24
1 Unit 1: PENGENALAN KEPADA KURIKULUM PERMATA

Unit 1: PENGENALAN KEPADA KURIKULUM PERMATAvalmikiacademy.com/wp-content/uploads/Pelajaran.2.Struktur.Asas_.pdfTopik 2: Teori, Falsafah dan Fahaman Agama yang Berlandaskan Kurikulum

  • Upload
    others

  • View
    50

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

1

Unit 1:

PENGENALAN KEPADA KURIKULUM

PERMATA

2

Topik 2:

Teori, Falsafah dan Fahaman Agama yang Berlandaskan

Kurikulum PERMATA Negara

Setelah selesai Topic 2, anda akan dapat:

1. Menghuraiakn prinsip-prinsip yang memandu Kurikulum PERMATA

2. Menamakan teori-teori melandasi Kurikulum PERMATA

3. Memperihalkan pandangan beberapa ahli falsafah tentang pendidikan

4. Mengatakan pandangan agama dan fahaman yang berkaitan dengan

Kurikulum PERMATA

Ringkasan Topic

2.1 Pengenalan

2.2 Otak Kanak-Kanak

2.3 Pentingnya Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.4 Program-Program Asuhan Kanak-Kanak Terkenal

2.5 Pandangan Agama, Kefahaman dan Ahli-Ahli falsafah

2.6 Teori-Teori Yang Memandu Kurikulum PERMATA

PERKATAAN PENTING

RUJUKAN

3

Kurikulum PERMATA digubal dengan merujuk kepada beberapa sumber seperti berikut:

• Apa yang diketahui tentang kanak-kanak

• Program-program asuhan dan didikan kanak-kanak terkenal

• Pandangan ahli-ahli falsafah

• Perspektif agama dan fahaman

• Teori-teori perkembangan kanak-kanak

Seperti dinyatakan dahulu, Kurikulum PERMATA direka bentuk khusus untuk kanak-

kanak yang berumur 0 hingga 4 tahun. Secara amnya, insan yang baru lahir melalui tiga

fasa atau peringkat seperti berikut:

1. Bayi (Infant) – sejak dilahir hingga 1 tahun

2. Tatih (Toddler) – 1 hingga 2 tahun

3. Awal Kanak-Kanak (Early Childhood) – 2 hingga 4 tahun

Bayi Tatih Awal Kanak-Kanak

[sumber: Lifespan Development: A Psychological Perspective Second Edition oleh Martha

Lally and Suzanne Valentine-French (2019)

Orang dewasa termasuk sesetengah ibu bapa dan pengasuh melihat insan itu sebagai

membesar dan tidak sedar bahawa insan kecil sedang belajar dan memahami

persekitaranya. Pembelajaran dan pengalaman awal ini yang akan membentuk

perwatakaanya kelak. Ramai ahli psikologi mempercayai, seorang bayi itu bukanlah ‘tin

2.1 Pengenalan

2.2 Otak Kanak-Kanak

4

kosong yang orang dewasa mencurahkan maklumat” (lihat Rajah 2.1). Mereka

mempunyai pengetahuan sedia ada dan menjadi guru atau pengasuh untuk mengajar

dengan menggunakan pengetahuan sedia ada itu.

Oleh itu menjadi tanggunjawab ibu bapa atau pengasuh yang prihatin untuk

menyediakan susana dan persekitaran yang dapat mencetus minda bayi sehingga awal

kanak-kanak. Kurikulum PERMATA menganggap setiap insan sebagai individu yang

mempunyai keunikan tersendiri dan menghargai bahawa setiap kanak-kanak

mempunyai sahsiah dan pembawaan sendiri walau pun masih muda lagi.

SEL-SEL DALAM OTAK KANAK-KANAK

Mari kita mengkaji tentang otak kanak-kanak. Adalah dijangka otak manusia terdiri

daripada 100 bilion neuron atau sel otak (lihat Rajah 2.2)

Rajah 2.3 Struktur Sebuah Neuron

Pengetahuan Tidak Boleh

dicurahkan kepada otak kanak-kanak

Rajah 2.1 Otak Kanak-Kanak Bukan Tin Kosong

Dendrit

Akson

Nukleus

Terminal

Akson

Pengaliran maklumat

5

Neuron (atau sel otak) ialah sel yang yang memproses dan memindahkan maklumat

melalui isyarat elektrik dan kimia. Lihat Rajah 2.3. Neuron terbahagi kepada:

• Nukleus yang merupakan nadi sesuatu neuron

• Dendrit bercambah daripada sel badan sehingga terbentuk “pokok dendrit” yang

kompleks.

• Akson merupakan bentuk panjang yang wujud daripada sel badan yang menyalur

maklumat daripada satu neuron ke neuron lain

• Terminal Akson ialah hujung akson yang akan bertemu dengan lagi satu neuron

untuk menyalurkan maklumat merentasi sinaps.

MAKLUMAT DISALURKAN MELALUI NEURON

Rajah 2.4 Maklumat Disalurkan Daripada Satu Neuron Ke Satu Lagi Neuron

Lihat Rajah 2.4 yang menunjukkan bagaimana maklumat (dalam bentuk isyarat elektrik

dan kimai) disalurkan dengan menyambung satu neuron kepada satu neuron yang lain.

Maklumat melalui terminal akson dan merentasi sinaps dan menyambung dengan

terminal akson atau dendrit neuron lain. Neuron bersambung antara satu sama lain

membentuk rangkaian neural.

Setiap neuron boleh membina sehingga 15,000 sinaps dan proses ini berlaku dengan

begitu pantas dalam otak kanak-kanak sejak lahir hingga 4 tahun. Lihat Rajah 2.5 yang

menunjukkan kepadatan neuron atau sel otak sejak lahir hingga 2 tahun. Seorang bayi

yang baru lahir sudah memiliki separuh neuron seorang dewasa. Bilangan neuron

bertambah dua kali ganda pada umur satu tahun dan bila sampai 3 tahun seor ang kanak-

kanak memiliki 80% neuron seorang dewasa. Paling penting ialah bilangan sinaps yang

bertambah begitu cepat ketika kanak-kanak itu mula bercakap, berlari, menyelesaikan

masalah, membuat keputusan dan sebagainya.

Terminal Akson

Terminal Akson atau Dendrit Sinaps

6

Kelahiran 1 bulan 6 bulan 2 tahun

Rajah 2.5 Kepadatan Neuron Mengikut Umur

OTAK KANAK-KANAK TERBAHAGI KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN DAN

FUNGSI

Secara umum, otak manusia dibahagikan kepada kepada berikut mengikut fungsi

masing-masing:

Serebelum Pangkal otak

Lobus Frontal

Rajah 2.6 Otak Terbahagi Kepada Beberapa Bahagian

Lobus

Lobus

Lobus

7

1) SEREBRUM

Serebrum ialah bahagian terbesar otak (juga dipanggil ‘otak besar’) yang terbahagi

kepada beberapa lobus. Setiap lobus memiliki tugas dan fungsinya masing-masing

seperti berikut: (Lihat Rajah 2.6)

• Lobus Frontal - Lobus ini terlibat dengan fungsi-funsgi intektual seperti

membuat keputusan, berfikir dan menyelesaikan masalah. Ia juga melibatkan

dengan berbahasa, ucapan, perasaan dan emosi. • Lobus Parietal - Lobus ini berfungsi untuk mengawal sensai seperti tekanan,

sentuhan dan rasa sakit, orientasi reruang, pemahaman tentang ukuran, bentuk,

dan arah.

• Lobus Temporal - Lobus ini terlibat dengan fungsi pendengaran, ingatan,

makluamt dan bahasa dalam bentuk suara.

• Lobus Oksipital - Lobus ini terlibat dengan deria visual yang memungkinkan

manusia mampu melakukan interpretasi terhadap objek yang dilihat oleh retina

mata.

2) SEREBELUM

Serebelum terletak di bahgian belakang kepala, dekat dengan hujung leher. Serebelum

mengawal pelbagai fungsi automatik seperti posisi tubuh, keseimbangan, koordinasi otot

dan pergerakan tubuh. Ia juga terlibat dengan pergerakan halus seperti menulis dan

melukis.

3) BATANG OTAK

Batang otak berada di belakang otak yang menghubungkan otak dengan saraf tulang

belakang. Ia terlibat dengan mengirim dan menerima mesej antara bahagian-bahagian

tubuh badan dengan otak seprti pernapasan, denyutan jantung, mengimbangkan suhu

badan, koordinasi pergerakan mata, kesimbangan dan pendengaran.

Penyelidikan telah membuktikan bahawa pembelajaran awal membantu kejayaan kanak-

kanak di sekolah dan kehidupan masa hadapan mereka. Potensi pembelajaran bermula

sejak awal kanak-kanak dilahirkan, malah ketika di dalam kandungan lagi. Pada

peringkat awal ini, kanak-kanak lebih mudah dilentur dan dibentuk peribadi dan

inteleknya. Pembelajaran awal sepatutnya dimulakan untuk membantu mereka

mencapai perkembangan yang menyeluruh dari segi rohani dan jasmani. Kanak-kanak

pada usia 1 hingga 4 tahun sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran

peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada tumbesarannya.

2.3 Pentingnya Pendidikan Awal

8

Pada usia ini otak kanak-kanak seperti span

yang mampu menyerap apa sahaja dengan

cepat dari persekitarannya.

Selain itu, menurut pakar psikologi, personaliti kanak-kanak sudah terbentuk sebelum

usia mereka mencapai 5 tahun. Pengalaman awal dan persekitaran di mana kanak-kanak

dibesarkan adalah faktor utama yang mencorakkan personaliti mereka. Personaliti yang

terbentuk di peringkat awal telah dibuktikan oleh penyelidik-penyelidik bidang psikologi

dan pendidikan awal kanak-kanak boleh berkekalan sehingga dewasa. Oleh itu, jika ibu

bapa inginkan anak-anak mereka mempunyai personaliti yang baik dan mulia, positif

dalam perhubungan dan pengurusan diri, berdaya maju, bijak berkomunikasi serta

pandai menyesuaikan diri dalam apa sahaja keadaan, maka berikanlah kepada mereka

pendidikan dan pengalaman awal yang berkualiti.

Aadalah amat penting setiap kanak-kanak diberikan peluang mengikuti program

pembelajaran awal yang berkualiti. Kanak-kanak yang mendapat asuhan dan didikan

awal yang baik dijangka akan membesar menjadi individu yang cerdas minda, kreatif,

berkeyakinan diri serta mempunyai personaliti yang ceria dan positif. Malaysia amat

memerlukan tenaga manusia yang produktif, kreatif dan berdaya maju untuk menerajui

negara ke arah pembangunan yang berlipat ganda menjelang 2020 dan selepasnya.

“Tiga Tahun Pertama”

Perkembangan otak kanak-kanak adalah kritikal pada

umur tiga tahun pertama. Kebanyakan daripada

perkembangan asas kanak-kanak berlaku pada peringkat

umur ini dan sebahagian daripadanya dikatakan akan

kekal sehingga dewasa. Saintis menganggarkan bahawa

menjelang umur tiga tahun kanak-kanak telah membina

sebanyak 1,000 trilion jaringan (sinaps) - kira-kira dua kali

ganda penjaringan yang ada dalam minda orang dewasa.

Minda kanak-kanak dikatakan sebagai “superdense” atau sangat tepu dengan maklumat

menjelang usia 10 tahun. Bermula daripada usia 11 tahun, ia akan membuang jaringan-

jaringan yang kurang sesuai dan keanak-anakan – proses ini dinamakan pruning atau

‘mencantas’. Jaringan yang tinggal adalah jaringan-jaringan yang berkesan untuk

membina asas pemikiran yang kukuh dan matang.

9

Oleh itu, adalah amat penting setiap kanak-kanak diberikan peluang mengikuti program

pembelajaran awal yang berkualiti. Kanak-kanak yang mendapat asuhan dan didikan

awal yang baik dijangka akan membesar menjadi individu yang cerdas minda, kreatif,

berkeyakinan diri serta mempunyai personaliti yang ceria dan positif. Malaysia amat

memerlukan tenaga manusia yang produktif, kreatif dan berdaya maju untuk menerajui

negara ke arah pembangunan yang berlipat ganda menjelang 2020 dan selepasnya.

Sejak timbul kesedaran tentang pentingnya pendidikan awal kanak-kanak, beberapa

program asuhan kanak-kanak telah diperkenalkan di merata dunia. Berikut ini

dibincangan secara ringkas beberapa program asuhan dan didikan awal kanak-kanak

yang telah memberi ilham kepada program PERMATA.

A) KURIKULUM MONTESSORI

Maria Montessori yang berasal dari ItalI, adalah seorang doktor

perubatan yang terlibat dengan penubuhan sekolah untuk kanak-

kanak terencat akal serta menjalankan kajian terhadap kanak-

tersebut. Kemudian beliau menerapkan pendekatan dan kaedah

ini kepada kanak-kanak biasa yang mewujudkan Program

Montessori.

2.4 Program-Program Asuhan Kanak-Kanak Terkenal

Maria Montessori

(1870-1952)

a) Senaraikan tahap-tahap yang kanak-kanak melalui.

b) Apakah neuron?

c) Jelaskan secara ringkas bagaimana maklumat atau mesej disalurkan daripada

satu neuron ke satu neuron lain.

d) Huraikan bahagian-bahagian otak manusia dan fungsi sesuatu bahagian.

e) Mengapkah pendidikan awal kanak-kanak penting?

10

Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihan deria penglihatan, deria

pendengaran, deria merasa, deria menghidu dan deria sentuhan yang dinamakan seni deria

(atau ‘sensorial arts’). Program Montessori berfokus kepada:

• kemahiran deria dan motor

• kaedah pembelajaran yang menekankan hands-on dan penggunaan kelima-liam

deria

• kaedah pengajaran yang berpusatkan kanak-kanak

• persekitaran yang terancang (prepared environment)

• menggalakkan ibu bapa melibatkan diri dengan sekolah untuk memastikan

kesinambungan pembelajaran di rumah

B) KURIKULUM REGGIO EMILIA

Kurikulum Reggio Emilia juga berasal daripada Itali dan pengasasnya ialah

Loris Malaguzzi. Beliau menubuhkan prasekolah di Reggio Emilia, sebuah

pekan kecil dengan kerjasama ibu bapa. Kurikulum Reggio Emilia berfokus

kepada:

• memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah

• penggunaan pendekatan projek berasaskan inisiatif kanak-

kanak dengan tumpuan kepada penerokaan dan penemuan

• mewujudkan persekitaran semulajadi yang mana pendidik

adalah pasangan kepada kanak-kanak

• penglibatan aktif ibu bapa dalam sekolah

c) KURIKULUM HIGH SCOPE

Kurikulum High Scope berasal dari Amerika Syarikat

dan telah dikembangkan oleh David Weikart pada

tahun 1962. Berasaskan penyelidikan yang berfokus

kepada kanak-kanak, Kurikulum HighScope

menggunakan proses yang telah direka dengan teliti

yang dikenali sebagai "pembelajaran penyertaan aktif "

untuk mencapai hasil memuaskan dan positif.

Fokus kurikulum High Scope ialah:

• pembelajaran aktif yang berpusatkan kanak-kanak

• interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa

• meneroka persekitaran semula jadi

Loris Malaguzzi

(1920-1999)

11

• penglibatan ibu bpa dalam membangunkan kurikulum dan pengajaran

d) KURIKULUM EARLY YEARS FOUNDATION STAGE (EYFS)

Early Years Foundation Stage (Tahap Asas Awal Kanak-Kanak)

berasal daripada United Kingdom untuk kanak-kanak berumur 0

hingga 5 tahun dan diperkenalkan pada tahun 90an. Program ini

berfokus:

• kepada pandangan bahawa setiap kanak-kanak adalah

unik yang sentiasa belajar

• untuk memastikan setiap kanak-kanak

okus kepada anak sebagai individu unik, hubungan positif, persekitaran mengupayakan,

pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak

• Menggunakan kaedah belajar melalui bermain

• Persekitaran mengupayakan kanak-kanak (enabling environment)

e) KURIKULUM TE WHARIKI

Te Whariki (yang bermakna ‘woven mat’ atau tikar

anyaman dalam bahasa Maori) diperkanalkan di

New Zealand pada tahun 1996. Fokus kurikulum ini

kepada perkembangan individu melalui

pengupayaan untuk melahirkan kanak-kanak yang

yakin dan berdikari

• Menekankan penggunaan teknologi dan

jalinan keluarga/ komuniti untuk membantu kanak-kanak belajar. Fokus

pembelajaran ialah membina ‘learning stories’

• Persekitaran yang mengupayakan dan mengutamakan teknologi

• Menekankan hubungan ibu bapa dan komuniti untuk membantu pembelajaran

kanak-kanak

RUMUSAN

Kurikulum PERMATA Negara mempunyai beberapa persamaan dengan kurikulum

asuhan dan didikan awal kanak-kanak seperti yang tersebut di atas, terutamanya dalam

memberi penekanan kepada aspek jagaan, asuhan dan elemen-elemen pendidikan,

merangsang perkembangan holistik kanak-kanak, pendekatan belajar melalui bermain,

penyediaan persekitaran yang kondusif dan selamat serta kolaborasi ibu bapa dan

12

komuniti. Secara umumnya, semua kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak

adalah berfokus kepada membangunkan dan mengembangkan kanak-kanak secara

menyeluruh serta membentuk keperibadian dan jati diri yang dapat membantu mereka

menjadi modal insan yang berkualiti dan menyumbang kepada negara pada masa

hadapan.

Kurikulum PERMATA mempunyai perspektif yang tersendiri dengan berlandaskan

budaya dan normal sosial Malaysia serta modal insan yang diinginkan. Tumpuan ialah

kepada pembentukan sahsiah kanak-kanak Bersama dengan perkembangan emosi,

rohani, sosial dan intelek.

Adalah diharapkan dengan pelaburan sedemikian lahirnya modal insan yang cemerlang

dari segi rohani, emosi, sosial, fizikal, dan intelek, disamping mempunyai jati diri mapan,

resilien serta mampu berdaya saing di peringkat tempatan dan global.

a) Nyatakan negara asal program Montessori, program te whariki, program EYFS

dan program High Scope.

b) Senaraikan elemen-elemen persamaan antara program-program asuhan kanak-

kanak yang dibincangkan.

13

Kurikulum PERMATA juga berlandaskan kepada pelbagai agama dan kepercayaan

seperti berikut:

Pandangan Islam

Dari Pandangan Islam, setiap anak adalah amanah Allah dan ibu

bapanya yang bertanggungjawab mendidiknya menjadi insan

yang beriman, berakhlak mulia dan berilmu.

Anak dilahirkan umpama sehali kain putih yang bersih,

ibu bapalah yang mencorakkan sahsiah mereka.

Ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu

bapa, guru, pengasuh dan lain-lain. Mereka yang mendidik kanak-

kanak dengan baik akan mendapat pahala daripada Allah Ta’ala.

Al-Ghazali mementingkan unsur ganjaran kepada kanak-kanak. Beliau mengatakan

bahawa apabila kanak-kanak menunjukkan budi perkerti yang baik, mereka harus diberi

pujian. Sekiranya, mereka melakukan kesalahan secara tidak sengaja, maka mereka

hendaklah ditegur secara rahsia bahawa perkara tersebut tidak patut dilaku kannya.

Andainya, dia masih mengulangi kesalahan itu, maka dia hendaklah diberi peringatan

yang lebih jelas dan tegas.

Al-Ghazali banayak menekankan adab semasa makan. Antaranya ialah:

• Mengambil makanan dengan tangan kanan sahaja

• Membaca ‘Bismillah’ sebelum menyuap makanan

• Mengambil makanan yang ada di hadapannya sahaja

• Jangan tergesa-gesa mengambil makanan sebelum orang lain mengambilnya

• Jangan terlalu cepat apabila makan

• Mengunyah makanan baik-baik sebalum ditelan

• Jangan terlay cepat menyuap makanan

• Jangan sampai mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan itu.

2.5 Pandangan Agama, Kefahaman dan Ahli Falsafah

Imam Al-Ghazali

[1058 – 1111]

14

Ibnu Khaldun berpendapat bahawa kanak-kanak patut

diajar secara berperingkat daripada yang mudah

kepada yang lebih sukar.

• Kanak-kanak tidak dibebankan dengan aktiviti yang di

luar kemampuan mereka kerana akan menyebabkan

mereka hilang minat belajar.

• Kanak-kanak lebih suka belajar dengan menggunakan bahan maujud.

• Ibnu Khaldun banyak memperkatakan konsep kesediaan belajar, motivasi,

pengukuhan, latihan, pemerhatian dan perbezaan individu.

• Beliau melarang guru atau ibu bapa mendidik dengan kekerasan.

• Beliau juga menasihati supaya masa belajar jangan terlalu panjang kerana akan

menjadikan kanak-kanak lupa. Mengajar dengan menggunakan waktu yang pendek

tetapi cara yang betual akan mendatangkan hasil yang lebih baik.

• Bahasa ialah asas kepada semua pembelajaran. Oleh itu, pengajaran bahasa

hendaklah dimulai dengan menulis dan membaca, kemudian barulah dikaitkan

perkataan dengan maknanya.

• Ibnu Khaldun menggalakkan pembelajaran aktif dan berpendapat kanak-kanak harus

belajar dengan mencuba sendiri melakukannya untuk mendapat penguasaan dan

kemahiran.

Pandangan Hinduisme

Agama Hindu meletakkan tanggungjawab kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak

menjadi seorang Hindu yang baik. Kanak-kanak memerlukan perhatian yang lebih

kerana mereka sedang membesar; tidak hanya untuk menjadi pandai, tetapi mempunyai

sifat kasih sayang dan jujur yang menjadi penunjuk jalan dalam kehidupannya kelak.

Pandangan Buddhuisme

Mengikut Agama Buddha, kanak-kanak patut mempunyai tiga kualiti berikut:

• Insan yang lengkap atau yang tidak mendatangka,,,,,,,,,,,,,

Ibnu Khaldun

[1332 – 1406]

15

• Bijak atau tidak jahil

• Kasih sayang atau tidak bermusuhan dengan orang lain

Sekiranya anak-anak dididik dengan baik pada masa kecil, kehidupan mereka pada masa

hadapan akan menjadi baik dan kebaikan itu dan akan melimpah kepada ibu bapa

mereka juga.

Pandangan Agama Kristian

Mengikut agama Kristian, kanak-kanak hendaklah:

• Dihargai sebagai insan yang unik dan suci

• Dibentuk dengan ciri-ciri sahsiah yang mulia, seperti sabar, kasih-sayang dan

saling hormat menghormati

• Dikembangkan bakat dan kebolehan mereka supaya dapat berkhidmat kepada

segala mahluk ciptaan Tuhan

• Digalakkan berfikir dan bertindak dengan keimanan berpandukan ajaran kitab

Bible

Pandangan Fahaman Confucius

Mengikut Fahaman Confucius, anak-anak yang baru lahir

adalah suci dan bersih, tetapi kesucian ini tercemar selepas

terdedah kepada masyarakat. Kanak-kanak yang masih kecil

belajar daripada kepercayaan dan tingkah laku ibu bapa atau

penjaganya. Jika anak-anak berjaya dengan baik, ibu bapa

dianggap telah mencapai status moral tertinggi dalam hidup.

Confucius juga menekankan pentingnya memberi perhatian

mendidik anak-anak terutama pada tiga tahun pertama umur

mereka.

Pandangan John Amos Comenius

John Amos Comenius, seorang peguamr bangsa Czech abad ke-16

menyatakan bahawa pendidikan dan pengasuhan yang baik akan

menjadikan kanak-kanak individu yang baik. Beliau menegaskan

kanak-kanak belajar dari pangkuan ibunya semua pengalaman

berkaitan kehidupan.

Confucius

[551 – 479 BCE]

John Comenius

[1592 – 1670]

16

Pandangan Frederick Froebel

Friedrich Froebel (1782-1852): seorang tokoh pendidikan bangsa

Jerman memperkenalkan konsep ‘Taman Kanak-Kanak’ di mana kanak-

kanak perlu diasuh dalam persekitaran yang menyuburkan jiwa dan

minda mereka, umpama biji benih yang disemai di taman, akan tumbuh

subur jika dijaga dan dibajai selalu. Pendidikan awal yang diterapkan

dalam suasana yang sihat dan ceria akan dapat membentuk

keperibadian kanak-kanak yang mantap, yakin diri, bersikap positif,

berdisiplin, dan bermotivasi tinggi untuk belajar

Selain daripada program-program asuhan kanak-kanak terkenal, pandangan ahli-ahli

falsafah serta prinsip-prinsip agama dan kepercayaan, Kurikulum PERMATA juga

merujuk kepada teori pakar-pakar tertentu dengan tujuan menghasilkan kanak-kanak

untuk generasi baru yang dapat meletakkan Malaysia di mercu tinggi setara dengan

negara-negara maju

Apakah Teori? Teori adalah pernyataan yang menerangkan hubung kaitan antara

beberapa idea. Lazimnya sesuatu teori adalah hasil daripada penyelidikan dan

dibuktikan ia adalah benar. Sesuatu teori diperdebatkan oleh pakar-pakar dalam bidang

2.6 Teori-Teori Berlandaskan Kurikulum PERMATA

a) Huraikan pandangan agama Islam, agama Buddha, agama Hindu, agama Kristian

dan fahaman Confucius tentang pendidikan

b) Nyatakan pandangan Comenius dan Froebal tentang pendidikan.

Frederick Frobel

[1782 – 1852]

17

tersebut, sehingga dianggap mantap dan diterima sebagai sebuah teori. Kurikulum

Permata Negara telah dilandaskan kepada beberapa teori berkenaan perkembangan

kanak-kanak yang digabungkan untuk menghasilakn suatu teori eklektik. Lihat Rajah 2.3

Rajah 2.3 Teori-Teori yang Melandaskan Kurikulum PERMATA Negara

Teori Perkembangan Psikososial oleh Erik Erikson

Erik Erikson, seorang pakar psikologi telah banyak menyumbang

kepada memahami peringkat-peringkat perkembangan manusia

daripada aspek psikologi dan sosial. Beliau memperkenalkan

teori yang mencadangkan peringkat-peringkat perkembangan

psikososial seorang individu. Peringkat-peringkat perkembangan

ini membantu ibu bapa dan guru mendidik kanak-kanak bagi

melahirkan insan yang berjati diri, yakin, mempunyai harga diri

tinggi dan mempunyai kemahiran sosial untuk berfungsi dengan

berkesan dalam masyarakat. Kurikulum PERMATA Negara

melandaskan sebahagian kaedah-kaedah pembinaan sahsiah dan

Teori Perkembangan

Psikososial oleh Erikson

Teori Konstruktivis oleh

Lev Vygotsky

Teori Perapatan oleh

John Bowlby

Teori Perkembangan

Kognitif oleh Jean Piaget

Teori Pemebelajaran

Sosial oleh Albert Bandura

Teori Sistem Ekologikal

oleh Bronfrenbrenner

Teori Pelbagai Kecerdasan oleh

Howard Gardner

Erik Erikson

[1902 – 1994]

18

identiti diri kanak-kanak PERMATA kepada Teori Erikson yang terdiri daripada 8 Tahap.

Untuk topik ini, kita akan bertumpu kepada hanya Tahap 1, 2 dan 3 sahaja seperti berikut:

Tahap 1 – Percaya lwn Tidak Percaya (Trust or Mistrust)

Tahap ini terjadi pada kanak-kanak yang baru dilahirkan hingga 18 bulan (atau 1½

tahun). Oleh kerana bayi sangat bergantung kepada orang dewasa, tindak-tanduk ibu

bapa, pengasuh atau guru sangant penting. Jika bayi merasa orang dewasa boleh

dipercayai, dia akan merasa selamat dan aman. Sebaliknya, jika pengasuh atau guru tidak

konsisten dalam cara pengasuhan, perasaan tidak percaya akan timbul dalam bayi yang

di asuh. Kegagalan dalam mengembangkan kepercayaan, bayi berkenaan akan merasa

takut dan tidak percaya dengan keadaan sekelilingnya.

Tahap 2 - Otonomi lwn Merasa Malu dan Ragu-ragu (Autonomy vs Shame & Doubt)

Tahap in terjadi pada usia 18 bulan sehingga 3 tahun. Aktiviti

penting pada tahap ini ialah pembuangan air besar dimana

kanak-kanak dilatih penggunaan tandas (toilet training). Kanak-

kanak yang dapat mengawal pembuangan air besar, memilih

mainan atau makanan yang disukai akan mencapai otonomi dan

keyakinan diri. Kanak-kanak yang lewat berbuat demikian akan

merasa malu dan ragu-ragu tentang diri sendiri.

Tahap 3 - Inisiatif vs Rasa Bersalah (Initiative vs Guilt)

Tahap ini terjadi pada usia 3 hingga 5 tahun. Kanak-kanak diberi peluang dan digalakkan

mengambil inisiatif atau bertindak secara bersendirian. Kanak-kanak menunjukkan

kekuatan dan keyakinan diri untuk mengawal persekitaran melalui permainan dan

interaksi dengan orang lain. Kanak-kanak yang gagal mencapai tahap ini akan merasakan

perasaan bersalah, perasaan tidak mampu dan tidak mengambil inisiatif .

Teori Perapatan oleh John Bowlby

Teori ini menyatakan bahawa perapatan (attachment) adalah

‘ikatan emosi yang istimewa’ antara bayi dengan ibu atau

pengasuh yang melibatkan saling rasa selesa, kasih sayang dan

kepuasan. Bowlby menerangkan perapatan sebagai ‘ikatan’

(bonding) psikologi yang terbentuk di antara manusia, yang

memberi kesan sehingga dewasa. Beliau berpendapat bahawa

hubungan intim ini dapat membantu survival kanak-kanak

apabila dalam keadaan yang terdesak. Bowlby mencadangkan

proses perapatan atau ikatan (bonding) berlaku pada umur

lahir hingga 6 bulan pertama. Pada masa ini, bayi lumrahnya

John Bowlby

[1907 – 1990]

19

‘melekat’ pada ibu, bapa atau pengasuhnya. Daripada umur 6 hingga18 bulan, bayi akan

meragam jika dipisahkan dengan orang yang rapat dengannya. Teori ini khususnya

dipakai dalam membina hubungan Pendidik dengan bayi dan dalam semua aktiviti

bersama bayi PERMATA.

Teori Pembelajaran oleh Albert Bandura

Bandura menyatakan bahawa kanak-kanak belajar dengan cara

meniru gaya atau gelagat orang lain. Beliau menyatakan kanak-

kanak belajar berkongsi, bekerjasama, bergaul dan sebagainya

selepas memerhati orang lain melakukannya. Beliau membuktikan

melalui kajiannya bahawa kanak-kanak belajar menjadi agresif

apabila melihat ibu bapa atau orang lain bertindak agresif, dan

begitu juga sebaliknya. Ibu bapa dan pendidik adalah ‘model’ utama

yang menjadi tiruan tingkah laku kanak-kanak

Teori Perkembangan Kanak-Kanak oleh Lev Vygotsky

Lev Vygotsky, seorang pakar psikologi Rusia menyatakan bahawa

kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan orang-orang lain

yang terdapat dalam persekitaran mereka. Perkembangan kanak-

kanak dipengaruhi oleh budaya dan nilai di persekitaran mereka.

Beliau menganggap bahasa adalah alat penting yang mengaitkan

minda mereka kepada dunia sosiobudaya. Bahasa juga penting

dalam perkembangan kanak-kanak dan dengan bahasa kanak-

kanak membina realiti.

Seseorang kanak-kanak boleh berkembang secara sendirian

dalam satu zon yang kecil, tetapi dengan adanya interaksi atau bantuan (scaffolding)

daripada orang dewasa, misalnya pendidik atau guru, maka zon perkembangan

proksimal kanak-kanak boleh diperbesarkan.

Albert Bandura

[1925 – ]

Lev Vygotsky

[1896 – 1934]

20

Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak oleh Jean Piaget

Mengikut Piaget perkembangan intelek kanak-kanak berlaku

melalui proses pembinaan (construction) di mana ilmu

pengetahuan atau kemahiran dan nilai baru yang dipelajari

ditambah kepada ilmu pengetahuan atau kemahiran dan nilai

sedia ada dalam minda kanak-kanak. Lebih banyak pengalaman

pembelajaran yang dialami oleh kanakkanak, maka lebih

cepat perkembangan inteleknya berlaku. Teori ini dikenali juga

sebagai Teori Konstruktivisme.

Maklumat, fakta, perbendaharaan kata, bahasa dan konsep daripada pengalaman

pembelajaran yang baru, sama ada diserap terus (atau diasimilasikan) atau disesuaikan

(atau diakamodasikan) ke dalam minda kanak-kanak untuk membina struktur intelek

yang dinamakan skemata. Skemata menyimpan semua maklumat yang dipelajari dan

membolehkan minda menggunakan maklumat tersebut untuk berfikir, mena’akul dan

menyelesaikan masalah. Lihat Rajah 2.4 yang menunjukkan peringkat perkembangan

kognitif.

Rajah 2.4 Peringkat-Peringkat Perkembangan Teori Piaget

Jean Piaget

[1896 – 1980]

21

Menurut Piaget, kanak-kanak sentiasa memperbaharui dan menambah maklumat

kepada skematanya yang akan menjadi semakin kompleks, semakin meningkat usianya.

Piaget adalah pakar pendidikan awal kanak-kanak pertama yang mengkaji tentang

perkembangan intelek kanak-kanak. Beliau mencadangkan intelek kanak-kanak

berkembang dalam 4 peringkat, iaitu:

Teori Piaget menjadi landasan utama dalam menyediakan aktiviti-aktiviti pembelajaran

PERMATA untuk kanak-kanak mengikut umur dan tahap perkembangan intelek mereka.

Bermula dengan peringkat sensorimotor di mana kanak-kanak membina kemahiran

deria dan motor kasar, koordinasi mata dan motor kasar serta motor halus (psikomotor),

pembentukan konsep ‘object permanence’, keupayaan membuat representasi simbolik,

permulaan pemikiran logik, dan kemunculan literasi awal, sehingga ke peringkat pra-

operasi di mana, kanak-kanak mula menguasai bahasa, kemahiran berkomunikasi,

pembinaan pemahaman awal matematik, awal sains, dan dunia persekitaran serta

pembentukan keupayaan menaakul nilai dan moral.

a) Huraikan tahap-tahap perkembangan psikososial yang dicadangkan oleh Erikson

dan aplikasi dalam kalangan kanak-kanak di TASKA

b) Apakah yang diutarakan oleh John Bowlby tentang teori perapatan?

c) Jelaskan teori sosial yang dicadangkan oleh Albert Banduara.

d) Apakah yang dicadangkan oleh Lev Vygotsky tentang kanak-kanak?

e) Terangkan teori perkembangan kognitif yang dicadangkan oleh Jean Piaget.

22

Teori Kepelbagaian Kecerdasan oleh Howard Gardner

Horward Gardner percaya bahawa setiap individu

mempunyai beberapa jenis kecerdasan dan tidak ada satu

kecerdasan yang lebih baik daripada yang lain. Semuanya

sama penting. Teorinya encadangkan bahawa setiap kanak-

kanak bukan sahaja belajar dengan cara berbeza tetapi

mempunyai kekuatan / kecerdasan yang berlainan yang

menjadikan mereka individu yang unik. Terdapat lapan jenis

kecerdasan yang dikenal pasti oleh Gardner daripada kajian-

kajiannya selama dua abad (Lihat Rajah 2.6].

Rajah 2.5 Teori Pelbagai

Kecerdasan

Teori Sistem Ekological oleh Urie Bronfenbrenner

Teori ini menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah

dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung oleh faktor-

faktor dalam persekitarannya, terutama orang-orang dalam

lingkungan hidup kanak-kanak itu sendiri, seperti ibu bapa, ahli

keluarga terdekat, rakan-rakan dan guru atau pendidik. Dalam

persekitarannya yang lain, ahli keluarga jauh, jiran-jiran, ahli

masyarakat dan prasarana yang terdapat di sekeliling tempat

tinggal kanak-kanak juga mempengaruhi secara tidak langsung

terhadap perkembangannya.

Demikian juga, dasar, norma, nilai dan sistem politik negara,

semua ini dikatakan akan turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak secara

langsung atau tidak langsung. Oleh itu, adalah penting semua pihak terutama ibu bapa,

Pendidik, Pengurus TASKA, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, serta ahli

Howard Gardner

[1943 – ]

Urie

Bronfenbrenner

[1917 – 2005 ]

23

komuniti memastikan keperluan kanak-kanak di TASKA PERMATA disokong dan dibantu

supaya menyuburkan lagi perkembangan kanak-kanak ke arah melahirkan modal insan

negara yang cemerlang. Teori beliay terbahagi kepada LIMA sistem ekologi (Lihat Rajah

2.6].

Rajah 2.6 Teori Sistem Ekologikal oleh Bronfenbrenner

a) Huraikan teori pelbagai kecerdasan oleh Howard Gardner dan bagaimana ia

mempengaruhi pengajaran kanak-kanak TASKA.

b) Sejauh manakah anda bersetuju dengan teori Urie Bronfenbrenner dan kaitan

dengan kanakk-kanak TASKA?

24

Bayi Kurikulum Te Whariki Persekitaran Terancang

Tatih Imam Al-Ghazali Baik hati

Neuron Ibnu Khaldun Bronfenbrenner

Lobus frontal Confucius Mesosistem

Teori Perkembangan Lev

Vygotsky

Teori Perkembangan

Psikologi Sosial

Teori Perkembangan

Kognitif

Serebrum Teori Pelbagai Kecerdasan

Serebelum Froebel

Batang otak Comenius

Kurikulum Montessori Lev Vygotsky

Reggio Emilia Jean Piaget

Kurikulum High Scope Teori Perapatan