikan.
69. Maka seandainya kepimpinan negara tidak komited untuk benar-benar
menghayati tuntutan Allah dan Syariat sebenar, khasnya dalam pembangunan
ekonomi dan pengurusan kewangan, kesemua matlamat pembangunan ini akan
tersasar.
70. Terkini, hampir-hampir seluruh urusniaga dan pengurusan kewangan 1-
Malaysia Development Berhad (1-MDB) adalah lambang segala kekalutan dan
kecurangan pengurusan kerajaan BN.
71. Bermula sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) yang berhajat untuk
mencagar wang royalti Terengganu dan kemudian bertukar menjadi 1-MDB,
selepas 6 tahun penubuhan (2009) dan operasinya, apa yang dapat ditunjukkan
hanyalah timbunan hutang ke paras RM42bilion ! . Manakala Aset RM 50 bilion,
gagal menjana aliran tunai positif.
19
72. Kerajaan juga tidak wajar memangsakan simpanan rakyat dan dana rakyat
dalam apa jua tabung sekalipun samada KWSP, KWAP, LTAT, TH dan
sebagainya. Cubaan untuk menggunakan dana Tabung Haji telah mencetuskan
amarah ummat Islam khasnya dan rakyat seluruhnya kepada pihak kerajaan BN.
Skandal demi skandal berulangan walaupun pimpinan negara bertukar;
setengahnya sudah ditelan sejarah seperti isu BMF, Perwaja, Maika Holdings,
PKFZ dan berbagai lagi.
73. PAS sekali lagi menekankan bahawa sebuah kerajaan yang dimandat rakyat,
mestilah bertanggungjawab menunaikan amanah dan harapan rakyat ini. PAS
memahami sebuah pemerintahan itu, antara tugas utamanya adalah terangkum
dalam seperti ditegaskan dalam Surah Hud, ayat 61:
Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia
berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan
bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan
bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun
kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat
dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa
memperkenankan permohonan hambaNya (Hud : 61)
HAK PELAKSANAAN SYARIAT
74. Usaha mendaulatkan syariat ini terus diperjuangkan sejak awal oleh PAS.
Bacalah kembali apa yang pernah disebut oleh pimpinan PAS yang telah
meninggalkan kita. Prof Zulkifli Mohamed mengungkapkan pada tahun 1956 :
Kita (PAS) adalah umat Islam, dengan sebab itu kita ingin melihat
hukum-hukum Allah dapat dilaksanakan di bumi Allah ini...
Manakala Dr Burhanuddin al-Helmy menyebut dalam Ucapan Dasar Yang
DiPertua Agung Pas pada 24 Ogos 1957 :
kemerdekaan bangsa dan nusa sepenuhnya belumlah lagi ber arti
tercapainya cita-cita PAS, dan belumlah dihitungkan telah merdeka
sepenuhnya, melainkan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada orang
20
seseorang, masyarakat dan negara, barulah tercapai kemerdekaan yang
dicita-citakan oleh PAS.
75. Maka adalah tidak benar sama sekali pandangan pihak yang tidak memahami
sejarah dan dasar perjuangan PAS, bahawa PAS bersikap gopoh dalam
mengambil langkah ke arah pelaksanaan syariat Allah SWT ini. Lihat sahajalah
bahawa kita sangat beransur dalam tindakan (tadarruj), di mana PAS bercakap
dari tahun 1950an lagi, hanya meggubal dan diluluskan enakmen pada tahun
1993, iaitu setelah berlalu 40 tahun lebih dan generasi pula telah berubah
bertukar ganti. Sejak dari tahun 1990an, PAS dan Kerajaan Kelantan
mengadakan perbagai kempen, seminar, dialog, perbincangan pakar dan lain
lain, tanpa melaksanakan enakmen itu sama sekali kerana kita menyedari akan
kekangan yang wujud. Kepada mereka yang tidak memahami ini, jangan dibaca
sejarah PAS hanya dari tahun 1990 ataupun tahun 1999.
76. Setelah lebih 20 tahun pula berlalu selepas enakmen ini diluluskan
(menjadikannya lebih dari 60 tahun langkah-langkah diambil oleh PAS), maka
kita lihat ada ruang kecil boleh dilakukan untuk mengangkat taraf mahkamah
syariah yang kini hukuman di Mahkamah Tinggi Syariah pun adalah jauh lebih
rendah dari Mahkamah Rendah (Sivil), maka kita mengambil langkah proaktif
untuk membawa pindaan Akta 355 [Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965]. Itupun hanya untuk kesalahan rotan, denda dan penjara sahaja;
untuk meningkatkan hukuman kesalahan syariah supaya tidak tertakluk kepada
hanya 3 tahun penjara, denda maksima RM5000 dan 6 kali rotan sahaja
sebagaimana pada waktu ini.
77. PAS menghadapi isu pelaksanaan syariat Islam ini sebagai satu senjata menolak
Islam sejak zaman penjajah lagi. Namun kita menangani semua persoalan ini
secara demokrasi bermula dengan pendekatan ilmu sehinggalah mencetuskan
kesedaran melaksanakan undang-undang syariat yang dikemukakan oleh
kerajaan negeri Kelantan. Pelaksanaan syariat ini, bahkan isu peningkatan taraf
hukuman untuk kesalahan syariah pula adalah hak orang Islam yang wajib
diperkukuhkan sesuai dengan Islam sebagai agama Persekutuan.
78. Kerajaan Kelantan pimpinan PAS wajib mengusahakan agenda ini kerana
desakan umat yang sudah ingin kembali kepada Islam, kerana Islam menjadi hak
setiap penganutnya dan manusia yang mahu melihatnya. Masyarakat pula
dilanda wabak jenayah dan keruntuhan akhlak yang tidak terkawal oleh undang-
undang ciptaan manusia. Ketepikan mereka yang degil melawan Allah walaupun
tenggelam bersama tanda kemusnahan.
21
79. Allah pernah berfirman kepada Rasulullah ketika menghadapi kumpulan
seperti ini di zamannya:
(Dan hendaklah kamu berhukum di kalangan mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dan
berwaspada terhadap mereka daripada godaan terhadapmu supaya
meninggalkan sebahagian daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah
kepadamu. Maka sekiranya mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah
hendak mengenakan ke atas mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-
dosa mereka. Dan sesungguhnya ramai daripada kalangan manusia itu orang-
orang yang fasik).
80. Maka PAS menolak mereka yang tidak mahu memberi jalan kepada pelaksanaan
Islam atau Islamnya tidak istiqamah di atas konsep adil terhadap semua. PAS
juga menolak kalangan bercita-cita untuk membalas dendam terhadap mereka
yang dianggap musuh, kerana kita diajar oleh Rasulullah menjadi penyelamat
kepada seluruh manusia. Maka inilah perbezaan kemenangan Islam dengan
revolusi barat dan timur yang banyak mengorbankan nyawa, mencabul maruah
dan harta kerana membalas dendam.
81. Kita hendaklah membezakan PAS dengan kalangan yang mahu melaksanakan
Islam tanpa feqahnya menyebabkan wajah Islam dirosakkan kerana tidak
mengikut tasawurnya dengan istiqamah. Jangan siapa yang menyekat
perjuangan kita atau memesongkan perjalanan kita secara berterangan atau
menipu helah dengan cara mengikat PAS supaya tidak bergerak ke hadapan
dalam membawa agenda Islam.
MENGUKUHKAN ORGANISASI PAS
82. Organisasi dalaman PAS mestilah bergerak seiring untuk diperkukuhkan dengan
diberi suntikan baharu dalam merancang dan melaksanakan gerakerja.
Penyelarasan bersama untuk merangka gerakerja antara Lajnah-Lajnah di
peringkat Pusat dan Negeri-Negeri perlu dilakukan agar kita dapat
memaksimakan gunatenaga ahli parti.
83. Penumpuan khusus menerokai negeri Sabah dan Sarawak secara intensif akan
dilakukan nanti, terutamanya dalam aspek dakwah, diikuti tarbiyah
22
memperkukuhkan kefahaman ahli dan persediaan berdepan dengan politik
pilihanraya di Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang ini.
Dakwah
84. Sehubungan dengan itu juga, gerakerja dakwah yang menjadi tugas yang
penting di era kepimpinan ulama ini perlulah dipertingkatkan, terutama di luar
bandar, kawasan orang asal, kawasan kepadatan penduduk tinggi di pinggir
perbandaran, dan di kalangan generasi muda yang disebut sebagai Gen-Y.
Bahkan aktiviti dakwah jalanan yang dijalankan juga adalah sangat baik dan
perlu diteruskan.
85. Proses dakwah kita mestilah meliputi semua golongan, kerana kita mesti
menjadi agen penyelamat ummah. Lantaran itu semua ruang dan peluang yang
ada mesti dimanfaatkan semaksima mungkin. Aktiviti dakwah kepada golongan
bukan Islam mestilah dipertingkatkan. Perkembangan teknologi maklumat dan
capaian media baru mesti dipenuhi oleh info yang berguna dan bermanfaat. Para
daei juga mestilah meningkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan serta
keterampilan dengan akhlak Islamiyah.
Tarbiyah
86. Pemuda dan pemudi dalam parti, mestilah sentiasa beristiqamah meneruskan
gerakerja kebajikan dan kemasyarakatan, sehingga mampu menjadi contoh
yang dikagumi oleh masyarakat. Aktiviti tarbiyah mesti dirancakkan, terutama
kepada ahli dan medan baharu di kalangan masyarakat awam. Program khusus
menjelaskan tentang dasar parti, dan pengisian fikrah perjuangan PAS mesti
dilaksanakan dengan segera kepada semua ahli baharu parti. Usrah disemua
peringkat terutamanya di Negeri, Kawasan dan Cawangan mestilah digerakkan,
dan dijadikan satu agenda penunjuk prestasi (KPI) dalam mesyuarat Cawangan,
Kawasan dan Negeri.
87. Kaedah untuk mentarbiyah, berurusan dan menarik generasi muda yang dikenali
sebagai Gen-Y ini mestilah tanpa kita meninggalkan asas dasar PAS, bukannya
kita mengikut mana-mana kehendak mereka yang bersalahan dengan panduan
al-Quran dan as-Sunnah semata-mata untuk memenangi hati mereka. Di sinilah
letaknya peranan tarbiyah, bukan sekadar ilmu, bahkan ilmu bersama iman,
kemampuan beramal dan berakhlak. Bukan sahaja untuk kemenangan,
23
termasuk juga memenuhi syarat kemenangan dan mengisi kemenangan selepas
mencapainya.
Ulama - Pemuda - Muslimat
88. Golongan ulama di seluruh peringkat dalam PAS, mestilah senantiasa bersedia
dengan ilmu dan kefahaman yang sentiasa di pertingkatkan dalam berdepan
dengan cabaran baharu yang sangat hebat pada masa kini. Kita bukan sahaja
mesti memahami kitab-kitab Turath yang menjadi khazanah ilmu Islam, tetapi
dapat membaca menganalisa - menjelaskan kefahaman baharu sebagai suatu
tajdid untuk membawa umat ini ke hadapan, berpandukan kepada panduan al-
Quran dan as-Sunnah itu sendiri.
89. Ulama - Pemuda - Muslimat perlulah juga proaktif dalam mengemukakan
penyelesaian masalah semasa yang wujud hasil dari zaman yang terus
berkembang, terutamanya dalam zaman tanpa sempadan ini. Masyarakat
menunggu sesuatu penyelesaian Islam yang selalu disebut oleh kita sebagai
satu cara hidup. Zaman kita hanya berucap tanpa memgemukakan apa-apa
penyelesaian yang berpijak di alam nyata ini sebenanrya sudah berlalu.
90. Hubungan yang proaktif dengan NGO yang tidak menentang Islam dan
mendampingi masyarakat awam mestilah menjadi agenda ketiga-tiga Dewan ini
agar penyelarasan kefahaman dan tindakan dapat dilaksanakan dengan efektif.
91. Kepada seluruh ahli PAS, kita semua mempunyai tanggungjawabnya tersendiri
sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan parti. Bermakna PAS wajib
menyediakan ahlinya sebagai Aamilin dan Duaat yang berjati diri mengikut
acuan Allah.
92. Marilah kita semua menjadi ahli PAS yang menyempurnakan sifat atau ciri-ciri
kumpulan Islam yang dapat memenuhi syarat dijanjikan kemenangan oleh Allah
:
(Allah berjanji kepada kalangan orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal yang soleh, bahawa Dia akan jadikan mereka berkuasa memerintah
24
negeri di bumi ini, seperti pernah dikurniakan kepada kalangan sepertinya di
zaman dahulu, lalu Agama yang Diredainya (Islam) berkuasa (Tamkin) dan
bertukarlah keadaan daripada ketakutan kepada keamanan, dalam keadaan
mereka beribadah kepadaku (tanpa gangguan) dan mereka tidak berlaku syirik
terhadapku. (Ingatlah) sesiapa yang kufur selepas itu, maka merekalah orang-
orang yang fasik).
93. Dewan Himpunan yang menjadi satu sayap penting PAS perlulah juga
diperkukuhkan peranannya. Organisasi DHPP wajar diberi lonjakan baharu dari
segi keahlian, struktur organisasi dan perancangan gerakerja. Pembinaan modul
kursus untuk memahami sejarah dan dasar PAS, kursus organisasi, dan lain-
lain yang perlu hendaklah dirangkakan dengan segera pada sessi ini.
Pengurusan Maklumat
94. Sejak beberapa muktamar yang lepas, saya banyak memberikan peringatan
kepada perwakilan berhubung keperluan mendekati senjata terkini ICT dan
Media Baru dalam memperkasakan jentera pentadbiran, penerangan dan
dakwah serta pilihan raya kerana internet merupakan lebuhraya maklumat yang
terbesar yang perlu dimanfaatkan.
95. Internet kini telah menjadi sebahagian gaya hidup dan keperluan dalam mencari
maklumat dan melakukan tugasan harian. Satu perkara yang perlu ditekankan
kepada pimpinan dan pengguna berbagai aplikasi-aplikasi IT ini ialah isu
keselamatan siber dan penyamaran identiti online yang menyebabkan
berlakunya banyak gelaja-gejala buruk, adu-domba dan fitnah di alam siber.
Justeru itu, banyak kali saya menegaskan supaya pimpinan PAS tidak menerima
bulat-bulat apa yang terdapat atau dipetik dari Internet, terutama apabila
sumbernya tidak sahih dan meragukan. Ingatlah sabda Nabi Muhammad
dalam satu hadis yang panjang dalam Riyadhus Shalihin :
Adapun orang yang engkau datangi, ia sedang dipotong-potong
hujung mulutnya sampai ke tengkuknya dan dari lobang hidung
sampai ke tengkuknya dan juga dari matanya sampai ke tengkuknya
itu ialah orang-orang yang pergi dari rumahnya lalu membuat kata-
kata dusta dengan kedustaan yang sampai mencapai ke segala
penjuru.
96. Seperti yang ditegaskan dalam muktamar sebelum ini, media parti seperti
Harakah, Harakahdaily dan radio internet hijau.fm, mestilah tidak terlibat dengan
fenomena-fenomena negatif dalam berkarya dan jangan sekali-kali terpengaruh
25
dengan pendekatan sensasi-songsang yang bertujuan melariskan jualan
semata-mata dengan menjejaskan kredebiliti sebagai sebuah media Islam.
Sebaliknya hendaklah sentiasa berusaha membentuk fikrah dan menyampaikan
maklumat berdasarkan acuan parti untuk memberi kefahaman sebenar kepada
rakyat.
MEMPOSISIKAN PAS DI PENTAS ANTARABANGSA
97. Di persada antarabangsa, PAS amat bimbang dan tersentuh dengan konflik dan
pertumpahan darah yang berlaku di Semenanjung Tanah Arab seperti di Yemen,
Syria, Iraq dan Libya. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pertumpahan
berdarah yang sedang berlaku ini mesti dihentikan segera. Apa yang kita sedang
lihat adalah amat trajis dan memilukan kita semua umat Islam.
98. Di Syria, kini lebih 250,000 rakyat awam yang terbunuh dan lebih dari 7 juta
rakyatnya terpaksa menjadi pelarian di negara-negara jiran. Di Iraq peperangan
terus disemarakkan oleh musuh sehingga mengakibatkan ratusan ribu yang
terkorban dan menjadi pelarian. Perbezaan mazhab yang sudah ribuan tahun
dapat ditangani, kini diapi-apikan semula sehingga seseorang itu dihukum akibat
dari perbezaan mazhabnya. Begitulah juga dengan apa yang sedang berlaku di
Yemen di mana peperangan proksi Kuasa-Kuasa Besar mengakibatkan ribuan
rakyat awam Yemen yang menjadi mangsa korban.
99. Saya juga ingin tegaskan sekali lagi, PAS tidak mahu campurtangan asing
berlaku di bumi umat Islam. Biarlah rakyat Yemen, Syria, Iraq dan Libya
menentukan masa depan negara mereka tanpa sebarang campurtangan Kuasa
Asing yang cuba memporak-perandakan negara-negara ini.
100. PAS amat tersentuh dengan kezaliman terbaru yang dilakukan kepada umat
Islam di Mesir oleh pihak yang bersekongkol dengan kudeta. Mahkamah yang
didokong oleh junta tentera Mesir telah menjatuhkan hukuman mati kepada lebih
100 orang pejuang Islam, termasuk Presiden Mesir yang sah Dr Mohammad
Morsi, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr.Mohammad Badi', serta Sheikh Yusuf
Qardhawi yang kini menetap di Qatar. Apakah dosa sebenar mereka ini
melainkan dendam kesumat yang ada pada pemimpin kudeta yang gagal
meredakan kemarahan rakyat Mesir meskipun sudah hampir 2 tahun berlaku
rampasan kuasa.
101. Kezaliman yang dilakukan oleh pihak rejim Zionis terhadap penduduk awam di
Gaza dan Palestin juga nampaknya tiada penghujungnya. Agensi antarabangsa,
terutamanya Kerajaan Malaysia yang berada dalam Majlis Keselamatan Bangsa-
26
Bangsa Bersatu (PBB) mestilah menggunakan semua ruang yang ada untuk
membantu umat Islam yang disembelih setiap hari ini.
102. Begitu jugalah dengan apa yang berlaku di Bangladesh. Rejim Sheikh Hasina
yang zalim telah menjalankan hukuman mati ke atas beberapa pimpinan gerakan
Islam Jamaat Islami Bangladesh termasuk Abdul Qader Mulla dan Penolong
Setiausaha Agung Jamaat Mohamed Kamaruzaman. Sementara itu Amir Jamaat
Islami Bangladesh, Maulana Motiur Rahman Nizami sedang menunggu saat
hukuman di tali gantung ke atas beliau.
103. Di Myanmar, PAS menentang sekerasnya penafian berterusan terhadap hak
asasi manusia kaum minoriti di Myanmar yang berasaskan kebencian terhadap
agama. Penafian ini tidak memberi petanda yang baik untuk penyatuan Myanmar
mahupun kestabilan komuniti Asean. Penduduk minoriti Rohingya telah di halau
dari bumi mereka sendiri dengan dibakar perkampungan mereka, sekolah-
sekolah serta masjid-masjid yang mengakibatkan beribu-ribu umat Islam
Rohingya kini menjadi pelarian.
104. PAS ingin membuat seruan terbuka kepada kerajaan Malaysia selaku rakan
ASEAN dengan Myanmar agar melihat isu ini secara tegas dan matang dengan
menyatakan secara tegas terhadap kerajaan Myanmar. Bantuan kemanusiaan
kepada ribuan pelarian Rohingya yang sedang terumbang-ambing di tengah-
tengah laut harus dilaksanakan secepatnya tanpa bertangguh.
Pemerhati dan Perwakilan yang dihormati sekelian,
KESIMPULAN
Bertitik tolak di atas tema Beristiqamah Hingga Kemenangan ini, maka marilah sama-
sama kita pada hari ini memahaminya dan menggerakkan jemaah ini untuk menghadapi
apa juga cabaran yang sedang menunggu di hadapan dengan penuh yakin kepada dasar
dan prinsip perjuangan ini dengan mengambil tindakan-tindakan berikut :
1. Marilah sama-sama pada hari ini kita menyatakan kesetiaan kita kepada
perjuangan Islam dengan penuh istiqamah, berdasarkan kepada panduan al-
Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah dengan penuh
keikhlasan kepada Allah SWT.
2. Marilah kita memahami maksud kemenangan yang dinyatakan oleh Allah SWT.
Kemenangan yang mahu dicapai adalah sebahagian dari usaha mendapatkan
27
redha Allah SWT. Kita berjuang siang dan malam adalah kerana mencari redha
Allah SWT. Justeru itu, marilah kita pastikan diri kita semua, dan jemaah yang
menjadi platform perjuangan kita memenuhi syarat kemenangan yang telah
digariskan oleh Islam dengan makna kemenangan yang sebenar.
3. Marilah kita sama-sama memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan, dengan
setiap dari kita bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam program tarbiyah yang
dijalankan oleh jemaah. Tarbiyah inilah yang akan menyediakan diri kita untuk
lebih faham dan yakin terhadap fikrah perjuangan ini yang sempadannya bukan
sahaja di dunia tetapi hingga ke akhirat.
4. Marilah kita mengemaskini pentadbiran parti di semua peringkat, semua Dewan-
Dewan dan Lajnah, termasuklah Cawangan, Kawasan dan negeri. Saya menyeru
kepada semua perwakilan dan pemerhati supaya merapatkan saf perjuangan
bersendikan fikrah perjuangan yang jelas dan tulen, melipat gandakan gerakkerja
amal jamaie dan Islammi, dengan tumpuan kepada halatuju perjuangan untuk
meraih kemenangan di dunia melalui dakwah dan siasah berpilihanraya, serta
menang pula di akhirat iaitu mendapat syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT.
5. Marilah kita membawa mesej Islam sebagai penyelesaian kepada masyarakat
majmuk yang ada dalam negara kita ini. Semua pihak dan peringkat dalam
organisasi ini mestilah memahami fiqhul-waqie, dengan merujuk kepada panduan
al-Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad .
6. Marilah kita meneruskan kerjasama Tahaluf dalam Pakatan Rakyat dengan rukun
dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam mengikut panduan al-Quran dan as-
Sunnah, dan bertaawun dengan semua pihak dalam perkara kebaikan umat Islam
dan bukan Islam dalam negara kita, serta tidak bertolak ansur dalam perkara
kezaliman dan kemungkaran.
7. Marilah kita mengukuhkan kedudukan dan peranan PAS di peringkat
antarabangsa, membela pihak yang dizalimi, mengusahakan penyelesaian konflik
di rantau ini dan antarabangsa untuk mewujudkan dunia yang lebih aman, dan
menolak campurtangan kuasa besar dalam konflik di dunia umat Islam.
28
Akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan
penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi, Pengarah dan
Jawatankuasa Panitia Muktamar, Badan Perhubungan PAS Selangor, Petugas-petugas,
anggota Jabatan Amal dan semua pihak yang menjayakan Muktamar ke 61 ini.
Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Saya RASMIKAN Muktamar PAS kali ke 61 ini dengan menyebut sabda Rasulullah :
.
.
. , , ,