Click here to load reader
Upload
mohd-tamizi-hassan
View
356
Download
25
Embed Size (px)
DESCRIPTION
usahawan dan ekonomi
Citation preview
Asas keusahawanan 208105
Usahawan Wanita di Malaysia
Abstrak
Usahawan bukan bidang yang asing lagi di Malaysia, kini menjadi minat golongan muda
untuk mereka ceburi pada masa kini. Internet merupakan salah satu rangkaian antarabangsa
yang menghubungi lebih 20 juta orang dari 100 buah Negara di selruh dunia. Ia dianggap
sebagai leburaya maklumat. Internet juga adalah salahsatu sistem komunikasi untuk
berhubung dengan orang ramai di seluruh pelusuk dunia. Selain itu, ia menjadi kepentingan
bagi usahawan masa kini bagi meningkatkan pemasaran dan penjualan produk boleh
dilakukan melalui laman web perniagaan dalam internet. Syarikat boleh menyampaikan
maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat melalui laman
web yang telah dibangunkan terlebih dahulu oleh syarikat dan boleh dihubungi melalui mel
elektronik atau emel.
Penjualan produk pula dilakukan secara perdagangan elektronik atau dikenali sebagai
edagang. Perkhidmatan internet yang lebih murah daripada perbelajaan komunikasi secara
tradisional akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan komuniskasi syarikat seperti bil telefon,
faksimili, selain daripada ianya lebih selamat kepada kedua – dua pihak. Dengan adanya
perkhidmatan memlaui internet dapat bayangkan betapa mudahnya pelanggan boleh
membuat pelbagai tempahan pada masa yang singkat seperti tempahan tiket penerbangan,
tempahan tiket wayang , tempahan produk kecantikan dan sebagainya.
Untuk mencapai wawasan 2020, kaum wanita kini lebih berani untuk menceburi bidang
usahawan dan mengunakan kemajuan teknologi, seperti kemudahan internet untuk berhubung
dengan banyak orang dalam urusniaga nanti. Ini akan kaum wanita akan dapat mengecapi
kejayaan mereka di Malaysia mahupun luar Negara nanti.
2013/2014 Page 1
Asas keusahawanan 208105
1.0 Pengenalan
Kaum wanita sememangnya dianggap lemah oleh kaum lelaki akan tetapi ada kekuatan
disebalik kelemahan yang banyak membantu kaum lelaki dalam pelbagai aspek usahawan
dalam Negara mahupun luar Negara pada masa sekarang. Usahawan wanita di Malaysia
semakin hari semakin banyak dan semakin berani menceburi bidang usahawan .
Penglibatan wanita dalam perniagaan telah menjadi salah satu agenda penting dalam
rancangan Malaysia Ke Lapan. Kira – kira satu tiga (1/3) daipada 57,411 orang usahawan
yang telah menerima pelbagai bentuk bantuan kewangan dari kerajaan sehingga tahun
2003 adalah wanita dengan jumlah pembiayaan yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh
12 tahun sehingga tahun 2003 sebanyak rm 1.6 bilion (New Straits Time).
Usahawan - orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan
(segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: kita
perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pem-bangunan
pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~.
Wanita – orang perempuan (lebih halus ) dari kaum lelaki – golongan
perempuan,kewanitaan sifat – sifat wanita; perihal wanita.
Dengan itu, usahawan bukan untuk lelaki sahaja akan tetapi perempuan juga turut digalakkan
menjadi usahawan dari secara kecil – kecilan sehinggalah menjadi usahawan yang berjaya
mendapat nama di Malaysia dan luar Negara. Di bawah ini akan diterangkan usahawan
wanita yang berjaya dan boleh contoh yang baik untuk memangkin semangat kaum wanita,
cabaran – cabaran dan faktor – faktor kerjayaan usahawan wanita.
2013/2014 Page 2
Asas keusahawanan 208105
2.0 Usahawan Wanita di Malaysia
Dalam ekonomi Malaysia semakin hari berkembang, usahawan wanita di Malaysia semakin
meningkat di Bandar ataupun luar Bandar dengan pelbagai produk masing – masing.
Keadaan semasa usahawan wanita lebih gemar berniagaan secara online dan menjadi trend
semasa, kerana lebih mudah cepat dan menguntungkan kepada perniagaan.
Dalam dunia siber kini penyebaran maklumat melalui internet cepat dan berkesan, perniaga
kini lebih senang mempromosikan produk masing – masing dalam laman sesawang. Wanita
banyak berniaga barangan wanita secara online mampu menjana pendapatan yang lumayan
dan bersaing secara sihat dengan perniaga yang lain, yang membawa kelainan cara tersendiri
cara mempromosikan dan harga yang berpatutan.
Manakala di Luar Bandar juga kerajaan tidak mengambil mudah atas usahawan – usahawan
wanita dan mengambil insiatif mengambil memberi pinjaman dari segi kewangan untuk
berniaga menambah pendapatan isi rumah, contohnya di Sarawak pembuatan keropok ikan,
keropok ubi, keropok pisang, ikan masin , keropok lekor dan bermacam lagi, disini usahawan
kecil diberi pinjaman dan mesin – mesin untunk pembuatan produk tersebut. Ini akan dapat
mengubah pendapatan dan cara hidup penduduk luar Bandar untuk berdikari untuk
menjanakan pendapatan isi rumah masing – masing selain itu, dapat menjanakan ekonomi
Negara .
Oleh itu, usahawan wanita juga telah mendapat nama dan mampu bersaing dengan usahwan
lelaki bagi memajukan Negara dan mengejar impian masing – masing dalam bidang tersebut
dan terus menuju kejayaan.
2013/2014 Page 3
Asas keusahawanan 208105
Usahawan wanita di Malaysia sekarang semakin banyak dan menempah nama keluar Negara
dengan kejayaan yang diperolehi mereka dalam membantu ekonomi Malaysia sehingga
sekarang. Usahawan wanita Malaysia yang Berjaya mengharungi liku – liku dunia perniagaan
masing – masing. Di bawah senarai nama 25 antara tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia
usahawan di Malaysia: -
1) Caroline Russell (Boh Plantation Sdn. Bhd)
2) Datin Dr. Clara Lee ( Clara International Beauty Group Sdn. Bhd)
3) Datin Dr. Rehana Kassim (RehanStat Sdn. Bhd – perkhidmatan penyelidikan
pemasaran)
4) Datin Paduka Siti Sa’sdiah Sheikh Bakir (Kumpulan Perubatan Johor (KPJ)
Healthcare Berhad)
5) Datin Sharifah Anisah (Nona Roguy)
6) Dato’ Dr. Jannie Tay (The Hour Glass Limited – memasarkan jam tangan
buatan Swiss)
7) Dato’ Dr. Zahrah Kadir (B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd)
8) Dato’ Farah Khan (Melium Group)
9) Dato’ Hazimah Zainudin (Hyrax Oil Sdn. Bhd)
10) Datuk Khatijah Ahmad (KAF Group)
11) Datuk Maznah Hamid (Securiforce)
12) Datuk Norida Hamzah (Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd – pertahanan
dan penerbangan).
13) Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan (Think Plus Consulting Sdn. Bhd)
14) Dr. Wang Kim Ha ( Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd)
15) Faiza Bawumi Sayed Ahmad (Syarikat Faiza Sdn. Bhd – beras)
16) Helen Read (Ms Read Sdn. Bhd – rangkaian butik pakaian untuk wanita
2013/2014 Page 4
Asas keusahawanan 208105
bertubuh besar)
17) Margaret Chin (Roots Consulting Sdn. Bhd. – sistem balanced scorecard)
18) Nafisah Radin (NR Architect dan NR Interior Design).
19) Neeta Gosalia (Neetha Herbals Sdn. Bhd)
20) Noraini Soltan Talib (Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd)
21) Puan Sri Datin Mazmin Nordin (Halim Mazmin Berhad – firma kapal)
22) Rozita Ibrahim (Sendayu Tinggi)
23) Saliza Abdullah (Berani Guard Sdn. Bhd)
24) Shahreen Kamaluddin (Personal Empowerment Training & Consulting Sdn.
Bhd)
25) Tengku Rozaidar Tengku Zainol Abidin (Nineteen O One Sdn. Bhd. –
makanan berasaskan hot dog)
Usahawan wanita di atas ini telah banyak menyumbang pada ekonomi negara dalam
bidang usahawan di Malaysia dan sedikit sebanyak meningkatkan ekonomi negara
Malaysia.
Kehadiran usahawan wanita dinegara Malaysia menjadi persaing sihat antara usahawan
lelaki di Malaysia. Bidang ini sangat mencabar bagi kaum wanita untuk mengambil
risiko, akan tetapi kerajaan banyak membantu kaum wanita dalam bidang ini seperti
bantuan dalam pelbagai aspek. Kegagalan itu, tidak menjadi masalah kepada usahawan
wanita kerana pelbagai akan menyokong dan membantu dari segi motivasi, bantuan
kewangan dan sebagainya untuk mengecapi kerjayaan bersama.
2013/2014 Page 5
Asas keusahawanan 208105
3.0 Usahawan Wanita Berjaya di Malaysia
3.1 USAHAWAN BERAS FAIZA
Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza
Sdn Bhd Pada tahun 1964, beliau kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana
mengikut suaminya . Pada ketika itu , beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih
berbahasa Melayu setelah tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan
suka bergaul dengan jiran – jiranya. Meskipun sudah berusia lingkungan 60an, beliau
yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih
giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang
perniagaan dinegara ini.
Wanita yang berwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu
memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul sekali gus
mencatakan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang memangnya dilahirkan dalam
keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan
sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut
mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan. Setelah
berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yang pertama, beliau mengikut suaminya
berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti berfaedah yang boleh dilakukannya
bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil
upah menjahit sulaman dengan modal Rm4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau
juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak – anak kecil jiran – jiranya.
Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitan yang cantik dan kemas
dijual kepada kawan – kawannya. Seterunya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti
2013/2014 Page 6
Asas keusahawanan 208105
bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisne kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi
menjadikan modal bisnes seterusnya.
Beliau berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus
seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh
ramuan – ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah
Jenama Bunga Raya. Semuanya dilakukan sendiri di rumah, daripada mencuci, menjemur
dan mengoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi
dikisar dan diedarkan.
Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan
membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu. Dari situ beliau
mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau
mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong
beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras
Siam setelah mendapat maklumbalas positif atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai
ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika
beliau menjualnya. Para pelanggan yang melanggan rempah – rempah beliau turut
membeli beras daripadanya.
Pada pemulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di
hadapan rumah, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan
jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai – kedai di seluruh johor. Perniagaan beliau
mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil
peluang keatas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan
kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras
berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini aadalah jenis beras “Ponni”. Menerusi produk
2013/2014 Page 7
Asas keusahawanan 208105
berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk persakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras
“Ponni” ini ke seluruh Malaysia. Syarikat beliau kini telah di kenali kerana kualiti produk
yang tinggi, seratus buatan Islam dan Halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam
penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapat
produk yang bermutu tinggi dan tanpa was – was meragui status halalnya.
Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus
– lumus menentukan operasi ssyarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek
kilang milik Syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat
Faiza Bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Puan Faizah berkata semua usaha
yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi
pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah.
Puan Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain
membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat islam khususnya orang Melayu
betapa perlunya mengamalkan sikap tolong – menolong antara satu sama lain seperti yang
diamalkan bangsa lain. Beliau sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W
dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
pemimpin.
Keadaan ini, membuka mata wanita seluruh Malaysia dan menjadi contoh dan idola
wanita di Malaysia, dari berniaga dari kecil – kecilan sehingga berjaya membuka sebuah
Syarikat Faiza Sdn Bhd dan menjadi Penagarah Urusan di syarikat tersebut serta
menempa nama di Malaysia dan menjadi jutawan yang menjual beras baik untuk
kesihatan.
2013/2014 Page 8
Asas keusahawanan 208105
3.2 Latar Belakang Syarikat Faiza
Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat
iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad . Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai
perniagaan terasnya. Pada tahun 1992, syarikat Faiza secara rasmi ditubuhkan di bawah
Syarikat FAIZA Sdn Bhd, (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas
Nasional(BERNAS) pada tahun 1997.
Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat
pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula
memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini
adalah jenis beras “ponni”. Setelah melihat pontensi beras “ponni”, SFSB
memperkenalkan beras tersebut yang dipercayai baik untuk kesihatan, bagi menghidap
diabetes obesity dan darah tinggi. Hingga hari ini di bawah jenama Taj Mahal, beras
Faiza Herba Ponni telah diedarkan seluruh Malaysia .
SFSB juga telah menghasikan penegeluaran padi yang seiring dengan permintaan
pengguna seperti Basmathi, beras Fragrant, Tahi Super Special dan beras Local. SFSB
telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan Halal.
SFSB kini mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah danTerengganu, SFSB
mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak. SFSB kini juga meneroka
bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari rempah dan beras.
Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu
diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu sebanyak
Sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal Cuma memproses lima tan bihun
dengan sasaran jualan sebanyak RM 12juta setahun bagi tahun pertama.
2013/2014 Page 9
Asas keusahawanan 208105
Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profeisonal dengan
pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing – masing yang mana ianya
persediaan bagi bersaing dalam scenario pernigaan beras. Oleh itu, SFSB, tiada tolak
ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik – teknik
lebih baik cara baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, mengalakkan, untuk
member khidmat, menjual. SFSB percaya yang kejayaan boleh dicapai daripada apa yang
dibuat dengan penuh kesungguhan.
Kejayaan syarikat ini sememangnya telah cukup terkenal di Malaysia dengan berasnya
yang baik untuk kesihatan bagi pesakit – pesakit diabetis dan lain – lain, dan telah
menjadi jenama yang telah dikenali sehingga kini. Dengan kegigihkan, keberanian Puan
Faiza sebagai wanita menceburi bidang usahawan ini telah memberi kejayaan atas
usahanya selama ini berbaloi dan telah mencapai jutawan.
2013/2014 Page 10
Asas keusahawanan 208105
Di bawah antara produk yang dijual syarikat SFSB : -
2013/2014 Page 11
Asas keusahawanan 208105
4.0 Faktor – faktor Kejayaan Usahawan Wanita
4.1 Pendidikan dan latihan kemahiran
Pendidikan amat penting dalam mencari pekerjaan, ilmu yang dicari bukan sahaja dalam
bidang diminati dan boleh dibawa ke mana – mana kerana, ilmu yang dipelajari dalam
semasa belajar hendaklah dipratikan dalam menjalan pekerjaan yang ceburi dan minati
dengan itu, pendidikan adalah salah satu faktor yang kejayaan usahawan wanita di Malaysia,
tidak kira rendah sehingga tertinggi sekali.
Pendidikan kemahiran tertentu sangat penting untuk dalam menjalankan sesuatu perniagaan
kerana kemahiran perlu ada, untuk mengunakan teknologi ataupun lain – lain. Kemahiran
perlu ada sebelum menjalankan sesuatu perniagaan dan pengalaman contoh kemahiran
membuat roti, kek dan lain – lain, cara mengunakan mesin perlu ada kemahiran khusus dalam
bidang tersebut, bagi menjaga mutu produk yang dikeluarkan nanti. Kemahiran ini amat
penting untuk generasi akan datang warisi kemahiran tertentu dan bidang tertentu untuk
memulakan perniagaan dalam bidang tersebut.
Pendidikan dan Kemahiran perlu ada dalam diri usahawan wanita untuk memajukan diri,
dalam bidang mereka ceburi nanti. Ini dapat memberi mereka memperlajari ilmu perniagaan
untuk memajukan perniagaan sehingga berjaya. Dengan ada ilmu ini memberi pengetahuan
selok belok perniagaan yang akan diceburi nanti, untuk menghadapi masalah – masalah
ekonomi, untung rugi perniagaan dan menitik berat dalam pengurusan yang sistematik.
2013/2014 Page 12
Asas keusahawanan 208105
4.2 Dasar Kerajaan
Kejayaan usahawan wanita di Malaysia telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan dapat
menjadi contoh yang kepada kaum hawa, faktor – faktor kerjayaan usahawan wanita di
Negara ini kerana faktor galakkan kerajaan memperkasakan kaum wanita dalam perlu untuk
mencapai pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Hari ini, anak-anak gadis dan wanita
masih terus menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di mana
wanita melepasi lelaki dari segi kemasukan dan juga pencapaian akademik di dalam pelbagai
situasi. Wanita-wanita di Malaysia juga kini terlibat dengan lebih aktif di dalam
perniagaan,politik dan lain-lain inisiatif di peringkat kebangsaan. Di bawah ini kenyataan
dalam belanjawan Malaysia : -
Di atas ini, kerajaan mengambil berat atas wanita, dan memberi perhatian terhadap kaum
hawa dalam pelabagai aspek untuk memajukan diri mereka, agar tidak ketinggalan dalam
arus kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia kini.
Kewujudan pelbagai program yang disediakan oleh kerajaan ini memberi dorongan dan
galakkan pada usahawan wanita di Malaysia. Dari segi kewangan pinjaman untuk perniagaan
disediakan kerajaan, contohnya di Sarawak, telah menyediakan skim bantuan dan pinjaman,
Usahanita – bertujuan membantu dan mengalakkan usahawan wanita Sarawak dalam bidang
2013/2014 Page 13
Asas keusahawanan 208105
usahawan dan perniagaan, dalam bidang pemprosesan barang makanan, pembuatan
krafttangan, pembuatan perabot, pertanian komersial dan, lain – lain perusahaan yang sesuai,
pinjaman yang diberi pada usahawan wanita had pinjaman RM50,000 , tempoh maxima
dalam 5 tahun, cara memohon melalui RHB bank. Dengan ini, kerajaan akan menerima
impak yang baik serta ekonomi akan menaik, kitaran wang dalam negera berlaku dan
menjana pendapatan usawan wanita di Negara ini.
Dengan adannya bantuan skim pinjaman ini akan mengalakkan usahawan wanita dari semua
kalangan dalam bidang masing – masing yang diminati untuk diceburi tidak kira berniaga
secara besar – besaran ataupun secara kecil – kecilan untuk memajukan diri, keluarga, serta
membangunkan ekonomi Negara.
4.3 Kecekapan Dalam Pengurusan Perniagaan
Salah satu faktor kerjayaan usahawan wanita di Malaysia ialah tahap kecekapan mereka
dalam pengurusan perniagaan, keadaan ini telah menjadi bukti bahawa wanita juga mampu
bersaing dengan kau lelaki. Kini wanita mampu bersaing dengan kaum lelaki dalam bidang
perniagaan kerana kaum wanita lebih bijak, dan kini populasi perempuan graduan wanita di
monopoli oleh wanita. Seterusnya kaum wanita sedar pentingnya kemajuan diri dalam
kehidupan bersaing secara sihat seperti dalam bidang perniagaan ini.
Oleh itu, kaum wanita kini berpendidikan dan berpengalaman mampu mengurus,
perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan kepimpimnan dengan cekap dalam
perniagaan mereka sehingga berjaya, contohnya usahawan wanita Puan Faiza perniagaan
rempah ratus, dan beras dan dan dikenali diseluruh Malaysia sehingga sekarang. Kerjayaan
beliau dalam perniagaan sememang menjadi kebangaan kaum wanita di Malaysia.
2013/2014 Page 14
Asas keusahawanan 208105
Kejayaan beliau melalui berniaga secara kecil – kecilan sehingga menjadi jutawan dan
berjaya dalam perniagaan berasnya dengan kecekapan daripada pengalaman dalam
perancangannya mengeluar beras dan rempah ratus 100% halal dan tidak diragui oleh rakyat
Malaysia mengunakan produk nya dalam makanan, dan beliau sentiasa menghasilkan produk
– produk yang baru bagi memenuhi kehendak rakyat tempatan. Dengan itu, kecekapan dalam
perniagaan amat diperlukan kerana untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan yang diceburi
dan mengunakan pengalaman, pendidikan untuk mencapai cita –cita menjadi usahawan
wanita yang berjaya di Malaysia .
5.0 Cabaran – cabaran Usahawan Wanita Di Malaysia
Cabaran – cabaran usahawan wanita di Malaysia telah membantutkan usaha mereka dalam
bidang usahawan dan mereka tidak berfungsi dengan baik mengikut keadaan semasa.
Keadaan semasa kini banyak memerlukan tenaga kerja tidak mengira jantina lelaki ataupun
perempuan dalam pelbagai bidang tetapi terutamanya dalam bidang usahawan.
5.1 Kekurangann Modal dan Pengurusan
Modal adalah sangat penting dalam berniagaan jika tiada modal tiada perniagaan tidak dapat
dijalankan, pada mulanya perniagaan modal adalah aset utama untuk menjalankan perniagaan
selepas itu, sudah ada modal pengurusan diperlukan untuk mengurus modal untuk perniagaan
tersebut. Dahulu sebelum adanya skim – skim bantuan kewangan yang diadakan oleh
kerajaan masalah kewangan menjadi satu cabaran besar memulakan perniagaan. Perniagaan
yang dibuka dengan modal sendiri banyak mengakibatkan perniagaan mengalami
peningkatan dan penurunan kerana pengurusan tidak berapa sistematik, sehingga jatuh
bankrap.
2013/2014 Page 15
Asas keusahawanan 208105
Keadaan sebegini akan menjejaskan semangat usahawan wanita di Malaysia untuk
memajukan perniagaan mereka sehingga berjaya, jatuh bagun dalam perniagaan telah
menjadi perkara biasa dalam pernaigaan bagi usahawan wanita. Selain itu, pengurusan yang
kurang baik juga akan menyebabkan perniagaan itu akan mengalami kerugian, walaupun
menggunakan modal sendiri atau secara pinjaman dengan bank. Pengurusan kewangan perlu
sistematik dan memastikan tidak mengalami kerugian dalam pengunaan kewangan syarikat
tersebut.
5.2 Peningkatan Kemajuan Teknologi
Kewujudan kemajuan Teknologi adalah salah cabaran dalam dunia usahawan dengan
perubahan semasa, pelbagai teknologi berkembang sekarang dalam dunia usahawan bagi
memudahkan kerja akan tetapi menjadi satu cabaran. Teknologi yang ada perlu dipelajari
untuk memajukan perniagaan, usahawan wanita kebanyakkanya tidak beberapa pandai
mengunakan teknologi yang ada.
Ini juga akan menyebabkan kos perniagaan akan meningkat kerana pengunaan teknologi
dalam pernigaan, teknologi yang ada bukan sahaja mudah digunakan akan tetapi
menyebabkan kos yang digunakan semakin meningkat. Seperti contoh kilang – kilang
membuat makanan segera banyak mengunakan mesin dan berteknologi tinggi, mesin – mesin
tersebut agak mahal akan tetapi perlu ditanggung oleh pemilik perniagaan tersebut.
Dalam dunia siber sekarang banyak mengunakan teknologi seperti perniagaan online
mengunakan internet, tetapi penyelewengan, penipuan juga banyak juga berlaku ini adalah
salahguna teknologi yang ada untuk mendapat keuntungan lebih. Ini menyebabkan perniaga –
perniaga online mendapat kerugian kerana berlaku penipuan sebegini. Dalam kemajuan yang
dikecapi sekarang semua perkara yang hendak dilakukan semua mengunakan teknologi yang
sedia ada, ini juga menjadikannya salah satu cabaran kepada usahawan wanita di Malaysia,
2013/2014 Page 16
Asas keusahawanan 208105
kerana cabaran dengan peningkatan teknologi ini, bukan mudah untuk hadapi usahawan
wanita pada masa kini. Dengan adanya teknologi untuk memudahkan urusniaga bukan
menjadikannya satu masalah
5.3 Globalisasi/ Dunia Tanpa Sempadan
Kini dunia perniagaan semakin luas , usahawan wanita perlu bersaing bukan sahaja dengan
persaingan dalam Negara dan luar Negara dalam pelbagai aspek. Dalam perniagaan mesti
mengeluarkan sesuatu produk, produk yang hendak dikeluarkan berkualiti,dengan harga yang
berpatutan memenuhi kehendak pelanggan. Selain itu, dalam sistem penyampaian produk
juga turut mempergaruhi cabaran keatas perniagaan. Seperti contoh syarikat KFC dan
MCDONALD, dua syarikat ini bersaing dalam penjualan makan segera mereka, dalam masa
itu menawarkan harga yang murah keatas produk makanan mereka walaupun kos pada masa
kini semakin meningkat. Selain itu, untuk usahawan wanita yang dalam kosmetik dan fesyen
dan sememangnya bersaing dengan produk luar Negara seperti produk kosmetik tempatan
keluaran Sendayu Tinggi, dan Mustika Ratu dari luar Negara menjadi persaingan dengan
produk tempatan. Ini juga agak membimbangkan atas usahawan wanita di Malaysia,selain
itu, juga pelanggan juga memilih dan mengikut trend semasa dan lebih kepada produk dari
luar Negara seperti produk kecantikan tersebut, dan produk tempatan kurang mendapat
sambutan oleh pelanggan tempatan.
Pelanggan akan banyak keliru dengan keadaan semasa untuk memilih yang mana satu lebih
baik bermutu dan memilih yang lebih baik, dan kini menjadi trend semasa memakan
makanan segera kerana sibuk bekerja dan mengejar masa. Justeru, ini akan menyebabkan
kerugian keatas perniagaan yang hendak dibuat nanti. Dengan itu, dalam bidang kosmetik
pula memerlukan sokongan pelanggan tempatan untuk melariskan produk yang hendak
2013/2014 Page 17
Asas keusahawanan 208105
dikeluarkan nanti. Dengan itu, cabaran ini akan menyebakan usahawan wanita bimbang ke
atas situasi dan lebih berani mengambil risiko keatas perniagaan yang diceburi oleh mereka.
5.4 Sumber semakin berkurangan
Sumber adalah adalah aset utama dalam perniagaan, sumber yang semakin berkurangan akan
menyebabkan penurunan prestasi peniagaan, pengeluaran juga akan menjadi berkurangan
sebaliknya permintaan yang tinggi dipasaran. Contohnya pengeluaran sumber beras,
penanaman padi yang kena penyakit akan menjadi cabaran kepada perniaga beras kerana
beras sahaja sumber utama perniagaan tersebut, masalah penyakit ini akan merumitkan lagi
sesuatu perniagaan tersebut.
Selain itu, juga bencana alam seperti ribut banjir besar ini salah satu cabaran bagi perniaga
beras, ini kerana tanaman akan rosak akibat banjir tersebut menyebabkan kerugian besar yang
perlu dihadapi oleh perniagaan beras dan mengambil risiko tersebut kerana keadaan ini tidak
dapat dijangka akan berlaku keatas tanaman tersebut. Seterusnya serangan binatang perosak
dan serangga perosak, ini juga menjadi cabaran kepada penanaman padi, kerana binatang
perosak merosakan dan makan, seperti burung pipit liar suka makan padi, manakala tikus
pula merosak padi, serangga seperti belalang pula turut merosak tanaman padi, dan perlu di
racun, tangkap dan lain – lain yang menyebabkan kos lain, ini akan menyebabkan kerugian
pada perniagaan tersebut.
2013/2014 Page 18
Asas keusahawanan 208105
5.5 Perubahan struktur demografi
Perniagaan pasti banyak menerima cabaran, lebih – lebih lagi perniagaan yang besar, dengan
itu, keadaan semasa semakin banyak berubah kerana banyak faktor menyebabkan perubahan
tersebut. Sebagai usahawan wanita yang berani mengambil risiko untuk menghadapi cabaran
– cabaran seperti perubahan struktur demografi semasa.
Struktur demografi pada masa kini semakin bertambah dari segi kaum wanita daripada lelaki,
kaum wanita banyak lagi daripada kaum lelaki ini menyebabkan kebanjiran tenaga wanita
dalam pasaran, yang memerlukan kemudahan ,suasana kerja yang berbeza daripada suasana
biasa. Selain itu, jangka hayat semakin panjang kadar kesihatan yang baik, dan ramai pekerja
sudah matang dalam memilih pekerjaan. Hal ini akan menyebakan kaum wanita memilih
pekerjaan dan timbul pengganguran, ini adalah satu cabaran yang besar pada usahawan
wanita atas perubahan demograpi ini yang perlu di tangani dengan segera.
2013/2014 Page 19
Asas keusahawanan 208105
6.0 Penutup
Usahawan wanita di Malaysia kini telah menempah nama diperada antarabangsa atas
kerjayaan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang usahawan. Usahawan wanita di
Malaysia kini telah menjadi trend untuk memajukan diri walaupun wanita yang berkerja
sebagai suri rumah dimasa yang sama menjadi usahawan berjaya dan mengambil peluang
yang ada untuk bersaing dengan kaum lelaki.
Kini kaum lelaki tidak lagi memandang rendah terhadap kaum wanita kerana mereka mampu
membuat kerja lelaki, dan memimpin dalam sesuatu perniagaan yang besar, seperti puan
Faiza, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, penjualan beras dan rempah yang
terkenal di Malaysia, mampu bersaing dan bertahan sehingga sekarang.
Oleh itu, usahawan wanita kini mengalami perubahan besar mengikut peredaran semasa
untuk memajukan diri dan Negara dalam bidang usahawan. Kini timbul satu persatu nama
besar usahawan wanita yang mengharumkan nama Negara dan menjadi contoh dan icon
golongan muda untuk menjadi ikutan dalam bidang tersebut.
2013/2014 Page 20
Asas keusahawanan 208105
7.0 Rujukan
Jurnal
Pembuatan Keputusan Di Kalangan Wanita Yang Terlibat Dalam Perusahaan Mikro,
Askiah Jamaludin, 2002, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Faktor Kritikal Kerjayaan Usahawan Dalam Perniagaan, Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi
Omar & Lee Kuan Yee, Jounal Of Social sciences And Humanities, Volume7, Number 1,
034-045, April Special-2012, ISSN:1823-884x,e – Bangi, FSSK, UKM.
Peranan Dan Cabaran Usahawan Wanita Bumiputra Di Melaka, Habsah Kasmi, Md
Tahir Abd Hamid PhD, Salina Abdullah, Ogos 2010, UITM.
Profil Dan Cabaran Usahawan Wanita Di Malaysia. Ismail Abdul Wahab, Zarina Salleh,
Laila Mohammmad Kamaruddin, April 2004, UITM.
Laman Sesawang
http://prpm.dbp.gov.my
www.statistics.gov.my
www.kpwkm.gov.my
www.utusan.com.my
2013/2014 Page 21
Asas keusahawanan 208105
8.0 Lampiran
2013/2014 Page 22
Asas keusahawanan 208105
2013/2014 Page 23
Asas keusahawanan 208105
I. Pengenalan
II. Usahawan Wanita di Malaysia
III. Usahawan Wanita Berjaya di Malaysia
IV. Faktor – faktor Kejayaan Usahawan Wanita
V. Cabaran – cabaran Usahawan Wanita Di Malaysia
VI. Penutup
VII. Rujukan
VIII. lampiran
2013/2014 Page 24