Upload
phungminh
View
245
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
PROGRAM TRANSFORMASI
PROFESIONAL SIRI 1/2014
“TRANSFORMASI PENJAWAT AWAM”
17 OKTOBER 2014, 10.30 PAGI
KEM BINA NEGARA ULU SEPRI
2
SALUTATIONS DI ROSTRUM
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia dan
inayah-Nya jua kita dapat bersama-
sama pada hari yang berbahagia ini
sempena Program Transformasi
Profesional (PTProfesional) Siri 1/2014
bertempat di Kem Bina Negara, Ulu
Sepri, Rembau, Negeri Sembilan,
negeri yang terkenal dengan Adat
Pepatih.
2. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan terima kasih dan
tahniah kepada pihak Biro
3
Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri
kerana menjemput saya untuk
menyampaikan amanat dan berkongsi
aspirasi dengan para peserta kursus
yang terdiri daripada para pegawai
Profesional Gred 48 & 52. Sesi pada
hari ini begitu bermakna buat saya
kerana berpeluang untuk bertemu dan
berinteraksi bersama para pegawai
Perkhidmatan Awam yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang
perkhidmatan.
3. Mudah-mudahan, pertemuan dan
perpisahan kita pada hari ini akan
terus menyemarakkan lagi penciptaan
4
kejayaan Perkhidmatan Awam yang
lebih gemilang pada masa hadapan.
OUTCOME PERBINCANGAN BERSAMA
DAVE ULRICH
4. Pada 15 Oktober 2014 dua hari
yang lalu, saya berkesempatan
mengadakan perbincangan bersama
Profesor Dave Ulrich, Pakar Sumber
Manusia dari Michigan University dan
merupakan penulis buku “HR from the
Outside-In”. Saya suka berkongsi
dengan Tuan-tuan dan Puan-puan
beberapa hasil perbincangan kami
5
yang menyentuh mengenai
Transformasi Perkhidmatan Awam.
5. Untuk melaksanakan
Transformasi, kita mesti mempunyai
empat elemen utama iaitu Lead, Need,
Vision and Commitment. Lead atau
Kepimpinan menjadi asas terpenting
dalam pelaksanaan transformasi.
John Maxwell, tokoh pengurusan
terkenal pernah menyebutkan
“Leaders become great, not because
of their power, but because of their
ability to empower”. Maknanya,
perubahan itu mesti dipacu oleh
6
kepimpinan yang hebat dan
berwibawa.
6. Kedua, “Need”. Maknanya,
keperluan untuk kita memahami isu,
cabaran dan penyelesaian kepada
transformasi yang di bawa. Kita kena
tahu dan faham mengapa kita harus
berubah. Kemudian, bertitik tolak dari
pemahaman tersebut kita mencari
alternatif penyelesaian yang lebih
baik dari sebelumnya.
7. Seterusnya “Vision” dan
“Commitment”. Vision dan
Commitment adalah saling berkaitan.
7
Vision tanpa Commitment ibarat
angan-angan tanpa usaha.
Commitment tanpa Vision pula
umpama berlari tanpa hala tuju. Kita
memerlukan kedua-duanya agar
matlamat tertinggi Transformasi iaitu
menjadi sebuah Perkhidmatan Awam
yang berprestasi tinggi, berintegriti,
dinamik dan berjiwa rakyat akan
dicapai dalam tempoh yang singkat.
8. Hasrat untuk mewujudkan
Perkhidmatan Awam yang berprestasi
tinggi, berintegriti, dinamik dan
berjiwa rakyat bukanlah mudah.
Dalam Perkhidmatan Awam atau
8
dimana-mana organisasi, saya
berkongsi dengan Tuan-tuan dan
Puan-puan tentang prinsip 20 – 60 –
20. Prinsip ini memperincikan 3
golongan yang wujud di hampir setiap
organisasi.
9. Apabila kita menerajui sesebuah
jabatan atau organisasi, kita tidak
perlu bimbang 20 peratus pertama
daripada kalangan anak buah kita.
Mereka ini adalah dalam kalangan
penjawat yang berprestasi tinggi, dan
akan memastikan visi yang kita bawa
tercapai.
9
10. Kita juga tidak perlu risau
tentang 60 peratus yang kedua.
Dengan latihan berterusan serta
mentoring dan coaching daripada kita,
mereka akan memastikan aspirasi
yang kita iltizamkan menjadi realiti.
11. Namun, kita perlu bimbang dan
waspada 20 peratus yang terakhir.
Golongan ini bukan sahaja membawa
masalah kepada kita, tetapi menjadi
batu penghasut kepada golongan yang
lain.
12. Saya percaya Tuan-tuan dan
Puan-puan yang berada dalam dewan
10
ini, jika pun tidak berada dalam
kumpulan 20 peratus yang pertama,
tetapi sekurang-kurangnya adalah
terdiri daripada golongan 60 peratus
yang kedua.
TRANSFORMASI SIKAP: MEMPASAK
NILAI DAN INTEGRITI YANG KUKUH
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
13. Saya suka membawa Tuan-tuan
dan Puan-puan menelaah beberapa
laporan akhbar berkaitan
Perkhidmatan Awam hari ini. Kita
11
tinggalkan sejenak cerita bonus dan
manfaat yang kita perolehi daripada
pembentangan Bajet 2015 pada 10
Oktober lalu.
14. Kebelakangan ini, cerita-cerita
berkaitan salah laku dan perbuatan
tidak berintegriti sering menjadi tajuk
utama di dada-dada akhbar. Saya
percaya seluruh penjawat awam amat
berduka cita dengan berita 30
pegawai kanan dan anggota kastam
ditahan sejak 2 September lalu dalam
operasi khas SPRM berhubung aktiviti
rasuah membabitkan penyeludupan
minuman keras tanpa duti dan cukai
12
kastam membabitkan kerugian RM4
bilion kepada negara.
15. Kemudian hati kita menjadi pedih
apabila mendengar berita penjawat
dicabul di dalam ambulans dalam satu
kes jenayah yang berlaku pada 11
September lalu di Johor.
16. Dalam Perkhidmatan Awam, isu
berkaitan integriti adalah kritikal.
Sebab itu salah satu Teras Strategik
Kerangka Kerja Transformasi
Perkhidmatan Awam adalah
Membudaya Nilai. Nilai dan Etos yang
ditonjolkan oleh penjawat menjadi
13
cerminan kepada pengukuran prestasi
Perkhidmatan Awam di mata rakyat.
17. Hal ini berkait rapat dengan
hasrat Merakyatkan Penyampaian
Perkhidmatan yang digagaskan oleh
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha
Negara. Justeru, setiap penjawat
awam mesti menterjemahkan hasrat
ini menerusi tindakan kita tatkala
berurusan dengan rakyat.
18. Merakyatkan perkhidmatan
bermaksud kita menjiwai tugasan
yang diberikan seolah-olah kita
mengkhidmati diri kita sendiri. Kita
mahukan yang terbaik dan paling
14
sempurna untuk diri kita. Maka, itulah
yang kita buat untuk pelanggan kita.
19. Untuk mencapai hasrat ini, kita
mesti sentiasa mencari alternatif
baharu untuk memastikan prosedur
kerja dan peraturan yang selama ini
begitu panjang boleh dipendekkan
seminimum mungkin.
20. Inilah yang dipanggil sebagai
transformasi. Kerana kita tidak mahu
peristiwa-peristiwa seperti yang
terjadi kepada pegawai dan anggota
Kastam itu berulang kembali. Kerana
kita tidak mahu tragedi-tragedi moral
dan keruntuhan nilai membarah dalam
15
kalangan penjawat awam. Kerana
itulah, kita mesti transform. Mesti
berubah.
CABARAN ORGANISASI DALAM
PERKHIDMATAN AWAM
21. Dahulu, sewaktu saya menjadi
Ketua Pengarah MAMPU, saya sering
turun padang untuk merasai sendiri
keringat dan kepayahan yang dihadapi
oleh penjawat awam. Kemudian saya
melihat dan mengumpulkan segala
rintihan dan aduan yang dikemukakan
sama ada secara rasmi atau pun
16
tidak. Saya boleh merumuskan
bahawa antara cabaran terbesar
adalah pemusatan kuasa.
22. Pemusatan kuasa terjadi apabila
kita takut untuk mencabar kaedah
dan cara kerja yang lazim. Maka, kita
menjadi takut untuk membuat
keputusan. Lalu, kita menyerahkan
semuanya bulat-bulat kepada ketua
kita. Apabila pelanggan datang
kepada kita, maka kita jawab “pihak
ibu pejabat masih belum luluskan”,
“pihak ibu pejabat masih tiada
jawapan”. Inilah yang sering terjadi
kepada penjawat awam kita. Kita
17
perlu mencabar diri dan memaksa
akal kita untuk mencari penyelesaian
yang baharu. Percayalah, sentiasa
akan ada jawapan bagi setiap
permasalahan. Semuanya bergantung
kepada kita.
23. Kemudian diikuti rendah
kompetensi strategik para pegawai
kita. Hal ini terjadi antara faktornya
adalah kerana kurangnya mentoring
dan coaching atau latihan kepimpinan
yang mencukupi kepada penjawat
awam.
18
24. Kemudian, budaya silo yang
menjadi barah dalam jabatan kita.
Kita bersikap territorial dengan
menganggap hanya kita sahajalah
yang paling pakar dalam hal tugasan
kita. Lalu, kita menjadi seperti katak
di bawah tempurung. Tidak mahu
berubah dan berhijrah ke mana-mana
lantaran takut kepada perubahan.
25. Dengan wujudnya cabaran
organisasi ini, maka ia bermaksud
tugas kita melaksanakan
Transformasi Perkhidmatan Awam
bukanlah mudah. Kita bukan sahaja
perlu menangani cabaran-cabaran ini
19
tetapi juga memastikan semua
penjawat awam memberikan
komitmen sepenuhnya dalam usaha
menjayakan aspirasi transformasi ini.
LEAN PUBLIC SERVICE: CABARAN
PERKHIDMATAN AWAM
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
26. Sehingga kini, jumlah perjawatan
dalam sektor awam adalah 1.71 juta
dengan 1.36 juta daripadanya adalah
perjawatan di peringkat persekutuan.
20
27. Sehingga 2014, terdapat 252
skim perkhidmatan di dalam
Perkhidmatan Awam. Jumlah ini
melibatkan 1,523,248 orang penjawat
awam.
28. Pada tahun 2013, JPA telah
melaksanakan kajian terhadap 81
skim perkhidmatan melibatkan
613,473 penjawat awam termasuklah
sub-skim dibawahnya. Pada tahun
2014, JPA sedang mengkaji
selebihnya skim perkhidmatan yang
lain.
21
29. 61 siri engagement dengan
pelbagai pihak seperti CUEPACS,
NUTP, Polis, Tentera dan sebagainya
telah dilaksanakan. Ini selaras dengan
konsep search and assist yang
diarahkan oleh KSN. Ia penting bukan
sahaja bagi mendapatkan pandangan,
bahkan dalam menentukan keputusan
secara bersama selaras dengan
prinsip ke-empat KTPA iaitu
Keterangkuman dan Kepelbagaian.
30. Jumlah penjawat awam yang
besar akan melibatkan peningkatan
pelbagai kos emolumen dan
22
perbelanjaan yang tinggi kepada
Kerajaan.
31. Di bawah Teras Strategik KTPA
yang kedua iaitu Merekayasa
Organisasi, kita telah melaksanakan
program pengejatan dan
penstrukturan semula organisasi.
32. Di JPA, sebanyak 507 perjawatan
telah dimansuhkan daripada 3,253
kepada 2,746 melibatkan penjimatan
emolumen sebanyak RM12.8 juta.
33. Dalam Perkhidmatan Awam,
sebanyak 38,051 perjawatan telah
23
dimansuhkan membabitkan
penjimatan emolumen sebanyak
RM195 juta. Manakala 66 Agensi telah
distruktur semula menerusi proses
delayering dan matrix-based.
Pengejatan dilaksanakan menerusi
kaedah tukar-ganti atau trade-off, re-
deployment dan juga NBOS
GENERASI : CABARAN MERENTAS
GENERASI
34. Bercakap tentang Generasi Y,
hari ini umum mengetahui bahawa
Perkhidmatan Awam kini dipelopori
oleh generasi muda iaitu generasi X
24
dan Y yang membentuk kira-kira 1.02
juta orang atau 72.7% daripada
keseluruhan 1.4 juta kakitangan
awam manakala hanya 27.3% sahaja
terdiri daripada generasi Baby
Boomers. Seterusnya generasi muda
ini akan mengisi jawatan yang
dikosongkan oleh 20,000 penjawat
awam yang akan bersara mulai
penghujung tahun ini. Ini bermakna
golongan ini jugalah yang akan
mendaki tangga kepimpinan
menggantikan Tuan-tuan dan Puan-
puan sebagai pemimpin di
Kementerian dan Jabatan. Sudah
sewajarnya, kita perlu memastikan
25
generasi muda turut seiring di dalam
arus perubahan serta turut sama
menggalas cabaran-cabaran yang ada
agar transformasi Perkhidmatan
Awam ini menjadi kenyataan.
35. Memahami orang muda
memerlukan banyak penelitian. Apa
yang menarik yang boleh dikongsikan
mengenai orang muda adalah, mereka
mempunyai banyak kecenderungan
terhadap pelbagai perkara.
Forbes.com menyatakan bahawa 80%
generasi muda mempunyai asas
pendidikan STEM atau Sains,
Teknologi, Engineering dan
26
Matematik. Hakikat ini membenarkan
survey yang dijalankan bahawa
sebahagian besar orang muda di
Amerika ingin berkhidmat di syarikat
ICT gergasi seperti Google, Apple,
Microsoft dan Facebook.
36. Forbes turut menyatakan bahawa
kebanyakan orang muda ada sikap
dan kesungguhan dalam aspek
kesukarelawanan dan suka
membantu. Kerana itu, mereka mahu
bekerja di hospital-hospital dan klinik-
klinik seperti St. Jude Children
Research Hospital atau Local
Hospital. Mereka juga mempunyai
27
semangat patriotik yang tinggi,
lantaran itu mahu berkhidmat di
agensi keselamatan seperti FBI, CIA,
NSA atau Angkatan Tentera.
37. Dalam konteks pemilihan majikan
pula, 78.7% menyatakan bahawa
mereka mengutamakan manfaat dari
segi kesihatan dan persaraan
berbanding hanya 35.1%
mengutamakan gaji pokok dan
ganjaran. Dalam sisi yang lain, 72%
menyatakan mereka memilih untuk
bekerja di organisasi yang
mengutamakan kebajikan berbanding
hanya 33.6% sahaja yang bekerja di
28
organisasi kerana prestij dan imej
organisasi itu sendiri.
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN
AWAM: MENUJU KEJAYAAN
TRANSFORMASI
Para peserta yang saya kasihi
sekalian,
38. Sebab itulah kita melaksanakan
Transformasi Perkhidmatan Awam.
Kerana kita telah melihat segala isu,
masalah dan cabaran ini bukan sahaja
dari segi perspektif inside out tetapi
29
kita melihat dalam konteks outside in.
Kita melihat cabaran ini dari sudut
rakyat dan pelanggan luar dan bukan
sahaja dalam perspektif keperluan
dalaman organisasi atau individu
semata-mata.
39. Kita laksanakan Transformasi
Perkhidmatan Awam sebagai
memperkukuhkan agenda
transformasi Kerajaan ini melalui lima
teras strategik iaitu Mendaya Upaya
Bakat, Merekayasa Organisasi,
Merakyatkan Penyampaian
Perkhidmatan, Merangkum dan
Sepunya dan Membudaya Nilai.
30
Kelima-lima teras ini adalah bertujuan
untuk kita terus melonjakkan
pencapaian negara ke arah
mentransformasikan Malaysia di
persada dunia.
40. Dalam Perhimpunan Hari Pekerja
dan Perhimpunan Penjawat Awam
2014, YAB Perdana Menteri telah
memperkenalkan lapan prinsip yang
diperlukan oleh penjawat awam bagi
mendakap transformasi dan bergerak
ke hadapan bagi tempoh 50 tahun
akan datang. Yang pertama ialah,
Berilmu, iaitu sentiasa mencari
peluang meningkatkan pengetahuan.
31
Kedua, Kebolehpercayaan iaitu Jujur,
amanah, integriti, diyakini dan
mempunyai nilai murni sejagat yang
dipercayai rakyat. Ketiga, Amalan
Kerja Terbaik iaitu budaya kerja yang
menjadi cerminan kewibawaan
penjawat awam. Keempat, Semangat
Patriotik, iaitu kesetiaan kepada raja
dan Negara serta menjunjung
perlembagaan dan undang-undang.
Kelima, Budaya Keberhasilan, iaitu
peningkatan kualiti kerja berdasarkan
petunjuk prestasi utama (KPI).
Keenam, Budaya Kreativiti dan
Inovasi, iaitu galakan menyampaikan
perkhidmatan kepada rakyat
32
menggunakan kaedah baharu yang
berkesan. Ketujuh, Nilai Tambah dan
Kompetensi, iaitu bersikap proaktif
menjalankan tugas dan sentiasa
mencari peluang meningkatkan diri,
dan yang Kelapan, Pemuafakatan
Kerja Tidak dalam Silo, iaitu
menjalankan usaha sama merentasi
jabatan, kementerian dan agensi
awam serta swasta .
41. Oleh yang demikian, kita perlu
berusaha dengan lebih gigih
mendayaupayakan bakat terbaik
negara bagi memastikan
kelangsungan kejayaan agenda
33
transformasi ini. InsyaAllah saya
percaya dengan komitmen dan
kesungguhan kita semua menggalas
amanah, nama Malaysia akan terus
harum dan mekar di pentas
antarabangsa.
PENUTUP
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
42. Sekali lagi saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak pihak Biro Tatanegara di
34
atas kesudian menjemput saya untuk
berkongsi bicara pada hari ini.
43. Saya yakin dan percaya dengan
sikap komited dan berbekalkan iltizam
yang tinggi, kita semua akan berjaya
merealisasikan agenda transformasi
negara dan transformasi
Perkhidmatan Awam yang sedang giat
kita laksanakan hari ini. Mudah-
mudahan segala usaha murni yang
kita gembelengkan akan mendapat
keredhaan Allah SWT jua. InsyaAllah.
35
Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Terima kasih.