KARYA INI ADALAH KARYA PELAJAR
1.0 PENGENALAN
Sejak selepas kemerdekaan, Negara Malaysia mengalami pembangunan yang
pesat dan telah berkembang dari sebuah Negara yang berasaskan ekonomi pertanian
dan sumber asli kepada ekonomi berteraskan industri dan pembuatan. Keadaan ini telah
menyebabkan berlakunya perubahan ciri-ciri hidrologi guna tanah yang mengakibatkan
meningkatnya kejadian banjir, kekurangan bekalan air bersih, hakisan tanah, tanah
runtuh, pencemaran alam sekitar dan regim sungai. Keadaan ini mendatangkan masalah
ke atas kuantiti dan kualiti air. Masalah kuantiti air bergantung secara langsung dengan
kejadian alam semulajadi dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan tanpa perancangan yang
sesuai menambahkan kesan buruk akibat dari banjir atau kemarau. Berbeza dengan
kuantiti, kualiti air banyak bergantung terus dengan aktiviti-aktiviti manusia di
lembangan sungai ( Dr. Mohamed Roseli dan Zolkeflee, 2003 : 4 ).
Dr. Mohamed Roseli dan Zolkeflee ( 2003 : 5 ) menjelaskan lembangan sebagai
kawasan tanah di mana semua air permukaan mengalir melalui satu rangkaian sistem
sungai, termasuk alur-alur, sungai-sungai dan juga tasik-tasik ke laut melalui satu kuala
atau muara atau delta. Lembangan sungai berfungsi sebagai pembekal air untuk
kegunaan domestik, perindustrian, pertanian dan untuk segala bentuk hidupan dan
penjanaan ekonomi negara. Pembangunan ekonomi dan sosial tidak akan dapat
dikekalkan atau diteruskan tanpa bekalan air yang mencukupi pada masa yang
diperlukan. Selain lembangan, terdapat juga sumber air penting, iaitu stormwater yang
melibatkan rawatan air bersih dan memerlukan pembiayaan daripada orang awam.
Dalam konteks pengurusan, Malano dan Van Hafwegen ( 1999 ) menerangkan
pengurusan sebagai usaha sesebuah organisasi mencapai matlamat dan objektif melalui
perancangan, penyelenggaraan, kepimpinan dan kawalan sumber yang efektif dan
efisien. Manakala pengurusan lembangan didefinisikan sebagai pengurusan keseluruhan
sumber air termasuk kualiti air, kuantiti air dan integriti persekitaran ( Frank G.W
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Jaspers, 2003 : 3 ). Walaupun lembangan saliran adalah satu sistem semulajadi
tersendiri, namun pengurusannya telah dipecah dan diagih-agihkan melalui sempadan-
sempadan pentadbiran, sempadan-sempadan politik dan mengikut objektif-objektif
tertentu organisasi dan institusi yang berkepentingan. Dikatakan bahawa walaupun
sesetengah objektif organisasi lain dapat membantu objektif organisasi yang lain, tetapi
sering juga terjadi pelaksanaan sesuatu program oleh satu organisasi akan menimbulkan
konflik dengan organisasi-organisasi yang lain. Contohnya, pembinaan empangan untuk
penjanaan kuasa elektrik boleh digunakan sebagai kawalan banjir, tetapi aliran yang
terkawal menyebabkan konflik dengan keperluan pengairan di hilir boleh menyebabkan
kestabilan tebing sungai, kemasukan air masin dan kerosakan kepada habitat dan
hidupan air ( Dr. Mohamed Roseli dan Zolkeflee, 2003 : 5 ).
Menurut Shahrizaila (2000 : 1), dalam visi bagi pengurusan air tahun 2025,
Malaysia akan memelihara dan menguruskan sumber air dengan cekap bagi menjamin
keperluan air yang mencukupi dan selamat untuk digunakan. Berdasarkan visi ini, satu
rangka kerja telah dibentuk bagi menghadapi cabaran pengurusan air pada masa
hadapan seperti menguruskan sumber air dengan cekap dan berkesan, bergerak ke arah
pengurusan lembangan sungai yang bersepadu, meningkatkan kesedaran untuk
kemampuan azam politik dan bergerak ke arah perkhidmatan air yang mencukupi dan
maju bagi merealisasikan status Negara maju 2020.
Oleh itu, memandangkan pengurusan sumber semulajadi melibatkan pelbagai
agensi dan mereka yang berkepentingan, maka pengurusannya wajar dilaksanakan
dengan melibatkan pelbagai pihak dari setiap peringkat pengurusan termasuklah
golongan professional, pentadbir, saintis, perundangan dan juga orang ramai.
Penyusunan pelbagai institusi ( Institutional Arrangement ) merupakan salah satu
langkah penting dalam pengurusan lembangan bagi mengembalikan fungsi kualiti dan
kuantiti air yang telah dicemari.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
2.0 DEFINISI DAN KONSEP INSTITUTIONAL ARRANGEMENT
Dalam membincangkan tentang Institutional Arrangement, definisi institusi
adalah sesuai untuk diterangkan terlebih dahulu. Menurut Frank G.W. Jaspers ( 2003 : 3
), institusi merupakan sebuah organisasi atau pertubuhan yang telah dibentuk untuk
tujuan spesifik bergantung kepada set peraturan kerja yang bermula dari pertubuhan
khas, undang-undang atau hubungan dalam masyarakat atau komuniti. Walau
bagaimanapun, dalam konteks yang lebih luas, institusi boleh menjadi formal dan tidak
formal serta merupakan kombinasi daripada polisi dan objektif, undang-undang dan
peraturan, organisasi dengan undang-undang dan pusat nilai, perancangan operasional
dan prosedur, mekanisme insentif, mekanisme tanggungjawab dan norma, tradisi,
kebiasaan dan adat resam ( Shahrizaila bin Abdullah, 2000 : 2 ).
Institutional Arrangement ( Penyusunan institusi ) pula didefinisikan sebagai set
peraturan kerja yang digunakan bagi menentukan siapa yang layak untuk membuat
keputusan dalam sesuatu arena dan apa tindakan yang dibenarkan atau terpaksa
dilakukan. Frank G.W. Jaspers ( 2003 : 3 ) menjelaskan peraturan sebagai apa
prosedur yang perlu dipatuhi, apa maklumat yang mesti atau tidak untuk dilengkapkan
dan apa hasil yang akan diperuntukkan untuk mempengaruhi individu (Ostrom, 1990 ).
Dalam pengurusan sumber air lembangan sungai, Institutional Arrangement
terdiri daripada asas peraturan, norma, kebiasaan dan organisasi yang menyediakan
hubungan antara struktur tindakan manusia dengan pengurusan air. Penubuhan
organisasi dalam konteks ini dianggap sebagai subset institusi. Untuk tujuan praktikal,
keseluruhan penyusunan institusi dilihat dalam tiga kategori yang luas, iaitu polisi,
undang-undang dan pentadbiran yang mempunyai hubungan dengan sumber air dalam
konteks lembangan sungai ( Shahrizaila bin Abdullah, 2000 : 2 ).
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
• Polisi : Polisi Nasional; Negeri dan Polisi Kerajaan Tempatan;
Polisi Organisasi
• Undang-undang : Undang-undang Formal, Peraturan dan Prosedur;
Undang-undang tidak Formal; Norma dan Kebiasaan;
Peraturan dalam Organisasi
• Pentadbiran : Organisasi pada Peringkat Polisi Pengurusan Sumber;
Organisasi pada Peringkat Pelaksanaan Pengurusan
Penghantaran
Rajah 1 : Gambaran tentang Institusi Persekitaran dalam Lembangan Sungai
Penyusunan institusi juga perlu diharmonikan dengan aktiviti-aktiviti
perancangan dan kerjasama bagi memantapkan pengurusan lembangan. Pendekatan
yang diterima pakai sebagai teknik terbaik untuk mengurus sumber semulajadi adalah
melalui Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB). PLSB diistilahkan sebagai
pengurusan bersepadu sumber-sumber air semulajadi di lembangan sungai yang
melibatkan kuantiti, kualiti dan penggunaan air. Ia mengambil kira kebergantungan
antara manusia dan alam semula jadi dalam kawasan-kawasan tadahan.
Pengurusan lembangan sungai diperlukan bagi memastikan perancangan yang
terperinci dan merangkumi semua kepentingan. Perancangan ini memerlukan input dan
sokongan, koordinasi, kerjasama dan sumbangan dari semua pihak yang
berkepentingan termasuklah golongan profesional, pentadbir, saintis, perundangan dan
orang awam ( Dr. Mohamed Roseli dan Zolkeflee, 2003 : 10 ). Dengan penyusunan
institusi yang berkesan, pengurusan sistem lembangan akan menjadi lebih sistematik.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
3.0 MODEL INSTITUTIONAL ARRANGEMENT
Model Institutional Arrangement telah diwujudkan sebagai garis panduan
kepada pelbagai institusi yang kini menghadapi cabaran yang tinggi dalam
menyelesaikan masalah kemerosotan kualiti dan kuantiti air negara Malaysia. J.
Jonathan, C. Jane dan B. Ted ( 1999 : 1 ) menyatakan bahawa terdapat beberapa
model dalam pengurusan institusi stormwater, termasuklah Jawatankuasa Dasar-
Lembangan, Agensi Kerajaan Tempatan ( seperti bandar konvensional dan jabatan kerja
raya dan saliran dan kawalan banjir daerah ), penggunaan stormwater dan Penswastaan
Institusi. Setiap model ini adalah berfungsi di bawah peraturan persekutuan dan negeri
atau ordinan tempatan. Model-model ini adalah berasaskan kesesuaian tempat dan
bergantung kepada ciri-ciri komuniti dan titik perubahan. Keputusan tentang model apa
yang sesuai dalam pengurusan organisasi lembangan bergantung kepada kawasan
mengikut kehendak kumpulan tempatan. Dalam hal ini, ia mungkin melibatkan konsep
menggabungkan pengurusan stormwater dalam satu institusi atau membentuk institusi
baru ( WEF and ASCE, 1998 ). Antara ciri-ciri model pengurusan stormwater tempatan
adalah seperti berikut :
3.1 Institusi / Jawatankuasa Dasar Lembangan
Pengurusan dasar-lembangan merupakan rangka yang fleksibel yang
menyatukan pengurusan dengan keseluruhan sumber bumi, biologikal, air, infrastruktur,
ekonomi yang berkaitan dengan lembangan ( Horner, 1994). Kumpulan-kumpulan dasar
geografi ini, termasuklah entiti awam dan kerajaan yang bekerjasama dalam
mengumpul sumber dan maklumat serta mencapai matlamat yang berkaitan dengan air.
Faedah rendah yang diperolehi adalah institusi sebagai dasar geografi yang boleh
menyediakan skala ekonomi dan mengurangkan pendekatan sedikit demi sedikit kepada
pengurusan stormwater. Kesukaran yang dihadapi pula adalah dari segi potensi untuk
mengkoordinasi pelbagai parti, menubuhkan dan menentukan kuasa, dan mendapatkan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
simpanan kewangan. Kejayaan institusi dasar lembangan juga memberi pengaruh yang
besar terhadap lembangan ( Schueler, 1996 ).
3.2 Kemudahan Lembangan ( Stormwater Utilities )
Sama seperti kemudahan air dan air buangan, perbandaran menilai dengan
bayaran / cukai untuk menyokong kemudahan lembangan dan hasilnya digunakan untuk
melaksanakan program dan kemudahan stormwater. Perkara ini memberi faedah
kepada stormwater dengan menetapkan hasil yang diperolehi untuk tujuan kemudahan
lembangan tanpa perlu bersaing dengan program dan keperluan lain. Namun,
kesukarannya adalah berlaku masalah kekurangan menerima keperluan untuk institusi (
berbanding keperluan air dan air buangan ) dan memerlukan ciptaan sistem operasi
baru yang memerlukan kekuasaan yang sah untuk mewujudkan, menjalankan dan
menanggung tanggungan ( Horner et al. 1994 ).
3.3 Agensi Tempatan
Kewujudan agensi-agensi tempatan seperti jabatan kerja raya dan saliran dan
kawalan banjir peringkat daerah dapat meneruskan atau memberi perhatian terhadap
isu-isu yang berkaitan dengan stormwater. Faedah utama yang diperolehi melalui model
ini adalah penguasaan agensi-agensi ini yang telah siap diatur. Tambahan pula,
kerajaan tempatan bertanggungjawab untuk membangunkan kod-kod tanah dan
peraturan-peraturan dengan satu asas undang-undang yang mantap untuk menyemak
dan meluluskan rancangan-rancangan pembangunan ( Horner et al. 1994 ). Dalam
kebanyakan kes, lembangan kecil atau lembangan saliran terkandung dalam bidang
kuasa politik yang sama. Namun, lembangan kecil ini adalah mudah diuruskan
berbanding dengan kesemua lembangan saliran yang mungkin memerlukan pengurusan
berganda. Kerajaan tempatan telah menubuhkan jawatankuasa yang boleh mengurus
lembangan tersebut secara berganda ( Schueler, 1996 ). Kelemahannya pula adalah
terhad kepada pembiayaan awam dan pita-merah kadang-kadang dikaitkan dengan
agensi tempatan.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
3.4 Penswastaan Institusi
Ia melibatkan perkembangan, jualan atau penjualan sebahagian perusahaan
atau perkhidmatan-perkhidmatan yang dimiliki oleh kerajaan. Faedah-faedah yang
diperolehi termasuklah penurunan dalam peningkatan kos berhubung dengan organisasi
kerajaan. Walaupun penswastaan telah terbukti dan menarik rawatan air / agihan
kawasan rawatan air buangan penswastaan sistem stormwater adalah diragui.
Penswastaan memerlukan bekalan pasaran ( Rendall, 1996 ). Semua orang dalam
masyarakat mempunyai keperluan untuk suatu bekalan air dan rawatan air buangan
serta sanggup membayar dengan harga yang berpatutan terhadap perkhidmatan ini.
Situasi ini berpotensi untuk memohon kepada perniagaan swasta. Sebaliknya ramai
rakyat percaya bahawa mereka tidak mempunyai faedah terhadap sistem saliran dan
kawalan banjir dan menyebabkan mereka enggan untuk membayar perkhidmatan
tersebut. Perniagaan swasta akan dapat mengurangkan risiko seperti ini. Namun,
penswastaan air dan air buangan tidak semestinya boleh dipindahkan ke kawasan
stormwater.
Oleh itu, dalam pengurusan institusi stormwater keempat-empat model ini boleh
digabungkan atau setiap model diaplikasikan mengikut bidang dan kesesuaian. Kunci
kepada organisasi pentadbiran ini pada masa hadapan adalah sama ada model-model ini
menyediakan keperluan-keperluan dan memberi perhatian terhadap isu-isu mengikut
kesesuaian keperluan tempatan. Contohnya, kebanyakan kawasan legeh adalah
terhalang oleh satu kawasan geografi yang sempit; oleh itu, satu titik perubahan
berpangkalan perlu melakukan penyelarasan. Namun, sesetengah legeh seperti di
kawasan Chesapeake Bay, memerlukan satu pendekatan titik perubahan yang lebih
sukar kerana meliputi banyak kawasan fizikal. Sestengah masyarakat memandang isu-
isu alam sekitar sebagai satu keutamaan berbanding isu lain. Mereka sanggup
membayar cukai tambahan terhadap penggunaan setiap stormwater.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Kebolehan dalam sistem pengurusan stormwater secara inovatif adalah banyak
bergantung kepada tren dalam peraturan persekutuan. Di peringkat persekutuan,
tanggungjawab untuk pengurusan stormwater bandar adalah tersebar di kalangan
beberapa agensi termasuk Agensi Perlindungan Persekitaran US ( USEPA ) ( kualiti
stormwater ), Kor Jurutera Tentera AS ( Kawalan banjir dan tanah bencah ) dan Agensi
Pengurusan Kecemasa Persekutuan ( FEMA ) ( kawalan banjir ). Menurut J. Jonathan,
C. Jane dan B. Ted ( 1999 : 1 ), integrasi antara agensi-agensi ini akan menjadikan
pengurusan air di kawasan bandar menjadi lebih berkesan ( ASCE, 1996 ).
Bagaimanapun, penglibatan kerajaan dalam pengurusan stormwater sering
mengasingkan antara kawalan mutu air, amaun air dan program pengurusan yang lain.
Tanpa menghiraukan ’label’ yang diterima oleh institusi pengurusan stormwater,
langkah pertama yang diperlukan adalah untuk menubuhkan satu strategi jangka
panjang yang memberi makna terhadap objektif program, menilai keadaan yang
berlaku, dan membina satu rangka program. Kemudian, institusi ini perlu memilih dan
melaksanakan satu peringkat yang saling melengkapi BMPs seterusnya mengubahsuai
strategi mengikut keperluan ( WEF & ASCE, 1998 ).
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
4.0 KONSEP UTAMA DALAM INSTITUTIONAL ARRANGEMENT
4.1 Integrasi
Belanjawan yang terhad dan jumlah kakitangan yang sedikit, pengurusan
intstitusi stromwater akan memerlukan penyelarasan yang teratur untuk memerhatikan
isu - isu kualiti dan kuantiti air. Ianya juga saling berhubung kait dengan kejuruteraan,
saintifik, undang-undang dan juga isu perancangan. Apabila satu model dipilih bagi satu
kawasan, integrasi dikalangan pemegang kepentingan adalah penting dalam
menentukan hala tuju bagi mencapai kejayaan di kawasan tersebut.
4.2 Fleksibiliti
Berfungsi terutamanya di peringkat tempatan, dimana pengurusan institusi
stromwater perlu menjadi fleksibel untuk memenuhi cabaran stromwater di kalangan
masyarakat setempat dan juga terhadap titik perubahan yang akan berlaku. Pengurusan
hujan tidak boleh didekati dengan perspektif ’ satu saiz, sesuai untuk semua’.
Contohnya, kefleksibelan perlu menerima ciri – ciri air dan kawalan alternatif
pencemaran seperti pencemaran perdagangan.
4.3 Kecekapan
Institusi – institusi ini mesti berupaya berfungsi dengan belanjawan yang terhad
dan juga bilangan kakitangan yang sedikit, manakala tanggungjawab institusi perlu
terus meningkat di bawah pertambahan syarat-syarat stromwater. Kemajuan teknologi
seperti sistem maklumat geografi ( GIS ), internet dan pangkalan data perlu digunakan
dan seterusnya berkongsi maklumat tersebut dengan yang berkaitan seperti jurutera,
perancang, ahli-ahli sains, dan juga masyarakat. Kejayaan strategi – strategi stromwater
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
juga harus dikongsi melalui pernerbitan, persidangan, internet dan sebagainya untuk
membolehkan orang ramai mengetahui dan seterusnya mengaplikasikannya.
4.4 Keberkesanan
Institusi pengurusan stromwater perlu untuk melaksanankan amalan – amalan
dan program pengurusan yang melibatkan perlindungan kualiti air dan kawalan kuantiti
air. Pemantauan program harus dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu amalan
pengurusan stromwater tersebut. Institusi juga perlu menunjukan peningkatan kualiti air
untuk mengatur belanjawan yang bersesuaian.
4.5 Sambutan
Institusi pengurusan stromwater perlu untuk memberi tindak balas dan
menyesuaikan perubahan dalam bidangnya. Kriteria reka bentuk kemudahan stromwater
perlu diubah suai mengikut perkembangan teknologi baru semasa. Kakitangan kerajaan
juga memainkan peranan penting dan harus mengetahui setiap perkembangan teknologi
semasa seperti kemajuan teknologi komputer.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
5.0 BEBERAPA ISU DALAM INSTITUTIONAL ARRANGEMENT a) Kewangan
Masalah kewangan merupakan antara cabaran institusi-institusi, terutamanya
apabila orang awam enggan untuk membayar cukai dan perkhidmatan air. Jaspers
(2003 : 12) menyatakan bahawa Isu-isu penentuan harga air dan perolehan harga
adalah belum ditetapkan. Namun, penerimaan perolehan harga air adalah meluas.
Penerimaan ini adalah atas kesanggupan dan keupayaan pengguna-pengguna air untuk
infrastruktur yang diperlukan. Walau bagaimanapun, adakah itu harga mempunyai
khidmat akses untuk air mentah atau dilindungi dari bencana banjir atau harga merawat
pencemaran adalah dibayar oleh pengguna. Oleh itu, perkara ini sentiasa menjadi isu.
Namun hakikatnya, hasil bayaran daripada orang awam adalah penting bagi membiayai
perbelanjaan tahunan kendalian air seperti pentadbiran, penyelenggaraan dan
perkhidmatan. Dalam pengurusan, institusi stormwater adalah penting untuk :
• Berfungsi di bawah perbelanjaan pusat.
• Menyelaras dengan rasmi dan memperuntukkan pembiayaan berkaitan dengan
isu-isu kualiti dan kuantiti air tempatan, agensi-agensi pusat dan sektor swasta.
• Mengutamakan perbelanjaan untuk memenuhi pembangunan infrastruktur dan
kos-kos pemulihan air ( menentukan keutamaan-keutamaan relatif CSO, SSO dan
pengurusan air hujan bandar ) (Schilling, 1996).
• Mencapai matlamat-matlamat kumpulan khusus dan terhad (Schueler, 1996).
Membangunkan satu kaedah yang berfaedah seperti analisis kos faedah (Jones &
Jones, 1989).
• Memperuntukkan sumber bagi menjamin penyelenggaraan kemudahan-
kemudahan stormwater yang baik.
• Mendidik orang ramai supaya sedar bahawa kepentingan saliran itu adalah
tanggungjawab bersama.
• Melibatkan sumber-sumber pembiayaan tempatan.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
• Membangunkan dengan adil cara-cara pembahagian tugas terhadap pelbagai
kumpulan berkaitan dengan kos pelbagai guna dan program-program
pengurusan air hujan (Heaney, 1986).
Oleh itu, untuk memastikan pembiayaan berkaitan dengan pengurusan air
berjalan dengan baik, pelbagai strategi harus dilakukan dengan melibatkan pelbagai
pertubuhan untuk melaksanakan peraturan-peraturan sumber-sumber pembiayaan.
Antara strategi yang harus difikirkan ialah :
i) Kerjasama orang awam dan sektor swasta
Melibatkan penggemblengan wang orang ramai dan pihak swasta. Strategi-
strategi pengurusan lembangan yang melibatkan pengumpulan wang dari
orang ramai dan pihak swasta boleh membantu untuk melakukan perubahan
terhadap inisiatif-inisiatif berpangkalan.
ii) Fee-in-lieu
Melibatkan bayaran yang dikenakan ke atas pemaju-pemaju sebagai ganti
kepada keperluan pembinaan tapak khusus BMPs. Yuran ini boleh digunakan
bagi pembinaan kemudahan di daerah-daerah dengan penggunaan kos yang
lebih efektif.
iii) Program-program insentif
Menggalakkan pemaju untuk melaksanakan sesuatu program sesuai dengan
BMPs.
iv) Caj-caj Sistem Pembangunan
Yuran caj akan dikenakan kepada pemaju apabila menjalankan projek
pembangunan bagi membantu memulihkan kos-kos keupayaan yang
dijangkan dalam pembangunan tersebut. SDCs adalah kaedah yang paling
baik digunakan bagi menilai pembiayaan tersebut (Debo & Reese, 1995).
v) Penggunaan Stormwater
Menilai bayaran / cukai bagi menyokong program-program stormwater.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
vi) Penswastaan
Telah berjaya dalam membekalkan air dan merawat air buangan untuk
menjamin keperluan awam.
vii) Sukarela
Meningkatkan program-program pendidikan rakyat, sukarela dalam
pencegahan dan pengurangan pencemaran di kawasan-kawasan yang
menjadi puca pencemaran (USEPA, 1996).
b) Kepakaran – Sumber Manusia
Dalam satu rancangan pentadbiran kualiti dan kuantiti air yang berkesan,
kakitangan yang berkelayakan perlulah disediakan. Ini kerana, pengambilan kakitangan
menjadi isu penting dam sistem pengurusan lembangan. Pengambilan kakitangan
berdasarkan kepakaran dalam bidang komunikasi, penyelarasan, delegasi dan
pemegang saham serta wakil-wakil perancangan berupaya untuk berkongsi maklumat
atau data berkaitan dengan dengan pengurusan kualiti dan kuantiti air. Oleh itu,
pelaksanaan terhadap proses memantapkan pengurusan air di kawasan bandar atau
luar bandar akan menjadi lebih berkesan dengan adanya pakar-pakar dan sumber
manusia yang berkelayakan.
c) Pihak Berkuasa
Bagi menjamin pengurusan air yang lebih berkesan, pihak berkuasa adalah
penting untuk mencipta, mengambil dan menguatkuasakan ordinan dan peraturan-
peraturan. Kuasa statutori perlu wujud dalam institusi tempatan bagi menjamin
pengurusan sumber-sumber pembiayaan menjadi lebih sistematik seperti pembiayaan
untuk kegunaan tempatan sahaja (Horner et al., 1994). Bagi sesetengah kawasan,
setiap kawasan adalah dinaungi oleh kebanyakan individu atau pertubuhan-pertubuhan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
tertentu. Oleh itu, satu kuasa statutori perlu diwujudkan. Oleh itu, menurut J. Jonathan,
C. Jane dan B. Ted (1999 : 7), pertimbangan perlu dilakukan seperti :
• Organisasi penaung mesti ada satu sumber pembiayaan yang bebas dan
berterusan.
• Adanya satu kuasa untuk membimbing pelaksanaan.
• Menentukan bidang kuasa bagi mengelakkan pertindihan kuasa (Jones,
1988).
Menurut Zainol Abidin (2000 : 2), pengurusan sungai di Melaka masa lalu
menghadapi masalah kerana tiada satu pun badan tertentu untuk menguruskan sungai
secara keseluruhannya. Pelbagai agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan
Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian, Lembaga Kemajuan ikan, Jabatan Laut,
Perbadanan Air dan Kerajaan Tempatan masing-masing mempunai kepentingan
terhadap sungai. Pengurusan ang melibatkan terlalu banyak agensi ini telah menjurus
kepada pengurusan yang berkesan. Oleh itu, agensi-agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Tempatan adalah bertanggungjawab dalan pengurusan sungai bagi
mengelakkan pertindihan kuasa. Penyusunan agensi utama dalam pengurusan sungai
Melaka dapat dilihat dalam jadual berikut :
Agensi Tanggungjawab Utama
Kerajaan Negeri Pemilik sungai dan air, mengeluarkan lesen untuk pengambilan air dan pengunaan tanah
Jabatan Alam Sekitar Laporan EIA dan pencegahan pencemaran, koordinasi terhadap kesemua aktiviti pengawalan pencemaran, penguatkuasaan terhadap isu pencemaran, kawalan dan klasifikasi kualiti air sungai
Kerajaan Tempatan (MPMBB, MDAG dan MDJ)
Pelan Tempatan dan Pelan Struktur, hakisan tanah dan perangkap kelodak untuk kawasan pembangunan, air buangan dari kawasan pembangunan, pengurusan pembuangan sampah
Jabatan Pengairan dan Saliran Hidraulik sungaidan tebatan banjir, Saliran dan Pengairan, penyelenggaraan sungai, pengindahan sungai
Perbadanan Air Melaka Pengambilan air untuk membekalkan air minuman
Pejabat Tanah Permit pengambilan pasir, permohonan tanah kerajaan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Jadual 1 : Agensi Utama Menguruskan Sungai Melaka
(Sumber : Ir Zainol Abidin Che Lah, 2000)
d) Kefleksibelan Peraturan
Satu peraturan yang jelas perlu diwujudkan bagi menyatukan sistem pengurusan
di peringkat tempatan dan daerah. Contohnya, banyak pertimbangan peraturan yang
digunakan ke atas sungai dalam kawasan-kawasan lembap di US, namun tiada
peraturan ke atas sungai-sngai yang gersang dan persekitaran yang kering (Harris et al.,
1996, Steven, 1996). Atas masalah ini, maka kefkeksibelan peraturan wajar diwujudkan
terhadap kepelbagaian fizikal, biologi dan keperluan-keperluan ekonomi. Perkara ini
boleh dicapai dengan amalan perkongsian faedah dan alternatif-alternatif kos.
Selain itu, satu sistem sokongan keputusan adalah perlu bagi membolehkan
fleksibiliti dalam pentadbiran peraturan, iaitu penyediaan satu koleksi pendekatan yang
membolehkan perancangan sumber secara konsisten. Pendekatan ini sepatutnya
dibangunkan bagi membolehkan perancangan yang dilakukan mencapat matlamatnya.
USEPA (1996) mencadangkan bahawa terdapat nilai dalam mengumpul teknik-teknik
pengurusan titik perubahan dengan maklumat seperti kesan-kesan pada kualiti air,
kecekapan, jumlah kos dan projek-projek penyelidikan.
Tambahan pula, pendekatan inovatif seperti dagangan pencemar di udara juga
boleh digunakan ke atas kawasan air. USEPA kini berada dalam proses menubuhkan
satu rangka kerja bagi titik perubahan berpangkalan dagangan pencemar. Jenis
pendekatan ini menggabungkan insentif-insentif pemasaran bagi mencapai matlamat
kualiti air dan kefleksibelan peraturan air (WEF, 1996).
e) Kejelasan Peraturan dan Standard
Debo dan Reese (1995) meringkaskan kepentingan peraturan-peraturan dalam
mencapai objektif pengurusan stormwater seperti pengurusan stormwater perlu
distrukturkan dengan matlamat, objektif dan pentadbiran rumusan teknikal
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
menggunakan model-model dan rancangan-rancangan mengikut peraturan. Pada masa
akan datang, peraturan pengurusan air ini berkemungkinan dilaksanakan dengan rasmi
di peringkat tempatan yang melibatkan beberapa pegawai-pegawai kerajaan dan
kakitangan sebagai pembuat keputusan. Pendekatan ini adalah selaras dengan falsafah
dan peraturan institusi pengurusan. Pertimbangan-pertimbangan peraturan
termasuklah:
ü Masalah-masalah tempatan mesti didefinisikan dengan jelas untuk menyediakan
panduan bermakna dan kepimpinan untuk kepentingan sepanjang pembangunan
bagi membolehkan perundangan, peraturan-peraturan dan kriteria direka
bentuk.
ü Peraturan-peraturan sepatutnya mentakrifkan fungsi-fungsi dan objektif-objektif
pelaksanaan kemudahan stormwater yang minima.
ü Kriteria mutu air cuaca lembap sepatutnya dibangunkan.
ü Kawalan program-program mutu stormwater pelulah berfaedah.
ü Kriteria reka bentuk untuk BMPs perlu dicetak dan pelaksanaan atatu terma
spesifikasi mesti disediakan.
ü Menyediakan peraturan yang minima berkaitan dengan syarat-syarat terhadap
aktiviti pembangunan dan penyelenggaraan jangka panjang untuk
mendokumentasikan kelulusan.
ü Pemaju-pemaju pembinaan perlu mendapatkan kelulusan kesan kualiti air bagi
mengawal hakisan dan kawalan endapan pada masa depan.
ü Merancang pengurusan stormwater dalam menyediakan piawaian yang
berkesan.
ü Memikirkan keberkesanan dan pelaksanaan punca peraturan-peraturan.
ü Pengurusan stormwater harus membantu menguruskan kemusnahan ekosistem
di kawasan-kawasan tertentu.
f) Cabaran Perundangan
Institusi pengurusan stormwater adalah berfungsi dalam suatu era ligitasi yang
mempunyai kaitan dengan isu cuaca lembab. Bagaimanapun, kebanyakkan program
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
atau rancangan sepatutnya berupaya untuk berdiri atau berpegang dengan kenyataan
ini jika mereka ; tidak terlibat dalam pencabulan perundangan negeri atau kanun
perbandaran, bersifat saksama, dikuatkuasa dalam kalangan umum, baik dari saintifik
dan perspektif kejuruteraan dan didokumenkan dengan baik (Debo dan Reese 1995).
Walaubagaimanapun, terdapat banyak litigasi mungkin akan timbul daripada tanah
apabila menggunakan berapa jenis isu, seperti:
• Kawasan batasan kedap
• Had-had curam yang maksimum
• Zon rintangan mandatory riparian atau tebing sungai.
• Halangan mandatory daripada tanah bencah
• Halangan mandatory daripada ciri-ciri alam sekitar ayang sensitive, seperti
sinkholes dalam kars muka.
• Batasan dari segi saiz lot.
Sebagai contohnya, apabila kerajaan tempatan mencadangkan untuk
membenarkan tidak lebih daripada 20% kawasan tidak telus di dalam satu titik
perubahan untukmelindungi sungai Bandar, terdapat bantahan daripada pembangunan
komuniti, ketua kerajaan atau pemimpin dan sebahagian atau sebilangan warganegara
itu harus menjangkakannya.
g) Penyelesaian Regional atau Serantau
Penyelesaian regional atau serantau ini bagi isu stormwater merangkumi kedua-
dua pendekatan fizikal dan pentadbiran termasuklah kawasan kemudahan struktur
stormwater, dagangan pencemaran dan pendekatan lembangan atau legeh.
Pendekatan serantau ini untuk pengurusan stormwater ini hendaklah digalakkan dan
ditingkatkan melalui dasar atau polisi negara dan program.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Pendekatan watershed-based seringkali dikatakan serantau berdasarkan definisi
legeh kerana banyak mengabungkan banyak bidang kuasa. Pendekatan serantau
kepada pengurusan stormwater adalah masuk akal atau boleh diterima dari sudut
padangan hidrologi namun sering kali dikekang oleh isu-isu pentadbiran seperti
kewangan, kurang atau tidak mempunyai kuasa sah dan kesinambungan kakitangan.
Entiti perancangan serantau , tidak selalu disusun disekeliling lembangan saliran kerana
secara logiknya adalah untuk memberi perhatian kepada kawasan stormwater itu.
Walaubagaimanapun, entiti perancangan serantau ini hendaklah aktif dan mendapat
atau mempunyai sumber untuk menyokong pengaturan atau pematuhan stormwater.
Banyak komuniti telah datang untuk mengenali atau mengadakan secara besar-
besaran, kawalan kualiti kemudahan kawasan storwater ini adalah merujuk kepada
banyak, lebih kecil, di tapak kemudahan bagi sebab yang berkaitan dengan
penyelenggaran, rupa, keberkesanan fungsian, termasuk kepelbagaian tujuan gunaan
dan keberkesanan kos. Malangnya, banyak komuniti kurang atau kekurangan keperluan
wang untuk menjamin optimum kawasan untuk kemudahan serantau dan untuk
membina kemudahan, walaupun mereka menyediakan bidang ekonomi dalam jangka
masa yang lama. Pengurusan stormwater institusi ini harus membantu komuniti untuk
mendapatkan tapak-tapak ini.
Menurut Toth 1996, Pencemaran dagangan atau dagang pencemaran adalah
satu penyelesaian yang telah dibuat atau digunakan dalam lapangan air dan udara. Satu
kritikal aspek dalam program dagangan pencemaran yang berjaya ialah perhubungan
awam yang merangkumi pembangunan perkongsian dan konsesus. Sistem dagangan
pencemaran merangkumi kedua-dua titik dan sumber non point,yang membenarkan
sumber pemberhentian kepada pertukaran kewajipan kawalan pencemaran dalam
mengurangkan kos pengabungan atau pencatuman pematuhan. Potensi ekonomi dan
kelebihan persekitaran dagangan telah menunjukkan peningkatan sokongan broad-
based. Pada Mei 1996, isu USEPA digaris panduankan untuk menggalakan dan
memudahkan keluar bahan dagangan lembangan. Menurut Institusi Negara sumber
Air, 1996, Sistem perdagangan yang berjaya memerlukan kerajaan menyediakan tiga
syarat asasi iaitu penciptaan dan takrif satu elaun,satu sekatan kuantitatif di
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
pemberhentian pengakiran keluar dan penciptaan dan pentadbiran sebuah sistem
pertukaran elaun.
Podar et al (1996) merumuskan perkembangan atau kemajuan program
dagangan seberang negara dan merangkumi contoh untuk sebagai program. Satu
contoh di Boulder, CO mengambil bahagian dalam membuat keputusan untuk
meningkatkan aliran sungai, memulihkan kawasan tebing sungai dan memasang
sesetengah sumber nonpoint untuk langkah-langkah kawalan lebih tepat daripada
meningkatkan rawatan perbandaran utuk membuang lebih ammonia. Boulder telah
menjimatkan sehingga $3.5 juta di kos ibukota dan memperolehi peningkatan kepada
alam sekitar termasuklah peningkatan penstabilan streambank, mengurangkan hakisan
streambank, peningkatan penyaringan larian air, meningkatkan habitat ikan, lebih
berterusan melindungi kawasan lembangan untuk hidupan liar dan peningkatan
kawasan tanah lembab. Program Dagangan pencemaran seperti ini adalah patut
digalakkan danpenyelesaian untuk kesulitan pentadbiran hendaklah dikongsi dari sudut
kepentingan kebangsaan.
Penyertaan dalam pendekatan lembangan adalah meningkat seperti yang telah
dibuktikan oleh lebih 300 kerta kerja yang membentangkan di persidangan ‘Watershed
96’ di Baltimore (Field et al.1997). Pendekatan lembangan adalah bermula dengan dasar
pengurusan sumber yang secara semulajadi dan pusat.
Satu kata kunci motivasi untuk pendekatan watershed-based ialah kawalan
tempatan ditingkatkan dan keberkesanan peningkatan ekonomi. Penjimatan kos boleh
dicapai melalui usaha pengawasan dan pemindahan kos pencemaran secara berkesan
untuk watershed secara menyeluruh. Usaha bersama adalah termasuk
penggembelengan wang, kepakaran dan modal. Dalam banyak kes, kelebihan usaha
bersama adalah berbagai disebalik simpanan awal. Sebagai contoh, kelebihan
pengawasan berkesan membolehkan keputusan itu diambil lebih baik berdasarkan lebih
tepat dan data lengkap (Brewer dan Clements 1996).
h) Pengurusan Risiko
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Kerajaan tempatan sering kali terlibat dengan kepelbagaian bahaya semula jadi
seperti kebakaran, angin, tanah runtuh dan gempa bumi. Isu Stormwater adalah
merupakan salah satu kategori dalam risiko yang terdapat dalam kerajaan tempatan.
Dalam sokongan perbincangan pengurusan risiko, alat-alat harus digunakan untuk
mengoptimumkan kawalan penggunaan pelbagai strategi atau teknologi untuk
pengurusan air hujan termasuk retrofititing, pencegahan pencemaran huluan,
pentadbiran tanah dan tidak bersifat struktur atau pendekatan struktur yang minimum
(USEPA 1996).
Sebagai contoh, pendekatan pengurusan risiko seoerti Watershed Analysis Risk
Management Framework (WARMF) boleh digunakan bagi memilih pendekatan
pengurusan berdasarkan kos, keberkesanan dan risiko kegagalan pengurusan alternatif
pelbagai (Chen et al. 1998). Pengurusan institusi stormwater harus menerima paras
kemajuan risiko pada watershed oleh asas watershed.
i) Maintenance atau Penyelenggaran
Pengurusan program dan kemudahan stormwater terbaik gagal adalah tanpa
penyenggaran yang baik. Sumber mesti diperuntukkan bagi menjamin penyelenggaran
kemudahan stormwater. Apabila syarat-syarat untuk pemasangan BMPs dikenakan ke
atas parti swasta tanpa jaminan maka itu yang akan dipraktikan, kemudahan akan gagal
berfungsi, menjadi rosak, menjadi buruk dan akan dipandang serong oleh pengacau (
Zeno dan Palmer 1986). Pengurusan institusi stormwater harus menubuhkan syarat-
syarat panduan untuk penyelenggaran yang sesuai. Kejelasan dasar haruslah
dibangunkan dengan jelas siapa yang bertanggungjawab untuk menyelengara ( Horner
et al. 1994).
j) Pemantauan dan Penilaian
Pemantauan dan penilaian adalah untuk membantu samada program stormwater
ini mencapai matlamat dan menjadikan pentadbiran secara berkesan, cara pengurusan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
kos yang efektif. Proses boleh merangkumi pengawasan sebenar persekitaran seperti
kimia air, komniti biologi seperti hidupan aquatic dan kimia endapan. Objektif program
pengawasan hendaklah dikenalpasti dengan jelas semasa memulakan pengawasan
program (Holmer et al 1994). Pengawasan stormwater harus mengandungi kepantasan
atau kecepatan dan tidak mahal berbanding dengan ujian biologikal untuk
membuktikan ketoksikan larian permukaan stormwater. Ujian ini dan ujian kimia yang
lain (lagi, yang mana menuju kehadapan dan tidak mahal) akan membolehkan
menentukan masalah sebahagian dalam stormwater melalui institusi tempatan
stormwater.
Panduan jelas harus dibangunkan dan diagihkan terhadap memajukan program
pengawasan praktikal yang mewakili kompromi antara contoh jumlah yang disarankan
melalui statistik analisis dan ekonomi dan pertimbangan sumber. Data penilaian prestasi
yang wujud daripada data BMP boleh digunakan untuk menentukan jumlah data yang
diperlukan untuk menilai prestasi BMPs yang baru. Panduan pengawasan yang jelas
adalah tidak boleh untuk beberapa ciri biologi dan ekologi stormwater. Sebagai Banyak
data yang oleh jadi atau didapati, peranan BMPs dalam meminimumkan atau
mengurangkan ketoksikan potensi larian permukaan stormwater mesti dimasukan atau
diberikan (WEF dan ASCE 1998).
Apabila menentukan panduan perpindahan pencemaran, penekanan lebih
sepatutnya diletakkan pada pendefinisian hidrologi dan ciri-ciri kualiti air yang menerima
air. Tambahan pula, lebih awam dan entiti swasta harus atau mesti ada keupayaan
untuk melaksanakan kajian garis dasar, tanpa jumlah lebihan latihan dan berbanding
dengan kos rendah. Pemahaman yang lebih baik tentang menerima ciri-ciri air harus
merangkumi:
• Penentuan contoh reka bentuk yang sesuai berkenaan keadaan cuaca lembab.
• Menambah permahaman dos/ kekerapan/ hubungan respons. Iaitu, bagaimana
kekerapan organisma relevent boleh menerima berapa banyak pencemaran
bagi satu pencemaran?
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Persamaanya, penggunaan point terakhir ekologi atau sasaran patut semakin
meningkat penggunaanya untuk mentakrifkan objektif untuk pengurusan kualiti
stormwater bandar. Jenis pendekatan ini adalah selaras dengan keseluruhan,penyatuan
pendekatan pengurusan lembangan itu berhubungan dengan kajian sungai, air bawah
tanah, komuniti akuatik dan lain-lain komponen persekitaran yang berminat. Ini juga
termasuk kajian kepelbagaian WWTP discharges, sumber buangan industri, CSOs,
kebersihan saluran najis melimpah dan discharges (WEF dan ASCE 1998).
Kepelbagaian pendekatan pengawasan-pengawasan baru boleh didapati
termasuk rangka kerja ‘gerakbalas-tekanan’, pendekatan penilaian risiko, pengawasan
kesan-kesan alam sekitar, dan kaedah-kaedah lain. Satu pendekatan inovatif yang
digunakan dalam penyiasatan situ dan biomonitors yang turut serta meletakkan
organisma dalam tempat untuk tempoh masa untuk mengukur fenomena dan tidak
mengukur prosedur-prosedur biasa kimia atau menggunakan khas dalam organisma
situ untuk mengesan implikasi. Satu cabaran dengan jenis pendekatan biomonitoring
ialah kesukaran bertambah dengan mentafsir data, manakala pengawasan kimia
membenarkan perbandingan lebih mudah kepada piawaian kualiti air. Seperti sistem
pengawasan yang lebih membangun lebih dekad berikutnya, keseimbangan diperlukan
untuk mencapai antara kimia dan pengawasan pendekatan biologi (WEF dan ASCE
1998).
Akhirnya, pengurusan institusi stormwater harus sering menilai keberkesanan
program-program pengawasan dan sentiasa bersedia untuk menyesuaikan agar
keberkesanan sentiasa meningkat. Penilaian ini harus merangkumi analisis keputusan
hasil-hasil pemantauan kualiti air, berbalik kepada perbelanjaan sebagai contoh seperti
menentukan jika wang dilaburkan yang mengandungi kelebihan atau nilai-nilai faedah
kos dan pendidikan awam.
k) Pengauditan Kemajuan
Sebagai satu tindakan susulan dari pengawasan dan penilaian, dimana
pengauditan boleh digunakan untuk pengawasan tambahan dengan usaha simulasi yang
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
membenarkan ramalan pemerhatian kedua-dua dan menerima kualiti air ( WEF dan
ASCE 1998 ). Bagaimanapun, pemilihan model dan pengumpulan data yang sesuai
memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Menurut WEF dan ASCE (1998), model
boleh digunakan untuk mencapai objektif–objektif seperti berikut:
1) Mencirikan larian air permukaan bandar seperti ruang, tumpuan, dan tempat.
2) Menyediakan input untuk menerima analisis kualiti air.
3) Menentukan kesan-kesan, magnitud, lokasi dan pilihan pengawalan.
4) Menjalankan analisis frekuensi di parameter kualiti ( untuk menentukan tempoh
tindak balas ).
5) Menyediakan input untuk menganalisis faedah yang didapati.
Pengambilalihan data berkualiti tinggi yang diperlukan untuk membantu
membuat model akan menjejaskan usaha perekaan model dilakukan. Terdapat dua jenis
data umum yang dikehendaki untuk membuat model iaitu data input parameter dan
data untuk penentu ukuran dan pengesahan. Data input parameter meliputi data kualiti
dan kuantiti. Contoh data kuantiti adalah seperti maklumat jumlah hujan turun,
kawasan, ketidaktelapan dan pekali larian air permukaan. Manakala, contoh data kualiti
adalah seperti konstituen tumpuan, nilai median dan pekali variasi, hubungan regresi,
dan pembentukan parameter washoff. Pengukuran dan pengesahan data adalah
termasuk set pengukur jumlah hujan turun, larian air permukaan, dan contoh kualiti
untuk menguji model ( WEF dan ASCE 1998 ).
l) Strategi Kawalan Sumber Bukan Struktur
Institusi pengurusan akan memerlukan lebih banyak penekanan dalam mengenal
punca kawalan bukan struktur kerana, dalam kebanyakan kajian, pencegahan
pencemaran adalah dilihat lebih berkesan daripada pemuliharan pencemaran. Ini kerana
program kajian air hujan tertumpu pada kawalan banjir dan kawalan struktur. Pada
masa depan, kepelbagaian pengurusan air hujan diperlukan yang mana
menggabungkan punca kawalan bukan struktur dengan struktur kawalan rawatan ( WEF
dan ASCE 1998).
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Contoh – contoh punca kawalan adalah seperti pendidikan umum, kitar semula,
menstensil stromwater, pengharaman pembuangan, amalan-amalan pencegahan
pencemaran untuk tapak-tapak industri dan komersial, pengubahsuaian kaedah dan
penggantian produk untuk penjagaan kebun, dan penggantian produk bukan kimia
daripada bahan – bahan pembinaan dan penghalang larian air permukaan. ( USEPA,
1996 ). Ordinan-ordinan guna tanah termasuk lingkungan kelompok, pemuliharaan hak
ke atas harta orang lain, dan zon-zon penimbal mandatori adalah strategi tambahan
bukan struktur untuk melindungi kualiti stromwater. Pertubuhan watershed adalah
sesuai untuk perlaksanaan pendekatan bukan struktur. Amalan pengawalan sumber
inovatif dijangka berkembang pada masa depan sebagai tindak balas kepada peraturan-
peraturan kualiti stromwater seperti oleh RCRA yang telah mengubahsuai penggunaan
bahan kimia.
m) Retrofitting
Sebagai anjakan untuk mengiktiraf kepentingan stromwater isu-isu kualiti terus
berlaku, retrofitting struktur – struktur kuantiti stromwater perlu untuk meningkatkan
fungsi kuantiti dan tujuan kualiti air berlaku. Sebagai contoh, untuk meningkatkan
pemindahan pencemar, kolam-kolam penahanan perlu diubah untuk menambah masa
pengekalan, meninimunkan ’short-ciruiting’, dan menyediakan zon litoral untuk
penanaman tumbuh-tumbuhan tanah lembap. Penahanan kering, digunakan dengan
meluas untuk kawalan banjir, yang mana lazimnya menyediakan pemindahan pencemar
sekejap sahaja disebabkan masa tahannya yang singkat, kawalan dasar nyahcas, dan
saluran yang berturap. Di kebanyakan tempat, ianya memerlukan kod untuk mengawal
jalan tersebut dan parit digunakan untuk menghapuskan pengolaman larian air
permukaan walaupun dalam masa yang singkat. Banyak kawasan menyingkirkan
keperluan ini untuk menggalakkan peresapan dengan rumput, mengurangkan isipadu
larian air permukaan, dan memperbaiki pemindahan pencemar ( Horner et al. 1994 ).
Walesh (1991, 1998) mengulas sejarah pembangunan penyimpanan untuk
pengurusan air hujan di Amerika Syarikat sebagai asas kepada potensi retrofit semasa.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Walesh melihat pada kemungkinan kemudahan retrofitting wujud bagi mengawal
kuantiti-kualiti sebelum membina kemudahan baru, menyebabkan penyelesaian kos
rendah. Pelbagai kajian kes kuantiti-kualiti disediakan. Walesh dan Carr (1998),
menghuraikan pengabungan retrofitting sebuah sistem pembentungan, di mana cara
kawalan di atas dan bawah penyimpanan stromwater, berkesan menyelesaikan banjir di
tingkat bawah kawasan tanah sepanjang 8.6 batu persegi. Kos pembinaan untuk
perlaksanan sistem ini ialah satu pertiga daripada kos pembinaan pemisahan
pembentungan secara tradisional.
n) Pemindahan Teknologi
Kemajuan dalam bidang teknologi berpotensi besar dalam mengukuhkan
pengurusan air hujan, contohnya penggunan komputer dalam mengkaji sesuatu bidang
dalam geografi. Menjalankan lebih banyak analisis dan pengoperasian sistem harus
dapat dipertingkatkan untuk dijalankan ( Schiling 1996, Field et al. 1997 ).
Dengan perkembangan penggunaan teknologi komputer dalam membuat model-
model hidrologi ianya akan lebih baik pada masa depan berbanding dengan masa
sekarang. Dimana perisian kualiti air hujan mungkin akan lebih maju dan mudah untuk
digunakan. Walaupun pengurusan air hujan dijangkakan terus menggunakan kaedah
biasa terutama di peringkat tempatan, namun kakitangan tempatan seharusnya mampu
untuk mengambil peluang untuk mempelajari reka bentuk dan perlaksanan data negara
yang sesuai untuk menentukan langkah – langkah yang bersesuaian dengan masyarakat
setempat. Contohnya, penggunaan USEPA dan ASCE dalam mengkaji air hujan tahunan
negara, pangkalan data BMP akan menyediakan data-data yang diperlukan. ( ASCE
1996a ).
o) Garis Panduan Untuk Dipratikkan
Garis panduan amat diperlukan untuk menjadi panduan dalam mengatasi
masalah yang dihadapi, contohnya dalam pengekalan dan pemulihan tebing sungai.
Amalan ini semakin dikenali, tetapi masih terdapat kesukaran dan batasan yang perlu
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
dibincangkan. Dalam kebanyakan kawasan bandar, bagi mencapai peningkatan dalam
kualiti air dan hidupan akuatik, penambahan kualiti retrofitting stromwater dan
peningkatan habitat anak sungai adalah perlu. Retrofiting termasuk : ”mengekalkan air
bandar dalam keadaan yang asal, atau kepada satu keadaan iaitu secara ekologi dan
estetik yang baik. Ini bukan sahaja termasuk pencegahan hakisan yang tidak
dikehendaki, pembersihan, dan pemendapan endapan, tetapi juga untuk mendapatkan
kaedah baru yang dapat mengekalkan sifat-sifat dan peningkatan kualiti ekologi, dan
pada masa yang sama mengekalkan keupayaan muatan banjir ( yang mana sungai-
sungai dapat diubah kepada kelas pertama ) (Torno, 1989)”.
Pemeliharaan tebing sungai adalah satu contoh isu yang boleh mengunapakai
amalan tersebut. Nilai melindungi, mengembalikan, dan menambah tebing sungai di
sepanjang sungai-sungai dalam kawasan bandar telah digunakan secara meluas.
Bagaimanapun, panduan tertentu mengenai bagaimana untuk mengekalkan,
memulihkan, dan meningkatkan tentang tebing sungai masih kurang di peringkat
institusi. Namun kebelakangan ini, usaha untuk membangunkan panduan ini telah
dilakukan dan perlunya diteruskan. Contohnya, Herson-Jones et. Al (1995),
menyediakan panduan untuk program penampanan tebing sungai untuk mengurangkan
kesan kepada kawasan bandar yang berdekatan dengan sungai berdasarkan kajian dan
soal selidik yang dilakukan. Mereka mencadangkan beberapa panduan seperti
mengenalpasti objektif program, mengenal keadaan tapak, menentukan struktur
program, menetapkan syarat-syarat minima standrad keluasan, pendefinisian
pengecualian peraturan untuk penambahan atau pengurangan standard keluasan dan
menilai potensi faedah kualiti air dalam program penampanan tersebut. Mereka juga
mengatakan tentang isu-isu seperti rancangan kajian semula dan penilaian, pengurusan
penampan jangka masa panjang, penyenggaraan, penguatkuasaan, pembinaan, dan
penubuhan ordinan-ordinan tempatan.
Kebelakangan ini, banyak pusat agensi yang telah menulis Pemulihan Alur
Sungai tentang prinsip-prinsip, proses, amalan, yang menyediakan garis panduan bagi
pemulihan anak sungai dan dijangka diterbitkan pada tahun 1998 (Tuttle dan Brady,
1996). Sebuah buku panduan tentang pemulihan sungai-sungai di bandar telah
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
diterbitkan di Barat dengan kerjasama persekutuan, negeri dan tempatan (Newbury et.
Al. 1998). Berhubung dengan isu-isu teknikal, garis panduan diperlukan dalam isu sosio-
ekonomi seperti:
1) Pemilihan satu pembolehubah dengan pendekatan tetap keluasan ( satu
”pembolehubah keluasan” menggambarkan satu teknik zon penampan yang
baik, tetapi satu ” pendekatan tetap” lebih mudah untuk mengurus).
2) Meyakinkan pemaju yang enggan dan pemilik tanah tebing sungai yang belum
dimajukan.
3) Aspek sekatan-sekatan zon penampan yang sah.
4) Mempromosikan pemulihan saluran ( Brown et al. 1996).
p) Penglibatan Masyarakat dan Pendidikan
Penglibatan masyarakat adalah penting untuk menggalakkan masyarakat ikut
serta dalam program - program pengurusan stromwater . ( Debo 1982, Walesh 1993,
Wright 1982 ). Masyarakat harus tahu dan faham bahawa larian air permukaan oleh air
hujan adalah salah satu punca pencemaran seperti CSOs. Dengan itu persepsi umum
haruslah berubah untuk mengetahui akan kepentingan pengurusan air hujan.
Masyarakat harus mempunyai kesedaran atau pengetahuan yang mana aktiviti seharian
yang mereka lakukan akan memberi pengaruh atau masalah terhadap pengurusan
stromwater. Bagi memberi penjelasan umum kepada masyarakat, penggunan risalah ke
dalam buku – buku, video dan pameran terbuka dilihat berjaya dalam memberikan
kesedaran kepada masyarakat. Program – program seperti “adopt-a-stream”, dan “eco-
neighborhoods” berjaya menarik dan menggalakkan masyarakat untuk turut serta dalam
program yang dianjurkan. ( Horner et al. 1994 ).
Sokongan dan keputusan majoriti diperlukan dalam perlaksanaan program
pengurusan stromwater terutama dari kalangan pemegang kepentingan yang
seharusnya terlibat dalam program pembangunan. Pemegang kepentingan ini boleh
melibatkan agensi-agensi, pertubuhan-pertubuhan, dan juga individu yang boleh
menyumbang kepada program yang dilaksanakan. Pemegang kepentingan boleh terdiri
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
daripada masyarakat yang berminat, para pemaju, pakar-pakar alam sekitar, perancang,
pemilik hartanah dan juga agensi-agensi awam. Penglibatan pemegang kepentingan ini
penting untuk mendapatkan keputusan majoriti dan untuk mengelakkan isu kontroversi
dalam pengurusan. Antara isu yang memerlukan penyertaan ialah seperti perkongsian
data dan pemetaaan, menetapkan keutaman, menubuhkan matlamat, pembangunan
perkembangan kriteria, kejayaan hasil, penilaian dan pengesahan program stromwater.
( Schueler, 1996, Walesh, 1997 ).
Satu keseimbangan harus dibentuk diantara input keperluan awam dengan
penglibatan berlebihan masyarakat, yang mana boleh menjadi penghalang kemajuan
program pengurusan stromwater. Pengetahuan dan penglibatan dikalangan pemegang
kepentingan, ( Walesh, 1997 ) menyatakan bahawa kaedah lama seperti DAD ( Decide
Announce Defend) untuk pengurusan air di bandar harus membuka ruang lebih untuk
model POP ( Public Owns Project ) yang dilihat lebih berkesan dalam pengurusan air di
kawasan bandar
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
6.0 PENGURUSAN PENCEMARAN
Pencemaran bukan isu yang asing pada masa kini, apatah lagi berita tentang
pencemaran ini sering kita dengar berlaku. Kejadian pencemaran ini ada kaitannya
dengan pembangunan ekonomi yang produktif yang mana pembangunan ekonomi yang
produktif ini merupakan syarat utama kepada kemajuan negara. Pembangunan yang
wujud pada masa kini kita lihat dari satu segi memberikan manafat jangka pendek dan
panjang kepada masa depan negara namun dari presfektif yang lain, pembangunan
yang drastik menyebabkan aspek kesejahteraan alam sekitar terancam.
Menurut pandangan Salvage (1974) dalam artikel Pengurusan Kualiti Alam
Sekitar di Malaysia: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) oleh Abdul Manaf bin
Bohari dalam buku Isu-isu Pengurusan Pengurusan Alam Sekitar (2003) menyatakan
bahawa secara umumnya terdapat hubungan antara tingkat pencemaran alam sekitar
dengan tingkat kemajuan ekonomi sebuah negara. Semakin maju sesebuah negara
maka semakin besar masalah alam sekitar yang dihadapi.
Oleh itu, jika isu pencemaran alam sekitar ini tidak diurus dengan berkesan dan
dibiarkan maka akan meninggalkan kesan kepada kualiti alam sekitar kita dan kesan-
kesan yang lain. Oleh yang demikian, pengurusan pencemaran amat penting agar dapat
mengawal isu pencemaran atau isu alam sekitar ini terus berleluasa. Sebelum kita
melihat bagaiamana pengurusan pencemaran itu, adalah lebih molek kita apa element
dalam pengurusan pencemaran atau alam sekitar ini. Seperti yang kita ketahui,
pengurusan itu tidak hanya bertindak sebagai mengawal dan memantau keadaan tetapi
ia juga merangkumi ruang lingkup yang luas seperti perancangan, pengawalan,
pemantauan, penilaian dan pemuliharaan.
Secara ringkasnya perancangan pencemaran atau lebih senang kita sebut
sebagai perancangan alam sekitar adalah berperanan untuk memastikan kualiti alam
sekitar pada hari ini adalah bersesuaian untuk kehidupan pada masa depan.
Perancangan ini hendaklah sejajar dengan perancangan pembangunan ekonomi agar
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
pembangunan kualiti alam sekitar itu sejajar dengan pembangunan ekonomi. Manakala
pengawalan pula adalah langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran atau alam
sekitar. Seperti yang kita ketahui pencegahan itu lebih utama daripada pemulihan, oleh
itu aspek pencegahan adalah lebih diutamakan agar alam sekitar dijaga dari peringkat
awal lagi.
Pemantauan pula adalah langkah yang dijalankan dari semasa ke semasa agar
tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Pemantauan ini boleh dijalankan melalui
rondaan, penyelidikan semasa, pengujiam parameter dan sebagainya. Pemantauan ini
perlu mendaoat kerjasama dengan masyarakat kerana masyarakatlah yang berperanan
sebagai mata dan telinga kepada pencemaran selain terdedah dengan pencemaran alam
sekitar. Manakala penilaian pula adalah langkah yang dilakukan melalui peruntukan
undang-undang. Hal ini penting agar apa sahaja yang dilakukan oleh manusia tidak
mencemarkan alam sekitar.
Menurut Siti Aisyah dalam artikel yang bertajuk Menangani Isu Pencemaran
Kualiti Air di Lembangan Sungai Langat melalui penerapan kaedah ekonomi dalam buku
Isu-isu Pengurusan Pengurusan Alam Sekitar (2003) yang menyenaraikan beberapa
peraturan pencemaran dibawah akta Kualiti alam Sekitar 1975 dan pindaan 1985.
Seperti Peraturan Kaedah Bermotor (pengawalan pemancaran asap dan gas) yang
dibuat dibawah ordinan lalu lintas jalan, 1958 dan beberapa undang-undang yang lain .
selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah memberi panduan penggunan tanah
bagi kegunaan agensi tanah.
Bagi pemuliharaan pula memerlukan kerjasama pelbagai pihak seperti organisasi
koprat, kerajaan atau agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu dan
sebagainya. Pencemaran harus dipulihkan dengan segara kerana kesan pencemaran
boleh merebak dengan pantas dan akan menimbulkan kesan kepada kesihatan. Di
samping pemeliharan harus dijalankan secara bersama dengan pemuliharaan.
Berbalik kepada pengurusan pencemaran iaitu bagaimana pengurusan ini
dijalankan, kita akan melihat akan membahagikan pengurusan pencemaran ini kepada
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
dua skop iaitu pengurusan pencemaran atau alam sekitar secara Perundangan dan
Pengurusan Pencemaran atau Alam Sekitar bukan perundangan. Pengurusan
pencemaran melalui perundangan, menurut Jamaluddin Md Jahi (1996), perundangan
adalah alat yang digubal untuk mengawal alam sekitar daripada di cemari, mengalami
kemerosotan ataupun dicemari semula. Perundangan ini amat penting agar aktiviti
manusia itu secara langsung atau tidak langsung dapat dikawal agar tidak menjejaskan
alam sekitar.
Melalui perundangan dalam skop perlembagaan, kita boleh secara jelas tentang
peruntukan berkaitan dengan pencemaran iaitu dalam undang-undang persekutuan dan
undang-undang negeri. Sebagai contohnya dalam senarai persekutuan bagi perkara 20
yang berkenaan dengan kawalan makhluk perosak pertanian dan penjagan daripada;
menjauhi penyakit tumbuhan. Contoh bagi senarai negeri pula adalah bagi perkara 6(c)
yang berkaitan dengan air termasuk bekalan air, sungai dan terusan; kawalan
kelodakan; hak-hak riparian manakala bagi senarai bersama pula, kita boleh lihat salah
satu contoh ialah bagi perkara 9 yang berkaitan dengan Pemulihan tanah lombong dan
tanah yang terhakis.
Selain itu, kita juga boleh lihat dari skop perundangan daripada perundangan
alam sekitar. Seperti yang kita ketahui sistem perundangan telah lama digunakan dalam
pengurusan. Sistem perundangan ini tidak akan berkesan jika tidak mendapat kerjasama
atau dibantu oleh agensi penguatkuasaan yang mantap, kebolehan teknikal, tenaga
kerja yang berkelelusan dan mencukupi serta kewangan yang mencukupi disamping
kerjasama bidang politik demi mengekalkan kualiti alam sekitar. Contoh bagi sistem
perundangan adalah seperti Akta perikanan 1963, Akta 317, 1985 dan akta-akta yang
lain.
Di samping itu, dalam pengurusan pencemaran dalam skop perundangan ini, kita
lihat dari segi Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Akta ini digubal sebagai perundangan yang
komprehensif yang memberikan asas undang-undang yang sama bagi
mengkordinasikan kesemua aktiviti berkaitan dengan pengawalan alam sekitar di
seluruh negara. Menurut Jamaluddin Md Jahi (1996), akta ini mempunyai peruntukan
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
yang jelas tentang beberapa masalah alam sekitar seperti pencemaran udara (seksyen
20); pencemaran oleh bunyi bising (seksyen 23); pencemaran tanah (seksyen 24);
pencemaran perairan daratan (seksyen 25); pencemaran minyak dan bahan yang
bercampur ke dalam perairan malaysia (seksyen 27) dan pencemaran bahan buangan
lain ke dalam perairan malaysia (seksyen 29).
Selain itu, akta ini juga memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk
menentuksn jenis alat, pemasangan, pengendalian dan kelengkapan kawalan bagi
sesuatu jenis premis (sama ada premis yang ditetapkan ataupun tidak) disamping boleh
meminta penduduk premis memberikan maklumbalas tentang penegndalian alat. Dalam
seksyen 52 (1) juga memberikan peruntukan kepada Menteri yang bertanggungjawab
untuk membuat peraturan bagi mengawal dan melindungi alam sekitar.
Selain akta, pentadbiran perundangan dan institusi penguatkuasa juga diantara
yang termasuk dalam pengurusan pencemaran. Seperti yang diketahui, sebelum
merdeka perundangan yang berkaitan dengan alam sekitar yang digubal bagi kegunaan
sesebuah negeri ditadbir oleh agensi kerajaan negeri yang berkenaan. Sebagai contoh
ialah Jabatan Galian yang bertindak berlandaskan peruntukan yang terdapat dalam
eknamen perlombongan bagi negeri berkenaan. Namun sejak Jabatan Alam sekitar
ditubuhkan pada tahun 1975 melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, tugas bagi
menilai dan mengawal keadaan alam sekitar menjadi tanggungjawab jabatan ini.
Dalam pengurusan pencemaran melalui skop ini, susunan institusi berdasarkan
Jamaluddin Md Jahi (1996) boleh dibahagikan kepada dua iaitu agensi kerajaan yang
diberikan tanggungjawab mentadbir sahaja aspek alam sekitar tanpa kuasa undang-
undang untuk mendakwa dan agensi kerajaan yang mempunyai kuasa mentadbir dan
kuasa untuk bertindak dari segi undang-undang. Seperti Jabatan Pengangkutan Jalan,
Jabatan Perhutanan dan Pihak Berkuasa tempatan yang mempunyai kuasa undang-
undang dari segi aspek Udara. Dari segi pentadbiran, terdapat banyak agensi kerajaan
yang terlibat namun sebahagian besarnya hanya terlibat dalam bidang perancangan
sahaja atau hanya sebagai penasihat.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Manakala bagi skop pengurusan pencemaran bagi bukan perundangan, kita
boleh melihat dari segi pelbagai aspek iaitu dari segi Pendidikan, peranan agensi yang
lain, penglibatan Swasta dan orang ramai dan Piawai Kualiti Air. Dari segi pendidikan,
seperti yang kita ketahui pendidikan memeiankan peranan penting dalam aspek
mendidik masyarakat agar mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar dan
menjaganya dengan baik demi kehidupan masa hadapan. Pendidikan ini kita boleh
bahagikan kepada dua iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
Pendidikan formal adalah pendidikan yang dilaksanakan berdasarkan sistem
pendidikan di negara ini atau lebih tepat adalah pendidikan secara bersistem seperti
sekolah. Sistem pendidikan di negara kita terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap
rendah, tahap menengah dan tinggi. Di peringkat rendah, kita telah diberikan
pendedahan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan mengenai alam sekitar manakala di
sekolah menegah pula melalui mata pelajaran Geografi yang mana mata pelajaran ini
memeberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk menjaga alam sekitar daripada
tercemar dan memelihara alam sekitar. Bagi tahap tinggi pula, selain di berikan
pendedahan tentang alam sekitar, pelajar juga diminta untuk membuat kajian mengenai
isu alam sekitar dan daripada hasil kajian yang dibuat dapat memberikan kesedaran dan
pengetahuan tentang pentingnya alam sekitar kepada manusia.
Pendidikan tidak formal pula ialah pendidikan yang kita dapat secara tidak
langsung seperti di rumah dan lain-lain. Kesedaran masyarakat termasuk kerajaan,
swasta dan orang ramai adalah penting agar alam sekitar akan terus terpelihara
daripada pencemaran dan kemusnahan. Menurut Jamaluddin Md Jahi (1996), Jabatan
Alam sekitar telah melaksanakan pelbagai pendekatan atau program pendidikan tidak
formal bagi menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya alam sekitar.
Sebagai contoh, Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan risalah mengenai beberapa
jenis pencemaran kepada masyarakat. Oleh itu, pendidikan amat penting agar alam
sekitar terus terpelihara kerana semuanya bermula daripada pendidikan dan kesedaran
masyarakat itu sendiri.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Selain itu, peranan agensi lain juga penting agar pengurusan pencemaran ini
berkesan. Salah astu caranya adalah melalui kempen kebersihan oleh pihak berkuasa
tempatan, pejabat daerah dan tanah. Kebiasaanya langkah kempen ini dilakukan secara
bersama-sama seperti gotong royong yang melibatkan masyarakat setempat bagi
membersihkan sesuatu kawasan. Peranan agensi yang lain ini jga boleh dilihat melalui
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menjalankan kaedah pemuliharan yang agak
berkesan iaitu kempen penanaman pokok yang sehingga kini menjadi ikutan beberapa
pihak berkuasa tempatan.
Menurut Zaitun (1986) dalam buku Impak Pembangunan tulisan Jamaluddin Md
Jahi (1996) menyatakan bahawa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Tanaman
Negara melalui bahagian pendidikan dan latihannya telah menjalankan pelbagai aktiviti
dalam menerapkan pengetahuan pemuliharan hidupan liar dan alam semula jadi kepada
masyarakat seperti kursus pendek di pusat kajian alam semula jadi di Kuala Atok dan
Lancang yang melibatkan pelajar sekolah menengah.
Di samping peranan agensi lain, peranan swasta dan orang awam juga adalah
penting dalam pengurusan pencemaran. Sesuatu pengurusan itu tidak mungkin akan
berjaya tanpa adanya peranan atau kerjasama daripada pihak swasta dan orang awam.
Pihak swasta yang menjalankan berbagai-bagai aktiviti yang berpotensi dalam
mencemarkan alam sekitar. Oleh itu, laporan impak alam sekitar projek yang mereka
laksanakan haruslah disediakan agar dapat memikirkan kesan projek yang mereka
lakukan dikemudian hari, apabila laporan ini disediakan, pihak swasta hendaklah
memikirkan langkah-langkah yang harus diambil agar projek mereka tidak menjejaskan
alam sekitar dan menimbulkan pencemaran.
Selain pihak swasta ini memainkan peranan dalam membiayai kempen-kempen
dan menyokong kempen kerajaan bagi pemeliharaan dan pemulihraan alam sekitar dan
menghantar pegawai mereka untuk menghadiri seminar alam sekitar sebagai langkah
menambahkan pengetahuan dan kesedaran mengenai alam sekitar.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Bagi peranan orang ramai ataupun masyarakat ialah menjadi mata dan telinga
bagi berlakunya sesuatu pencemaran dengan menbuat aduan. Kesedaran masyarakat
dalam menyampaikan maklumat kepada Jabatan Alam Sekitar membolehkan Jabatan
Alam Sekitar melakukan pemeriksaan dan mengambil tindakan terhadap pencemar dan
ini dapat menjadikan pengurusan pencemaran menjadi lebih berkesan dan alam sekitar
lebih terpelihara.
Terakhir dalam pengurusan pencemaran bukan perundangan adalah dari segi
Piawai Kualiti Air. Piawai kualiti air ini sangat penting dalam membantu alam sekitar
dalam kerja pemonitoran air sungai, pengelasan sungai berdasarkan kegunaanya dan
mengkaji standard efluen yang digunakan. Kriteria dan standard kualiti air yang
dicadangkan dapat membantu dalam pengurusan dan perancangan penggunan air yang
lebih berkesan.
Oleh itu, pengurusan pencemaran atau alam sekitar ini sangatlah penting agar
alam sekitar kita dapat terpelihara dan yang penting generasi pada masa hadapan
berpelung melihat keindahan yang ada pada masa kini. Oleh yang demikian amatah
penting pengurusan ini dijalankan secara dengan lebih berksean dengan kerjasama
daripada semua pihak. Seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi, yang maksudnya jika satu pihak sahaja yang berusaha maka pihak lain tidak
maka apa yang diusahakan tidak akan berhasil. Dengan itu sama-samalah kita menjaga
alam sekitar kita daripada dicemari demi masa depan bersam dan ingat mencegah lebih
baik daripada mengubati.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
7.0 KESIMPULAN
Sumber air adalah terhad walaupun ia merupakan sumber yang boleh
diperbaharui. Eksploitasi berlanjutan sumber-sumber air menyebabkan kualiti dan
kuantiti air terjejas. Sistem sungai telah menyumbang banyak faedah kepada manusia.
Tekanan pembangunan dan ekonomi telah mengubah ciri-ciri lembangan sungai dan
memberi kesan buruk kepada alam sekitar yang secara langsung menjejaskan
kesejahteaan hidup manusia. Selari dengan peningkatan kemajuan perbandaran dan
perindustrian, masalah dan isu berkaitan air dijangka semakin meningkat.
Oleh kerana sistem sungai melalui dan terlibat dengan banyak persempadanan,
maka pendekatan yang tertumpu kepada saluran sungai sahaja tidak dapat
menyelesaikan banjir untuk jangka panjang. Terdapat banyak isu yang perlu diambil
perhatian dan setiap isu yang akan diselesaikan perlu mengambil kira kepentingan
pengguna lain dan alam sekitar. Oleh itu, penyelesaian kepada masalah ini perlu
disemak semula. Pengurusan lembangan sungai diperlukan bagi memastikan
perancangan yang terperinci dan merangkumi semua kepentingan.
Oleh itu, satu penyusunan institusi perlu dilakukan. Sokongan, koordinasi,
kerjasama dan sumbangan dari semua pihak yang berkepentingan termasuk golongan
professional, pentadbir, saintis, perundangan dan juga orang ramai dapat mambantu
pengurusan lembangan yang lebih terancang.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
RUJUKAN
Dr. Mohamed Rasli bin Zainal Abidin & Zolkeflee bin Abu Hassan. 2003. Pengurusan
Lembangan Sungai Bersepadu Halatuju Jabatan. Persidangan Tahunan Pengurus
Kanan JPS Malaysia Tahun 2003. 7-9 Sept. 17pg.
Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed Hussain. 2003. Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar.
Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jaspers, F.G.W. 2003. Institutional Arrangement for Integrated River Basin
Management. Water Policy. 5. 77-90.
Jonathan Jones, Jane Clary, and Ted Brown. 1999. Institutional Arrangement. Heany,
J.P., Pitt, R.E. & Field, R. 1998. Innovative Urban Wet-Weather Flow
Management Systems. Cincinnati : USEPA.
Shahrizaila Abdullah. 2000. Institutional Framework for Sustainable River Basin
Management in Malaysia. Presented in National Conference on Sustainable River
Basin Management in Malaysia. 13-14 Nov. 12pg.
Zainol Abidin Che Lah. 2000. Penyusunan Institusi dalam Pengurusan Sungai Negeri
Melaka. Presented in National Conference on Sustainable River Basin
Management in Malaysia. 13-14 Nov. 12pg.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.