Upload
lengoc
View
273
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
Garis Panduan PVMA2015
PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM
1. KOMPONEN DALAM PVMA
PVMA terdiri daripada dua (2) komponen iaitu Akademik dan Vokasional. Komponen tersebut boleh adalah seperti Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Mata Pelajaran dan Kursus dalam Komponen PVMA
Bil. KomponenMata
Pelajaran /Kursus
Bil. Waktu Seminggu
Peratus Akademik dan
Peratus Vokasional
Ulasan
1
Akademik
Bahasa Melayu
6
47%
Mata Pelajaran Teras
2Bahasa Inggeris
5
3 Sejarah 3
4Pendidikan Islam / Moral
4Menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)5 Matematik 3
6 Vokasional Kemahiran 24 53%Menggunakan Kurikulum SKPK
JUMLAH WAKTU 45
Garis Panduan PVMA2015
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan bilangan waktu seminggu antara mata pelajaran Aliran Perdana dan PVMA
Jadual 2: Perbandingan Struktur Aliran Perdana (MPV) dan PVMA
Bil. Mata Pelajaran
Bil. Waktu Seminggu
UlasanAliran
PerdanaPVMA
1 Bahasa Melayu 6 6
Mata Pelajaran Teras2 Bahasa Inggeris 5 5
3 Sejarah 3 3
4Pendidikan
Islam / Moral5 4 PVMA menggunakan kurikulum
Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)5 Matematik 4 3
6 Sains 5 -Elemen Sains digabungjalin dalam modul kemahiran (PVMA)
7Pendidikan Sivik Kewarganegaraa
n2 -
Elemen PSK digabungjalin dalam modul Pendidikan Islam/Moral
8 PJPK 2 -Elemen PJPK digabungjalin dalam modul kemahiran (PVMA)
9 Vokasional 8 – 12 24Digantikan dengan modul kemahiran PVMA
JUMLAH WAKTU 40/44 45
Garis Panduan PVMA2015
2. PENGENALAN KEPADA DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)
2.1 Komponen DSKDSK mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran
(SP) dan Kriteria Pencapaian (KP). Definisi SK, SP dan KP adalah
seperti berikut:
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Kandungan perlu mengandungi kompetensi standard industri.
Pencapaian pula bermaksud penyataan ringkas mengenai pencapaian (performance) yang diperlukan dalam unit. Setiap unit kompetensi adalah unik, selari dan sejajar dengan mata pelajaran atau pakej latihan dan tidak melebihi 100 aksara
Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yangboleh diukur bagi setiap standard kandungan.Standard Pembelajaran perlu mengandungi Pencapaian dan Syarat.
Secara khusus, pencapaian dan syarat (performance and condition) bermaksud sub-kompetensi yang lengkap dipelajari danunit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu modul.
Elemen mesti berbentuk perlakuan yang boleh diukur dan dicerap. Standard Pembelajaran juga merupakan set sub-kompetensi yang perlu dipelajari oleh murid bagi mencapai Standard Kandungan.
Kriteria pencapaian adalah penyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan. Kriteria Pencapaian perlu ditulis dengan mengandungi Pencapaian, Syarat dan Piawai.
Manakala pencapaian, syarat dan piawai (performance, condition and standard) merupakan pelengkap kepada sub-kompetensi yang mesti merujuk kepada standard yang bersesuaian dengan keperluan Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan.
Kriteria Pencapaian juga merupakan set sub-kompetensi minima yang perlu dicapai oleh murid bagi mencapai Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan.
Garis Panduan PVMA2015
2.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Pendekatan pedagogi PVMA berkonsep guru sebagai fasilitator iaitu
“kurang mengajar” (teach less), dan murid “belajar lebih” (learn more) melalui pembelajaran secara pengalaman dan pengalamian
(hands on). PVMA menggunakan konsep Competency-Based-Training and Assessment (CBTA) yang memberi peluang untuk menguasai kompetensi dengan membenarkan murid mengulangi semula kompetensi yang belum dikuasai sehingga murid PVMA kompeten sesuatu kemahiran yang diperlukan.
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk
menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan
kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan
pendekatan holistik seperti berikut :
Pendekatan modular berasaskan kompetensi
Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan
aktiviti
Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk
Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)
Pembelajaran kolaboratif dan koperatif
Pembelajaran Masteri
Integrasi TMK merentas kurikulum
Integrasi keusahawanan merentas kurikulum
Lawatan industri
Penekanan kepada pengurusan kewangan berhemah
2.3 Penulisan Rancangan Sesi Latihan dan Rancangan PembelajaranFormat penulisan rancangan sesi latihan dan rancangan pembelajaran
bagi guru PVMA perlu disesuaikan dengan kaedah CBTA. Guru PVMA
boleh memperolehi format RSL dan RP semasa menghadiri kursus b
erkaitan kurikulum dari semasa ke semasa.
Garis Panduan PVMA2015
3.0 BAHAN PENGAJARAN BERTULIS (WRITTEN INSTRUCTIONAL MATERIALS - WIM)
3.1 WIM ialah dokumen utama yang disediakan untuk kegunaan guru
dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Bahan Pembelajaran dalam WIM terdiri daripada tiga (3) komponen
bahan pembelajaran iaitu:
3.2.1 Kertas Penerangan (Information Sheet) Helaian maklumat yang digunakan sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran semasa penyampaian teori.
Ianya bertujuan untuk menjelas dan menambah lagi
pemahaman dan pengetahuan murid dengan menekankan
“Mengapa” kemahiran itu perlu dilaksanakan dan bukan
“Bagaimana” ianya dilaksanakan.
Kertas penerangan hendaklah mempunyai ciri berikut, iaitu:
Cukup cakup, tepat dan mudah difahami, keperluan DSK dipenuhi; dan
Sentiasa dikemaskini mengikut perubahan teknologi semasa.
3.2.2 Kertas Tugasan (Assignment Sheet) Helaian tugasan yang mengandungi pelbagai bentuk
soalan sebagai latihan kepada murid untuk merangsang
minda, menguji pemahaman dan mengaplikasikan
pengetahuan murid berdasarkan teori yang telah dipelajari.
Kertas tugasan tidak diambil kira sebagai penilaian kerja
kursus.
Kertas tugasan hendaklah mempunyai ciri berikut iaitu:
Sebagai latihan kendiri (self check) kepada murid
sebelum menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian
akhir;
soalan boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dengan
merujuk kepada kertas penerangan yang berkaitan; dan
Garis Panduan PVMA2015
Kertas tugasan juga boleh disediakan dalam bentuk
kajian kes, perbincangan kumpulan dan sebagainya.
3.2.3 Kertas Kerja (Work Sheet)
Helaian yang menunjukkan langkah dan butiran kerja bagi membimbing murid untuk menguasai kemahiran yang ditetapkan.
Sebagai latihan kendiri (self check) kepada murid sebelum menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian akhir.
Kertas kerja tidak diambil kira sebagai penilaian kerja kursus.
Mengandungi soalan pendek yang akan ditanya secara lisan sepanjang latihan amali dilaksanakan.
4. PENILAIAN MELALUI KAEDAH SISTEM PENTAULIAHAN
4.1 Penilaian adalah satu proses menilai tahap kekompetenan
yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan sikap seseorang
murid semasa melaksanakan tugasan yang ditetapkan. Penilaian
perlu dilaksanakan untuk menentukan seorang murid telah mencapai
tahap keterampilan yang ditetapkan dalam NOSS bagi tujuan
penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia atau Penyata Pencapaian.
Terdapat tiga (3) komponen penilaian SKM tahap 1 dan SKM tahap 2
yang dilaksanakan, iaitu:
i. Kerja Kursus;ii. Penilaian Akhir;
i i i . “Core Abilities” ;
4.2 Pembahagian peratusan komponen pemarkahan bagi Sistem
Pentauliahan untuk setiap unit kompetensi (CU) yang terdapat dalam
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) adalah seperti di
Jadual 3.
Jadual 3: Pembahagian Peratus Markah Komponen Penilaian SKM Tahap 1 dan SKM Tahap 2
Garis Panduan PVMA2015
Komponen Penilaian CU Pembahagian Peratus Markah Penilaian SKM Tahap 1 dan SKM Tahap 2
Kerja Kursus
Pengetahuan 1040Prestasi 30
Penilaian Akhir
Pengetahuan 20
60Prestasi 40
Markah Keseluruhan 100
5. KERJA KURSUS
5.1 Kerja kursus adalah tugasan yang perlu dilakukan oleh murid dan akan
dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan. Dokumen
penilaian disediakan oleh guru untuk menguji dan menilai
keterampilan murid.
5.2 Terdapat dua (2) jenis penilaian bagi kerja kursus iaitu penilaian
pengetahuan (KA) dan penilaian prestasi (PA).
5.2.1 Penilaian Pengetahuan (KA)
a) Penilaian pengetahuan adalah mekanisma atau kaedah
yang digunakan bagi menilai pengetahuan dan pemahaman
murid mengenai apa yang telah dipelajari.
b) Penilaian pengetahuan bagi kerja kursus hendaklah
memenuhi ciri berikut, iaitu:
Soalan yang disediakan hendaklah memenuhi assessment criteria dan related knowledge di dalam CoCU yang terdapat dalam SKPK;
Bilangan dan jenis soalan adalah tidak ditetapkan tetapi hendaklah mencapai tahap kesukaran (level of difficulty) yang ditentukan oleh setiap CU dalam SKPK berkenaan;
Soalan boleh merangkumi jenis soalan sama ada objektif, subjektif atau kedua-duanya; dan
Garis Panduan PVMA2015
Kaedah penilaian boleh terdiri daripada laporan teknikal, persembahan, lisan, ujian bertulis, kuiz, tugasan, kajian kes atau lain-lain yang berkaitan, mengikut kesesuaian tahap.
5.2.2 Penilaian Prestasi (PA)
a) Penilaian prestasi adalah mekanisma atau kaedah yang
digunakan bagi menilai kemahiran, sikap dan keselamatan
dalam melaksanakan tugas, praktikal atau kerja amali yang
diarahkan.
b) Pelbagai kaedah penilaian prestasi boleh dilaksanakan
seperti ujian keterampilan, simulasi, projek dan sebagainya.
c) Penilaian prestasi hendaklah memenuhi ciri berikut iaitu:
Memenuhi assessment criteria, related skills, attitude,
safety and environmental yang ditetapkan di dalam CoCU
SKPK;
Tempoh penilaian bergantung kepada keterampilan yang
dinilai; dan
Penilaian core abilities dijalankan bersekali dengan
penilaian prestasi.
5.3 Peratusan komponen penilaian dalam kerja kursus adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 4.
Jadual 4: Pecahan Peratusan Pemarkahan Bagi Penilaian Kerja Kursus
Garis Panduan PVMA2015
Komponen PenilaianPeratus Mengikut Tahap persijilan (%) SKM
Tahap 1 dan SKM Tahap 2
Markah Markah
Pengetahuan 10 6
Prestasi 30 18
Markah Keseluruhan 40 24
Garis Panduan PVMA2015
6. PANDUAN PENULISAN RSL DAN RP
6.1 Pengenalan
Perkembangan pendidikan di Malaysia telah melalui satu perubahan
dikenali dengan Transformasi Pendidikan Vokasional bermula dari
tahun 2012. Mulai tahun 2015 telah diperkenalkan Pendidikan
Vokasional Menengah Atas (PVMA) dari Tingkatan 4 hingga
Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi
menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang dimansuhkan
secara berperingkat. Sehubungan dengan pembaharuan tersebut,
kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara Competency-
Based-Training and Assessment (CBTA) juga diperkenalkan di SMK
terpilih.
Secara amnya, kompetensi adalah kebolehan menunjukkan tugas spesifik (boleh buat) mengikut standard yang memenuhi kehendak industri, majikan, organisasi dan individu. Kompetensi mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang konsisten bagi setiap
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang merujuk kepada prestasi
yang standard di bidang pekerjaan. Berbanding pembelajaran secara
konvensional, kaedah P&P CBTA membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PVMA kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan.
Oleh kerana CBTA telah mengubah kaedah penyampaian kandungan
kurikulum, maka kaedah penulisan dan pendokumentasian rancangan
pengajaran perlu pengubahsuaian. Proses P&P CBTA yang lengkap
mengandungi 3 (tiga) komponen utama iaitu Kurikulum, Pengajaran
dan Pentaksiran (Curriculum, Instructional and Assessment). Dalam
konteks PVMA, kurikulum yang dimaksudkan adalah standard
kandungan yang murid perlu tahu dan lakukan, pengajaran adalah
kaedah penyampaian standard kandungan dan pentaksiran adalah
Garis Panduan PVMA2015
proses menilai tahap penguasaan murid. Ketiga-tiga komponen PdP
CBTA tersebut disepadukan di dalam perubahan kaedah penulisan
rancangan pengajaran.
Oleh itu Rancangan Sesi Latihan (RSL) diperkenalkan bagi
menggantikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) manakala
Rancangan Pengajaran Harian digantikan dengan Rancangan Pembelajaran (RP). Format RSL dan RP juga diperkenalkan sebagai pakej di dalam Transformasi Pendidikan Vokasional dan guru
PVMA adalah dipohon menyediakan rancangan pengajaran mengikut
format CBTA.
RSL merupakan rancangan pengajaran yang ringkas tetapi lebih
spesifik dan jelas dalam rangka konsep pengajaran dan pembelajaran
bercorak hands-on. RSL dapat menunjukkan bentuk perancangan dan
menjelaskan kemahiran dan sub-kemahiran yang perlu dipamerkan
oleh pelajar. RSL juga mampu membantu guru merancang bentuk
eviden proses dan eviden produk yang ingin dihasilkan kerana ianya
dirancang dengan jelas dan terbukti.
Manakala Rancangan Pembelajaran (RP) adalah rancangan guru
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan
makmal. RP juga merupakan rancangan yang spesifik dengan merujuk
kepada kriteria yang perlu dicapai, susunan proses pembelajaran,
bahan sumber pembelajaran dan catatan masa. RP akan membantu
guru untuk mengendalikan sesi pembelajaran dengan tersusun dan
terkawal. Guru tidak perlu menyatakan bentuk eviden di dalam RP
kerana telah dinyatakan di dalam RSL. RSL dan RP saling berkaitan
dan perlu disusun mengikut susunan standard kandungan. RSL akan
disediakan dahulu kemudian diikuti oleh RP.
Pendekatan secara CBTA di sekolah bermula dengan penyediaan RSL
dan pematuhannya semasa proses pengajaran di dalam kelas,
bengkel dan makmal.
Garis Panduan PVMA2015
6.2 Panduan Umum Penulisan
Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan
satu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang isi
pelajaran, teknik mengajar dan bahan sumber agar proses pengajaran
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
Objektif utama menulis RSL dan RP ialah menolong guru merancang
pengajaran dengan lebih baik supaya lebih yakin dan bersedia untuk
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal.
Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang
digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran
sesuatu isi pelajaran, sesuatu modul/mata pelajaran atau beberapa
modul/mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.
RSL adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk
merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal. Guru boleh
memilih untuk menyediakan RSL seperti berikut:
Sama ada:
6.2.1 Satu RSL bagi setiap satu Standard Kandungan
(contoh: Modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik
mengandungi 5 Standard Kandungan, maka sediakan 5 RSL),
atau,
6.2.2 Satu RSL bagi setiap satu Standard Pembelajaran
(contoh: Modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik
mengandungi 13 Standard Pembelajaran, maka sediakan 13
RSL – seterusnya jika mampu bolehlah disediakan seberapa
banyak RSL diperlukan bagi setiap satu modul. RSL yang terlalu
banyak adalah tidak digalakkan.
Garis Panduan PVMA2015
RP pula adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru
untuk merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal bercorak
hands-on. RP disediakan setiap hari dan guru boleh memilih untuk
menyediakan RP seperti berikut:
Sebagai contoh, jika pada hari tersebut ada satu kumpulan murid
yang membuat tugasan latihan (kesemua 20 orang murid membuat
amali Standard Kandungan 2: MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN
PENGGUNA SATU FASA), maka guru perlu menyediakan satu RP
untuk modul tersebut sahaja.
Tetapi jika;
Pada hari tersebut ada dua kumpulan murid (10 orang membuat amali
Standard Kandungan 2: MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN
PENGGUNA SATU FASA), dan (10 orang murid lagi membuat amali
Standard Kandungan3: MENDAWAI LITAR SATU SUIS SATU HALA
MENGAWAL SATU LAMPU), maka guru perlu menyediakan dua RP
iaitu untuk kedua-dua Standard Kandungan yang di ajar. Begitulah
seterusnya jika terdapat banyak kumpulan murid, maka banyaklah RP
yang perlu disediakan.
Guru akan mengajar lebih dari satu kumpulan murid kerana CBTA
membenarkan murid mengulang standard sehingga kompeten setiap
Kriteria Pencapaian. Sebagai contoh, murid yang tidak kompeten
semalam akan mengulang semula kompetensi yang mereka belum
kompeten pada hari berikutnya sehingga kompeten.
Walaubagaimanapun, terpulang kepada kebijaksanaan guru untuk
merancang bilangan kumpulan yang perlu dibentuk dalam satu-satu
masa PdP.
RSL dan RP disediakan dalam bentuk softcopy sekali sahaja pada
awal penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dan akan
dikemaskini apabila terdapat DSK baru. Semua guru boleh berkongsi
Garis Panduan PVMA2015
RSL dan RP. RP perlu dicetak setiap kali sebelum PdP bermula dan
ruangan refleksi ditulis tangan selepas proses P&P selesai.
6.3 Kepentingan menulis di ruangan Refleksi
Refleksi merupakan satu proses mengingat dan merenung kembali
pengalaman dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya
yang bertujuan memikirkan cara memperbaiki dan mengubahsuai
untuk panduan dan kegunaan di masa hadapan.
Refleksi amat penting untuk melihat perkembangan pengajaran dan
hasil pengajaran termasuk pencapaian pelajar di dalam menyiapkan
tugasan amali dan pentaksiran. Oleh sebab itu, guru diwajibkan
menulis refleksi di dalam RP untuk tujuan penambahbaikan proses
pengajaran disamping menilai penerimaan pelajar terhadap proses
pengajaran. Guru dibenarkan menulis pengalaman pengajaran mereka
pada setiap hari pada ruangan refleksi dan sebaik-baiknya ditulis
tangan selepas proses P&P.
6.4 Penggunaan ring-file.
Penggunaan ring-file juga diperkenalkan sebagai pakej di dalam Transformasi Pendidikan Vokasional. Guru adalah digalakkan
menggunakan ring-file bagi menyimpan RSL dan RP supaya lebih
kemas dan mudah dikemaskini bagi menggantikan buku rekod
pengajaran. Ahli Jawatankuasa Kurikulum peringkat sekolah boleh
bertindak sebagai penguatkuasa dan penyelaras kepada perubahan
ini.Semua RSL dan RP disusun mengikut nombor Standard
Kandungan.Standard Kandungan yang diajar dahulu diletak di sebelah
bawah dan Standard Kandungan diajar kemudian diletak sebelah atas.
Adalah diingatkan bahawa isi kandungan ring-file perlu lengkap
sebagaimana buku rekod pengajaran seperti biodata guru, pekeliling
berkaitan, jadual waktu, RSL, RP, senarai murid, aktiviti guru, prestasi
Garis Panduan PVMA2015
murid (markah dan TOV) dan lain-lain lagi yang disesuaikan dari
semasa kesemasa oleh pentadbir sekolah. Pemastian standard
perlulah dipatuhi berdasarkan panduan dan pekeliling dari pihak
pengauditan PdP.
6.5 Komponen RSL dan RP
Persediaan RSL dan RP merujuk kepada satu perancangan yang
terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan
oleh guru dalam kelas, bengkel dan makmal.
Garis Panduan PVMA2015
6.5.1 Penulisan RSL
RSL disediakan pada awal tahun pengajaran. Sebagai
permulaan, sila perhatikan format RSL berikut.
KOMPONEN KETERANGAN
PanitiaTarikhLokasi latihanNama GuruBilangan MuridTajuk Modul/Mata Pelajaran:
Standard Kandungan:Standard Pembelajaran:
Objektif latihan Kriteria Pencapaian: Pengenalan:
Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar
Langkah pengajaran seterusnya
Contoh produk yang akan dihasilkan
Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini
Gambaran latihan:
Kemahiran yang ditunjukkan kepada murid
Guru membuat demontrasi kepada murid iaitu:
Pentaksiran:Kaedah Latihan Kaedah latihan:
Tugas Guru : Tugas Murid :
KesimpulanBahan Sumber
Kemudian, bagi memberi gambaran susunan penulisan RSL, berikut
disertakan contoh RSL sebagai panduan guru.
Garis Panduan PVMA2015
Langkah Pertama: Sila rujuk Dokumen Standard Kurikulum (DSK) modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik dari Standard Kandungan 2 bertajuk MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA seperti berikut yang mengandungi Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian.
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
2. MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA
2.1 Mengenal pasti alat kawalan pengguna satu fasa.
2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian The Institution of Electrical Engineers (IEE) atau Suruhanjaya Tenaga Malaysia (STM).
2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki ( PLAB ) dan pemutus litar miniatur (PLM) berdasarkan piawaian lukisan elektrik.
2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian lukisan elektrik.
2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna berdasarkan litar skematik.
2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu fasa.
2.2.1 Memasang Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur
(PLM ) dalam kotak unit pengguna berdasarkan litar skematik.
2.2.2 Mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB ) dan Pemutus Litar Miniatur
( PLM ) dalam Kotak Kawalan Utama berdasarkan litar pendawaian.
2.2.3 Menyimpan lebihan kabel di tempat khas berdasarkan prosedur kerja.
2.2.4 Mengamalkan keselamatan berdasarkan prosedur kerja.
2.3 Mengganggar 2.3.1 Merekod kos bahan mengikut
Garis Panduan PVMA2015
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KRITERIA PENCAPAIAN
kos pemasangan.
harga pasaran.
2.3.2 Merekod kos upah dan kos sampingan berdasarkan perkhidmatan.
2.3.3 Mencatat anggaran kadar keuntungan berdasarkan jumlah kos.
Langkah Kedua: Sila baca dengan teliti jadual dibawah yang
menerangkan maksud komponen format RSL beserta contoh
penulisan RSL. Petak di sebelah kiri adalah komponen RSL dan di
sebelah kanan ialah keterangan bagi setiap komponen RSL. DSK hendaklah dibaca bersama bagi menerangkan maksud jadual di bawah. Lihat bagaimana RSL ditulis.
KOMPONEN KETERANGAN
Panitia Nyatakan nama khas bagi panitia.
Tarikh Nyatakan tarikh mula proses pengajaran dilaksanakan.
Lokasi latihan Nyatakan lokasi spesifik proses pengajaran dilaksanakan.
Nama Guru Nyatakan nama guru
Bilangan Murid Nyatakan bilangan murid yang melaksanakan modul tersebut pada tarikh mula di atas.
Tingkatan Nyatakan tingkatan murid terlibat proses pengajaran ini
Tajuk Nyatakan nama modul/mata pelajaran Nyatakan Standard Kandungan Nyatakan Standard Pembelajaran
Objektif latihan Nyatakan Kriteria Pencapaian dari DSK.
Pengenalan:
Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar
Nyatakan susunan penyampaian pengajaran setiap kompetensi yang hendak ditunjukkan kepada murid dari mula hingga ke akhir sesi pengajaran berdasarkan Standard
Garis Panduan PVMA2015
KOMPONEN KETERANGAN
Langkah pengajaran seterusnya
Contoh produk yang akan dihasilkan
Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini
Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian di dalam DSK.
Nyatakan langkah pengajaran selepas sesi penerangan/demonstrasi/tunjukcara kepada murid. Lazimnya guru akan terus mengarahkan murid melaksanakan tugasan berdasarkan buku Modul Pembelajaran dan Modul Pentaksiran.
Nyatakan contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid.
Nyatakan pengetahuan sedia ada murid yang berkaitan dengan Kriteria Pencapaian modul ini.
Isi:Kemahiran yang ditunjukkan kepada murid
Senaraikan bentuk kemahiran yang ingin ditunjukcara kepada murid mengikut susunan yang betul.
Pentaksiran: Nyatakan bentuk pentaksiran yang ingin digunakan oleh guru berdasarkan Kriteria Pencapaian modul ini.
Kaedah Latihan Nyatakan isi penting pengajaran dengan menyatakan tugas utama pada sesi pengajaran berkenaan.
Kesimpulan Nyatakan kesimpulan untuk sesi latihan modul ini dengan menyatakan harapan dan komitmen terhadap sesi pengajaran ini seterusnya hasrat terhadap kompetensi yang ingin dikuasai.
Bahan Sumber Nyatakan bahan sumber pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran sesi latihan ini.
Garis Panduan PVMA2015
Berikut adalah contoh RSL bagi satu Standard Kandungan .
KOMPONEN KETERANGANPanitia Pendidikan Vokasional Menengah Atas – Pendawaian
Elektrik Tarikh 5 Januari 2016Lokasi latihan Ruang Pendawaian, Bengkel Pendawaian Elektrik, SMK
BelagaNama Guru Anuar bin Mohamad SomBilangan Murid 30 orang muridTingkatan Tingkatan 4 PVMA PETajuk Modul/Mata Pelajaran:
Pendawaian Elektrik
Standard Kandungan: 1. Mendawai Litar Unit Kawalan Pengguna Satu Fasa
Standard Pembelajaran: 2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa.2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu
fasa.2.3 Mengganggar kos pemasangan.
Objektif latihan Murid dapat: 2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan
piawaian The Institution of Electrical Engineers (IEE) atau Suruhanjaya TenaganMalaysia (STM).
2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki (PLAB) dan pemutus litar miniatur ( PLM ) berdasarkan piawaian lukisan elektrik.
2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian lukisan elektrik. 2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan
pengguna berdasarkan litar skematik.2.2.1 Memasang Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki
(PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam kotak unit pengguna berdasarkan litar skematik.
2.2.2 Mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam Kotak Kawalan Utama berdasarkan litar pendawaian.
2.2.3 Menyimpan lebihan kabel di tempat khas berdasarkan prosedur kerja.
2.2.4 Mengamalkan keselamatan berdasarkan prosedur kerja.
2.3.1 Merekod kos bahan mengikut harga pasaran.2.3.2 Merekod kos upah dan kos sampingan berdasarkan perkhidmatan.2.3.3 Mencatat anggaran kadar keuntungan berdasarkan
jumlah kos.
Garis Panduan PVMA2015
KOMPONEN KETERANGAN
Pengenalan:
Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar
Langkah pengajaran seterusnya
Contoh produk yang akan dihasilkan
Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini
2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa.
2.1.1 Guru menyenaraikan alat kawalan pengguna 2.1.2 Guru menunjukkan simbol suis utama, pemutus
litar arus baki (PLAB) dan pemutus litar miniatur (PLM )
2.1.3 Gurumenunjukkan kaedah melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna
2.1.4 Guru menunjukkan kaedah melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna
2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu fasa.
2.2.1 Gurumemuat simulasi pemasangan Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam kotak unit pengguna.
2.2.2 Guru mendemontrasi tatacara mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam Kotak Kawalan Utama.
2.2.3 Guru menunjukkan kaedah menyimpan lebihan kabel di tempat khas.
2.2.4 Guru memberi penekanan tentang amalan keselamatan yang betul.
2.3 Mengganggar kos pemasangan.
2.3.1 Guru menunjukcara kaedah merekod kos bahan.2.3.2 Guru menunjukcara kaedah merekod kos upah
dan kos sampingan 2.3.3 Guru menunjukkan kiraan kaedah mencatat
anggaran kadar keuntungan
Selepas sesi penerangan/demonstrasi/tunjukcaraini, murid akan menyenaraikan bahan, melukis gambarajah skematik & pendawaian, memasang pendawaian dan serta sentiasa mengamalkan langkah keselamatan seterusnya membuat kiraan.
Produk yang dihasilkan ialah lukisan gambarajah skematik, gambarajah pendawaian dan alat kawalan pengguna satu fasa yang telahsiap dipasang.
Garis Panduan PVMA2015
KOMPONEN KETERANGAN
Murid telah mengenal nama alat tangan dan nama peralatan pengujian asas yang pernah digunakan sebelum mempelajari modul ini.
Isi:Kemahiran yang ditunjukkan kepada murid
Guru membuat demontrasi kepada muriddengan:
1. Melukis gambarajah skematik dan pendawaian alat kawalan pengguna
2. Membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa
3. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan
Pentaksiran: Guru meminta murid menyenaraikan alat kawalan pengguna, melukis gambarajah skematik dan pendawaianserta membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa serta dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan seterusnya akur dan mematuhi kehendak pentaksiran LP. Selain menunjukkan eviden proses dan eviden produk, murid akan diuji secara ujian kecekapan, lisan dan bertulis.
Kaedah Latihan Kaedah latihan: Tugas Guru: Membuat penerangan dan demontrasi
kepada murid Tugas Murid:Membuat pemasangan alat kawalan
pengguna satu fasa dan mengamalkan langkah keselamatan
Kesimpulan Murid diharapkan berjaya menunjukkan dengan jelas langkah-langkah untuk melukismelukis gambarajah skematik dan pendawaian serta membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa serta dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan
Bahan Sumber Bahan sebenar: 1. Peralatan melukis ( pensil, pemadam, pembaris dan
sesiku)2. Bahan dan aksesori major pendawaian (Suis Utama,
Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM), kotak unit pengguna dan lain-lain mengikut keperluan)
3. Bahan dan aksesori minor pendawaian (skru, paku, klip dan lain-lain mengikut keperluan)
4. Bahan dan aksesori meter pengujian (meter megger ohm, meter pelbagai dan lain-lain mengikut keperluan)
5. Kalkulator untuk bantuan pengiraan
Garis Panduan PVMA2015
6.6 Penulisan RP
Berikut adalah format RP. RP perlu disediakan sebelum pengajaran
dilaksanakan menggunakan komputer dan semua guru boleh
berkongsi RP yang sama jika mengajar Kriteria Pencapaian yang
sama. Namun begitu ruangan Nama Guru dan Refleksi perlu ditulis
berasingan/tidak boleh berkongsi/setiap guru satu RP.
Panitia
Nama Guru
TarikhHariMasa
Tajuk
Modul/Mata Pelajaran:
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran:
Anggaran Masa Pengajaran
Kriteria Pencapaian Tugas utama/Proses
Bahan sumber
pembelajaran
Refleksi(ditulis tangan)
Garis Panduan PVMA2015
Jadual dibawah menerangkan maksud komponen format RP. Petak di
sebelah kiri merupakan komponen RP iaitu Panitia, Nama Guru,
Tarikh, Hari, Masa, Tajuk, Anggaran Masa Pengajaran, Kriteria
Pencapaian, Tugas Utama/Proses, Bahan Sumber Pembelajaran dan
Refleksi manakala di sebelah kanan ialah keterangan bagi setiap
komponen format RP tersebut. DSK dan RSL hendaklah dibaca
bersama bagi menerangkan maksud jadual di bawah.
KOMPONEN KETERANGAN
Panitia Nyatakan nama khas bagi panitia.
Nama Guru Nyatakan nama guru
Tarikh Nyatakan tarikh, dan.Hari Nyatakan hariMasa Nyatakan masa proses pengajaran dilaksanakanTajuk Nyatakan nama Modul/mata pelajaran
Nyatakan Standard Kandungan Nyatakan Standard Pembelajaran yang berkaitan pada sesi
pengajaran berkenaan sahajaAnggaran Masa Pengajaran
Nyatakan masa yang dicadangkan oleh HSP sebagai panduan kepada guru bagi mengawal sesi pengajaran.
Kriteria Pencapaian
Nyatakan Kriteria Pencapaian yang menjadi matlamat pengajaran sebagaimana di dalam DSK. Kriteria Pencapaian adalah sama seperti RSL.
Tugas utama/Proses Nyatakan tugas utama atau proses pengajaran sebagaimana RSL
Bahan sumber pembelajaran Nyatakan bahan sumber pembelajaran yang digunakan sepanjang
proses pengajaran.
Refleksi(ditulis tangan)
Nyatakan respons guru sepanjang proses pengajaran dengan menyatakan tahap pencapaian pengajaran pada akhir setiap sesi berkenaan. Ianya hendaklah ditulis tangan oleh guru.
Berikut adalah contoh RP bagi satu Standard Pembelajaran..
Garis Panduan PVMA2015
Panitia Pendidikan Vokasional Menengah Atas – Pendawaian Elektrik
Nama Guru Anuar bin Mohamad Som
TarikhHari Masa
8 Januari 2016Khamis7.30 pagi – 11.10 pagi
Tajuk Modul/Mata Pelajaran: Pendawaian Elektrik
Standard Kandungan: Mendawai Litar Unit Kawalan Pengguna Satu Fasa
Standard Pembelajaran: 2.1 Mengenal pasti alat kawalan penggunasatu fasa.
Anggaran Masa
PengajaranKriteria Pencapaian Tugas
utama/ProsesBahan sumber pembelajaran
40 minitx
4 waktu
= 160 minit
2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian The Institution of Electrical Engineers (IEE) atau Suruhanjaya Tenaga Malaysia (STM).
2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki (PLAB) dan pemutus litar miniatur (PLM) berdasarkan piawaian lukisan elektrik.
2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian lukisan elektrik.
2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna berdasarkan litar skematik.
Guru membuat penerangan dan menunjukcara kepada murid dan murid akan kompeten melukis simbol sertagambarajah skematik dan pendawaian alat kawalan pengguna satu fasa
Modul Pembelajaran, peralatan melukis, bahan sebenar alat kawalan pengguna satu fasa dan kalkulator
Refleksi(ditulis tangan)
Pada keseluruhannya, sesi pengajaran saya berjaya di laksanakan mengikut perancangan. Saya telah berjaya melakukan sesi tunjukcara kaedah melukis dengan betul mengikut piawaian. Pemerhatian saya di dalam kelas mendapati bahawa murid saya telah kompeten melukis simbol, gambarajah skematik dan gambarajah pendawaian dengan betul mengikut standard LP. Selain daripada itu, bahan sumber pembelajaran yang saya gunakan iaitu bahan sebenar juga di dapati sangat menarik minat murid. Murid saya juga sentiasa bermotivasi untuk menjalankan tugasan yang diberikan.Setelah murid diberkan satu sesi pentaksiran ringkas (QUIZ) didapati terdapat beberapa orang perlukan bimbingan lanjut. Ini dilaksanakan diluar sesi pembelajaran.
Garis Panduan PVMA2015
7. SENARAI KURSUS PILIHAN
PVMA Fasa 1- 2015
Bil. Kursus PVMA Kod NOSS NOSS Bengkel MPV
1. Penyediaan Makanan
HT-012-2 : 2012
Penyedia dan Pembuatan Makanan
Katering dan Penyajian
2. Membuat Pakaian K-012-2 Pembuat Pakaian Wanita
KananRekaan dan Jahitan Pakaian
3. Seni Kecantikan MP-060-2 JuruestetikPenjagaan Muka dan Dandanan Rambut
4. Animasi IT-040-2 Artis Multimedia – Animasi
Produksi Multimedia
5. Pembuatan Perabot RB-050-2 Pembuat Perabot Kanan Membuat Perabot
6 Dekorasi Dalaman ID-040-2 Pelukis Rekaan Dalaman
Hiasan Dalaman Asas
7 Automotif TP-300-2 Juruteknik Kenderaan Motor
Menservis Automobil
8 Motosikal TP-118-2:2012
Servis & Penyelenggaraan Motosikal
Menservis Motosikal
9 Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
ME-020-2:2012
Peralatan Penyamanan Udara HVAC -Satu Fasa (Pemasangan, Servicing, Troubleshooting & Pembaikpulihan)
Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara
10 . Pendawaian Elektrik
EE-320-2:2012
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa
Pendawaian Domestik
11. Akuakultur AF-033-2 Juruteknik Akuakultur (Hatceri)
Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
12. Tanaman AF-010-2 Juruteknik TanamanTanaman Makanan
PVMA Fasa 2 - 2018
BIL KURSUS KOD NOSS BENGKEL MPV
Garis Panduan PVMA2015
PVMA NOSS
1. Landskap
LE-010-1/LSC1
Atendan Lanskap (Landscape Attendant) (25-10-2010) Landskap &
NurseriLE-010-2/LSC2
Koordinator Lanskap (Landscape Coordinator) (25-10-2010)
2. Kimpalan MC-024-3:2012
Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam(Shielded Metal Arc Welding Process) (18-12-2012)
Kimpalan Arka & Gas
3. Perpaipan
PNS1 Pemasang Paip & Kumbahan (Plumbing & Sanitary Fitter)(09-06-08) Kerja Paip
DomestikPNS2
Tukang Paip & Kumbahan (Plumbing & Sanitary Plumber)(09-06-08)
4. Pembinaan Bangunan
B-010-1 Jurubina BangunanBuilding Constructor(28-04-94) Pembinaan
DomestikB-010-2 Jurubina BangunanBuilding Constructor(28-04-94)
5. Signage Production & Installation
BC-045-2:2013
Signage Production & Installation(24-04-2013)
Seni Reka Tanda
6. Visual IT-050-2 Artis Multimedia – Visual (Multimedia Artist – Visual) (18-11-08)
Grafik Berkomputer
7. Elektronik AV
EE-021-2:2012
Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik (Electronic Equipment and Appliance Installation & Troubleshooting) (05-04-2012)
Menservis Peralatan Elektrik Domestik
8. Pengeluaran Makanan
AF-018-3:2014
Pengeluaran Makanan (Food Production)(02-04-2014)
Pemprosesan Makanan