Vaksin Haji Haram

Embed Size (px)

Citation preview

  • VOLUME 3 (FATWA PERUBATAN)

    Hakcipta Terpelihara H Science Solution 2012

    Oleh: Abd Rahman, B. Pharm

    Muatturun secara sah hanya di: http://www.halalscience.com/blog

  • Vaksin Haji Haram? (Volume 3 : Fatwa-Fatwa Perubatan)

    Abd Rahman, B.Pharm

    Hakcipa terpelihara. Tiada mana-mana bahagian dari ebook ini boleh diterbitkan semula atau

    dipindahkan kepada apa-apa bentuk atau melalui apa-apa cara, elektronik atau mekanikal

    termasuk fotostat, rekod atau apa-apa sistem penyimpanan dan pengeluaran maklumat, tanpa

    kebenaran bertulis daripada penerbit.

    Had Liabiliti. Buku ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan pendidikan dan panduan

    para pembaca. Usaha sedaya upaya telah dilakukan untuk memastikan maklumat di dalam

    buku ini tepat dan benar. Maklumat di dalam buku ini tidak boleh digunakan oleh sesiapapun

    untuk tujuan diagnosis diri, rawatan atau alasan untuk menerima atau menolak sebarang terapi

    perubatan untuk apa apa penyakit. Setiap orang disaran untuk mendapatkan nasihat dan

    rawatan daripada pengamal perubatan profesional. Buku ini juga tidak memberikan apa-apa

    nasihat perubatan. Sebarang aplikasi daripada maklumat di dalam buku ini adalah di atas

    pertimbangan dan risiko pembaca sendiri. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan

    dan sedang menjalani rawatan harus mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan

    masing-masing sebelum mengambil atau menghentikan pengambilan sebarang ubat. Penulis

    dan penerbit tidak akan bertanggungjawab kepada mana mana individu atau kumpulan yang

    mengalami kerugian, kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh maklumat di dalam

    buku ini secara langsung atau tidak langsung.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Abd Rahman, 1981

    Vaksin haji haram? / Abd Rahman. Bibliografi: ms. 95 ISBN 978-967-10060-3-0 1. Vaccines Religious aspects Islam. 2. Medical care Religious aspects Islam. I. Judul 297.122861

    Hakcipta terpelihara H Science Solution 2012

  • KANDUNGAN

    Halaman

    PENGENALAN

    BAB 1 Kronologi Wabak Meningitis 5

    BAB 2 Apa itu Penyakit Meningitis? 7

    BAB 3 Jenis Jangkitan Meningitis 10

    BAB 4 Wabak Meningitis di Musim Haji 16

    BAB 5 Syarat Wajib Vaksin Haji 21

    BAB 6 Dilema Vaksin Haji: Benarkah Vaksin Haji Haram? 24

    BAB 7 Fatwa Terkini Vaksin Haji 33

    BAB 8 Pembangunan Vaksin Meningitis 39

    Bab 9 Panduan Pengambilan Vaksin 48

    BAB 10 Bila yang haram menjadi halal 51

    BAB 11 Konsep Darurat dan Halal Haram dalam Perubatan 52

    BAB 12 Panduan Kesihatan Haji 69

    PENUTUP

  • FATWA-FATWA PERUBATAN

    Apa itu Fatwa?

    Fatwa dari segi bahasa ialah suatu keputusan, penjelasan atau jawapan

    terhadap sesuatu perkara yang dimusykilkan. Dari segi istilahnya bermaksud

    memberikan penjelasan hukum syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan

    kepada sesiapa yang bertanya, baik secara individu mahupun secara berjemaah.

    Mengikut peruntukan undang-undang di Malaysia, di bawah Akta Pentadbiran

    Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, peruntukan

    mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu fatwa bermaksud suatu

    pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang

    menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan hukum syarak.

    Sesuatu fatwa boleh dikeluarkan apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan

    Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada

    Mufti, atau yang dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri.

    Walaubagaimanapun, pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh

    diambil sebagai fatwa apabila pernyataan itu telah disiarkan dalam warta

    berhubung dengan Hukum Syarak. Fatwa yang telah diwartakan merupakan

    sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah

    Syariah bagi negeri tersebut.

  • Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

    Di Malaysia, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama

    Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) atau dikenali sebagai Jawatankuasa

    Fatwa kebangsaan adalah pihak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan dan

    menyelaraskan pengeluaran fatwa yang menyentuh perkara perkara seperti :

    1. Masalah keagamaan yang bukan bersifat tempatan tetapi berkaitan dengan

    hal ehwal umat Islam Malaysia secara keseluruhannya.

    2. Masalah-masalah keagamaan di sesuatu negeri yang mungkin berlaku di

    negeri lain.

    3. Masalah-masalah keagamaan yang bersifat tempatan dan daerah yang

    dikemukakan oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Negeri.

    14 Orang Mufti Anggotai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

    Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah ditubuhkan pada awal tahun 1970 di

    bawah Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

    Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh 14 orang Mufti iaitu seorang Mufti

    dari setiap negeri di Malaysia. Perbincangan ataupun muzakarah Jawatankuasa

    Fatwa Kebangsaan diadakan mengikut keperluan semasa dan isu-isu berbangkit.

    Sesuatu fatwa yang dikeluarkan di peringkat kebangsaan merupakan keputusan

    bersama Mufti dari setiap negeri. Perbincangan untuk mengeluarkan fatwa

    diadakan semasa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

  • Walaubagaimanapun, keputusan yang dibuat ataupun fatwa yang

    dikeluarkan tidak mengikat kerajaan-kerajaan negeri, tetapi sebaliknya ia hanya

    boleh dikuatkuasakan diperingkat negeri jika negeri berkenaan mengambil

    tindakan atau menerima pakai fatwa tersebut menerusi keputusan mesyuarat

    Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing. Oleh itu, Muzakarah Jawatankuasa

    Fatwa Kebangsaan sebenarnya hanya merupakan majlis perbincangan bagi

    menentukan sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan seluruh negara.

    Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sejak akhir-

    akhir ini cukup mendapat perhatian orang ramai terutamanya fatwa mengenai

    senaman Yoga dan ubat-ubatan dari unsur haram.

    Fatwa-Fatwa Suntikan Vaksin Meningitis

    Di dalam bab ini, saya hanya menyenaraikan fatwa-fatwa berkenaan suntikan

    vaksin meningitis untuk jemaah haji yang dikeluar oleh Jawatankuasa Fatwa

    Kebangsaan, Malaysia dan juga fatwa oleh Majelis Ulama Indonesia.

    Hukum Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama

    Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang pada 27 Nov 2002 telah membincangkan

    Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam. Muzakarah

    telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian

    meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah

  • harus. Manakala vaksin pelalian meningococcal Miningitis Monumune yang

    mengandungi unsur daripada babi adalah haram.

    Keterangan/Hujah:

    1. Ketika ini hanya terdapat dua jenis vaksin sahaja di pasaran iaitu jenama

    Mencevax dan jenama Monumune. Vaksin jenama Mencevax adalah dari

    sumber susu, jantung dan lemak lembu berbanding vaksin jenama

    Monumune yang sumbernya mengandungi bahan khinzir.

    2. Permasalahan keraguan terhadap kandungan vaksin jenama Mencevax

    hanya melibatkan sumbernya iaitu lembu tersebut sama ada ianya

    disembelih atau sebaliknya. Sekiranya lembu tersebut tidak disembelih

    vaksin Mencevax juga mengandungi bahan dari najis.

    3. Keharusan menggunakan vaksin jenama Mencevax adalah berasaskan

    kaedah fiqf "Akhafu al-Dhararin " walaupun sumbernya dari lembu yang

    belum dapat dipastikan ia disembelih atau pun tidak. Hal ini amat jelas

    bahawa penggunaan suntikan vaksin jenama Monumune yang

    mengandungi unsur khinzir tidak boleh digunakan.

    4. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa walaupun bahan

    sumber yang asal daripada benda yang najis dan haram sekalipun namun

    jika ianya diproses dan berlaku perubahan atau pertukaran 'ain yakni

    sifatnya maka ia dibolehkan. Hal ini mengharuskan untuk menggunakan

  • vaksin berjenama Monumune walaupun bahan sumbernya terdiri unsur

    khinzir.

    5. Penegasan oleh pihak berkuasa amat diperlukan dan menyatakan bahawa

    vaksin yang sumbernya dari bahan yang diharamkan adalah tidak

    dibolehkan dan diharamkan. Secara langsung pihak hospital atau klinik

    swasta perlu akur dan tiada alasan untuk tidak menyediakan vaksin

    berjenama Mencevax bagi kegunaan suntikan kepada Jemaah Haji atau

    Umrah Malaysia.

    6. Pemberitahuan kepada masyarakat Islam Malaysia perlulah meliputi kedua-

    dua jenama vaksin iaitu Monumune dan Mencevax. Bahkan dinyatakan juga

    vaksin berjenama Monumune yang mengandungi asid amino khinzir adalah

    diharamkan. Maka hanya vaksin berjenama Mencevax adalah diharuskan

    kerana tiada mengandungi sumber yang diharamkan oleh syarak.

    Hukum Penggunaan Vaksin Meningits Menveo

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

    Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan

    Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo. Muzakarah telah memutuskan

    seperti berikut:

    1. Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Biro Pengawalan

    Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan meneliti keterangan, hujah-hujah

  • serta pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian

    bahawa proses penghasilan Vaksin Menveo keluaran Syarikat Novartis

    Vaccines adalah sama sepertimana penghasilan Vaksin Mencevax keluaran

    Syarikat Glaxo Smith Kline (GSK).

    2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pada dasarnya

    hukum penggunaan vaksin Menveo adalah harus atas dasar dharurah sama

    seperti vaksin Mencevax yang telah diputuskan pada Muzakarah kali ke-53

    bertarikh 27 November 2002 kerana sehingga kini masih belum ada mana-

    mana vaksin meningococcal meningitis yang dihasilkan 100% halal dan suci

    daripada awal hingga akhir proses penghasilannya.

    3. Walaubagaimanapun untuk maslahah umat Islam, Muzakarah

    berpandangan di antara kedua-dua vaksin ini, keutamaan adalah kepada

    vaksin Mencevex yang telah digunakan sekian lama dan telah terjamin dari

    segi keberkesanan dan keselamatan kepada pengguna. Manakala vaksin

    Menveo masih baru di pasaran dan pemonitoran kesan jangka panjang

    masih berterusan.

    4. Muzakarah juga berpandangan bahawa Sijil Halal tidak wajar diberikan

    kepada vaksin Menveo kerana penentuan harus adalah atas dasar dharurah

    dan proses penghasilannya tidak mematuhi piawaian pensijilan halal

    Malaysia.

  • BILA YANG HARAM MENJADI HALAL

    Kesedaran mengenai status halal dan halam di kalangan pengguna muslim

    pada hari ini tidak lagi berkisar setakat makanan dan minuman sahaja, tetapi

    semakin meluas meliputi sistem kewangan, bahan gunaan, kosmetik dan juga

    ubat-ubatan.

    Isu-isu berkaitan ubat-ubatan yang tidak halal, gelatin dari sumber haram

    dan penggunaan enzim khinzir dalam penghasilan ubat dan makanan seringkali

    diperbincangkan di dalam pelbagai forum dan media. Selain itu, isu halal haram

    turut dihangatkan dengan berita-berita seperti kopi yang digoreng dengan gelatin

    khinzir, ikan keli yang diberi makan daging khinzir, sayur-sayuran yang dibaja

    dengan najis khinzir dan penggunaan lemak khinzir di dalam vaksin dan juga

    produk kosmetik.

    Selain daripada penggunaan bahan-bahan daripada khinzir, pelbagai isu

    halal haram yang lain juga menimbulkan polemik di kalangan umat Islam pada

    hari ini. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai kaedah penyelasaian kepada isu

    ini daripada perspektif Islam jika kita berusaha memahaminya. Salah satu kaedah

    yang sering digunakan dan diterima pakai di Malaysia ialah kaedah Darurat. Selain

    daripada kaedah darurat, terdapat juga kaedah-kaedah penyelasaian lain

    menurut syariah Islam iaitu kaedah Istihalah, Istihlak dan juga Istibra.

  • KONSEP DARURAT DALAM PERUBATAN

    Lima Prinsip Utama Syariat Islam

    Islam ialah agama yang sempurna dan lengkap sebagaimana firman Allah

    s.w.t dalam Surah Al Maaidah ayat 3:

    Maksudnya: Pada hari ini Aku sempurnakan agama kamu bagi kamu dan Aku

    cukupkan nikmatKu kepadamu dan Aku reda Islam menjadi agama bagimu.

    Allah s.w.t telah menetapkan dasar-dasar hukum dalam setiap permasalahan

    yang dihadapi oleh manusia sama ada berkaitan akidah, ibadah, sistem

    kehidupan, kenegaraan, undang-undang, kesihatan, politik dan lain-lain. Sebagai

    agama yang lengkap, Islam memelihara dan menyelesaikan permasalahan atau

    keperluan manusia yang boleh dibahagikan kepada 5 perkara asas. Perkara asas

    ataupun keperluan darurat terbahagi kepada lima prinsip utama syariah Islam

    iaitu:

    1. Agama

    2. Nyawa

    3. Akal

    4. Keturunan

  • 5. Harta Benda

    Islam memelihara lima prinsip utama syariah ini dengan dua cara iaitu

    pertama dengan melaksanakan atau menegakkannya dan kedua dengan

    memastikan supaya ia terus berkekalan. Melaksanakan dan menegakkan Agama

    adalah dengan menegakkan lima rukun Islam yang sudah diketahui umum. Umat

    Islam diwajibkan supaya berjihad ke atas mereka yang cuba meruntuhkannya agar

    ia sentiasa berkekalan. Nyawa sebagai hak Allah dipelihara dan dilindungi dari

    sebarang ancaman penyakit, pembunuhan dan sebagainya. Dalam kes

    pembunuhan, Islam mewajibkan perlaksanaan hukum qisas ke atas si pembunuh.

    Jauhi Perkara Memabukkan Dan Merosakkan Akal

    Kita pula diwajibkan untuk memelihara Akal dengan mencari ilmu bagi

    memantapkan minda, disamping menjauhi perkara-perkara haram yang boleh

    memabukkan dan merosakkan akal. Dalam aspek Keturunan, Islam

    memeliharanya dengan mengizinkan dan menggalak perkahwinan supaya dengan

    itu kesinambungan keturunan dapat diteruskan. Islam melindungi keturunan

    dengan mengharamkan perzinaan dan pergaulan bebas yang boleh merosakkan

    keturunan manusia.

  • Berusaha Melalui Jalan Yang Halal

    Berhubung dengan harta benda, Islam melindunginya dengan mengalakkan

    manusia berusaha mencari harta melalui jalan yang halal dan menghukum

    pencuri-pencuri dengan memotong tangan mereka. Disamping itu, Islam

    memelihara masyarakat daripada penindasan dan kezaliman dengan

    mengharamkan penipuan, riba, rompakan dan sebagainya.

    Rukshah (Kelonggaran Hukum)

    Hukum-hakam Islam mempunyai azimah (ketetapan) dan rukhsahnya

    (kelonggaran). Hukum azimah ialah hukum asal yang ditetapkan oleh Allah dan

    Rasul. Contohnya pengharaman arak dan babi serta kewajipan berpuasa pada

    bulan Ramadan. Rukhsah ialah kelonggaran yang boleh diaplikasikan dalam

    keadaan tertentu. Sebagai contoh pada saat kecemasan dan darurat, harus

    berbuka puasa Ramadhan ketika sakit dan harus memakan babi di saat kebuluran.

    Orang Islam diwajibkan beramal dengan hukum-hakam azimah melainkan apabila

    wujud suasana darurat yang mengharuskan pengambilan rukhsah.

  • PENGERTIAN DARURAT

    Para ulama telah memberikan pengertian darurat berdasarkan Firman Allah

    s.w.t:

    Maksudnya: Diharamkan kepada kamu bangkai, darah yang mengalir, daging

    babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain selain Allah, dan

    yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati ditanduk, dan yang

    mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang

    disembelih atas nama berhala, (dan diharamkan juga) kamu merenung nasib

    dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan

    fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (memesongkan kamu)

    daripada agama kamu. Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada

    mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini,

    Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-

    Ku kepada kamu, dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

    Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang

    diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah

    ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha

    Mengasihani.

    Al Maaidah: 3

    Ayat ini menjelaskan, makanan yang pada asalnya diharamkan menjadi

    halal dalam keadaan terpaksa sekiranya diambil tanpa melampaui batas.

  • Keselamatan Nyawa Atau Harta Benda

    Darurat secara ringkasnya ialah suatu keadaan di mana seseorang itu

    berhadapan dengan situasi yang melibatkan keselamatan nyawa atau harta

    bendanya. Secara terperinci, menurut Dr Wahbah Zuhaili darurat ialah berlaku ke

    atas seseorang satu keadaan yang berbahaya, atau kesusahan yang sangat berat,

    yang mana dibimbangi berlakunya kemudaratan atau kesakitan terhadap jiwa,

    anggota, maruah, akal atau harta dan segala yang berkaitan dengannya. Pada

    masa itu, boleh atau diharuskan melakukan yang haram atau meninggalkan yang

    wajib atau melewatkan daripada waktunya, demi untuk menolak kemudaratan

    daripada berlaku mengikut pertimbangan dalam ruang lingkup peraturan syarak.

    Ulama Mazhab Syafie mengatakan Skop darurat bukan sahaja sekadar

    takut kehilangan nyawa jika tidak memakan makanan yang haram itu, tetapi

    ditakuti juga akan berlaku kesakitan atau sakitnya bertambah teruk atau sakitnya

    itu berpanjangan.

    Dr Yusuf al-Qardawi di dalam kitabnya Halal dan Haram Dalam Islam

    menyentuh tentang keadaan darurat yang membolehkan sesuatu yang dilarang.

    Beliau turut menekankan dan mengingatkan umat Islam agar tidak

    mempermudah-mudahkan kelonggaran yang diberi oleh syarak atas alasan

    darurat.

    Menurut sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Anas bin Malik berkata:

    Rasulullah memberi kelonggaran kepada Abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin

    Awwam memakai sutera kerana penyakit gatal menimpa mereka.

  • Walaupun sutera pada asalnya diharamkan ke atas kaum lelaki, namun ia

    diharuskan apabila diperlukan untuk mengubati sesuatu penyakit. Riwayat ini

    menunjukkan harus berubat dengan bahan-bahan yang haram pada masa

    kecemasan.

    Syarat Harus Penggunaan Ubat Mengandungi Bahan Haram

    Dalam mempertimbangkan keharusan penggunaan ubat yang

    mengandungi bahan-bahan yang diharamkan, syarat-syarat untuk memastikan

    bahawa keperluan tersebut berada diperingkat darurat perlu dipenuhi. Antara

    syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulama dan digunapakai oleh Majlis Fatwa

    Kebangsaan Malaysia ialah:

    1. Darurat itu benar-benar berlaku, bukan sesuatu yang tidak pasti. Dengan

    erti kata lain, telah berlaku atau wujud satu keadaan di mana kemusnahan atau

    kemudaratan pada lima perkara asas (agama, nyawa, akal, keturunan, harta)

    ataupun kemusnahan akan berlaku secara pasti ataupun berdasarkan kepada

    sangkaan yang kuat berpandukan pengalaman atau pengetahun.

    2. Seseorang yang berada dalam keadaan darurat itu bertentangan dengan

    perintah atau larangan syarak, atau tidak terdapat sesuatu yang diharuskan oleh

    syarak untuk menghilangkan kemudaratan melainkan perkara yang ditegah atau

    diharamkan.

    3. Usaha harus dilakukan untuk memastikan bahawa kewujudan benda-

    benda halal yang lain tidak dapat menghindarkan kemudaratan yang menimpa

    pesakit.

  • 4. Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja.

    5. Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu hendaklah

    disyorkan, dipastikan dan diperakui oleh seorang doktor atau pengamal

    perubatan muslim yang adil, diyakini amalan dan pegangan agamanya serta

    mempunyai pengetahun dalam bidang terbabit.

  • KONSEP ISTIHALAH DAN ISTHLAK DALAM PERUBATAN

    Pengertian Istihalah

    Istihalah dari sudut definisinya bermaksud suatu transformasi, perubahan

    ataupun pertukaran sesuatu bahan menjadi bahan yang lain dan melibatkan

    perubahan dari sifat dan ciri ciri asalnya menjadi sifat dan ciri ciri yang baru.

    Menurut teori Dr. Nazih Hammad di dalam buku tulisannya Penggunaan

    Bahan-Bahan Yang Haram dan Najis dalam Makanan dan Ubat-ubatan

    (Terjemahan Dr. Basri Bin Ibrahim) Istihalah dari sudut kaedah fekah bermaksud

    sesuatu yang asalnya adalah najis dan haram berubah konsep dan bentuk zatnya

    menjadi satu bahan lain yang berbeza dengan yang asal dari segi nama, kriteria

    (bau, rasa dan warna) dan sifatnya, ia menjadi sesuatu yang halal.

    Walaubagaimanapun, menurut Ibnu Taimiyyah Adalah tidak wajar untuk

    mengatakan najis itu suci apabila berubah zatnya, kerana najis sememangnya

    tidak suci. Cuma yang berlaku adalah perubahan, benda suci yang baru muncul itu

    tidak sama dengan benda najis sebelum itu walaupun benda yang suci tadi adalah

    hasil perubahan yang berlaku ke atas benda najis sebelumnya dan berasal dari

    satu bahan sahaja.

  • Prinsip Istihalah

    Prinsip Isthalah ataupun perubahan zat lebih mudah difahami dengan dua

    contoh berikut:

    Jika seekor khinzir mati ataupun bangkainya ditanam di bawah pokok

    durian, buah durian yang terhasil daripada pokok tersebut adalah halal meskipun

    terdapat bahan-bahan dan nutrisi di dalam buah durian tersebut terhasil ataupun

    diserap daripada bangkai khinzir tersebut.

    Contoh kedua, makanan yang halal kita makan akan keluar menjadi najis

    yang haram, meskipun makanan yang kita makan itu pada asalnya adalah halal

    dan suci. Contoh buah durian tadi menunjukkan perubahan sesuatu bahan

    daripada bahan yang haram berubah menjadi bahan yang halal manakala contoh

    yang kedua pula menunjukkan proses yang sebaliknya. Kedua-dua contoh ini

    menggambarkan prinsip Istihalah yang kita boleh nyatakan sebagai Apabila satu

    bahan berubah menjadi bahan yang baru status halal haram bahan yang baru itu

    tidak ditentukan dengan status halal haram bahan asalnya.

    Perubahan Fizikal, Luaran Dan kandungan

    Berdasaran kepada definisi dan terminologi Istihalah yang telah dibahaskan

    oleh pelbagai ulama sebelum ini, konsep Istihalah adalah bersandarkan kepada

    tiga situasi utama iaitu:

  • 1. Istihalah yang melibatkan perubahan fizikal dan kandungan:

    Contohnya : Perubahan bangkai haiwan menjadi garam apabila tenggelam

    di dalam laut dan najis haiwan yang berubah menjadi debu selepas dibakar.

    2. Istihalah yang melibatkan perubahan luaran:

    Contohnya : Kulit haiwan selain dari khinzir dan anjing berubah menjadi

    suci selepas disamak dan perubahan lemak menjadi minyak dan sabun.

    3. Istihalah yang melibatkan perubahan kandungan sahaja:

    Contohnya : Perubahan bahan seperti minum beralkohol yang berubah

    menjadi cuka.

    Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Istihalah adalah perubahan

    sesuatu bahan menjadi bahan lain yang melibatkan perubahan dari segi sifat

    fizikal dan juga kandungannya.

    Kategori Istihalah

    Menurut Mohd Aizat Jamaludin, penyelidik daripada Institut Penyelidikan

    Produk Halal dalam kertas kajiannya yang bertajuk Teori Istihalah dari Perspektif

    Fekah: Analisa Penentuan Halal dan Haram dalam Produk Makanan

    membahagikan Istihalah kepada tiga kategori iaitu Istihalah Sahihah (Istihalah

    yang diterima), Istihalah Fasidah (Istihalah yang merosakkan) dan Istihalah

    Mulghah (Istihalah yang tidak diterima).

  • Kategori Penerangan Contoh

    Istihalah Sahihah

    (Istihalah yang diterima)

    Proses perubahan

    daripada bahan yang

    halal bercampur dengan

    ejen pengubah yang halal

    atau haram dan

    menghasilkan produk

    akhir yang halal

    1. Bangkai khinzir yang

    terjatuh ke dalam laut

    dan berubah menjadi

    garam.

    2. Tanaman yang dibaja

    dengan najis dan

    menghasilkan buah.

    Istihalah Fasidah

    (Istihalah yang

    merosakkan

    Proses pencampuran

    bahan halal atau haram

    dengan ejen pengubah

    yang halal atau haram

    dan menghasilkan produk

    akhir yang haram.

    1. Air anggur yang

    diperam dan menjadi

    arak.

    2. Haiwan halal yang

    diberi makan najis.

    3. Kek yang dihasilkan

    menggunakan arak

    sebagai bahan untuk

    menambah perisa.

    Istihalah Mulghah

    (Istihalah yang tidak

    diterima)

    Proses perubahan

    daripada bahan asal yang

    haram bercampur dengan

    ejen pengubah yang

    haram dan menghasilkan

    produk akhir yang juga

    haram

    1. Khinzir yang diberi

    makan najis dan

    statusnya kekal haram.

  • Pandangan Ulama Mengenai Istihalah

    Konsep asas Istihalah diterima dan dipersetujui tanpa perbezaan pendapat

    di kalangan ulama-ulama Islam. Perbezaan pendapat hanya berlaku dari aspek

    penggunaannya iaitu ada ulama yang meluaskan penggunaan Istihalah manakala

    sebahagian ulama pula ingin meminimakan penggunaannya. Perbezaan ini juga

    wujud disebabkan oleh perbahasan ejen pengubah yang digunakan sama ada

    proses Istihalah itu melibatkan ejen pengubah semulajadi ataupun ejen pengubah

    sintetik buatan manusia.

    Antara ulama-ulama yang meluaskan penggunaan Istihalah ialah ulama

    mazhab Hanafi dan Maliki. Mereka menggunakan teori Istihalah di dalam konsep

    yang lebih terbuka kerana mereka menerima teori Istihalah sebagai proses yang

    boleh mengubah satu bahan yang haram menjadi bahan yang halal secara

    semulajadi ataupun tidak. Contohnya, arak yang bertukar menjadi cuka melalui

    proses penapaian secara semulajadi ataupun dengan menggunakan ejen

    pengubah tambahan.

    Pendapat Ulama Mazhab Syafie

    Sebahagian ulama lain pula berpandangan konsep Istihalah hanya boleh

    digunakan dalam beberapa keadaan tertentu sahaja. Pandangan ini dipegang oleh

    ulama-ulama dari mazhab Syafie dan juga Hanbali. Ulama mazhab Syafie

  • berpegang kepada pendapat bahawa bahan-bahan yang dikategorikan sebagai

    najis tidak boleh berubah menjadi bahan yang halal kecuali dalam tiga keadaan

    sahaja iaitu:

    1. Arak yang berubah menjadi cuka secara semulajadi.

    2. Kulit daripada bangkai haiwan kecuali khinzir dan anjing boleh

    menjadi suci selepas melalui proses samak (dibagh).

    3. Perubahan dari bahan menjadi haiwan seperti dari bangkai haiwan

    berubah menjadi ulat, pembentukan satu bentuk kehidupan yang

    baru.

    Pendapat Ulama Mazhab Hanbali

    Ulama mazhab Hanbali pula dalam satu pendapat mengatakan sebarang

    bahan yang najis tidak boleh menjadi suci melalu proses Istihalah kecuali arak

    yang bertukar menjadi cuka secara semulajadi. Proses perubahan yang berlaku

    akibat pembakaran, dibagh ataupun percampuran dengan bahan lain adalah tidak

    suci ataupun haram.

    Berdasarkan kepada pandangan ulama yang meluaskan penggunaan

    konsep Istihalah, pendapat daripada ulama mazhab Hanafi dilihat lebih sesuai

    untuk digunakan berdasarkan kepada keadaan semasa sekarang. Pandangan

    ulama mazhab Hanafi ini selari dengan perkembangan sains dan teknologi dalam

    pengesahan halal haram menerusi ujian analisa makmal. Pelbagai penemuan dan

    kajian telah dijalankan dalan pengujian pengesahan status halal sesuatu bahan.

  • Namun pandangan ulama mazhab Syafie lebih diterima pakai oleh umat Islam di

    Malaysia.

    Penggunaan Gelatin dan Penghasilan Vaksin

    Jika kita fokus kepada status penggunaan gelatin dalam penghasilan vaksin

    dan ubat-ubatan. Ramai ulama yang bersetuju bahawa gelatin yang dihasilkan

    daripada haiwan yang disembelih dan dibenarkan menurut Islam adalah halal.

    Tetapi terdapat perbezaan pendapat tentang gelatin yang dihasilkan daripada

    khinzir dan bangkai. Isu sumber gelatin yang halal dan haram ini telah

    diperbahaskan dan sebahagian ulama bersetuju bahawa gelatin yang diekstrak

    daripada sumber yang dilarang adalah haram manakala sebahagian ulama yang

    lain menyokong idea bahawa gelatin yang diekstrak daripada sumber yang haram

    adalah halal kerana telah mengalami proses Istihalah.

    Dalam satu lagi kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Aizat Jamaludin, di

    Institut Penyelidikan Produk Halal bertajuk Istihalah: Analisa Penggunaan Gelatin

    dalam Makanan mendapati penghasilan gelatin hanya melibatkan proses

    perubahan secara fizikal, tidak secara kimia. Mereka percaya, asid amino di dalam

    produk makanan kekal dan tidak berubah secara kimia walaupun proses

    penghasilan melibatkan penggunaan suhu yang tinggi ataupun melalui rawatan

    asid dan alkali. Pendapat ini disokong dengan kajian-kajian lain yang mendapati

    proses penghasilan gelatin hanya melibatkan perubahan struktur protein tetapi

  • tidak memecahkan ikatan peptida dan asid amino. Oleh itu, molekul asid amino di

    dalam gelatin tidak terjejas dengan rawatan fizikal ataupun kimia.

    Gelatian Daripada Khinzir Adalah Haram

    Hasil kajian ini menguatkan lagi pendapat bahawa gelatin yang diekstrak

    daripada khinzir ataupun haiwan yang tidak disembelih adalah haram. Larangan

    ini adalah berdasarkan sifat-sifat gelatin yang tidak berubah secara kimia, dengan

    itu Istihalah ataupun proses perubahan dalam gelatin tidak berlaku dengan

    sempurna. Oleh itu, pandangan ulama yang mendakwa gelatin daripada sumber

    khinzir adalah halal melalui proses Istihalah tidak dapat diterima kerana tidak

    selari dengan bukti kajian saintifik.

  • KONSEP ISTIHLAK DALAM PERUBATAN

    Pengertian Istihlak

    Konsep Istihlak menurut penggunaannya dari segi fekah dikaitkan dengan

    percampuran sesuatu bahan dengan bahan yang lain sehingga hilang sifat-sifat

    dan ciri-ciri bahan tersebut, seolah-olah ia telah menjadi hancur walaupun

    bakinya masih ada seperti percampuran setitis arak dengan air yang sangat

    banyak.

    Konsep teori Istihlak ini membawa maksud sedikit bahan yang diharamkan

    atau najis bercampur dengan bahan yang baik, halal dan banyak sehingga hilang

    sifat-sifat bahan haram yang bercampur dengannya seperti warna, bau dan

    rasanya. Percampuran ini menghilangkan sifat najis dan hukum haram pada

    bahan tersebut dari kacamata syara.

    Prinsip Istihlak

    Prinsip Istihlak lebih mudah difahami dengan contoh berikut: Seekor

    haiwan yang kencing ke dalam sebuah tasik (seperti yang kebiasaannya berlaku),

    air tasik tersebut masih halal diminum atau boleh digunakan untuk berwuduk

    selagi warna, bau dan rasanya tidak berubah dengan air kencing tersebut.

  • Konsep Istihlak yang juga disebut sebagai konsep hancur bahan ataupun

    pencairan yang tinggi boleh didefinisikan sebagai Apabila sesuatu bahan yang

    haram dicairkan atau dicampur dengan bahan atau medium yang halal sehingga

    ke satu tahap di mana tiada lagi ciri-ciri bahan haram tersebut yang boleh dikesan

    di dalam medium yang halal, oleh itu kehadiran bahan haram tersebut boleh

    diabaikan.

    Konsep Istihlak ini adalah berdasarkan kepada analogi situasi yang berlaku

    semasa zaman Rasulullah s.a.w. Contohnya, ada sahabat yang bertanya kepada

    Rasulullah s.a.w tentang bangkai yang terjatuh ke dalam sebuah perigi. Rasulullah

    s.a.w menjelaskan bahawa jika kandungan air lebih daripada jumlah tertentu,

    tiada halangan untuk menggunakannya.

    Jumlah sukatan kandungan air dinyatakan di dalam sebuah hadis daripada

    Ibnu Umar r.a yang menyatakan: Saya mendengar Rasulullah s.a.w ditanya

    tentang hukum air yang ditemui di tanah lapang di padang pasir yang menjadi

    tempat minuman haiwan liar. Sabda Baginda:

    Apabila air sampai dua kolah, ia tidak lagi mengandungi sebarang kotoran.

    Hadith Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah dan lain-lain.

    Menurut Dr Wahbah az-Zuhaili dalam Al-Fiqhul Islami Wa adillatuhu, dua

    kolah adalah bersamaan dengan 270 liter air, manakala mengikut Jabatan Mufti

  • Negeri Melaka, dua kolah jika diukur mengikut ukuran tempat empat persegi

    memerlukan tempat yang berukuran 60 cm x 60 cm.

    Situasa Zaman Para Sahabat

    Konsep Istihlak ini juga dikaitkan dengan satu situasi yang berlaku semasa

    zaman para sahabat. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dikatakan akan terus

    meminum jus buah-buahan sehinggalah jus itu menunjukkan tanda-tanda

    penapaian; iaitu mereka akan berhenti daripada meminum jus tersebut jika bau

    dan rasanya telah menunjukkan ia telah bertukar menjadi arak. Proses penapaian

    jus buah biasanya berlaku serta merta terutamnya dalam suhu yang panas di

    padang pasir. Walaubagaimanapun, alkohol yang sangat sedikit yang terhasil di

    awal proses penapaian jus buah ini, yang tidak mengubah rasa dan bau jus

    tersebut, diabaikan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.

    Istihlak Dalam Penghasilan Vaksin Meningitis

    Dalam konteks penghasilan vaksin meningitis, bakteria Neisseria Meningitis

    yang digunakan dalam penghasilan vaksin berasal dari lot bakteria working seed,

    yang diambil dari lot parent seed yang menggunakan bahan dari lembu dan enzim

    dari pankreas babi dalam media pembiakannya. Bakteria Neisseria Meningitis

    yang digunakan adalah keturunan bakteria lot parent seed yang telah mengalami

    proses pencucian dan pencairan dalam nisbah 1:67 juta.

  • Enzim dari pankreas babi digunakan sebagai ejen pemangkin dan juga

    pemotong ikatan-ikatan protein untuk menjadi molekul yang lebih kecil iaitu asid

    amino. Asid amino inilah yang menjadi sumber makanan kepada bakteria untuk

    berkembang dan membiak. Proses pembenihan dan penghasilan Parent Seed

    bakteria Neisseria Meningits ini dibuat di Belanda sejak tahun 1960, di mana pada

    masa itu belum ada teknologi pembuatan media dan pembiakan bakteria yang

    tidak menggunakan enzim khinzir atau bebas bahan haiwan sepenuhnya.

    Proses Penghasilan Vaksin Meningitis

    Secara ringkasnya, proses penghasilan vaksin meningitis pada hari ini

    bermula dengan penghasilan benih bakteria (Lot Parent Seed) yang dibiakkan

    dalam media yang menggunakan dengan enzim khinzir sejak tahun 1960.

    Kemudan, syarikat farmaseutikal pengeluar vaksin pada hari ini menggunakan

    benih bakteria ini untuk menghasilkan lot working seed, bakteria working seed ini

    difermentasi dan kemudiannya polisakarida daripada dinding sel bakteria ini

    diambil, diasingkan, ditapis, dicuci dan dimurnikan sebelum dicantumkan dengan

    protin pembawa untuk menghasilkan vaksin.

    Akhirnya, vaksin meningitis yang terhasil dikatakan telah mengalami proses

    Istihlak ataupun pencairan yang tinggi melalui proses penyaringan, pencucian dan

    pemurnian yang berulang kali sehingga tiada lagi ciri ciri atau kesan-kesan enzim

    babi yang dapat dikesan pada peringkat akhir penghasilan produk. Vaksin yang

    terhasil adalah polisakarida ataupun oligosakarida daripada dinding sel bakteria

    dan bakteria yang digunakan dimatikan dan dibuang.

  • YANG MANA PILIHAN ANDA?

    Jika sebelum ini ramai bakal haji dan umrah yang merasa ragu dan was-was

    untuk mengambil suntikan vaksin meningitis ini kerana statusnya yang dikatakan

    tidak halal. Kini, anda tidak perlu merasa ragu lagi dan anda boleh memilih sama

    ada ingin menggunakan vaksin meningitis jenama Mencevax keluaran Syarikat

    GlaxoSmithKline ataupun vaksin meningitis jenama Menveo keluaran Syarikat

    Novartis Vaccines.

    Kedua-dua jenis vaksin meningitis ini adalah harus digunakan untuk

    melindungi diri anda daripada jangkitan penyakit meningitis yang boleh

    membawa maut selain untuk mencegah penyebaran penyakit meningitis ini di

    kalangan jemaah haji yang lain. Kedua-dua jenis vaksin ini mempunyai kelebihan

    dan keistimewaannya sendiri.

    Anda boleh berbincang dan bertanya kepada doktor perubatan semasa

    mengambil suntikan vaksin meningitis ini mengenai vaksin jenis apa yang

    digunakan, dan apakah langkah-langkah pencegahan penyakit lain yang boleh

    anda lakukan. Islam sangat mementingkan kesihatan dan kekuatan tubuh badan.

    Dengan tubuh badan yang sihat dan bebas penyakit, anda akan merasa lebih

    selesa dan dapat memberi sepenuh tumpuan dalam melakukan lebih banyak

    ibadah semasa haji ataupun umrah.

  • AKAN DATANG!!

    Benarkah Vaksin Haji Haram?

    (Volume Lengkap)

    Muatturun secara sah hanya di: http://www.halalscience.com/blog