13
PERJANJIAN PENYELIDIKAN ANTARA PENYELIDIK DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

  • Upload
    others

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

PERJANJIAN PENYELIDIKAN ANTARA PENYELIDIK

DAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

PERJANJIAN PENYELIDIKAN ini dibuat pada ………………………… . Haribulan …………………

Tahun…………………DIANTARA ……..…………………………………………………………….……….

(No.Kad Pengenalan: ………………………………………………) yang beralamat di ………………………………………………………………………………………………………………………………..…… (selepas ini disebut sebagai "PENYELIDIK") bagi satu pihak DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang ditubuhkan di bawah AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 beralamat di 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan (selepas ini disebut sebagai "UKM") bagi satu pihak yang lain.

BAHAWASANYA UKM menekankan kegiatan-kegiatan penyelidikan ke arah membina dan memperkembangkan ilmu yang memperkukuhkan iman selaras dengan bidang-bidang tujahan Fakulti/Universiti yang telah ditetapkan.

BAHAWASANYA UKM menggalakkan penyelidikan yang dapat membantu dan mengukuhkan fungsi pendidikan dan perkhidmatan kepada masyarakat.

BAHAWASANYA PENYELIDIK telah pun diluluskan peruntukan kewangan berjumlah RM: ………………… (…………..………………………………………………………………………………….)daripada peruntukan* UKM/IRPA/**…………………………… /**…………………………………

Adalah dengan ini diakui dan dipersetujui oleh kedua-kedua pihak seperti berikut:

1. PENYELIDIKAN

1.1 Penyelidikan yang diluluskan bertajuk : …………………………………………….............................................................………………..…………………….

……….....1.2 Jangkamasa kajian :……………………………………………………………………….

.................................................………………………………................................

Page 3: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

1.3 Bayaran pertama bagi penyelidikan ini akan diberikan, selepas perjanjian ini ditandatangan dan penyelidikan dimulakan - jika penyelidikan Universiti dan IRPA; selepas perjanjian ditandatangani dan penyelidikan dimulakan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak luar - jika penyelidikan kerjasama luar/swasta.

* POTONG YANG MANA TIDAK BERKENAAN**ISI NAMA PIHAK YANG MELULUSKAN PERUNTUKAN

2. TANGGUNGJAWAB PENYELIDIK

2.1 PENYELIDIK hendaklah memulakan penyelidikannya dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh Perjanjian ditandatangani (ini diluluskan kepada penyelidikan UKM dan IRPA); Dan dalam tempoh masa yang sesuai bagi perjanjian dengan pihak luar sekiranya penyelidikan ini melibatkan kerjasama pihak luar/swasta. Maksud 'mula' ialah dengan adanya bukti bagi salah satu daripada item yang disenaraikan di bawah :-

2.1.1 Ada permohonan untuk mendapatkan pendahuluan peruntukan.

2.1.2 Ada permohonan untuk mendapatkan alat perkakas.

2.1.3 Ada permohonan untuk melantik pembantu penyelidik.

2.1.4 Ada laporan kemajuan disampaikan kepada pihak yang membiayai projek.

2.2 PENYELIDIK hendaklah mengemukakan laporan kemajuan.

2.2.1 Setiap enam (6) bulan kapada Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Penyelidikan UKM, melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan, jika projek penyelidikan UKM.

2.2.2 Setiap tiga bulan, kepada Panel Sektor (Intensification Research on Priority Areas) IRPA, melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan ,jika Penyelidikan IRPA.

2.2.3. Tempoh yang bersesuaian dengan perjanjian dengan pihak luar, kepada pihak luar, dengan satu salinan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan, jika dengan kerjasama pihak luar.

2.3 Laporan akhir hendaklah dikemukakan sebaik sahaja penyelidikan tamat; kepada Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Penyelidikan Fakulti melalui Jabatan dengan menggunakan borang yang telah pun ditetapkan, jika projek penyelidikan UKM; kepada Panel Sektor IRPA, jika projek penyelidikan IRPA; kepada pihak luar sesuai dengan perjanjian dengan satu salinan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan, jika penyelidikan Kerjasama Luar/Swasta,

2.4 PENYELIDIK hendaklah menialankan penyelidikan dengan penuh tanggungjawab, berjaga-jaga dan tidak mencemarkan nama baik UKM. Adalah dipersetujui bahawa PENYELIDIK yang mengetuai Kumpulan Penyelidik bagi satu-satu penyelidikan adalah bertanggungjawab ke atas mereka bagi mempastikan projek berjalan dengan licin dan lancar.

Page 4: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

2.5 Semua peralatan yang dibeli dengan kelulusan mana-mana pihak untuk projek-projek penyelidikan hendaklah dijaga dengan baik dan semua peralatan penyelidikan adalah menjadi hak milik UKM.

3. PENILAIAN PROJEK DAN PENGGANTUNGAN

3.1 UKM, melalui Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti, IRPA, melalui Panel Sektor,dan pihak Luar, sesuai dengan perjanjian ini, berhak menilai semua projek penyelidikan yang telah diluluskan.

3.2 UKM, melalui Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti, IRPA, melalui Panel Sektor, dan pihak Luar, sesuai dengan perjanjian ini, berhak menggantung atau memberhentikan mana-mana projek penyelidikan, sekiranya PENYELIDIK gagal menunjukkan kemajuan dan menyediakan kemajuan projek yang tidak memuaskan.

3.3 Sekiranya PENYELIDIK gagal memulakan penyelidikan tanpa sebab yang munasabah, dalam masa tiga (3) bulan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Penyelidikan Fakulti, jika projek UKM; oleh Panel IRPA jika projek IRPA; atau dalam masa yang bersesuaian dengan perjanjian oleh pihak luar, jika projek penyelidikan Kerjasama Luar/Swasta; peruntukan akan ditarik balik dan kelulusan tersebut dianggap batal.

3.4 Bantuan kewangan akan diberhentikan sekiranya laporan kemajuan yang dikemukaan tidak memuaskan pihak yang meluluskan projek penyelidikan berkenaan.

4. TUNTUTAN SEMULA WANG YANG TELAH DIBELANJAKAN

4.1. UKM, untuk projek penyelidikan UKM atau untuk projek penyelidikan IRPA; atau pihak Luar, untuk projek penyelidikan Kerjasama Luar/Swasta berhak menuntut semula segala bantuan kewangan sekiranya didapati bahawa;

4.1. 1. Laporan kemajuan projek penyelidikan yang dikemuka didapati tidak memuaskan atau;

4.1.2. Laporan akhir projek penyelidikan oleh PENYELIDIK tidak disampaikan mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan dalam surat tawaran atau mengikut jangka waktu yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak atau;

4.1.3. PENYELIDIK memberhentikan projek penyelidikannya tanpa sebab-sebab yang munasabah atau sengaja memberhentikannya tanpa memberi apa-apa laporan atau gagal memberi laporan yang memuaskan atau;

4.1.4 Wang yang tidak dibelanjakan atau wang yang disalahgunakan oleh PENYELIDIK-PENYELIDIK bagi penyelidikan UKM dan IRPA atau;

4.1.5 Wang yang tidak dibelanjakan atau wang yang disalahgunakan oleh PENYELIDIK bagi penyelidikan kerjasama luar/swasta.

Page 5: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

5. TUNTUTAN BALIK WANG BANTUAN

PENYELIDIK memberi persetujuan kepada UKM supaya tuntutan balik segala bantuan kewangan yang dinyatakan di 4.1 di atas adalah dibuat melalui potongan gaji.

6. TINDAKAN TATATERTIB

UKM berhak mengambil tindakan tatatertib yang sesuai ke atas PENYELIDIK yang telah melanggar syarat-syarat PERJANJIAN INI.

7. LAMPIRAN

Syarat dan Peraturan Penyelidikan Jawatankuasa Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang dilampirkan dengan PERJANJIAN ini sebagai LAMPIRAN A dan mana-mana syarat dan peraturan yang disediakan oleh Fakulti/Pusat/Institut dibaca bersama-sama dengan PERJANJIAN ini dan hendaklah dianggapkan sebahagian daripada PERJANJIAN ini.

Bagi MENYAKSIKAN HAL DI ATAS maka pihak-pihak yang tersebut dalam PERJANJIAN ini telah menurunkan di sini tandatangan-tandatangan mereka pada tarikh dan tahun yang tertulis di atas.

Page 6: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

DITANDATANGANI OLEH; )))

................................................ ) ....................…………………………) NAMA PENYELIDIK I

sebagai PENYELIDIK dan disaksikan di hadapan:-

)................................................. )……………………………………………

Saksi ) NAMA & COP

DITANDATANGANI OLEH; )))

................................................ ) ....................…………………………) NAMA PENYELIDIK II

sebagai PENYELIDIK dan disaksikan di hadapan:-

)................................................. )……………………………………………

Saksi ) NAMA & COP

DITANDATANGANI OLEH; )))

................................................ ) ....................…………………………) NAMA PENYELIDIK III

sebagai PENYELIDIK dan disaksikan di hadapan:-

)................................................. )……………………………………………

Saksi ) NAMA & COP

DITANDATANGANI OLEH; )))

................................................ ) ....................…………………………) NAMA PENYELIDIK IV

sebagai PENYELIDIK dan disaksikan di hadapan:-

Page 7: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

)................................................. )……………………………………………

Saksi ) NAMA & COP

DITANDATANGANI OLEH; )))

................................................ ) ....................…………………………) NAMA PENYELIDIK V

sebagai PENYELIDIK dan disaksikan di hadapan:-

)................................................. )……………………………………………

Saksi ) NAMA & COP

DITANDATANGANI OLEH: )))

................................................ ) ……………………………………

Untuk dan bagi pihak ) Universiti KebangsaanMalaysiaUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA )dan disaksikan di hadapan )

....................................................... Saksi

LAMPIRAN A

SYARAT DAN PERATURANPENYELIDIKAN JAWATANKUASA PERANCANGAN, PERKEMBANGAN &

PENYELIDIKANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1. DASAR PENYELIDIKAN

Selaras dengan falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia, maka Universiti menekankan kegiatan-kegiatan penyelidikan ke arah membina dan memperkembangkan ilmu yang memperkukuhkan iman selaras dengan bidang-

Page 8: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

bidang tujahan Fakulti/Universiti yang telah ditetapkan. Matlamatnya ialah mencapai kemerdekaan pendidikan, fikiran, ilmu, cendekia dan teknologi bagi kesejahteraan umat. Dalam keutamaan untuk meneroka kemajuan serta mempertingkatkan mutu penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia juga menggalakkan penyelidikan yang dapat membantu mengukuhkan fungsi pendidikan dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. TAFSIRAN PENYELIDIKAN

Penyelidikan ditafsirkan sebagai kajian yang asli yang dijalankan untuk mengungkap ilmu dan kefahaman. Ini termasuk kerja-kerja yang berkaitan dengan keperluan komersial dan industri, juga keperluan awam dan sektor sukarela: keilmuan (tidak termasuk pengajaran) : rekacipta dan pengeluaran ide, citra, persembahan dan artifek. Ini termasuk juga rekabentuk yang membawa kepada penambahbaikan kefahaman.

Penggunaan ilmu dalam memajukan percubaan-percubaan untuk menghasilkan yang baru atau penambahbaikan yang berpatutan kepada material, alat, produk, proses untuk rekabentuk kepada pembinaan. lanya tidak termasuk percubaan rutin, analisa material, bahagian-bahagian alat komponen, proses yang digunakan untuk menjamin standard yang ditetapkan yang mana ianya berbeza daripada memajukan kualiti analisa yang baru.

3. ETIKA PENYELIDIKAN

Semua penyelidik seharusnya beretika kerja yang tertakluk kepada etika penyelidikan bidang masing-masing. Bagi penyelidik-penyelidik dalam bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan ke atas manusia, mereka adalah tertakluk kepada 'Helsinki Declaration of Human Experimentation' 1964.

Walau apa pun etika-etika penyelidikan itu mestilah dibatasi oleh sistem nilai Islam. Setiap Fakulti dimestikan menyediakan garis panduan etika penyelidikan yang tersendiri sesuai dengan Fakulti masing-masing. Contoh etika ini dapat dilihat dalam umbaian buku Dickinson, 'Science and Scientific Researchers in Modern Society', 1983.

4. KELAYAKAN PENYELIDIKAN

4.1 Semua Ahli Akademik sepenuh masa Universiti ini layak memohon.

4.2 Ahli-ahli Akademik yang menjadi Penyelia calon program Pengajian Siswazah juga boleh memohon untuk penyelidikan di bawah seliaannya.

4.3 Pegawai-Pegawai Universiti Kebangsaan Malaysia yang lain juga boleh memohon untuk dipertimbangkan.

5. PENGECUALIAN

5.1 Syarat dan peraturan ini tidak meliputi penyelidikan perseorangan yang tidak dibiayai oleh Universiti atau mana-mana pihak yang disebut di bawah.

6. PEMBIAYAAN PENYELIDIKAN

Page 9: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

Penyelidikan yang dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia dibiayai oleh salah satu daripada cara berikut:

6.1 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan penyelidikan Kementerian Pendidikan - Penyelidikan Universiti.

6.2 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar- Penyelidikan IRPA.

6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan pertubuhan tempatan/antarabangsa - Penyelidikan Kerjasama Luar.

6.4 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan pihak swasta dan industri tempatan/antarabangsa - Penyelidikan Swasta.

6.5 Tatacara Pengurusan Penyelidikan dan kewangan bagi tiap-tiap satu yang disebutkan di atas boleh didapati daripada Fakulti/Pusat/Institut dan Pusat Pengurusan Penyelidikan.

7. BANTUAN PENYELIDIKAN

7.1 Semua peruntukan berbentuk Penyelidikan adalah berbentuk kontrak di.antara Penyelidik dengan Universiti/pihak luar. Dengan yang demikian dan, semua kadar adalah tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan dan sedang berkuatkuasa di Universiti atau yang dipersetujui dalam perjanjian dengan pihak luar.

7.2 Dalam keadaan yang menimbulkan kesukaran untuk menjalankan penyelidikan Universiti dan IRPA, Naib Canselor/Timbalan Naib Canselor boleh memberikan kelonggaran.

7.3 Seseorang penyehdik yang telah mendapat kelulusan bagi menjalankan penyelidikan boleh memohon untuk mendapatkan wang pendahuluan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan bagi penyelidikan Universiti; IRPA; kerjasama pihak luar/swasta; serta jumlah wang yang diluluskan.

7.4 Permohonan wang pendahuluan untuk membeli alat-alat penyelidikan dan perbekalan serta perkara-perkara lain dalam perenggan yang disebut di 7.3 boleh dikemukakan kepada Bendahari dan hendaklah disalinkan kepada Ketua Jabatan, Dekan Fakulti/Institut/Pusat masing-masing dan Pusat Pengurusan Penyelidikan.

7.5 Seorang penyelidik yang memohon wang pendahuluan hendaklah mengemukakan anggaran perbelanjaan yang terperinci. Jumlah pendahuluan yang boleh diluluskan bagi perkara selain daripada pendahuluan peralatan dan perbekalan adalah tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuatkuasa sekarang jika punca pembiayaan oleh universiti. Jika punca pembiayaan selain daripada universiti, ia tertakluk kapada peraturan yang ditetapkan.

7.6 Penyelidik bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan untuk projek masing-masing dan laporan itu hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat melalui Jabatan, jika

Page 10: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

penyelidikan Universiti; kepada Penal IRPA, jika penyehdikan IRPA; kepada pihak luar yang berkenaan, jika penyelidikan Kerjasama Luar/Swasta; dengan satu salinan kepada Bendahari dan Unit Pengurusan Penyelidikan.

7.7 Segala tambahan alat-alat yang diperolehi secara pembelian terus oleh pihak Universiti ataupun dihadiahkan oleh badan-badan luar kepada Universiti untuk penyelidikan hendaklah diberitahu kepada Fakulti dengan salinan kepada Bendahari. Segala alat penyelidikan akan menjadi hak milik Universiti dan ditempatkan di Jabatan/Fakulti/Institut/Pusat berkenaan.

8. PENERBITAN/HASIL PENYELIDIKAN

8.1 Penyelidik digalak menerbitkan hasil penyelidikan masing-masing sama ada dalam bentuk buku, monograf, makalah dalam jurnal atau pembentangan dalam persidangan.

8.2 Jika hasil penyelidikan itu panjang dan boleh diterbitkan sebagai sebuah buku, urusan untuk menerbitkan hendaklah dirujukkan kepada Jawatankuasa Penerbitan UKM sebagai keutamaan.

8.3 Para penyelidik tatkala menerbitkan hasil penyelidikannya dikehendaki memberi penghargaan kepada UKM.

9. HAK MILIK LAPORAN/PATEN

9.1 Hak milik Laporan Penyelidikan adalah kepunyaan Universiti, Jika penyelidikan Universiti dan IRPA; tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian yang dipersetujui, jika penyelidikan kerjasama Luar/Swasta.

9.2 Royalti dari paten hendaklah mengikut peraturan Universiti yang berkuatkuasa pada masa itu, jika penyelidikan Universiti; tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian yang dipersetujui, jika penyelidikan Kerjasama Luar/Swasta.

9.3 Panduan mengenai pematenan dan komersilisasi boleh didapati daripada Biro Rundingan dan Kembangan atau Pusat Pengurusan Penyelidikan.

10. KERAHSIAAN

10.1 Pihak Kedua bersetuju mematuhi peruntukan-peruntukan Polisi Harta Intelek dan Komersialisasi yang diguna-pakai oleh UKM.

10.2 Pihak Kedua bersetuju untuk tidak memberitahu atau mendedahkan atau memaklumkan, melalui apa cara sekalipun, sebarang maklumat-maklumat atau data berhubung dengan Projek tersebut kepada pihak ketiga atau mana-mana pihak.

10.3 Pihak Kedua bersetuju untuk tidak menyerahkan atau menyampaikan sebarang dokumen, cakera padat, disket, artikel atau sebarang bahan yang mengandungi

Page 11: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - Portal CRIM …research.ukm.my/wp-content/uploads/2014/05/Perjanjian... · Web view6.3 Penyelidikan yang berpunca daripada peruntukan Badan-badan

maklumat-maklumat atau data berhubung dengan Projek tersebut kepada pihak ketiga atau mana-mana pihak.

10.4 Pihak Kedua bersetuju untuk menyerahkan kepada UKM hak milik harta intelek yang wujud daripada Projek tersebut, samada Projek tersebut diusahakan atau dihasilkan oleh beliau sendiri atau bersama-sama dengan penyelidik-penyelidik lain.

10.5 Pihak Kedua hendaklah memaklumkan kepada Dekan atau Ketua Jabatan sebelum membawa atau mengiringi mana-mana pihak melawat ke tempat-tempat atau makmal-makmal yang berhubung dengan pengwujudan atau pembangunan sesuatu projek yang boleh atau mungkin atau telah menghasilkan harta intelek.

10.6 Pihak Kedua bersetuju untuk tidak mengambil sebarang langkah atau tindakan, berhubung dengan perlaksanaan atau pengusahaan Projek tersebut, yang boleh memudaratkan atau merugikan UKM.

10.7 Tanggungjawab Pihak Kedua menyimpan rahsia berhubung dengan Projek

tersebut dan harta intelek yang wujud daripadanya hendaklah berterusan dan berkuatkuasa selama tujuh (7) tahun daripada tarikh perjanjian ini.