11

Click here to load reader

Unit 5 konstruktivisme

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Unit 5 konstruktivisme

K o n s t r u k t i v i s m e | 74

UNIT 5

KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

UJIAN PRA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju

1 2 3 4 5

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

1 Saya dapat menjelaskan Konsep yang mendasari fahaman konstruktivisme.

2 Saya dapat merancang pengajaran dengan pendekatan fahaman konstruktivisme.

Page 2: Unit 5 konstruktivisme

K o n s t r u k t i v i s m e | 75

KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat :

i. Konsep yang mendasari fahaman konstruktivisme. ii. Merancang pengajaran dengan pendekatan fahaman konstruktivisme.

5.1 PENGENALAN

agi mencapai hasrat kurikulum matematik KBSR/KSSR yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran matematik KBSR/KSSR adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan pendidikan matematik iaitu guru matematik,

pensyarah matematik di institusi perguruan dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), penggubal kurikulum dan juga penggubal dasar pendidikan matematik harus melakukan anjakan paradigma dari melihat matematik sebagai ilmu kira mengira kepada matematik sebagai ilmu menyelesaikan masalah, dari belajar dengan menerima pengetahuan kepada belajar dengan membina pengetahuan, dari mengajar sebagai memberi pengetahuan dan maklumat kepada mengajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti untuk pelajar membina konsep dan kefahaman, dan dari peranan guru sebagai pemberi maklumat kepada peranan guru sebagai fasilitator.

Oleh yang demikian, unit ini membincangkan tentang: teori konstruktivisme dan pengertiannya; kaedah pengajaran konstruktivisme; dan beberapa contoh aktiviti pengajaran pembelajaran dari tajuk-tajuk tertentu.

Tahukah anda, apakah Konstruktivisme? Cuba fikirkan, apakah yang anda fahami tentang pengajaran konstruktivisme? 5.2 FAHAMAN KONSTRUKTIVISME

ungkin anda biasa dengar perkataan konstruktivisme ini. Adakah anda memahami sebenar-benarnya konsep di sebalik perkataan ini? Sebenarnya perbincangan tentang pengajaran pembelajaran berdasarkan fahaman

konsetruktivisme ini amatlah luas dan pelbagai perspektif. Antara yang berpengaruh dalam fahaman konstruktivise ialah seperti Jean Piaget, Les Vygotsky, Paul Ernest dan

Von Glasersfeld (1989). Satu daripada perspektif teori, fahaman konstruktivisme adalah daripada aliran Neo-Piaget iaitu teori yang terbina berasaskan perspektif Jean Piaget, tetapi tidak

B

M

Page 3: Unit 5 konstruktivisme

K o n s t r u k t i v i s m e | 76

menerima semua pendapat atau konsepsi dan andaian yang dikemukakan olehnya. Fahaman konstruktivimse ini mengemukakan tiga perkara asas iaitu:

pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang pelajar bukan terdiri daripada perwakilan ikonik tentang persekitaran tetapi pengetahuan tersebut merupakan satu pemetaan tentang cara-cara bertindak dan berfikir bagi membantunya secara aktif mencapai matlamat hidupnya.

pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang pelajar merupakan hasil daripada aktiviti pembinaan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Pengetahuan bukan merupakan suatu komoditi yang wujud di luar diri seseorang pelajar yang akan dipindahkan ke dalam dirinya melalui persepsi yang analitis atau komunikasi berbahasa.

bahasa pertuturan bukan merupakan satu cara untuk memindahkan struktur konsepsi daripada guru kepada pelajar tetapi sebaliknya merupakan satu cara berinteraksi yang membolehkan guru dalam batasan tertentu membimbing pelajar membina struktur kognitif yang baru dan canggih.

Berdasarkan kepada fahaman tersebut di atas, konstruktivism adalah merupakan

proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut fahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman atau kebolehan mereka masing-masing. Teori ini merupakan perkembangan terbaru dalam matematik dan ianya dibentuk berasaskan hasil kerja Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak.

Fahaman konstruktivisme juga berkaitan dengan pembelajaran pada semua

peringkat kebolehan dan peringkat umur pelajar. Pengajaran pembelajaran matematik sepatutnya membenarkan pelajar membina pengetahuan mereka sendiri melalui penyelesaian masalah, penerokaan, membuat ramalan, pembinaan melalui kerja kumpulan dan belajar untuk berkomunikasi secara matematik.

Les Vygotsky dan Paul Ernest pula agak berlainan daripada aliran yang dipelopori

oleh Jean Piaget apabila memberi keutamaan kepada konteks sosial dalam pembelajaran seseorang pelajar. Fahaman ini memberi penekanan kepada peranan guru dan rakan pelajar yang lebih tua terhadap pembelajaran seseorang pelajar. Alat utama dalam proses pembelajaran, berdasarkan Vygotsky ialah budaya, dan satu daripada unsur dalam budaya ialah bahasa. Ini bererti interaksi pelajar dalam proses pembelajaran adalah merupakan faktor utama ke arah menjadi lebih berkesan.

5.3 PANDANGAN DAN PENDAPAT AHLI PSIKOLOGI

aripada perspektif ahli-ahli matematik, Solmon (1990) telah merumuskan pandangan ahli-ahli konstruktivisme iaitu kanak-kanak belajar melalui pengalaman mereka semasa mereka berinteraksi secara fizikal dalam D

Page 4: Unit 5 konstruktivisme

K o n s t r u k t i v i s m e | 77

persekitaran sosialnya dan pembelajaran baru wujud bila idea lama diperbarui melalui penyelesaian masalah dan membina konsep baru .

Hiebert (1990) telah mengemukakan situasi di mana seorang pelajar tahun satu memperkembangkan pemahamannya yang berkaitan dengan tambahan dan penolakan. Pelajar tersebut diberikan satu masalah bercerita di mana ia telah menerima tiga hadiah daripada rakan-rakannya dan empat hadiah daripada keluarganya semasa hari lahirnya. Dalam bilik darjah, pelajar ini menyatakannya dengan menggunakan blok-blok dan mengiranya bagi mendapatkan jawapannya. Pelajar tersebut mengaitkan keadaan dan merekodkan di atas kertas sebagai: 3 + 4 = 7. Dalam pelajaran ini, didapati pelajar mengkonstrukkan perhubungan sekurang-kurangnya tiga bentuk iaitu keadaan persekitaran yang sebenar, objek konkrit dan penulisan secara simbol. Dalam keadaan ini pelajar telah memperkembangkan pemahaman tentang kira tambah.

Perhubungan antara perwakilan yang berbeza menghasilkan makna mengikut

peringkat umur pelajar. Sebagai contoh, persamaan aljabar yang selalunya dinyatakan dalam bentuk bertulis boleh diterjemahkan ke dalam keadaan kehidupan sebenar (real-life) atau graf. Proses pembinaan fahaman (konstruk) ini adalah dalam keadaan yang lebih mencabar daripada masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun satu tadi.

Mengikut pandangan ahli konstruktivisme, pengetahuan matematik tidak boleh

dipindahkan daripada guru kepada pelajar-pelajar dalam bentuk yang serba lengkap dan sempurna. Pelajar-pelajar perlu membina pengetahuan itu mengikut kebolehan mereka masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Setiap orang pelajar mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Penekanan diberi kepada menyediakan pelajar dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa hadapan. Pelajar-pelajar bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi.

Menurut Von Glasersfeld (1991), konstruktivimse merupakan konsep baru dan

pengetahuan baru tidak boleh disampaikan kepada orang lain semata-mata dengan percakapan sebab setiap orang mesti mengabstrakkan makna, konsep dan pengetahuan dari pengalamannya sendiri. Ini membawa erti bahawa pelajar membina pengetahuannya sendiri di mana pelajar berperanan utama dalam membentuk pembelajarannya sendiri atas dasar pembinaan secara peribadi pengetahuan yang ingin dipelajari.

Mengikut Silver (1990), pelajar lebih membina secara peribadi dan aktif

pengetahuan mereka sendiri daripada membuat salinan atau replika mental pengetahuan yang dipunyai dan dipancarkan atau disampaikan oleh guru atau buku teks.

Page 5: Unit 5 konstruktivisme

K o n s t r u k t i v i s m e | 78

5.4 PEMBINAAN STRUKTUR KOGNITIF

engajaran dengan pendekatan/kaedah konstruktivism memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir dengan menggunakan pengetahuan matematik yang sedia ada supaya memahami pengetahuan matematik lama dan menemui matematik

baru. Mengikut pandangan Nik Aziz Nik Pa (1990), mengajar dan belajar matematik berasaskan konstruktivisme melibatkan tiga peringkat utama iaitu pengalaman aktif, refleksi dan pengabstrakan. Pengalaman aktif diperoleh pelajar dengan melakukan tindakan di dalam sesuatu aktiviti. Pelajar juga secara aktif akan berfikir dan memberi makna yang tersendiri terhadap pengalamannya. Pada tahap ini pembelajaran adalah secara melaksanakan aktiviti meneroka dan mengalami sendiri. Refleksi merupakan proses mental memantau operasi-operasi yang berlaku di dalamnya ketika melaksanakan tindakan dan operasi. Pada tahap ini, aktiviti meneroka seharusnya disusuli dengan memberi peluang kepada pelajar berfikir dan membina perhubungan antara pengalaman baru dan pengetahuan sedia ada.

Abstraksi pula mengungkap konsep, fakta atau tatacara yang diwakili oleh tindakan ke dalam bentuk matematik. Pada tahap ini suatu rumusan tentang pembelajaran diperoleh oleh pelajar-pelajar. Membina pengetahuan boleh berlaku dalam dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi, manakala kedua-dua proses ini akan menuju kepada keseimbangan, yang berupa keyakinan terhadap sesuatu skim yang dibina :

a. Asimilasi: Proses asimilasi, yang tidak mengubah bentuk skim (struktur kognitif),

tetapi membolehkan skim berkembang menjadi lebih baik. Ini bermaksud, kefahaman pelajar-pelajar dalam sesuatu konsep yang telah sedia difahami secocok dengan pengalaman barunya dan seterusnya penguasaan akan menjadi lebih diyakini dan meningkat.

Sebagai ciontoh, katakan Pelajar A sudah menguasai kemahiran kira tambah melibatkan nombor satu dan dua digit seperti berikut:

Operasi 1 Operasi 2 Operasi 3 Operasi 4

Proses asimilasi dapat dikenal pasti apabila Pelajar A menambah setiap digit dalam sesuatu nombor secara terpisah. Perhatikan, dalam Operasi 2, Pelajar A telah mengasimilasikan prosedur sebagaimana dalam Operasi 1. Begitu juga berlaku dalam operasi 3, di mana setiap digit telah ditambah bagi menghasilkan jawapan. Bagaimanapun, Dalam Operasi 4, kesilapan berlaku apabila setiap digit ditambah secara berasingan, iaitu apabila 6 ditambah 5 menjadi 11, dan terus ditulis 11. Pelajar A dilihat hanya mengasimilasi Operasi 1, Operasi 2 dan

P

2 + 5 7

1 2 + 4 5 5 7

8 + 5 13

1 6 + 4 5 5 11

Page 6: Unit 5 konstruktivisme

K o n s t r u k t i v i s m e | 79

Operasi 3 ke dalam Operasi 4, tanpa menyedari bahawa jawapan yang diperolehi adalah tidak munasabah.

b. Akomodasi: Proses akomodasi, yang melibatkan pengubahsuaian skim atau struktur kognitif yang sedia ada. Ini bermaksud pengetahuan konsep yang sudah sedia dikuasai didapai tidak secocok dengan pengalaman yang sedang dipelajari atau tidak secocok untuk menyelesaikan masalah. Hal ini memberi dua kemungkinan besar: pertama, menjadikan pelajar mengubahsuai pengetahuan konsep yang sedia ada agar membentuk satu pengetahuan baru yang secocok dengan pengalaman; atau kedua, membina skim yang sama sekali baru (pengetahuan konsep yang baru) agar secocok dengan pengalaman yang dilalui.

Sebagai contoh, dalam kes Pelajar A di atas, Operasi 4 yang telah

dilaksanakan itu adalah tidak tepat, tetapi dia tidak menyedarinya. Oleh itu, dalam membina skim baru operasi kira tambah, Pelajar A perlu sedar atau disedarkan terlebih dahulu bahawa jawapan yang diperolehi adalah tidak tepat. Dalam hal ini, satu cara yang boleh dilaksanakan ialah dengan memberi soalan yang boleh membantu beliau menyedari kesilapannya. Contoh operasi yang boleh digunakan adalah seperti Operasi 5 dan Operasi 6 yang berikut:

Operasi 4 Operasi 5 Operasi 6

Dalam hal ini, guru boleh bertanyakan Pelajar A, mengapa nombor-nombor dalam Operasi 5 dan Operasi 6 yang setiap satunya lebih besar daripada nombor-nombor yang terbabit dalam Operasi 4, sedangkan jawapan yang diberolehi adalah lebih kecil berbanding dengan jawapan dalam Operasi 4. Masalah seperti ini akan membantu Pelajar A untuk berfikir dan menyedari kesilapan sendiri, seterunya bersedia untuk memodifikasikan pengetahuan lama menjadi skim atau struktur kognitif yang baru.

c. Keseimbangan: Keseimbangan berlaku apabila skim sedia ada seseorang

pelajar sesuai dan secocok untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini bererti seseorang pelajar itu akan berada dalam keseimbangan struktur kognitif apabila sesuatu masalah baru boleh di selesaikan atau dihadapinya dengan mengasimilasi skim pengetahuan sedia ada sahaja. Bagaimanapun, skim pengetahuan pelajar akan berada dalam keadaan kacau atau tidak stabil apabila skim pengetahuan sedia ada tidak dapat menyelesaikan masalah yang baru. Dalam hal ini akomodasi terhadap skim pengetahuan yang sedia ada perlulah berlaku. Ini bererti, seseorang yang berada dalam keadaan tidak berupaya

2 5 + 6 2 8 7

4 7 + 5 2 9 9

1 6 + 4 5 5 11

Page 7: Unit 5 konstruktivisme

K o n s t r u k t i v i s m e | 80

menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi akan menyedari bahawa pengetahuan sedia adanya adalah terbatas atau tidak sesuai untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Seterusnya suatu tindakan mempelajari pengetahuan atau konsep-konsep baru perlu dilakukan oleh pelajar itu. Seterusnya keseimbangan dalam skim pegetahuan baru akan tercapai sama ada dengan membina skim sesuatu pengetahuan yang sama sekali baru atau dengan memodifikasi skim sedia ada, iaitu apabila ianya secocok atau berupaya untuk menyelesaikan masalah yang baru.

Oleh itu, pengajaran pembelajaran matematik secara konstruktivisme ini

melibatkan peranan guru dan peranan pelajar. Sesuatu pengajaran pembelajaran matematik tidak dapat dikatakan sebagai pengajaran pembelajaran konstruktivisme jika tidak memenuhi peranan guru dan pelajar sepenuhnya di dalam aktiviti pengajaran pembelajaran seperti berikut:

Peranan guru: i) guru mengenal pasti tindakan yang mewakili pengetahuan atau kemahiran yang

perlu dibina oleh pelajar; ii) guru menyediakan aktiviti yang dapat merealisasikan pembinaan tersebut; dan iii) guru menyediakan bahan-bahan manipulatif serta bahan-bahan lain yang

diperlukan oleh aktiviti Peranan pelajar:

i) pelajar melakukan tindakan di dalam aktiviti dengan menggunakan bahan-bahan

yang disediakan; ii) pelajar membuat refleksi dengan dibimbing oleh guru tentang apa yang mereka

telah lakukan; dan iii) pelajar mengabstrak tindakan dengan dibimbing oleh guru kepada bentuk

matematik. Pada tahap ini suatu rumusan dapat dibina oleh pelajar sendiri tentang perkara yang dipelajari.

Dalam pengajaran konstruktivimse selalunya melibatkan penggunaan bahan

manipulatif. Bahan-bahan dalam pelajaran konsturktivimse ini melibatkan unsur-unsur untuk dilakukan tindakan dan bukan sebagai bahan paparan maklumat sahaja iaitu bukan bahan untuk mengira tetapi untuk membina pengetahuan dan kefahaman konsep. Bahan atau objek konkrit adalah dikira sebagai alat penting untuk mengajar matematik kerana melalui tindakan ke atas bahan atau objek ini pelajar-pelajar dapat membentuk perkaitan penting antara masalah harian sebenar dengan pengungkapan-pengungkapan matematik yang abstrak. Bahan-bahan manipulatif yang digunakan haruslah ringkas, pelbagai guna, mudah dibawa, warna yang sesuai dan murah.

Page 8: Unit 5 konstruktivisme

K o n s t r u k t i v i s m e | 81

5.5 PELAKSANAAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

elaksanaan pengajaran berdasarkan teori atau fahaman konstruktivisme ini boleh berlaku dalam berbagai-bagai pendekatan. Dalam hal ini, satu pendekatan pengajaran pembelajaran akan diketengahkan dengan mengambil kira Nik Azis

(1992; 1996) dan Etchberger & Shaw (1992). Pendekatan pengajaran oleh Etchberger & Shaw (1992) berlaku secara berkumpulan melibatkan lima langkah utama seperti berikut:

Pertama, pengalaman deria. Ini bererti, murid-murid akan membina persepsi menggunakan pancainderanya (iaitu pendengaran, penglihatan (pengamatan dan membaca), sentuhan, merasa dengan lidah dan deria bau) dengan meneroka pengalamannya.

Kedua ialah refleksi. Pada tahap ini, murid-murid akan memahami pengalamannya. Dalam hal ini, murid-murid akan membina perhubungan antara maklumat yang baru ditemui dengan pengetahuan sedia ada.

Ketiga ialah kolaborasi. Pada tahap ini, kefahaman sendiri akan mengambil kira pendapat rakan yang lain sebelum diyakini dan diterima sebagai suatu pengetahuan yang boleh diterima. Dalam hal ini suatu tolak ansur antara pelajar akan berlaku sehingga akhirnya suatu persetujuan dicapai. Tindakan pembelajaran di sini adalah seperti menyelidiki, mencuba, menolak, mempertahankan, membuat pertimbangan dan memberi penjelasan.

Keempat ialah persetujuan (consensus). Pada tahap ini pelajar membina keyakinan terhadap pengetahuan barunya selepas setiap ahli dalam kumpulan menyatakan persetujuan. Tahap ini merupakan tahap keseimbangan, di mana murid-murid berkeyakinan bahawa pengetahuan barunya berguna dan boleh digunakan untuk mengatasi masalah.

Kelima ialah berkongsi. Pada tahap ini setiap kumpulan murid-murid akan berkongsi dapatan masing-masing. Setiap kumpulan akan cuba menyakini rakan daripada kumpulan yang lain sehingga akhirnya suatu kefahaman yang menyeluruh diperoleh.

Bincangkan peranan yang harus dilaksanakan oleh guru dalam penerapan pengajaran pembelajaran secara konstruktivisme.

5.6 CONTOH PENGAJARAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

ecara umum proses pengajaran pembelajaran konstruktivisme ini berasaskan kepada lima langkah utama iaitu pengalaman deria, refleksi, kolaborasi, persetujuan dan berkongsi. Berikut diterangkan dua contoh aktiviti membabitkan

P

S

Page 9: Unit 5 konstruktivisme

K o n s t r u k t i v i s m e | 82

pengajaran pembelajaran konstruktivisme. Contoh: Aktiviti pengajaran kira tambah dalam lingkungan 1000 Tajuk: Tabah dalam lingkungan 1000 Tahun : Tahun 2. Masa: 2 x 35 minit Bilangan murid: 30 orang Pendekatan pengajaran: konstruktivisme. Pengetahuan sedia ada:

i. Pengetahuan tentang mewakilkan nombor sehingga 1000 menggunakan dekak-dekak.

ii. Pengetahuan tentang maksud simbol “+” dan prosedur menambah nombor sehingga 100.

Langkah 1: Pengalaman deria.

Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan setiap kumpulan mengandungi 5 orang murid. Guru memberikan sebuah dekak-dekak kepada setiap murid. Setiap murid dikehendaki menyelesaikan satu lembaran kerja yang mengandungi kira tambah nombor dalam lingkungan 1000. Lembaran kerja adalah seperti berikut: i. 120 + 35 ii. 234 + 29 iii. 138 + 245 iv. 257 + 276 v. 178 + 379 vi. 589 + 287

Langkah 2: Refleksi Setiap murid, sama ada secara individu atau kumpulan menilai semula jawapan yang diberikan pada Langkah 1 tadi. Gunakan pengetahuan lalu tentang nombor-nombor sehingga 1000 dan perwakilannya menggunakan dekak-dekak. Murid-murid juga membuat refleksi tentang operasi kira tambah nombor sehingga 100. Guru membantu pelajar yang menghadapi kesukaran dengan bertanya soalan seperti “adakah operasi kira tambah nombor sehingga 1000 boleh dilaksanakan sebagaimana kira tambah nombor sehingga 100?”

Langkan 3: Kolaborasi

Murid-murid diminta berbincang dalam kumpulan tentang penyelesaian yang sudah diperolehi. Murid akan cuba menyakinkan rakan-rakan yang lain. Manakala murid-murid yang menghadapi kesukaran akan dibantu oleh rakan-rakan yang lain ataupun oleh guru.

Page 10: Unit 5 konstruktivisme

K o n s t r u k t i v i s m e | 83

Langlah 4: Persetujuan

Murid-murid mencapai kata sepakat dalam kumpulan tentang bagaimana operasi kira ambah dilaksanakan dan mengapa operasi berkenaan dianggap tepat. Setiap murid dapat menguasainya dan berupaya memberi penjelasan kepada orang lain yang mengharapkan penjelasan.

Langkah 5: Berkongsi

Setiap kumpulan diminta memberi penjelasan kepada keseluruhan kelas tentang operasi kira tambah yang sudah dilaksanakan masing-masing. Guru bersama-sama dengan murid-murid akan menilai hasil yang diperolehi oleh setiap kumpulan. Kumpulan yang menghadapi kesukaran akan membetulkan sebarang kesilapan mereka, manakala kumpulan yang lain akan lebih meyakini bahawa operasi yang dilakukan adalah benar. Soalan tambahan diberikan sama ada oleh guru atau oleh murid-murid sendiri untuk dijawab oleh semua murid. Tindakan ini adalah untuk membina keyakinan dan membuat rumusan bahawa operasi yang sudah dijalankan adalah benar.

Sediakan satu contoh aktiviti pengajaran pembelajaran secara konstruktivisme daripada tajuk-tajuk yang berikut:

i. Wang. ii. Peratus. iii. Berat. iv. Bentuk dan ruang 3 dimensi. v. Pengurusan data.

5.7 KESIMPULAN

Satu teori yang amat berpengaruh dalam bidang pendidikan matematik ialah dari fahaman konstruktivisme. Secara umum, teori dari perspektif fahaman konstruktivisme ini memberi penekanan kepada pembelajaran aktif, berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. Antara cara berkesan bagi menyediakan pelajar kepada pembelajaran aktif adalah melalui lima tahap utama iaitu: pengalaman deria, refleksi, kolaborasi, persetujuan dan berkongsi.

5.8 SOALAN PERBINCANGAN

i. Dengan memilih satu tajuk yang sesuai, rancanglah satu aktiviti mengajarkan pembelajaran berdasarkan fahaman konstruktivisme.

ii. Berdasarkan pengalaman anda sendiri, bincangkan sejauh mana pengajaran berdasarkan fahaman konstruktivisme ini dilaksanakan di sekolah.

Page 11: Unit 5 konstruktivisme

K o n s t r u k t i v i s m e | 84

UJIAN PASCA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

1 Saya dapat menjelaskan Konsep yang mendasari fahaman konstruktivisme.

2 Saya dapat merancang pengajaran dengan pendekatan fahaman konstruktivisme.