27
UNIT 4: DARAB HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: 1. Membina dan menyebut kumpulan sama banyak menggunakan a) bahan konkrit b) gambar c) garis nombor 2. Menulis ayat matematik tambah berulang a) dua-dua b) lima-lima c) sepuluh-sepuluh d) empat-empat 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. 3. Edarkan pembilang dalam bilangan genap yang berbeza kepada setiap kumpulan. 4. Minta murid membuat kumpulan dua-dua dengan menggunakan pembilang tersebut. Soal jawab: Adakah ahli (pembilang) dalam setiap kumpulan itu sama banyak? Adakah kamu (setiap kumpulan) mendapat jumlah kumpulan pembilang yang sama? Ada berapa kumpulan pembilang yang kamu dapat? 5. Minta murid memadankan kumpulan pembilang dua- dua dengan kad bergambar dan kad nombor seperti berikut: 6. Seterusnya tunjukkan operasi penambahan berulang pada garis nombor tadi. Contohnya: 7. Kemudian bimbing murid untuk menulis ayat matematik tambah berulang seperti berikut: BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pembilang 2. Kad bergambar 3. Kad nombor 4. Garis nombor bersaiz besar Bagi aktiviti pengukuhan: Petak 100 (Rujuk BBM ms. 1) 83 UNIT 2 2 2 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 + 2 + 2 2

Unit 4 - Darab

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:1. Membina dan menyebut

kumpulan sama banyak menggunakana) bahan konkritb) gambarc) garis nombor

2. Menulis ayat matematik tambah berulanga) dua-duab) lima-limac) sepuluh-sepuluhd) empat-empat

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).

2. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis.

3. Edarkan pembilang dalam bilangan genap yang berbeza kepada setiap kumpulan.

4. Minta murid membuat kumpulan dua-dua dengan menggunakan pembilang tersebut.

Soal jawab:Adakah ahli (pembilang) dalam setiap kumpulan itu sama banyak?Adakah kamu (setiap kumpulan) mendapat jumlah kumpulan pembilang yang sama?Ada berapa kumpulan pembilang yang kamu dapat?

5. Minta murid memadankan kumpulan pembilang dua-dua dengan kad bergambar dan kad nombor seperti berikut:

6. Seterusnya tunjukkan operasi penambahan berulang pada garis nombor tadi. Contohnya:

7. Kemudian bimbing murid untuk menulis ayat matematik tambah berulang seperti berikut:

2 + 2 + 2 = 6

8. Ulangi langkah 4 hingga 7 dengan kumpulan lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat.

9. Edarkan Lembaran Kerja 4.1(a).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Pembilang 2. Kad bergambar3. Kad nombor 4. Garis nombor bersaiz

besar

Bagi aktiviti pengukuhan:Petak 100(Rujuk BBM ms. 1)

83

UNIT

2 22

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

+ 2 + 22

Page 2: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

KumpulanSama banyak Dua-duaLima-limaSepuluh-sepuluhEmpat-empatPenambahan berulangAyat matematik

Bimbing murid menunjukkan operasi penambahan berulang pada Petak 100. Contohnya:

Ulangi dengan kumpulan lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat. Bincangkan tentang pola yang terhasil.

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

84

UNIT

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0 I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Page 3: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

Murid berupaya:1. Memperkenalkan simbol

darab dan sama dengana) mengguna dan

mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks darab

b) menulis simbolnyac) menggunakan

simbol bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi

2. Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat berbantukana) objekb) gambarc) garis nombor

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap kumpulan.

2. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis.

3. Pamerkan satu mangkuk yang berisi dua biji manggis.

Soal jawab:Cikgu ada satu mangkuk berisi dua biji manggis. Sekarang cikgu gandakan mangkuk berisi dua biji manggis ini menjadi tiga.(Pamerkan kesemua tiga mangkuk yang berisi dua biji manggis setiap satunya)

Berapa mangkuk manggis yang ada sekarang?(Murid akan menjawab ”Tiga mangkuk”)Berapa biji manggis yang ada dalam setiap mangkuk?(Murid akan menjawab ”Dua biji”)Tiga darab dua sama dengan enam.(Tuliskan ’3 × 2 = 6’ pada papan tulis)

4. Perkenalkan simbol ‘×’ sebagai simbol untuk menunjukkan gandaan.

5. Minta murid melukiskan gambar bagi situasi di atas pada papan tulis masing-masing.

6. Kemudian tunjukkan gandaan tersebut melalui garis nombor seperti berikut:

Soal jawab:Berapa lompatan yang kamu lihat?(Murid akan menjawab ”Tiga lompatan”)Berapa langkah yang ada dalam setiap lompatan?(Murid akan menjawab ”Dua langkah”)Tiga darab dua sama dengan enam.(Bulatkan nombor ’6’ pada garis nombor tersebut)

7. Ulangi langkah 3 hingga 6 bagi objek dalam kumpulan lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat.

8. Edarkan Lembaran Kerja 4.1(b).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Mangkuk2. Objek maujud yang

sesuai (bola, gula-gula, buah-buahan, mainan dsb.)

3. Papan tulis individu4. Pen marker 5. Garis nombor bersaiz

besar

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Papan tulis individu2. Pen marker3. Pembilang4. Pinggan kertas5. Garis nombor bersaiz

besar

85

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Page 4: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

DarabKaliGandaHasil darabKumpulanSama banyak Dua-duaLima-limaSepuluh-sepuluhEmpat-empatPenambahan berulangAyat matematik

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan papan tulis individu, pen marker, pembilang dan pinggan kertas kepada setiap kumpulan.

2. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis.

3. Minta murid menunjukkan ‘5 × 3’ dengan: menggunakan pembilang dan pinggan kertas melukis gambar bagi situasi tersebut pada papan

tulis masing-masing melukis lompatan pada garis nombor tadi

4. Minta murid memperihalkan kumpulan pembilang/gambar/lompatan garis nombor tadi dengan menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai. Contohnya:

Tiga pinggan, lima pembilang dalam setiap pinggan, kesemuanya lima belas pembilang.

Lima digandakan tiga menjadi lima belas.

Tiga darab lima sama dengan lima belas.

5. Ulangi langkah 3 dan 4 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

86

UNIT 4.1(c)

Page 5: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

Murid berupaya:Menulis operasi darab yang sama jawapannya dengan operasi darab yang diberi dengan mengubah susunan nombor yang didarabkan

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).

2. Edarkan papan tulis individu, pen marker dan kubus Unifix (dua warna berbeza) kepada setiap kumpulan.

3. Minta murid membina lima kumpulan dua-dua dan dua kumpulan lima-lima seperti berikut:

4. Minta murid menulis ayat matematik berdasarkan susunan kubus tersebut pada papan tulis masing-masing iaitu ‘5 × 2 = 10’ dan ‘2 × 5 = 10’.

Soal jawab:Apa yang kamu lihat pada kedua-dua ayat matematik ini? Terangkan.

5. Bincangkan tentang perubahan susunan nombor yang didarabkan dan jawapan yang terhasil. Bimbing murid untuk melihat bahawa perubahan susunan dua nombor yang didarabkan akan menghasilkan jawapan yang sama.

6. Ulangi langkah 3 hingga 5 dengan memberikan contoh-

contoh yang lain.

7. Edarkan Lembaran Kerja 4.1(c).

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Papan tulis individu2. Pen marker 3. Kubus Unifix

(dua warna berbeza)

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Kertas petak2. Pensel warna/krayon

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

DarabKali

Minta murid menggunakan kertas petak (kertas buku latihan petak kecil) dan pensel warna atau krayon untuk

87

Lima kumpulan dua-dua

Lima kumpulan dua-dua

Dua kumpulan lima-lima

Dua kumpulan lima-lima

Page 6: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

GandaHasil darabKumpulanSama banyak Dua-duaLima-limaSepuluh-sepuluhEmpat-empatPenambahan berulangAyat matematikSusunan nombor

mewarnakan petak bagi mewakili ayat matematik yang diberi.

Contohnya:

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

88

UNIT

Enam kumpulan dua-dua

6 × 2 = 12

Enam kumpulan dua-dua

6 × 2 = 12

Dua kumpulan enam-enam2 × 6 = 12

Dua kumpulan enam-enam2 × 6 = 12

Page 7: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

Murid berupaya:Membina sifir dua, lima, sepuluh dan empat dengan berpandukana) objek konkritb) gambarc) garis nombor

1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan gula-gula, kertas mahjong dan pen marker kepada setiap kumpulan.

2. Minta murid meletakkan dua biji gula-gula dalam satu kumpulan.

Soal jawab:Berapa bilangan kumpulan dua-dua?(Murid akan menjawab ”Satu kumpulan dua-dua”)Berapa biji gula-gula kesemuanya?(Murid akan menjawab ”Dua biji”)Satu darab dua sama dengan dua.(Tulis ‘1 × 2 = 2’ pada papan tulis)

3. Minta murid melukiskan gambar berdasarkan situasi tadi dan menuliskan ayat matematik darab pada kertas mahjong seperti berikut:

4. Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga terdapat sembilan kumpulan dua-dua. Minta murid membilang dua-dua setiap kali menjumlahkan gula-gula tersebut. Hasil kerja murid akan kelihatan seperti berikut:

5. Bincang dan bandingkan hasil kerja murid.

6. Seterusnya lukis garis nombor bersaiz besar di atas

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Pembilang atau objek

maujud yang sesuai (gula-gula, buah-buahan, mainan dsb.)

2. Kertas mahjong3. Pen marker

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Petak 100

(Rujuk BBM ms. 1)2. Pen marker3. Pensel warna/krayon

89

1 × 2 = 2

1 × 2 = 2

3 × 2 = 6

2 × 2 = 4

Dan seterusnya sehingga ‘9 × 2 = 18’Dan seterusnya sehingga ‘9 × 2 = 18’

Page 8: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

lantai.

7. Minta murid melangkah dua-dua dan mengaitkannya dengan operasi darab. Contohnya:

Murid A melangkah sekali, dari ’0’ hingga ’2’.Murid-murid lain menyebut ”Satu darab dua sama dengan dua”.

Murid B melangkah dua kali, dari ’0’ hingga ’2’ dan dari ’2’ hingga ’4’.Murid-murid lain menyebut ”Satu darab dua sama dengan dua, dua darab dua sama dengan empat”.

Murid C melangkah tiga kali, dari ’0’ hingga ’2’, dari ’2’ hingga ’4’ dan dari ’4’ hingga ’6’.Murid-murid lain menyebut ”Satu darab dua sama dengan dua, dua darab dua sama dengan empat, tiga darab dua sama dengan enam”.

8. Ulangi langkah 7 sehingga sembilan kali langkah dalam bilangan dua-dua.

9. Edarkan Lembaran Kerja 4.2(a).

Nota: Ulangi aktiviti yang serupa bagi membina sifir lima, sepuluh dan empat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berikutnya.

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

DarabKaliGandaHasil darabKumpulanSama banyak Dua-duaLima-limaSepuluh-sepuluhEmpat-empatPenambahan berulangAyat matematikSusunan nombor Sifir

Aktiviti 1

Bimbing murid membina sifir dua, lima, sepuluh dan empat dengan menggunakan Petak 100. Minta murid membulatkan atau mewarnakan hasil darab bagi sifir tersebut seperti berikut:

Sifir dua

Sifir lima

90

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0 I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0 I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Page 9: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

Sifir sepuluh

Sifir empat

Bincangkan tentang pola yang terhasil.

Aktiviti 2

Minta murid melekatnya dalam buku latihan dan menyanyikan sifir mengikut melodi lagu berikut:

Sifir dua - Chan Mali Chan Sifir lima - Ikan Kekek Sifir sepuluh - Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni Sifir empat - Lompat Si Katak Lompat

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

91

UNIT

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0 I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0 I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Page 10: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

Murid berupaya:Menentukan nilai bagi sifir satu dan sifir sifar

1. Letakkan satu gelung rotan di hadapan kelas.

2. Minta seorang murid untuk berdiri di dalam gelung rotan tersebut.

Soal jawab:Berapa kumpulan (gelung rotan) yang ada? Berapa ahli (murid) di dalam setiap kumpulan?Satu kumpulan satu-satu.Berapa jumlah murid kesemuanya?

3. Minta murid menuliskan ayat matematik darabnya ‘1 × 1 = 1’ pada papan tulis.

4. Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga terdapat sembilan kumpulan satu-satu.

5. Kemudian minta murid membaca sifir satu tersebut. Bincangkan tentang pola yang terhasil. Bimbing murid untuk melihat bahawa sebarang nombor yang didarabkan dengan satu menghasilkan nombor yang sama sebagai hasil darabnya.

6. Seterusnya bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap kumpulan.

7. Tunjukkan satu gelas yang berisi guli.

Soal jawab:Berapa biji gelas yang kamu lihat?Berapa biji guli yang kamu lihat?Tuliskan ayat matematiknya.(Minta murid menuliskan ayat matematik darab berdasarkan situasi tersebut pada papan tulis masing-masing)Satu (tunjuk pada gelas) darab satu (tunjuk pada guli) sama dengan satu (tunjuk pada guli dalam gelas).

8. Seterusnya keluarkan guli tersebut daripada dalam gelas tadi.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Gelung rotan2. Papan tulis individu3. Pen marker 4. Gelas5. Guli

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Kotak2. Kad soalan 3. Radio/muzik

92

Page 11: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

Soal jawab:Sekarang cikgu akan keluarkan guli ini.Berapa biji gelas yang kamu lihat?Tuliskan ayat matematiknya.(Minta murid menuliskan ayat matematik darab berdasarkan situasi tersebut pada papan tulis masing-masing)Satu (tunjuk pada gelas) darab sifar (tunjuk pada guli) sama dengan sifar (tunjuk pada guli dalam gelas).(Tuliskan ’1 × 0 = 0’ pada papan tulis)

9. Kemudian tunjukkan satu lagi gelas kosong dan ulangi teknik penyoalan yang sama.

10. Ulangi langkah 9 sehingga terdapat sembilan gelas kosong kesemuanya.

11. Kemudian minta murid membaca sifir sifar tersebut. Bincangkan tentang pola yang terhasil. Bimbing murid untuk melihat bahawa sebarang nombor yang didarabkan dengan sifar menghasilkan sifar sebagai hasil darabnya.

12. Edarkan Lembaran Kerja 4.2(b).

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

DarabKali

1. Adakan permainan ‘Kotak Beracun’.

93

Page 12: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

GandaHasil darabKumpulanSama banyak Dua-duaLima-limaSepuluh-sepuluhEmpat-empatPenambahan berulangAyat matematikSusunan nombor SifirSifar

2. Masukkan kad soalan seperti berikut ke dalam kotak.

3. Muzik dimainkan. Kotak tersebut diedarkan daripada murid ke murid yang lain.

4. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang ’kotak beracun’ tersebut akan mengambil satu kad soalan daripada dalam kotak.

5. Murid tersebut hendaklah membaca soalan. Dia perlu melukiskan situasi bagi ayat matematik tersebut pada papan tulis dan menyatakan jawapan yang betul. Contohnya, murid yang mendapat kad soalan ‘3 × 1 = ____‘ boleh melukiskan seperti berikut:

6. Semak jawapan bersama-sama. Sekiranya jawapan tersebut salah, soalan akan dibuka kepada murid yang lain.

7. Soalan yang telah dijawab perlu dikeluarkan dari kotak tersebut.

8. Permainan diteruskan hingga selesai

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

94

UNIT 4.2(c)

5 × 0 =

9 × 0 =

8 × 1 =

4 × 1 =

Page 13: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

Murid berupaya:Melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan pembilang yang mencukupi kepada setiap kumpulan.

2. Tuliskan ayat matematik berikut pada papan tulis:

× 2 = 12

Soal jawab:(Bacakan ayat matematik tersebut)Berapa kumpulan darab dua pembilang, dapat dua belas pembilang?

Ada dua belas pembilang kesemuanya. (Lukiskan dua belas pembilang pada papan tulis)Dalam setiap kumpulan ada dua pembilang. (Tunjuk pada nombor ‘2’ dalam ayat matematik tadi)

Berapa kumpulan dua-dua yang perlu ada dalam setiap kumpulan untuk menjadikan dua belas?(Tunjuk pada petak kosong dalam ayat matematik tadi)

Gunakan pembilang kamu untuk mencari jawapannya.(Minta murid membuat kumpulan dua-dua dengan menggunakan dua belas pembilang)

Berapa kumpulan dua-dua yang kamu dapat?

3. Lukiskan situasi tersebut pada papan tulis dan tuliskan jawapannya.

4. Bimbing murid untuk melihat bahawa di dalam setiap kumpulan perlu pembilang (ahli) yang sama banyak.

5. Ulangi langkah 2 hingga 4 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.

6. Seterusnya tuliskan ayat matematik berikut pada papan tulis:

4 × = 8

Soal jawab:(Bacakan ayat matematik tersebut)Empat kumpulan darab berapa pembilang, dapat lapan pembilang?

Cikgu ada empat kumpulan pembilang.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:Pembilang

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Garis nombor2. Petak 100

(Rujuk BBM ms. 1)

95

Page 14: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

(Tunjuk pada nombor ‘4’ dalam ayat matematik tadi. Kemudian lukiskan empat kumpulan pada papan tulis)

Tapi cikgu perlukan lapan pembilang kesemuanya. (Tunjuk pada nombor ‘8’ dalam ayat matematik tadi)

Berapa pembilang yang perlu ada dalam setiap kumpulan untuk menjadikan lapan?(Tunjuk pada petak kosong dalam ayat matematik tadi)

Gunakan pembilang kamu untuk mencari jawapannya.

7. Bimbing murid untuk melengkapkan ahli (pembilang) dalam setiap kumpulan secara satu-persatu untuk mencukupkan lapan pembilang sambil melukiskan situasi berikut pada papan tulis:

Langkah 1 - Letakkan/lukiskan satu pembilang dahulu ke dalam setiap kumpulan.

Soal jawab:Berapa jumlah pembilang yang ada?Sudah cukupkah lapan pembilang kesemuanya?Jika belum cukup, berapa lagi pembilang yang cikgu perlu tambah? Mari kita tambahkan satu pembilang lagi.

Langkah 2 - Letakkan/lukiskan satu pembilang lagi ke dalam setiap kumpulan.

Soal jawab:Berapa jumlah pembilang yang ada?Sudah cukupkah lapan pembilang kesemuanya?Perlukah kita tambahkan pembilang lagi?Empat darab berapa menjadi lapan?

96

Page 15: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

8. Bimbing murid untuk melihat bahawa di dalam setiap kumpulan perlu pembilang (ahli) yang sama banyak sehingga cukup jumlah pembilang yang dikehendaki.

9. Ulangi langkah 6 hingga 8 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.

10. Edarkan Lembaran Kerja 4.2(c).

Nota: Ulangi aktiviti yang serupa bagi sifir lima, sepuluh dan empat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

berikutnya.

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

DarabKaliGandaHasil darabKumpulanSama banyak Dua-duaLima-limaSepuluh-sepuluhEmpat-empatPenambahan berulangAyat matematikSusunan nombor SifirSifar

Bimbing murid melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar melalui:

Penggunaan garis nombor

× 4 = 8

Bimbing murid menjalankan langkah-langkah berikut:1. Bulatkan jawapan pada garis nombor.2. Buat lompatan empat-empat bagi nombor ‘4’ (ahli)

hingga sampai ke jawapan tadi.3. Bilang jumlah langkah (kumpulan) yang terhasil, iaitu

dua. Maka ‘4 × 2 = 8’.

Penggunaan Petak 100

Bimbing murid menjalankan langkah-langkah berikut:1. Bulatkan petak dalam bilangan dua-dua hingga

mendapat jumlah lapan petak kesemuanya.2. Bilang jumlah kumpulan dua-dua yang terhasil, iaitu

empat. Maka ‘4 × 2 = 8’.

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

97

UNIT

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

I I I 2 I 3 I 4 I 5 I 6 I 7 I 8 I 9 20

I 2 3 4 5 6 7 8 9 I 0

2 I 22 23 24 25 26 27 28 29 30 3 I 32 33 34 35 36 37 38 39 40

Page 16: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

Murid berupaya:Menyatakan secara spontan sifir dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar mengikuta) tertib menaikb) rawak

1. Murid duduk secara berpasangan. Nyanyikan lagu sifir dua, lima, sepuluh dan empat bersama-sama (rujuk Unit 4.2(a), Aktiviti Pengukuhan 2).

2. Edarkan kad manila, keratan gambar, gunting, gam dan kad ayat matematik sifir dua kepada setiap pasangan.

3. Minta setiap pasangan menuliskan jawapan pada kad ayat matematik yang telah diberikan dan menghasilkan kad bergambar bagi setiap kad tersebut dengan menggunakan bahan-bahan tadi. Contohnya:

bagi kad ayat matematik

bagi kad ayat matematik

4. Setelah selesai, kumpulkan kesemua kad bergambar dan kad ayat matematik tersebut.

5. Bentukkan dua kumpulan, A dan B.

6. Secara rawak, setiap ahli kumpulan A diminta memegang sekeping kad ayat matematik sifir dua dan ahli kumpulan B memegang sekeping kad bergambar di dada masing-masing.

7. Mainkan muzik dan minta murid-murid bergerak untuk mencari pasangan ayat matematik dan kad bergambar yang betul secepat yang mungkin sebelum muzik dihentikan.

8. Murid yang telah berjumpa dengan pasangannya akan berdiri bersama.

9. Teruskan aktiviti ini sehingga kesemua murid berjumpa dengan pasangannya.

10. Kemudian minta setiap pasangan beratur mengikut tertib menaik sifir tersebut dengan secepat mungkin.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Kad manila 2. Keratan gambar

(Rujuk BBM ms. 39 - 45)3. Gunting4. Gam5. Kad ayat matematik sifir

dua, lima, sepuluh dan empat (tanpa jawapan, dilaminate)(Rujuk BBM ms. 46- 65)

6. Pen marker7. Radio/muzik

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Kad ayat matematik sifir

dua, lima, sepuluh dan empat (tanpa jawapan, dilaminate) (Rujuk BBM ms. 46 - 65)

2. Sehelai kain

98

1 × 2 = 2

3 × 2 = 6

Page 17: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

11. Seterusnya minta murid membaca bersama-sama sifir yang dibentuk mengikut tertib menaik sambil menyemak urutan sifir tersebut.

12. Edarkan Lembaran Kerja 4.3(a).

Nota: Ulangi aktiviti yang serupa bagi sifir lima, sepuluh dan empat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

berikutnya.

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

DarabKaliGandaHasil darabKumpulan

1. Bentukkan kumpulan (sepuluh orang). Dua kumpulan akan bermain pada masa yang sama.

2. Lantik seorang murid untuk menjadi pengadil. Edarkan kad kad ayat matematik sifir dua kepada setiap

99

Page 18: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

Sama banyak Dua-duaLima-limaSepuluh-sepuluhEmpat-empatPenambahan berulangAyat matematikSusunan nombor SifirSifarTertib menaik

pengadil.

3. Pilih seorang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang kain sebagai penghadang antara pemain dan pengadil.

4. Kemudian setiap kumpulan diminta memilih seorang ahli kumpulan sebagai pemain.

5. Aturkan kumpulan seperti lampiran ‘Susun Atur Kumpulan’.

6. Pengadil akan memilih sekeping kad ayat matematik sifir dua dan memegang kad tersebut di dadanya supaya ianya dapat dilihat oleh pemain apabila kain dijatuhkan seperti berikut:

7. Pada kiraan ‘3’, murid yang memegang kain tadi akan menjatuhkan kain tersebut.

8. Pemain yang terdahulu menyebut jawapan yang betul bagi kad tersebut dikira pemenang dan satu markah diberi kepada kumpulannya.

9. Ahli kumpulan yang lain akan mengambil giliran sebagai pemain.

10. Pemegang kain akan memegang semula kain tersebut dan pengadil akan mengambil kad ayat matematik yang lain.

11. Teruskan permainan hingga selesai. Semua ahli kumpulan perlu mengambil giliran untuk bermain. Pada akhir permainan, markah dikira dan kumpulan yang menang diberi ganjaran.

Nota: Ulangi aktiviti yang serupa bagi sifir lima, sepuluh dan empat.

SUSUN ATUR KUMPULAN

100

Pemegang kain

Pemegang kain

Ahli kumpulan B

Ahli kumpulan A

Pemain kumpulan A

Pemain kumpulan B

Kain

Pengadil

6 × 2 =

Kad ayat matematikKad ayat matematik

Page 19: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

101

UNIT

Page 20: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

Murid berupaya:Menyatakan secara spontan sifir dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar mengikutc) salah satu daripada dua

nombor yang didarab untuk memberi hasil darab tertentu

1. Nyanyikan lagu sifir dua, lima, sepuluh dan empat bersama-sama (rujuk Unit 4.2(a), Aktiviti Pengukuhan 2).

2. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap pasangan.

3. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis.

4. Letakkan kotak yang berisi kad nombor dalam gandaan dua di atas meja di hadapan kelas.

5. Tuliskan ayat matematik ‘ × 2 =’ pada papan tulis.

6. Ambil satu kad secara rawak daripada dalam kotak dan lekatkannya sebagai jawapan pada ayat matematik tadi.

Soal jawab:Berapa darab dua jawapannya (sebutkan nombor pada kad tadi)?

7. Minta murid berbincang dan menuliskan jawapan pada papan tulis masing-masing.

8. Semak jawapan bersama-sama. Minta beberapa murid untuk menerangkan jawapan mereka. Murid boleh melukis gambar atau menggunakan garis nombor ketika menerangkannya.

9. Kad nombor tadi perlu dikeluarkan dari kotak tersebut.

10. Ulangi langkah 6 hingga 9. Permainan diteruskan hingga selesai.

11. Edarkan Lembaran Kerja 4.3(b).

Nota: Ulangi aktiviti yang serupa bagi sifir lima, sepuluh dan empat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

berikutnya.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Papan tulis individu2. Pen marker3. Garis nombor bersaiz

besar4. Kotak5. Kad nombor dalam

gandaan dua, lima, sepuluh dan empat

6. Pelekat

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Papan tulis individu2. Pen marker3. Garis nombor bersaiz

besar4. Kotak5. Kad nombor dalam

gandaan dua, lima, sepuluh dan empat

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

102

Page 21: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

DarabKaliGandaHasil darabKumpulanSama banyak Dua-duaLima-limaSepuluh-sepuluhEmpat-empatPenambahan berulangAyat matematikSusunan nombor SifirSifar

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap pasangan.

2. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis.

3. Letakkan kesemua kad nombor dalam gandaan dua dan empat, atau lima dan sepuluh dalam kotak yang sama.

4. Ambil satu kad secara rawak daripada dalam kotak. Tanyakan soalan yang sesuai dengan kad nombor yang telah diambil. Contohnya, apabila kad nombor ’30’ diambil:

Soal jawab:Berapa darab lima hasil darabnya tiga puluh?atauEnam darab berapa hasil darabnya tiga puluh?atauBerapa darab sepuluh jawapannya tiga puluh?atauTiga darab berapa hasil darabnya tiga puluh?atauBerapa darab berapa jawapannya tiga puluh?

5. Minta murid menuliskan soalan tadi sebagai ayat matematik bahagi.

6. Minta murid berbincang dan menuliskan jawapannya pada papan tulis masing-masing.

7. Semak jawapan bersama-sama. Minta beberapa murid untuk menerangkan jawapan mereka. Murid boleh melukis gambar atau menggunakan garis nombor ketika menerangkannya.

8. Kad nombor tadi perlu dikeluarkan dari kotak tersebut.

9. Ulangi langkah 3 hingga 7. Permainan diteruskan hingga selesai.

HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

103

UNIT 4.4

Page 22: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

Murid berupaya:Menggunakan sifir dua, lima, sepuluh dan empat bagi:a) mereka cipta cerita

berdasarkan ayat matematik darab yang diberi

b) menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pendaraban dua nombor

1. Bentukkan kumpulan (tiga orang).

2. Tulis cerita atau penyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:

Adam memetik 5 biji rambutan sehari. Dia memetik rambutan selama 4 hari dalam bilangan yang sama. Berapa biji rambutan yang Adam petik kesemuanya?

3. Lukiskan jadual berikut pada papan tulis.

Hari Bilangan rambutan yang dipetik

1

2

3

4

Soal jawab:Berapa biji rambutan yang Adam petik dalam sehari? (Lukis lima biji rambutan pada hari pertama di dalam jadual)Berapa biji rambutan yang dipetiknya pada hari kedua/ketiga/keempat? (Minta murid melukis bilangan rambutan tersebut pada hari kedua dan hari-hari berikutnya di dalam jadual)

Hari Bilangan rambutan yang dipetik

1

2

3

4

4. Minta murid membilang kesemua rambutan tersebut dalam bilangan lima-lima.

5. Kemudian minta murid menuliskan dan menerangkan ayat matematik bagi situasi tadi.

6. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.

7. Seterusnya edarkan kertas mahjong dan pensel warna

BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagi sesi pengajaran & pembelajaran:1. Kertas mahjong 2. Pensel warna/krayon

Bagi aktiviti pengukuhan:1. Pensel warna/krayon2. Lembaran

‘Selesaikan Masalah Ini’(Rujuk BBM ms. 24)

104

Page 23: Unit 4 - Darab

UNIT 4: DARAB

atau krayon kepada setiap kumpulan.

8. Tuliskan satu ayat matematik darab pada papan tulis.

9. Secara berkumpulan, minta murid mereka sendiri cerita atau penyataan masalah bagi operasi darab dan seterusnya mencari jawapannya.

10. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Bincang dan bandingkan dapatan mereka.

11. Edarkan Lembaran Kerja 4.4.

PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN

DarabKaliGandaHasil darabKumpulanSama banyak Dua-duaLima-limaSepuluh-sepuluhEmpat-empatPenambahan berulangAyat matematikSusunan nombor SifirSifarJadualCeritaSelesaikan masalah

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan pensel warna atau krayon dan lembaran ‘Selesaikan Masalah Ini!’ kepada setiap pasangan.

2. Tulis cerita atau penyataan masalah pada papan tulis. Contohnya:

Puan Hanny membeli empat buku roti untuk keluarganya.Setiap buku roti itu dipotong kepada lima keping.Berapa keping roti yang Puan Hanny dapat?

3. Minta murid menuliskan penyataan masalah tadi di dalam petak pada lembaran aktiviti tersebut.

4. Bimbing murid cara menggunakan lembaran aktiviti tadi. Mereka boleh menggunakan bahan yang sesuai untuk mencari jawapan. Bincang dan bandingkan dapatan mereka.

5. Kemudian minta murid menggunakan ayat matematik darab yang lain untuk mendapatkan nombor yang sama sebagai jawapan.

6. Minta mereka sendiri cerita atau penyataan masalah bagi ayat matematik tersebut. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

7. Ulangi langkah 2 hingga 6 dengan memberikan contoh-contoh yang lain.

105