6
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140331/sa_02/Novel-Melayu- pasca-merdeka sastera ARKIB : 31/03/2014 Novel Melayu pasca merdeka Oleh WAHBA UNTUK mengkaji perkembangan novel Melayu selepas merdeka memerlukan penelitian dan jangka masa yang panjang. Mungkin sudah ada sarjana sastera yang membuat kerja sulit ini. Namun begitu untuk memudahkan kajian eloklah kita tentukan skopnya. Katakan novel-novel Melayu yang dihasilkan antara tahun 1958 sehingga tahun 1985 iaitu selama 27 tahun. Dalam tempoh ini sudah ada sarjana sastera yang membuat kajian dan penelitian novel-novel Melayu secara terpenici tetapi dalam artikel ini kita mengkaji secara ringkas sahaja. Sehingga kini belum lagi diterbitkan tesis atau disertasi yang membicarakan perkembangan novel Melayu selepas merdeka iaitu pada 1958 sehingga 2014. Dalam jangka masa tersebut telah beratus-ratus malah beribu novel yang dihasilkan oleh penulis baharu dan penulis lama.

Web-2 Novel melayu pasca merdeka.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Web-2 Novel melayu pasca merdeka.docx

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140331/sa_02/Novel-Melayu-pasca-merdeka

sastera

ARKIB : 31/03/2014

Novel Melayu pasca merdeka

Oleh WAHBA

UNTUK mengkaji perkembangan novel Melayu selepas merdeka memerlukan penelitian dan

jangka masa yang panjang. Mungkin sudah ada sarjana sastera yang membuat kerja sulit

ini. Namun begitu untuk memudahkan kajian eloklah kita tentukan skopnya. Katakan novel-

novel Melayu yang dihasilkan antara tahun 1958 sehingga tahun 1985 iaitu selama 27

tahun. Dalam tempoh ini sudah ada sarjana sastera yang membuat kajian dan penelitian

novel-novel Melayu secara terpenici tetapi dalam artikel ini kita mengkaji secara ringkas

sahaja.

Sehingga kini belum lagi diterbitkan tesis atau disertasi yang membicarakan perkembangan

novel Melayu selepas merdeka iaitu pada 1958 sehingga 2014. Dalam jangka masa tersebut

telah beratus-ratus malah beribu novel yang dihasilkan oleh penulis baharu dan penulis

lama.

Menurut penganalisis sastera, novel Melayu yang dihasilkan dalam tempoh 27 tahun (1958-

1985) telah berjaya memainkan peranannya dalam mengubah minda, persepsi masyarakat

dan struktur budaya dan sosial pelbagai kaum di negara ini.

Penulis-penulis selepas merdeka mempunyai cara berfikir dan persepsi terhadap kehidupan

masyarakat berbeza jika dibandingkan zaman sebelumnya. Selepas merdeka banyak

pembangunan dilaksanakan baik di bandar atau di luar bandar. Taraf pemikiran masyarakat

Page 2: Web-2 Novel melayu pasca merdeka.docx

juga sudah banyak berubah berbanding sebelum merdeka. Rakyat boleh memberi

pandangan selepas negara ditadbir oleh bangsa sendiri.

Kesusasteraan Melayu moden dilihat sebagai suatu wadah untuk menimbulkan kesedaran

dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya pengisian kemerdekaan bagi meningkat

taraf hidup rakyat.

Pengkaji sastera berpendapat, penghasilan novel bukan sahaja timbul daripada kesedaran

penulis untuk membina kesusasteraan Malaysia agar lebih mantap tetapi didorong juga oleh

adanyanya galakan kerajaan dan hadiah-hadiah yang diadakan sama ada yang dianjurkan

oleh kerajaan atau pihak swasta.

Dalam penelitian pengkaji sastera, novel-novel yang dihasilkan selepas merdeka telah

bercampur aduk antara kebebasan tema dengan novel-novel yang dipandu temanya oleh

pihak penganjur peraduan. Bagaimanapun kata pengkaji sastera, situasi yang normal masih

kita temui beberapa buah novel yang baik dan meyakinkan.

Galakan daripada kerajaan turut merangsangkan kegiatan penghasilan karya sastera, sama

ada dalam penghasilan novel, cerpen, sajak atau drama. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

umpamanya telah diberi mandat untuk merancakkan perkembangan sastera termasuk

mengadakan peraduan mengarang untuk mencari karya yang baik dan bermutu. Langkah

awal yang dijalankan oleh DBP selepas merdeka ialah mengadakan peraduan mengarang

novel.

Mutu

Dalam dua kali peraduan mengarang novel, DBP telah berjaya menampilkan beberapa buah

novel terpimpin yang baik mutunya. Walaupun pemenang utama novel Musafir (1959) oleh

Hassan Ali dan Desa Pingitan (1964) oleh Ibrahim Omar tidak mencapai taraf atau mutu

Page 3: Web-2 Novel melayu pasca merdeka.docx

yang dikehendaki tetapi pengkaji sastera berpendapat ia sekurang-kurangnya dapat

mengubati ketandusan novel selepas merdeka.

Dua novel yang turut memasuki peraduan iaitu Salina (1961) oleh A. Samad Said dan

Lingkaran (1965) oleh Arenawati telah mendapat kritikan dan dianggap bermutu oleh

kebanyakan pengkiritik terutama Salina yang mendapat sorotan meluas termasuk di

peringkat antarabangsa.

Pada peringkat awal kemerdekaan, kerajaan memberi perhatian serius dalam usha

memajukan sastera Melayu moden. Sempena 10 tahun merdeka misalnya kerajaan

menganjurkan peraduan novel dan dalam peraduan ini enam buah novel telah dipilih

sebagai novel terbaik. Novel Sandera (1971) karya Arenawati dipilih sebagai pemenang

pertama dan diberi sorotan meluas..

Mulai tahun 1971 itu juga kerajaan mulai mewujudkan Hadiah Sastera. Novel Salina karya

Samad Said yang menang hadiah saguhati dalam peraduan novel pertama mendapat

kritikan daripada Prof. A. Teeuw dan dalam kritikan itu beliau menganggap novel tersebut

bertaraf antarabangsa jika diteliti dari segi tema, plot dan pengolahan. Pengiktirafan oleh

Prof.A. Teeuw itu telah membuka mata masyarakat sastera tempatan bahawa novel Salina

bermutu dan tidak boleh di kesampingkan.

Dalam dekad 1970-an Gapena dengan kerjasama Yayasan Sabah telah mengadakan

peraduan menulis novel untuk mencari karya terbaik. Kali pertama dalam tahun 1976, novel

Saga karya Talib Hassan dipilih memenangi hadiah utama.

Kali kedua peraduan diadakan pada tahun 1978, novel Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman

karya Anwar Ridhuan memenangi hadiah utama. Pada tahun 1982 diadakan peraduan kali

ketiga dan Seorang Tua di Kaki Gunung karya Azizi Haji Abdullah diangkat sebagai

pemenang utama.

Page 4: Web-2 Novel melayu pasca merdeka.docx

Pada tahun 1970-an juga Kesatuan Guru-Guru Malaysia turut menganjurkan peraduan

novel dan novel Arca Berdiri Senja (1978) oleh Baharuddin C.D. telah diberikan hadiah

utama.

Dalam waktu yang sama di Sabah peraduan seperti ini diadakan dan novel Ngayau (1979)

oleh Amil Jaya dan Nafas Yang Belum Putus (1976) dipilih sebagai pemenang. Kedua-dua

novel ini dikatakan telah membawa beberapa pembaharuan dari segi tema dan teknik

penyampaian.

Pada tahun 1980-an, sempena menyambut abad ke-15 Hijrah kerajaan Terengganu telah

mengadakan peraduan novel Islam. Hasil daripada peraduan ini lahirlah Hidayah (1984)

karya Harun Haji Salleh dan Masuk Ke Dalam Cahaya (1984) karya Abdullah Hussein

sebagai pemenang.

Novel-novel yang wujud hasil peraduan telah berjaya merancakkan perkembangan sastera

Melayu moden khususnya dalam bidang penulisan novel.

Novel-novel yang terhasil daripada peraduan dipimpin temanya dan tidak boleh menulis

sembarangan. Oleh itu novel-novel yang menang itu pada dasarnya mempunyai tema dan

persoalan yang hampir sama.

Walaupun novel-novel itu dipimpin temanya menurut kehendak penganjur tetapi ada juga

yang menyimpang tetapi disebabkan pengolahannya menarik maka ia diberikan hadiah,

contohnya novel Salina dan Lingkaran.

Novel-novel Melayu selepas merdeka banyak terhasil tetapi malangnya daripada ribuan

novel itu, terlalu sedikit novel-novel yang boleh mengajak kita berfikir seperti novel-novel

Samad Said, Arenawati dan Shahnon Ahmad.

Page 5: Web-2 Novel melayu pasca merdeka.docx

Menurut penganalisis sastera, novel Melayu yang dihasilkan dalam tempoh 27 tahun (1958-

1985) telah berjaya memainkan peranannya dalam mengubah minda, persepsi masyarakat

dan struktur budaya dan sosial pelbagai kaum di negara ini.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140331/sa_02/Novel-Melayu-

pasca-merdeka#ixzz44sFzYyMF

© Utusan Melayu (M) Bhd