2

Click here to load reader

Wajah Syeikh Nuruddin Al

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cerita mengenai syeh nuruddin

Citation preview

Page 1: Wajah Syeikh Nuruddin Al

Kalau kita melihat kepada wajah Syeikh Nuruddin Al-Banjari di sebelah, kita dapati wajahnya

sangat bahagia. Wajahnya tenang dan damai, tetapi penuh kewibawaan. Anda tahu apa erti

bahagia? Apa tanda-tandanya? Mari ikuti hadis Nabi di bawah untuk mengetahui 12 tanda

bahagia. Dari Rakb Al-Mashri, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Berbahagialah [1] Orang yang merendah diri tanpa mengurangi kedudukannya,

PENJELASAN]. Merendah diri bererti tawaduk. Bila seorang merendah diri, maka tuhan akan

mengangkat darjatnya. Ia jadi mulia di mata orang ramai. Sebaliknya jika seseorang itu takbur

(mengangkat diri sendiri), tuhan akan membenamkannya. Maka orang ramai merasa jijik dan

sangat benci padanya. Orang kaya, orang berpangkat, yang merendah diri semakin dihargai &

dimuliakan masyarakat. Sebaliknya jika dia takbur, berlagak, sombong, mengada-ada, nescaya

semakin dibenci oleh msyarakat. Rumahnya kosong, perkataannya sepi, jiran-jirannya lari & dia

terbiar seperti kera sumbang. . [2] Orang yang menghinakan diri tanpa diminta melakukan

demikian, [PENJELASAN]. Maksudnya, orang yang berpakaian biasa-biasa sahaja, atau makan

biasa-biasa sahaja, sedangkan dia kaya atau mampu untuk bermewah-mewah. Dia mementingkan

agamanya. Dia tidak mahu bermewah-mewah supaya dunia tidak masuk ke dalam hatinya.

Sekarang ini, ramai orang kaya atau yang berpangkat mengambil pendekatan begini. Mereka

menyembunyikan diri mereka dari orang ramai supaya diri mereka kelihatan sebagai orang biasa.

Mereka mahu menjadi hamba Tuhan yang faqir, hina, lemah & kurang.apabila berhadapan

dengan Tuhan. Demikian tuntutan agama sebagaimana yang disyarahkan dalam kitab Al-Hikam.

Mereka cuba mengelak dari sifat takbur. [3] Orang yang membelanjakan harta yang

dikumpulkannya pada jalan yang diredhai Allah, [PENJELASAN]. Bersedekahlah untuk jalan

Allah. Paling mudah, anda bawa RM1 setiap kali solat Jumaat. Dalam sebulan RM4. Kalau anda

ikhlas, ganjaran yang tuhan beri ialah 700 kali lipat. Maksudnya, dari RM4 yang anda

sedekahkan, anda dapat RM2800. Banyak tu. Cara mana anda dapat RM2800 tu, saya tak tahu,

andapun tak tahu. Tidak ada sesiapapun yang tahu. Tetapi kita mesti yakin begitu. Ganjaran yang

tuhan beri ialah 700 kali lipat berdasarkan keikhlasan individu. Kalau kurang ikhlas, kuranglah

sikit gnjarannya. Seperkara lagi, kalau anda ke Pasar Tani, Pasar Borong, Bandar Machang atau

ke mana sahaja, kalau terjumpa orang minta sedekah, hulurkan sahaja. Jangan kedekut. Kata

P.Ramlee, jangan kedekut tahi hidung masin (maksudnya kedekut sangat-sangat). Kalau 4 orang,

baru RM4, ganjarannya sama seperti di atas. Orang yang bersedekah, hatinya mulia. Tuhan

sangat menyayanginya.. [4] Orang yang menaruh rasa belas kasihan kepada orang-orang yang

lemah dan miskin, [PENJELASAN]. Ingatlah kepada satu hadis Nabi, " Barangsiapa

menyayangi yang di bumi, nescaya dia akan disayangi oleh yang di langit". Janganlah

mengherdik orang-orang yang lemah & miskin. Bergaullah dengan mereka secara lemah-lembut.

Hadirlah ke jamuan-jamuan di rumah mereka. Makanlah apa yang mereka hidangkan, walaupun

seleramu tersumbat. Menyayangi orang-orang lemah & miskin merupakan sifat mulia

Rasulullah. Baginda pernah makan bersama dengan orang yang berpenyakit kusta. Baginda tidak

menunjukkan sifat jijik & tidak mencemuh kehadiran mereka. [5] Orang yang bergaul dengan

ahli ilmu dan ahli hikmah, [PENJELASAN]. Kalau anda berkawan dengan Mat Gian, andapun

mungkin jadi Mat Gian. Begitu juga kalau berkawan dengan Mat Rempit, Mat Botol &

sebagainya. Tetapi semua kawanan tersebut tidak menguntungkan anda. Pilihlah ahli ilmu.

Ikutlah dia ke surau atau masjid untuk mendengar kuliah agama. Atau anda belajar kat pondok

untuk mendalami ilmu agama. Anda akan beruntung kalau jadi ahli ilmu. Katau Imam Syafie,

ahli ilmu adalah manusia yang "menjadi". Atau ikutlah ahli hikmah. Maksud ahli hikmah itu

ialah orang yang bijaksana. Maksudnya apa? Iaitu orang yang memilih akhirat dari dunia. Tanda

ahli hikmat itu ialah mereka sentiasa mendekati Tuhan & memperbanyakkan ibadat kepadaNya.

Page 2: Wajah Syeikh Nuruddin Al

Mereka sentiasa berjemaah di surau, banyak solat sunat, banyak berpuasa sunat, banyak berzikir

dan sebagainya. Mereka itulah orang-orang yang memetik kebahagiaan. [6] Orang yang baik

(halal) pencariannya, PENJELASAN]. Syaidina Ali terkenal dengan sifatnya kuat berkerja untuk

menyara isterinya, Siti Fatimah & anak-anak mereka. Baginda Rasulullah sangat

menyayanginya. Maka anda mesti tahu bahawa mana-mana suami yang bertungkus-lumus

berkerja untuk keluarga, maka dia mendapat pahala yang banyak. Kerjanya itu sebagai ibadah.

Bila dia membeli makanan, pakaian atau lain-lain keperluan untuk isterinya, maka dia dapat

pahala. Begitu juga jika dia berbuat sama untuk anak-anaknya, tanggungannya dan khadamnya.

Diapun mendapat pahala. Alangkah banyaknya pahala seseorang itu jika baik (halal)

pencariannya. TETAPI INGAT, jika suami terjun kepada pencarian yang haram, maka semuanya

menjadi haram. Dia mendapat dosa dari perbuatannya menyara keluarga menggunakan sumber

yang haram itu. [7] Orang yang lurus batinnya, [PENJELASAN]. Maksudnya, dia memiliki 3

sifat berikut di dalam dirinya. Dia JERNIH HATI, BERSIH HATI & MURAH HATI. JERNIH

HATI bermaksud hatinya tidak mempunyai sifat kufur dan syirik kepada Tuhan.Dia percaya

sepenuhnya kepada Kalimah Syahadat. BERSIH HATI bermaksud dia mengisi hatinya dengan

segala sifat-sifat mahmudah (terpuji) sebagai ganti kepada sifat-sifat mazmumah (keji). Dalam

kata lain, dia tidak DENGKI & IRI HATI kepada sesama Muslim. Dia menganggap semuanya

bersaudara. MURAH HATI bermaksud .dia suka bersedekah walaupun dengan sebiji khurma

kepada rang lain. Dia tidak kedekut dalam hidupnya. [8] Orang yang mulia zahirnya,

[PENJELASAN]. Orang yang bila kita memandangnya, kita segera teringat kepada Allah Taala.

Wajahnya membawa kita mengingati Allah. Inilah wajah yang hebat. Penampilan zahirnya

membawa kita dekat kepada Allah Taala. [9] Orang yang kejahatannya disingkirkan dari orang

ramai, [PENJELASAN]. Sungguh beruntung dan berbahagia orang semacam ini. Dia terkenal

baik dan semua orang menyukainya. Dia tidak pernah meyakiti hati rakan, kawan, kenalan, jiran

atau sesiapa sahaja. Mulutnya bersih, hatinya bersih, anggota badanya juga baik. Dia terkenal

dengan gelaran yang mulia. Dialah lelaki soleh. Kejahatannya tidak pernah ada. Bahkan

barangkali tidak kedengaran sama sekali. [10] Orang yang beramal dengan ilmu

pengetahuannya, [PENJELASAN]. Barangsiapa yang beramal dengan ilmunya, kata-katanya

akan membekas. Barangsiapa yang tidak beramal dengan ilmunya, kata-katanya adalah seperti

telur burung kasawari yang jatuh dari daun. Maksudnya, kata-katanya tidak memberi manfaat

kepada orang lain. Ada beberapa amalan supaya kata-katanya membekas. [a] Sentiasa brtahajjud

waktu malam, supaya mulutnya masin (cepat makbul) [b] Sentiasa mewiridkan Ayatul Kursi

18X sehari [c] Sentiasa berzikir Ya Hayyu YaQayyum 1000X sehari semalam.. [d] Sentiasa

mengamalkan ayat 5 selepas setiap solat. [11] Orang yang membelanjakan lebihan hartanya,

[PENJELASAN]. Dia percaya bahawa harta yang berguna selepas kematiannya ialah harta yang

disedekahkan atau yang ditunaikan zakat jika cukup segala syaratnya . Samada untuk anak

yatim, pembinaan pondok pengajian, biasiswa, orang-orang fakir & miskin dan sebagainya. Dia

percaya, dalam hartanya, ada HAK untuk mereka. [12] Orang yang menahan tutur-katanya.

[PENJELASAN].Maksudnya, orang yang bercakap sopan pada waktu dia redha atau marah. Dia

tidak marah, mencarut, melaknat, menyumpah atau mengeluarkan sebarang perkataan kotor atau

keji dalam apapun keadaan. Bila orang marah kepadanya, dia dapat menahan sabar. Dan bila dia

marah kepada orang lain, diapun dapat menahan sabar.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ