Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAHAP AMALAN PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN (PPK)
GURU PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
NORASHIKIN BINTI MIZAL @ MIZAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010
SAYA NORASHIKIN BINTI MIZAL @ MIZAN
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: 23 APRIL 2010 Tarikh: 23 APRIL 2010
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
TAHAP AMALAN PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN (PPK)
GURU PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
(HURUF BESAR)
EN MOHD ALI BIN IBRAHIM
NO 56, FELDA PALONG 3
73460 GEMAS
NEGERI SEMBILAN
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik )”
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”.
Tandatangan :
Nama Penulis : NORASHIKIN BINTI MIZAL @MIZAN
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Buat mak dan ayah, insan yang teristimewa serta semua ahli keluarga yang tersayang
Kasih sayang kalian memberi semangat kepadaku
Untuk meneruskan perjuangan ini
Doa kalian memberi kekuatan sehingga aku berjaya menerima segulung ijazah
Sekalung terima kasih di atas dorongan dan sokongan kalian
Buat pensyarah pembimbing, serta pansyarah yang menjagar selama ini
Tunjuk ajar yang kalian berikan amat bermakna
Terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan
Jutaan terima kasih juga buat rakan–rakan, khususnya Fadilah, Farah, Ain, Shidah dan 4
SPF
Segala tunjuk ajar, dorongan dan nasihat
Akan ku kenang selama-lamanya…
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah s.w.t, pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas
Nabi junjungan Muhammad S.A.W. Bersyukur kehadrat Illahi dengan izinNya, akhirnya
dapat juga saya menyiapkan projek sarjana muda ini.
Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada
pensyarah pembimbing PSM yang dihormati, iaitu En Mohd Ali bin Ibrahim kerana telah
banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam proses menyiapkan PSM ini.
Kesabaran yang di tunjukkan dalam memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu amatlah saya
hargai.
.
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih buat emak, ayah dan keluarga di atas
sokongan, dorongan dan doa kalian yang mengiringi saya selama ini. Tanpa doa dan
sokongan kalian adalah sukar untuk saya menyiapkan kajian ini.
Terima kasih juga buat bekas guru pelatih UTM sesi 08/09 yang telah memberi
kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang kajian ini. Terima kasih juga buat rakan
–rakan sekuliah yang memberi nasihat dan sokongan sehingga kajian ini selesai. Terima
kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat tahap amalan PPK guru pelatih serta
menentukan adakah terdapat perbezaan yang antara program yang diikuti dengan tahap
amalan PPK responden. Seramai 345 guru pelatih UTM sesi 08/09 terlibat dalam kajian
ini, dan dibahagikan kepada tiga jabatan yang berlainan iaitu Jabatan Pendidikan Sains
dan Matematik, Jabatan Pendidikan Sains Sosial serta Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan. Data yang diperolehi mengenai tahap amalan PPK guru pelatih diperolehi
dari satu set instrumen yang mengandungi kelima-lima komponen PPK. Komponen
tersebut adalah, pengetahuan guru terhadap kurikulum, isi kandungan, kaedah dan
strategi pengajaran, pemahaman pelajar serta kaedah penilaian. Komponen- komponen
ini mengikut model yang dikemukakan oleh Magnusson. Nilai kebolehpercayaan bagi
soal selidik adalah α= 0.830. Sebanyak 20 soalan dijawab oleh responden bagi menguji
kelima-lima komponen tersebut. Dapatan kajian menunjukkan min amalan PPK guru
pelatih ialah 2.23 yang memberikan tahap amalan yang baik. Berdasarkan ujian-t yang
dilakukan terhadap Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dan tahap amalan PPK guru
pelatih nilai p = 0.70 (p>α 0.05) menunjukkan tidak terdapat perbezaan terhadap tahap
amalan PPK berdasarkan PNGK yang diperolehi. Merujuk kepada dapatan ujian-t
terhadap tahap amalan PPK dengan gred semasa latihan mengajar nilai p = 0.11 (p>α
0.05), juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan amalan PPK berdasarkan gred latihan
mengajar. Selain itu, melalui ujian anova yang dilakukan terhadap tahap amalan PPK
berdasarkan program yang diikuti memberikan nilai singnifikan p=0.00 (p<α 0.05). Nilai
signifikan menunjukkan terdapat perbezaan tahap amalan PPK mengikut program yang
diikuti semasa latihan mengajar. Guru pelatih bagi program sains dan matematik
memperolehi min 2.15, manakala program sains teknik dan kejuteraan memberikan min
2.23 dan program sains sosial memberikan min 2.37. Walaupun nilai min yang berbeza
diperolehi adalah berbeza tetapi tahap amalan PPK bagi responden yang mengikuti
ketiga-tiga program ini adalah baik.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to determine the practices level of PCK among the pre-
service teacher and determine whether there is exist differences between all courses and
their practices level of the PCK. There are 345 respondents involved in this study, who
did their practical teaching in 08/09 session in UTM. The entire respondents are divided
into three departments which are Department of Science and Mathematics Education,
Department of Social Science Education and Department of Technical and Engineering
Education. The data was obtained from a set of questionnaire that consists of five
components of PCK. The components are teachers' knowledge of curriculum, content,
methods and teaching strategies, student understanding and assessment methods. The
components are constructed according to the model by Magnusson. The reliability for
questionnaires are α = 0.830. There were 20 questions answered by respondent to test
the five components. Research findings indicate that the mean value of the practices
level of PCK is 2.23 which indicate a good level. Based on t-test according to the
practices level of the PCK and Cumulative Pointer Achievement (CPA) p = 0.70 (p>α
0.05) also indicate that there are no significant differences between CPA and practices
level of the PCK. Based on t-test according practices level of PCK and grade of
practical teaching p = 0.11 (p>α 0.05) means that there was no differences of practes
level of the PCK and grade in teaching practice in training program. Besides that,
according to ANOVAs test between course under each department and practices level of
the PCK give the significant value of p=0.00 (p<α 0.05), means that there are significant
differences between course and the practice level of practicing the PCK. For pre-service
teacher from science and mathematics department the mean obtained is 2.15, while the
technical and engineering course obtained mean of 2.23 and science social course and
social obtain mean of 2.37. The means obtain for three course although have different
value; it still indicates good practices level of the PCK for those courses.
vii
KANDUNGAN
BAB Perkara
Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL / RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah
1.2.1 Kualiti guru
1.2.2 Masalah yang dihadapi
Semasa mengajar
3
5
1.3 Penyataan Masalah 6
viii
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Rasional dan Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Amalan
1.9.2 Tahap Pengetahuan
1.9.3 Pedagogi
1.9.4 Kandungan
1.9.5 Program Teknikal dan
Kejuruteraan
1.9.6 Program Sains Sosial
1.9.7 Program Sains dan
Matematik
1.9.8 Guru Pelatih
11
11
11
11
12
12
12
13
2.0 Rumusan
13
2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 15
2.2 Pengetahuan Kandungan 15
2.3 Pengetahuan Pedagogi Kandungan
(PPK)
2.3.1 Matlamat Pengajaran Sesuatu
Pembelajaran
2.3.2 Pengetahuan Tentang Kurikulum
2.3.3 Pengetahuan Tentang Kefahaman
Pelajar
17
18
18
18
ix
2.3.4 Pengetahuan Tentang Strategi
Pembelajaran
2.3.5 Pengetahuan Tentang Kaedah Penilaian
19
20
2.4 Pengaruh PPK Guru Terhadap Proses
Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah
21
2.5 Hubungan di antara PPK Guru
dengan Tahap Keyakinan Pengajaran
22
2.6 Tahap Pelaksanaan PPK Guru Pelatih 24
2.7 Permasalahan Guru Pelatih dalam
Pengajaran
2.7.1 Membuat Persediaan
2.7.2 Membina Alat/ Bahan Bantu
Mengajar
2.7.3 Pengetahuan Isi Pengajaran
2.7.4 Pengetahuan Tentang Pelajar
2.7.5 Persekitaran Pembelajaran
24
25
25
25
26
26
2.8 Rumusan
27
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 29
3.3 Responden Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.5 Prosedur Kajian
3.5.1 Kajian Rintis
3.5.2 Kajian Sebenar
37
38
40
3.6 Andaian Kajian 41
3.7 Analisis Kajian 41
x
3.8 Rumusan
43
4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 44
4.2 Analisis Data
4.2.1 Latar Belakang Responden
4.2.2 Persekitaran Sekolah
4.2.3 Taburan Pencapaian Responden
45
45
46
47
4.3 Amalan Guru Pelatih Terhadap Lima
Komponen PPK
47
4.4 Adakah Terdapat Perbezaan Amalan PPK Guru
Pelatih UTM Mengikut Program
49
4.5 Analisis ujian- t 50
4.6 Rumusan
52
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan 53
5.2 Rumusan Perbincangan Kajian
5.2.1 Tahap Amalan PPK
54
54
5.2.2 Pencapaian Responden 55
5.2.3 Persoalan Kajian I 55
5.2.4 Persoalan Kajian II
5.2.5 Persoalan Kajian III
56
58
5.3 Faktor Lain Yang Mempengaruhi Amalan PPK
Guru Pelatih
58
xi
5.3.1 Persekitaran Sekolah
5.3 2 Faktor Bimbingan Ketika Latihan
Mengajar
69
60
5.4 Percanggahan Dapatan Kajian dengan Kajian
Lain
60
5.5 Cadangan dan Pemulihan 62
5.6 Cadangan untuk Kajian Lanjut 63
5.7 Rumusan
64
RUJUKAN 65-70
LAMPIRAN 71-74
xii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Muka Surat
3.1 Pengetahuan dan kepercayaan guru tentang tujuan
matlamat sesuatu matapelajaran.
31
3.2 Pengetahuan tentang isi kandungan pelajaran 33
3.3 Pengetahuan guru tentang kefahaman pelajar 34
3.4 Pengetahuan guru tentang strategi dan
penyampaian
35
3.5 Pengetahuan guru tentang kaedah penilaian 36
3.7.1. Pembahagian pelajar mengikut bidang 41
3.7.2 Jadual analisis taburan pencapaian responden 42
3.7.3 Jadual rujukan analisis amalan PPK guru pelatih 43
4.1 Menunjukkan bilangan responden yang terliba
mengikut bidang yang diikuti
45
4.2 Pendapat responden terhadap persekitaran sekolah 46
4.3 Pendapat responden terhadap bimbingan ketika
latihan mengajar
46
4.4 Taburan pencapaian responden 47
4.5 Tahap amalan responden terhadap kelima- lima
komponen PPK
48
4.6 Amalan responden terhadap PPK mengikut
program
49
4.7 Penganalisisan menggunakan ujian Anova terhadap
tahap amalan PPK merentas program
49
4.8 Penganalisisan menggunakan ujian-t terhadap gred
xiii
latihan mengajar dan amalan PPK guru pelatih 51
4.9 Penganalisisan menggunakan ujian-t terhadap
PNGK dan amalan PPK guru pelatih
51
SENARAI RAJAH
3.6 Carta aliran kajian yang dilakukan 38
xiv
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
KH - Kemahiran Hidup.
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SPF - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik minor Matematik
SPP - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik minor Komputer
SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences
PPK - Pengetahuan padagogi kandungan
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPM/T -Ijazah sarjana muda pendidikanMatematik minor kimia/ Komputer
SPK/SPC - Ijazah Sarjana muda Pendidikan Kimia minor matematik/Komputer
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
PPK - Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan
xv
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk Muka Surat
1 Set instrumen 75
2 Surat kebenaran melakukan kajian dari fakulti pendidikan 79
3 Borang pengesahan item –item dalam instrumen 80
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) adalah salah satu daripada tujuh
asas pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang pendidik. Ketujuh-tujuh asas
ini memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara asas pengetahuan tersebut adalah pengetahuan pedagogi am, pengetahuan isi
kandungan, pengetahuan kurikulum, pengetahuan tentang konteks pendidik,
pengetahuan matlamat-matlamat pendidikan dan beberapa asas lagi. Asas
pengetahuan ini penting dalam membentuk pengajaran guru yang berkesan.
Pengajaran yang berkesan akan memastikan sesuatu ilmu itu mudah difahami oleh
pelajar dan disampaikan oleh guru. Terdapat kajian luar negara dan dalam negara
yang memperlihatkan kepentingan pengetahuan pedagogi kandungan dalam
pembentukan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
Mengikut kajian dalam negara yang dilakukan oleh Lilia (2001), bagi
mewujudkan pengajaran yang berkesan seseorang guru pelatih seharusnya
mempunyai tahap PPK yang tinggi. Hal ini belaku kerana, PPK menyatupadukan
isi kandungan dan pedagogi. Penyatupaduan ini membantu guru pelatih membentuk
kefahaman tentang bagaimana topik, masalah atau sesuatu isu itu diorganisasikan,
diwakilkan dan diadaptasi berdasarkan minat dan kebolehan pelajar yang pelbagai.
Terdapat beberapa komponen utama yang membentuk PPK. Bermula dari Shulman
(1987) yang menyenaraikan dua komponen PPK sehinggalah terhasilnya lima
komponen pedagogi kandungan seperti yang di senaraikan sekarang oleh pengkaji-
pengkaji selepas Shulman.
2
Menurut Magnusson (1998) terdapat lima komponen PPK. Komponen
PPK yang pertama ialah pegetahuan dan kepercayan guru tentang matlamat
pengajaran dengan erti kata lain guru mengetahui matlamat atau objektif
pengajaran. Matlamat atau objektif pengajaran sesuatu matapelajaran seharusnya
dapat mendukung Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang dirumuskan pada 1988,
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
Komponen yang kedua merujuk kepada, pengetahuan tentang isi kandungan
pelajaran iaitu melibatkan pengetahuan tentang matapelajaran yang akan diajar serta
mempunyai pengetahuan dalam pemilihan alat bantu mengajar di samping
pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian untuk membantu proses pengajaran
dan pembelajaran. Komponen ketiga pula merujuk kepada pengetahuan guru
tentang kefahaman pelajar yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu pertimbangan
terhadap pengetahuan sedia ada pelajar yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu
topik dan pengetahuan tentang kesukaran serta miskonsepsi pelajar terhadap
pembelajaran. Miskonsepsi bermaksud pelajar mempunyai idea yang berlainan dari
yang difahami oleh pakar mengenai sesuatu konsep atau fenomena, miskonsepsi ini
mungkin wujud hasil daripada interaksi mereka dengan persekitaran bukan hasil
pembelajaran secara formal dalam bilik darjah. Miskonsepsi perlu dikenal pasti agar
permasalahan pelajar dapat diatasi lantas pembelajaran yang lebih bermakna akan
berlaku.
Komponen yang keempat adalah pengetahuan guru terhadap strategi dan
penyampaian. Strategi pengajaran melibatkan kecerdikan guru membuat penilaian
dalam memilih dan merancang teknik serta kaedah yang akan digunakan untuk
menyampaikan pengajaran. Teknik- teknik serta kaedah yang digunakan haruslah
bersesuian dengan matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan tahap kongnitif
pelajar. Komponen yang terakhir iaitu yang kelima merupakan pengetahuan guru
tentang kaedah penilaian. Kaedah penilaian merupakan cara yang digunakan untuk
mengukur penguasaan pelajar terhadap sesuatu pambelajaran sama ada secara teori
atau praktikal. Penguasaan praktikal merujuk kepada kebolehan pelajar
menggunakan teknik yang betul atau menjawab soalan serta ujian yang diberi bagi
melihat tahap kemahiran dan kefahaman pelajar.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Latar belakang masalah menyentuh isu- isu terkini yang berlaku dalam
sistem pendidikan negara. Isu - isu yang dibincangkan merupakan isu negatif yang
berlaku dalam sistem pendidikan negara dan menjadi sebab kajian ini dilakukan.
Terdapat beberapa isu yang dibincangkan antaranya mengenai kualiti guru yang
dihasilkan oleh pihak universiti dan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa
mengajar.
1.2.1 Kualiti guru baru
Isu yang hangat diperkatakan sekarang adalah mengenai kualiti guru,
kurikulum dan pengajaran dalam sistem persekolahan peringkat menengah dan
rendah. Apabila berbincangkan mengenai kualiti guru, kurikulum dan pengajaran
sebenarnya kita boleh merangkumkan hal ini kepada permasalahan yang berlaku
dalam proses pengpengajaran dan pembelajaran (P&P). Menurut Asariah Mior
Shaharuddin menyatakan bahawa kualiti mesti ada dalam diri seseorang guru.
“Guru berkualiti itu ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti
pada masa ini dan masa depan dan untuk menjamin sistem
pendidikan kita kekal berkualiti, guru kita perlu sentiasa relevan
dengan cabaran semasa dan akan datang, ini suatu kemestian jika
kita hendak berjaya dan mencapai hasrat Wawasan 2020,”
tegasnya.
(keratan akhbar Berita Harian)
Pembentukan guru yang berkualiti secara langsung akan membentuk
pelajar untuk menjadi insan yang kamil dan cemerlang. Guru yang berkualiti
mampu meningkatkan pengetahuan pelajar kerana pembentukan pengetahuan
pelajar adalah bersandarkan kepada pengetahuan profesionalisme pendidik.
Pengalaman menjadi keutamaan kepada pendidik untuk memudahkan pengajaran.
Melalui pengalaman kualiti perguruan seseoarang individu mampu dipertingkatkan
4
tetapi pengalaman juga akan membawa kepada ulangan terhadap aktiviti pengajaran
serta paraturan yang dikekalkan tanpa mengira keberkesanan pengajaran. Maka
guru harus bijak menggunakan pengalaman bukan untuk ulangan cara pengajaran
tetapi menggunakan pengalaman untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Perbincangan tentang kualiti perguruan tidak lari dari aspek pengetahuan
kandungan yang dimiliki oleh guru tersebut. Pengetahuan kandungan merupakan
perkara asas yang perlu dikuasai oleh pendidik sebelum mengajar. Menurut
Elexender (Elliot et al, 2000)
……… what knowledge learns posses is a powerful force in what
information they attend to, hoe to information is perceive, what
learners judge to be relevant of important, and what they understand
and remember. Truly, one’s knowledge base is scaffolds that support
the construction of all future learning…
Keupayaan pendidik untuk mengajar akan berkurangan sekiranya
pengetahuan terhadap sesuatu isi kandungan adalah lemah. Dalam hal ini, dapat
dilihat kekurangan pengetahuan akan menyebabkan guru tidak mampu
menghuraikan dengan lebih mendalam dan akan menyebabkan topic itu sukar
dikuasai oleh pelajar.
Baru-baru ini negara dihangatkan dengan pemansuhan pengajaran dan
pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Banyak pihak yang
berpendapat bahawa dengan perlaksanaan PPSMI menyekat golongan bumiputra
untuk mengembangkan ilmu pengetahuan. Namun sekiranya dikaji dengan mendalam
masalah bahasa tidak seharusnya ditimbulkan sekiranya seseorang guru itu mampu
menterjemahkan isi kandungan yang diajar agar difahami oleh murid. Di sini dapat
dilihat, sekiranya guru memiliki PPK yang tinggi masalah ini sepatutnya tidak timbul.
Ishak (2008) mendapati guru yang memiliki pengetahuan pedagogi kandungsn yang
rendah menjadikan bahasa sebagai masalah dalam penyampaian ilmu. Guru yang
hanya mengetahui bahasa dan tidak mampu menterjemahkan isi kandungan kepada
sesuatu yang mudah difahami oleh pelajar. Seharusnya bahasa bukan menjadi
kekangan dalam proses penyebaran ilmu sekiranya guru mempunyai pengetahuan
5
pedagogi yang tinggi iaitu bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan.
1.2.2 Masalah yang dihadapi guru pelatih dalam pengajaran
Terdapat kajian lepas yang mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru
pelatih semasa latihan mengajar. Zakaria dan Abdul Rahman (1995) menyenaraikan
lapan kesukaran yang dihadapi oleh guru pelatih semasa latihan mangajar antaranya
ialah, kesukaran dalam mengekalkan fokus pelajar semasa sesi pengajaran, kesukaran
dalam memilih alat bantuan mengajar, kesukaran dalam mengenali pelajar serta
kesukaran dalam membuat penilaian.
Berbincang mengenai kesukaran guru dalam mengenali pelajar merangkumi,
miskonsepri serta pra-konsep yang dimiliki oleh pelajar seharusya diketahui.
Pengenalpastian terhadap pelajar adalah penting kerana maklumat ini akan digunakan
dalam pemilihan strategi pengajaran dan membantu dalam mengemukakan soalan.
Mengikut Gardners’s (1983) “theory of multiple intelligence”, beliau menyatakan
sekurang-kurangnya terdapat lapan pecahan kepandaian atau kebijaksanaan antaranya
verbal, muzik, logik matematik dan sebagainaya. Kepelbagaian kepandaian ini,
memberi gambaran bahawa setiap kelompok pelajar memerlukan teknik dan
pendekatan yang berbeza untuk mereka memahami sesuatu topik baru. Maka guru
pelatih akan mengamalkan teknik pengajaran tradisional iaitu mengamalkan
pengajaran menggunakan kuliah semata-mata. Di mana guru pelatih menyampaikan
maklumat secara terus tanpa melibatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran.
Lantas, penyelidikan dilakukan bagi mencari punca dan mengatasinya segera.
Selain daripada itu, kebanyakan guru hanya mampu mengekalkan tumpuan
pelajar terhadap sesi pangajaran dalam tempoh yang singkat. Terdapat juga segelintir
pelajar yang tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran yang dilakukan, mereka
lebih tertarik untuk membuat bising atau tidor semasa sesi pengajaran dilakukan.
Menurut Ismail (2006), hal ini kebanyakannya berpunca dari sesi pembelajaran yang
membosankan dan kurangnya kemahiran guru dalam mencari kaedah atau strategi
6
semasa sesi pengajaran. Selain itu, masalah juga berpunca dari guru yang mempunyai
ilmu yang lemah maka guru tidak mampu membuat dan membina alat bantuan
mengajar untuk memudahkan penyampaian isi kandungan. Oleh itu penyelarasan
pegetahuan tentang kaedah mengajar dan isi kandungan adalah penting.
Kekangan juga berpunca dari guru pelatih yang tidak mengetahui matlamat
dan objektif pengajaran maka menyebabkan pembelajaran berlaku tiada arah tuju
kesannya guru pelatih mangajar ikut suka tanpa mengambil kira tentang pelajar yang
diajar. Melalui kajian Abd. Shatar (2007) terhadap tiga orang guru pendidikan Moral,
menunjukkan pengetahuan guru tersebut terhadap elemen pengetahuan adalah tidak
selaras dengan Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan empat. Kajian juga
menunjukkan guru cenderung kepada pendekatan memupuk nilai dan kaedah
tradisional di mana guru memainkan peranan yang aktif semasa pengajaran. Dapatan
kajian juga menunjukkan tumpuan pengajaran guru adalah kepada peperiksaan
bukannya kepada dimensi pembentukan moral yang seimbang.
Kesemua kenyataan terhadap kesukaran yang dihadapi oleh guru pelatih
merupakan kelima-lima komponen yang terkandung dalam PPK seperti yang
bincangkan olah Magnusson (1998). Sekiranya guru mempunyai pengetahuan yang
yang PPK yang tinggi maka masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dapat
dikurangkan. Hal ini harus di ambil perhatian kerana guru adalah pencorak kepada
anak bangsa. Hasil kajian terhadap amalan PPK guru akan mampu memperlihatkan
kualiti produk yang dihasilkan oleh pengjian tinggi. Sekiranya amalan PPK kurang
secara tidak langsung menggambarkan guru mempunyai pengetahuan yang kurang
terhadap PPK. Seharusnya pusat pengajian tinggi memandang serius dalam
permasalahan ini dan memikir cara terbaik untuk mengatasinya, sebagai contoh
mungubah kurikulum pendidikan di pusat pengajian tinggi.
1.3 Penyataan Masalah
Secara umum masyarakat sering memperkatakan kegagalan murid
memahami sesuatu pelajaran adalah kerana subjek itu susah. Hal ini memang tidak
7
dapat disangkalkan, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting dalam
penyampaian. Menurut Shulman (1987) menyatakan mata pelajaran yang susah itu
boleh dipermudahkan apabila guru mempunyai kebolehan menyampaikan isi
kandungan kepada kaedah yang mudah difahami dan disentisis oleh pelajar. Hal ini
menunjukkan kepentingan kualiti guru untuk mengajar sesuatu mata palajaran.
Terdapat pandangan yang menyatakan guru pelatih hasilan institusi pengajian tinggi
tidak mampu manjalankan proses pengajaran yang berkesan dan baik. Maka satu
kajian dilakukan bagi melihat amalan PPK guru pelatih yang memberi jawapan
kepada tahap pengetahuan PPK guru pelatih UTM. Tahap amalan yang tinggi
memberi makna bahawa pengetahuan PPK guru pelatih adalah tinggi.
Sebelum kajian ini dilakukan, satu soal selidik telah dilakukan terhadap
pengetahuan pelajar pendidikan Fizik UTM terhadap Pengetahuan Pedagogi
Kandungan. Ternyata masih ramai yang tidak mengetahui definisi sebenar pedagogi
kandungan dan apakah yang dikatakan dengan PPK. Hal ini menunjukkan
kurangnya pendedahan terhadap ilmu berkaitan PPK di sepanjang proses pengajaran
dalam membentuk seorang guru. Walaupun guru pelatih tidak mengetahui definisi
sebenar PPK tidak bermakna amalan PPK dikalagan guru pelatih adalah redah.
Maka adalah wajar kajian dilakukan untuk menjawab persoalan ini.
Sering kali pemahaman yang dibina oleh pelajar secara formal adalah salah
berbanding konsep yang sebenar oleh ahli sains ( Kuethel, 1963). Terbitnya masalah
ini kerana pengetahuan guru yang kurang terhadap PPK dan kurangnaya guru
merungkai salah faham konsep yang dimiliki oleh pelajar semasa pengajaran. Maka
proses penyampaian isi kandungan pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara
tidak bermakna dan efektif. Maka kajian mengenai tahap PPK guru harus dilakukan
agar masalah ini dapat diatasi pada masa depan demi menghasilkan pelajar-pelajar
yang terbaik untuk membangunkan Malaysian di masa hadapan.