Upload
vanduong
View
249
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UCAPAN
YBHG. DATO’ MOHAMAD ZABIDI ZAINALKETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
SEMPENA
MAJLIS RAMAH MESRA @ DIALOG KPPA BERSAMAPENJAWAT AWAM NEGERI MELAKA
19 APRIL 2013 (JUMAAT), 3.00 PETANG
DEWAN SERI NEGERI, KOMPLEKS SERI NEGERI
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera, Salam “1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan Salam
Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar
Teknologi Hijau Melaka 750 Tahun.
Yang Dihormati Saudara dan Saudari Pengacara
Majlis
Yang Berhormat Datuk Wira Omar Kaseh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed
Ahmad
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Pembangunan)
3
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Alias
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Operasi)
Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan
Pegawai-pegawai Kanan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri
Yang Berbahagia Datuk Wira- Datuk Wira, Datuk-
Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati
sekalian.
Saya memanjatkan setinggi-tinggi syukur
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
dan InayahNya jua, Majlis Ramah Mesra @ Dialog
KPPA Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka
pada hari yang penuh bersejarah ini dapat sama-
sama kita raikan.
4
2. Majlis pada hari ini begitu istimewa kerana
perjumpaan saya bersama penjawat Negeri Melaka
berlangsung pada ketika seluruh rakyat Malaysia
akan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 yang
akan diadakan pada 5 Mei 2013 kelak. Di sinilah
setiap penjawat awam perlu mempunyai solidariti
untuk bersama-sama turun membuang undi dan
menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat di
Negeri dan Negara bertuah ini demi menentukan
masa hadapan yang lebih gemilang.
3. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas
khususnya kepada Yang Berhormat Datuk Wira
Omar Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
di atas penganjuran majlis kita pada hari ini.
Pertemuan langsung saya bersama seluruh
penjawat awam Negeri Melaka pada petang
bersejarah lagi sejahtera hari ini mencerminkan
iltizam tinggi Kerajaan dalam usaha meneruskan
5
momentum transformasi menerusi pendekatan
“Merakyatkan Perkhidmatan Awam”.
4. Malah, penganjuran majlis kita hari ini turut
menepati falsafah Strategi Lautan Biru
Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy
(NBOS) yang menganjurkan pendekatan value
innovation selain menyokong prinsip nilai untuk
wang atau value for money. Negeri Melaka, dengan
pelbagai pencapaian dan pengiktirafan seperti
Anugerah Inovasi Sektor Awam yang diperoleh
pada tahun lalu, telah berjaya mengangkat
perkhidmatan awam negeri ini ke suatu tahap yang
begitu membanggakan. Marilah kita sama-sama
berikan tepukan gemuruh kepada kisah kejayaan
yang telah dicoretkan oleh tuan puan semua
sehingga hari ini.
6
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
5. Perkhidmatan Awam Malaysia, dengan jumlah
1.4 juta penjawat awam adalah merupakan nadi
penggerak obor dan tiang seri pembinaan negara
bangsa menerusi pelaksanaan Program
Transformasi Kerajaan, Program Transformasi
Ekonomi, Program Transformasi Sosial, dan juga
Program Transformasi Politik. Hakikat ini dapat
digambarkan seperti berikut:
Bagaikan kayu besar di tengah padang
Rimbun daunnya tempat berteduh
Kuat dahannya tempat bergantung
Kukuh batangnya tempat bersandar
Besar akarnya tempat bersila
7
MEMETA KISAH KEJAYAAN NEGARA SEHINGGA
KINI – RANGKUMAN PENCAPAIAN INDEKS DAN
PENARAFAN
Yang Berhormat Datuk Wira dan hadirin yang
dihormati,
6. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
menyebutkan di dalam ucapan sewaktu Majlis
Perdana Perkhidmatan Awam ke Tiga Belas
bahawa pencapaian matlamat Wawasan 2020
sudah semakin menghampiri kita. Sebagai warga
global yang berdepan dengan realiti ledakan
maklumat serta kemajuan komunikasi era terkini
kita perlukan kebijaksanaan untuk menanganinya.
Malah, beliau sering mengulangi bahawa era di
mana Kerajaan mengetahui segalanya serta
memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan telah
berakhir. Perkembangan teknologi pada hari ini
telah merubah segala bentuk kefahaman, amalan,
8
akses serta budaya yang mendasari hubungan di
antara rakyat dan kerajaan.
7. Melihat semula kejayaan Negara sehingga kini
adalah kejayaan kita melindungi Negara dan rakyat
dari terjerumus ke lembah krisis kewangan dunia.
Malaysia telah mencapai pertumbuhan sederhana
tinggi berbanding pertumbuhan ekonomi Negara
lain yang tidak menentu. Malah, menurut Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri, kejayaan ini
telah mendapat pujian daripada Madame Christine
Lagarde, Pengarah Urusan, International Monetary
Fund (IMF) yang mana menyebutkan “Malaysia is
the only country that IMF would have to revise its
growth estimate figure”.
8. Perjalanan transformasi yang kita sama-sama
layari pada tahun 2012 telah menerbitkan bintang-
bintang kejayaan di langit penarafan dunia.
Penarafan World Happiness Index yang dikeluarkan
9
oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah
memperlihatkan kita berada di kedudukan ke-51
daripada 156 negara. Jika dinilai dari kayu ukur
global pula, Malaysia hari ini tercatat antara
negara dagangan terbesar dunia dengan nilai
eksport dan import lebih 1 trilion ringgit. Hari ini
kita turut diiktiraf Institute for Management
Development atau IMD dan The World Economic
Forum atau WEF dalam barisan 20 negara paling
berdaya saing di dunia.
9. Forbes Online juga turut menyenaraikan
Malaysia sebagai negara ke sepuluh paling
peramah di dunia dalam kalangan 100 buah negara
dunia yang menyertai kajian Forbes tersebut
sekaligus mengiktiraf perkhidmatan mesra
pelanggan yang diberikan oleh Perkhidmatan
Awam Negara. Dalam hal ini, sudah pastilah tuan-
tuan dan puan-puan semualah yang menyumbang
kepada pengiktirafan cemerlang ini.
10
10. Kejayaan kita menobatkan nama Malaysia di
pentas antarabangsa ini adalah merupakan
testimoni kepada kesungguhan dan usaha tanpa
penat dan lelah Kerajaan dan seluruh rakyatnya
demi mengangkat watan di puncak kegemilangan.
Kedudukan ini perlulah menjadi pendorong dan
pencetus semangat untuk setiap Warga
Perkhidmatan Awam untuk memberikan
perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat.
MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM DAN
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN: SINERGI
KE ARAH PENCAPAIAN LUAR BIASA
Hadirin yang dihormati sekalian,
11. Mendepani cabaran-cabaran getir globalisasi,
tugas menerajui transformasi Perkhidmatan Awam
bukanlah sesuatu yang mudah. Perubahan-
perubahan drastik yang sedang berlaku di
11
peringkat global mahu pun tempatan adakalanya
begitu sukar untuk diadaptasi.
12. Pelaksanaan transformasi menuntut warga
Perkhidmatan Awam untuk berfikiran lebih
terbuka, sentiasa dinamik dan memperlengkapkan
diri dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan.
Malah, lebih besar dari itu, setiap penjawat awam
mesti berani memecah tembok kemustahilan untuk
merangsang pemikiran bagi mencerna isu dan
mencari jalan penyelesaian dalam melakukan
pembaharuan.
13. Hasrat dan iltizam Yang Berbahagia Dato’ Sri
Ketua Setiausaha Negara untuk “Merakyatkan
Perkhidmatan Awam” yang diperkukuhkan lagi
melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan
mempunyai makna dan signifikan yang cukup
besar. Ia bukan sahaja menuntut kepada
kesungguhan kita semua untuk mendakap gagasan
12
ini, malah memerlukan pengertian jelas bahawa
setiap apa sahaja pelaksanaan dasar kerajaan
yang dilaksanakan akan memberi kesan kepada
1.4 juta penjawat awam yang lain serta
memantulkan impaknya kepada sehingga 8 juta
ahli keluarga dan rakan terdekat mereka.
14. Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang
menjadi lakaran asas kepada kejayaan Negara
turut menuntut setiap agensi Kerajaan
memperhalusi semula peranan dan sejauh mana
perkhidmatan yang telah kita berikan.
Kesungguhan melaksanakan transformasi mestilah
diterjemahkan kepada keberanian untuk
merekayasa proses kerja lapuk kepada sistem
kerja yang baharu yang lebih mesra dan
meyakinkan rakyat.
13
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM:TRANSFORMASI DAN PACUAN KEJAYAAN
Yang Berhormat Datuk Wira dan hadirin yang
dihormati,
15. Sejurus dilantik sebagai Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam mulai 15 Mac 2013, saya
menyedari bahawa amanah dan tanggungjawab
yang begitu besar kepada rakyat dan Negara kini
berada di atas jemala saya. Perkara pertama yang
terlintas di minda saya adalah Penjawat Awam dan
Rakyat. Bagaimana harus saya mencaturkan
strategi dan membangunkan pendekatan terbaik
untuk membentuk barisan penjawat awam Negara
yang hebat jiwanya, serta perkasa mindanya ke
arah memberikan perkhidmatan terbaik kepada
rakyat.
14
16. Jawapannya ada pada “Transformasi”.
Transformasi yang kita dambakan adalah
merangkumi kesediaan setiap penjawat awam
untuk menjunjung misi kritikal ini menerusi CTI-PCI
atau Cepat-Tepat-Integriti yang disulami
Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi. Dengan
suntikan “Merakyatkan Perkhidmatan Awan” serta
pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan
mengemudi bahtera transformasi ini menerusi
kaedah Outside In dengan mengutamakan dasar
dan inisiatif yang sentiasa tailored with its
customer’s need.
OPEN COMMUNICATION: KOMUNIKASI TERBUKATANPA SEMPADAN
17. Untuk merealisasikan kaedah ini, kita harus
menggalakkan komunikasi yang bebas dan terbuka
tanpa dibatasi red-tape atau sebarang protokol
15
yang terlalu mengikat. JPA akan menggalakkan
lebih banyak komunikasi yang terbuka di antara
semua agensi kerajaan. E-mel saya
[email protected] adalah untuk seluruh penjawat
awam.
18. Jika tuan-tuan dan puan-puan punyai sebarang
permasalahan atau cadangan demi untuk
memperkasakan lagi perkhidmatan awam Negara,
teruslah menghubungi saya segera. Anggaplah
saya sebagai rujukan utama yang menjadi rakan
karib tuan-tuan dan puan-puan menerusi e-mel
tersebut. Kita menyedari bahawa era “Government
knows best” telah pupus ditelan zaman. Justeru,
marilah bersama-sama saya menyumbangkan idea
dan cadangan yang bernas ke arah perkhidmatan
awam terbaik di dunia. “Tell us what you want,
and how you want it”.
16
ENGAGAMENT: MENYELAMI DENYUT NADIPENJAWAT AWAM
Para hadirin yang dihormati sekalian,
19. Transformasi tidak terhenti sekadar
komunikasi semata-mata. Lebih dari itu, kita
memerlukan engagement yang lebih mantap
dengan setiap lapisan dan spektrum penjawat
awam. Kita mahu memahami kehendak dan
keperluan semua pihak daripada peringkat pucuk
pengurusan tertinggi sehinggalah ke peringkat
akar umbi penjawat awam.
20. Kita ingin menyelami setiap denyut nadi dan
degupan jantung semua penjawat awam kerana
jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang
saya sandang hari ini bukanlah sekadar untuk JPA,
malahan merangkumi keseluruhan penjawat awam.
Tanpa penjawat awam yang menjadi tulang
17
belakang perkhidmatan awam negara, maka
siapalah KPPA mahu pun JPA itu sendiri.
JOB DECENTRALISATION AND EMPOWERMENT:PEREKAYASAAN DAN KEPERCAYAAN
21. Oleh yang demikian, JPA telah memutuskan
bahawa telah tiba masanya kita mengamalkan Job
Decentralisation dan Empowerment menyeluruh di
dalam aspek sumber manusia. Telah sampai
waktunya untuk JPA memberikan kepercayaan
penuh kepada agensi untuk melaksanakan peranan
sumber manusia seperti pertukaran dalaman,
pusingan kerja dan sebagainya tanpa perlu
menunggu kelulusan JPA. Memadailah JPA
dimaklumkan sahaja dengan jelas untuk tujuan
rekod dan pentadbiran.
22. Kepercayaan yang diberikan ini, di samping
mampu mempercepat proses dan prosedur
18
dalaman, juga akan mewujudkan penjawat awam
generasi baharu yang lebih berkemahiran dan
berpengetahuan tinggi.
JOB ROTATION: PUSINGAN KHIDMAT KE ARAHPEMERKASAAN PENJAWAT AWAM
23. Selain itu, JPA dengan bidang kuasa yang
dimandatkan ke atasnya, akan memperkasa
semula job rotation kepada semua penjawat awam
merentasi skim perkhidmatan. Bagi perjawatan
yang kritikal, tempoh perkhidmatan maksimum
adalah selama 3 tahun, manakala bagi perjawatan
biasa, perkhidmatan maksimum di sesebuah
organisasi adalah selama 5 tahun.
24. Pemerkasaan semula pusingan kerja atau job
rotation ini adalah bertujuan untuk memastikan
landasan kerjaya setiap penjawat sentiasa berada
di kedudukan terbaik di samping mampu
19
melahirkan penjawat awam yang lebih berkaliber
dan berwibawa menerusi kepelbagaian
pengalaman yang diperolehi sepanjang
perkhidmatan mereka.
PERKHIDMATAN PERUNDINGANBERKUALITITINGGI: FLEKSIBEL DAN MESRAPELANGGAN
25. Usaha transformasi perkhidmatan awam tidak
tertakluk kepada isu sumber manusia semata-
mata, malah menerusi lensa yang lebih besar, JPA
akan turut memperkasakan semula perkhidmatan
perundingan yang lebih berkualiti tinggi dan
berinovatif.
26. Perkhidmatan perundingan sebelum ini yang
berorientasikan one size fits all serta dipandu oleh
format tertentu yang ketat akan dihapuskan serta
akan digantikan dengan perkhidmatan yang lebih
fleksibel, lebih inovatif, lebih mesra pelanggan dan
20
lebih empati. Ini kerana setiap penjawat awam
adalah merupakan kelompok yang begitu dekat di
hati serta merupakan prioriti utama Kerajaan.
D.E.A.D : BERUBAH SEBELUM REBAH
Yang Berhormat Datuk Wira dan hadirin yang
dihormati,
27. Menyedari hakikat bahawa transformasi turut
memerlukan kepimpinan perkhidmatan awam yang
berupaya mencipta sinergi yang padu bagi
menghadapi kepelbagaian rencah ragam dan
karenah yang wujud dalam perkhidmatan awam,
saya suka untuk berkongsi dengan tuan-tuan dan
puan-puan sebuah paradigma baharu dalam
kepimpinan transformatif di era ini. Dalam konteks
ini, Emmanuel Gobilot, di dalam bukunya
“LeaderShift”, telah mengilhamkan 4 trend baharu
21
di dalam membina idealisme kepimpinan
kolaboratif dalam Perkhidmatan Awam.
28. Lebih menarik idea ini didatangkan menerusi
akronim D.E.A.D yang bermaksud “mati”!
• ‘D’ bermaksud Demographic trend.
• ‘E’ pula merujuk kepada Expertise trend.
• ‘A’ adalah Attention trend.
• Manakala ‘D’ yang terakhir bermaksud
Democratic Trend.
29. Akronim D.E.A.D memberi ironi yang begitu
mendalam. Hari ini, di era di mana kolobarasi
menjadi raison de etre kepada kejayaan kerjasama
awam dan swasta, kepimpinan perkhidmatan
awam perlu mempunyai keupayaan yang tinggi
untuk menangani empat trend yang disebutkan
tadi. Kegagalan untuk memastikan keempat-empat
isu tersebut diselesaikan secara efektif hanya
22
akan membawa kepada “kematian” sesebuah
organisasi sekaligus menjadikan mereka tidak lagi
relevan.
30. Demographic Trend bermaksud kepelbagaian
generasi daripada latar belakang sosio budaya
yang bekerja di dalam organisasi kita. Setiap
generasi membawa dinamik sikap, cara gaya
bekerja serta pengalaman dan pengharapan yang
berbeza. Di sinilah perlunya kemahiran dan
keupayaan kepimpinan organisasi untuk
mempertemukan kehendak dan keperluan setiap
generasi ini dengan aspirasi dan cita-cita
organisasi.
31. Hari ini, kita berhadapan dengan sekurang-
kurangnya dengan 3 generasi bermula dengan
Baby Boomers, Generasi X, Generasi Y. Sebagai
KPPA, pendekatan turun padang yang saya
laksanakan tidak terhad kepada pertemuan dalam
23
skala yang besar seperti hari ini sahaja, malah
mestilah dalam kelompok yang lebih kecil
mengikut generasi. Di sinilah kita mesti memahami
kehendak, cita-cita dan keluhan mereka supaya
dasar dan pendekatan keseluruhan yang dihasilkan
menepati keperluan semua pihak. Dengan kata
lain, pendekatan one-size fits all kini tidak lagi
terpakai.
32. Trend kedua adalah Expertise Trend.
Expertise atau kemahiran serta pengetahuan
adalah kritikal kepada semua organisasi. Di dalam
memahami isu ini, kita harus menyedari sesebuah
kepakaran tidak lagi terletak kepada kelompok
atau individu tertentu, malah dengan kecanggihan
teknologi serta kewujudan pelbagai media sosial,
kepakaran wujud dalam pelbagai dimensi yang
mungkin berada di luar organisasi kita. Di sinilah,
kepimpinan organisasi perlu melihat dan mencatur
semula bagaimana sinergi di antara kemahiran
24
dalaman serta kepakaran luar boleh diasonasikan
bagi melahirkan keberhasilan yang berganda.
33. Trend ketiga adalah Attention Trend yang
menjelaskan bagaimana ledakan maklumat luar
yang diperoleh daripada saluran alternatif seperti
di media sosial akan menjadi saluran yang lebih
dipercayai oleh pelanggan berbanding dengan
agensi yang memonopoli perkhidmatan itu sendiri.
Dengan kata yang mudah, semakin pelanggan
mempercayai maklumat luar, semakin sukarlah
untuk sesebuah agensi untuk mengekalkan
kerelevanannya.
34. Trend keempat yang ingin saya kongsikan
merujuk kepada Democratic Trend. Hari ini, di
dalam lingkungan organisasi kita, terdapat
pelbagai jenis pegawai yang berkhidmat. Ada yang
dilantik sebagai tetap, ada yang dilantik bertaraf
25
perunding, dan ada yang dilantik bertaraf kontrak
atau sambilan harian.
35. Fenomena ini menuntut kepimpinan organisasi
untuk mendengar keluhan dan suara dari semua
peringkat pegawai tanpa mengira taraf kerana
kegagalan kita untuk memahami dengan tepat
suara hati mereka akan mencetuskan pelbagai isu
dan rungutan yang berpanjangan serta tiada
berkesudahan.
36. Di sinilah peranan kita semua sebagai
kepimpinan agensi perkhidmatan awam harus
berfungsi bersama-sama saya di dalam merubah
sektor awam negara ke arah yang lebih gemilang.
Dalam konteks JPA, secara peribadi bagi saya,
mentransformasikan JPA bermakna
mentransformasi Perkhidmatan Awam secara
holistik dan komprehensif.
26
FLOWERING PERKHIDMATAN AWAM:MENGGANDAKAN USAHA, MEMPERKASA BUDAYA
Yang Berhormat Datuk Wira dan hadirin yang
dihormati,
37. Mengangkasa Perkhidmatan Awam di puncak
keterbilangan bukanlah sesuatu tugas yang
mudah. Lebih utama daripada itu, iltizam untuk
membina peradaban negara bangsa yang mulia dan
terhormat memerlukan akar nilai yang mesti
dipasak kukuh di dalam setiap warga masyarakat.
38. Hakikatnya, peningkatan taraf hidup, proses
pembandaran, akses kepada pendidikan, kemajuan
teknologi maklumat, komunikasi serta
pengangkutan telah merubah keutamaan, selera,
dan sistem nilai rakyat Malaysia. Citarasa dan
jangkaan mereka terutamanya golongan muda
telah bertukar dengan mendadak lantas menuntut
27
kepada perkhidmatan Kerajaan yang lebih efisien,
efektif dan pantas.
39. Mengulas cabaran yang mendesak ini, Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri pernah
menyebutkan; The age of information has its own
generation: the digital natives, those who have
only ever known a connected world. There are
children leaving school now who do not remember
life before the internet. The expectations they
have – of access to information, and freedom to
communicate – are completely different. They do
not understand closed systems, or one-way
Government. They expect information to be free,
democracy to be responsive and communication to
be global. They want to play an active role in the
digital economy. And if they are not satisfied, they
will tell the world in a heartbeat.
28
40. Inilah cabaran kita seluruh warga
Perkhidmatan Awam demi menyahut hasrat
“Merakyatkan Perkhidmatan Awam”. Justeru,
berpegang kepada janji keramat mendahulukan
rakyat, kita mestilah menghayati dan mendakap
kemas gagasan dan idea-idea yang telah dilakar
oleh pucuk pimpinan tertinggi negara iaitu
“1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan” yang didokong oleh gerakan budaya
kerja secara Cepat – Tepat – Integriti dan
pembudayaan Produktiviti – Kreativiti – Inovatif.
PENUTUP
Warga Penjawat Awam Negeri Melaka yang saya
kasihi sekalian,
41. Mengakhiri amanat saya hari ini, saya ingin
mengambil kesempatan untuk merakamkan
ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada
29
pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di
bawah kepimpinan Yang Berhormat Datuk Wira
Omar Kaseh serta seluruh penjawat awam Negeri
Melaka di atas pertemuan kita pada hari ini.
Diharapkan segala kerjasama dan komitmen yang
telah diberikan selama ini akan tetap diteruskan di
masa-masa yang akan datang.
Sekian. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu
Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima
kasih.