Upload
lyduong
View
233
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MPK AMALI
AUTOMOTIF (SERVIS ASAS ENJIN, PENJAJARAN DAN
PENGIMBANGAN RODA, DAN UJIAN DINAMOMETER) BAGI
MATA PELAJARAN AMALAN AUTOMOTIF PETROL DAN DIESEL
UNTUK PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN UTM.
ZULAZRI BIN MD ZAIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MPK AMALI AUTOMOTIF BAGI MATA PELAJARAN AMALAN AUTOMOTIF PETROL DAN DIESEL UNTUK PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN UTM.
SESI PENGAJIAN: 2005/2006.
Saya ZULAZRI BIN MD ZAIN
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).
Alamat tetap: NO 34, KG SG KERAWAI, ENCIK ADNAN BIN AHMAD. 36000 TELUK INTAN, ...................................................... PERAK. Nama Penyelia.
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Tandatangan :…………………………………….
Nama Penyelia : Encik Adnan bin Ahmad
Tarikh :…………………………………….
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MPK AMALI
AUTOMOTIF (SERVIS ASAS ENJIN, PENJAJARAN DAN
PENGIMBANGAN RODA, DAN UJIAN DINAMOMETER) BAGI
MATA PELAJARAN AMALAN AUTOMOTIF PETROL DAN DIESEL
UNTUK PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN UTM.
ZULAZRI BIN MD ZAIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ............................................................
Nama Penulis : Zulazri Bin Md Zain
Tarikh : ..................................................
iii
DEDIKASI
Khas buat bonda (Rokiah @ Ro’bayah Bt Ahmad) terima kasih terhadap segala
pengorbanan mu selama ini.
Buat Allahyarham ayahanda (Md Zain Bin Husain), semoga rohmu dicucuri Rahmat
dari Yang Esa.Amin.
Abang-abangku (Haikal,Azmir,Yusri dan Nazmi) dan kakakku tersayang (Akmal) yang
banyak memberikan semangat dan dorongan serta mendoakan kecemerlanganku.
Buat rakan-rakan seperjuangan terutamanya pelajar tahun 5 SPJ 2005/06 terima kasih
diucapkan kepada kalian semua kerana telah banyak berkongsi suka dan duka
sepanjang berada di Universiti Teknologi Malaysia. Moga ukhuwah yang terjalin di sini
akan kekal hingga ke akhir hayat.
Buat kawan-kawan dari Sekretariat Rakan Muda UTM, terima kasih atas sokongan dan
dorongan dari kalian semua.
Buat yang terlibat, kejayaan yang diperoleh ini adalah kejayaan kita bersama. Terima
kasih di atas segala bantuan dan doa yang diberikan selama ini.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-
Nya serta Inayah-Nya kajian ini dapat disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Selawat dan salam buat nabi junjungan Rasulullah S.A.W yang membawa rahmat ke
seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan buat Pensyarah Pembimbing, Encik Adnan Bin Ahmad
yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu
dalam menyiapkan kajian ini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah
memberikan kerjasama dan pandangan serta dorongan dalam menjayakan kajian ini.
Budi baik kalian tidak akan dilupakan hingga akhir hayat dan semoga Allah sahaja yang
dapat membalasnya.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang
terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini. Tanpa bantuan dari pihak-
pihak di atas, adalah mustahil untuk saya menyiapkan kajian ini dengan sempurna.
v
ABSTRAK
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah pakej pengajaran dan pembelajaran
yang bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar sendiri berdasarkan pada kecekapan
diri. MPK direka bentuk dengan teratur dan sistematik. Dalam kajian ini, sebanyak 3
buah MPK Enjin dibina iaitu MPK 1: Servis Asas, MPK 2: Penjajaran dan
Pengimbangan Roda, MPK 3 :Ujian Dinamometer. Kesemua MPK yang dibina dinilai
status kesesuaiannya supaya memenuhi keperluan Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi
Automotif bagi pelajar Fakulti Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan. Kesemua MPK yang dibina berpandukan Model Teras-Cabang
(Shaharom, 1994). Alat kajian yang digunakan ialah Soal Selidik Modul Pengajaran
Kendiri (Guru) (Shaharom, 1994) yang diubahsuai. Kesesuaian MPK dinilai menerusi 2
peringkat iaitu Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif
Kelompok Kecil (PFKK) yang masing-masing melibatkan 4 dan 10 pelajar yang sedang
mengambil mata pelajaran Amalan Automotif Petrol Dan Diesel. Data yang diperoleh
dianalisis secara statistik deskriptif. Hasil kajian yang diperoleh mengesahkan bahawa
MPK Enjin yang dibina adalah amat sesuai digunakan sebagai bahan P&P untuk pelajar
yang mengambil mata pelajaran Amalan Automotif Petrol dan Diesel.
vi
ABSTRACT
Self-Instruction Module (SIM) is a teaching and learning package, built with the
purpose for students self-learning based on their own abilities. SIM is systematically and
organizely designed. In this research, 3 SIM are built which are SIM 1: Servis Asas,
SIM 2 :Penjajaran Dan Pengimbangan Roda, SIM 3 :Ujian Dynanometer. All SIM built
is evaluated on the appropriateness status. So that, it will fulfill the syllabus of Amalan
Automotif Petrol dan Diesel subject needs for the students in the Technic and
Engineering department, Faculty of Education, UTM. All SIM is built with using
“Model Teras Cabang” (Shaharom, 1994) as a guide. Research item that had been used
is the “ Modul Pengajaran Kendiri” (Guru) (Shaharom,1994) questionnaire which had
been modified. The appropriateness of this SIM is evaluated through 2 level which are
“Penilaian Formatif Satu Dengan Satu” (PFSS) and “Penilaian Formatif Kelompok
Kecil” (PFKK) which each involves 4 and 10 students that is now taking the Amalan
Automotif Petrol dan Diesel subject. Data gained from the questionnaire being analyzed
by descriptive static. Result from the research prove that SIM that has been build are
very appropriate to be use as a teaching and learning material for students who want to
take the Amalan Automotif Petrol dan Diesel subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.1.1 Objektif Pembelajaran 5
1.1.2 Gaya Bahasa 6
1.1.3 Grafik / Gambar rajah 7
viii
1.1.4 Ringkasan Bab 7
1.1.5 Latihan 8
1.2 Pernyataan Masalah 9
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Kepentingan Kajian 11
1.5.1 Kepentingan Kepada Pelajar 12
1.5.2 Kepentingan Kepada Guru 13
1.6 Skop Kajian 14
1.7 Takrifan Istilah 14
1.7.1 Pembinaan 14
1.7.2 Kesesuaian 15
1.7.3 Modul Pengajaran Kendiri 15
1.7.4 Penilaian Formatif 16
BAB II SOROTAN PENULIS 18
2.0 Pendahuluan 18
2.1 Rasional Pemilihan Tajuk 19
2.2 Ciri-ciri Sebuah Modul Pengajaran Kendiri 20
2.3 Teori-teori Berkaitan 21
2.3.1 Model Burns 21
2.3.2 Model Klingstedt 22
2.3.3 Model Eijl 24
2.3.4 Model De Vito 25
2.3.5 Model Meyer 26
2.3.6 Model Teras Cabang 28
2.4 Rasional Penggunaan 30
2.5 Penilaian Formatif 32
ix
2.5.1 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu 32
2.5.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil 33
2.5.3 Penilaian Formatif Percubaan Luar 34
2.6 Rumusan 34
BAB III PENGKAEDAHAN 35
3.0 Pendahuluan 35
3.1 Reka Bentuk Kajian 35
3.2 Kandungan Modul Pengajaran Kendiri 36
3.3 Persampelan 37
3.4 Alat Kajian 38
3.5 Tatacara Kajian 40
3.5.1 Kajian Tahap Satu: Pembinaan Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) 43
3.5.2 Kajian Tahap Dua: Kajian Rintis
Dan Penilaian Formatif 45
3.5.2.1 Kajian Rintis 45
3.5.2.2 Penilaian Formatif Satu
Dengan Satu 46
3.5.2.3 Penilaian Formatif
Kelompok Kecil 46
3.5.3 Kajian Tahap Tiga: Analisis Data
Dan Maklumat 47
3.6 Andaian Kajian 49
3.7 Batasan Kajian 50
3.8 Rumusan 51
x
BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN 52
4.0 Pendahuluan 52
4.1 Penilaian Formatif Terhadap
Kesesuaian MPK 53
4.1.1 Persoalan Kajian 1 54
4.1.2 Persoalan Kajian 2 56
4.2 Penilaian Formatif Merentas Jantina Pelajar 58
4.2.1 Persoalan Kajian 3 58
4.2.2 Persoalan Kajian 4 61
4.3 Rumusan 63
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 64
5.0 Pendahuluan 64
5.1 Perbincangan 65
5.2 Kesimpulan 67
5.3 Cadangan 68
5.4 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 70
5.5 Rumusan 71
BIBLIOGRAFI 72
LAMPIRAN 76
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Tafsiran Indeks Bagi Penglibatan pelajar 6
3.1 Skala Pemeringkatan Skala Likert 38
3.2 Skala Pemeringkatan Kesesuaian MPK 49
4.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)
Oleh Pelajar Terhadap Kesesuaian MPK 54
4.2 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Satu
Dengan Satu (PFSS) Oleh Pelajar
Terhadap Kesesuaian MPK 55
4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
Oleh Pelajar Terhadap Kesesuaian MPK 56
4.4 Kesimpulan Hasil Formatif Kelompok
Kecil (PFKK) Oleh Pelajar
Terhadap Kesesuaian MPK 57
4.5 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)
Oleh Pelajar Merentas Jantina Pelajar 59
4.6 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Satu
dengan Satu (PFSS) Oleh Pelajar
Merentas Jantina Pelajar 60
4.7 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
Oleh Pelajar Merentas Jantina Pelajar 61
xii
4.8 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Kelompok Kecil
(PFKK) Oleh Pelajar Merentas Jantina Pelajar 62
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 41
3.2 Rangka Kerja Keseluruhan 42
3.3 Rangka Kerja Pembinaan MPK 44
3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif 47
xiv
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
= - Sama Dengan
∑ - Jumlah
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
IM - Instructional Module
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
n - Bilangan Responden
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PB - Pengajaran Bermodul
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu
PKG - Pusat Kegiatan Guru
SIM - Self- Instructional Module
X - Min
X1 - Setiap Markah
UTM Universiti Teknologi Malaysia
PTK Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kesesuaian Modul
Pengajaran Kendiri (Guru) 77
B Jadual Skala Pemeringkatan Untuk Soal Selidik
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Guru 82
C Borang Pengesahan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 83
D Borang Pengesahan Pakar Bidang 85
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Negara Malaysia kini sedang menuju ke arah sebuah negara maju. Di sebalik
pembangunan kemajuan ini, salah satu industri yang diberi perhatian oleh kerajaan ialah
bidang automotif. Jika dilihat setakat ini, kita sudah boleh berbangga dengan
pengeluaran kereta sendiri oleh Malaysia. Bermula dengan keluaran kereta pertama
Malaysia iaitu Proton Saga, kini Malaysia sudah melangkah dengan selesa apabila sudah
mampu mengeluarkan pelbagai jenis kereta seperti Iswara, Wira, Satria, Tiara, Waja,
Perdana dan lain-lain lagi. Kemajuan-kemajuan ini dapat dipertingkatkan lagi dengan
mengajar subjek berkaitan automotif di sekolah dan institut pengajian tinggi.
Untuk mencapai hasrat murni kerajaan dalam memajukan industri automotif,
pendidikan berkenaan automotif haruslah bermula di peringkat sekolah dan institusi
pengajian tinggi. Melihat kepada cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada hari
ini, kebanyakan pengajaran dan pembelajaran hanya tertumpu kepada kelas-kelas teori
sahaja. Namun begitu, para pelajar harus juga tahu mengenai amali dan bukan teori
2
semata-mata. Bagi merealisasikan kaedah ini, semestinya pelajar memerlukan bahan
bercetak seperti buku, modul dan sebagainya untuk membuat rujukan mengenai isi
pelajaran yang dipelajari. Bahan-bahan bercetak seperti ini semestinya amat penting
keran wujudnya perbezaan individu yang sangat ketara. Hal ini turut disokong oleh
Shaharom & Yap, (1993: 62) iaitu :
“Para pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu di
kalangan para pelajar seperti dari segi minat terhadap pelajaran, latar
belakang gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain.”
Walaupun jika kita lihat hari ini, memang terdapat buku-buku rujukan mengenai
automotif di pasaran. Apa yang menjadi masalahnya di sini, adakah buku-buku ini dapat
menarik minat pelajar untuk membacanya. Sebagai contoh, terdapat buku-buku
berkenaan automotif yang tidak menyatakan objektif pembelajaran bagi setiap bab di
ceritakan. Selain dari itu, kebanyakan buku-buku rujukan berkenaan automotif yang
berada di pasaran membuat dalam bentuk karangan yang sudah pasti membuatkan
pelajar merasa bosan untuk membacanya. Soalan latihan dan ujian juga tidak disertakan
bersama di dalam kebanyakan buku berkenaan automotif di pasaran sekarang. Ini sudah
pasti menyukarkan pelajar mengukur tahap kefahaman mereka di dalam bab-bab yang
mereka pelajari.
Bahan rujukan yang kurang bermutu atau tidak bersesuaian bukan sahaja akan
menyebabkan pelajar mengalami masalah dalam mengaplikasikan pembelajaran mereka.
Malahan ia juga akan menyebabkan mereka kabur tentang hala tuju proses P&P yang
mereka lalui. Jika hal ini berlaku, tentunya masalah besar yang timbul ialah minat
mereka untuk meneroka sesuatu mata pelajaran itu akan terganggu. Untuk memastikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tercapai, maka kita perlulah menyemak kembali
bahan yang sering digunakan di dalam proses P&P iaitu buku teks dan buku rujukan.
Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah item penting
yang perlu ada dalam aspek kandungan yang perlu ditekankan.
3
“……penilaian aspek kandungan merangkumi kandungan dan maklumat
yang menyatakan melalui teks, bahan grafik, aktiviti dan latihan.”
(KPM 2005:3)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”
(KPM- Falsafah Pendidikan Negara. 1988:5)
Merujuk kepada petikan di atas, sudah jelas dinyatakan bahawa pendidikan
adalah untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu. Jadi, pembinaan buku teks dan buku rujukan yang baik adalah penting untuk
memperkembangkan lagi potensi pelajar untuk belajar. Begitulah juga konsepnya dalam
pembinaan modul. Ianya mestilah mampu menarik minat pelajar untuk belajar dalam
memperkembangkan lagi potensi pelajar.
Sejajar dengan hasrat yang terkandung di dalam FPK iaitu untuk
mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, satu kaedah yang
terbaik ialah dengan menggunakan Modul Pengajaran Kendiri (MPK). Penggunaan
MPK di dalam proses P&P adalah amat baik sekali kerana pelajar dapat meneruskan
proses P&P mengikut kecekapan dan kemampuan sendiri. Hal ini turut disokong oleh
Shaharom dan Yap (1991:62) iaitu :
4
“......selari dengan konsep pengajaran individu ini iaitu ke arah
mengembangkan potensi individu para pelajar secara menyeluruh
dan ke tahap yang maksimum untuk mencapai kecemerlangan dalam
pendidikan”
Sudah semestinya di dalam kelas terdapat perbezaan individu pada setiap pelajar.
Penggunaan MPK ini adalah penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini kerana ia
memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka sendiri tajuk pembelajaran
berdasarkan kepada aras yang mampu dilakukan oleh setiap pelajar. Dengan mengambil
kira faktor tahap kesediaan pelajar dan tahap penguasaannya, adalah diharapkan prestasi
mereka dalam menguasai sesuatu mata pelajaran akan meningkat ekoran dari
penggunaan MPK dalam proses P&P. Justeru, penggunaan MPK wajar diperluaskan
demi meningkatkan mutu bahan yang kita gunakan dalam P&P.
1.1 Latar Belakang Masalah
Bahan rujukan yang kurang bermutu atau tidak bersesuaian bukan sahaja
menyebabkan pelajar mengalami masalah dalam mengaplikasikan pembelajaran mereka,
malahan juga menyebabkan mereka menjadi kurang minat dengan mata pelajaran
tersebut. Pendapat yang sama juga telah diutarakan oleh Kamel (2004). Sekiranya hal ini
terus berlaku, hasrat kita untuk melahirkan generasi yang mencipta teknologi akan
terbantut dan sekaligus Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan dapat dicapai.
Untuk tujuan itu, dalam bahagian ini penyelidik akan memfokuskan
perbincangan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi mutu sesuatu bahan rujukan.
Antara faktor-faktor yang akan disentuh dalam bahagian ini ialah objektif pembelajaran,
gaya bahasa, grafik / gambar rajah, ringkasan bab, dan latihan.
5
1.1.1 Objektif Pembelajaran
Seperti yang kita ketahui bahawa setiap pengajaran yang dilakukan mestilah
mempunyai objektif pembelajarannya. Setiap pengajaran yang dilakukan adalah untuk
mencapai objektif yang dirancang. Dalam penghasilan sesebuah bahan P&P khususnya
buku, objektif pembelajaran adalah sangat penting. Begitulah juga halnya dalam
penghasilan sesebuah modul. Objektif pembelajaran adalah sangat penting untuk pelajar
mengetahui sejauh mana mereka telah menguasai isi pelajaran yang telah disampaikan.
Daripada pemerhati yang dijalankan, terdapat buku-buku rujukan di pasaran yang tidak
menyediakan objektif pembelajaran bagi sesuatu isi pelajaran yang disampaikan.
Sebagai contoh, buku rujukan bertajuk Enjin Kereta keluaran Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Penerbit UTM (1996), tidak menyediakan objektif pembelajaran di
dalamnya.
Selain itu, analisis kuantitatif buku teks yang telah dilakukan oleh Hanafi (2001),
Liaw (2001) dan Ezanita (2001) ke atas buku-buku Fizik Tingkatan 4 (Poh & Sabtu,
2001), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan 4 (Chang & Lock, 1999)
dan Fokus Fizik SPM (Lim, Poh & Chia, 1997) mendapati bahawa indeks penglibatan
pelajar adalah 0.00. Sekiranya kita merujuk Jadual 1.1 di bawah, angka ini
menggambarkan bahawa buku-buku ini tidak menyatakan sebarang objektif yang perlu
dicapai oleh pelajar di dalam setiap bab.
6
Jadual 1.1 Tafsiran Indeks Bagi Penglibatan Pelajar
NILAI INDEKS, I TAFSIRAN
0
<0.4
1.0
>1.5
Infiniti
Tiada penglibatan pelajar
Autoritarian dan kurang mencabar (hafalan dan takrifan)
Buku yang seimbang (ideal) di antara kenyataan-kenyataan
yang tiada penglibatan pelajar dengan kenyataan-kenyataan
yang memerlukan pemikiran pelajar.
Tanpa isi kandungan. Hanya soalan. Tidak cukup
data/maklumat untuk pelajar bekerja dengan berkesan.
Setiap kenyataan dan setiap gambar rajah memerlukan pelajar
membuat analisis. Tanpa isi kandungan.
(Ubahsuai Romey. 1968)
1.1.2 Gaya Bahasa
Gaya bahasa merupakan antara elemen yang terpenting di dalam pembinaan
sesebuah modul. Gaya bahasa ini sangat penting untuk memastikan kefahaman pelajar.
Selain itu penggunaan tatabahasa, ejaan, bahasa teknikal, struktur ayat dan penggunaan
istilah adalah amat penting untuk memastikan pelajar tidak keliru dengan fakta dan isi
pelajaran yang disampaikan. Bahasa yang digunakan juga perlu sesuai dengan kumpulan
sasar modul yang dibina. Ejaan yang betul adalah amat penting supaya pelajar tidak
tersalah tafsir tentang isi pelajaran yang dibacanya. Sebagai contoh, perkataan
‘penggayaan’ dan ‘pengayaan’. Jika tertinggal satu huruf ‘g’ di dalam perkataan
penggayaan, maknanya sudah pasti berubah.
7
1.1.3 Grafik / Gambar rajah
Faktor ketiga yang penyelidik jadikan sebagai latar belakang masalah ialah
grafik / gambar rajah. Membaca buku rujukan atau modul tanpa grafik / gambar rajah
akan menyebabkan pelajar cepat bosan. Penyediaan grafik / gambar rajah akan menarik
minat pelajar untuk membaca kerana tidak tertumpu kepada teks semata-mata. Selain
itu, penyediaan grafik / gambar rajah ini akan memudahkan pelajar lebih memahami
tentang isi pelajaran yang dibacanya.
Di dalam analisis yang dilakukan oleh Wong (2000) dan Lu (2000) ke atas Buku
Teks Sukses Lengkap Terkini SPM Fizik Tingkatan 4 & 5 (Yap, 1997) dan buku Revisi
Komprehensif Fizik SPM 4531 KBSM Edisi Ketiga (Anthony,1994) mendapati indeks
penglibatan pelajar untuk bahagian gambar rajah hanyalah pada nilai 0.25 dan 0.43.
sekiranya dirujuk kepada Jadual 1.1. angka ini berada dalam julat 0.00 hingga 0.40. Ini
menunjukkan bahawa gambar rajah yang disediakan di dalamnya adalah lebih kepada
tujuan memberi penerangan sahaja dan kurang usaha untuk menggalakkan penglibatan
pelajar dalam pembelajaran.
1.1.4 Ringkasan Bab
Ringkasan bab yang disediakan keseluruhannya lebih kepada mengulang isi-isi
penting setiap bab. Ringkasan bab adalah sangat penting bagi mengukuhkan lagi ingatan
pelajar terhadap isi pelajaran yang dibacanya di dalam isi kandungan pelajaran. Dengan
adanya ringkasan bab, para pelajar akan dapat mencari fakta –fakta dan isi-isi penting
secara terus tanpa mencari di ruangan isi kandungan pelajaran. Ringkasan bab ini
penting terutamanya apabila menjelang minggu peperiksaan. Dari pemerhatian yang
8
dilakukan oleh penyelidik, kebanyakan buku rujukan yang berada di pasaran tidak
menyediakan ringkasan bab bagi setiap bab yang disampaikan. Sebagai contoh ialah,
buku Teknologi Automotif keluaran International Book Service (2002) yang tidak
menyediakan ringkasan bab di dalam bukunya.
Selain dari itu, terdapat juga buku rujukan lain yang mempunyai masalah yang
sama. Hal ini terbukti melalui hasil analisis kuantitatif yang dilakukan oleh Liaw (2001)
ke atas buku teks Fizik Tingkatan 4 (Chang, 1996) iaitu mendapati nilai indeks bagi
penglibatan pelajar bagi bahagian ringkasan bab adalah infiniti (∞). Dengan merujuk
kepada Jadual 1.1, angka ini memberi tafsiran bahawa buku ini tidak mengulang fakta-
fakta penting yang sepatutnya ada dan juga tidak membangkitkan soalan-soalan baru.
1.1.5 Latihan
Latihan adalah amat penting dalam menyediakan sesuatu bahan P&P khususnya
bahan dalam bentuk buku. Penyediaan latihan di akhir sesuatu bab bukan sahaja untuk
menguji tahap pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan, malahan
juga adalah untuk mengetahui sejauh mana pelajar tersebut telah menguasai isi pelajaran
di dalam bab tersebut. Soalan latihan yang diberikan disusun dengan peringkat daripada
senang ke susah. Ini adalah bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk
terus menjawab soalan di bahagian latihan tersebut. Menurut Mohsin (2002) :
“Guru boleh memberikan ujian yang mudah untuk memberikan keyakinan
kepada pelajar dan menghormati pelajar yang mempunyai kebolehan yang
rendah. Elakkan memberikan soalan yang terlalu sukar sehingga pelajar
merasa tidak yakin dan takut.”
9
Berdasarkan faktor-faktor yang telah dibincangkan di atas, ternyata terdapat
pelbagai perkara yang perlu diberi perhatian dalam mempelbagaikan sumber dalam
pendidikan automotif. Sumber-sumber ini penting bagi menyokong usaha kerajaan
untuk melahirkan tenaga-tenaga mahir dan pakar-pakar teknologi bagi menampung
keperluan dalam industri automotif negara.
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah diutarakan, penyelidik dapat
menyatakan bahawa masalah utama yang ingin dinyatakan ialah:
Adakah MPK menservis asas enjin (sistem pelinciran dan melaras tapet),
penjajaran dan pengimbangan roda, serta ujian dinamometer untuk pelajar
universiti melalui penilaian formatif sesuai digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran beramali?
1.3 Objektif Kajian
Objektif-objektif yang hendak dicapai dalam kajian penyelidik adalah
merangkumi:
1. Membina tiga Modul Pengajaran Kendiri berpandukan Model Teras-Cabang
(Shaharom, 1994) bagi mata pelajaran Amalan Automotif Petrol dan Diesel:
10
MPK 1. Menservis Asas
MPK 2. Penjajaran dan Pengimbangan
MPK 3. Ujian Dinamometer
2. Menilai kesesuaian Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) dalam pembinaan
modul:
MPK 1. Menservis Asas
MPK 2. Penjajaran dan Pengimbangan
MPK 3. Ujian Dinamometer
3. Membandingkan kesesuaian ketiga-tiga MPK Automotif yang telah dibina untuk
pelajar yang mengambil mata pelajaran Amalan Automotif Petrol dan Diesel
merentas jantina pelajar di dalam Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS).
4. Membandingkan kesesuaian ketiga-tiga MPK Automotif yang telah dibina untuk
pelajar yang mengambil mata pelajaran Amalan Automotif Petrol dan Diesel
merentas jantina pelajar di dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK).
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang dibina berkaitan dengan objektif kajian supaya kajian
yang dilakukan mencapai objektif asal. Antara Persoalan kajian yang dilakukan ialah:
1. Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) oleh para pelajar ke atas
MPK Automotif (MPK 1: Menservis Asas, MPK 2: Penjajaran dan
Pengimbangan Roda, dan MPK 3: Ujian Dinamometer) menunjukkan bahawa ia
11
sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata
pelajaran Amalan Automotif Petrol dan Diesel untuk pelajar?
2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh para pelajar ke atas
MPK Automotif (MPK 1: Menservis Asas, MPK 2: Penjajaran dan
Pengimbangan Roda, dan MPK 3: Ujian Dinamometer) menunjukkan bahawa ia
sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata
pelajaran Amalan Automotif Petrol dan Diesel untuk pelajar?
3. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Satu dengan satu (PFSS)
oleh para pelajar terhadap status kesesuaian MPK Automotif (MPK 1: Menservis
Asas, MPK 2: Penjajaran dan Pengimbangan Roda, dan MPK 3: Ujian
Dinamometer) yang dibina merentas jantina pelajar?
4. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
oleh para pelajar terhadap status kesesuaian MPK Automotif (MPK 1: Menservis
Asas, MPK 2: Penjajaran dan Pengimbangan Roda, dan MPK 3: Ujian
Dinamometer) yang dibina merentas jantina pelajar?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membina MPK yang sesuai sebagai
bahan yang bermutu untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
MPK ini dibina untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan ilmu pelajar di samping
merangsang minda dan semangat pelajar untuk belajar.