19
ULANGKAJI ELM3101 ASAS MORAL 1.PENGERTIAN; Moral - isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku Akhlak -kejiwaan terbit tingkah laku dan perbuatan manusia Etika - satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia. 2. ETIKA NORMATIF : Menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Ia juga akan mencadangkan suatu undang-undang moral yang dianggap terbaik atau sepatutnya, 3. Aliran pemikiran Moral Naturalis – guna akal untuk berfikir secara rasional daripada pengalaman. Emotivis – t/laku mengikut emosi, sikap dan perasaan lebih subjektif kerana t/balas drp emosi dalam situasi sama adalah berlainan INTUISIONISME-Melihat, mentafsir dan bertindak ikut gerak hati berdasa rkan pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehitanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesa RASIONALISMe- •Tingkah laku berlandaskan pemikiran rasional dan wajar •Sentiasa memikirkan sesuatu dengan waras dan logik 4. Prinsip2 Asas Moral i. Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain berbanding diri sendiri. ii. keadilan bererti sifat ( orang, perbuatan,tindakan, keputusan, undang-undang, hukuman dll..) yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana

ULANGKAJI ELM3101 ASAS MORAL.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

ULANGKAJI ELM3101 ASAS MORAL

1.PENGERTIAN;

Moral - isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku

Akhlak -kejiwaan terbit tingkah laku dan perbuatan manusia

Etika - satu peraturan yang menjadi panduan hidup manusia.

2. ETIKA NORMATIF : Menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Ia juga akan mencadangkan suatu undang-undang moral yang dianggap terbaik atau sepatutnya,

3. Aliran pemikiran Moral

Naturalis – guna akal untuk berfikir secara rasional daripada pengalaman.

Emotivis – t/laku mengikut emosi, sikap dan perasaan lebih subjektif kerana t/balas drp emosi dalam situasi sama adalah berlainan

INTUISIONISME-Melihat, mentafsir dan bertindak ikut gerak hati berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehitanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesa

RASIONALISMe- •Tingkah laku berlandaskan pemikiran rasional dan wajar

•Sentiasa memikirkan sesuatu dengan waras dan logik

4. Prinsip2 Asas Moral

i. Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain berbanding diri

sendiri.

ii. keadilan bererti sifat ( orang, perbuatan,tindakan, keputusan, undang-undang, hukuman dll..) yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana 

iii. Autonomi – meliputi pertimbangan bebas. Pertimbangan dan tingkahlaku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral.

5. jenis dan fungsi nilai

Page 2: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx
Page 3: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

TEORI TEOLOGIKAL 

bermaksud “tujuan” atau “matlamat”. Teori teologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan adalah bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Berdasarkan teori ini nilai ‘betul’ atau ‘salah’ bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan.

Egoisme 

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan ituadalah “betul” jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu“buruk” jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri. Teori egoisme adalah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (self-realization). Ia terbahagi kepada egoisme psikologi dan egoisme etika.

TEORI DEONTOLOGIKAL

bermaksud “yang diharuskan atau diwajibkan”. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik, tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Teori ini mempunyai dua aspek :

Teori Deontologi Tindakan menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral

bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam situasi tertentu.

Contoh:’Dalam keadaan genting ini aku terpaksa memetik picu senapang ke arah perompak itu’

Tindakan ini dilakukan untuk menyesuaikan keadaan tanpa merujuk apa-apa peraturan.

2. Teori Deontologi Peraturan pula mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul atau salah

sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan. Peraturan itu adalah asas dan tidak

berpunca daripada situasi tertentu.

7. Definisi Keperibadian Mulia

Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle  bahawa “kecenderungan untuk mencapai sesuatu tujuan akan menjadikan seseorang  itu manusia yang sempurna”. Keperibadian mulia ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. Seseorang individu perlu mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. Matlamat ini akan menjadi piawai untuk

Page 4: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

individu itu menentukan keadaan dirinya. Seterusnya, keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam semulajadi, yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Sebaliknya, cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan

8 . Nilai Agama

Agama Islam

Sumber utama ini bukan sekadar pengarahan peribadatan bahkan juga mempunyai petunjuk yang mutlak dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian, umat Islam adalah umat yang berpegang kuat kepada agama samada dalam konteks peribadatan dan kehidupan bermasyarakat. Secara asasnya, kerangka Islam adalah seperti yang tertera dalam Rajah 1 di bawah, yang menjelaskan hubungan yang wujud dalam tiga dimensi utama Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Asas kesejagatan inilah yang telah menjadikan Islam telah mampu bertapak dan mewarnai pemikiran masyarakat Melayu dan nilai-nilai Islam ini telah diterjemahkan dalam kehidupan mereka sebagai asas yang kukuh

a) Akidah: asas-asas kepercayaan dan ibadah, pemikiran dan tunggak kepada perjalanan hidup manusia didunia dan akhirat.

b) Syariah: peraturan dan hukum hakam kehidupan, pembeza antara kebenaran dan kebatilan;

c) Akhlak: asas-asas moral dan tindakan dan kelakuan manusia

Nilai dan Budaya Buddhisme dan Hinduism

Agama Buddha dan Hindu adalah kepercayaan yang popular dikalangan masyarkat India dan Cina di Malaysia. Buddhisme adalah agama budaya yang diasaskan di India oleh Siddharta Gautama Buddha, seorang yang kuat berusaha untuk mencapai ketinggian moral dalam kehidupan, mencari keharmonian hidup dengan usahanya sendiri. Falsafah Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada manusia mengenai kehidupan yang bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang sempurna. 14 Oleh yang demikian, matlamat dalam kehidupan mereka ialah untuk mencapai satu tahap yang dipanggil 'Nirwana'. Untuk itu, seseorang itu perlulah melepasi 'Empat Kebenaran Mulia' (Four Noble Truths) atau tahap penderitaan dalam kehidupan (circle of suffering) seperti carta Rajah 2. di sebelah.

Empat Kebenaran Mulia (Hinduisme)

Kebenaran Tentang Penghapusan Kesengsaraan dan pencapaian matlamat (Nirwana)

Page 5: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

Kebenaran Tentang Kesengsaraan (Dukkha)

Kebenaran Tentang Cara Mengatasi Dukkha (The Noble Eightfold Path)

Kebenaran Tentang Sebab-Musabab Sengsara (Trisna)

PANCA SILA

Menghindari dari membunuh makhluk yang hidup, tanamkan sifat penyayang dan belas kasihan

Tidak memakan dan meminum benda yang memabukkan dan merosakkan akal yang sihat

Bersifat jujur dan tidak mengambil atau merampas hak orang lain secara tidak sah

Bercakap benar,jujur dan boleh dipercayai dan tidak fitnah memfitnah

Tidak mengadakan hubungan sulit antara lelaki dan perempuan (berzina) dan perkara yang merosakkan moral remaja

Nilai dan Budaya Kristian

Ajaran Kristian adalah bersumberkan kepada Bible yang menjadi kitab suci penganut

agama Kristian, mengandungi 'Old Testement' dan 'New Testement'.

Kedua-dua lembaran ini mengandungi system nilai dan etika yang tersendiri yang berkaitan dengan kehidupan.

(a) The Ten Commandments mengemukakan sepuluh nilai moral yang mesti dihayati oleh

penganut Kristian antaranya;

i) Mempercayai Trinity (Konsep Son of God, Father of God dan Ruhul Qudus

ii) Tidak menyembah patung atau berhala yang menyerupai objek dilangit dan dibumi;

iii) Tidak menyebut nama Tuhan secara sembarangan;

iv) Tetaplah ingat dan mensucikan hari Sabath;

v) Menghormati ayah dan ibu;

vi) Jangan membunuh;

vii) Jangan berzina dan melakukan maksiat;

Page 6: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

viii) Jangan mencuri;

ix) Jangan berdusta;

x) Jaga hak jiran dan Hak orang lain

5. Nilai dan Budaya Confucianisme

Pembentukan pemikiran masyarakat dan tamadun Cina adalah banyak diwarnai oleh falsafah

etika dan kehidupan yang dipelupuri oleh Kung Fu Tze (551-479 BC). Terdapat dua fokus

utama dalam membahaskan persoalan etika dan kehidupan yang dikemukakan oleh Confucius,

iaitu; Lima Kebaikan (Five Virtues); dan Lima Hubungan (Five Cardinal Relations)..

i) Lima Kebaikan (Five Virtues)

Lima kebaikan yang dimaksudkan ialah Ren, iaitu peringkat tertinggi dalam kehidupan dan

standard moral yang mutlak. Ren membawa maksud perikemanusiaan yang merangkumi

beberapa perkara seperti berikut;20

(a) Bersopan santun (courtesy): kesopanan dan ketinggian budi seseorang menjadikan dia

dihormati dan dihargai.

(b) Hati terbuka (breadth): berlapang dada dan mendengar pandangan orang lain dalam

melakukan sesuatu.

(c) Kebolehpercayaan (good-faith): kejujuran dan sifat amanah yang terpuji.

(d) Ketekunan (diligence): Lambang kepada kejayaan dalam setiap lapangan kerjanya.

(e) Bersifat lemah lembut (clemency).

9. Jalan Lapan Lapis Mulia

Jalan Lapan Lapis Mulia ini ialah :

Page 7: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

Sila

Pertuturan yang Betul

Perbuatan yang Betul

Pekerjaan yang Betul

Moraliti

Samadhi

Usaha yang Betul

Kesedaran yang Betul

Tumpuan yang Betul

Disiplin Mental

PannaPandangan yang Betul

Fikiran yang BetulKebijaksanaan

10. Teori Pembelajaran

Kognitif

Teori Perkembangan Moral Kognitif (Piaget dan kolhberg)

Pendekatan ini bertujuan utk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara

peringkat iaitu bermula drpd peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh

pihak yg berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan

kpd prinsip moral yg sejagat.

Pendekatan ini dilaksanakan dgn menggunakan dilema moral sbg rangsangan. Dilema moral merujuk kpd sst keadaan di mana terdapatnya konflik nilai& memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya.

Sosial

 Teori Perkembangan Sosial (Bandura dan Drurkheim)

Idea tentang perkembangan atau pembelajaran soaial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalami kajian ini.Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa.

Tiruan ini boleh dibahagikan kepada 2 bentuk :(1)- Tiruan Mudah (2)- Indentifikasi seseorang supaya ditiru. Peniruan ini berlaku dlm 3 bentuk iaitu secara lengsung, melalui sekat lakuan dan

Page 8: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

tidak sekat lakuan dan secara elisitasi. Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau diperoleh dari menirui ibu bapa atau guru mereka sama ada secara formal atau tidak formal

Humanistic

Manusia berbeza daripada haiwan. Oleh itu mereka mesti mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah insan yang unik dan mempunyai potensi yang unggul. Sehubungan dengan itu, mereka harus berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan potensi tersebut dengan sepenuhnya.

- org ahli psikologi yang terkemuka iaitu Abraham maslow dan carl Rogers merupakan pelopor teori humanistic

11, sifat-sifat insan bermoral

a.Menghormati autoriti iaitu ibu bapa dan guru, pemimpin Negara atau  agama  yang  menunjukkan  contoh  dan teladan serta amalan  yang  diterima  sebagai  bermoral.

-- Mereka akan menghormati  agama  dan  kepercayaan orang lain serta menyayangi nyawa mereka dan juga menghargai nyawa orang lain

-membuat keputusanmoral secara autonomous dan setelah menimbangkan segalafakta, alternatif dan kesannya.

b.Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan,tetapi ia berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dantujuan yang rasional. Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoal akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat

c.Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang  lain  di  dalam sesuatu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain haruslah dititikberatkandalam sesuatu situasi dan keputusan moral.

d.Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukansesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil.Seseorang akan sukar untuk bertindak sekiranya dia tidakbermotivasi untuk melakukannya.

e.Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patutdilakukan secara konsisten berdasarkan prinsip-prinsip danperaturan moral yang asas

3.1 Ciri-ciri insan bermoral

Page 9: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

· Manusia yg bermoral adalah org yg mulia akhlaknya dan tinggi keperibadiannya. Kemuliaan ini termasuk dari segi rohani dan jasmani.

· Sifat2:-

- Menjaga kebersihan dari segi fizikal atau mental.

- Memahami perasaan dan dpt menilai pandangan org lain terhadap sst situasi.

- Menunjukkan sifat murah hati, bertimbang rasa, sedia memaafkan dan saling memahami serta peka terhadap keperluan org lain sebelum mengambil tindakan.

- Mpy sikap bertanggungjawab dan berkerjasama dlm menjalankan sst tugas agar menjamin hasil yg baik dan bermutu tinggi.

- Mpy sikap berterima kasih, hormat-menghormati, mentaati jasa2, sumbangan dan hasil ketinggalan zaman.

- Mpy pengetahuan dan celik akal utk membuat keputusan sendiri yg rasional, universal dan preskriptif.

- Mpr perasaan sayang nyawa dan dirinya.

12. peringkat perkembangan intelek

Tahap-Tahap Perkembangan Mental

Umur Peringkat Cara Berfikir(0 tahun- 2 tahun )

Tahap Sensori Motor atau deria motor

Kanak2 menggunakan deria motor & deria yg lain utk meninjau& memahami dunia mrk.

(2 tahun -7 tahun)

Tahap Pra Operasi Kanak2 pra sekolah menggunakan keupayaan mrk berfikir secara simbolik utk menyelesaikan masalah, tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut logik & mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan.

(7 tahun -11 tahun)

Tahap Operasi Konkrit

Kanak2 mula zaman persekolahan. Mrk berfikir secara logik & konkrit. Mrk boleh menyelesaikan masalah secara cuba jaya. (trial- and- error)

(11 tahun -15 tahun)

Tahap Operasi Formal

Remaja boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal & boleh memikirkan akibat jangka panjang sst aksi.

Page 10: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

13. Fungsi Nilai dalam masyarakat

14. Ciri-ciri nilai amalan orang melayu pada masa dahulu

Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orang-orang tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh generasi zaman kini.Ramai jiran yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang aktiviti anak-anak jiran

15, Aristotle- teori keperibadian mulia

Aristotle juga menganggap, keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sfat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.

Oleh itu seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut: • Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan • Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai • Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan • Berpegang kepada prinsip • Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan • Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan kesengsaraan 

Page 11: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

16. aspek-aspek dalam dimensi moral

1.1 Penaakulan moral

· Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas).

· Individu dpt:-

- Memahami sst isu moral.

- Mengenal pasti alternatif2 yg ada dan kesannya.

- Memberi pertimbangan yg adil dan objektif terhadap stp pilihan alternatif itu.

- Memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional.

· Rasional, bebas, normatif, tepat, tajam, kreatif, inovatif, kritis.

1.2 Emosi moral

· Mpy emosi moral spt suara batin, perasaan ini membawa kpd perlakuan individu secara moral. Emosi moral ini penting utk mengawal perlakuan, menghalang individu membuat sst yg bersifat antisosial. Cth, perasaan empati menyebabkan seseorang individu membantu org yg miskin tanpa mengira kepentingan diri.

· Inidividu dpt:-

- Mengetahui asal usul sst isu atau situasi.

- Memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran org lain.

- Menyatakan perasaan diri sendiri dlm keadaan yg sama.

- Membuat keputusan yg adil dan rasional.

· Empati, simpati, murah hati, kasih sayang, belas kasihan, altruistik, sentimen, berjiwa.

1.3 Tingkah laku moral

· Merujuk kpd segala kelakuan yg dilakukan oleh individu berdasarkan nilai2 dan norma2 msryk. Dpt bertingkah laku moral, iaitu bertindak dgn penuh tanggungjwab mengikut kemampuan diri terhadap sst keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi moral.

· Bertanggungjawab, berdedikasi, berprihatinan, bekerjasama.

Page 12: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

1.4 Ejen moral dan Penerima Moral

· Semua manusia ialah agen moral dan juga penerima moral. Apa yg beza ialah manusia mpy penaakulan rasional dan bebas perasaan dan emosi yg boleh mempengaruhi perlakuan manusia sendiri.

2.0 Prinsip-prinsip asas kemoralan

2.1 Altruisme

Nagel, Thomas (I970) menjelaskan perkataan altruisme sbg “sst sikap atau perbuatan yg menyenangkan org lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap org lain”. Oleh itu, altruis (altruist) ialah org yg pemurah, atau dermawan. Nagel, T. berpendapat utk memperoleh sifat altruism dlm diri sendiri, seseorang individu mesti iuga bersifat empati, bersifat terbuka &percaya akn org Iain, bertoleransi & boleh menerima org lain.

2.2 Keadilan (Justice) :

Istilah “keadilan” (justice) berasal drpd perkataan Latin Justus yg bermaksud “law, right”. Kini “justice”. Menurut Kamus Dewan “keadilan” bererti sifat (org, perbuatan, tindakan, keputusan, undang2 ,hukuman dll) yg wajar atau berpatutan, tidak memihak kpd mana2 (apabila memutuskan sst dan sebagainya). Konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan &kelakuan yg adil terhadap diri sendiri & org lain, tidak merugikan diri&org lain, serta melayan semua org dgn cara yg saksama. Cth, dlm pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan.

Keadilan penting dlm penilaian moral & prinsip ini amat berkaitan dgn pemikiran atau pentaakulan. Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh seseorang individu, individu tersebut akn sentiasa berfikiran secara rasional dlm apa jua keadaan pun. Ini secara langsung membawa individu tersebut utk mengawal dirinya drpd unsur2 yg buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan dsbg.

1. Jenis-jenis aliran pemikiran moral

Naturalis

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang

sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat

dikatakan berfikiran naturalis

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran

sedemikian ialah:

· Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan

percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima

keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga

prestasinya.

Page 13: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang

berfikiran sedemikian ialah:

Intuisionis

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. 

Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

18. sifat-sifat personality yang patut pd ssorg guru

· Menyampaikan ilmu. Ilmu pengetahuan yg benar & diyakini akn menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dlm amalannya. Guru berperanan utk menyampaikan ilmu yg berkaitan dgn nilai2 murni dlm proses melahirkan insan yg bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan pddk dgn lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai2 murni dlm menyampaikan apa juga disiplin ilmu.

· Menjayakan proses pddk. Guru sejati, guru cemerlang & guru yg baik adalah guru yg menjayakan proses dari mendidik anak2 tidak tahu membaca kpd bolah membaca sehingga menjadi pemimpin Negara. Oleh yg demikian, guru seharusnya sentiasa peka kpd perubahan. Perubahan yg berkaitan dgn profesionnya & juga perubahan lain yg berlaku di sekelilingnya. Guru perlu sentiasa berpegang teguh&memikul tanggungjawab sepenuhnya utk mengajar & mendidik serta memberi teladan kpd murid2.

Page 14: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

· Memperkembangkan kemahiran. Guru2 berperanan utk memperkembangkan kemahiran dalaman & luaran murid2. Kemahiran dalaman guru merangkumi 4 aspek utama iaitu; kemahiran sikap peribadi, kemahiran penampilan diri, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat keputusan.

· Mendidik adab &budi pekerti. Selaras dgn FPK, guru berperanan utk mengembangkan potensi insan yg berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi & jasmani (JERI). Guru berusaha memastikan adab & budi pekertinya adalah ditahap yg cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kpd murid2 & msyrk sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Melahirkan pemimpin generasi akn datang. Guru adalah pemimpin bahkan juga kpd pemimpin yg sedia ada. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan yg berat & ini adalah peranan & tugas yg terletak di bahu guru. Dilihat dari sejarah kita, ramai pemimpin Negara ini asalnya seorang guru & para pemimpin mendapat didikan dari guru.

19. amalan nilai murni dan berbudi bahasa di kalangan guru

20. perubahan nilai hidup masyarakat pada masa kini.

Kita mengakui bahawa masyarakat Malaysia telah berubah dari segi sosialnya.Keadaan ini

boleh dikenal pasti melalui perubahan budaya kesan daripada pembangunan negara dari dulu

hingga sekarang. Terdapat tiga peringkat perubahan sosial yang dialami oleh masyarakat

Malaysia iaitu era pramoden, era penjajahan dan era pembangunan negara dan rancangan lima

tahun. Perubahan era ini telah memecahkan kesepaduan nilai dari satu era ke era yang lain

bergantung kepada proses perubahan yang hendak ditujui.

Era pramoden ataupun tradisional terdapat perubahan sosial yang minimum dan tidak

menimbulkan masalah sosial yang rumit.Masyarakat ketika itu khususnya Melayu adalah

masyarakat yang separuh tertutup, ringkas dan praindustri. Nilai-nilai tradisi seperti

keharmonian, kestabilan, patuh kepada nilai-nilai dan norma masyarakat. Pada masa ini,

keamanan, kedamaian dan ketenangan menjadi keutamaan.Keadaan seperti ini dapat kita lihat

dalam filem-filem Melayu klasik.

Kedatangan British telah membawa nilai dan norma yang baru serta memecahkan tradisi nilai

masyarakat sama ada secara terang atau tersembunyi. British membawa masuk industri dan

sistem pentadbiran yang lebih sistematik secara mengejut dan paksaan yang merosakkan

sistem dan struktur nilai, norma dan budaya masyarakat. Kemasukan buruh Cina dan India

untuk memenuhi permintaan buruh di lombong bijih dan ladang getah menyebabkan Melayu

Page 15: ULANGKAJI  ELM3101 ASAS MORAL.docx

dipinggirkan ke kampung dan sawah.Justeru lahirlah masyarakat industri yang membentuk

golongan pemodal, pengurus, pengusaha, orang tengah dan tenaga buruh.

Kesan pembangunan negara adalah hasil daripada perancangan lima tahun dan kemuncaknya

ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang mensasarkan penghapusan

kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat. Setelah DEB berakhir,

kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (1991) dan Dasar Wawasan Negara

(2001).

Kesinambungan ketiga-tiga dasar ini terangkum dalam aspirasi kerajaan bagi membentuk

sebuah negara Malaysia yang maju pada tahun 2020 melalui Wawasan 2020.

Kelompok masyarakat yang belum mencapai tahap kematangan agak lambat menerapkan nilai

yang dikehendaki.Peranan kempen yang singkat tidak dapat memberi kesan yang

sepatutnya.Khalayak agak terkejut dengan kempen yang agresif dan singkat kerana mereka

belum bersedia sepenuhnya.Tambahan kempen ini bermusim.

Membina masyarakat yang beradab dan berakhlak mulia harus bermula dari bawah, dari

peringkat masyarakat dan menjalar ke bandar raya.Kesedaran keluarga bagi menjadikan budi

bahasa dan beradab sebagai amalan harian adalah kunci kepada kejayaan ini. Kita bersetuju

dengan kempen 10 tahun yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayan dan

Warisan untuk memanjangkan kempen ini ke sekolah-sekolah. Berapa banyak pula peruntukan

yang hendak dikeluarkan seharusnya berbaloi dengan hasil yang diingini.