6
MARAH NEWSLETTER DATE KAUNSELING D’PUNCAK Keluaran April, 2019 Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut untuk maklumat lanjut:- 03-32584069—Pejabat Am UKK 03-32584084—Sulaiman Selamat 03-32584075—Ahmad Janaidi Abd. Ghani 03-32584085— Mawaddah Fida Farid 03-32584094—Azila Bakri 03-32584074– Nurfatihah Aziz 03-32584081—Mohd Zulkhairi Ibrahim 03-32584107 - Ardey Agimin Tiga situasi di atas merupakan situasi yang berlaku sama ada di Malaysia mahupun di luar negara dalam beberapa minggu yang lepas. Semakin hari, semakin banyak kejadian yang tidak diingini berlaku akibat daripada perasaan marah dan tertekan hingga menyebabkan individu yang terlibat tidak dapat mengawal perasaan seterusnya menyebabkan mereka melakukan keganasan hingga memberi kemusnahan kepada

Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat Perjumpaan dengan pakar

  • Upload
    others

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat Perjumpaan dengan pakar

1

MARAH

B U S I N E S S N A M E

Newsletter Title

N E W S L E T T E R D A T E

KAUNSELING

D’PUNCAK

Keluaran April, 2019

Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan

kaunseling, tuan/puan boleh

menghubungi talian berikut

untuk maklumat lanjut:-

03-32584069—Pejabat Am UKK

03-32584084—Sulaiman Selamat

03-32584075—Ahmad Janaidi Abd.

Ghani

03-32584085— Mawaddah Fida

Farid

03-32584094—Azila Bakri

03-32584074– Nurfatihah Aziz

03-32584081—Mohd Zulkhairi

Ibrahim

03-32584107 - Ardey Agimin

Tiga situasi di atas merupakan situasi yang berlaku sama ada di Malaysia mahupun di

luar negara dalam beberapa minggu yang lepas. Semakin hari, semakin banyak kejadian

yang tidak diingini berlaku akibat daripada perasaan marah dan tertekan hingga

menyebabkan individu yang terlibat tidak dapat mengawal perasaan seterusnya

menyebabkan mereka melakukan keganasan hingga memberi kemusnahan kepada

Page 2: Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat Perjumpaan dengan pakar

2

Kemarahan adalah emosi normal yang dialami bagi setiap individu dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-

mana jua. Kemarahan akan dianggap normal dan positif apabila ia dapat dikawal dengan baik sehingga memberi manfaat

dalam kehidupan kita. Tetapi jika perasaan marah tersebut semakin berlanjutan dan memberi kesan yang negatif pada kita,

dikhuatiri ia akan memberi kesan mudharat dalam kehidupan kita seharian.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi marah sebagai berasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain

lagi), perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. kemarahan boleh timbul disebabkan oleh kebimbangan atau konflik yang

bertentangan dengan kemahuan individu.

Kemarahan akan menyebabkan perubahan terhadap fisiologi dan juga biologi seseorang. Apabila individu itu marah, kadar

denyutan jantung dan tekanan darah meningkat, begitu juga dengan tahap hormon tenaga, adrenalin dan noradrenalin.

Perasaan marah adalah disebabkan oleh banyak faktor. Kebiasaannya, ia dikaitkan dengan peristiwa atau situasi yang berlaku

yang memberikan ancaman kepada diri seseorang individu.

Antara beberapa simptom yang dilihat pada individu yang sedang marah ialah:

APA ITU KEMARAHAN

SIMPTOM MARAH

Suara menjadi terketar-ketar

Pernafasan pendek dan pantas

Tangan berpeluh-peluh dan menggigil

Berpeluh-peluh

Nada suara tinggi

Ketegangan saraf

Ketegangan otot

Percakapan menjadi cepat

Keadaan kaku pada beberapa anggota badan

Muka menjadi merah akibat tekanan darah

tinggi

Peningkatan hormon stress

Bertingkahlaku pasif-agresif

Page 3: Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat Perjumpaan dengan pakar

3

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan oleh kita bagi mengawal kemarahan yang berlaku pada diri kita.

Antaranya ialah:

KESAN KEMARAHAN

CARA MENGATASI SIFAT MARAH

BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP Pepatah lama ada mengatakan bahawa "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya' dan pepatah tersebut perlu sentiasa diamalkan oleh kita kerana keberkesanannya. Sebelum kita ingin berbicara, kita perlu untuk berfikir semasak-masaknya tentang kesan yang bakal dialami oleh kita akibat keterlanjuran kata yang diucapkan semasa kita sedang marah. Dikhuatiri kita akan berasa kesal dan seterusnya menimbulkan konflik yang berpanjangan.

1

BERTENANG Apabila kita berada dalam situasi tegang dan berkemungkinan bakal berlaku konflik yang berpanjangan, kita perlu segera untuk menarik nafas panjang dalam-dalam sambil mengosongkan fikiran dan seterusnya cuba lepaskannya secara perlahan-lahan sambil membayangkan kita melepaskan masalah yang kita hadapi.

2

SETELAH TENANG, LEPASKAN KEMARAHAN DENGAN CARA BAIK Apabila kita sudah boleh berfikir secara waras dan emosi kita berada dalam keadaan stabil, kita digalakkan untuk meluahkan perasaan tersebut secara tegas dan baik tanpa menyakitkan hati orang lain. Kekerasan hanya akan memburukkan lagi keadaan dan orang yang berjaya mengawal perasaan amarahnya adalah seorang yang hebat. Belajarlah untuk menjadi seorang yang asertif iaitu boleh memberi pendapat tersendiri tanpa melukakan hati orang lain.

3

Page 4: Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat Perjumpaan dengan pakar

4

LAKUKAN SENAMAN Aktiviti fizikal diyakini dapat membantu kita untuk menghilangkan tekanan. Melalui aktiviti tersebut, pelbagai bahan kimia dapat dirangsang dalam otak yang boleh menyebabkan kita berasa lebih bahagia dan lebih tenang daripada sebelum ini. 4

KENAL PASTI JALAN PENYELESAIAN Cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang baik pada setiap masalah yang kita hadapi. Tidak perlu terlalu melayan perasaan marah kita hingga menyebabkan kita sakit kepala dan akhirnya keadaan se-makin bertambah buruk. Perlu yakin dan percaya bahawa setiap yang berlaku adalah ujian untuk kita dan pasti ada jalan penyelesaiannya

6

5

BERTENANG Apabila kita berada dalam situasi tegang dan berkemungkinan bakal berlaku konflik yang berpanjangan, kita perlu segera untuk menarik nafas panjang dalam-dalam sambil mengosongkan fikiran dan seterusnya cuba lepaskannya secara perlahan-lahan sambil membayangkan kita melepaskan masalah yang kita hadapi.

BUANG PERASAAN EGO Sekiranya silap tersebut adalah berpunca daripada kita, sila akui kesilapan diri sendiri. Memohon maaf adalah jalan terbaik bagi meredakan ketegangan. Begitu juga dengan memafkan orang lain adalah cara paling berkuasa. Jika kita membenarkan marah dan perasaan negatif menguasai perasaan positif, kita akan tenggelam dengan kepahitan kita sendiri. Moga kita tidak membuat kesilapan yang serupa di masa akan datang.

7

JANGAN BERDENDAM Jika kita tidak mengawal marah kita akhirnya ia akan menjadi dendam dan akhirnya dikhuatiri wujud sifat ingin membalas perbuatan yang dilakukan. Dendam hanya akan menyebabkan kita semakin sakit hati dan sukar memaafkan orang lain. Sedangkan Islam menggalakkan kita untuk berkasih sayang dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita.

8

JUMPA DOKTOR, PAKAR KAUNSELING ATAU PAKAR PSIKOLOGI Sekiranya kita sukar untuk mengawal kemarahan, kita boleh berjumpa dengan pakar yang boleh membantu seperti kaunselor. Disitu kita boleh belajar beberapa perkara mengenai kemarahan dan akan di ajar cara untuk mengawal kemarahan dengan cara seperti : Belajar mengenali marah Mengenal pasti punca anda marah Mengenal pasti tanda -tanda anda menjadi marah Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat Perjumpaan dengan pakar kaunseling boleh dilakukan secara individual ataupun berkumpulan Selain itu, anda boleh mencuba mengenai kuiz pengurusan emosi oleh JPA bagi melihat tahap kemarahan yang sedang anda hadapi. Sila layari: https://www.interactive1.jpa.gov.my/ekuiz/index.php/anger

9

DOA KETIKA MARAH Segeralah untuk memohon bantuan Allah agar diberi kekuatan untuk ubah diri sendiri Doa ialah senjata yang paling kuat. Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelak-kan diri kita mudah rasa marah. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:

الرجيـم الشيطان من بالل أعوذ'A'uzhu billaahi minash-Shaytaanir-rajeem.

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. (HR Bukhari/Muslim)

10

Page 5: Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat Perjumpaan dengan pakar

5

Kesimpulannya, perasaan marah yang wujud adalah daripada perasaan kekecewaan, kesakitan, kehilangan serta konflik yang

dialami dari semasa ke semasa. Orang yang berjaya mengawal kemarahan adalah orang yang paling hebat kerana tahu untuk

berhenti marah secara berterusan bagi mengekalkan keharmonian dalam kehidupan. Segeralah berjumpa dengan orang yang

boleh dipercayai untuk membantu kita mengawal kemarahan yang ada agar ianya tidak berlanjutan. Semoga kita semua dapat

manangani dan mengatasi sifat marah ini dengan baik.

Page 6: Newsletter Title KAUNSELING - careercounselling4u.uitm.edu.my · Belajar untuk bertindak balas terhadap kekecewaan dan kemarahan dalam cara yang terkawal sihat Perjumpaan dengan pakar

6

Rujukan

1. Mohd. Fadzilah Kamsah, Dato' (2006) Menangani sifat marah, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

2. Dr Roslan Johari bin Mohd Ghazali & Nor Azliza binti Abd Jamil (2010), Buku Kerja Menangani Sifat Marah,

Kuala Lumpur: Institut Pengurusan Kesihatan.

3. Saedah A. Ghani / Rezki Perdani Sawai (2018), Pengurusan Kemarahan : Pengenalan & Latihan, Nilai : Penerbit

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

4. Nadarajan A/L Gopalkrisnan (2017), Pengurusan Kemarahan, Portal Rasmi MyHEALTH, Kementerian

Kesihatan Malaysia

5. Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (2015), Pengurusan Emosi : https://

www.interactive1.jpa.gov.my/ekuiz/index.php/anger

6. Nor Shafrin bt. Ahmad, Zainal Ariffin b. Ahmad, Mohamad Hashim b. Osman, Susie See Ching Mey, (10-14 April

2009) Pengenalan Kepada Konflik, Amarah, Stres Dan Krisis

Oleh: Pn. Azila Bakri Pegawai Psikologi Kanan Unit Kerjaya & Kaunseling Editor: Nurfatihah Aziz Sumber Gambar: google image