18
UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar Belakang Pada 15 Januari 2014, Unit Integriti USM telah ditubuhkan di bawah Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia. Penubuhan Unit ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 agar semua agensi awam menubuhkan Unit Integriti bagi menguruskan urusan berkaitan integriti di dalam agensi masing-masing. Unit Integriti USM diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Universiti Sains Malaysia yang juga bertindak sebagai Pegawai Integriti Bertauliah yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Peranan Unit Integriti di dalam Universiti Sains Malaysia adalah seperti berikut: (1) Memantapkan nilai integriti di kalangan pekerja dan pelajar Universiti melalui inisiatif mengadakan program yang berstrukturkan integriti untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya berintegriti di dalam Kampus. (2) Bekerjasama dengan Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang telah dikenal pasti untuk memperkasakan prinsip integriti serta akauntabiliti di dalam penyampaian perkhidmatan Universiti yang cekap, jujur, bersih dan cemerlang. (3) Membantu PTJ dalam mengkaji, membangunkan serta melaksanakan dasar, prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan etika, perkhidmatan dan penyelidikan yang amanah. (4) Menjalankan program penasihatan kepada pihak pengurusan Universiti berkaitan potensi mengurangkan risiko penipuan, salah guna kuasa serta kedudukan selain menimbulkan kesedaran ke arah sifar rasuah dan sifar salah guna kuasa. 2. Laporan Integriti Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Berikut adalah senarai ringkas pencapaian Unit Integriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam kategori jemputan oleh pihak luar Universiti.

UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

  • Upload
    lykien

  • View
    299

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1. Latar Belakang

Pada 15 Januari 2014, Unit Integriti USM telah ditubuhkan di bawah Pejabat Perundangan

Universiti Sains Malaysia. Penubuhan Unit ini adalah selaras dengan Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 agar semua agensi awam menubuhkan Unit Integriti

bagi menguruskan urusan berkaitan integriti di dalam agensi masing-masing. Unit Integriti

USM diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Universiti Sains Malaysia yang juga bertindak

sebagai Pegawai Integriti Bertauliah yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia.

Peranan Unit Integriti di dalam Universiti Sains Malaysia adalah seperti berikut:

(1) Memantapkan nilai integriti di kalangan pekerja dan pelajar Universiti melalui

inisiatif mengadakan program yang berstrukturkan integriti untuk

meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya berintegriti di dalam Kampus.

(2) Bekerjasama dengan Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang telah dikenal pasti

untuk memperkasakan prinsip integriti serta akauntabiliti di dalam

penyampaian perkhidmatan Universiti yang cekap, jujur, bersih dan

cemerlang.

(3) Membantu PTJ dalam mengkaji, membangunkan serta melaksanakan dasar,

prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan etika,

perkhidmatan dan penyelidikan yang amanah.

(4) Menjalankan program penasihatan kepada pihak pengurusan Universiti

berkaitan potensi mengurangkan risiko penipuan, salah guna kuasa serta

kedudukan selain menimbulkan kesedaran ke arah sifar rasuah dan sifar

salah guna kuasa.

2. Laporan Integriti Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)

Berikut adalah senarai ringkas pencapaian Unit Integriti di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa dalam kategori jemputan oleh pihak luar Universiti.

Page 2: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

(1) Peringkat Kebangsaan

Bil.

Aktiviti

Tarikh

1.

Perkongsian Amalan Terbaik CeIO, jemputan sebagai Tenaga Pengajar

Program Pegawai Integriti Bertauliah Siri 10 Bil. 2/2015

12 Jun 2015

2.

Perkongsian Amalan Terbaik CeIO, jemputan sebagai Tenaga Pengajar

Program Pegawai Integriti Bertauliah, Institut Integriti Malaysia

22 Ogos 2015

3.

Seminar Kelestarian Integriti: “Integriti: Cabaran Penguatkuasaan dan

Realiti di Malaysia” Sempena Kelestarian Integriti dan Majlis Penutup

Program Pegawai Integriti Bertauliah 11 Bil. 3/2015

13 September 2015

4.

Kelestarian Integriti dan Majlis Penutup Program Pegawai Integriti

Bertauliah 11 Bil. 3/2015

13 Oktober 2015

5.

Konvensyen Integriti Nasional, Institut Integriti Malaysia

12 November 2015

(2) Peringkat Antarabangsa

Bil.

Aktiviti

Tarikh

1.

Policy Forum on Planning Higher Education Integrity, International

Institute for Educational Planning (IIEP) ETICO UNESCO, Paris

16-21 Mac 2015

2.

“16th IACC Workshop – Engaging Tomorrow’s Professionals in Leading

Anti-Corruption Activities”, Putrajaya

2-4 September 2015

3.

“Asean Integrity Dialogue 2015”, Auditorium Institut Integriti Malaysia,

Kuala Lumpur

10 Disember 2015

4.

Integrity in Ombudsman (IOA 2016 Conference), Regional Ombudsman

for LAC, United Nations, Ombudsman & Mediation Services, Seattle,

Amerika

10-13 April 2016

Pada tahun 2014, sebanyak 38 program telah dijalankan oleh Unit Integriti. Bagi tahun

2015, Unit Integriti telah merangka Perancangan Program Tahun 2015 sebagai

perancangan awal aktiviti integriti. Perancangan ini termasuk penglibatan Unit Integriti

dengan masyarakat luar kampus.

Page 3: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

NO.

TAJUK

JAN

FEB

MAC

APR

MEI

JUN

JULA

I

OGOS

SEPT

OKT

NOV

DIS

1 Ikrar Integriti, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar

23

R a m

a d h

a n

2 USMku Gemilang: Perundangan, Integriti dan Whistleblower

13

3 Perbincangan Program Anjuran Bersama Bagi Tahun 2015 dengan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM

26

4 Kursus Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan Universiti anjuran Unit Integriti bersama Institut Integriti Malaysia dan Pusat Transformasi Insan

3

5 Integrity Tea Talk Bersama Majlis Tertinggi (Presiden) Sekretariat Rakan Integriti: Pandangan Mengenai Integriti di Kalangan Pelajar 5

Kursus USMku Gemilang: Perundangan, Integriti & Whistleblower

6

6 Sukan Futsal Integriti anjuran bersama Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM

21

7 Pengertian Integriti dan Kepentingan Berintegriti dalam Perkhidmatan

26

8 Lawatan & Perbincangan ke Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

14

9 Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti 23

10 Taklimat Integriti Bersama Penghuni Desasiswa

27 11 Memperkasakan Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti

27

12 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi 24

13 Pengertian Integriti dan Kepentingan Berintegriti dalam Perkhidmatan 28

14 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi

26

15 Sambutan Hari Integriti USM 5

16 Pemantapan Integriti dalam Pekerjaan

18

NO.

TAJUK

JAN

FEB

MAC

APR

MEI

JUN

JULA

I

OGOS

SEPT

OKT

NOV

DIS

1 Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti

28

R a m

a d n

a n

2 Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti

28

3 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi 25

4 Pengertian Integriti dan Kepentingan Berintegriti dalam Perkhidmatan 29

5 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi

27

Unit Integriti, Pejabat Perundangan Perancangan Program Tahun 2015

“Membuat perkara yang betul, walaupun tiada sesiapa yang melihat” (C.S. Lewis)

K A M P U S I N D U K

K A M P U S K E J U R U T E R A A N

Page 4: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

Walau bagaimanapun, terdapat pertambahan aktiviti integriti yang telah dijalankan pada

tahun 2015 iaitu sejumlah 60 aktiviti telah dilaksanakan di bawah pengkelasan terma-terma

utama iaitu Pendidikan, Pencegahan, Pelaksanaan, Pengukuhan dan Kesedaran kepada

warga Kampus. Pengembangan aktiviti integriti pada kali ini bukan sahaja bertumpu kepada

warga kampus tetapi telah berkembang kepada masyarakat luar kampus. Jadual berikut

menunjukkan senarai aktiviti yang telah berlangsung pada tahun 2015.

NO.

TAJUK

JAN

FEB

MAC

APR

MEI

JUN

OGOS

SEPT

OKT

NOV

DIS

1 Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti

6

R a m

a d h

a n

2 Integriti Dalam Perkhidmatan di Universiti

20

3 Pemantapan Integriti Dalam Pekerjaan

8

4 Pengertian Integriti dan Kepentingan Berintegriti dalam Perkhidmatan

10

5 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi

7

6 Pengertian Integriti dan Kepentingan Berintegriti dalam Perkhidmatan

12

7 Akauntabiliti dan Integriti Dalam Organisasi

16

8 Pemantapan Integriti dalam Pekerjaan

14

NO.

TAJUK

JAN

FEB

MAC

APR

MEI

JUN

JULA

I

OGOS

SEPT

OKT

NOV

DIS

1

Policy Forum on Planning Higher-Education Integrity, Paris (UNESCO)

181920

R a m

a d h

a n

2 Ceramah Pelajar Berintegriti Wawasan Pertiwi dan “Integrity Games”, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul

20

3 International Conference on Multidisciplinary Research, Pulau Pinang (Presenter)

19 21

4

Initiating Integrity Programme in Neighbouring Country (Chulalongkorn University/ Universitas Padjadjaran, Bandung)

24 25

K E M A S Y A R A K A T A N & A N T A R A B A N G S A

K A M P U S K E S I H A T A N

Page 5: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

NO.

TAJUK PROGRAM (PENDIDIKAN)

1 USMku Gemilang: Perundangan, Integriti dan Whistleblower, 13 Februari 2015 2 Membina Nilai-Nilai Akauntabiliti dan Integriti, Pusat Islam, USM, 7 April 2015

3 Program Anjuran Bersama Integriti Bersama Masyarakat – Anak-anak Yatim di Ranau, Sabah, 17-18 April 2015

4 Peserta (Pemerhati) Program Kejurulatihan RINTIS & Seminar Integriti Khas Anggota Pelaksana, 10-14 Mei 2015

5 Lawatan Belajar Universiti Teknologi Malaysia, Johor, 26 Mei 2015 6 Program Integriti Kemasyarakatan di Sek. Keb. Sg. Salleh, Serdang, Kedah, 28 Mei 2015

7 Perkongsian Amalan Terbaik CeIO, jemputan sebagai Tenaga Pengajar Program Pegawai Integriti Bertauliah Siri 10 Bil. 2/2015, 12 Jun 2015

8 USMku Gemilang – Nilai-Nilai Pengukuhan Integriti Siri-2, 6-7 Ogos 2015

9 Perkongsian Amalan Terbaik CeIO, jemputan sebagai Tenaga Pengajar Program Pegawai Integriti Bertauliah, Institut Integriti Malaysia, 22 Ogos 2015

10 Seminar Kelestarian Integriti: “Integriti: Cabaran Penguatkuasaan dan Realiti di Malaysia” Sempena Kelestarian Integriti dan Majlis Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah 11 Bil. 3/2015, 13 September 2015

11 Program Staf Pusat Racun Negara - Taklimat Integriti Dalam Pekerjaan, Bilik Latihan Pusat Racun Negara, 3 November 2015

NO.

TAJUK PROGRAM (PENCEGAHAN)

1 Ikrar Integriti & Taklimat Integriti Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, 23 Januari 2015

2 Roadshow Integriti & Tatatertib, Kampus Kesihatan, 21 Mei 2015 3 Ikrar Integriti Pusat Pengajian Sains Pergigian, Kampus Kesihatan, 16 Jun 2015

4 “Integrity Desk” di Kampus Kesihatan, Dewan Persidangan, Kompleks Pejabat Pengarah Kampus, 27 Julai 2015

5 Bengkel Integriti & Kecemerlangan Pusat Rancangan Ko-Kurikulum, 5 Ogos 2015

6 Forum Integriti Program Siswa Lestari, Dewan Utama Kampus Kesihatan, HEPA Kampus Kesihatan, 1 September 2015

7 Taklimat Integriti dan Pencegahan Salah Laku kepada ASPERA (Alumni Sekretariat Pencegahan Rasuah UA), SPR USM & SPR UPSI, 1 Mei 2015

8 Program Integriti PTJ - Penyerahan Banner & Streamer Integriti kepada Jabatan Pembangunan, 2 Julai 2015

9 Program Integriti PTJ – Taklimat Integriti Pusat Racun, Bilik Latihan Pusat Racun Negara, 3 November 2015

10 NEON Run, anjuran Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM dengan kerjasama Unit Integriti, 28 November 2015

Page 6: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

NO.

TAJUK PROGRAM (KESEDARAN)

1 Kursus Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan Universiti anjuran Unit Integriti bersama Institut Integriti Malaysia dan Pusat Transformasi Insan, 3 Mac 2015

2 Penyertaan Forum ke-9 ‘Crime and Policing in Malaysia’, Dewan Tuanku Syed Putra, USM, 12 Mac 2015 3 Taklimat Integriti di Kampus Kesihatan, Kelantan & Roadshow Integriti & Tatatertib, 20 Mei 2015 4 Program Integriti – Rasuah & Kisah di Sebalik Birai Besi, Kampus Kejuruteraan, 12 Jun 2015

5 Taklimat Integriti dan Peraturan Perundangan di Dalam Perkhidmatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Kampus Kesihatan, 16 Jun 2015

6 Program Integriti Kampus Kesihatan “Pengukuhan Nilai Integriti Dalam Pengurusan Organisasi: Impak, Isu dan Masalah, Dewan Persidangan, Kompleks Pejabat Pengarah Kampus, 27 Julai 2015

7 Program Integriti PTJ – Jabatan Pembangunan, Dewan Kuliah A, 31 Julai 2015

8 Program Integriti PTJ “Jari Telujuk, Kelingking Berkait & Pengkisahan di Sebalik Tirai Besi”– Jabatan Keselamatan, Pusat Perkhidmatan Analitikal & Toksilogi Termaju dan Pusat Sukan dan Rekreasi, Dewan Budaya, 25 Ogos 2015

9 Program Integriti Jabatan Pembangunan & Jabatan Keselamatan, Kampus Kesihatan, “Pembudayaan Integriti & Akauntabiliti Asas Kecemerlangan Bersama – Telunjuk Lurus, Kelingking Berkait & Pengkisahan di Sebalik Tirai Besi”, Auditorium Hospital USM, 6 September 2015

10 Syarahan Perdana Tan Sri Hasmy Agam “Relationship Between Human Rights and Nation Building”, Dewan Budaya, 6 November 2015

11 Pengukuhan Integriti di Dalam Perkhidmatan anjuran bersama Pusat Transformasi Insan, IPPT, 26 November 2015

12 Pengukuhan Integriti di Dalam Perkhidmatan anjuran bersama Pusat Transformasi Insan, Kampus Induk, 27 November 2015

13 Program Integriti Jabatan Pembangunan & Jabatan Keselamatan, Kampus Kesihatan, “Pembudayaan Integriti & Akauntabiliti Asas Kecemerlangan Bersama – Telunjuk Lurus, Kelingking Berkait & Pengkisahan di Sebalik Tirai Besi”, Auditorium Hospital USM, 29 November 2015

NO.

TAJUK PROGRAM (PELAKSANAAN)

1 Rundingan Program Anjuran Bersama dengan Majlis Tertinggi Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM bagi Tahun 2015, 25 Februari 2015

2 Rundingan Program Integriti Kemasyarakatan Peringkat Sekolah Bersama Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM dan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, Pulau Pinang, 5 Mac 2015

3 Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus Peringkat Universiti Sains Malaysia, 3 April 2015

4 Rundingan Program Integriti Sekolah Menengah MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang (Rundingan Bersama Timbalan Pengetua & Guru Disiplin), 13 April 2015

5 Mesyuarat Polisi Hadiah dan Sumbangan dengan Pegawai-pegawai Kanan Universiti, 16 April 2015 6 Lawatan dan perbincangan dengan Sektor Swasta, Institut Integriti Malaysia, 22 April 2015

7 Mesyuarat Seminar “Integrity in Medico Legal” bersama Pusat Perubatan Universiti Malaya dan wakil Kampus Kesihatan USM di PPUM, 22 April 2015

8 Mesyuarat/Perbincangan “Rebranding Jabatan Pembangunan”, 15 Mei 2015 9 Forum Integriti (Program Siswa Lestari), Kampus Kesihatan, 1 September 2015

10 Bengkel Statut dan Kaedah Tatatertib Pelajar USM, 19-21 September 2015

11 “16th IACC Workshop – Engaging Tomorrow’s Professionals in Leading Anti-Corruption Activities”, Putrajaya, 2-4 September 2015

12 Kelestarian Integriti dan Majlis Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah 11 Bil. 3/2015, 13 Oktober 2015

13 Syarahan Perdana Y.Bhg. Tan Sri Hasmy Agam, “Relationship Between Human Rights and Nation Building”, sempena Sambutan Hari Integriti USM, 5 November 2015

14 Konvensyen Integriti Nasional, Institut Integriti Malaysia, 12 November 2015 15 CISM Lab oleh SPRM, Pusat Latihan Kemahiran Perindustrian, Nibong Tebal, 26 November 2015

Page 7: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

Pelbagai bentuk aktiviti dan program telah dijalankan pada tahun 2015 termasuk program-

program khas yang bertumpu kepada PTJ tertentu. Aktiviti dan program yang dijalankan

telah mendapat perhatian oleh beberapa agensi luar.

Program Pengukuhan Tadbir Urus dan Peningkatan Integriti Jabatan Pembangunan dan

Jabatan Keselamatan di Kampus Kesihatan Penganjuran aktiviti integriti oleh Unit Integriti telah menjadikan USM sebagai rujukan oleh

beberapa Unit Integriti Universiti Awam yang lain. Penglibatan jaringan Unit Integriti di

peringkat kebangsaan dengan Institut Integriti Malaysia, Institut Integriti Negeri Pulau

Pinang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Akademi Pencegahan Rasuah

Malaysia, Yayasan Anti-Rasuah Malaysia, Unit Integriti Kementerian Pendidikan Tinggi, dan

NO.

TAJUK PROGRAM (PENGUKUHAN)

1 Conference on Integrity in Education, UNESCO, Paris, 17-19 Mac 2015

2 Taklimat Kepentingan Berintegriti di Dalam Perkhidmatan dan Penyelidikan, Kampus Kesihatan, 6 April 2015

3 Kursus Pembangunan Individu Organisasi Berintegriti (PIOB) Staf Unit Integriti, 4-7 Mei 2015

4 “Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat”, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Dewan Perdana PICC, jemputan oleh Institut Integriti Malaysia, 7 Mei 2015

5 Majlis Makan Malam Bersama Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM (anjuran Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM bersama Unit Integriti), 27 Mei 2015

6 “Penghayatan Ramadhan ke Arah Pembentukan Jatidiri Budaya Kerja Cemerlang”, Auditorium Murad Mohd Noor, USAINS, jemputan oleh Institut Integriti Negeri Pulau Pinang, 24 Jun 2015

7 Sesi Perkongsian Integriti Individu Dalam Organisasi, Program Latihan Pejabat oleh Dr. Faizal Kamarudin, Timbalan Pengarah, Pejabat Tanah dan Galian, 3 Julai 2015

8 Corporate Integrity Pledge Monitoring Workshop, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 14-16 Oktober 2015

9 Taklimat Pengukuhan Integriti Dalam Perkhidmatan, Pusat Racun Negara, 3 November 2015 10 Taklimat Integriti, Pusat Pembangunan Siswa, 9 Disember 2015 11 Taklimat AUKU, Pusat Pembangunan Siswa, 9 Disember 2015 12 “Asean Integrity Dialogue 2015”, Auditorium Institut Integriti Malaysia, 10 Disember 2015

Page 8: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

lain-lain badan serta agensi adalah titik permulaan langkah meneraju ke peringkat yang

lebih tinggi. Unit Integriti USM sering dijemput sebagai Pembentang di dalam Forum Alumni

Pegawai-pegawai Integriti Bertauliah. Pembentangan ini memuatkan perkongsian ilmu

pengetahuan mengenai pengendalian aktiviti Unit Integriti di USM yang telah dikongsi

bersama semua para Pegawai Integriti Bertauliah daripada seluruh Malaysia.

Jemputan sebagai Penceramah Forum Pegawai-pegawai Integriti Bertauliah oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Institut Integriti Malaysia pada 22 Ogos 2015

Selain daripada itu, Unit Integriti USM juga menjadi Universiti pertama di Malaysia sebagai

ahli International Centre for Academic Integrity (ICAI). ICAI adalah satu badan

antarabangsa yang menanggani isu-isu berkaitan integriti akademik secara global.

Jaringan kerja Unit Integriti pada tahun 2015

Tahun 2015 telah menyaksikan Unit Integriti USM meluaskan jaringannya ke persada

antarabangsa apabila Ketua Unit Integriti USM dijemput sebagai pembentang kertas kerja di

dalam “Policy Forum on Planning Higher Education Integrity” yang diadakan oleh

JITU

SPRM

IIM/ IINPP

SRIMUSM

SPRUSM

Jawatan kuasa

Plagiarism

ICAI

IIEP/ UNESCO

IACC

Page 9: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

International Institute for Educational Planning (IIEP) ETICO UNESCO di Paris, Perancis

pada 16-21 Mac 2015. Daripada penglibatan jaringan antarabangsa ini juga, Unit Integriti

USM adalah satu-satunya Unit Integriti Universiti Awam yang telah dijemput

membentangkan kertaskerja di dalam “16th IACC Workshop – Engaging Tomorrow’s

Professionals in Leading Anti-Corruption Activities” yang telah berlangsung pada 2-4

September 2015 di Putrajaya. Persidangan ini dihadiri oleh 1200 orang wakil daripada 130

buah negara.

Penasihat Undang-Undang USM selaku Ketua Unit Integriti dijemput sebagai penceramah di “16th IACC Workshop – Engaging Tomorrow’s Professionals in Leading Anti-Corruption Activities”

Persidangan antarabangsa tersebut melibatkan para pegawai tertinggi di dalam dan luar

negara. Ianya adalah satu penghormatan kepada Ketua Unit Integriti USM kerana dijemput

sebagai penceramah di dalam persidangan antarabangsa yang unggul itu. Persidangan

telah membincangkan isu berkaitan kepimpinan global dan isu menangani rasuah di dalam

negara terutamanya negara-negara membangun. Pada penghujung tahun 2015 pula, Ketua

Page 10: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

Unit Integriti telah dijemput membentangkan kertas kerja di dalam “Asean Integrity Dialogue

2015” yang telah diadakan di Institut Integriti Malaysia.

Setakat ini, program-program integriti yang dijalankan dalam beberapa kaedah iaitu secara

persendirian oleh Unit Integriti, secara anjuran bersama dengan PTJ lain serta Sekretariat

Rakan Integriti Mahasiswa USM dan Sekretariat Pencegah Rasuah USM. Selain daripada

itu, terdapat juga program-program atas jemputan khas oleh PTJ tertentu seperti taklimat

khas integriti dan tatatertib kepada Penggawa dan Penolong-Penolong Penggawa

Desasiswa Universiti dan lain-lain program integriti dan tatatertib PTJ.

Bagi program integriti di dalam Kampus pada tahun 2015, selain mengadakan taklimat

integriti oleh Ketua Unit Integriti USM, beberapa penceramah daripada dalam dan luar

kampus turut dijemput untuk memberikan penekanan yang berbeza mengenai kepentingan

berintegriti di dalam menjalankan tugas. Ini termasuklah jemputan penceramah daripada

Institut Integriti Malaysia (IIM), penceramah bertauliah oleh IIM dan penceramah bebas.

Di dalam konteks kesedaran integriti oleh penceramah bebas yang dijemput bertajuk

‘Pengkisahan Daripada di Sebalik Tirai Besi’ dan ‘Tumbuk Rusuk, Telunjuk Lurus Kelingking

Berkait’, pekerja Universiti diingatkan supaya mempunyai integriti yang kukuh dengan

pegangan agama. Perkongsian ceramah itu menyentuh secara menyeluruh mengenai

kesalahan jenayah rasuah dan telah memberikan pendedahan secara nyata mengenai

kehidupan di dalam penjara akibat daripada mengamalkan rasuah. Sebagai pesanan,

semua pekerja diingatkan agar sentiasa bijak menguruskan perbelanjaan kewangan

bulanan agar hidup selesa dalam keadaan serba adanya dan tidak dihimpit oleh dorongan

kemahuan di luar kemampuan sehingga perlu mengamalkan rasuah untuk menampung

kehidupan. Integriti yang kukuh di dalam setiap individu akan melahirkan kehidupan yang

tenang dan jauh daripada masalah sekaligus dapat membantu setiap individu ke arah

peribadi murni yang berkualiti.

Penceramah jemputan memberikan ceramah mengenai bahaya rasuah dalam Seminar Integriti

yang diadakan pada 25 Ogos 2015

Page 11: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

Mengorak langkah memperkasakan nilai integriti kepada setiap pekerja di dalam Universiti,

sebanyak empat buah PTJ telahpun mengadakan Program Ikrar Integriti pada tahun 2015.

Program ini mengandungi elemen taklimat integriti oleh Ketua Unit Integriti mengenai

perkhidmatan yang bersih, cekap dan telus serta majlis mengangkat ikrar PTJ. Ketua Unit

Integriti USM juga telah memberikan maklumat dan pendedahan kepada warga kampus

mengenai kesalahan yang perlu dijauhi oleh pekerja di dalam menjalankan perkhidmatan di

Universiti.

Isu yang diberi penekanan ialah yang menjerumus ke arah kesalahan penerimaan rasuah

atau kesalahan meminta serta menerima wang kopi, tidak tepati masa, salah guna kuasa

dan lain-lain kesalahan yang harus dijauhi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang

tidak diingini kepada pekerja itu sendiri mahupun Universiti secara amnya.

Program Ikrar Integriti Jabatan Pendaftar (Bahagian Akademik) dan

Program Integriti Dalam Perkhidmatan di Pusat Sejahtera

Taklimat Integriti dan Tatatertib di Pusat Rancangan Ko-Kurikulum

Selain daripada kesedaran berintegriti kepada pekerja, aktiviti integriti bersama pelajar baru

juga tidak ketinggalan diadakan untuk memberikan maklumat dan pendedahan mengenai

kesalahan-kesalahan yang harus dijauhi sepanjang pengajian di dalam Universiti.

Page 12: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

Taklimat Integriti dan Tatatertib kepada pelajar baru di Dewan Tuanku Syed Putra dan Forum Integriti dalam

Program Siswa Lestari bersama pelajar baru di Kampus Kesihatan

Taklimat Pengenalan Integriti kepada ahli baru Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM dan Penglibatan Unit Integriti dalam pembukaan ‘Larian Neon’ anjuran Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM

Penglibatan Unit Integriti dengan program integriti pelajar adalah berterusan. Selain

daripada itu, Unit Integriti juga menjalankan program integriti khas untuk beberapa PTJ. Kain

rentang dan ‘streamer’ yang berkaitan dengan integriti telah direntangkan untuk kegunaan di

PTJ yang terlibat.

Page 13: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

Kain rentang ‘Amalan Berintegriti’ yang ditempatkan di PTJ yang menjalani program integriti

Sebagai satu kelainan, Unit Integriti bersama Pejabat Perundangan turut mengadakan

kaunter bergerak mengenai Integriti dan Tatatertib. Kaunter ini diadakan di Kampus Induk,

Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan untuk mendekati staf dengan lebih dekat di

dalam konteks pengertian integriti dan salah laku yang boleh disabitkan dengan kes

tatatertib.

Kaunter integriti bersama pelanggan di Universiti Sains Malaysia

Selain daripada usaha memberikan kesedaran integriti kepada warga kampus, tahun 2015

telah mengorak langkah Unit Integriti untuk meluaskan skop integriti kepada masyarakat di

luar kampus seperti persatuan pelajar, rumah anak yatim dan sekolah.

Taklimat integriti kepada Persatuan ASPERA

Page 14: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

Program integriti bersama anak-anak yatim Rumah Permata Kasih, Permatang Pauh

Aktiviti kemasyarakatan integriti termasuk mengadakan permainan bercorak integriti

bersama anak-anak yatim serta aktiviti mengecat manakala aktiviti gotong-royong integriti di

sekolah membabitkan lukisan mural di dinding-dinding sekolah termasuk memberikan

taklimat integriti kepada guru-guru. Program ini diadakan bersama Sekretariat Rakan

Integriti Mahasiswa USM.

Program integriti di Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh, Kedah

Di peringkat tadbir urus Universiti, Unit ini bertindak sebagai Sekretariat kepada

Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) yang dipengerusikan oleh Naib Canselor

USM. JITU adalah satu jawatankuasa yang dibentuk Kerajaan bagi mengenal pasti isu,

permasalahan serta memantau inisiatif dan langkah-langkah penambahbaikan integriti

berdasarkan terma-terma rujukan yang ditetapkan. Selain daripada itu, Unit Integriti USM

juga terlibat di dalam Jawatankuasa Plagiarisme Universiti.

Plak integriti telah dikeluarkan oleh Unit Integriti untuk diedarkan kepada semua PTJ di

dalam Universiti untuk memperingatkan tentang amalan budaya berintegriti di dalam

kampus.

Page 15: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

Plak Integriti diedarkan kepada semua PTJ

Unit Integriti telah menerima lawatan daripada dua Universiti Awam yang berhasrat untuk

mendapat pengetahuan serta selok belok pengendalian aktiviti integriti di dalam Kampus.

Lawatan daripada Universiti Teknologi Malaysia termasuk seorang Pegawai Unit Integriti daripada Universiti tersebut

Selain daripada lawatan oleh Universiti Awam, Unit ini juga dihubungi oleh agensi kerajaan

lain untuk mendapat maklumat mengenai pendekatan pengendalian aktiviti integriti dengan

lebih terperinci. Pada tahun 2015, Unit Integriti juga buat pertama kalinya telah menerima

seorang pelajar di bawah Program Latihan Industri daripada Pusat Pengajian Bahasa,

Literasi dan Terjemahan.

Dalam tahun 2015 juga, Unit ini bersama Yayasan Tun Sardon telah menganjurkan satu siri

Syarahan Perdana oleh Tan Sri Hasmy Agam bertajuk “Relationship Between Human Rights

and Nation Building” pada 6 November 2015 bertempat di Dewan Budaya.

Page 16: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

Syarahan Perdana oleh Tan Sri Hasmy Agam,“Relationship Between Human Rights and Nation Building”

Terdapat lebih 7 jenis bahan cetakan telah dikeluarkan oleh Unit Integriti pada tahun 2015.

Kebanyakan hasil cetakan ini digunakan di dalam aktiviti-aktiviti integriti untuk pekerja dan

pelajar di kampus induk serta kampus-kampus cawangan.

Page 17: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

Informasi di dalam brosur dan cetakan ini memuatkan penekanan kepada amalan budaya

kerja berintegriti di dalam kampus untuk menjauhi rasuah, salahguna kuasa, cara-cara

meningkatkan integriti ke arah nilai etika yang baik serta pematuhan kepada perundangan

Universiti. Polisi Pemberi Maklumat Universiti pula mengandungi maklumat bagaimana

seseorang pelapor sebagai pemberi maklumat, boleh dilindungi di bawah Polisi Pemberi

Maklumat Universiti apabila memberikan pelaporan mengenai mana-mana kesalahan jika

didapati berlaku di dalam Universiti. Selain daripada inisiatif yang bersifat program, Unit ini

juga turut membantu beberapa urusan inkuiri berkaitan dengan integriti. Secara rumusan,

berikut adalah statistik aktiviti Unit Integriti USM bagi tahun 2015 mengikut 5 pengkelasan

terma iaitu Pendidikan, Pencegahan, Pelaksanaan, Pengukuhan dan Kesedaran.

Statistik aktiviti integriti mengikut pengkelasan utama

0

5

10

15

20142015

Page 18: UNIT INTEGRITI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1. Latar …aceio.com.my/wp-content/uploads/2016/03/Laporan-Aktiviti-CeIO-UI... · prosedur dan garis panduan ke arah integriti serta pengurusan

Pada tahun hadapan, Unit Integriti USM bercadang untuk menambah bilangan aktiviti

integriti sejajar dengan keperluan warga kampus selain mengembangkan penglibatan

integritinya yang lebih kreatif dalam pelbagai bentuk kepada warga kampus.

Lonjakan paradigma di dalam konteks memupuk kesedaran integriti di dalam Universiti dan

kepada masyarakat akan digerakkan dengan lebih meluas ke persada antarabangsa.

Mengurus dan mengkordinasikan program integriti. Urusetia tetap Jawatankuasa

Integriti dan Tadbir Urus Universiti

38 aktiviti integriti

kepada staf dan pelajar.

Jaringan peringkat

negeri dan kebangsaan

APEX FASA I APEX FASA II

Konsultansi integriti kepada Universiti, agensi luar dan masyarakat

2014 2015 2016 2018 2020 2019 2017

60 aktiviti Integriti

kepada staf, pelajar dan masyarakat.

Jaringan peringkat

kebangsaan dan antara-

bangsa

Pertambahan program integriti dalam pelbagai bentuk aktiviti bertujuan untuk penerapan nilai integriti

Kajian berterusan terhadap program integriti di dalam dan luar kampus (Penglibatan semua kampus)