UNIT 5 : GAYA HIDUP SIHAT
5.1 Pemakanan
A. Piramid Makanan
Pramid makanan adalah satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-
jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.
Piramid Makanan
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
Paras 1Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
Paras 2Buah-buahan dan sayur-sayuran
Paras 3Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu
Paras 4Lemak, minyak, gula dan garam
B. Kadar Pengambilan Makanan
Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
Paras 1
Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)
Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
Paras 3
Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
Paras 4
Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)
C. Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang
Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan
tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal.
Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi,
karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan
kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita
daripada mendapat penyakit.
Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan
sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah.
Makanan seimbang seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
5.2. Penyalahgunaan Bahan
A. Ubat dan Racun
Ubat adalah bahan yang digunakan untuk perubatan bagi mengesan (diagnosis),
meringankan, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit pada manusia serta
meningkatkan taraf kesihatan.
Ubat boleh digunakan dengan berbagai cara dan bentuk iaitu boleh dimakan dan
diminum. Selain itu, ia juga boleh digunakan dengan memasukkannya melalui dubur
(supositori), faraj (pesari), suntikan, ditanam di bawah kulit, disapu dan sebagainya.
Pada umumnya, semua ubat
mempunyai risiko apabila
digunakan. Namun begitu,
risikonya dianggap sedikit kerana
ubat lebih mendatangkan
kebaikan daripada keburukan
seperti menyembuhkan penyakit
dan mengurangkan kesakitan.
Masalah penyalahgunaan ubat
mula timbul apabila ubat
digunakan untuk tujuan selain
daripada perubatan seperti yang
dinyatakan di atas. Maka, ubat
menjadi lebih berisiko.
Racun pula merupakan bahan kimia yang secara lazimnya digunakan untuk
membunuh organisma hidup seperti binatang dan tumbuhan. Contohnya, racun tikus
dan racun lalang.
Racun adalah sebarang unsur yang boleh menyebabkan kecelakaan kepada tubuh
badan anda.
Kecelakaan yang dimaksudkan ialah kecelakaan bersifat ringan (contohnya, sakit
kepala atau rasa mual) dan berat (contohnya, sawan atau demam panas), sehingga
boleh menyebabkan kematian.
Selalunya, jika seseorang atau sesuatu benda hidup terkena racun yang berlebihan ia
tidak akan hidup lama kerana racun mempunyai bahan kimia yang amat merbahaya.
Oleh itu, penggunaannya terkawal.
Ibu bapa yang membeli racun untuk tujuan menghalang pertumbuhan lalang harus
menyimpannya di tempat yang tersorok agar tidak mudah dicapai oleh anak-anak.
B. Kesan Buruk Penyalahgunaan Dadah
Bahan yang seringkali disalahgunakan oleh masyarakat ialah dadah.
Dadah merupakan bahan larangan yang amat popular pada masa kini tidak kira di
Malaysia mahupun di luar negara.
Dadah terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia asli atau tiruan yang dimasukkan ke
dalam tubuh sama ada dengan memakan, menelan, meminum, menghisap ataupun
suntikan bertujuan untuk mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan pengguna.
Kesan FizikalKesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek.
Ini termasuklah pengaruh terhadap sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan
otot-otot. Sistem-sistem in merupakan sistem terpenting dalam tubuh badan kita.
Dengan ertikata lain, keadaan diri penagih dadah menjadi tidak terurus dan tidak
normal.
Jika dadah digunakan secara berlebihan, maka kesan ini akan menjadi lebih ketara.
Apabila kadar pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan jantung
pula akan berkurangan.
Seterusnya tubuh akan menggigil akibat daripada penurunan kadar metabolisme
dalam badan.
Mata juga menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas. Penagih juga mungkin
akan mengalami sawan dan gangguan fungsi otak.
Keadaan seperti ini agak sukar dipulihkan jika ia berlaku secara berterusan dan
berulang kali.
Kesan Sosial
Dari aspek sosial, kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak mempedulikan
tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat di sekeliling.
Prestasi dan disiplin kerja mereka akan merosot.
Tingkahlaku dan sikap mereka juga akan berubah daripada apa yang biasa diamalkan
sebelumnya. Contohnya, seorang yang periang menjadi pendiam.
Selain itu, mereka juga tidak menghiraukan kesihatan diri dan keluarga. Perpecahan,
penderaan serta keganasan terhadap ahli keluarga boleh berlaku.
Ini selalunya menimbulkan kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap
mereka.
Di samping itu, kebanyakan penagih tidak tinggal bersama keluarga. Mereka hidup di
tempat yang lengang dan tersorok agar tidak diganggu oleh orang lain selain
memudahkan mereka menggunakan dadah.
Keadaan mereka diibaratkan hidup segan mati tak mahu. Akhirnya, mereka akan
tersisih oleh keluarga dan masyarakat.
Kesan Mental dan Emosi
Kesan ini juga lebih dikenali sebagai kesan psikologi iaitu kesan akibat pengaruh
dadah pada otak dan minda.
Ini termasuklah mula berasa seronok, terangsang dan khayal (euforia). Mereka seolah-
olah tidak berpijak di alam yang nyata.
Pada masa yang sama, seseorang itu akan hilang kawalan diri dan pemikiran. Mereka
tidak merasa segan-silu melakukan perkara yang di luar batasan di khalayak ramai.
Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh pesakit.
Pesakit juga akan berasa keluh-kesah, gian dan amat menderita sekiranya tidak
mendapat bekalan dadah yang cukup.
Mata akan kelihatan berair, hidung berhingus, perut berasa sakit dan perit, kadangkala
muntah dan cirit-birit. Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi jika
keadaan ini berterusan.
Akhirnya, mereka akan melakukan pelbagai perbuatan jenayah seperti menghendap,
mencuri, merogol dan juga membunuh untuk melepaskan geram dan gian.
Dalam masa yang sama, mereka juga mengalami gangguan mental dan menjadi tidak
waras. Badan mereka tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk
dipulihkan seperti sediakala.
Hal ini amat menakutkan masyarakat sekeliling terutama sekali wanita dan anak gadis
kerana ia akan meninggalkan kesan trauma pada mereka.
Kesan pada Otak
Otak adalah salah organ terpenting yang dimiliki oleh manusia.
Otak berfungsi mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang.
Apabila alkohol masuk ke otak melalui darah yang meresap kedalamnya, ia akan
mengubah dan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya.
Keadaan ini akan menyebabkan penindasan terhadap kawasan-kawasan otak yang
biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang
malu, fikiran bercelaru dan pergerakannya menjadi tidak terkawal.
Selain itu, peminum juga akan sukar menerima pelajaran, membentuk idea spontan,
menumpukan fikiran dan membuat pertimbangan dengan teliti.
Semakin banyak alkohol diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan peminum
tidak sedarkan diri dan seterusnya mengakibatkan kematian.
Kesan pada Hati
Selain otak, alkohol juga memberi kesan terhadap hati peminum.
Hati akan mengalami kecederaan iaitu mendapat luka.
Sel hati akan mati dan akhirnya menjadi parut. Parut ini sedikit sebanyak akan
mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan lebih sempurna. Parut yang
serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung.
Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.
Selain itu, bengkak hati (Hepatitis) juga boleh terjadi disebabkan oleh kesan toksik
alkohol yang berlebihan.
Kesan pada Saraf
Alkohol boleh merosakkan saraf-saraf yang terdapat di dalam tubuh kita.
Ia akan menyebabkan kecenderungan mendapat pelbagai jenis penyakit seperti
sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa
kepada komplikasi psikiatri.
Kesan pada Janin
Pengambilan alkohol secara berlebihan oleh ibu hamil akan menyebabkan
kandungannya mengalami kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil
berbanding tubuh, keadaan muka yang rata dan kelemahan pada sendi-sendi dan otot.