Upload
dinhminh
View
246
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 24
UNIT 8
Kandungan: Topik 1: Pengenalan Topik 2: Konsep tarikan antara perseorangan Topik 3: Peringkat hubungan antara manusia Topik 4: Faktor kedekatan dan diri sendiri Topik 5: Fakor daripada orang lain Topik 6: Teori tarikan antara peerseorangan Topik 7: Penutup
Unit ini memberi fokus kepada bagaimana manusia bermula untuk berdamping / bersama dengan orang lain. Asas kepada hubungan manusia yang rapat ialah tarikan antara perseorangan, dalam mana antara manusia tersebut adalah tertarik antara satu dengan lain. Sekiranya seseorang manusia itu memberikan penilaian positif terhadap orang lain, ini bermakna bahawa beliau adalah tertarik pada orang berkenaan, dan dengan demikian ia merupakan asas kepada hubungan antara mereka. Manusia adalah haiwan sosial yang hidup bersama dengan manusia lain. Untuk hidup dalam keadaan aman, seharunya antara manusia adalah tertarik antara satu dengan lain.
TARIKAN ANTARA PERSEORANGAN
Objektif unit: Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. Menerangkan konsep tarikan antara perseorangan dan sebab mengapa
manusia perlu hidup bersama dengan orang lain. 2. Menyenaraikan dan meringkaskan faktor-‐faktor situasi yang mempengaruhi
manusia untuk tertarik pada orang lain. 3. Menjelaskan kepentingan kesamaan dan perlengkapan dalam memahami
tarikan antara perseorangan 4. Menjelaskan teori-‐teori yang menerangkan tarikan antara perseorangan
Topik 1: Pengenalan
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 25
Konsep tarikan antara perseorangan merujuk kepada penilaian dalam cara yang positif terhadap orang lain. Maksudnya, sekiranya manusia memberikan nilai positif terhadap orang lain maka ia adalah tertarik kepada orang tersebut. Dengan demikian tarikan melibatkan sikap positif kita terhadap orang lain. Oleh itu penerangan tentang pembentukan dan perubahan sikap dapat membantu kita dalam memahami konsep tarikan antara perseorangan. Tarikan antara perseorangan merupakan asas kepada hubungan manusia. Hidup kita tidak selesa dan bahagia tanpa berhubung dan berdamping dengan orang lain. Hidup bersama-‐sama orang lain boleh mengurangkan sedikit sebanyak kekusutan perasaan kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan bergabung dan berdampingan dengan orang lain dapat memenuhi keperluan-‐keperluan untuk keselesaan, kemesraan, makan-‐minum, seks, kasih sayang dan pelbagai keperluan lain. Dengan kata lain, keperluan untuk bergabung dan berdampingan dengan orang lain mempunyai nilai kelangsungan (survival) yang tinggi, baik dari segi kelangsungan fisiologi (tubuh badan) mahu pun kelangsungan sosial dan psikologikal.
Bagaimanakah proses pertemuan pertama membawa kepada perhubungan intim antara individu-‐individu itu berlaku? Terdapat tiga peringkat hubungan yang berkaitan. i. Peringkat kesedaran. Seseorang individu menyedari adanya individu lain, misalnya
seseorang yang dilihatnya dalam bilik kuliah. Beliau mungkin membentuk satu impresi terhadapnya, tetapi tidak berlaku interaksi antara mereka.
ii. Peringkat kontak permukaan. la merupakan kontak-‐kontak permulaan antara dua individu yang belum saling kenal-‐mengenal. Peringkat ini juga termasuk interaksi yang berulang-‐ulang yang berlandaskan peranan, seperti interaksi antara perseorangan antara seorang pegawai dengan pekerja-‐pekerja bawahannya.
iii. Peringkat saling membalas. la merupakan peringkat dalam mana terdapat kontak-‐kontak yang semakin kerap. Interaksi antara individu-‐individu lebih bersifat peribadi, dan hubungan saling bergantung menjadi lebih mendalam.
Satu proses keseluruhan sesuatu perhubungan antara manusia mengandungi lima peringkat i. Peringkat saling tarikan, iaitu manusia adalah tertarik antara satu dengan lain. ii. Peringkat pembentukan hubungan, iaitu manusia cuba mewujudkan perhubungan
tersebut. iii. Peringkat penerusan, peringkat ini mengambil pelbagai bentuk, antaranya stabil atau
tidak stabil, renggang atau erat dan seumpamanya. iv. Peringkat pemburukan, berlaku keretakan atau pergeseran dalam perhubungan
tersebut.
Topik 2 : Konsep Tarikan Antara Perseorangan
Topik 3 : Peringkat Hubungan Antara Manusia
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 26
v. Peringkat penamatan, yang berakhirnya sesuatu perhubungan Sesuatu perhubungan yang berlaku antara individu boleh runtuh di mana-‐mana peringkat dalam proses perkembangan hubungan. Faktor tarikan antara perseorangan pertama yang diberi fokus ialah faktor luaran iaitu, pertama faktor kedekatan fizikal dan kedua faktor yang berasal dari diri seseorang.
Ini merupakan faktor asas, di mana perkenalan dan hubungan antara manusia bermula dengan manusia-‐manusia itu berdekatan secara fizikal. Kedekatan fizikal tidak hanya kedekatan fizikal bersemuka (berjumpa muka) tetapi juga boleh dalam bentuk kedekatan dari segi gambar dan berita. Kita menyukai / tertarik pada seseorang penyanyi walau pun tidak pernah berjumpa muka (bersemuka), hanya melalui gambar dan suara. Apa yang penting ialah adanya kontak. Peringkat awal tarikan antara perseorangan antara manusia kadang kala secara kebetulan, sebilik kuliah, bertemu di lorong jalan kaki, nama disusun berdekatan dan seumpamanya. Kedekatan adalah sebagai penentu tarikan awal. Seseorang tidak akan tertarik pada orang lain sekiranya tidak dekat fizikal antara mereka. Kita suka pada kawan-‐kawan sekelas, sekampung dan senegeri. Kesan daripada kedekatan fizikal ialah antara manusia itu semakin terdedah antara satu dengan lain. Dan pendedahan yang berulang-‐ulang ini menyebabkan antara manusia itu saling mengenali antara satu dengan lain. Ini dikenali sebagai hipotesis hanya kesan pendedahan, di mana akibat daripada pendedahan yang berulang-‐ulang menyebabkan antara manusia menyukai antara satu dengan lain. Walau bagaimana pun, pendedahan yang berulang-‐ulang tidak semestinya membawa kesan positif. Reaksi awal terhadap rangsangan mestilah dalam bentuk yang neutral atau positif sederhana untuk sesuatu tarikan terbentuk. Sekiranya reaksi awal seseorang adalah negatif, maka dengan bertambahnya kebiasaan akan hanya menimbulkan perasaan benci.
Sub topik 4.1: Kedekatan Fizikal
Sub topik 4.2: Perasaan
Topik 4 : Faktor Kedektan dan Diri Sendiri
Fikirkan: Contary to popular belief, I do not believe that friends are necessarily the people you like best; they are merely the people who got there first –Sir Peter Ustinov. Sejauhmana kebenaran penyataan ini?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 27
Emosi seseorang boleh menpengaruhinya sama ada untuk tertarik atau membenci orang lain. Dalam banyak kajian mereka yang dalam emosi gembira (positif) cenderung untuk tertarik pada orang lain; sementara orang yang sedang dalam keadaan marah, sedih (perasaan negatif) kurang cenderung untuk tertarik pada orang lain.
Keperluan berdamping adalah keperluan untuk bersama-‐sama dengan orang lain. Ianya berbeza mengikut manusia; ada manusia yang suka bersendirian. Daripada kajian, mereka yang mempunyai keperluan berdamping yang tinggi adalah cenderung atau mudah untuk tertarik kepada orang lain berbanding dengan mereka yang suka bersendirian. Sementara itu keperluan untuk berdamping adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Mengikut eksperimen, manusia yang dalam kesedihan, bimbang dan takut cenderung untuk mengenali atau berbual dengan orang lain yang berada disisinya, berbanding sekiranya manusia dalam keadaan selesa. Salah satu hipotesis yang dapat menerangkan perkara di atas menyatakan bahawa manusia yang berasa takut ingin bersama dengan orang lain kerana dengan berbuat demikian mereka dapat berkomunikasi antara satu dengan lain, khususnya mengenai perasaan mereka.
Perasaan sunyi wujud apabila adanya perbezaan antara pola perhubungan sosial yang seorang inginkan dengan perhubungan-‐perhubungan sosial yang sebenarnya beliau alami. Kesunyian merupakan satu perasaan dan adalah berbeza dengan bersendirian. Manusia yang suka hidup bersendirian, tidak semestinya rasa sunyi; dan manusia yang yang hidup dengan orang lain yang ramai bilangannya boleh merasa sunyi. Dengan demikian, kesunyian lebih merujuk kepada kualiti hubungan yang diinginkan. Dengan demikian, manusia yang merasa sunyi adalah lebih tertarik dengan orang lain yang dapat memenuhi keperluan emosinya. Kesunyian boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesunyian sosial yang merujuk kepada keinginan manusia untuk mempunyai ramai teman; dan kesunyian emosi yang merujuk kepada keinginan manusia untuk mempunyai hubungan yang mendalam dan intim dengan temannya (mungkin tidak memerlukan ramai teman). Kensunyian ada kaitan dengan keperluan berdamping.
Topik 5: Faktor Daripada Orang Lain
Sub topik 4.3: Keperluan Berdamping
Sub topik 4.4: Kesunyian
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 28
Faktor ini adalah berasal daripada individu lain yang menyebabkan seseorang itu tertarik. Di antaranya ialah daya tarikan fizikal dan ciri-‐ciri yang sama.
Manusia tertarik kepada orang lain kerana orang tersebut mempunyai daya tarikan fizikal (misalnya mempunyai paras rupa yang cantik). Namun demikian, masih tidak terdapat satu piawaian tentang yang yang dikatakan cantik, mungkin berbeza mengikut budaya. Walau bagaimana pun dalam sesuatu budaya terdapat satu piawaian tentang apa yang dianggap cantik dan menarik. Namun demikian, banyak kajian menunjukkan bahawa daya tarikahn fizikal adalah sebagai penentu awal tarikan antara perseorangan. Orang mula tertarik pada seseorang lain kerana fizikalnya menawan. Sebab itulah industri komestik adalah bernilai berbilion-‐bilion ringgit. Manusia begitu prihatin terhadap wajah mereka. Daripada kajian, walaupun idealnya manusia menyukai orang lain yang cantik, namun kebanyakan individu akan memilih pasangan yang lebih kurang sama dari segi daya tarikan fizikalnya dengan dirinya. Ini dikenali sebagai hipotesis kesamaan. Pasangan yang tidak sepadan (sama daya tarikan fizikal) akan cenderung berpisah. Daya tarikan fizikal memberi kesan kepada kehidupan manusia. Daripada kajian, manusia yang tidak menarik fizikalnya kurang didekati, dilayan secara negatif, kurang cenderung diambil bekerja, mendapat bayaran gaji rendah, sering dipersalahkan, dan mendapat hukuman yang lebih berberat, berbanding orang yang menarik fizikalnya. Terdapat stereotaip tentang mereka yang menarik, iaitu mempunyai perhubungan perkahwinan yang bahagia; mempunyai watak yang menarik; lebih cerdas; dan curang kepada kekasih atau pasangan.
Walaupun faktor kedekatan fizikal dan daya tarikan fizikal merupakan faktor asas tarikan antara perseorangan, namun dikatakan faktor kesamaan sikap merupakn faktor penerus hubungan. Sesuatu hubungan akan berterusan apabila diantara manusia tersebut mempunyai persamaan (sikap dan mungkin tret personaliti lain). Sesuatu interaksi sosial akan berjalan dengan lancar sekiranya setiap individu yang terlibat tidak perlu mempertahankan setiap sikap atau nilai yang diluahkan. Sebagaimana mengikut teori keseimbangan Heider kita akan berasa lebih selesa sekiranya kita bersama dengan orang yang kita sukai dan beliau sukai apa yang kita sukai (lihat topik perubahan sikap). Satu perspektif lain yang agak berbeza, yakni model kesan-‐peneguhan mencadangkan bahawa persamaan dan perbezaan sikap boleh membangkitkan perasaan-‐perasaan positif dan
Sub topik 5.1: Daya Tarikaan Fizikal
Sub topik 5.2: Kesamaan
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 29
negatif, dan seterusnya mempengaruhi tarikan antara perseorangan. Misalnya, sekiranya orang lain yang kita temui itu mempunyai sikap yang sama dengan sikap kita terhadap sesuatu, maka persamaan sikap tersebut merupakan satu keselesaan dalam diri kita (ganjaran) dan seterusnya menimbulkan minat kita terhadap orang tersebut, dan sebaliknya.
Satu hipotesis di mana manusia adalah lebih tertarik kepada mereka yang sama sikap dan tret personaliti dengan dirinya. Ini adalah untuk manusia mudah menyesuaikan diri dengan orang tersebut (keseimbangan). Ini dikenali sebagai hipotesisi keperluan penyesuaian. Namun demikian, terdapat manusia yang tertarik kepada orang lain yang berbeza tret personaliti dengannya. Ini dikenali sebagai hipotesis keperluan perlengkapan. Hipotesis ini mencadangkan bahawa dua orang individu akan dapat bersama-‐sama secara lebih akrab sekiranya perbezaan-‐perbezaan antara mereka adalah saling memperkukuhkan, atau saling melengkapi. Lelaki yang dominan menyukai wanita yang sibmisif; dan suami yang tegas lebih menyukai isteri yang lemah lembut, antara contohnya.
Manusia tertarik kepada seseorang yang memberikan penialian (biasanya penilian positif) terhadap dirinya. Manusia ingin mendengar pujian-‐pujian positif tentang dirinya, dan menyukai mereka yang memberikan pujian tersebut.
Terdapat tiga teori kecil yang cuba menerangkan mengapa manusia menyukai atau tidak menyukai antara satu dengan lain. a. Teori Peneguhan -‐ Biasanya kita menyukai orang yang memberi ganjaran kepada kita.
Mengapa kita cenderung berkawan atau berkahwin dengan orang yang menarik (cantik)? Kerana kecantikan orang itu merupakan ganjaran (keseronokan) yang kita perolehi daripadanya. Dalam kajian, mereka yang diberikan ganjaran (markah tinggi) lebih tertarik (menyukai) orang lain.
b. Teori Pertukaran -‐ Daripada teori ekonomi didapati seseorang tertarik kepada orang lain kerana orang lain tersebut mempunyai sesuatu yang boleh ditukarkan dengan apa yang ia miliki. Misalnya, seorang lelaki tua yang kaya menyukai (tertarik) dengan perempuan cantik (misalnya, seorang artis). Di sini berlaku pertukaran antara kencatikan dan kekayaan. Prinsip peneguhan telah diintegrasikan dengan konsep-‐konsep daripada teori
Topik 6: Teori Tarikan Antara Perseorangan
Sub topik 5.3: Keperluan Penyesuaian dan Perlengkapan
Sub topik 5.4: Penilaian Peribadi
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 8 30
ekonomi untuk membentuk satu model mengenai tingkah laku sosial manusia. Dalam kebanyakan masyarakat nampaknya terdapat fenomena di mana kaum lelaki akan menyediakan keselamatan dan kemegahan kepada kaum wanita untuk ditukarkan dengan daya tarikan wanita.
c. Teori Keuntungan-‐Kerugian -‐ Prinsip keuntungan-‐kerugian merujuk kepada hakikat
bahawa manusia menyukai seseorang yang memberikan penilaian positif sekiranya orang tersebut memberikan penilaian negatif sebelumnya. Pujian-‐pujian yang sentiasa kita terima daripada kekasih kita biasanya kurang bererti, tetapi apabila kekasih adalah seorang yang tidak begitu mudah untuk memberi pujian, tetapi di suatu ketika memuji kita, maka kita akan menyukai dan mengaguminya.
Sesuatu perhubungan sosial antara individu yang dahulunya saling tidak mengenali adalah salah satunya disebabkan oleh tarikan antara perseorangan mereka. Banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu tertarik kepada orang lain. Atas hakikat ini sesetengah manusia berusaha untuk menjadikan dirinya menarik. Banyak wang dan tenaga dihabiskan dalam usaha demikian. Namun demikian, apa yang yang dianggap menarik berbeza-‐beza mengikut masyarakat dan masa. Sementara itu, beberapa teori kecil telah dikemukakan untuk menerangkan mengapa manusia tertarik antara satu dengan lain
Topik 7: Penutup
1. Definisikan tarikan antara perseorangan dan berikan sebab mengapa manusa ingin bersama dengan orang lain.
2. Jelaskan peringkat-‐peringkat perhubungan antara manusia, dan jelaskan faktor-‐faktor yang boleh membawa kepada keruntuhan hubungan antara manusia.
3. Sejuh mana kebenaran penyataan berbunyi bahawa manusia lebh cenderung untuk mencari pasangan yang mempunyai persamaan dengannya.
4. Bezakan antara kesunyian emosi dengsn kesunyian sosial dan kaitannya dengan tarikan antara perseorangan.
5. Sejuhmana daya tarikan fizikal berperanan penting dalam mempengaruhi tarikan antara perseorangan.