Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
UMYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAIIAN STATUS TESIS IJUDUL: PEMBANGUNAN E-PETA MINDA YANG BERTA{UK RITE OFftEICTIONUNTUK
MATAPELAJARAN KIMIA TINGKATAN 5
Saya
SESI PENGAJIAI{: 2010/2011
NUR AFIQAH BINTI YAH{TA(HURUFBESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/S$.analDel*e+Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakrnilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. +*Sila tandakan ({ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSTA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAKTERHAD Disahkan Oleh
ntftT
TERHAD
Alamat Tetap:NO 8 JALAN ASJ 1/24.TAMAN SRIKLINING.34OOO TAIPING" PERAK
Tarikh: 8 MEI 2011
PROF. MADYA. HJ. AZIZ BINNORDINNama penyelia
Tarikh: 8 MEI 2011
CATATA}I Potong yang tidak berkenaan.
Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULITatau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek SarjanaMuda@SM).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahanljazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)"
Tandatangan :
Nama Penyelia :
Tarikh :
PROF. MADYA. HT. AZTZ BIN NORDIN
8 MEI 2011
i
PEMBANGUNAN E-PETA MINDA YANG BERTAJUK RATE OF REACTION
UNTUK MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN LIMA
NUR AFIQAH BINTI YAHAYA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
ii
iii
DEDIKASI
Khas buat mak dan abah tersayang,
Latifah Hanam binti Ibrahim dan Yahaya bin Liman
Tidak dilupakan juga untuk penyelia,
Prof. Madya. Hj. Aziz bin Nordin
Buat adik-beradik,
Nur Aqilah, Muhammad Hafizuddin dan Muhammad Faiz
Serta tidak ketinggalan
buat kawan-kawan
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas
sokongan, perhatian, kasih sayang dan doa yang kalian berikan
sehingga kajian ini berjaya disempurnakan.
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
ILLAHI di atas limpah kurniaNYA yang membolehkan saya menyiap dan
menyempurnakan projek ini dengan lancar dan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia
tesis saya, Prof. Madya. Hj. Aziz bin Nordin di atas segala bantuan yang dihulurkan.
Beliau telah banyak memberi bimbangan, dorongan, nasihat, dan cadangan kepada saya.
Tanpa bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan, tidak mungkin projek ini dapat disiapkan
dengan sempurna.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak KPM kerana menjadi penaja
sepanjang tempoh pengajian saya. Tanpa bantuan kewangan dan sokongan yang
diberikan, mungkin sukar untuk saya menyempurnakan pengajian di peringkat Ijazah
Sarjana Muda.
Tidak ketinggalan juga, ucapan penghargaan saya tujukan kepada kedua-dua
orang tua, adik-beradik dan ahli keluarga lain serta teman-teman yang telah banyak
berkorban dalam memberi sokongan dan dorongan kepada saya.
Akhir sekali, terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak dalam memberikan sokongan, cadangan dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Dunia pendidikan pada hari ini semakin terdedah dengan penggunaan teknologi.
Sejajar dengan perkembangan semasa ini, satu lagi revolusi cuba diperkenalkan dalam
dunia pendidikan iaitu penggunaan e-peta minda sebagai bahan bantu mengajar. Projek
pembangunan e-peta minda yang bertajuk Rate of Reaction untuk mata pelajaran Kimia
Tingkatan Lima ini dibangunkan dengan berasaskan Mindmapper dalam Bahasa
Inggeris. Pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video
digabungkan dalam menghasilkan perisian ini. Projek ini dibangunkan dengan
menggunakan perisian Microsoft Powerpoint 2007 sebagai platform utama. Selain
daripada itu, Adobe Photoshop CS3, Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge 8.0, Ulead Gif
Animator 5.0, HotPotatoes 6 dan Windows Movie Maker juga digunakan dalam
pembangunan pojek ini. Bagi memantapkan pembangunan ini, Teori Behaviourisem dan
Kognitif serta Model ADDIE telah digunakan. Dengan ini, projek yang dibangunkan
menjadi lebih menarik, lengkap, dan mesra pengguna. Pembangunan e-peta minda ini
mengandungi pelbagai input seperti tujuh modul utama, tutorial, permainan, dan
eksperimen. Matlamat penghasilan bahan bantu mengajar ini adalah untuk membantu
memudahkan pengajaran guru di dalam kelas. Bagi membolehkan para guru
menggunakan e-peta minda sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran,
perisian-perisian tertentu perlu ada dalam komputer. Penilaian daripada guru-guru
sekolah terhadap keberkesanan e-peta minda yang dihasilkan telah dijalankan bagi
tujuan memastikan kandungannya adalah sesuai dan tepat. Beberapa cadangan yang
telah diberi oleh guru-guru tersebut telah dijadikan panduan kepada pembangun pada
masa hadapan.
vi
ABSTRACT
Nowadays, the usage of technology has been exposed to the education world. In
line with these developments, a new revolution is being introduced as a teaching aid tool
called an e-mind map. E-mind map development project entitled Rate of Reaction for
Form 5 Chemistry was developed in English based on Mindmapper. This software is
produced by combining various multimedia elements such as texts, graphics, animations,
audios and videos. It was developed using Microsoft Powerpoint 2007 as the main
platform. Other than that, Adobe Photoshop CS3, Ulead Cool 3D, Sony Sound Forge
8.0, Ulead Gif Animator 5.0, HotPotatoes 6 and Windows Movie Maker have also been
included in this development project. To further strengthen the development,
Behaviourisme Theory, Cognitive Theory and ADDIE Model were used. This make it
more attractive, comprehensive and user friendly. Besides, e-mind map has many input,
for example, seven main modules, tutorials, games and experiments. The purpose of this
teaching aid tool development is to facilitate teachers in class. However, certain
softwares are required to make this possible. An evaluation on this product has been
carried out among teachers to ensure that it is effective and suitable for teaching
purposes. Some suggestions made by the teachers are used as a guideline for developer
e-mind map in the future.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN
xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 8
1.6 Kepentingan Projek 9
1.7 Skop dan Batasan Projek 10
viii
BAB PERKARA HALAMAN
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Bahan Bantu Mengajar 11
1.8.2 E-peta minda
1.8.3 Mindmapper
1.8.4 Rate of Reaction
1.8.5 Kimia
12
14
14
15
1.9 Penutup 15
2 SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Teknologi Pendidikan 16
2.3 Multimedia 18
2.4 Mindmapper 19
2.5 Peta Minda 20
2.6 Perbezaan antara e-peta minda dengan e-peta konsep 23
2.7 Kelebihan Mindmapper berbanding dengan
MULTIPLY
23
2.8 Teori Pengajaran dan Pembelajaran
2.8.1 Teori Behaviourisme
2.8.1.1 Aplikasi Prinsip Teori Behaviourisme
2.8.2 Teori Kognitif
2.8.2.1 Aplikasi Prinsip Teori Kognitif
25
25
26
27
29
2.9 Penutup 30
3 METODOLOGI PENGURUSAN PROJEK 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 32
3.3 Pengumpulan Bahan Dan Penjanaan Idea 32
3.4 Reka bentuk Model Pembangunan
33
ix
BAB PERKARA HALAMAN
3.4.1 Fasa Analisis 34
3.4.2 Fasa Reka Bentuk 35
3.4.3 Fasa Pembangunan 35
3.4.4 Fasa Perlaksanaan
3.4.5 Fasa Penilaian
36
36
3.5 Analisis Pembangunan
3.5.1 Objektif Pengajaran
3.5.2 Kumpulan Sasaran
3.5.3 Senarai Isi Kandungan Pelajaran
3.5.4 Penilaian Pencapaian
3.5.5 Pemilihan Perisian Pembangunan
3.5.6 Pemilihan Perisian Multimedia
3.5.7 Pemilihan Perkakasan
3.5.8 Spesifikasi Perkakasan Cadangan Kepada
Pengguna
37
37
38
38
39
39
40
44
45
3.6 Penutup 45
4 PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR
BERASASKAN E-PETA MINDA UNTK TOPIK
RATE OF REACTION
46
4.1 Pengenalan 46
4.2 Struktur-struktur asas e-peta minda berasaskan
Mindmapper
4.2.1 Skrin Utama
4.2.2 Modul
4.2.3 Eksperimen
4.2.4 Tutorial
4.2.4.1 Jclone
4.2.4.2 Jcross
4.2.4.3 Tutorial Subjektif
47
47
49
53
53
54
56
57
x
BAB PERKARA HALAMAN
4.2.5 Bahagian Games
4.2.5.1 Word Searching
4.2.5.2 Coupon Frenzy
4.2.6 Bahagian Link
59
60
61
65
4.3 Penilaian Oleh Pakar Isi Kandungan 65
4.4 Penutup 68
5 PERBINCANGAN,CADANGAN DAN KESIMPULAN 69
5.1 Pengenalan 69
5.2 Perbincangan 70
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa pembangunan
projek
5.3.1 Masalah masa
5.3.2 Masalah teknikal
5.3.3 Masalah kepakaran
71
72
72
73
5.4 Rintanngan yang dihadapi dalam pembangunan
Mindmapper
73
5.5 Cadangan 74
5.6 Kesimpulan 75
5.7 Penutup 76
RUJUKAN 77
LAMPIRAN A 80
LAMPIRAN B 100
xi
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK HALAMAN
2.1 Perbezaan antara e-peta minda dengan e-peta konsep 23
2.2 Kelebihan Mindmapper berbanding MULTIPLY 23
3.1 Jadual Pembahagian Topik Pengajaran 38
4.1 Data Analisis 66
xii
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK HALAMAN
4.1 Skrin utama 48
4.2 Skrin utama Module 1 49
4.3 Skrin Objektif 49
4.4 Skrin Lesson 50
4.5 Skrin Formatif 51
4.6 Skrin Refresh Zone 51
4.7 Skrin Glossary 52
4.8 Skrin Experiment 53
4.9 Skrin Lists of Questions 55
4.10 Skrin Questions 55
4.11 Skrin Jcross 56
4.12 Skrin Utama Tutorial 57
4.13 Skrin Instructions 58
4.14 Skrin Questions 58
4.15 Skrin Answer 59
4.16 Skrin Utama Games 60
4.17 Skrin Instructions 60
4.18 Skrin Questions List 60
4.19 Skrin Question 60
4.20 Skrin Hint 61
xiii
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
4.21 Skrin Answer 61
4.22 Skrin Utama Games 2 61
4.23 Skrin Story of Coupon Frenzy 62
4.24 Skrin Games Directions 62
4.25 Skrin Shopping Items 62
4.26 Skrin Offer 63
4.27 Skrin Questions 63
4.28 Skrin Correct Answer 63
4.29 Skrin Incorrect Answer 64
4.30 Skrin Result 64
4.31 Skrin Special gift 64
4.32 Skrin Lost game 64
4.33 Skrin Link 65
xiv
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
BBM - Bahan Bantu Mengajar
GIF - Graphic Interchange Format
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
RAM - Random Access Memory
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO.
LAMPIRAN
TAJUK HALAMAN
A Borang Pengesahan Tajuk Pembangunan Bahan Bantu
Pengajaran Berasaskan E-peta Minda Yang Bertajuk
Rate of Reaction
80
B Borang Senarai Semak Untuk Guru 100
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Pendidikan Sains di Malaysia di peringkat menengah adalah berteraskan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) iaitu untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah. Bagi mencapai matlamat
ini pendidikan Sains dirancang untuk memberi penekanan ke atas kesepaduan antara
ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni. Oleh yang demikian, pelbagai aspek
ditekankan dalam kukurikulum pendidikan seperti isi kandungan, cara pengajaran dan
pembelajaran dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut.
Keadaan ini sejajar dengan peranan yang dimainkan oleh pendidikan dalam
kehidupan manusia. Pendidikan meninggalkan impak yang besar terhadap
perkembangan peribadi seseorang manusia kerana pendidikan berkaitan langsung
dengan pembentukan manusia. Hal ini kerana pendidikan menentukan modal insan yang
bakal dihasilkan. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai
2
nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya (Norasiken, 2008).
Pembangunan modal insan sangat penting kerana merekalah penentu bagi
meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Oleh yang demikian, pembangunan
modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi
muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sejajar
dengan keperluan negara pada tahun 2020 (Norasiken op cit).
Perkara ini mendapat perhatian serius daripada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysian (KPM). Kementerian telah mengambil langkah merangka Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan matlamat untuk melahirkan modal insan
seperti yang diimpikan (Wan Ameran, Siti Rahayah dan Jamil, 2010). Malahan kerajaan
juga telah bertindak melakukan penyemakkan semula terhadap Perlaksanaan
Kukurikulum Sains KBSM. Penyemakkan ini dilakukan supaya penekanan diberikan
terhadap kaedah penyelesaian masalah dalam proses (P&P) khasnya dalam mata
pelajaran Kimia (PPK, 2000).
Walau bagaimanapun mata pelajaran Kimia masih lagi dianggap sukar oleh
segelintir pelajar. Ramai dalam kalangan pelajar menghadapi masalah untuk menguasai
konsep dan kemahiran asas Kimia yang dipelajari. Rata-rata pelajar menganggapkan
mata pelajaran ini terlalu sukar untuk difahami.
Kesukaran itu berlaku disebabkan konsep dalam mata pelajaran Kimia itu yang
terlalu abstrak sehingga menyukarkan pelajar untuk mempelajarinya kerana memerlukan
aras kognitif yang tinggi untuk memahaminya (Faizunniza, 2008). Kenyataan ini
dipersetujui oleh Abu Hassan (2003) yang berpendapat, kemahiran daya pemikiran dan
kreativiti yang tinggi diperlukan daripada pelajar untuk mempelajari Kimia. Implikasi
3
daripada keadaan ini boleh menjejaskan pengguasaan pelajar dalam mata pelajaran
Kimia dan seterusnya meninggalkan kesan negatif terhadap prestasi akademik pelajar.
Oleh itu, kaedah pengajaran memainkan peranan penting dalam membantu
menyelesaikan masalah ini daripada terus berlanjutan. Jika kaedah penyampaian
traditional masih terus diamalkan, natijahnya pelajar akan mengalami kesukaran
memahami konsep Kimia.
Salah satu kaedah yang dirasakan sesuai untuk mengatasi masalah ini adalah
melalui penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang dikenali sebagai e-peta minda
yang menggunakan aplikasi Mindmapper. Penggunaan e-peta minda ini diyakini dapat
membantu pelajar meningkatkan pemahaman mereka terhadap konsep Kimia yang
abstrak kerana e-peta minda ini mengintegrasikan pelbagai elemen yang berevolusi
tinggi seperti video, gambar, animasi dan grafik di dalamnya menerusi bantuan pelbagai
perisian lain.
Malahan menerusi penggunaan e-peta minda, (P&P) dapat dipermudahkan. Hal
ini kerana, penggunaan e-peta minda akan membantu guru mengklasifikasi komponen-
kompenan dalam sesuatu topik ke dalam bentuk yang lebih tersusun dan mudah
difahami. Dengan ini dapat mengelakkan kekeliruan pelajar terhadap apa yang sedang
dipelajari. Implikasinya, penggunaan e-peta minda bukan sahaja memberi impak yang
besar dalam aspek cognitive psychology (mengkaji proses daya pemikiran manusia),
malahan memberi kesan terhadap education (pembelajaran).
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Proses mengajar mata pelajaran Kimia bukanlah sesuatu yang mudah. Salah satu
halangan yang besar yang seringkali menghantui para guru dalam mengajar mata
pelajaran ini adalah disebabkan oleh konsepnya yang abstrak dan kompleks. Hal ini
bersesuaian dengan fokus Kimia yang memberi penekanan terhadap kefahaman tingkah
laku atom dan molekul (Lagowski, 2000). Kesannya, guru menghadapi cabaran dalam
proses P&P.
Faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kelemahan dari
segi kemudahan alat bantu mengajar (ABM). Hal ini kerana kebanyakan perisian yang
terdapat di pasaran semasa tidak berdasarkan kepada Kurikulum Sains Malaysia.
Malahan terdapat juga perisian yang tidak berpandukan pada teori pembelajaran dan
pedagogi yang mantap (Azliza & Lilia, 2002).
Proses menghasilkan BBM bukanlah satu perkara mudah. Perancangan masa
yang teliti dan teratur sangat dituntut kerana pembangun memerlukan masa yang
panjang untuk mengumpul bahan sebelum mengolahnya dalam bentuk multimedia. Oleh
yang demikian, masa yang panjang diperlukan untuk menghasilkan BBM yang
mengintergrasikan elemen multimedia seperti grafik, audio dan video. Penggunaan
elemen multimedia ini sangat penting bagi menghasilkan BBM yang bukan sahaja
bermutu, malahan mampu untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Hal ini merupakan
antara halangan besar bagi para guru yang sememangnya sudah terbeban dengan
pelbagai tugasan.
Faktor lain yang menjadi halangan guru adalah daya kreativitinya dalam
mengendalikan proses P&P. Kebanyakan guru kurang memiliki daya kreativiti. Rata-
5
ratanya masih lagi mengamalkan pengajaran yang berpusatkan guru. Penggunaan teknik
ini pada kebiasaannya lebih menekankan kaedah chalk and talk. Walhal pada
kebiasaannya kaedah traditional boleh mengakibatkan pelajar sukar untuk memahami
sesuatu konsep yang abstrak. Hal ini disebabkan kaedah traditional tidak dapat memberi
gambaran yang jelas serta terperinci kepada pelajar tentang sesuatu konsep.
Sebaliknya, P&P yang berasaskan traditional akan menyediakan pelajar dengan
fakta untuk diingati berbanding dengan set prinsip yang disokong oleh bukti bagi
memberi penjelasan yang lebih bermakna kepada pelajar (Lim, 1992). Perkara ini amat
bertentangan dengan corak pembelajaran Kimia yang pada dasarnya menghendakkan
pelajar memahami dan seterusnya mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian mereka berbanding dengan menghafalnya.
Oleh itu kaedah chalk and talk kurang efektif untuk mata pelajaran Kimia kerana
kebanyakan konsep Kimia adalah abstrak sehingga sukar untuk diterangkan secara
traditional. Jika keadaan ini tidak ditangani dengan segera, pelajar akan menghadapi
masalah dalam memahami sesuatu konsep. Risikonya, pelajar akan mengalami
kesukaran dalam mengaitkannya dengan kehidupan seharian. Hal ini seterusnya akan
menimbulkan kebosanan kepada pelajar untuk mempelajari Kimia (Azliza & Lilia op
cit). Natijah, prestasi akademik pelajar akan merosot.
Justeru bagi menangani masalah tersebut, kaedah pengajaran perlulah lebih
efektif agar pelajar dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas dan seterusnya
dapat mengelak daripada berlakunya keadaan penghafalan yang membuta tuli. Salah
satu kaedah yang dirasakan amat bersesuaian dalam membantu menyelesaikan masalah
ini adalah melalui penggunaan e-peta minda yang menggabungkan pelbagai elemen
grafik, video, audio dan teks dalam menerangkan sesuatu konsep Kimia. Penggunaan
6
teknik ini sememangnya dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu konsep
Kimia dengan lebih berkesan dan seterusnya mudah untuk diingati.
Melalui penggunaan e-peta minda pelajar akan lebih fokus kerana e-peta minda
memberi gambaran kepada pelajar apa yang sepatutnya dipelajarinya dalam sesuatu
tajuk melalui pembahagian kepada subtopik-subtopik kecil. Di samping itu juga,
penggunaan e-peta minda dapat membantu memberi penjelasan secara terperinci tentang
sesuatu konsep yang abstrak dengan bantuan grafik dan animasi yang bersesuaian.
Kaedah ini sememangnya tidak mampu dihasilkan jika P&P bercorak tradisional
diamalkan. Lantas penggunaan e-peta minda berupaya memudahkan pemikiran pelajar
untuk memahami sesuatu dan mengingati fakta-fakta yang kemudiannya mampu
dihuraikan dengan baik mengikut kefahaman mereka tanpa berlaku sebarang
pencanggahan dengan konsep asal (Abdul Rahim, 2000). Oleh yang demikian
penggunaan e-peta minda sebagai satu teknik pengajaran Kimia secara tidak langsung
menjadikan proses P&P lebih berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Kimia (Wan Zahid, 1993).
1.3 Penyataan Masalah
Terdapat banyak kelemahan dalam kaedah P&P Kimia sehingga gagal menarik
minat pelajar terhadap bidang tersebut. Misalnya, kelemahan mungkin disebabkan oleh:
i. guru menghadapi masalah mengajar Kimia kerana
keabstrakkannya.
ii. guru menghadapi kesukaran untuk mendapatkan ABM yang
sesuai untuk proses P&P.
7
iii. guru menghadapi kekangan masa dalam menyediakan BBM.
iv. daya cipta guru dalam pengajaran terbatas. Kaedah pengajaran
yang sama pada setiap kali kelas pastinya menimbulkan
kebosanan.
Oleh demikian, bagi mengatasi masalah tersebut, satu perisian dibangunkan
untuk P&P.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini direkabentuk adalah bertujuan untuk:
i. membangunkan satu perisian modul BBM menggunakan e-peta
minda yang berasaskan Mindmapper 2008 untuk tajuk Rate of
Reaction, Kimia Tingkatan 5 Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).
ii. membangunkan e-peta minda dengan menggunakan platform
Microsoft Office PowerPoint 2007 sebagai platform utama berserta
perisian lain seperti Adobe Photoshop CS3, Sony Sound Forge 7.0,
Windows Movie Maker, Ulead Cool 3D, Ulead Gif Animator 5.0,
Hotpotatoes 6, dan Windows Sound Recorder.
8
iii. menghasilkan BBM, e-peta minda yang menggabungkan unsur-
unsur multimedia iaitu penggunaan teks, grafik, animasi, video dan
audio.