Upload
zara-nabilah
View
237
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 1/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
1
MODUL
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
C4006C4006ATURCARA KONTRAK &
UKUR BINAAN 2
MOHD SAFRI BIN OMAR(POLISAS)
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 2/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,
KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATAN
SELEPAS SIAP
Objektif am: : Mempelajari dan mmemahami Syarat-syarat Kontrak Setara JKR 203A mengenai Fasal 37, Fasal 40, Fasal 43 dan Fasal 45.
Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 37: Bon Perlaksanaan
Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 40: Gantirugi Kerana Tak
Siap
Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 43 : Kelambatan Dan
Lanjutan Masa
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
2
UNIT 6
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 3/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
Menerangkan kehendak-kehendak Fasal 45: Kecacatan selepas Siap
6.0 PENGENALAN
Dalam Unit ini, akan dibincangkan Fasal 37, Fasal 40, Fasal 43 dan Fasal 45.
Fasal-fasal ini perlu dibaca dan diteliti dengan baik supaya masalah yang
mungkin berlaku ditapak bina dapat diambil tindakan yang sewajarnya. Anda
mungkin akan diminta memberi nasihat atau pandangan terhadap masalah yang
berlaku nanti.
TERUSKAN BACAAN ANDA
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
3
Ni kena belajar berkenaan BonPerlaksanaan bukan James Bond, GantiRugi Kerana Tak Siap, kalau siap takada masalah, Kelambatan Dan LanjutanMasa kalau tidak kena dendalah danKecacatan Selepas Siap, siapa kenatanggung kos ni…
GUNAKAN BORANG KONTRAK SETARA JKR 203AUNTUK RUJUKAN ANDA. BACA TERLEBIH DAHULUFASAL-FASAL TERSEBUT SEBELUM MEMBACAHURAIAN FASAL DIBAWAH
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 4/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
6.1 Fasal 37 : Bon Perlaksanaan
6.1.1 Sub fasal(a), (b), (c) & (d)
Merupakan sejumlah wang tahanan atau wang cagaran yang mana jumlahnya
adalah 5 % daripada Jumlah Harga Kontrak. Ia boleh dikemukakan dalam bentuk
tunai, deposit bank, gerenti bank atau draf bank @ satu gantian insurans.
(Rujuk KPKR 94, Bon Perlaksanaan bentuk dikemukakan adalah dalam bank
gerenti sahaja).
Bon Perlaksanaan ini mestilah diserahkan kepada kerajaan atas nama Pegawai
Penguasa Projek (Kerajaan) dan Kontraktor Dinamakan. Ia merupakan syarat
terdahulu sebelum memulakan kerja.
Bon perlaksanaan hendaklah ditetapkan sah dan terus sah dan berkuatkuasa bagi
sesuatu tempoh sebagaimana yang diperuntukkan dalam Gerenti Bank atauGerenti Insurans yang diluluskan. Pihak kerajaan akan membuat potongan
sekiranya berlaku apa-apa perlanggaran kontraktor terhadap obligasinya.
Sekiranya tidak, Bon perlaksanaan akan dipulangkan balik kepada kontraktor
setelah diberi Perakuan Siap Membaiki Kecacatan bagi seluruh Kerja.
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
4
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 5/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
6.1.2 Kepentingan Bon Perlaksanaan Kepada Kontraktor
• Bagi menjamin kesungguhan kontraktor yang kerja itu akan dibuat dengan
sepenuhnya dan sempurna.( sekurang-kurangnya kerja kontraktor mencapai tahap yang paling minima).
• Sekiranya kontraktor ingin memohon wang pendahuluan, bon
perlaksanaan boleh digunakan sebagai jaminan.
6.1.3 Kepentingan Bon Perlaksanaan Kepada Kerajaan Atau Majikan
• Bagi menjamin kepentingan majikan dan kerajaan.
• Jika kontraktor tak dapat membayar kepada subkontraktor, kerajaan
boleh membayarnya dengan menggunakan bon perlaksanaan ini.
• Boleh digunakan apabila kontraktor tak melaksanakan kontrak atau
melakukan apa-apa pelanggaran terhadap obligasinya.( pecah kontrak)
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
5
HURAIAN TAMBAHAN UNTUKFASAL 37
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 6/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
• Sekiranya kos untuk membaiki kecacatan selepas siap melebihi bagi
menanggung kerugian bayaran kemajuan yang akhir untuk kontraktor.• Sekiranya berlaku penamatan kontrak, kerajaan boleh menggunakan
bon perlaksanaan bagi menanggung kerugian dan untuk caj-caj untuk
memanggil semula tender.
• Sekiranya kontraktor terpaksa membayar denda atau gantirugi yang
melebihi daripada bayaran kemajuan akhir yang diterimanya.
• Bon Perlaksanaan akan dipulangkan atau diberi semula kepada
kontraktor selepas Perakuan Siap Membaiki kecacatan.
6.2 Fasal 40 : Ganti Rugi Kerana Tak Siap
Merupakan satu denda yang dikenakan kepada kontraktor selam tempoh kerja
tersebut dalam keadaan begitu dan tak siap. Ianya dikenakan kerana kontraktor
tidak dapat menyiapkan kerja setelah tamat tempoh kontrak atau setelah tamat
Tempoh Lanjutan Masa atau sehingga pada tarikh siap yang telah diberikan oleh
Pegawai Penguasa yang mana sepatutnya pada pendapat Pegawai Penguasa kerja
tersebut telah disiapkan.
Maka, kerugian atau gantirugi yang dialami oleh kerajaan akibat daripada
kelambatan tersebut adalah ditanggung oleh kontraktor dimana kerugian atau
gantirugi ini akan didapatkan semula daripada kontraktor melalui gantirugi
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
6
TERUSKANBACAAN ANDA
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 7/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
tertentu dan gantirugi ditetapkan (Dinyatakan dalam Lampiran Syarat-syarat
Kontrak)
6.3 Fasal 43 : Kelambatan Dan Lanjutan Masa
Kelambatan adalah suatu kerja yang dilambatkan atau terlambat yang melebihi
tarikh siap yang dinyatakan seperti dalam Dokumen Kontrak manakal Lanjutan
masa adalah tempoh masa yang diberi oleh kerajaan kepada kontraktor apabila
kerja tidak dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan dalam Dokumen Kontrak
di man sebab-sebab kelambatan itu diluar kawalannya atau diluar jangkaan.
Lanjuta masa bertujuan untuk kontraktor menyiapkan projek berkenaan mengikut
tempoh masa yang diluluskan oleh kerajaan tanpa dikenakan apa-apa gantirugi
atau denda.
6.3.1 Sub Fasal (a)
Disebabkan oeh ‘ Force Majeure’ (Act of God) iaitu sesuatu perkara yang berlaku
diluar jangkaan seperti jerebu, ribut dan lain-lain kejadian diluar jangkaan.
6.3.2 Sub Fasal (b)
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
7
Kerja tak siap tetapi dapat disiapkanDENDA AKAN DIKENAKAN tetapisekiranya terus tak siap KONTRAKAKAN DIMANSUHKAN (FASAL 51)
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 8/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
Keadaan atau keburukan cuaca luar biasa seperti hujan batu, salji, kemarau, banjir
kilat, ribut petir dan puting beliung.6.3.3 Sub Fasal (c)
Arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa yang berbangkit dari
pertikaian dengan tuan punya tanah yang berhampiran dengan tapak bina
sehingga mengakibatkan projek tergendala dan bukan disebabkan oleh kecuaian
kontraktor.
6.3.4 Sub Fasal (d)
Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada kerja-kerja yang disebabkan
oleh perkara-perkara diluar jangkaan seperti kebakaran, letupan, tanah runtuh,
tangki pecah, radas dan paip pecah, kapaludara dan lain-lain alat udara atau artikel
yang gugur dari udara, rusuhan dan kekacauan awam.
6.3.5 Sub Fasal (e)
Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan bersabit perubahan kerja
bercanggah dalam atau antara Dokumen Kontrak.
6.3.6 Sub Fasal (f)Kontraktor tidak menerima dalam masa yang wajar daripada Pegawai Penguasa
arahan-arahan, pelan-pelan, aras-aras yang diperlukan dan sebagainya atau arahan
berkenaan dengan penamaan Subkontraktor Dinamakan atau Pembekal
Dinamakan.
6.3.6 Sub Fasal (g)
Kelambatan memberi Milik Tapak (Prosedur pemilikan tapakbina rujuk Fasal 38)
6.3.7 Sub Fasal (h)
Kelambatan berpunca daripada penyatuan pekerja-pekerja setempat seperti
mogok atau tutup pintu yang melibatkan mana-mana TRED yang diguna khidmat
keatas kerja. (TRED – Persatuan yang diiktiraf oleh Malaysia)
6.3.8 Sub Fasal (i)
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
8
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 9/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
Kelambatan oleh pihak artisan (pakar), tukang-tukang atau orang lain yang
ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja-kerja yang tidak menjadisebahagian dalam kontrak.
6.3.9 Sub Fasal (j)
Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal olehnya
untuk mendapatkan apa-apa barang atau bahan yang diperlukan untuk
menjalankan kerja.
6.3.10 Sub Fasal (k)
Kelambatan oleh Subkontraktor Dinamakan atau Pembekal Dinamakan.
Perkara-perkara penting sebelum Sijil Lanjutan Masa dikeleuarkan:
• Kontraktor hanya berhak mendapat lanjutan masa sekiranya ia telah
sentiasa berusaha dengan sedaya upayanya untuk mengelakkan
kelambatan dan telah membuat apa-apa yang dikehendaki dengan
munasabahnya oleh Pegawai Penguasa.
• Kontraktor hendaklah bertanggungjawab untuk menyatakan secara bertulis
sebab-sebab kelambatan tersebut kepada Pegawai Penguasa sejurus
berlakunya kelambatan.
• Setiap rayuan dan permohonan daripada kontraktor untuk lanjutan masa
mestilah dikaji oleh Pegawai Penguasa dan majikan akan punca-punca
berlakunya kelambatan tersebut, dimana hanya kelambatan sebenar sahaja
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
9
SECARA KESIMPULANNYA KELAMBATAN BOLEHDISEBABKAN OLEH PEGAWAI PENGUASA, PIHAKKERAJAAN, SUBKONTRAKTOR/PEMBEKALDINAMAKAN ATAU KEADAAN DILUAR JANGKAAN
HURAIAN TAMBAHANUNTUK FASAL 43
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 10/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
yang perlu dinilaikan semasa mengira tempoh tersebut yang mana ianya
akan dinilai berdasarkan program atau perancangan kerja kontraktor danhubung kait operasi kerja dengan keseluruhan kerja.
• Kelambatan kerja boleh dinilai melalui Carta Kemajuan Kerja dimana jika
kontraktor ketinggalan dari jadual, beliau mesti diarahkan untuk memberi
tunjuk sebab mengapa kerjanya terlambat.
• Tempoh bagi sesuatu lanjutan masa, hanya akan ditentukan oleh AJK
kelambatan dan Lanjutan masa.
• Jika Pegawai Penguasa berpuas hati dengan alasan-alasan kelambatan
tersebut maka lanjutan masa akan diberikan dengan menggunakan
‘Perakuan Kelambatan’ dan ‘Perakuan Lanjutan Masa’ iaitu Borang JKR
203 T pindaan 4/83. Peraakuan Kelambatan dan Perakuan Lanjutan Masa
ini mestilah diserahkan sebelum Tarikh Siap Kerja.
Maklumat-maklumat yang mesti diberikan oleh Pegawai Penguasa semasa
mengemukan Perakuan Lanjutan Masa untuk diluluskan:
• Butiran-butiran bagaimana tempoh lanjutan masa yang dicadangkan
dihitung.
• Dimana kerajaan bertanggungjawab keatas kelambatan itu, nyatakan
samada sebab kelambatan itu telah diatasi dan jika tidak nyatakanlangkah-langkah yang sedanga diambil untuk mengatasinya.
• Dimana kerajaan bertanggungjawab keatas kelambatan, nyatakan samada
kontraktor ada atau akan menuntut kerugian dan perbelanjaan tambahan
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
10
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 11/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
dan jika ‘YA’ akan dibuat anggaran. Anggaran ini dibuat oleh Pegawai
Penguasa.• Satu huraian kemajuan kerja yang telah dicapai oleh kontraktor pada
tarikh perakuan hendaklah disediakan dan tentukan baki kerja yang
hendak dijalankan.
• Nyatakan samada kontraktor boleh menyiapkan kerja pada tarikh siap
lanjutan yang dicadangkan dan jika tidak, nyatakan tarikh anggarannya.
Setelah perakuan tersebut diluluskan salinan asal hendaklah dihantar kepada
kontraktor, satu salinan mengenainya mestilah diedarkan kepada pihak-pihak
tertentu seperti mana yang disenaraikan dalam perakuan dan juga ditambah
kepada yang berikutnya.
1. P.K.K (Pusat Khidmat Kontraktor).
2. Jurukur bahan yang terlibat dalam pembinaan.
Pegawai-pegawai yang berkuasa mengesahkan Perakuan Lanjutan Masa:
1. Ketua Pengarah Kerjaraya
2. Timbalan Pengarah Kerjaraya.
3. Pengarah Cawangan JKR.
4. Ketua Pengarah Negeri.
5. Ketu Unit Khas.
6.4 Fasal 45 : Kecacatan Selepas Siap
6.4.1 Subfasal(a) – Tempoh Liabiliti Kecacatan
Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 12 bulan (projek yang melebihiRM50,000.00) seperti yang dinyatakan didalam dokumen kontrak selepas tarikh
penyiapan kerja yang praktikal yang diberikan kepada kontraktor oleh Pegawai
Penguasa dimana kecacatan, ketidaksempurnaan atau kekurangan atau apap-apa
jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan juga disebabkan oleh bahan atau
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
11
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 12/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
barang-barang atau mutu hasil kerja hendaklah disempurnakan oleh kontraktor
sebaik mungkin.6.4.2 Subfasal(b) – Jadual Kecacatan
Jika terdapat apa-apa kecacatan atau ketidaksempurnaan yang berlaku, Pegawai
Penguasa hendaklah mengemukan Jadual Kecacatan yang akan diserah-hantar
kepada kontraktortidak lewat dari empat belas (14) hari selepas tamat Tempoh
Liabiliti Kecacatan. Kontraktor atas kosnya sendiri akan memperbaiki kecacatan
atau ketidaksempurnaan dalam masa yang berpatutan tetapi tidak lebih dari
tiga(3) bulan selepas penerimaan jadual tersebut. Pegawai Penguasa tidak
dibenarkan mengeluarkan apa-apa arahan berhubung dengan kecacatan selepas
Jadual Kecacatan dikeluarkan atau selepas 14 hari tamatnya Tempoh Liabiliti
Kecacatan mengikut mana yang terkemudian.
6.4.3 Subfasal(c) – Kemungkiran Kontraktor
Jika kontraktor tidak mematuhi subfasal (a) & (b), bahan atau kerja yang terjejas
boleh diperbaiki oleh Pegawai Penguasa dengan cara yang patut dan kos yang
ditanggung hendaklah dipotong dari baki wang yang akan dibayar kepada
kontraktor atau dari Bon Perlaksanaan atau sebagai suatu wang tuntutan tertentu.
6.4.4 Subfasal(d) – Kuasa-kuasa Tambahan Pegawai Penguasa
Jika pada pendapat Pegawai Penguasa tidak mudah untuk kontraktor
memperbaikinya maka kesusutan kerja akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa
dan kaedah pembayaran sama seperti dalam subfasal (c).
6.4.5 Subfasal(e) – Perakuan Siap Membaiki Kecacatan
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
12
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 13/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
Apabila pada pendapat Pegawai Penguasa , kontraktor telah memperbaiki
kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan yang perludiperbaiki atau Pegawai Penguasa menganggap projek itu telah siap, Pegawai
Penguasa mengeluarkan satu perakuan dimana perakuan ini disebut “ Perakuan
Siap Membaiki Kecacatan.”
Tempoh Pembinaan Tempoh Liabiliti
Kecacatan
Jadual Kecacatan Tempoh Membaiki
Kecacatan
Penyiapan kerja (12 bulan) (14 hari) (3 Bulan)
Secara Praktikal
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
13
UNTUK LEBIH JELAS,
CUBA BACA HURAIANDIBAWAH
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 14/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
Tempoh pembinaan + Tempoh Liabiliti Kecacatan + 14 Hari + Tempoh
Membaiki Kecacatan Perakuan Membaiki Kecacatan dikeluarkan
Tempoh Liabiliti Kecacatan merupakan satu jaminan untuk majikan bahawa mutu
bahan atau barang dan kerja yang dilaksanakan adalah baik dan mengikut piawai
yang telah ditetapkan dalam dokumen kontrak.
Penyiapan Kerja Secara Praktikal ialah apabila kerja itu telah mencapai satu tahap
penyiapan dimana ia dapat menemui fungsi pengguna. Walaupun terdapat sedikit
kekecutan atau ketidaksempurnaan tetapi tidak mengurangkan keselesaan
penggunanya.
• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA.• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS PADA
HALAMAN BERIKUTNYA..
6.1 Apakah yang dimaksudkan dengan Bon Perlaksanaan( Performance Bond )?
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
14
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 15/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
6.2 Terangkan istilah-istilah berikut:
a. Ganti Rugi Tertentu dan Ganti Rugi Ditetapkanb. Perakuan Kerja Tidak Siap
c. Tempoh Lanjutan Masa
d. Penyiapan Kerja Praktikal
e. Tempoh Liabiliti Kecacatan
f. Jadual Kecacatan
SYABAS SEKIRANYA JAWAPAN ANDA MENGAMBIL KIRA FAKTABERIKUT.
6.1 Bon Perlaksanaan merupakan sejumlah wang tahanan atau wang cagaran dalam
bentuk tunai atau dalam bentuk gerenti bank. Jumlahnya adalah 5% daripada Jumlah
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
15
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 16/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
Harga Kontrak. Pihak kerajaan akan membuat potongan sekiranya Kontraktor melakukan
perlanggaran terhadap obligasinya dan akan dipulangkan kepada kontraktor setelahPerakuan Siap Membaiki Kecacatan dikeluarkan.
6.3 Penerangan istilah-istilah:
a. Merupakan satu denda yang dikenakan kepada kontraktor selama
tempoh kerja tersebut dalam keadaan tidak siap. Gantirugi dikenakan
kerana kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja setelah tamat tempoh
kontrak atau tamat tempoh lanjutan masa. Kerugian atau gantirugi ini
dinyatakan dalam Lampiran syarat-syarat ini.
b. Perakuan Kerja Tidak Siap merupakan suatu perakuan yang
dikeluarkan sekiranya kontraktor tidak menyiapkan kerja pada tarikh
siap kerja dan Pegawai Penguasa memperakui secara bertulis bahawa
pada pendapatnya kerja tersebut dengan munasabahnya telah siap.
Kontraktor akan dikenakan denda atau gantirugi bermula dari tarikh
perakuan itu dikeluarkan selama mana ia berkeadaan tidak siap.
c. Tempoh Lanjutan masa adalah suatu tempoh yang diberikan kepada
kontraktor setelah kontraktor gagal menyiapkan kerja setelah tamat
tempoh siap kerja. Tempoh ini diberikan disebabkan permohonan yang
dikemukan oleh kontraktor kepada Pegawai penguasa diatas perkara-
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
16
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 17/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
perkara yang dibenar (merujuk Fasal 43) dan bukannya atas kecuaian
pihak kontraktor.
d. Penyiapan Kerja Secara Praktikal ialah apabila kerja tersebut telah
mencapai satu tahap penyiapan dimana ia dapat memenuhi fungsinya
walaupun terdapat sedikit kecacatan atau kekecutan tetapi ia tidak
menggannggu kelesaan pengguna.
e. Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah tempoh 12 bulan setelah Perakuan
Siap Kerja Dikeluarkan. Sebarang kecacatan atau kekurangan
mutukerja akan dibaiki dan ditanggung oleh pihak kontraktor.
Kontraktor juga bertanggungjawab memperbaiki kecacatan tersebut
setelah tamat tempoh tanggungan kecacatan selama 12 bulan dan
dalam 14 hari Jadual kecacatan dikeluarkan. Tempoh masa untuk
membaki kecacatan adalah tidak lebih dari 3 bulan.
f. Jika terdapat apa-apa kecacatan atau ketidaksempurnaan yang berlaku,
Pegawai Penguasa hendaklah mengemukan Jadual Kecacatan iaitu
satu senarai kecacatan terhadap binaan yang telah siap dan akan
diserah-hantar kepada kontraktortidak lewat dari empat belas (14) hari
selepas tamat Tempoh Liabiliti Kecacatan. Kontraktor atas kosnya
sendiri akan memperbaiki kecacatan atau ketidaksempurnaan dalam
masa yang berpatutan tetapi tidak lebih dari tiga(3) bulan selepas
penerimaan jadual tersebut.
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
17
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 18/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
• SILA JAWAB SEMUA SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI
BAWAH.
•
SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
18
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 19/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
SELAMAT MENCUBA
SOALAN 1
Nyatakan sebab-sebab kelambatan yang membolehkan pihak kontraktor mendapat
Tempoh lanjutan masa.
SOALAN 2
Bilakah Perakuan Siap Membaiki Kecacatan boleh dikeluarkan?
Jawapan 1
6.1 Sebab-sebab kelambatan yang membolehkan Kontraktor mendapat Tempoh Lanjutan
Masa:
a. Disebabkan oeh ‘ Force Majeure’ (Act of God) iaitu sesuatu perkara yang
berlaku diluar jangkaan seperti jerebu, ribut dan lain-lain kejadian diluar
jangkaan.
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
19
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 20/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
b. Keadaan atau keburukan cuaca luar biasa seperti hujan batu, salji, kemarau,
banjir kilat, ribut petir dan puting beliung.
c. Arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa yang berbangkit dari
pertikaian dengan tuan punya tanah yang berhampiran dengan tapak bina
sehingga mengakibatkan projek tergendala dan bukan disebabkan oleh
kecuaian kontraktor.
d. Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan kepada kerja-kerja yang
disebabkan oleh perkara-perkara diluar jangkaan seperti kebakaran, letupan,
tanah runtuh, tangki pecah, radas dan paip pecah, kapaludara dan lain-lain alat
udara atau artikel yang gugur dari udara, rusuhan dan kekacauan awam.
e. Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan bersabit perubahan kerja
bercanggah dalam atau antara Dokumen Kontrak.
f. Kontraktor tidak menerima dalam masa yang wajar daripada Pegawai
Penguasa arahan-arahan, pelan-pelan, aras-aras yang diperlukan dan
sebagainya atau arahan berkenaan dengan penamaan Subkontraktor
Dinamakan atau Pembekal Dinamakan.
g. Kelambatan memberi Milik Tapak (Prosedur pemilikan tapakbina rujuk
Fasal 38).
h. Kelambatan berpunca daripada penyatuan pekerja-pekerja setempat seperti
mogok atau tutup pintu yang melibatkan mana-mana TRED yang diguna
khidmat keatas kerja. (TRED – Persatuan yang diiktiraf oleh Malaysia)
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
20
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 21/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
i. Kelambatan oleh pihak artisan (pakar), tukang-tukang atau orang lain yangditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja-kerja yang tidak menjadi
sebahagian dalam kontrak.
j. Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal
olehnya untuk mendapatkan apa-apa barang atau bahan yang diperlukan untuk
menjalankan kerja.
k. Kelambatan oleh Subkontraktor Dinamakan atau Pembekal Dinamakan.
Jawapan 2
Perakuan Siap Membaiki Kecacatan boleh dikeluarkan apabila pada pendapat
Pegawai Penguasa , kontraktor telah memperbaiki kecacatan, ketidaksempurnaan,
kekecutan atau apa-apa kerosakan yang perlu diperbaiki atau Pegawai Penguasa
menganggap projek itu telah siap, Pegawai Penguasa mengeluarkan satu perakuan
dimana perakuan ini disebut “ Perakuan Siap Membaiki Kecacatan.”Tempoh Pembinaan Tempoh Liabiliti
Kecacatan
Jadual Kecacatan Tempoh Membaiki
Kecacatan
Penyiapan kerja (12 bulan) (14 hari) (3 Bulan)
Secara Praktikal
MOHD, SAFRI OMAR JKA, POLISAS
21
8/7/2019 UNIT6 ( BON PERLAKSANAAN, GANTIRUGI KERANA TAK SIAP,KERUGIAN DAN LANJUTAN MASA DAN KECACATANSELEPA…
http://slidepdf.com/reader/full/unit6-bon-perlaksanaan-gantirugi-kerana-tak-siapkerugian-dan-lanjutan-masa 22/22
SYARAT-SYARAT BORANG KONTRAK SETARA JKR 203/203A
C 4006/UNIT 6/
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2
Tempoh pembinaan + Tempoh Liabiliti Kecacatan + 14 Hari + Tempoh
Membaiki Kecacatan Perakuan Siap Membaiki Kecacatandikeluarkan.
22
TAHNIAH SEKIRANYAANDA DAPAT MENJAWAB
DENGAN BETUL
MARIBERPINDAH KE
UNIT 7