Upload
trankhue
View
230
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT
Author’s full name : MD YUSOF BIN MD YUNOS Date of birth : 12. 11. 1960 Title : PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP
SETIAUSAHA SUKAN DI DALAM
MENGURUS SUKAN SEKOLAH
Academic Session : 2006 – 2009 I declare that this thesis is classified as :
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the
organization where research was done)*
OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open
access (full text)
I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:
1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies
for the purpose of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic
exchange.
………………………………….. SIGNATURE
601112-01-6247 …………………………………. (NEW IC NO. /PASSPORT NO.)
Date : 7 NOVEMBER 2008
Certified by :
……………………………………. SIGNATURE OF SUPERVISOR
DR. MOHD. ANUAR B. ABD. RAHMAN
…………………………………….. NAME OF SUPERVISOR
Date : 7 NOVEMBER 2008
NOTES : * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter
from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda”.
Tandatangan : ………………………………………………. Nama Penyelia : DR. MOHD. ANUAR BIN ABD. RAHMAN Tarikh : 7 NOVEMBER 2008
PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP SETIAUSAHA SUKAN
DI DALAM MENGURUS SUKAN SEKOLAH
MD YUSOF BIN MD YUNOS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
November, 2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………. Nama Penulis : MD YUSOF BIN MD YUNOS Tarikh : 7 NOVEMBER 2008
iii
DEDIKASI
Buat
Isteri, Sri Zahara Daiman
Anak-anak, Syafiq, Nadia, Nadira dan Haziq
Bonda, Sanah Binti Mian
Warga SKTMI2
Semua yang terlibat di dalam penulisan ini.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur terhadap Allah S.W.T yang telah memberi kekuatan
dan kemudahan di dalam menyempurnakan penulisan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan untuk Dr. Mohd Anuar Bin Abd. Rahman selaku
penyelia PSM yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan, dorongan dan
sokongan di sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ini. Terima kasih kepada
Guru Besar dan guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan di Zon Bandar Pontian
yang telah memberi kerjasama terhadap kajian ini. Terima kasih juga kepada seluruh
warga SK. Tengku Mahmood Iskandar 2, Pontian yang memberi masa dan ruang
bagi saya menyelesaikan penulisan ini, juga kepada rakan-rakan PKPGB Ambilan 1
yang turut sama membantu.
Akhirnya buat semua yang terlibat di dalam menyempurnakan penulisan ini,
khususnya kepada rakan-rakan dan keluarga tercinta. Semoga usaha bersama ini
sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. Terima Kasih
v
ABSTRAK
Kajian diskriptif ini bertujuan melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan
sikap setiausaha sukan sekolah terhadap tugasnya. Seramai 80 orang guru dari 16
buah sekolah kebangsaan di Zon Bandar Pontian telah dipilih sebagai responden
kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan senarai tugas
setiausaha sukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi
mendapatkan nilai kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis telah dijalankan ke
atas 15 orang guru Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi Pontian. Hasil analisis
menunjukkan nilai Alpha Cronbach kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.939.
Dapatan dari kajian sebenar menunjukkan bahawa pengetahuan dan sikap setiausaha
sukan terhadap tugasnya berada pada tahap yang tinggi manakala kemahiran berada
pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara setiausaha sukan lelaki dengan setiausaha sukan wanita dalam
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Akhir kajian ini beberapa cadangan telah
dikemukakan.
vi
ABSTRACT
This descriptive study is to identify the level of knowledge, skill and attitude
of school sport secretary towards their duty. The study was carried out with 80
teachers from 16 National Primary schools in Bandar Pontian zone. Questionaires
were build based on the duties of school sports secretary that were required by the
Malaysian Ministry of Educations. To find out the validity of the questionaires, a
pilot study had been done to 15 teachers of Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi
Pontian. The analysis of the data had proven the Alpha Cronbach value of validity of
the questionaires is 0.939. The actual research reveals, that the level of knowledge
and attitude of sports secretary towards their duties is very high while for the skills is
at the moderate level. The finding also proven that there is no significant difference
between man school sports secretary and women school sports secretary in the lavel
of knowladge, skills and attitude. At the end of the study, a few suggestions are put
forward.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN
HALAMAN DEDIKASI
HALAMAN PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xii
xiii
xiv
1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1
2
5
6
6
7
7
viii
2
1.8 Rasional Kajian
1.9 Batasan Kajian
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Setiausaha Sukan Sekolah
1.10.2 Mengurus
1.10.3 Sukan Sekolah
1.10.4 Pengetahuan
1.10.5 Kemahiran
1.10.6 Sikap
TINJAUAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Kokurikulum
2.2.1 Tujuan Program
Kokurikulum Di Sekolah
2.2.2 Faktor Mempengaruhi
Pengurusan Kokurikulum
Di Sekolah
2.3. Teori-teori Pengurusan
2.3.1 Pengurusan Saintifik
2.3.2 Pengurusan Hendry Fayol
2.3.3 Pengurusan Berorientasikan
Islam
2.3.4 Pengurusan Strategik
2.3.5 Setiausaha Sukan Sekolah
sebagai Pengurus
Pertengahan
2.4 Kepemimpinan Sukan Sekolah
2.4.1 Kepimpinan dan
Kecemerlangan Sekolah
8
9
10
11
11
11
12
12
13
14
20
21
24
25
28
28
29
32
ix
3
4
2.4.2 Aktiviti Sukan Dengan
Iklim Sekolah
2.4.3 Kepentingan Sukan
2.4.4 Matlamat Sukan Dan
Permainan
2.4.5 Objektif Sukan Dan
Permainan
2.4.6 Proses Perlantikan
Setiausaha Sukan
2.4.7 Tugas-tugas Setiausaha
Sukan
2.5 Dapatan-dapatan Kajian
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Persampelan
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Kajian Rintis
3.6 Prosedur Kajian
3.7 Kaedah Analisis Data
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Taburan dan Latar Belakang
Responden
4.3 Tahap Pengetahuan Setiausaha
Sukan Terhadap Tugasnya
34
35
35
36
37
38
40
43
43
44
45
47
48
49
51
52
54
x
5
4.4 Tahap Kemahiran Setiausaha
Sukan Terhadap Tugasnya
4.5 Tahap Sikap Setiausaha Sukan
Terhadap Tugasnya
4.6 Hipotesis Kajian
4.7 Rumusan
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan dan Kesimpulan
5.4 Cadangan
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
56
59
62
64
66
66
69
74
75
77
78
82
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
2.1
5.1
TAJUK
Carta Organisasi Kokurikulum Sekolah –
Kedudukan Setiausaha Sukan (Sekolah
Rendah)
Faktor-faktor yang mempengaruhi
keberkesanan kepemimpinan
MUKA SURAT
31
73
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
1.1
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
4.1
TAJUK
Bilangan sekolah yang turut serta dalam
Pertandingan Permainan Peringkat Zon
Bandar Pontian Pada tahun 2006 ( Bahagian
Lelaki Sekolah Kebangsaan)
Bilangan responden mengikut jawatan
Tiga Bahagian Pengetahuan
Tiga Bahagian Kemahiran
Skala Lima Mata
Nilai Alpha Cronbach
Tahap dan Nilai Min
Taburan responden mengikut jawatan
MUKA SURAT
4
45
47
47
48
49
51
47
xiii
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
Taburan responden mengikut jantina
Taburan responden mengikut kaum
Taburan responden mengikut tempoh
berkhidmat
Taburan setiausaha sukan mengikut jantina
Tahap Pengetahuan Setiausaha Sukan
Taburan Tahap Pengetahuan Setiausaha
Sukan
Tahap Kemahiran Setiausaha Sukan
Taburan Tahap Kemahiran Setiausaha
Sukan
Taburan Tahap Sikap Setiausaha Sukan
Analisis Ujian-t dari Aspek Pengetahuan
Analisis Ujian-t dari Aspek Kemahiran
Analisis Ujian-t dari Aspek Sikap
Perbandingan antara tahap pengetahuan,
kemahiran, dan sikap
Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap
antara setiausaha sukan lelaki dengan
setiausaha sukan perempuan.
47
48
48
49
49
50
52
52
54
57
58
58
59
60
xiv
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
RM - Rancangan Malaysia
MSSD - Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah
Ho. - Hipotesis
MSSM - Najlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
IPG - Institusi Pendidikan Guru
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
TKRS - Tunas Kadet Remaja Sekolah
KJR - Keselamatan Jalan Raya
PBSM - Persatuan Bulan Sabit Malaysia
MSSN - Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri
GPK - Guru Penolong Kanan
UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
SPSS - Statistical Package for Social Science
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
A
B
C
D
E
TAJUK
Borang Soal Selidik
Surat Kebenaran EPRD
Surat Kebenaran JPN
Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis
Analisis Tahap Pengetahuan Kemahiran dan
Sikap
MUKA SURAT
82
88
89
90
91
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal
yang dilakukan untuk pelbagai tujuan; untuk pertandingan, keseronokan,
pembangunan kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah
yang membezakan sifat sesuatu sukan tu. Misalnya, berenang secara kompetetif
dihadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di
kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Mengikut Idris Mohamad et. al.
(2002), sukan merupakan kegiatan masa lapang yang popular di kalangan anggota
masyarakat. Dalam sukan terdapat syarat dan peraturan permainan yang perlu
dipatuhi.
Pentadbiran sukan merupakan satu program yang amat penting dalam
pembangunan sukan di seluruh dunia. Pentadbiran sukan yang sempurna dan teratur
akan dapat menjayakan semua program sukan yang dilaksanakan. Pentadbiran sukan
juga memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sukan dalam
masyarakat. Menyediakan kepimpinan sukan perlu dibuat di dalam masyarakat
tersebut. Menurut Omardin Ashari (1998), dengan mewujudkan sistem dan program
2
latihan untuk pemimpin sukan akan berjaya menggerakkan pengurusan sukan secara
berkesan.
Pengurusan sukan bermaksud menguruskan sumber yang berkaitan dengan
sukan secara berkesan. Bukan sahaja melibatkan pengurusan manusia tetapi juga
termasuk pengurusan segala sumber termasuklah pengurusan alatan sukan sekolah.
(Idris Mohamad, 2002). Pengurusan yang cekap dan berkesan akan memastikan
program dan pembangunan sukan akan berjalan dengan sempurna seperti mana yang
dihajatkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Aktiviti sukan merupakan pelengkap kepada kurikulum yang diberikan
kepada murid-murid di sekolah. Aktiviti sukan diletakkan di bawah kokurikulum
sekolah bersama-sama dengan aktiviti pasukan beruniform dan aktiviti persatuan dan
kelab merupakan aktivti-aktiviti yang mesti diikuti oleh setiap murid. Dengan
perbelanjaan yang besar
Dalam Rancangan Malaysia ke-9 melalui Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat
satu perancangan yang besar bagi memperkasakan aktiviti-aktiviti kokurikulum
termasuk aktiviti-aktiviti sukan di sekolah-sekolah.
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ini Jawatankuasa
Kabinet Pembangunan Sukan secara prinsipnya telah bersetuju dan meluluskan pelan
pembangunan Sukan Sekolah. Pelan pembangunan ini memerihalkan strategi dan
3
pelan tindakan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
tempoh RMKe-9. Sebagai langkah awal, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan
pada tahun 2005 bagi menaik taraf 15 Pusat Sukan Negeri dan beberapa Sekolah
Berasrama Penuh serta Sekolah Premier yang terpilih. Strategi yang telah dirangka
meliputi aspek infrastruktur, pembangunan tenaga pengajar dan pencapaian prestasi.
Ketiga-tiga aspek ini menjurus kepada dua fokus iaitu sukan untuk semua (sports for
all) dan sukan untuk prestasi tinggi (sports for excellence). Strategi tersebut adalah
untuk:
a) memantapkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Sains Sukan;
b) melaksanakan program pem-bangunan sukan yang menyeluruh di peringkat akar
umbi dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara;
c) menyediakan kemudahan dan peralatan bersukan yang mencukupi tanpa
mengira lokasi sekolah;
d) menambahkan bilangan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah; dan
e) mempertingkatkan tahap pro-fesionalisme guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Jurulatih Sukan.
Menurut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) lagi, beberapa langkah telah
diambil bagi memantapkan program kokurikulum dan sukan :-
a) Menambah baik aktiviti sukan dan kokurikulum
b) Meningkat semangat patriotik kepada semua lapisan masyarakat dengan
memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati sepenuhnya bermula daripada
peringkat awal persekolahan
c) Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua
d) Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar
yang lebih menyeluruh
e) Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta
kejurulatihan
f) Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat
kokurikulum, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru
4
g) Meningkatkan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kementerian
dan pihak luar Kementerian Pelajaran Malaysia
Namun begitu menurut laporan Pejabat Pelajaran Daerah, terdapat 10 buah
sekolah yang tidak dapat melaksanakan sukan tahunan sekolah pada tahun 2006.
Merujuk kepada Jawatankuasa MSSD Zon Bandar pula, banyak sekolah yang tidak
turut serta di dalam pertandingan permainan peringkat zon pada tahun 2006. Ini
ditunjukkan pada jadual 1.1 di bawah;
Jadual 1.1 Bilangan Sekolah yang Turut Serta Dalam Pertandingan Permainan
Peringkat Zon Bandar Pada Tahun 2006 (Bahagian lelaki Sekolah Kebangsaan)
Bil Permainan Bilangan Sekolah Turut Serta
1 Olahraga Semua (16 sekolah)
2 Bola sepak 7 sebelah 10
3 Hoki 7 sebelah 6
4 Badminton 6
5 Sepak takraw antara regu 10
6 Gimnastik 2
7 Bola tampar 6
8 Pingpong 4
(Sumber dari Jawatakuasa MSSD Zon Bandar Pontian)
Bilangan penyertaan yang kecil menggambarkan terdapat masalah ke atas
sekolah-sekolah yang tidak turut serta. Ini juga menggambarkan setiausaha sukan di
sekolah ini menghadapi masalah di dalam mengurus sukan sekolah. Mungkin tidak
5
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi atau pun sikap yang tidak
baik terhadap tugas-tugas yang diserahkan kepadanya.
Harapan yang cukup tinggi ini tidak akan tercapai tanpa penglibatan semua
pihak, lebih-lebih lagi dari peringkat bawah iaitu peringkat pelaksana. Setiausaha
sukan sekolah akan menjadi penyumbang yang besar bagi menterjemah segala hasrat
dan harapan yang tinggi ini. Tanpa seorang setiausaha sukan sekolah yang benar-
benar ‘committed’, hasrat untuk mencemerlangkan sukan tidak akan terhasil.
1.3 Pernyataan Masalah
Setiausaha sukan adalah satu tugas yang amat penting dalam menjayakan
kegiatan sukan di sekolah. Pada amnya, setiausaha sukan bertanggungjawab dalam
melaksanakan segala program sukan sekolah, membimbing latihan, menyelaras
olahraga, permainan, sukan antara kelas, rumah, sekolah dan sebagainya. Ia
bertindak sebagai penasihat dan bertanggungjawab dalam pengelolaan, pengurusan,
perancangan, kewangan, penglibatan pelajar, membuat penilaian di samping menjadi
sebagai penggerak untuk memperkembangkan minat mereka dalam bidang sukan dan
permainan.
Banyak peruntukan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia sama ada di dalam bentuk kewangan (melalui perkapita sekolah) ataupun
dalam bentuk peralatan sukan yang dibekalkan kepada pihak sekolah bagi
memastikan semua pelajar dapat melibatkan diri di dalam aktiviti sekolah di samping
mensasarkan agar ada pelajar-pelajar ini dapat dibimbing dari awal (di peringkat
sekolah rendah) bagi persediaan mewakili negara pada suatu masa nanti. Bagai kata
pepatah “kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.
6
Dengan segala kemudahan dan pasarana yang ada di sekolah sepatutnya
aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah bakal dapat melahirkan atlit-atlit
yang bakal mewakili negara pada masa akan datang. Harapan dan kepercayaan ini
sudah tentulah diletakkan di bahu seorang setiausaha sukan sekolah. Oleh itu kajian
ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap seorang
setiausaha sukan dalam memastikan memastikan kecemerlangan pengurusan sukan
di sekolah dan seterusnya memenuhi hasrat dan impian negara.
1.4 Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah :-
1.4.1 Untuk mengetahui tahap pengetahuan yang ada pada setiausaha sukan
sekolah di dalam mengurus sukan di sekolah.
1.4.2 Untuk mengetahui tahap kemahiran yang ada pada setiausaha sukan sekolah
di dalam mengurus sukan di sekolah.
1.4.3 Untuk mengetahui tahap sikap setiausaha sukan sekolah di dalam mengurus
sukan di sekolah.
1.4.4 Untuk melihat perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap antara
setiausaha sukan lelaki dan setiausaha sukan wanita.
7
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan Kajian di dalam kajian ini adalah :-
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan yang ada pada setiausaha sukan sekolah di dalam
mengurus sukan sekolah.
1.5.2 Apakah tahap kemahiran yang ada pada setiausaha sukan sekolah dalam
mengurus sukan sekolah.
1.5.3 Apakah tahap sikap setiausaha sukan sekolah terhadap tugas-tugas seorang
setiausaha sukan.
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan di antara setiausaha sukan lelaki dengan
setiausaha sukan wanita dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap beliau tentang
pengurusan sukan sekolah.
1.6 Hipotesis Kajian
Berdasarkan persoalan kajian yang disenaraikan di atas, satu hipotesis telah
dibentuk iaitu :-
Ho. 1 - Tidak terdapat perbezaan pengetahuan di antara setiausaha sukan lelaki
dengan setiausaha sukan perempuan.
Ho. 2 - Tidak terdapat perbezaan kemahiran di antara setiausaha sukan lelaki
dengan setiausaha sukan perempuan.
8
Ho. 3 - Tidak terdapat perbezaan sikap di antara setiausaha sukan lelaki dengan
setiausaha sukan perempuan.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat pengetahuan, kemahiran
dan sikap setiausaha sukan di dalam menguruskan sukan sekolah. Hasil kajian ini
diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan bagi mengurus sukan dengan
cemerlang.
Melalui kajian ini, setiausaha sukan sekolah dapat melihat kekurangan-
kurangan yang ada pada diri mereka dan mengetahui akan besarnya peranan mereka
bukan sahaja di dalam memajukan pengurusan sukan sekolah tetapi turut
bertanggungjawab kepada kecemerlangan sukan negara. Bagi guru-guru yang bakal
dilantik menjadi setiausaha sukan sekolah boleh dijadikan satu panduan dalam
mengurus sukan sekolah.
Pihak pentadbir sekolah akan dapat menggunakan kajian ini bagi membuat
pemilihan yang tepat di dalam melantik seorang setiausaha sukan sekolah.
Melalui kajian ini pihak Jabatan atau Kementerian Pelajaran dapat
menyediakan bakal-bakal guru yang khusus bagi memegang jawatan setiausaha
sukan iaitu dengan menyediakan program-program khusus kepada bakal-bakal guru
setiausaha sukan di institusi-institusi pendidikan, mengadakan program-program
latihan/kursus kepada setiausaha sukan sekolah yang telah dilantik dan mengeluarkan
satu garis panduan kepada pihak sekolah dalam melantik seorang setiausaha sukan.
9
1.8 Rasional Kajian
Kajian ini dilakukan bagi melihat sejauh manakah tahap pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang ada pada seorang setiausaha sukan sekolah. sukan sekolah
di dalam mengurus segala yang berkaitan dengan sukan sekolah. Tugas dan
tanggungjawab seorang setiausaha sukan bukan sahaja melibatkan hubungan dengan
murid-murid tetapi ianya juga turut melibatkan keseluruhan warga sekolah, segala
kemudahan dan pasarana sukan yang ada, hubungan dengan masyarakat dan juga
dengan pihak-pihak kementerian pelajaran.
Peranan yang diberikan oleh seorang setiausaha sukan amat besar dalam
memastikan kemajuan sukan, bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi ianya juga
akan melibatkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi (negeri dan kebangsaan). Namun
begitu masih ada lagi sekolah-sekolah yang mengambil mudah atau memandang
ringan terhadap pengurusan sukan. Sukan hanya dilaksanakan sekadar memenuhi
aktiviti rutin sekolah seperti hanya untuk kejohanan sukan tahunan sahaja. Kegagalan
sekolah untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti sukan di peringkat zon
mahupun daerah memperlihatkan kegagalan setiausaha sukan di dalam menguruskan
sukan sekolah. Kegagalan ini mungkin disebabkan oleh pengetahuan yang rendah
tentang pengurusan sukan ataupun tiada kemahiran dalam mengurus sukan ataupun
mempunyai sikap yang negatif terhadap tugas-tugas yang diberikan kepadanya.
Melalui kajian ini diharapakan setiausaha sukan sekolah akan dapat
menjadikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan
baik dan sempurna di dalam ke arah menjadikan pengurusan sukan sekolah yang
cemerlang. Sehubungan itu melalui kajian ini kita akan dapat melihat akan sikap,
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada seorang setiausaha sukan sekolah.
10
1.9 Batasan Kajian
Pandangan dan pendapat responden adalah terbatas hanya kepada tujuan
kajian yang dijalankan. Responden hanya terdiri daripada guru-guru di 16 buah
sekolah rendah kebangsaan yang terletak di dalam Zon bandar Pontian. Setiap
sekolah melibatkan seorang pentadbir ( Guru Penolong Kanan ) dan emat orang guru
sukan/permainan tidak termasuk guru yang menjawat setiausaha sukan sekolah.
Kajian ini menekankan kepada aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
dimiliki oleh setiausaha sukan sekolah di dalam mengurus sukan sekolah. Hasil
kajian ini diperolehi melalui soal selidik sehubungan itu ianya bergantung kepada
keikhlasan responden semasa menjawab soalan-soalan kaji selidik ini.
1.10 Definisi Istilah
Kesemua definisi istilah yang diterangkan dalam bahagian ini adalah
berdasarkan kesesuaian bagi kajian yang dijalankan.
1.10.1 Setiausaha Sukan Sekolah
Setiausaha sukan sekolah adalah guru-guru yang dilantik oleh pihak pentadbir
sekolah secara dalaman yang berperanan untuk mengurus semua aktiviti dan
perjalanan sukan sekolah. Beliau bertugas berdasarkan senarai tugas yang telah
dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Seorang setiausaha sukan sekolah
bukan sahaja berurusan dengan murid-murid, tetapi turut juga melibatkan guru-guru,
pihak pentadbir dan juga pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri,
11
dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam kajian ini setiausaha sukan ini
terdiri daripada 14 orang guru yang dilantik sebagai setiausaha sukan sekolah.
1.10.2 Mengurus
Mengurus bermaksud, segala aktiviti, perbuatan dan tindakan yang dilakukan
oleh seorang setiausaha sukan terhadap perjalanan sukan sekolah. Mengurus ini
melibatkan peranan setiausaha sukan sekolah. Kebiasaannya perbuatan mengurus ini
berlaku sebelum dan selepas sesuatu aktiviti dilakukan.
1.10.3 Sukan Sekolah
Sukan sekolah ini melibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan permainan yang
dijalankan di peringkat dalaman dan juga di peringkat luaran. Sukan peringkat
dalaman bermaksud semua aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan di
peringkat sekolah sahaja seperti sukan tahunan sekolah, pertandingan permainan
antara rumah sukan, pertandingan antara kelas dan sebagainya. Manakala sukan
peringkat luaran adalah aktiviti-aktiviti yang melibatkan sekolah-sekolah lain
ataupun di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Ini melibatkan proses melatih
dan mengurus murid-murid yang bakal mewakili sekolah .
12
1.10.4 Pengetahuan
Mengikut Kamus Dewan, tahu bermaksud maklum akan keadaan sebenarnya,
faham, mengerti manakala pengetahuan bermaksud perihal tahu (mengetahui),
kepandaian, kebijakan. Pengetahuan adalah sebarang maklumat yang berguna bagi
tugas yang dilakukan. Dalam konteks kajian ini, pengetahuan bermaksud
pemahaman dan segala himpunan maklumat yang berkaitan dengan pengurusan
sukan sekolah. Pengetahuan ini dibahagikan kepada tiga iaitu pengetahuan secara
umum, pengetahuan mengurus dan pengetahuan mengelola. Pengetahuan mengurus
bermaksud pengetahuan sebelum dan selepas melakukan sesuatu aktiviti, manakala
pengetahuan mengelola bermaksud pengetahuan ketika melakukan aktiviti.
1.10.5 Kemahiran
Kemahiran di dalam Kamus Dewan bermaksud mempunyai kepandaian.
Odusami (2002) mendefinisikan kemahiran sebagai kebolehan yang menerangkan
pengetahuan kepada kelakuan. Menurut Clark (1977), sesetengah kemahiran datang
secara semula jadi dan ada juga yang diperolehi setelah dipelajari dan diberi latihan
dengan sempurna dan lengkap. Seperti juga pengetahuan, kajian ini membahagikan
kemahiran kepada tiga, iaitu kemahiran umum, kemahiran mengurus dan kemahiran
mengelola.
13
1.10.6 Sikap
Mengikut Aizzi et. al (2007), sikap adalah nilai kepercayaan yang
mempengaruhi cara individu bertindakbalas pada sesuatu perkara yang berkaitan
dengan kognitif, efektif dan tingkah laku manakala menurut Ma’rof (2001), sikap
adalah satu penilaian umum, yakni dalam bentuk positif atau negatif.