Upload
mahyuddin-ibrahim
View
434
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
law
Citation preview
1
1.0 PENGENALAN
Di Malaysia, terdapat undang-undang jenayah sivil dan syariah.Parlimen telah memperuntukkan
bidang kuasa bagi setiap pegawai penguatkuasa yang terdapat di Malaysia.Dengan adanya
peruntukan ini,maka pertindihan kuasa dapat dielakkan.Misalnya bidang kuasa pendakwa
raya,pegawai polis,pegawai penguatkuasa agama, dan sebagainya.
Buktinya,dalam akta Polis 1967 dalam bahagian 7, telah menyenaraikan tugas dan kuasa
pegawai-pegawai polis yang ditakrifkan di sini sebagai mana-mana ahli Polis Diraja
Malaysia.Kanun Prosedur Jenayah dalam Akta 593 dalam bahagian 12, menerangkan pemberian
kuasa kepada polis untuk menghalang jenayah.Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah
menyatakan bahawa:
“Polis harus mencegah kesalahan boleh tangkap.Tiap-tiap pegawai polis boleh menghalang bagi
maksud mencegah dan hendaklah mengikut kesanggupannya menggunakan cara yang sah bagi
mencegah berlakunya apa-apa kesalahan boleh tangkap”.
Di sini, polis boleh menggunakan semua cara yang sah disisi undang-undang untuk
menghalang berlakunya mana-mana kesalahan boleh tangkap.
Dengan berpandukan peruntukan di atas, jelaslah bahawa setiap peruntukan yang di
nyatakan,telah menetapkan setiap bidang kuasa bagi tiap-tiap pihak yang mempunyai kuasa.
2
2.0 POLIS
Ketua Pegawai polis ertinya seseorang pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara
mengawal Polis Diraja Malaysia mengenai mana-mana kawasan atau Negeri dan seorang
pegawai kanan polis yang mana pada masa itu diberi kuasa dengan sah untk menjalankan kuasa-
kuasa dan melaksanakan.
2.1 Kuasa Dalam Membuat Siasatan.
Seksyen 109 menyatakan bahawa pegawai-pegawai yang dibolehkan untuk membuat siasatan
kes-kes yang boleh ditangkap.Mereka ini adalah pegawai-pegawai berpangkat sarjan ke atas,atau
seorang pegawai yang bertugas dibalai polis(OCS) dan biasanya di panggil pegawai penyiasat.
(Mimi Kamariah 1991)
Sebaik sahaja maklumat diterima dan pegawai penyiasat mempunyai alas an untuk
mengesyaki perlakuan satu kesalahan boleh tangkap,dia hendaklah seterusnya menghantar
laporan maklumat pertama tentang kesalahan itu kepada pendakwa raya dan hendaklah pergi
sendiri atau mewakili salah seorang daripada pegawai bawahannya untuk pergi ke tempat
kejadian untuk menyisat kes tersebut.(Mimi Kamariah 1991)
Terdapat 2 keadaan yang mana polis boleh melaksanakan budi bicara mereka dan tidak
meneruskan dengan sisatan.Ini ialah apabila maklumat tetang perlakuan mana-mana kesalahan
sedemikian telah diberi terhadap mana-mana orang di atas namanya dan rupa kes itu tidaklah
serius dan apabila pegawai polis yang menerima maklumat itu mendapati tiada alas an yang
mencukupi untuk meneruskan kes tersebut.(Mimi Kamariah 1991)
Selain itu,seseorang tidak terikat untuk hadir di hadapan pegawai polis yang menyiasat
kes tanpa satu perintah secara bertulis oleh pegawai sedemikian.Keingkaran perintah lisan tidak
boleh dihukum.Seksyen 117 membenarkan pihak polis menahan orang yang ditangkap untuk
selama lebih dari 24 jam,dengan syarat dia dikemukakan di hadapan seorang Majistret dalam
tempoh tersebut dan Majistret melanjutkan tahanan untuk tempoh tertentu.(Mimi Kamariah
1991)
3
2.2 Kuasa Dalam Membuat Penggeledahan.
Pegawai polis telah diperuntukkan kuasa untuk menjalankan penggeledahan.Penggeledahan
boleh dibahagikan kepada dua iaitu geledah terhadap badan dan geledah terhadap tempat.(Mohd
Radzuan 1995)
Geledah terhadap tubuh badan dinyatakan dala, seksyen 20 Kanun Prosedur Jenayah
iaitu:
Apabila seseorang itu ditangkap:
a) Oleh pegawai polis dengan waran yang tidak mengandungi syarat-syarat untuk jaminan
ataupun waran yang mengandungi syarat-syarat untuk member jaminan.
b) Tanpa waran atau oleh orang persendirian dengan berwaran dan orang yang ditangkap itu
di sisi undang-undang tidak boleh dijamin ataupun ia tidak berupaya mengadakan
jaminan.
Oleh itu,pegawai polis yang menjalankan tangkapan itu atau apabila tangkapan dijalankan oleh
prang persendirian,pegawai poli yang menerima orang yang ditangkap yang diserahkan
kepadanya,bolehlah memerikasa orang itu dan mengambil segala barang yang ada pada
badannya selain pakaian yang menutup badannya dan menyimpan di tempat yang selamat.(Mohd
radzuan Ibrahim 1995)
Apabila pegawai polis menjalankan penggeledahan di suata tempat,orang yang tinggal di
dalamnya atau yang menjaga tempat itu,hendaklah membenarkan pegawai polis yang
menjalankan waran masuk dan mestilah member segala kemudahan yang munasabah bagi
menjalankan penggeledahan itu.Sekirannya tempat itu tertutup dan tidak dapat dimasuki,pegawai
polis bolehlah mengambil langkah mengikut cara dalam seksyen 16(ii) Kanun Prosedur Jenayah
untuk menyempurnakan penggeledahan tersebut.Seksyen ini menyatakan bahawa sekiranya
tempat yang ingin dilakukan penggeledahan tidak dapat memasuki dan akan member peluang
kepada orang itu melarikan diri,pihak polis bolehlah memecah mana-mana pintu atau tingkap
sama ada luar atau dalam di tempat tersebut.(Mohd Radzuan Ibrahim 1995)
4
Setelah penggeledahan selesai dijalankan dan pihak polis telah menahan seorang
berhubung dengan sesuatu kes yang disiasat,orang itu bolehlah ditahan dalam tempoh masa
24jam untuk disiasat.Sekirannya siasatan tidak dapat diselesaikan dalam masa 24jam seperti
yang ditetapkan dalam seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah,dan pegawai polis percaya orang itu
terlibat atau mungkin terlibat,pegawai polis itu hendaklah menghantar satu salinan catatan buku
harian tentang kes itu dan membawa orang yang kene tuduh ke hadapan majistret.Maka Majistret
bolehlah member perintah melanjutkan tahanan sehingga 15 hari sekirannya difikirkan patut
sama ada dia mempunyai bidangkuasa atau tidak membicarakan kes tersebut.(Mohd Radzuan
1995)
2.3 Kuasa Dalam Membuat Tangkapan
Dalam seksyen Kanun Prosedur Jenayah membenarkan seorang Pegawai Polis menangkap tanpa
waran.Seorang pegawai polis ialah mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia,yang termasuk
seorang Konstabel,seorang koperal dan seorang Penolong Penguasa Polis.Keadaan-keadaan yang
membolehkan tangkapan dibuat oleh Pegawai Polis telah disenaraikan dalam perenggan a hingga
k dalam seksyen 23.
Dalam enakmen Tatacara Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 2002,ada menyatakan
tentang bagaimana penangkapan dibuat oleh pegawai polis iaitu dalam sekeyen 10.Tangkapan
yang dibuat sebenarnya hendaklah menyentuh atau mengurung tubuh badan orang yang hendak
ditangkap itu,melainkan jika orang itu menyerah diri samaada dengan perkataan atau
perbuatan.Jika orang itu menggunkan kekerasan menentang usaha menangkapnya atau cuba
mengelak penangkapan itu,pegawai atau orang lain bolehlah menggunakan segala langkah yang
perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.
Selain itu,Pegawai Polis mempunyai kuasa menankap tanpa waran.Ini dengan merujuk
kepada seksyen 18 Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 2002,iaitu tanpa
menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain,mana-mana Pegawai
Penguatkuasa Agama,pegawai polis atau Pegawai Masjid boleh,tanpa waran,menangkap-
a) Mana-mana orang yang kene-mengena dengan apa-apa kesalahan boleh tangkap di dalam
Wilaya-Wilayah Persekutuan atau yang terhadapnya suatu aduan yang munasabah telah
5
dibuat atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima atau syak yang munasabah
wujud bahawa die telah kene-mengena sedemikian;
b) Mana-mana orang yang telah melakukan atau cuba melakukan di hadapannya apa-apa
kesalahan yang melibatkan pecah amanah;
c) Mana-mana orang yang terhadapnya waran yang telah dikeluarkan di bawah Akta ini
masih berkuatkuasa,walaupun waran itu tidak ada dalam miliknya.
Dalam seksyen 22 pula,memjelaskan mengenai bagaimana orang yang ditangkap hendaklah
diperlakukan dan penahanan yang melebihi dua puluh empat jam.Sekesyen ini menjelaskan
bahawa Pegawai Polis yang membuat suatu tangkapan tanpa waran di bawah enakmen ini
hendaklah tanpa kelengahan yang perlu dan tertakluk kepada peruntukan Akta ini tentang
jaminan atau pelepasannya sebelum itu,membawa atau menghantar orang yang ditangkap itu ke
hadapan seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
3.0 KUASA PENDAKWA RAYA
Menurut seksyen 376(1) Kanun Prosedur Jenayah,Peguam Negara adalah menjadi Pendakwa
Raya dan hendaklah mempunyai kawalan dan arahan dalam semua pendakwa jenayah dan
prosiding di bawah kanun ini.Subseksyen (2) pula memperuntukkan seorang Penguamcara
Negara hendaklah mempunyai semua kuasa Timbalan Pendakwa Raya dan hendaklah bertindak
sebagai Pendakwa Raya semasa ketiadaan Peguam Negara atau waktu ia tidak berupaya
bertindak sebagainya.Kuasa Peguam Negara adalah seperti mana diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan dan yang mana berkaitan dengan hal-hal jenayah adalah yang disebut
di dalam Perkara 145,fasal (3).Iaitu:
“Peguam Negara adalah mempunyai kuasa dan kuasa itu hendaklah dibicarakan menurut budi
bicaranya bagi membawa,menjalankan atau memberhentikan apa-apa pembicaraan tentang
sesuatu kesalahan,lain daripada perbicaraan di hadapan Mahkamah Syariah,Mahkamah
Bumiputera atau Mahkamah Tentera.”
Subseksyen (3),Pendakwa Raya boleh melantik Timbalan-timbalannya yang hendaklah
berada di bawah kawalan dan arahan am Pendakwa Raya dan boleh menjalankan kesemua hak
atau kuasa yang terletak ke atas atau boleh dilaksanakan oleh Pendakwa Raya atau kuasa yang
6
dinyatakan perlu dilaksanakan oleh Pendakwa Raya sendiri seperti dalam seksyen68(2).(Mimi
Kamariah 1991)
3.1 Siasatan Permulaan.
Kuasa yang diperuntukan dalam seksyen 381,385 dan 386 adalah berkaitan dengan siasatan
permulaan.Menurut seksyen 147,apabila seseorang tertuduh dihantar bicara,Majistret yang
menghantr bicara hendaklah menghantar satu salinan rekod prosiding kepada Pendakwa
Raya.Setelah menerima rekod,Pendakwa Raya boleh membat satu perintah bertulis yang
ditandatangani olehnya semdiri dan mengarahkan tertuduh dilepaskan daripada perkara yang
dituduh yang mana jika ia berpendapat tiada prosiding selanjutnya,harus diambil terhadap
tertuduh tetapi keterangan yang diambil tidak mencukupi,Majistert boleh mengambil keterangan
selanjutnya.(Mimi Kamariah 1991)
Pendakwa Raya boleh memerlukan Mahkamah Majistret menghantar prosiding dalam
mana-mana kes kepadanya untuk arahan lamjut di bawah seksyen 140(iv)KPJ dan kuasa untuk
berbuat demikian diberi dalam seksyen 385.Pendakwa Raya boleh member arahan sepertimana
beliau fikirkan wajar dan Majistret hendaklah melaksanakan,menjalankan serta menamatkan
sisatan sedemikian menurut arahan tersebut.Walaubagaimanapun,kuasa Pendakwa Raya adalah
tertakluk kepada KPJ.
3.2 Pendakwaan dan Rayuan
Syeksen 377 memperuntukkan bahawa tiap-tiap pendakwaan jenayah di hadapan mana-mana
Mahkamah serta tiap-tiap siasatan di hadapan Majistret,tertakluk kepada seksyen berikut
hendaklah dijalankan:
a) Oleh Pendakwa Raya,Timbalan Kanan Pendakwa Raya,Timbalan Pendakwa Raya atau
Penolong Pendakwa Raya;
b) Tertakluk kepada kawalan dan arahan Pendakwa Raya oleh orang yang berikut yang
diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya;
1) Seorang Peguambela;
2) Seorang Pegawai Polis yang berpangkat tidak kurang daripada Inspektor;
3) Seorang Pegawai mana-mana jabatan kerajaan;
7
4) Seorang Pegawai mana-mana pihak berkuasa tempatan;
5) Seorang Pegawai mana-mana pihak berkuasa atau badan berkanun;atau
6) Mana-mana orang yang diambil kerja atau digajikan oleh mana-mana pihak berkuasa
tempatan atau mana-mana pihak berkuasa atau badan berkanun.
Dalam kes-kes rayuan,seksyen 387 memperuntukkan mereka yang berkeupayaan untuk
bertindak bagi pihak Pendakwa Raya,Mereka ialah Timbalan Pendakwa Raya,Pegawai Polis
yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau seorang Peguambela yang telah diberi
kebenaran bertulis oleh Pendakwa Raya ata Timbalan Pendakwa Raya.(Mimi Kamariah 1991)
Dalam kes Ponniah lwn Lin,telah diputuskan apabila saman sendirian dikemukan oleh
seseorang dan kes berterusan ke Mahkamah Tinggi atau rayuan daripada responden,orang yang
layak hadir bagi pihaknya ialah Timbalan Pendakwa Raya atau mana-mana orang yang disebut
dalam seksyen 378.Dia tidak boleh hadir bagi pihak dirinya sendiri.
Bagi kesalahan jenayah syariah,menurut seksyen 183 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
Negeri Selangor 2003 memperuntukkan bahawa:
1) Apa-apa pendakwaan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dijalankan oleh
Ketua Pendakwa Syarie atau seorang Pendakwa Syarie.
2) Pendakwaan di hadapan Mahkamah Rendah Syarie bolehlah dijalankan oleh:
a) Ketua Pendakwa Syarie atau seorang Pendakwa Syarie;
b) Seorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pendakwa Syarie untuk bertindak bagi pihaknya;atau
c) Seorang pengadu sebagaimana yang dibernarkan oleh Mahkamah.
3.3 Pemulaan Prosiding
Mengikut Hakim Ajaib Singh dalam kes PP lwn Then Mee Kom 1983,prosiding di bawah
seksyen 15 Akta Hakcipta 1969 dimulakan apabila tertuduh ditangkap sama ada dengan atau
tanpa waran.Peringkat apabila aduan dibuat dan waran dikeluarkan tidak boleh dikira sebagai
permulaan prosiding kerana ini akan member polis lebih masa daripada diniatkan oleh badan
perundangan.Hakim edgar Joseph Jr. dalam In Re Kah Wai video 1987 mengatakan beliau
sependapat dengan Hakim Ajaib Singh iaitu peringkat yang dimaksudkan ialah peringkat
8
tertuduh di bawa ke mahkamah dan dituduh.Mengikut R lwn Elliot 1985,prosiding dimulakan
pada peringkat apabila seseorang berkenaan hadir ke Mahkamah untuk menjawab pertuduhan.
(Mimi Kamariah 1991)
Pelbagai peruntukan dalam statut-statut jenayah memerlukan persetujuan Pendakwa Raya
sebelum prosiding di bawah statut tersebut boleh dimulakan.Antaranya peruntukan dalam
seksyen 26(1) Akta Pencegahan Rasuah 1971,seksyen 80 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
dan seksyen 39B(3) Akta Dadah Berbahaya 195 kesemuanya memerlukan persetujuan
sedemikian.Dalam semua keadaan ini,Pendakwa Raya sememangnya termasuk Timbalan
Pendakwa Raya.Mahkamah Persekutuan dalam kes Johnson Tan Han Seng lwn PP memutuskan
bahawa Timbalan Pendakwa Raya boleh memberi persetujuan di bawah seksyen
80AKDN.Timbalan Pendakwa Raya adalah alter ego kepada Pendakwa Raya.
Apabila tuduhan dipinda dan keizinan atau persetujuan diperlukan,iaitu pindaan ,
melibatkan fakta-fakta yang berbeza, persoalannya ialah sama ada persetujuan jelas daripada
Pendakwa Raya diperlukan atau tidak.Dalam Lyn Hong Yap lwn PP 1956 kesalahannya ialah
rasuah dan kes didengar di Mahkamah Sesyen dengan seorang pegawai polis mewakili
Pendakwa Raya.Berdasarkan fakta dalam kes ini,perbicaraan diputuskan sah disisi undang-
undang.Namun,telah diputuskan seterusnya jika keperluan persetjuan tidak dipenuhi,perbicaraan
akan menjadi tidak sah.Dalam PP lwn Lee Chwee Kiok 1979,tuduhan adalah mengedar dadah
dan kes telah diadakan di Mahkamah Tinggi dengan Timbalam Pendakwa Raya
mendakwa.Apabila tuduhan dipinda dan persetujuan baru tidak diperolehi,perbicaraan adalah
tidak sah.Perbezaan antata dua kes ini ialah yang pertama,iaitu di hadapan Mahkamah Tinggi
dengan Timbalan Pendakwa mendakwa.Dalam kes ini,memandangkan Timbalan Pendakwa
Raya adalah alter ego kepada Pendakwa Raya,kehadirannya menunjukkan persetujuan kepada
tuduhan yang dipinda.
3.4 Perjalanan Prosiding
Walaupun Peguam Negara mempunyai budi bicara “untuk menjalankan’ prosiding jenayah,ini
tidak termasuk pengaturan prosedur jenayah atau bidang kuasa mahkamah atau kuasa atau budi
bicara untuk berbuat demikian.Dalam Jayaraman lwn PP 1979,dakwaan Timbalan Pendakwa
Raya bahawa terpulanglah kepada pendakwaan dan bukannya mahkamah untuk memutuskan
9
sama ada meneruskan dengan 3 atau 4 tuduhan di bawah seksyem 170 KPJ.Hakim Harun telah
merujuk kepada seksyen itu yang jelas memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan
perbicaraan diadakan sama ada secara berasingan atau bergabungan.Bahagian yang berkaitan
berbunyi:
“Apabila lebih daripada seorang dituduh dengan kesalahan yang sama…mereka boleh
dituduh dan dibicara bersama atau berasingan sepertimana yang difikirkan wajar oleh
mahkamah..”
3.5 Pemberhentian Prosiding
Pendakwa Raya boleh menolak daripada mendakwa selanjutnya di mana-mana peringkat.Hal ini
dapat dilihat dalam seksyen 254 KPJ.Tertuduh kemudian dilepaskan dan pelepasan tersebut tidak
bermaksud kepada satu pembebasan melainkan diarahkan sebaliknya oleh mahkamah.
Dalam kes K.Abdul Rasheed lwn PP dan Ah Chak Arnold lwn PP,kes ini melibatkan
seksyen 183 KPJ di Singapura yang bersamaan dengan seksyen 254 KPJ di Malaysia.Menurut
Hakim Lai Kiew Chai,apabila pendakwa berhasrat tidak meneruskan pertuduhan bermakna dia
tidak boleh meneruskan pendakwaan tertuduh mungkin kerana ketiadaan saksi-saksi
pendakwa.Dengan perkataan lain,dia memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak akan membawa
kes lebih lanjut dari peringkat die telah lakukan.Ia juga bermakna tidak akan mendakwa tertuduh
atas tuduhan itu pada masa hadapan.
Seksyen 171 memperuntukkan penarikan balik tuduhan tetapi ini berlaku setelah sabitan
direkodkan untuk satu atau lebih tuduhan yang lain.Di sini,penarikan balik membawa kesan satu
pembebasan melainkan tertuduh merayu terhadap sabitan dan Berjaya dalam rayuan itu,dalam
keadaan tuduhan-tuduhan lain akan dihidupkan semula.Seksyen 381 juga memperuntukkan
nolle,prosequl pada akhir satu siasatan permulaan apabila rekod siasatan dihantar kepada
Pendakwa Raya.(Mimi Kamariah 1991)
10
4.0 KUASA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA
Isu mengenai kuasa Pegawai Penguatkuasa Agama merupakan isu penting yang mesti dilihat dari
perspektif tertentu. Hal ini demikian kerana tugas berkaitan denga undang-undang syariah yang
kadangkala menjadi terlalu sensitive dan amat halus. Ada ketikanya penguatkuasaan undang-
undang syariah ini dipandang serong oleh sesetengah masyarakat kerana label “agamanya”.
Sesekali ada juga rungutan yang mempersoalkan sama ada Pegawai Penguatkuasa Agama
mempunyai kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan “agama” ini.
4.1 Pegawai Penguatkuasa Agama
Pegawai Penguatkuasa Agama merupakan pegawai lantikan dari kalangan Anggota
Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. Perlantikan ini dibuat oleh Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan menurutperuntukan seksyen 58(4) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta Pentadbiran Islam 1993). Pegawai Penguatkuasa
Agama ditempatkan dibahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan dalam carta organisasi Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). (Nasimah Hussin, 2007)
Dalam menjalankan tugas yang berkaitan dengan penguatkuasaa, Pegawai-pegawai
Penguatkuasa Agama ditempatkan di beberapa unit tertentu, seperti Unit pencegahan dan
Operasi, Unit pendaftaran dan Rekod dan Unit Siasatan. Walaupun tidak disebut di dalam Akta
Pentadbiran Islam 1993 atau Akta Prosedur Jenayah 1997 tentang pentadbiran dan pengagihan
tugas, tetapi bolehlah dirujuskan dari segi pentadbirannya, bahawa Pegawai Penguatkuasa turut
menjalankan tugas penyiasatan.
Tujuan pelantikan Pegawai Penguatkuasa Agama menurut Akta Pentadbiran Islam 1993
ialah untuk tugasan penyiasatan yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan syariah yang
dimaktubkan dalam Akta tersebut dan juga kesalahan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis lain mengenai kesalahan terhadap perintah agama Islam, termasuklah kesalahan menurut
Akta Jenayah Syariah 1997 dan Akta Keluarga Islam 1984.
Akta Prosedur Jenayah 1997 mengandungi 231 seksyen yang dibahagikan kepada lapan
bahagian dan satu jadual yang mengandungi 6 borang. Kuasa Pegawai Penguatkuasa Agama
yang berkaitan dengan penyiasatan ini dijelaskan, terutamanya dalam Bahagian III dan IV.
11
Antara kuasa yang disebut dalam bahagian-bahagian ini termasuklah kuasa yang berkaitan
dengan tindakan yang boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa Agama setelah menerima
maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan, membuat penyiasatan di tempat kejadian,
memanggil, menyoal siasat dan mengambil keterangan saksi atau orang yang disyaki atau
mereka yang mengetahui hal keadaan kes, menggeledah tempat jenayah itu dipercayai dilakukan,
menggeledah orang yang di tangkap, menyita barangan atau alatan yang dipercayai digunakan
dalam perlakuan jenayah dan membuat tangkapan dan menahan orang yang ditangkap sebelum
dibawa ke Mahkamah Syariah.
4.2 Kuasa Pegawai Penguatkuasa Agama Setelah Menerima Maklumat
Orang ramai yang tahu tentang perlakuan atau niat jahat jenayah telah dipertanggungjawabkan
oleh Akta Prosedur Jenayah 1997 untuk member maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa
Agama. Maklumat dalam konteks ini boleh dikatakan sebagai pemakluman, pemberitahuan
laporan atau keterangan. Prosedur pemberian maklumt tersebut terbahagi kepada beberapa cara
yang tidak dinyatakan secara terperinci oleh Akta Prosedur Jenayah 1997.
Dari segi amalan, prosedur ini boleh dilakukan dengan membuat laporan secara bertulis,
lisan, melalui telefon, surat atau kamunikasi secara elektronik dan media massa. Namun begitu,
yang jelas dalam Akta Prosedur Jenayah 1997 ialah maklumat tersebut hendaklah memenuhi
syarat-syarat yangyang termaktub dalam seksyen 54 Akta Prosedur Jenayah 1997 dan
menggunakan borang 5. (Nasimah Hussin, 2007)
Sekiranya maklumat tersebut berkaitan dengan kesalahan tak boleh ditangkap, Pegawai
Penguatkuasa Agama hendaklah merujukkan pemberi maklumat tersebut kepada Hakim
Mahkamah Rendah Syariah. Dalam keadaan ini, penyiasatan mengenai kesalahan yang
dilaporkan hanya boleh dibuat setelah mendapat perintah daripada Ketua Pendakwa Syarie.
Namun begitu, dalam proses penyiasatan ini, Pegawai Penguatkuasa Agama tidak boleh
menangkap tanpa waran. Sekiranya maklumat yang diberikan berkaitan dengan kesalahan boleh
tangkap, satu laporan hendaklah dibuat dengan segera kepada Ketua Pendakwa Syarie dan
12
Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah pergi ke tempat kesalahan itu dilakukan untuk
membuat penyiasatan dan mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi penemuan pesalah.
(Nasimah Hussin, 2007)
Kuasa Pegawai Penguatkuasa Agama dalam hal ini agak jelas dan luas, iaitu pegawai ini
telah diberi kuasa untuk melakukan penyiasatan dan mengambil langkah-langkah perlu bagi
penemuan pesalah. Dalam konteks ini, frasa langkah-langkah perlu bagi penemuan pesalah boleh
diterjemahkan sebagai langkah-langkah untuk menghalang serta memberhentikan perlakuan
kesalahan tersebut, sama ada dengan cara menggeledah tempat yang dipercayai jenayah itu
dilakukan, atau menangkap dan menahan pelakunya.
Sejajar dengan tujuan pelantikannya, Pegawai Penguatkuasa Agama dibekalkan kuasa
untuk menyiasat kesalahan boleh ditangkap yang disyaki telah, sedang atau akan dilakukan
walaupun tiada maklumat tertentu yang diperolehi mengenai sesuatu perlakuan jenayah.
Seksyen 57(1) menyatakan “jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya
seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai sebab untuk mengesyaki perlakuan
sesuatu kesalahan boleh tangkap maka dia…hendaklah..pergi ke tempat kesalahan itu di
lakukan atau menyiasat fakta-fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil apa-apa
langkah langkah yang perlu bagi penemuan pasalah itu”.
Perkataan “ selainnya” dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai bermaksud, selain
maklumat maklumat yang diperolehi. Dengan kata lain, di samping member kuasa yang agak
luas kepada Pegawai Penguatkuasa Agama untuk bertindak memulakan penyiasatan terhadap
perlakuan jenayah sekiranya kedapatan maklumat tertentu, peruntukan seksyen 57(1) ini member
kuasa juga kepada Penguatkuasa Agama untuk memulakan penyiasatan terhadap kes boleh
tangkap walaupun tidak dapat maklumat daripada orang ramai tentangnya. Berbekalkan
peruntukan ini, para Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai kuasa untuk menjalankan
operasi-operasi pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah.
13
4.3 Kuasa Memanggil, Menyoal Siasat, Mengambil dan Merakamkan Keterangan Saksi
Akta Prosedur Jenayah 1997 seksyen 58(1) memberikan kuasa kepada Pegawai Penguatkuasa
Agama untuk memerintah hadir “ mana-mana orang yang didapati mengetahui hal keadaan kes
itu” serta memeriksa dan merakamkan pernyataan daripada “ mana-mana orang yang disangka
mengetahui fakta dan hal keadaan kes” dari seksyen 59(1).
Frasa “mana-mana orang” dalam kedua-dua peruntukan di atas dalam konteks ini boleh
ditafsirkan sebagai termasuklah saksi-saksi yang mengetahui atau dianggap mengetahui fakta
kes.
Kuasa untuk memerintah hadir para saksi walau bagaimanapun, hanya boleh dikeluarkan
melalui perintah bertulis oleh Pegawai Penguatkuasa Agama kepada mereka yang tinggal di
Wilayah Persekutuan. Keengganan saksi untuk menghadirkan diri di hadapan pegawai yang
menjalankan siasatan setelah diperintahkan adalah perlakuan yang boleh dilaporkan kepada
Hakim Syarie. Dalam keadaan ini Hakim Syarie diberi kuasa budi bicara untuk mengeluarkan
waran bagi memastikan kehadiran orang tersebut seperti yang dikehendaki. (Nasimah Hussin,
2007)
Berkaitan kuasa untuk menyoal siasat, Pegawai Penguatkuasa Agama boleh memeriksa
secara lisa saksi yang berkenaan dan mengubah pernyataan yang dibuat oleh saksi ke dalam
bentuk bertulis. Sebeum menyoal siasat dan merakamkan pernyataan saksi-saksi, Pegawai
Penyiasat hendaklah memberitahu orang itu bahawa dia hendaklah berkata benar. Keengganan
untuk menjawab soalan yang dikemukakan merupakan perlakuan jenayah yang boleh dihukum
dengan pemenjaraan tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM2000 atau kedua-
duanya. Memberi pernyataan palsu dalam proses ini pun merupakan kesalahan jenayah yang
boleh dihukum di bawah Akta Prosuder Jenayah 1997. Pegawai Penyiasat juga tidak boleh
member atau membuat apa-apa dorongan, ancaman atau janji kepada mana-mana orang yang
dituduh atas sesuatu kesalahan. (Nasimah Hussin, 2007)
14
Segala pernyataan yang telah diubah dalam bentuk tulisan hendaklah dibaca semula
kepada orang yang membuat pernyataan dan orang itu hendaklah menandatangani dokumen
tersebut dengan disaksikan dua orang saksi.
Dalam menjalankan kuasa ini, perkara yang selalunya dipersoalkan ialah kuasa Pegawai
Penguatkuasa Agama untuk menyoal siasat dan merakamkan pernyataan orang yang dituduh.
Adakah farasa “ mana-mana orang” dalam dua peruntukan yang dibincangkan termasuk tertuduh
juga. Jika dirujuk ,rangkai kata tersebut ditafsirkan sebagai termasuklah saksi-saksi. Perkataan
“saksi” dalam seksyen 2 Akta Prosuder Jenayah 1997 telah di tafsirkan sebagai tidaklah
termasuk seseorang tertuduh. Oleh yang demikian, persoalan yang timbul ialah adakah Pegawai
Penguatkuasa Agama atau Pegawai Penyiasat tidak boleh mengambil dan merakamkan
kenyataan orang yang dituduh. Setakat ini tidak ada ulasan yang telah dibuat oleh Mahkamah
Syariah, sama ada di Wilayah-Wilayah Persekutuan atau negeri-negeri lain tentang kuasa
Pegawai Penguatkuasa Agama ini. Namun begitu, peruntukan ini sama dengan seksyen 112
Kanun Prosuder Jenayah (Akta 593). Tafsiran kepada seksyen tersebut menunjukkan “mana-
mana orang” termasuklah juga orang yang dituduh atau saksi-saksi yang akhirnya menjadi
tertuduh.
4.4 Kuasa Menggeledah
Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai kuasa untuk pergi ke tempat berlakunya jenayah
seperti yang dimaklumkan atau atas sebab yang munasabah, atau telah berlakunya jenayah bagi
tujuan penyiasatan. Mengikut Akta Prosedur Jenayah 1997, kuasa menggeledah Pegawai
Penguatkuasa Agama terbahagi kepada dua jenis iaitu kuasa untuk membuat penggeledahan atau
pemeriksaan tubuh badan dan penggeledahan tempat atau premis dan benda. (Nasimah Hussin,
2007)
Penggeledahan tubuh badan hendaklah dibuat oleh jantina yang sama. Kuasa
penggeledahan tubuh boleh berlaku dalam tiga situasi:-
i- Apabila seseorang ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama( S 15 APJ 1997)
ii- Apabila seseorang didapati atau dijumpai ditempat berlakunya penggeledahan.
(S 12 APJ 1997)
15
iii- Apabila seseorang yang di dalam jagaan yang sah tidak berupaya untuk memberikan
keterangan yang memuaskan dirinya. (S 17 APJ 1997)
Penggeledahan tempat atau premis boleh dilakukan dengan waran geledah atau tanpa
waran geledah mengikut keadaan kes. Waran geledah boleh dikeluarkan oleh mahkamah dengan
menggunakan Borang 4 dan boleh dikeluarkan sekiranya orang yang disaman untuk
mengemukakan dokumen atau barangan lain kepada mahkamah tidak mematuhi saman tersebut,
dokumen dan barangan yang dikehendaki tidak diketahui pemilikannya dan mahkamah
berpandangan dengan melakukan penggeledahan keadilan akan tercapai, mempercayai sesuatu
kesalahan telah dilakukan disesuatu tempat. Hakim Mahkamah Syariah boleh secara lisan
mengarahkan penggeledahan dilakukan dihadapannya. Waran geledah ini berkuatkuasa selama 7
hari. (Nasimah Hussin, 2007)
Bagi tujuan membuat tangkapan, sama ada tangkapan dengan waran atau tanpa waran,
Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai kuasa untuk menggeledah tempat yang dipercayai
telah dimasuko oleh orang yang hendak ditangkap walaupun tanpa waran. Sekiranya waran telah
dikeluarkan, waran tersebut hendaklah dikemukakan semasa penggeledahan. Seandainya tidak
mendapat kebenaran, Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai kuasa untuk memecah masuk
ke dalam tempat tersebut. Semasa penggeledahan dilakukan, penjaga atau penghuni tempat
hendaklah dibenarkan hadir.
Pegawai Penguatkuasa Agama juga boleh melakukan penggeledahan tanpa waran.
Keadaan ini berlaku ketika proses penyiasatan sedang dilakukan dan Pegawai Penyiasat
mendapati bahawa sesuatu dokumen atau benda perlu didapatkan dalam perjalanan penyiasatan,
tetapi Pegawai Penyiasat tidak mengetahui orang yang memiliki dokumen atau benda tersebut,
atau Pegawai Penyiasat percaya bahawa orang yang memiliki dokumen tersebut tidak akan
mematuhi saman yang akan dikeluarkan. (Nasimah Hussin, 2007)
4.5 Kuasa Menyita Barangan
Seksyn 15 dan 16 Akta Prosedur Jenayah member kuasa kepada Pegawai Penguatkuasa Agama
untuk menyita barangan. Ketika melakukan penggeledahan, Pegawai Penguatkuasa Agama boleh
16
menyita barang-barang yang dipercayai telah digunakan dalam perlakuan jenayah yang sedang di
siasat. Barang kes ini disita untuk dikemukakan kepada Mahkamah sebagai bahan bukti. Senarai
segala barang yang disita hendaklah disediakan oleh pegawai yang membuat penggeledahan dan
senarai itu hendaklah ditandatangani oleh pegawai tersebut. (Nasimah Hussin, 2007)
4.6 Kuasa Menangkap dan Menahan
Terdapat dua jenis tangkapan yang boleh dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama iaitu
tangkapan tanpa waran dan tangkapan dengan waran. Pegawai Penguatkuasa Agama boleh
menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayai terlibat dalam kesalahan boleh
tangkap, orang yang melakukan kesalahan atau mencuba melakukan kesalahan yang berkaitan
dengan pecah keamanan di hadapannya dan mana-mana orang yang waran tangkap telah
dikeluarkan dan berkuatkuasa tetapi waran tersebut tidak terdapat dalam milikannya. Pegawai
Penguatkuasa Agama juga boleh menangkap tanpa waran sekirannya orang itu enggan
bekerjasama dengan merahsiakan atau memberi maklumat palsu mengenai nama dan
kediamannya.
Bagi kesalahan tidak boleh tangkap, pihak Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah
terlebih dahulu mendapatkan waran tangkap daripada Mahkamah Syariah. Waran tangkap boleh
juga dikeluarkan sebagai ganti kepada saman dalam keadaan yang menyebabkan mahkamah
percaya bahawa orang yang disaman telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman atau
orang yang disaman tidak akan hadir ke mahkamah dan tidak mempunyai alasan yang
munasabah tentang kehadirannya. Mahkamah yang mengeluarkan waran tangkap boleh
mengarahkan jaminan dengan membuat pngendorsan dalam waran mengenai jaminan (Nasimah
Hussin, 2007).
Secara kes keluruhannya Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai kuasa untuk
menangkap dan menahan orang yang disyaki atau orang yang dituduh melakukan jenayah,
namun jangka masa penahanan yang dibenarkan agak terhad dan Pegawai Penguatkuasa Agama
tidak mempunyai kuasa untuk menahan seseorang bagi tujuan penyiasatan melebihi tempoh 24
jam.
17
5.0 PENDAKWA SYARIE
Dalam seksyen 78(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor,telah memperuntukkan
bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan,atas nasihat Majlis, boleh melantik seorang yang layak
menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.
Manakala dalam subseksyen (2), menyatakan Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa
bagi memulakan,menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di
hadapan mana-man Mahkamah Syariah.
Subseksyen (3) pula menyatakan Majlis boleh melantik orang-orang yang layak dan
sesuai daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri atau perkhidmatan bersama
menjadi Pendakwa Syarie.
Dalam subseksyen (4) pula memperuntukkan bahawa Pendakwa Syarie hendaklah
bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan
semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh
Ketua Pendakwa Syarie, kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh
Ketua Pendakwa Syarie sendiri.
18
6.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulan,penguatkuasa undang-undang sama ada undang-undang sivil atau syariah
merupakan cabaran yang perlu digalas oleh para pegawai penguatkuasa tidak kira pegawai
polis,pegawai pendakwa raya,pegawai penguatkuasa agama dan pendakwa syarie.Hal ini
disebabkan bidangkuasa pegawai yang kita telah bincangkan ini,melibatkan hak kebebasan
individu.
Oleh itu, pegawai penguatkuasa yang mempunyai bidang kuasa yang tersendiri harus
melakukan tugasnya berdasarkan prosedur jenayah.Dengan terbentukknya bidangkuasa ini,maka
setiap gerak kerja dapat dijalankan dengan lancar.
Oleh itu,pengetahuan tentang bidangkuasa ini,perlu untuk mengelakkan daripada berlakunya
ketinggalan dan kesilapan terutama dalam prosedur jenayah.Misalnya dalam kuasa polis untuk
menangkap.
19
RUJUKAN
Akta Polis 1967
Kanun Prosedur Jenayah 2010
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Selangor
Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997
Kanun Keseksaan 2009
Mimi Kamariah Majid.1991.Pentadbiran Keadilan Jenayah di Malaysia.Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Radzuan Ibrahim.1995.Polis Dalam Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Nasimah Hussin et al. 2007. Undang-undang Islam Jenayah, Keterangan dan Prosedur.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka