Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MODUL PEMBELAJARAN TOPIK FUNGSI DALAM PENGATURCARAAN
C++ BERASASKAN MODEL IDEAL
SITI NURFAREHA BINTI SAMSURKHAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
TERHADAP KONSEP PERUBAHAN KIMIA DAN
PERUBAHAN FIZIK.
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya : SITI NURFAREHA BINTI SAMSURKHAR
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_____________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
KAMPUNG SIMPANG TIGA GUDANG, PUAN NORAH MD NOOR
34520 BATU KURAU, NAMA PENYELIA
PERAK DARUL RIDZUAN.
Tarikh: 29 JUN 2012 Tarikh: 29 JUN 2012
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Set Borang Soal Selidik 85
B1 Penilaian oleh Pakar (I) 87
B2 Peilaian oleh Pakar (II) 90
PENGESAHAN PENYELIA
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Kimia)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PUAN NORAH MD NOOR
Tarikh : 29 JUN 2012
MODUL PEMBELAJARAN TOPIK FUNGSI DALAM PENGATURCARAAN
C++ BERASASKAN MODEL IDEAL
SITI NURFAREHA BINTI SAMSURKHAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JULAI 2012
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : SITI NURFAREHA BINTI SAMSURKHAR
Tarikh : 29 JUN 2012
iii
DEDIKASI
Ayahanda dan Bonda Terunggul:
Samsurkhar Bin Hamzah & Khodijah Binti Che Hat
Terima kasih yang tidak terhingga buat AYAHANDA dan BONDA
Di atas doa, nasihat, kasih sayang, pengorbanan dan sokongan
Jasa budimu tak terhitung dan kukenang hingga ke akhir hayat…
Adik-Beradik Yang Kucintai Dan Kusayangi:
Siti Nurfarehan, Muhammad Fauzi, Muhammad Faiz Izzuddin, Siti Nurfadzillah,
Muhammad Faris Fazdlan
Terima Kasih di atas doa, kata-kata semngat dan pengorbanan kalian
Semoga kejayaanku hari ini menjadi contoh, semangat, dan dorongan
untuk kalian berjaya dengan cemerlang di masa hadapan...
Sentiasa Dihati dan Dihormati, Puan Norah Md Noor
Jutaan Terima Kasih di atas kesabaran, didikan, bimbingan, dan tunjuk ajar
Segalanya tidak ternilai harganya dan tak mampu dibalas
Didoakan semoga bahagia itu sentiasa menjadi milikmu...
Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Amat Dihargai:
Nour Fatiney Hananey , Izzanie, Izzati, Sofie, 4 SPK, 4 SPC
Kesabaran, pengorbanan, semangat, idea, bantuan dan pandangan
Terima Kasih atas segalanya...
v
ABSTRAK
Pengenalan kepada Pengaturcaraan merupakan antara kursus yang
ditawarkan di kalangan majoriti pelajar pengkhususan dalam bidang sains komputer
atau tidak. Salah satu bahasa yang diajar bagi subjek ini adalah C++ dan fungsi
adalah salah satu topik yang dikenalpasti sebagai antara topik yang sukar. Pemilihan
alat bantu mengajar yang tepat akan dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan
pelajar mengenai sesuatu matapelajaran. Oleh itu, modul pembelajaran yang
merupakan alat bantu mengajar yang mempercepatkan dan melicinkan proses
pembelajaran serta menggalakkan pembelajaran kendiri diaplikasikan. Model
penyelesaian masalah berasaskan IDEAL diadaptasi untuk mengukuhkan lagi modul
ini. Hal ini adalah kerana proses penyelesaian masalah adalah satu proses pendidikan
yang membenarkan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal
berdasarkan satu topik yang diberikan. Sehubungan dengan itu, bagi menilai modul
yang dibangunkan adalah menepati keperluan dari segi isi kandungan dan
pengaplikasian kaedah penyelesaian masalah berasaskan IDEAL, dua orang pakar
telah dilibatkan. Hasil kajian dan cadangan kajian lanjutan dikemukan bagi
mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek komputer
terutama subjek pengaturcaraan C++.
vi
ABSTRACT
Introduction to programming is one of the subjects offered among students
whether majoring in computer science or not. C++ is one of the programming
languages chosen for this subject and function is identified as one of the difficult
topics. The selection of right teaching aids will enhance students’ knowledge about
the subject. Therefore, learning module which is a teaching aid that can accelerate
and smooth out the learning process and encourages self learning is applied.
Problem solving model based on IDEAL were applied to strengthen this learning
module. This is because; problem solving is one of the educational processes that
allow students to apply their critical thinking skills based on a given topic.
Accordingly, to evaluate the development of the module is to meet the needs in term
of the contents and the application of problem solving based on IDEAL model, two
experts has been involved. The findings and recommendations for further research is
documentation to improve the quality of teaching and learning for computer subject
especially programming C++.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH viii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.6.1 Pelajar 6
1.6.2 Pensyarah 6
1.7 Rasional Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 7
1.9 Istilah 8
viii
1.10 Penutup 9
2 SOROTAN KAJIAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Pengaturcaraan 10
2.3 Masalah Belajar Pengaturcaraan 12
2.4 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 14
2.5 Bahan Bantu Mengajar 18
2.6 Modul Pembelajaran 22
2.7 Penyelesaian Masalah 25
2.8 Penutup 29
3 METADOLOGI KAJIAN 30
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Prosedur Kajian 31
1.6.1 Fasa Analisis 32
1.6.1 Fasa Reka Bentuk 32
1.6.1 Fasa Pembangunan 33
1.6.1 Fasa Perlaksanaan 35
1.6.1 Fasa Penilaian 35
3.8 Penutup 36
4 PEMBANGUNAN MODUL 37
4.1 Pengenalan 37
4.2 Format Modul 38
ix
4.3 Uji Diri Anda 40
4.4 Pengenalan Kepada Fungsi 41
4.5 Takrifan Fungsi 43
4.6 Memanggil Fungsi 44
4.7 Pengisytiharaan Fungsi 45
4.8 Parameter Fungsi 47
4.9 Skop Pembolehubah Dan Fungsi 48
4.10 Latihan 49
4.11 Penyelesaian Masalah 50
4.12 Jawapan 56
4.13 Penilaian Pakar 58
4.13.1 Penilai Pertama 58
4.13.2 Penilai Kedua 59
4.14 Penambahbaikan Modul 59
4.14.1 Saiz Modul 60
4.14.2 Format Tulisan 60
4.14.3 Muka Hadapan Modul 61
4.14.4 Warna Tulisan 61
4.14.5 Objektif Kecil 62
4.14.6 Spacing 63
4.14.1 Keseragaman Karakter Kartun 64
4.4 Penutup 65
5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN 66
5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan 66
5.3 Kekangan 69
5.4 Cadangan Kajian 70
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.6 Penutup 71
x
RUJUKAN 72
LAMPIRAN 84
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Proses penyelesaian masalah (Gick & Holyoak,
1980)
26
3.1 Carta Aliran ADDIE 31
3.2 Rangka kerja pembangunan modul
pembelajaran. ( Diubahsuai Shaharom, 1996)
33
4.1 Tajuk utama modul yang menggunakan jenis
tulis The Beautiful One dan bersaiz 40.
38
4.2 Subtopik yang menggunakan jenis tulisan Merkin
dan bersaiz 16
38
4.3 Penggunaan warna biru menunjukkan ia adalah
aturcara yang digunakan sebagai contoh.
39
4.4 Aturcara bagi masalah yang diberi menggunakan
jenis tulisan Courier New bersaiz 12 dan warna
kuning.
39
4.5 Contoh soalan Uji Diri Anda 40
4.6 Pengenalan Kepada Fungsi. 41
4.7 Penilaian kendiri. 42
4.8 Contoh aturcara daripada permasalahan yang
diberi.
42
4.9 Penerangan peranan fungsi. 43
4.10 Fungsi takrifan pengguna 44
xii
4.11 Fungsi piawaian perpustakaan 44
4.12 Memanggil fungsi. 45
4.13 Bentuk pengisytiharaan fungsi. 46
4.14 Pengisytiharaan fungsi 46
4.15 Jenis parameter 47
4.16 Takrifan fungsi berparameter. 47
4.17 Aturcara menggunakan parameter fungsi. 48
4.18 Jenis pembolehubah fungsi. 48
4.19 Jenis prototaip fungsi. 49
4.20 Contoh prototaip fungsi. 49
4.21 Contoh Latihan 50
4.22 Permasalahan yang diberi 51
4.23 Spesifikasi masalah 51
4.24 Analisis Masalah 52
4.25 Data yang diperlukan. 52
4.26 Reka bentuk 53
4.27 Implimentasi (Tanpa menggunakan fungsi) 54
4.28 Implimentasi (Menggunakan fungsi) 55
4.29 Paparan hasil. 56
4.30 Contoh jawapan. 57
4.31 Perkataaan English sebelum dinilai. 60
4.32 Perkataaan English selepas dinilai. 60
4.33 Muka hadapan sebelum dan selepas dinilai. 61
4.34 Warna tulisan sebelum dinilai. 62
4.35 Warna tulisan selepas dinilai. 62
4.36 Tiada objektif kecil pada setiap tajuk sebelum
dinilai.
62
4.37 Penambahan objektif kecil pada setiap tajuk
selepas dinilai.
63
4.38 Spacing antara ayat sebelum dinilai. 63
4.39 Spacing antara ayat setelah dinilai. 64
4.40 Karakter pada muka surat 18 sebelum dinilai. 64
4.41 Karakter pada muka surat 18 selepas dinilai. 65
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, menelesuri kecanggihan teknologi yang semakin menular di
kalangan rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang peka
terhadap isu ini tidak melepaskan peluang menjana idea untuk menghasilkan produk-
produk yang berkualiti bagi membantu memperkemaskan dan memperkasakan mutu
pendidikan di negara kita. Maka dengan itu lahirlah beberapa bahan bantu mengajar
seperti simulasi, modul, perisian dan sebagainya.
Usaha yang berterusan untuk memperkembangkan dan memajukan lagi
sistem pendidikan di Malaysia ini dibuktikan dengan kehadiran kepelbagaian
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ( FPK) iaitu:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara”.
Menurut Ee Ah Meng (1992), Contoh lazim bentuk pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan bahan adalah seperti modul, pengajaran terancang,
dan audio tutorial. Alat Bantu Mengajar (ABM) membolehkan guru menyampaikan
pelajaran dengan lebih mudah, lebih menarik dan berkesan, manakala pelajar pula
dapat memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti
pembelajaran secara sendiri atau kumpulan. ( Mook Soon Sang, 2002).
Pembelajaran bermodul (PB) bertujuan untuk membolehkan para pelajar
menjalankan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar kendiri
(Shaharom dan Yap,1991). Pengajaran bermodul juga membolehkan para pelajar
memilih pembelajaran yang paling efektif untuk diri mereka supaya pembelajaran
dapat berjalan dengan lebih berkesan dan produktif. Terdapat banyak modul yang
telah dihasilkan berdasarkan mata pelajaran tertentu. Penghasilan modul berdasarkan
masalah juga dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu mata pelajaran.
Modul berdasarkan masalah ini dibangunkan dengan mengutamakan penyelesaian
masalah sebagai kaedah untuk memahami mata pelajaran tersebut.
Modul-modul digunakan di sekolah dan di institusi pengajian tinggi
memainkan peranan yang sama iaitu memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini memfokuskan kepada modul pembelajaran berdasarkan
penyelesaian masalah bagi tajuk fungsi dalam pengaturcaraan C++.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Jonassen (1996), dua dekad terakhir ini pengaturcaraan komputer
telah diajarkan secara meluas, beberapa pendidik dalam domain ini telah
membayangkan bahawa belajar pengaturcaraan bukan hanya belajar suatu subjek
akademik atau kemahiran kerja, tetapi juga penanaman pembangunan kognitif tahap
yang lebih tinggi. Pembelajaran pengaturcaraan tidak berfokus pada seseorang
ataupun sesuatu bidang pekerjaan, malahan ia menjadi perkara wajib yang perlu
dikuasai oleh setiap individu di era globalisasi ini. Namun pemahaman terhadap
konsep asas dalam pengaturcaraan amatlah penting.
Kebanyakan pelajar hanya mempelajari bahagian asas sahaja dalam
pengaturcaraan. Pengaturcaraan memerlukan pemahaman yang betul untuk
menguasai sesuatu konsep yang abstrak dan sukar diimiginasikan. Oleh yang
demikian, pelajar selalu berhadapan dengan kesukaran dalam mempelajari lebih
mendalam subjek berkenaan. Kesukaran yang dihadapi hendaklah dikenalpasti bagi
mendapatkan solusi kepada pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan yang lebih
efektif. (L.Essi, A.M. Kirsti & J.Hannu-Matti, 2005 )
Sesebuah modul disediakan bertujuan supaya pelajar belajar dengan sendiri
berpandukan bahan pembelajaran yang tersusun. Maka modul yang dihasilkan
membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan lebih berkesan. Pelajar
diberi kebebasan menggunakan sesuatu modul yang ditetapkan dengan kaedah
sendiri. Kebolehan dan keupayaan pelajar adalah berbeza untuk memperolehi ilmu
pengetahuan. Hal ini juga disokong dengan pernyataan Shaharom (1991),
menyatakan bahawa para pelajar diberi ruang kebebasan untuk meneruskan proses
pembelajaran mengikut kebolehan dan gaya masing-masing untuk menyelesaikan
aktiviti pembelajaran yang terkandung dalam sesuatu modul.
Penyelesaian masalah merupakan aktiviti pembelajaran yang melibatkan diri
pelajar. Menurut Popper (1999), kehidupan adalah penyelesaian masalah. Kerumitan
masalah adalah berbeza-beza mengikut situasi, namun kerumitan ini adalah satu
kayu ukur bagi berlakunya proses penyelesaian masalah. (Jonassen & Hung, 2008).
Melalui penyelesaian masalah, pelajar dapat melihat bagaimana konsep
sesuatu topik itu diguna pakai dan dilaksanakan. Tambahan pula, dengan
menyelesaikan masalah, pelajar dapat mengaktifkan minda dengan berfikir dan
mengutarakan idea demi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan.
Peterson (1996) mengatakan bahawa peningkatan tumpuan terhadap pengajaran
kritis dan penyelesaian masalah telah menjadi tunjang kepada reformasi kurikulum
sekolah kerana kemahiran ini adalah asas bagi semua pembelajaran. Maka dengan
ini, modul ini memilih kaedah penyelesaian masalah untuk membantu pelajar
menguasai tajuk fungsi dalam pengaturcaraan C++.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengaturcaraan C++ mempunyai reputasi sebagai subjek sukar untuk
dipelajari malah lebih sukar untuk menguasainya. C++ amat menitikberatkan
penulisan pengaturcaraan, dan adakalanya ianya menjadi sukar untuk pelajar
menumpukan perhatian terhadap sintaks, struktur dan tatacara pengaturcaraan pada
satu masa yang sama. ( Nitish Tripathi & Ojha, 2010 ). Bagi pelajar yang tidak
mempunyai pengalaman dalam mempelajarinya, agak sukar bagi mereka untuk
memahami dan mengusainya tanpa bantuan bahan tambahan dan rujukan.
Penghasilan modul merupakan solusi terhadap permasalahan ini. Modul yang
dibangunkan berdasarkan kaedah penyelesaian masalah akan membuatkan pelajar
lebih berfokus, seterusnya mengukuhkan lagi penguasaan pelajar terhadap topik ini.
Menurut Karsono (1993), penghasilan modul yang terancang, sistematik dan cara ia
digunakan oleh pensyarah masih menjadi perkara yang terpenting dalam menjadikan
sesuatu program pendidikan sebagai satu program yang efektif.
Salah satu topik yang sukar dikuasai dalam kursus pengaturcaraan C++
adalah fungsi. Ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Siti Syazwani Shahir
(2008).
1.4 Objektif Kajian
i. Menghasilkan sebuah Modul Pembelajaran berdasarkan masalah bagi
mempelajari topik fungsi dalam matapelajaran pengenalan kepada
pengaturcaraan C++.
ii. Menghasikan sebuah Modul Pembelajaran bagi pengaturcaraan C++ yang
dapat menarik minat pelajar untuk membantu memahami topik fungsi.
1.5 Persoalan Kajian
I. Adakah Modul Pembelajaran berdasarkan masalah yang dihasilkan sesuai
untuk mempelajari tajuk fungsi dalam matapelajaran pengenalan kepada
pengaturcraan C++?
II. Adakah modul pembelajaran yang dihasilkan dapat menarik minat pelajar
untuk memahami tajuk fungsi?