Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    1/24

    1

    Yang Dihormati Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan,

    Yang Dikasihi Dato Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Wadah Pencerdasan Umat

    Malaysia (WADAH),

    Yang Dikasihi Adinda Mohammad Fazril Bin Salleh, Presiden Persatuan

    Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),

    Pimpinan dan Ahli Jawatankuasa ABIM peringkat Pusat, Negeri dan Daerah,

    Ketua-ketua Agensi ABIM,

    Para petugas Muktamar dan Simposium Hari Malaysia 2014.

    Salam muktamar saya hulurkan bagi semua warga muktamar sama adaperwakilan, pemerhati dan juga urus setia.Tidak lupa juga kepada para jemputan

    dari jauh dan dekat yang sudi hadir bagi memeriahkan Muktamar Sanawi ABIM

    kali ke-43.Semoga kehadiran kita dikira bukti terhadap ikrar untuk memartabat

    ummah dan tanda kasih dan setia kita kepada gerakan tercinta ini.

    Bahagia menusuk jiwa tatkala mata bertentang mata, rasa rindu

    membungkam di dada melihat pejuang muda yang gigih dan bersemangat

    perwira. Tangan bersalam erat genggaman, pelukan melerai kerinduan agar

    kita semua terpilih sebagai Jundullah dan Ansarullah yang dinaungi di bawah

    naungan rahmat-Nya. Di Sabah ini di negeri di bawah bayu kita berkumpul buat

    julung kalinya, yang menyambut kedatangan kita dengan penuh takzim, ramah

    dan mesra.

    Keramahan dan kemesraan merupakan ciri terpenting umat Islam di rantau

    ini. Rantau yang menerima Islam sebagai penyuluh kehidupan secara subtle

    dan gradual. Islam menyerap ke seluruh umat dan membekas di hati dan

    sanubari diterima penuh redha.

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    2/24

    2

    Kemajmukan masyarakat tidak dilihat sebagai halangan kepada

    perkembangan dakwah. Pendakwah gigih mengharungi cabaran kemajmukan

    ini. Rantau ini dilihat sebagai sebuah ladang yang subur untuk menuai pahala

    di kemudian hari nanti.

    Rantau Nusantara merupakan kepulauan yang meliputi puluhan ribu

    pulau dengan kepelbagaian budaya. Kepelbagaian budaya ini diperkayakan

    apabila interaksi dengan pemerintah China dan India terutamanya dari sudut

    perdagangan dan diplomatik. Akan tetapi, lewat kurun yang ke-15 kehadiran

    kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan Inggeris yang mempunyai misi yang

    tersendiri menyebabkan landskap keramahan ini berubah.

    Di Tanah Melayu, kaum India dan Cina dibawa masuk secara besar-besaran

    bagi menjayakan perniagaan kerajaan Inggeris tanpa memikirkan kesan terhadap

    sosio-politik dan ekonomi secara keseluruhan. Fragmentasi antara kaum mula

    berlaku mengikut polar geogra dan aktiviti ekonomi dan kesannya dirasai

    sehinggalah ke hari ini. Kita melihat dikotomi antara hasrat dan kesungguhan bagi

    menyatukan rakyat semakin nyata hari ini. Situasi ini menuntut kita menggerakkan

    wacana pembinaan bangsa Malaysia secara mendasar.

    Dalam perbahasan berkenaan topik pembinaan Bangsa Malaysia, nilai

    akomodasi dan kebijaksanaan pentadbir dilihat sebagai kunci bagi menanggapimaslahah menyeluruh yang melibatkan komposisi pluraliti masyarakat. Ini

    dapat dijelaskan menerusi pandangan Sheikh Muhammad Imarah dalam buku

    Islam dan Pluraliti: Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuanyang

    meletakkan pluraliti dalam masyarakat memerlukan kesungguhan pentadbir

    untuk mengendalikannya.

    Sejarah negara menunjukkan nenek monyang kita telah pun menerima

    konsep negara Malaysia dengan kepelbagaian kaum. Sejarah di ambang

    Merdeka, telah tercatit fakta bahawa pemimpin kita terdahulu dengan tangan

    terbuka menerima konsep Jus Soli apabila menerima sesiapa sahaja yang

    lahir di Tanah Melayu sebagai warganegara Malaysia tanpa mengambil kira

    negara mana keturunannya dilahirkan.

    Senario ini berbeza dengan undang-undang berdasarkan keturunan

    darah atau lebih dikenali sebagai Jus Sanguinis yang digunapakai oleh

    seluruh negara membangun di dunia ketika mencapai kemerdekaan. Jika bapa

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    3/24

    3

    seseorang itu dilahirkan di luar Persekutuan Tanah Melayu, secara automatik

    seseorang itu tidak akan dianggap sebagai warganegara dan akan dihantar

    pulang ke negara asal keturunan.

    Begitu juga dengan sejarah kemasukan Sabah dan Sarawak pada tanggal16 September 1963 secara tuntas membawa maksud Malaysia ini adalah

    negara yang terdiri daripada pelbagai entiti.

    Berlandaskan sandaran sejarah jelas sekali kewujudan pluraliti kaum, latar

    dan agama adalah dilihat oleh pemimpin terdahulu sebagai aset kekuatan demi

    penggembelingan kelebihan antara satu sama lain dan jauh sekali ia ditanggapi

    sebagai sumber konik ditambah dengan sentimen dan provokasi.

    Adakah pembentukan Malaysia, yang telah dimulakan oleh pemimpinterdahulu dengan mudah ingin kita hancurkan, menerusi pelbagai dakwaan

    liar termasuk menghukum bangsa lain sebagai penceroboh dan pendatang?

    Justeru, sifat berlapang dada dan saling menghormati serta memahami latar

    sejarah negara sahaja yang mampu untuk meletakkan kepelbagaian dan

    keragaman dalam bingkai kesatuan.

    SEMANGAT KEBANGSAAN

    Semangat kebangsaan yang hanya dikaitkan kepada identiti sesebuahbangsa perlu dinilai semula. Takrifan bangsa yang cuba menyempitkan ruang

    perbincangan kepada rupa, warna kulit, budaya dan keturunan perlu diluaskan

    agar kita benar-benar memahami apakah yang dinamakan sebagai bangsa.

    Jika bangsa disandarkan kepada bahasa komunikasi yang mengehadkan

    satu bangsa kepada satu bahasa apakah yang akan terjadi kepada orang Zuid

    Limburg dan orang Fries yang bahasa pertuturannya berbeza daripada bangsa

    Belanda? Begitu juga dengan bangsa Switzerland yang mempunyai dua ras

    dan bertutur menggunakan tiga bahasa.

    Jika bangsa disandarkan kepada penguasaan politik dan sistem bernegara,

    bagaimana pula dengan penduduk daerah Elzas-Lotharinger yang dikuasai

    silih berganti oleh negara Perancis dan Jerman? Andai bangsa dikaitkan

    dengan asal keturunan, bagaimana pula dengan bangsa Walen (berketurunan

    Perancis) dan Flamingen (berketurunan Belanda) di negara Belgium yang

    susur galurnya berbeza antara satu sama lain.

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    4/24

    4

    Inilah yang perlu diperhatikan jika kita mahu berbicara persoalan bangsa

    dan semangat kebangsaan. Kita tidak mahu terperangkap dalam satu situasi

    yang boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah perpecahan.

    Sememangnya apabila kita memerhatikan di sekitar, sudah tentu akan kitadapati bahawa wujud pelbagai ras dan kecenderungan dengan kerencaman cita

    rasa. Di sinilah Bapak M. Natsir mengusulkan agar semangat kebangsaan diertikan

    sebagai penyatuan terhadap aspirasi, hasrat dan tujuan yang menggerakkan

    kita ke arah yang serupa. Bukannya perjuangan yang menonjolkan supremacy

    kaum sehingga menimbulkan keresahan kaum yang lain.

    Beliau melihat keragaman ras dan kelompok di Indonesia yang tidak

    mungkin dapat disatukan jika setiap dari kelompok itu berpegang dengan

    semangat kebangsaan atau kekelompokan masing-masing. Malah jika tidak

    diatur dengan sebaiknya, semangat kebangsaan ini akan menjadi faktor

    kepada perpecahan dan permusuhan.

    Maka persoalannya di sini, apakah semangat kebangsaan Malaysia? Apakah

    matlamat yang boleh dikongsi oleh semua warganegara yang terdiri daripada

    pelbagai bangsa dan keturunan? Matlamat tersebut mestilah berupaya untuk

    menyatukan seluruh warga Malaysia, mengerah usaha sedaya mungkin bagi

    mencapai hasrat tersebut.

    Kekhuatiran kita semakin membarah apabila semangat perkauman sempit mulamendapat tempat dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Masing-masing

    meluahkan rasa kurang selamat dengan kehadiran kaum lain yang dilihat sebagai

    ancaman kepada kelangsungan bangsa masing-masing pada masa hadapan.

    Kita seolah-olah dilepaskan dari ikatan penyatuan apabila setiap kelompok

    tidak mampu berkongsi fokus yang seimbang dengan wajar dan saksama.

    Maka tercetuslah ungkapan-ungkapan yang melukakan dan kelihatan seperti

    tidak boleh disembuhkan lagi.

    Al-Quran menegaskan bahawa setiap individu bermula dari keturunan Nabi

    Adam a.s. Pernyataan ini walaupun ringkas, namun mengandungi erti yang

    mendalam, iaitu dari sudut persaudaraan, ia mengisytiharkan bahawa setiap

    daripada kita ini mempunyai perkaitan darah dan genetik.

    Takrifan nationalisme atau semangat kebangsaan yang didokong oleh

    pendokong primodialis pada peringkat awal semakin tidak relevan.Tambahan

    pula dengan fenomena perkampungan sejagat (global village) lewat era teknologi

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    5/24

    5

    maklumat dan komunikasi, perhubungan rentas etnik semakin menjadi mudah.

    Jika ditinjau dari sudut sosialisasi, manusia secara global sedang melalui fasa-

    fasa integrasi kaum mengikut tempohnya yang tersendiri.

    Begitu juga di Malaysia, kita semakin melepasi fasa akomodasi dan kinisedang menjengah fasa asimilasi. Akomodasi yang ditandai sebahagian

    besarnya dengan toleransi dan penyesuaian antara kaum kini bergerak ke arah

    kelangsungan identiti bangsa.Kelangsungan identiti ini menimbulkan perdebatan

    antara kaum yang kadangkala menerbitkan bibit rasisme dan ekstremisme.

    Sudah tentu yang menerima kesan dari perdebatan ini adalah generasi

    muda.Persoalannya di sini adalah; ke manakah pengakhirannya fasa asimilasi

    dalam masyarakat Malaysia ini? Adakah nanti akan terjelma pula budaya dan

    identiti bangsa yang baru yang menjadi ciri fasa akulturasi seperti yang terlihat

    pada masyarakat Amerika Syarikat yang bangga dengan istilah kawah perlakuran

    (melting pot). Fenomena ini bukanlah sesuatu yang asing di negara kita.Masyarakat

    Baba dan Nyonya misalnya, telah melalui tranformasi budaya dan identiti yang unik,

    hasil interaksi dengan pelbagai kaum di Malaysia atau secara khususnya di Melaka.

    Kita juga tidak mahu menakan esok atau lusa, proses asimilasi ini disekat

    lalu melontar kita kembali ke belakang dengan memaksa kita melalui keperitan

    perpecahan sebuah negara.

    Oleh yang demikian, kita perlu menangani fasa ini dengan cermat danbijaksana. Allah mahu kita merenung pembentukan masyarakat di Makkah dan

    Madinah. Allah menitahkan agar Makkah tidak dihuni oleh kaum Musyrikin, tetapi

    tidak di Madinah.Madinah terus kekal hingga ke hari ini dengan kepelbagaian

    kaum dan kerencaman budayanya.

    Ia seolah-olah satu mesej bahawa, dakwah Islamiah meraikan jamak budaya

    dan agama, serta mampu berkembang, sesuai dengan naluri manusia dan

    kemasyarakatan. Kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w. bukanlah mengislamkan

    seluruh penduduk Madinah, tetapi memelihara kepelbagaian agama dan budayaserta mampu mengembangkan Islam secara mesra dan harmoni.

    KESEDERHANAAN ISLAM

    Sikap kesederhanaan Islam yang kita cuba hayati dan amalkan sejak sekian

    lama bukan satu pilihan. Ia adalah sikap yang amat dituntut oleh Islam. Mesej

    Islam hanya akan berjaya sampai dengan utuh apabila ia disampaikan dengan

    penuh kesederhanaan.

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    6/24

    6

    Sebagai pendokong risalah dakwah kita seharusnya berpendirian dengan

    teguh dan sepenuh hati agar kita tidak terjebak dengan kejelekan ekstremisme.

    Marilah kita berhati-hati mengelakkan simptom-simptom penyakit ini kerana ia boleh

    melumpuhkan dakwah kita dan kita kehilangan seri selaku penyebar risalah.

    Ketaksuban terhadap satu-satu pendapat merupakan salah satu daripada

    manifestasi gejala ekstremisme. Ketaksuban sehingga gagal meraikan

    kepelbagaian pandangan kelak akan menjurus kepada kebekuan pemikiran dan

    kejumudan tindakan. Setiap pendapat sudah tentu dilatari oleh sejarah, budaya

    dan ilmu pengetahuan yang rencam.Begitu juga dengan kecenderungan selera

    dan cita rasa yang tidak memungkinkan keseragaman pandangan.Keadaan

    sebegini diburukkan lagi apabila diri diangkat keujuban yang melampau

    sehingga mencanang, hanya dirinyalah yang berada di landasan kebenaran.

    Kecenderungan untuk mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan syariat

    juga merupakan gejala ekstremisme. Apatah lagi ia disertai oleh perilaku yang

    keras dan kasar bagi memastikan seruannya diikuti. Setiap perkara yang

    diwajibkan itu menjurus kepada satu tema, iaitu yang lebih sukar dan lebih

    susah itulah yang lebih afdhal (utama). Sikap sebegini meragut sifat kasih

    sayang dan kedamaian yang seiring dengan risalah Islam.Islam mahukan agar

    manusia itu senang dan lapang dibelai kesejahteraan dalam kehidupan.

    Lewat sebuah pesanan daripada Baginda Rasulullah s.a.w. apabila

    mengirimkan Muaz ibn Jabal ke Yaman:

    Engkau akan mendatangi kaum dari ahli kitab, maka serulah mereka

    kepada syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku

    adalah Rasulullah. Jika mereka mentaati engkau akan yang demikian,

    maka ajarkan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas

    mereka sembahyang lima kali sehari semalam. Jika mereka mentaati

    engkau pada yang demikian, maka ajarkan kepada mereka bahawaAllah telah mewajibkan ke atas mereka sedekah (zakat) yang diambil

    dari orang-orang kaya untuk diberi kepada orang-orang miskin.

    (Riwayat Muttafaq alaih)

    Dalam menghuraikan hadith ini, Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyorot tertib

    dakwah yang bermula dengan perkara yang mudah, iaitu kalimah tayyibah kepada

    yang lebih sukar, iaitu solat dan zakat.Ia mengisyaratkan bahawa trah manusia

    perlu diperkirakan tatkala menyampaikan dakwah. Kita amat bimbang dengan

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    7/24

    7

    gejala ekstremisme yang memperkenalkan kepada generasi muda tingkah laku

    yangkeras dan kata-kata yang kesat yang bertopengkan jihad menegakkan Islam.

    Aksi-aksi provokasi melampau daripada kedua-dua pihak sama ada Muslim

    ataupun tidak mempamerkan perilaku yang memualkan. Ungkapan menghalaudan menghina yang semakin popular sejak akhir-akhir ini meningkatkan lagi

    keresahan dalam kalangan masyarakat. Adakah pintu untuk berdialog telah

    tertutup? Ruang untuk berdakwah telah dinakan? Dan pintu interaksi telah

    dikunci? Sehingga mengizinkan untuk kita meluahkan kata-kata nista yang

    merendahkan martabat akhlak kita sendiri.

    Sikap tegas dan keras hanya diizinkan ketika peperangan dan ketika

    melaksanakan hukum Allah terhadap pesalah syariah, namun itu pun jangan

    menyingkapi tirai penghinaan martabat insani.

    Apa yang kita bimbangi ialah sikap sebegini menjauhkan mereka dari

    seruan Islamiah sebagaimana rman Allah S.W.T.:

    Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap

    mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka

    menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah

    ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu.

    Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada

    Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.

    (Surah ali-Imran 3:159)

    Kesegaran husn ud-dzan(bersangka baik) dimamah gejala ekstrem dengan

    rakusnya. Ia merebak dengan pantas apabila kita mula memandang kelompok

    lain dengan pandangan hitam lalu menyembunyikan kebaikan-kebaikan mereka

    dan diperbesarkan kesalahannya. Sekecil-kecil kesalahan akan dikutuk habis-

    habisan tanpa perasaan kasih sayang atau memberi ruang terhadap pembetulan.

    Perilaku ini juga diiringi dengan menakan sebarang bentuk penjelasan daripada

    kelompok yang tidak bersama mereka dan kelompok tersebut akan dilabel

    dengan pelbagai tuduhan yang bukan-bukan. Sabda Nabi s.a.w.:

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    8/24

    8

    Jauhilah prasangka, kerana prasangka itu adalah pembicaraan yang

    paling dusta.

    (Muttafaqun alaih)

    Gejala ekstrem ini akan menjunamkan kita ke lembah takr apabilaterperangkap dalam rasa ujub terhadap diri yang melampau. Firman Allah S.W.T.:

    (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang

    selain daripada kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha

    luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia

    menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu;

    maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui

    tentang orang yang bertakwa.

    (Surah an-Najm 53:32)

    Musa a.s diperintahkan untuk terus mempertahankan akhlak tutur bicaradengan kata-kata yang sopan apabila berhadapan dengan Firaun.Firaun yang

    mewakili golongan yang zalim dan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan

    legasi kekuasaannya perlu dihadapi dengan tenang dan berhikmah.

    Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui

    batas.Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yanglemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut

    (Surah Taaha 20:43-44)

    ABIM selaku gerakan dakwah yang mempunyai pengaruh yang tersendiri

    perlu mempertahankan posisi daie dengan sepenuh hati.Sikap ekstrem yang

    kelihatan dalam nyalaan semangat perkauman yang sempit, pendekatan yang

    berlebihan dalam beragama (al-ghuluw) dan ketaksuban terhadap pemimpin

    dan kelompok perlu dijauhi oleh penggerak-penggerak dakwah.

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    9/24

    9

    Justeru, amalan kesederhanaan atau wasatiyyah bukanlah suatu pilihan.

    Sebaliknya ia adalah satu kemestian. Mesej kesejahteraan Islam hanya dapat

    disampaikan dengan makna yang setepatnya menerusi kesederhanaan ini. Tanpa

    sikap ini, inti risalah akan terlindung di balik bayangan ekstremisme yang hodoh.

    POLITIK ADILUHUNG

    Politik adiluhung adalah politik yang mengutamakan kepentingan sejagat.

    Ia mengurus interaksi antara kepentingan diri dan kepentingan awam secara

    seimbang dan saksama. Interaksi ini penting bagi melahirkan satu suasana

    yang mengarah kepada kebahagiaan.

    Dalam membahaskan topik ini, Dr Jasser Auda memberi penekanan

    bahawa identiti yang terpenting bagi semua Muslim yang membezakannya

    dengan puak atau tamadun yang lain adalah al-Shariah al-Islamiyah. Dengan

    kepelbagaian rupa bentuk dan budaya, shariat Islam membina Muslim di atas

    asas akidah Islamiah yang membawa manusia untuk tunduk dan patuh kepada

    segala titah perintah Allah.

    Kepelbagaian identiti dilihat bukan punca kepada pertentangan, malah

    saling menyempurnakan dan melengkapi bagi membina identiti Muslim.

    Komponen asas yang thubut (kekal) perlu jelas dan mendapat tempat yang

    sewajarnya, juga perkara mutaghaiyirat(berubah/dinamik) perlu menempati di

    posisi yang setepatnya.

    Rasulullah s.a.w dalam memainkan peran Imamah, sentiasa mengutamakan

    maslahah ammah (kepentingan umum). Baginda sentiasa mempertimbang

    segala ruang dan kemungkinan agar keputusan yang bakal dibuat memberikan

    manfaat bagi mencapai objektif syariat. Baginda amat marah sekiranya sikap

    perkauman sempit (Assabiyyah) dijadikan asas untuk bertindak sehingga

    menakan kebenaran. Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah,

    berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan)

    assabiyyah

    (Hadith Riwayat Abu Dawud)

    Dikisahkan Baginda berbangga dilahirkan dari kaum Quraisy apabila

    Baginda pernah bersabda :

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    10/24

    10

    Allah telah menganugerahi suku Quraisy dengan 7 perkara yang

    tidak diberikan kepada seseorang sebelum dan setelah mereka.

    Pertama, Allah menganugerahi Quraisy dengan keberadaanku yang

    dari golongan mereka.Kedua, kenabian muncul dalam kalangan

    mereka. Ketiga, jabatan hijabah (penyimpan kunci sekaligus pengurusKaabah) berada pada mereka. Keempat jabatan siqayah (menjaga

    minuman para hujaj atau air zam-zam) juga berada pada mereka.

    Kelima, Allah telah menolong mereka mengalahkan pasukan gajah.

    Keenam, mereka menyembah Allah selama 10 tahun (awal) yang

    mana selain mereka masih belum menyembah Allah. Ketujuh, Allah

    menurunkan satu surah tentang mereka dan al-Quran yang tidak

    diturunkan kepada selain mereka. (Kemudian Rasulullah membacakan

    surah al-Quraisy sehingga selesai.)

    (Hadith riwayat at-Thabrani dan al-Hakim)

    Namun, kebanggaan terhadap bangsa itu tidak pernah membuatkan

    Baginda terlanjur mengunjur ke lorong gelap perkauman sempit bahkan

    Baginda tetap teguh memelihara kebenaran dan keadilan.

    Dr. Muhammad Imarah merumuskan politik Islam mestilah mampu menjamin

    kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat serta terlaksana di atas landasan

    maqasid syariah. Fungsi ini terangkum dalam takrifan yang beliau senaraikan iaitu:

    1. Mengupayakan manusia dengan memandu mereka ke arah jalan yang

    selamat dalam jangka waktu yang dekat atau panjang, dan menguruskan

    kehidupan bersama orang awam mengikut peraturan yang adil dan istiqamah.

    2. Apa-apa sahaja perbuatan yang menjadikan manusia lebih hampir kepada

    kebaikan dan lebih jauh daripada kerosakan.

    3. Siasah agama yang memberi manfaat dalam kehidupan dunia dan akhirat.

    Ia juga bermakna pengurusan ke atas masyarakat manusia berasaskan

    manhaj agama.

    Jelas sekali jika politik adiluhung menjadi identiti politik Malaysia, kita

    mampu menapak lebih jauh bersama kesatuan masyarakat yang luhur dan

    penuh kejujuran. Ini juga sekali gus menjanjikan masa depan yang lebih cerah

    buat warga Malaysia keseluruhannya.

    Kita sudah jemu dan berasa muak dengan karenah politik yang hanya

    menonjolkan perjuangan terhadap kelompok kecil bagi merebut kuasa. Kuasa

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    11/24

    11

    menjadi satu macam penyembahan yang perlu dipertahankan tanpa mengira risiko

    dan kesan sampingan, walau menyebabkan kekeliruan dan kehancuran ummah.

    Politik kebencian, politik adu domba, politik rasuah, politik tnah dan pelbagai

    lagi kehodohan politik terjelma atas kerakusan nafsu yang menggila.Mungkininilah yang dinamakan jaman edan oleh pujangga Ronggorwarsito yang

    dinakan hak menduduki jawatan yang lebih tinggi lantaran mempertahankan

    moral dan akhlak dari diratah kegilaan nafsu.

    Kita semakin gerun apabila permainan politik edan ini menerobos

    sempadan keagamaan. Kepalsuan dipakaikan dengan pakaian agama,

    kebobrokan juga bertopengkan agama, kebencian dan tnah turut sama

    bercitrakan agama. Maka nanti umat akan terdidik bahawa dalam kehidupan

    bahawa yang terpenting adalah bijak mengendalikan hujah agar kita sentiasa

    kelihatan berada pada landasan yang betul walau hidup berselimutkan maksiat.

    NASIONALISME DAN PATRIOTISME

    Allahyarham Rustam A. Sani menyatakan .. Malaysia is just a state

    without nation or, at least, a state with several competing nation seharusnya

    mencemaskan kita. Melewati 57 tahun kemerdekaan serta ulang tahun ke-51

    pembentukan Malaysia, negara yang dicintai ini masih dijajah prasangka

    perkauman yang menebal.

    Untuk membicarakan pembinaan bangsa Malaysia secara tuntas; kita

    tidak boleh terus dibuai dengan emosi nasionalisme yang ekstrem.Semangat

    nasionalisme ataupun kebangsaan merupakan manifestasi daripada trah

    peradaban manusia. Namun ia seharusnya didirikan berdasarkan kepada asas

    yang diketengahkan menerusi,

    Wahai umat manusia!Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki

    dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku

    puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,

    lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.

    (Surah al-Hujuraat 49:13)

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    12/24

    12

    Ketika menggagaskan negara Islam Madinah, Rasullulah s.a.w. bertindak

    mempersaudarakan di antara kaum Ansar dan Muhajirin. Rasullulah s.a.w.

    juga telah menggagaskan Piagam Madinah sebagai rujukan untuk menjamin

    kestabilan politik serta sosial pelbagai suku kaum di kota tersebut.

    Namun ancaman perpecahan sentiasa wujud. Musuh sentiasa mengintai

    peluang untuk memecahkan ikatan perpaduan. Pada suatu ketika berlaku

    perselisihan faham dalam kalangan kaum Ansar (suku Aus dan Khazraj) akibat

    daripada tnah Syas Bin Qais yang membangkitkan sentimen permusuhan

    silam antara kedua-dua suku itu dalam peperangan Buats. Pergaduhan

    hampir tercetus apabila emosi kemarahan disemarakkan.Perkara ini sampai

    ke pengetahuan Rasulullah. Dari peristiwa ini, Allah S.W.T telah mewahyukan

    peringatan pada ayat 103 Surah ali-Imran:

    Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah

    kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu

    bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu

    kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi

    jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah

    menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

    Justeru pembinaan bangsa Malaysia seharusnya digagaskan kepada

    sentimen patriotisme; yakni kecintaan terhadap tanah air tercinta.Istilah tanah air

    merupakan manifestasi mendalamnya perasaan cinta seseorang itu terhadap

    negaranya (membabitkan elemen tanah dan lautan).Bukan sahaja kesetiaan ke

    atas negara ini yang perlu ditagih, Bangsa Malaysia seharusnya dididik untuk

    menyintai tanah air dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap negara ini.

    Wacana pembinaan Bangsa Malaysia seharusnya mengambil kira latar

    kemajmukan yang telah terbentuk di negara ini.Bangsa Malaysia tidak dapat

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    13/24

    13

    dibentuk tanpa interaksi yang positif membabitkan pelbagai latar agama serta

    kaum yang berbeza. Rasa hormat serta saling memahami perlu dibudayakan

    sepanjang interaksi ini. Justeru, runtuhkan dinding prasangka terhadap satu sama

    lain bagi memelihara keamanan serta kemakmuran negara yang tercinta ini.

    Inilah asas-asas pembinaan bangsa Malaysia yang berteraskan semangat

    patriotisme yang tinggi yang dipandu oleh kesatuan Adicita. Menerima

    kemajmukan kaum sebagai latarnya, diuruskan dengan penuh tanggungjawab

    merentasi kepentingan sempit kelompok di bawah kepimpinan politik adiluhung

    yang berasaskan keadilan den kesederhanaan.

    MENGANGKAT PERLEMBAGAAN

    Kita menyambut 57 tahun kemerdekaan pada tahun ini. Kemerdekaan secara

    geogranya meliputi kemerdekaan Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo, iaitu

    Sabah dan Sarawak. Kemerdekaan ditandai oleh suatu dokumen yang diangkat

    dan dianggap sebagai suatu passport atau kad pengenalan kepada negara ini

    iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ketika kemerdekaan negara

    pada 31 Ogos 1957 dan diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan

    Malaysia pada Hari Malaysia, iaitu pada 16 September 1963, yang mengandungi

    183 Perkara termasuk 13 Jadual. Dokumen ini didokong oleh rakyat

    Malaysia sebagai lambang kemerdekaan dari penjajahan, pengiktirafan kepadapemerintahan serta geogra sempadannya sendiri, lambang kedaulatan negara

    dan pengiktirafan kepada wujudnya bangsa Malaysia.

    Perlembagaan ini mengangkat dan memperkukuhkan pelbagai elemen

    yang disebut sebagai unsur-unsur tradisi Perlembagaan. Antara unsur tradisi

    ini ialah kedaulatan Raja dan Sultan sebagai pemerintah. Institusi Raja adalah

    institusi yang kita pertahankan sejak sebelum merdeka. Ia adalah institusi penting

    sebagai suara akhir yang menjamin kepentingan tertentu dalam Perlembagaan.

    Dalam melaksanakan tanggungjawab ini institusi Raja perlu mengikut asas

    yang digariskan dalam perlembagaan, konsep inilah yang membawa kepada

    konsep Raja Berperlembagaan. Justeru, institusi pemerintahan tertinggi negara

    termasuk kuasa eksekutif haruslah menjalankan fungsi dan peranannya

    berasaskan kepada lunas-lunas syariat. Menarik untuk menelosori sejarah

    pada tahun 1946 ketika institusi Beraja masih dalam pelaksanaan konsep

    tradisinya yang sakral, ketika Malayan Union hendak diperkenalkan, institusi ini

    dikritik secara halus dalam pantun berikut:

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    14/24

    14

    Ampun Tuanku duli Mahkota

    Fikirlah kepada rakyat jelata

    Teriti dibaharui elok sekata

    Supaya tidak putih mata

    Jika lebih memandang dunia

    Rakyat kelak teraniaya

    Tuanku semayam di atas bahaya

    Hilang kelak taat setia

    Harimau terjumlah binatang gagah

    Kerana kuku ada berceranggah

    Hilang kuku tiada semenggah

    Belang sahaja tidakkan megah

    Patik semua menunggu rahmat

    Mengubah teriti biar cermat

    Siasat selidik dengan jimat

    Supaya rakyat jadi selamat

    Pejuang bangsa, Datuk Zainal Abdin Abdul Wahid (semoga Allah beri

    kesembuhan padanya) mengungkapkan bahawa pantun ini ditulis sebagai satu

    appealing atau rayuan rakyat kepada Sultan untuk melaksanakan sesuatuyang terbaik yang menyokong rakyat kebanyakan bagi mengelakkan hilangnya

    sokongan dan keyakinan rakyat. Justeru dalam kemelut siasah yang berlaku

    dalam negara khususnya Selangor ia harus diselesaikan dengan penuh hikmah.

    Mereka yang ditampok kuasa politik (pemerintah atau kuasa eksekutif)

    harus memikirkan juga untuk kepentingan rakyat kebanyakan kerana, rakyat

    juga mempunyai kedaulatannya yang tersendiri. Dalam suasa demokrasi kini,

    kepimpinan diangkat oleh rakyat. Pengiktirafan kepada kedaulatan rakyat tidak pula

    beerti penggantian hakimiyyatu Lllah (kuasa Allah) dengan hakimiyyatu l-bashar(kuasa manusia) kerana kuasa tetap tidak mengatasi kedaulatan syariat. Oleh yang

    demikian, sebarang pertikaian administratif dalaman politik harus diselesaikan

    segera dengan penuh hikmah untuk kepentingan rakyat. Muhammad Hatta dan

    S.Sjahir mengungkapkan dalam pendahuluan terbitan sulung Majalah Rajat pada

    20 September 1931 bahawa: ... Bagi kita rakyat itu yang utama, rakyat umum

    yang mempunyai kedaulatan, kekuasaan. Kerana rakyat itu jantung hati bangsa.

    Dan rakyat itulah yang menjadi ukuran tinggi rendah derjat kita. Dengan rakyat itu

    kita akan naik dan dengan rakyat itu kita akan turun .....

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    15/24

    15

    KONSEP FEDERALISME DALAM PERLEMBAGAAN

    Perlembagaan mengiktiraf wujudnya kesalingan utuh hubungan antara

    kerajaan Pusat dan negeri di bawah makna konsep federalisme perlembagaan

    kesan darpada unsur tradisi perlembagaan yang dipertahankan. Konsepini memenifestasikan wujudnya dua wilayah kuasa kerajaan, iaitu kerajaan

    persekutuan (kerajaan pusat) dan kerajaan negeri. Justeru sejak 57 tahun

    Merdeka, nikmat membangunkan negara digerakkan oleh negeri-negeri di

    Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Sabah menerima kesan ini sebagai

    sebuah negeri yang ada citra tersendiri. Justeru ABIM menolak sikap mana-

    mana pihak yang membawa cetusan idea untuk mengeluarkan Sabah dari

    Malaysia. Semangat hasrat rakyat dalam pemilihan suara Suruhanjaya Cobbold

    harus dipertahankan kerana itu adalah hasrat generasi awal yang kenal erti

    perit perjuangan awal mendapat kemerdekaan daripada penjajah. Generasiawal diungkapkan oleh Ibn Khaldum dalam al-Muqaddimah sebagai generasi

    perintis yang mengharungi onak duri gelombang kehidupan. Kemerdekaan harus

    dilihat dalam konteks yang lebih luas dan jangka panjang bukan hanya dengan

    momentum ruang litigasi dan dokumen semata-mata. Datuk Nicholas Fung Ngit

    Chung dalam satu makalah The Constitutional Position of Sabah menyebut

    bahawa dalam konklusinya,

    However the skilfully drafted a constitution may be, it is useless if it is

    placed in unworthy hands and no amount of guarantee spelled out in the SacredDocument will be useful unless the Document is operated by men with good

    judgement, common sense, fairness dan good will.

    Keperluan untuk rakyat Sabah berada dalam Malaysia adalah untuk kestabilan,

    perpaduan dan menjujung semangat ummah yang harus dipertahankan. Namun

    demikian golongan ulul amriyharus mendengar rintihan masyarakat dengan lebih

    tuntas. Sabah harus dibantu dari pelbagai sudut dan dipertingkatkan kemampuan

    mandirinya dibidang ekonomi, politik, pendidikan dan kesejahteraan sosial. Institusi

    Islam di Sabah juga harus diperkasakan untuk membantu saudara-saudara baru dikawasan pendalaman mendapat pendidikan Islam yang sempurna. Perlu dilahirkan

    golongan agamawan dan ulama dari kalangan pelbagai suku masyarakat Borneo

    itu sendiri yang pastinya lebih berhikmah dan mendasar dalam dakwahnya dan

    didikannya untuk anak bangsa.

    KEBOBROKAN POLITIK KERANA PENYAKIT HATI

    Hati atau jiwa ada punca kuasa bagi seorang insan. Kebanyakan manusia

    rosak ahklak minda dan jiwanya berpunca dari hati. Justeru Amir Shakib Arsalan

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    16/24

    16

    dalam satu surat panjang jawapannya kepada persoalan yang ditanyakan

    kepadanya oleh seorang yang berasal dari Nusantara, hinggakan persoalan itu

    terungkap menjadi sebuah makalah bertajuk Limadha Taakhkhara al-Muslimun

    wa Limadha Taqadda Ghyarahum? (Mengapa Mundur dan Keterbelakangnya

    Kaum Muslimun). Hasil daripada catatannya, beliau membuat konklusi bahawamasalah umat kini adalah disebabkan penyakit dalaman dan kerosakan

    hati yang semakin parah. Politik gila untuk kuasa. Tiada lagi insan seperti

    Khalid al-Walid yang berkarismatik dan berprinsip tinggi mampu untuk turun

    jawatan sebagai panglima perang hanya kerana arahan Khalifah ketika itu.

    Kemampuannya adalah kerana hatinya ikhlas berjuang kepada Allah. Ramai

    players politik ketika ini kadangkala kurang menitik beratkan soal akhlak kerana

    hatinya musnah dengan politik ala Machiavelli. Laman sosial, twitter dan media

    massa dijadikan saluran bercakaran sesama sendiri hingga hilang jati diri dan

    keperibadian tinggi seorang statesman. Sheikh Hamza Yusoff seorang ulama

    tersohor aliran tradisi di barat menyatakan dalam bukunya Purication of the

    Heart bahawa dunia akademia dan sains barat menganggap bahawa otak atau

    brain yakni akal adalah centre of consciousness. Namun dalam dunia Sains

    Islam, beliau menyebut bahawa Heart is viewed as a centre of our being.

    Justeru dalam banyak ayat al-Quran Allah S.W.T. mereeksi umat manusia

    untuk mendidik jiwa dan hati dengan jiwa tauhid dan ketuhanan. Rasulullah

    juga membawa misi profetis mengangkat jiwa tauhid sebagai sandaran

    dalam kehidupan. Justeru itu, selain hati masyarakat yang perlu diubati, hati

    memimpin politik perlu dibersihkan dari sifat-sifat mazmumah kepada sifat-

    sifat mahmudah. Hatinya perlu memasakkan perjuangan politik dengan

    kerangka politik Islam berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah dengan

    mengamalkan semangat Syura sebagai teras dalam mentadbir dan memimpin.

    PENDIDIKAN

    Kekecohan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sedikit masa lalu

    menunjukkan wujud percanggahan antara konsep dan pelaksanaan dalampendidikan negara. Hasrat untuk mengangkat martabat guru agar diberikan ruang

    yang sewajarnya dalam mentaksir pelajar perlu menjadi keutamaan pada masa kini.

    Membetulkan persepsi bahawa pendidikan itu peperiksaan atau sekolah itu

    peperiksaan perlu diikhtiarkan. Ini kerana generasi muda akan dipasakkan satu

    tanggapan bahawa kejayaan hidup adalah mengejar keputusan peperiksaan

    yang baik bukan memenuhi fungsi sebagai khalifah dan hamba Allah. Justeru

    segala usaha baik bersifat individu, keluarga dan warga sekolah adalah

    menjurus kepada mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan semata-mata.

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    17/24

    17

    PBS yang menekankan Kemahiran Berkir Aras Tinggi (KBAT) mahukan

    para pelajar menyelesaikan masalah secara kreatif menerusi analisa yang

    kritikal. Dalam proses ini pelajar perlu menjana idea yang bebas dari bingkai

    konservatif dan mampu melahirkan inovasi baru dalam penyelesaian masalah.

    Namun tatkala para pelajar di peringkat sekolah diarah untuk menguasai

    KBAT kenapa pula pihak kerajaan cukup takut dengan dapatan statistik yang

    dilihat mampu menjadi ancaman terhadap kelangsungan penguasaan politik

    pihak-pihak tertentu. Penamatan Prof Dato Dr. Mohamad Ridzuan Othman

    dari menjadi Pengarah UMCEDEL lebih awal jelas menunjukkan bahawa

    percanggahan antara konsep dan pelaksanaan. Pelaksanaan KBAT akan

    terencat dengan ketakutan tehadap kebebasan akademik.

    Keselarian hanya akan terhasil daripada kejujuran, keikhlasan dan

    kesabaran. Pendidikan hari ini perlu disegarkan dengan elemen ini yang jauh

    dari virus kemunakan yang akhirnya menyuburkan benih-benih kekeliruan.

    EKONOMI

    Harga sekilogram getah buku sekarang adalah di sekitar RM1.80/kg.Berbeza

    pada bulan Febuari yang yang merekodkan harga pada RM2.50/kg. Trend yang

    sama pada harga minyak sawit yang mencatatkan penurunan dari kira-kiraRM2600/tan pada bulan Januari dan kini hanya RM2000/tan.

    Tinjauan yang dilakukan oleh sebuah portal berita baru-baru ini,

    mendedahkan wujud kecenderungan untuk mengurangkan pengambilan

    protein dalam gizi pemakanan khususnya masyarakat di bandar. Pengambilan

    makanan seperti daging, ayam dan ikan dikurangkan semata-mata kerana tidak

    mampu menampung kenaikan harga atau mahu berjimat bagi membolehkan

    kos kehidupan yang lebih penting dapat dibiayai.

    Pengalaman kita mendekati kelompok gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur,

    turut mendedahkan antara sebab mereka sanggup tidur beralaskan simen dan

    berbumbungkan langit adalah kerana mahu menjimatkan wang sewaan tempat

    tinggal yang boleh digunakan bagi keperluan keluarga di kampung.

    Perakuan bahawa wujud peningkatan inasi disebabkan pelaksanaan

    GST turut menambah beban derita rakyat menjelang 2015. Walaupun

    peningkatan inasi dikatakan hanya bersifat jangka pendek dan akan dapat

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    18/24

    18

    diatasi menjelang 2020, ia tetap sesuatu yang memeritkan. Andaian tersebut

    dibuat setelah negara mendapat lebihan dalam pendapatan.

    Lebihan hanya mampu memberikan manfaat kepada rakyat jika dapat

    diuruskan dan digunakan secara berhemah. Ketirisan dalam perbelanjaan,rasuah, penyelewengan dan salah laku yang melibatkan kewangan perlu

    dikekang agar derita rakyat dapat ditamatkan secepat mungkin.

    Kedudukan negara di tangga 53 bagi Indeks Persepsi Rasuah bagi tahun

    2013 jauh ketinggalan dengan negara Bhutan (31), Brunei (38) dan Singapura

    (5). Ia juga masih belum setara dengan kedudukan kita pada tahun 2001 di

    tangga 36/91, 2002 (33/102) dan 2008 (47/180).

    Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Transparency International terhadap

    keperluan merasuah bagi mendapatkan kontrak di Malaysia berada pada tahap50% berbanding Indonesia 47%.Tinjauan ini dilakukan kepada 3000 eksekutif

    di seluruh dunia. Jelas desit dalam pendapatan negara bukan berpunca dari

    kekurangan sumber ekonomi, tetapi berpunca dari sifat tamak dan haloba

    segelintir warga Malaysia.

    Kita perlu keluar daripada sumpahan kehancuran ini dengan strategi

    yang dipelopori oleh Umar Abdul Aziz dalam memelihara hak serta amanah

    perbendaharaan negara. Dalam satu kisah, di suatu hari, anak-anak

    perempuannya lari menjauhi Umar Abdul Aziz dengan menutup mulut. Merekaberpelakuan sedemikian kerana bau mulut yang busuk disebabkan memakan

    bawang putih. Hanya itulah makanan yang mampu disediakan oleh Umar Abdul

    Aziz kepada keluarganya. Lalu berkatalah Umar Abdul Aziz, Wahai puteri-

    puteriku, apakah manfaatnya bagi kamu memakan makanan yang enak dan

    bermacam-macam jika hal itu menyeret ayahmu ke neraka! Menerusi satu

    kisah lain pula, Umar Abd Aziz telah menginfakkan kalung perhiasan isterinya

    untuk dimanfaatkan Baitulmal. Walaupun Umar Abd Aziz telah meninggal dunia,

    isterinya tetap tidak mahu menerima kembali perhiasan tersebut (walaupun

    ditawarkan oleh pegawai Baitulmal).

    CABARAN PERKAUMAN SEMPIT

    Ketika kita membicarakan mengenai pembinaan bangsa Malaysia, persoalan

    mengenai Islam serta hak istimewa Melayu perlu dikupas secara teliti.Sejarah

    mencatatkan pada suatu ketika dahulu kehebatan bangsa Melayu tidak semata-

    mata diwarnai dengan latar bangsanya.Orang Melayu menjadi bangsa yang

    dihormati kerana akal budi mereka didasari dengan ajaran Islam.Islam dihayati

    sebagai Ad Din yang menyempurnakan tatacara hidup manusia. Akan tetapi, ia

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    19/24

    19

    tidak seharusnya membuai bangsa Melayu dengan dogma keistimewaan dan

    kemuliaan dibandingkan bangsa lain. Bangsa Melayu seharusnya menginsa

    bahawa akar keislaman yang diwarisi memerlukan mereka tampil ke hadapan

    sebagai suri teladan.

    Kepimpinan yang diterajui bangsa Melayu perlu diyakini kualiti

    kepimpinannya. Keyakinan ini akan mengundang kepercayaan yang

    tidak berbelah bagi daripada bangsa-bangsa lain. Itulah pernyataan serta

    keistimewaan perlu sempurnakan.Ungkapan dan kiasan yang sering disebut

    oleh sebilangan kalangan cendekiawan Islam, apakah ini hak istimewa orang

    Melayu atau hak Melayu istimewa. Mari kita renung peringatan Allah dalam

    al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 8 yang menegaskan tentang berlaku adil dan

    ihsan kepada semua insan tidak kira Islam atau bukan Islam:

    Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi

    orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkankebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu

    mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku

    adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan

    bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan

    mendalam akan apa yang kamu lakukan.

    (Surah al-Maidah 5:8)

    Untuk menerajui pembinaan bangsa Malaysia, gerakan Islam di negara ini

    perlu berhenti membicarakan fenomena kemajmukan (yang ada di Malaysia)ruang Kar Harbi atau Kar Zimmi semata-mata! Dr. Muhammad Imarah

    dalam bukunya Al-Islam wa al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilaf wa al-Tanawwu` Itar

    al-Wihdah (Islam dan Pluraliti: Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai

    Kesatuan) mengupas persoalan tema bangsa yang berjaya dalam konteks

    pluraliti dan kepelbagaian. Ianya menjadi satu formula yang digagaskan lewat

    kepelbagaian dalam satu kawah kehidupan berteraskan Islam sebagai Ad Din

    dan matlamatnya membentuk negara madani yang selari dengan Islam.

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    20/24

    20

    CABARAN ANTARABANGSA

    Perkembangan politik global pada tahun-tahun kebelakangan ini amat dekat dan

    signikan dengan peranan ABIM sebagai sebuah gerakan Islam antarabangsa.

    Tahun 2013 dan 2014 khususnya merupakan tempoh yang amat menarik darikaca mata penganalisis geo-strategik dan isu antarabangsa. Konik demi konik

    yang mewarnai politik dunia menyerlahkan kepincangan orde pasca-kolonialisme

    Dunia Barat yang bertunjangkan demokrasi terpilih. Persoalan Whats gone

    wrong with Democracy? yang diutarakan majalah The Economist edisi Mac

    2014 perlu dijawab, tatkala masyarakat dunia hari menghadapi krisis keyakinan

    terhadap kemampuan negara-bangsa dan segala instrumen antarabangsa untuk

    menyelesaikan pelbagai konik serta tragedi kemanusiaan.

    Bagi rangkaian gerakan Islam pula, rentetan peristiwa pasca Arab Springmenyaksikan rangkaian besar gerakan Ikhwanul Muslimin dan Jamaat-e Islami

    menjadi sasaran pemerintah kuku besi. Turki dan Tunisia hanyalah sekelumit

    kisah kejayaan demokrat Islam yang bertahan meneruskan agenda politik

    Islam yang syumul di sebalik segala makar global politicsyang telah tercabut

    dari akar humaniti dan moraliti.

    Rantau Asia Tenggara juga sedang melewati detik penting perubahan

    landskap politik dan sosio-ekonomi dengan terbentuknya Komuniti ASEAN

    pada tahun 2015. Peristiwa ini bakal membawa pelbagai impak terhadap negara

    ini menjelang tahun-tahun mendatang.Keadaan ini berlaku taTkala Malaysia

    mendapat perhatian meluas masyarakat dunia akibat daripada rentetan tragedi

    MH 370 dan MH17.Pendirian tegas rakyat Malaysia dalam memperjuangkan isu

    Gaza turut mengundang reaksi rejim Zionis-Israel. Keadaan ini telah mengheret

    Malaysia ke kancah permainan politik dunia. Dalam kaitan dan lingkaran inilah

    sikap, pendirian dan perancangan Agenda Antarabangsa ABIM direkayasa.

    Cabaran dan kerencaman isu global yang diperhalusi sewaktu World

    Conference On Islamic Resurgence dan Himpunan Solidariti Kemanusiaan

    anjuran ABIM tahun lalu menuntut agar advokasi dan pembelaan umat Islam

    tidak dilakukan secara bersendirian. ABIM harus memanfaatkan segala potensi

    dan kekuatan Jamaah melalui peranan aktif Majlis Antarabangsa Jamaah.

    Penggal pertama Agenda Antarangsa telah menumpukan kepada tiga aspek

    utama, iaitu Advokasi, Kemanusiaan dan Diplomasi.

    Dengan landasan kukuh yang dibentuk sepanjang tahun ini, penggal

    kedua sesi ini akan memberikan fokus kepada aspek latihan, pembinaan,

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    21/24

    21

    dan pengukuhan aktivis serta sukarelawan antarabangsa Jamaah. Koordinasi

    di peringkat negeri dan agensi juga bakal ditingkatkan. Justeru lebih banyak

    bengkel serta latihan, siri penerangan isu antarabangsa dan wacana

    antarabangsa akan diadakan. Program-program ini diadakan untuk memastikan

    ABIM terus kekal relevan selaku main player

    dalam arena antarabangsa.

    DILEMA PERUNDANGAN SYARIAH

    Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Undang-undang Syariah

    di antara Kerajaan negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan adalah satu

    perkembangan yang menarik dan perlu disambut baik. Ia perlu dilaksanakan

    dengan penuh kejujuran dan keikhlasan atas semangat fastabiq ul-khaiyrat

    bagi menjunjung titah perintah Allah.

    Namun kita masih belum boleh menarik nafas lega apabila kita melihat

    kemelut status Mahkamah Syariah masih belum dapat disempurnakan.

    Cadangan daripada YAB Perdana Menteri agar pertikaian hak penjagaan anak

    yang sudah Islam dibawa ke mahkamah sivil amat-amat membimbangkan.

    Ia jelas bercanggah dengan Fasal 121(A) Perlembagaan persekutuan yang

    dengan tegas menyatakan bahawa keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh

    dipertikaikan oleh Mahkamah Sivil.

    Saranan seperti ini boleh membuka ruang perkelahian antara penganutberbeza agama. Kita perlu mengangkat martabat Mahkamah Syariah dengan

    memperkemas proses dan accessibility penganut agama selain Islam bagi

    menyelesaikan kes-kes yang berkenaan. Ia penting bagi menghapuskan

    prasangka terhadap Perundangan Syariah dan sekali gus boleh mempromosi

    keadilan Islam secara langsung.

    Keghairahan memberikan sebab beralaskan maqasid us-syariah dalam

    pelaksanaan perundangan Islam perlu dicermati dengan teliti. Mana mungkin

    hifz ud-din dicapai apabila pendidikan Islam masih ketinggalan, mana mungkinhifz al-aql dimanifetasikan sekiranya penipuan fakta dan pembodohan masih

    berleluasa, mana mungkin hifz an-nafs terselamat jika kereta polis hilang di

    laut, mana mungkin hifz an-nasl terlaksana jika pesta seks masih berleluasa,

    mana mungkin hifz al-mal dapat diterjemah jika rasuah masih menggila.

    SELAMATKAN MALAYSIA DENGAN DAKWAH

    Cabaran dalam memastikan negara kita Malaysia yang tercinta ini terus berada pada

    landasan yang perpaduan yang kukuh perlu dihadapi dengan bijaksana. Kesatuan

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    22/24

    22

    hati bukan tuags yang boleh dilaksanakan oleh manusia. Hati yang dimiliki secara

    mutlak oleh Ilahi perlu disiram dengan ilmu dan pengetahuan yang hakiki.

    Perpaduan hanya dapat diperolehi dari kesediaan mengorbankan keinginan

    dan kehendak peribadi. Keunikan setiap warga adalah ketentuan Allah danperlu digerakkan ke arah kebaikan. Segala perjuangan yang menjurus kepada

    kepentingan peribadi dan mampu menggugat kemaslahatan masyarakat

    terbanyak perlu ditentang.

    Dalam sisi yang lain gerakan dakwah perlu berupaya memberikan jawapan

    dan penyelesaian yang praktikal bagi permasalahan kehidupan masyarakat.

    Kegagalan memberikan jawapan akan menyebabkan masyarakat mencari

    penyelesaian yang jauh daripada roh Islam yang murni. Kita akan mendapati

    hujah-hujah logik yang condong kepada sekularisme akan kembali memenangi

    pentas-pentas perdebatan masyarakat.

    Sebagai gerakan dakwah jangan kita tinggalkan umat dalam keadaan

    hampa dan kecewa. Keadaan seumpama ini akan menyebabkan hilangnya

    kepercayaan dan keyakinan umat terhadap gerakan dakwah. Kita mesti

    mampu menyantuni dengan segenap kesungguhan untuk membantu sekali

    gus mengangkat martabat umat.

    Tiada maknanya menang perbicaraan kalimah Allah, jika kita tewas

    menegakkan titah perintah Allah di tengah-tengah masyarakat. Tiada gunanyakemerdekaan bersuara jika kita masih dijajah nafsu.Tiada ertinya kita

    memperjuangkan nilai-nilai demokrasi jika pemain politiknya masih mabuk

    kuasa.Tiada makna keunggulan pendidikan jika pesta pemujaan keseronokan

    masih berleluasa.

    Dengan penuh sedar kita menghayati pesanan Allah S.W.T. dalam al-Quran:

    Alif Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan

    sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka

    sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya

    Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

    (Surah al-Ankabut 29:1-2)

    Kerana kita meyakini bahawa kebenaran akan menghancurkan kebatilan

    dan hanya yang bermanfaat akan terus kekal:

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    23/24

    23

    Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah

    menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari

    apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat,

    ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan(bagi) yang benar dan yang batil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang

    tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di

    bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.

    (Surah ar-Rad 13:17)

    Kita mendambakan keredhaan Allah moga kemenangan abadi menjadi

    milik kita semua :

    Dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah

    (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah

    orang-orang yang beriman. Kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa

    yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang.

    (Surah ar-Rum 30:4-5)

    Sekali berdakwah terus berdakwah. Moga kita terus gagah memikulamanah ini.Moga Allah terus menetapkan hati kita pada jalan ini.

    Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Walillahilhamd.

    Dewan Amil Jaya,

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah,

    Kota Kinabalu.13 September 2014/18 Zulkaedah 1435

  • 8/11/2019 Ucapan Dasar ABIM 2014, Muktamar ABIM Ke-43

    24/24

    BIBLIOGRAFI PILIHAN

    1. Muhamad Natsir, Agama Dan Negara: Dalam Perspektif Islam, Media

    Dakwah, Jakarta, 2001.

    2. Dr. Muhammad Imarah, Al-Islam wa al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilaf wa al-

    Tanawwu` Itar al-Wihdah(Islam dan Pluraliti: Perbezaan dan Kepelbagaian

    dalam Bingkai Kesatuan).

    3. Zainal Abidin Abd Wahid, Glimpses of Malaysian History,Dewan Bahasa

    dan Pustaka, 1970.

    4. FA Trindade & HP Lee, The Constitution of Malaysia Further Perspectives and

    Development; Essays in Honour of Tun Mohamed Sufan,Fajar Bakti KL,1986.

    5. Al-amir Shakib Arsalan Limadha Taakhkhara al-Muslimun wa Limadha

    Taqadda Ghyarahum? Dar Maktabat al-Hayah, Beirut, 1986

    6. Hamza Yusuf, Purication of the Heart: Signs, Symptoms and Cures of the

    Spritual Disease of the Heart,Sandala lnc. USA, 2012.

    7. Rustam A. Sani, Failed Nation? Concerns of A Malaysian Nationalist,

    Strategic Information and Research Development Centre, 2008.

    8. Siddiq Fadzil, Islam Dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat,

    Akademi Kajian Ketamadunan, 2008.