KESESUAIAN PENGGUNAAN TEKS CERPEN DALAM KALANGAN MURID ALIRAN SAINS
Oleh
NUR AINI BT BIDIN
Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir
Dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
sebagai memenuhi keperluan untuk kursus FCE4999
Januari 2013
1
Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir
Dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
sebagai memenuhi keperluan untuk kursus FCE4999
KESESUAIAN PENGGUNAAN TEKS CERPEN DALAM KALANGAN MURID ALIRAN SAINS
Oleh
Nur Aini Bt Bidin
Januari 2013
Penyelia : Dr. Ramli Bin Basri
Fakulti : Fakulti Pengajian Pendidikan
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam kalangan murid aliran sains yang meliputi tahap minat, kesesuaian dan permasalahan dalam pembelajaran teks cerpen di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis.
Kajian ini dijalankan kerana terdapat permasalahan yang berkaitan dengan penggunaan teks cerpen yang terlalu banyak untuk dibaca dan sukar untuk memahami perkataan-perkataan, rangkaikata-rangkaikata sastera yang terdapat dalam teks cerpen. Selain itu juga, dari segi pemilihan teks cerpen menjadi sebahagian masalah disebabkan oleh tajuk atau perjalanan cerita dalam teks cerpen tidak sesuai dengan pemikiran dan persekitaran sekeliling murid.
Kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu mengenal pasti minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains, mengenal pasti kesesuaian penggunaan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains dan mengenal pasti masalah yang wujud bagi penggunaan teks cerpen sebagai bahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains. Antara teks cerpen yang dikaji ialah Ibu dan Ceper, Memori Seorang Tua, Israk, Pemain Catur, Mellisa dan Biarkan Samudera.
Penyelidikan yang dijalankan ini merupakan kaedah kajian deskriptif tinjauan. Seramai 127 orang murid Tingkatan 4 aliran sains terlibat dalam kajian ini. Untuk kajian ini, pengkaji menggunakan satu set instrumen kajian yang merangkumi empat bahagian. Bahagian A adalah mengenai latar belakang murid manakala Bahagian B, C dan D mengandungi item-item berkaitan dengan minat murid, kesesuaian teks cerpen dan masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran teks
2
cerpen. Dalam kajian ini, borang soal selidik yang dikemukakan adalah soalan bersama respons dan berdasarkan skala Likert yang mengandungi kenyataan seperti sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Pada keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan murid aliran sains lebih meminati cerpen Ibu dan Ceper kerana cerpen ini mempunyai mesej yang menarik, mudah difahami dan isi cerita yang bersesuaian. Tahap kesesuaian penggunaan teks cerpen adalah pada peringkat sederhana iaitu min = 2.97 manakala bagi min keseluruhan untuk permasalahan yang wujud dalam menggunakan teks cerpen berada pada tahap sederhana iaitu sebanyak 2.39.
Perbincangan kajian menjelaskan bahawa dapatan kajian pengkaji adalah selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Zaini Bt Salleh yang mendapati minat terhadap cerpen dipengaruhi oleh faktor yang mudah difahami dan mempunyai mesej yang menarik. Pengkaji mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil berat oleh pihak guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Antaranya ialah guru perlu mengekalkan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik berdasarkan cerpen yang murid minati dan mengambil inisiatif terbaik dalam menarik minat murid terhadap cerpen yang kurang diminati. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu mengkaji semula cerpen yang kurang diminati oleh murid samada perlu diteruskan atau diubahsuai dari segi pengajaran dan pembelajaran guru agar cerpen tersebut dapat difahami dan diminati oleh murid itu sendiri.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan pada keseluruhannya minat, kesesuaian dan masalah murid aliran sains Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra terhadap kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam kalangan murid aliran sains berada pada tahap yang sederhana.
3
Report of Final Year Project Paper
Presented to the Faculty of Educational Studies, University Putra Malaysia,
in partial fulfillment of the requirements for the FCE4999 Course
THE SUITABILITY OF THE USE OF SHORT STORIES AMONG SCIENCE STUDENTS
By
Nur Aini Bt Bidin
January 2013
Supervisor : Dr. Ramli Bin Basri
Faculty : Fakulti Pengajian Pendidikan
This study was regarding the extent of the suitability of the use of short stories among science students which includes the level of interest towards short stories, the suitability of short stories in Malay Language learning, and the problems in learning the short stories are answered in this study Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis.
In this study there are problems associated with the use of story is too much text to read and difficult to understand the words, phrases, literary phrases in the text short stories. In addition, in terms of text selection of short stories become part of the problem is caused by the title or travel story in the short story text does not fit around students' thinking and environment.
This study analyzes has three objectives, namely to identify students interest short story text for learning Malay language among students in the science stream, identify the suitability of the short story for learning Malay language among students in the science stream and identify the problems that exist for the use of text as a short story learning Malay language among students in science. Among the short stories studied texts for this purpose is the “Ibu dan Ceper”, “Memori Seorang Tua”, “Israk”, “Pemain Catur”, “Mellisa” dan “Biarkan Samudera”.
For additional information regarding compatibility use KOMSAS short story text in English learning, as a descriptive survey method used by using instruments. A total of 127 pupils in Grade 4 science involved in the study. For this study, the
4
researcher uses an instrument set that includes four parts. Part A is to get information about the selected respondents indicate race and gender and Part B, C and D contain items related to student interest, suitability of short story text and problems of students in learning short story text. In this study, the questionnaire responses submitted are common questions and based on the Likert Scale containing statements such as strongly agree, agree, disagree and strongly disagree.
Discussion of the study explained the findings of a study conducted by Zaini Bt Salleh who find interest in short stories influenced by factors that are easily understood and have an interesting message. Study recommended a number of steps need to be taken care of by the teachers and the Ministry of Education. Among them are teachers required to maintain teaching and learning strategy based on the short story the better the students best interest and take the initiative in attracting students to the story is less interesting. In addition, the Ministry of Education should also review the story is less appealing to students either be continued or modified in terms of teaching and learning so that teachers are able to understand short stories and interest by the pupils themselves.
On the whole, the findings of this study show students more interested in science and stories have an interesting message while the story is less appealing to science stream “Ibu dan Ceper” because these stories have an interesting message, easily understood and relevant plot. The suitability of the use of text is a short story in the medium level, mean = 2.97 while the overall mean for the problems inherent in the use of the text short stories are at the medium level of 2:39.
5
PENGHARGAAN
Pengkaji bersyukur ke hadrat Allah S. W. T kerana dengan limpah dan kurniaNya akhirnya projek ini dapat disempurnakan. Dengan penuh rasa rendah diri, pengkaji ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Ramli Bin Basri selaku penyelia projek yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang penyelenggaraan projek ini. Kesabaran dan dedikasi beliau dalam melaksanakan tugas ini sangatlah dihargai oleh pengkaji, semoga Allah membalas segala jasa baik beliau seisi keluarga.
Penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga pengkaji tujukan kepada semua tenaga pengajar yang telah memberikan ilmu dan membantu pengkaji sepanjang menuntut di Universiti Putra Malaysia ini. Insya’ Allah segala ilmu yang pengkaji peroleh akan dijadikan panduan dan pegangan bagi meneruskan kehidupan ini.
Akhir sekali penyempurnaan projek ini dapat menjadi kenyataan kerana inspirasi, dorongan, dan sokongan yang berterusan daripada keluarga pengkaji terutama ayahanda dan bonda yang amat dikasihi yang sentiasa mendoakan kejayaan pengkaji. Kepada mereka, pengkaji mengabadikan projek ini. Amin.
Terima kasih.
6
Saya mengesahkan bahawa Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir bertajuk Kesesuaian Penggunaan Teks Cerpen Dalam Kalangan Murid Aliran Sains oleh Nur Aini Bt Bidin telah dikemukakan dan diperiksa oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Saya memperakukan laporan ini memenuhi keperluan untuk kursus FCE4999.
…………………………………
Dr. Ramli Bin Basri
Jabatan Asas Pendidikan,
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
Tarikh :
7
PERAKUAN
Saya memperakui bahawa Laporan Projek Ilmiah Tahun Akhir ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui bahawa laporan ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk kursus lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institut lain.
……………............................
NUR AINI BT BIDIN
Tarikh :
8
KANDUNGAN
Halaman
ABSTRAK ……………………………………………………………. ii
ABSTRACT …………………………………………………………… iv
PENGHARGAAN……………………………………………………… vi
PENGESAHAN………………………………………………………… vii
PERAKUAN…………………………………………………………… viii
SENARAI JADUAL…………………………………………………… xii
SENARAI SINGKATAN………………………………………………. xiii
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan ……………………………………………………… 1
1.2 Latar Belakang Kajian ………………………………………….. 3
1.3 Pernyataan Masalah …………………………………………….. 9
1.4 Objektif Kajian ………………………………………………… 13
1.5 Persoalan Kajian ……………………………………………….. 14
1.6 Kepentingan Kajian …………………………………………… 14
1.7 Batasan Kajian ………………………………………………… 15
1.8 Definisi Konseptual dan Operasional ………………………… 16
1.9 Rumusan ……………………………………………………… 21
BAB 2 : SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan …………………………………………………… 22
2.2 Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) …… 249
2.3 Penggunaan Bahan Kesusasteraan (Teks Cerpen) dalam
Pembelajaran Bahasa Melayu …………………………………… 26
2.4 Matlamat Penggunaan Teks Cerpen dalam KOMSAS ..………… 29
2.5 Kepentingan Pembelajaran Bahasa Menggunakan Teks Cerpen …. 30
2.6 Kesesuaian Penggunaan KOMSAS (Teks Cerpen) ……………… 33
2.7 Minat Murid dalam Pembelajaran Komsas ……………………… 36
2.8 Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran Teks Cerpen .. 39
2.9 Rumusan …………………………………………………………… 41
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan ………………………………………………………… … 42
3.2 Reka Bentuk Kajian ………………………………………………… 42
3.3 Lokasi Kajian ………………………………………………………. 43
3.4 Populasi dan Persampelan Kajian ………………………………….. 44
3.5 Instrumen Kajian ………………………………………………… … 47
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian ……………………….. 51
3.7 Prosedur Pengumpulan Data ……………………………………….. 53
3.8 Analisisa Data ……………………………………………………. … 54
3.9 Rumusan ……………………………………………………………. 56
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan ………………………………………………………… … 57
4.2 Latar belakang Responden …………………………………………… 57
4.3 Maklumat Demografi Responden…………………………………… 58
10
4.4 Taburan Bangsa ……………………………………………………. 59
4.5 Analisis Dapatan Kajian
4.5.1 Objektif 1………………………………………… … 60
4.5.2 Objektif 2 ………………………………………… 64
4.5.3 Objektif 3 ………………………………………… 68
4.6 Rumusan …………………………………………………………… 70
BAB 5 : KESIMPULAN & CADANGAN
5.1 Pengenalan …………………………………………………………. 72
5.2 Rumusan Kajian Keseluruhan ……………………………………… 73
5.3 Perbincangan Kajian ……………………………………………….. 73
5.4 Minat Murid Menggunakan Teks Cerpen bagi Pembelajaran
Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains ……………….. 74
5.5 Kesesuaian Penggunaaan Teks Cerpen bagi Pembelajaran
Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains ………………… 76
5.6 Masalah-Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran
Teks Cerpen ………………………………………………………….. 80
5.7 Cadangan …………………………………………………………….. 83
5.8 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya ………………………………….. 88
5.9 Rumusan ……………………………………………………………….. 88
RUJUKAN …………………………………………………………………. 90
LAMPIRAN ………………………………………………………………… 94
11
SENARAI JADUAL
Jadual Halaman
3.1 Penentu Sampel Krejcie dan Morgan 45
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 46
3.3 Pemilihan Sampel Secara Rawak Berstrata Mengikut Kadar 47
3.4 Jadual Item Istrumen Kajian Sekolah Menengah 49
3.5 Keputusan Hasil Kajian Rintis ‘Cronbach Alpha’ 52
3.6 Interpretasi Skor Min 55
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 59
4.3 Tahap Seronok dan Minat Murid Membaca Teks dalam KOMSAS 60
4.4 Teks Cerpen yang Paling Diminati dalam KOMSAS 61
4.5 Pandangan Murid Terhadap Enam Buah Cerpen 62
4.6 Kesesuaian Teks Cerpen dalam Pembelajaran Bahasa Melayu 64
4.7 Masalah-Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran
Teks Cerpen 68
12
SENARAI SINGKATAN
BM Bahasa Melayu
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KOMSAS Komponen Sastera
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia)
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Package for Social Science
UPM Universiti Putra Malaysia
13
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejarah perkembangan sastera dan kesusasteraan memperlihatkan suatu
bentuk pemikiran dan kesusasteraan yang mempunyai pertalian rapat dengan bahasa.
Berdasarkan hakikat tersebut Komponen Sastera (KOMSAS) diterapkan dalam
pengajaran bahasa khususnya dalam pelajaran Bahasa Melayu. Kenyataan ini selaras
dengan pendapat Awang Sariyan (2006) yang menyatakan Bahasa Melayu telah
menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama, dan lingua
franca serta sekali gus meletakkan Bahasa Melayu mencapai puncak kecemerlangan
sebagai bahasa tamadun bangsa Melayu. Maka, komponen sastera menjadi unsur
terpenting supaya sama-sama berdiri memperkasakan Bahasa Melayu walaupun
menghadapi pelbagai ancaman atau godaan yang melanda.
Kementerian Pendidikan telah memberi kebebasan kepada guru Bahasa
Melayu untuk memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran di
dalam kelas. Kebebasan yang dimaksudkan ini termasuklah pemilihan bahan untuk
diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, kerana kriteria
pendidikan beranggapan guru-guru berupaya untuk mencari, memilih dan
menggunakan bahan-bahan yang sesuai dengan situasi pengajaran mereka. Selaras
14
dengan ini, Yahya Othman et. al, (2009) menjelaskan teks komsas dipilih dan
digunakan di sekolah bermula dari tahun 2000 kerana kebanyakannya sesuai dengan
usia remaja yang telah melibatkan pelbagai situasi yang memberi ruang kepada
mereka untuk membuat keputusan-keputusan yang munasabah dan boleh
dipertimbangkan oleh guru. Sebagai contohnya dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di kelas tingkatan satu, guru menggunakan teks cerpen “Sehijau Warna
Daun” karya Zaen Kasturi sebagai bahan pengajaran dan teknik penyelesaian
masalah menjadi satu pilihan sebagai teknik pengajaran dan pembelajaran. Peristiwa
dan masalah yang dihadapi oleh watak-watak di dalam cerpen berkenaan boleh
dijadikan forum yang boleh dimanfaatkan oleh murid.
Pada kebiasaanya, teks prosa seperti cerpen, novel, drama dan prosa
tradisional sering menjadi bahan perbincangan murid. Antara kelebihan dan
kewajaran menggunakan bahan sastera dalam pendidikan adalah bertujuan untuk
membantu meningkatkan proses belajar dan mengajar Bahasa Melayu. Antara
kemahiran asas yang diberi penekanan dalam Bahasa Melayu adalah seperti
kemahiran kisan, membaca, bertutur dan menulis yang memerlukan penghayatan dan
pengukuhan dengan bahan sastera (Naffi Mat, 2006). Oleh itu, penggunaan bahan
sastera perlu sesuai dan menarik dalam pendidikan Bahasa Melayu kerana hal ini
akan membuka ruang kepada murid bagi melihat dunia dengan lebih luas. Ia bermula
daripada pengalaman sendiri dan meneroka pengalaman luar hidupnya melalui
hubungan dengan masyarakat dan budayanya.
15
1.2 Latar Belakang Kajian
Hubungan bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan dan sering diungkapkan
bagai isi dengan kuku yang melambangkan bahawa kesusasteraan mempunyai
pertalian yang rapat dengan bahasa. Karya atau bahan sastera yang dihasilkan
merupakan asal usul daripada pertalian bahasa itu sendiri. Kenyataan ini pernah
disokong oleh Marohaini Yusof (2001), bahawa kesusasteraan mempunyai hubung
kait yang amat rapat dengan bahasa. Sastera dan bahasa bagaikan irama dan lagu
yang merupakan dua perkara yang sukar dipisahkan. Ciri-ciri bahasa dapat
ditonjolkan melalui penghasilan karya sastera, terutama dalam karya yang
melambangkan keunikan sesebuah karya dalam menekankan keupayaan dan potensi
bahasa itu.
Bahan-bahan sastera mempunyai unsur-unsur estetik yang mampu menarik
minat dan perhatian pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih
berkesan. Tanpa bahasa, tidak akan dapat melahirkan kesusasteraan malah dengan
adanya karya-karya yang terdiri daripada teks-teks yang indah akan mampu
menambahkan seri pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan
hakikat tersebut Komponen Sastera (KOMSAS) perlu diterapkan di dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Kenyataan ini selaras dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia (2001), yang menjelaskan bahawa tujuan memasukkan komponen sastera
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk meningkatkan dan mengukuhkan
minat murid membaca pelbagai genre sastera. Secara tidak langsung, pengajaran
16
KOMSAS ini dapat menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yakni
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Pengajaran yang menggunakan KOMSAS dalam sukatan pelajaran Bahasa
Melayu bukanlah satu perkara yang baru dalam dunia pendidikan di Malaysia. Walau
bagaimanapun, Naffi Mat (2012), menyatakan bahawa cabaran guru sangat ketara
apabila kombinasi sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu di sekolah
diperkenalkan sejak tahun 2000. Kementerian Pendidikan telah memberi kebebasan
kepada guru Bahasa Melayu untuk memilih bahan yang sesuai digunakan dalam
pengajaran di dalam kelas. Guru juga boleh mencari, memilih dan menggunakan
bahan-bahan pengajaran mengikut situasi pengajaran mereka. Penggunaan
komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu cukup jelas
dapat dilihat di dalam buku teks yang dibekalkan oleh sekolah-sekolah. Hal ini jelas
menyatakan bahawa pendidikan Bahasa Malaysia Sekolah Menengah akan terus
meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dalam kalangan murid remaja dan memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa dalam
pelbagai situasi, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah yang akan menanam
kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui
pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusasteraan (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu,
2001).
17
Kenyataan di atas jelas menunjukkan komponen sastera dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah
menengah khususnya. Kesusasteraan mempunyai bahasa-bahasa yang indah, menarik
dan memikat. Berdasarkan ciri-ciri yang terdapat di dalam kesusasteraan ini amat
sesuai digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana
kesusasteraan mampu menimbulkan keseronokan kepada murid di samping
memperoleh pengetahuan. Keseronokan yang ditonjolkan di dalam pengajaran dan
pembelajaran mampu memudahkan murid memahami isi pengajaran yang
disampaikan tanpa ada gangguan atau tekanan. Zaini Bt Salleh (2002), mengatakan
bahawa bahasa yang disusun, diatur dan diolah dengan menarik dan indah, akan
menjadi tarikan utama kepada sesebuah karya sastera. Malah, kesusasteraan yang
dibina hasil daripada paparan keindahan yang menarik dan memikat tentu sekali
merupakan alat yang baik untuk membimbing dan membentuk murid.
Abdullah Sani Yahaya (2003), menyatakan KOMSAS menyimpan suatu
khazanah yang berbudaya tinggi kerana nilai-nilai dan kesantunan yang masih
tersembunyi dicelah-celah kehidupan masyarakat yang boleh diguna pakai untuk
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kepelbagaian unsur yang terdapat di
dalam KOMSAS merupakan satu keistimewaan sebagai elemen tarikan yang mampu
menjadikan KOMSAS sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P & P) Bahasa
Melayu. Kenyataan ini ditegaskan lagi oleh Zaini Bt Salleh (2002), yang menyatakan
bahawa KOMSAS bukanlah karya sastera yang terpinggir dan dihasilkan oleh
penulis yang terpinggir, malah karya sastera yang diperakukan oleh Kementerian
18
Pelajaran ini mempunyai nilai-nilai sastera yang tinggi dan penilaian serta pemilihan
terhadapnya juga dilakukan oleh tokoh-tokoh akademik, tokoh bahasa dan tokoh
sastera.
Nik Hassan Nik Ab. Kadir (2007), menyatakan bahawa dengan membaca
karya sastera Melayu mereka dapat menghayati dan menyelami perasaan insan lain
secara kreatif dan kritis seperti yang digambarkan dalam karya yang dibacanya itu,
lebih-lebih lagi apabila bentuk, isi dan mesejnya ialah yang berkaitan dengan perihal
masyarakat dan nilai-nilai kehidupan. Teks sastera yang dipilih juga dapat
menimbulkan rangsangan kepada mata pelajaran yang lain. Kepelbagaian tema di
dalam KOMSAS secara tidak langsung dapat mempertingkat daya kemahiran
berfikir murid.
Menurut Samat Buang (2000), walaupun unsur sastera telah dilaksanakan
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, namun berdasarkan kajian yang telah
dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 1995 dan 1998, didapati
pelaksanaannya kurang berkesan kerana tidak ada satu teks wajib yang ditetapkan
dan soalan peperiksaan kebanyakannya berdasarkan pemahaman dan lebih
menekankan kemahiran bahasa dan bukan kepada kemahiran sastera.
19
Kamaruzaman (2002), mengatakan bahawa penekanan nilai murni lebih
tertumpu kepada karya sastera yang digunakan mengikut kesesuaian, keperluan dan
kaitannya dengan setiap peristiwa dan watak yang mengandungi nilai murni atau
nilai kemanusiaan yang boleh dijadikan pengajaran dan pedoman hidup. Di samping
itu, murid juga dapat mengenali penulis serta mengetahui perkembangan seni penulis
sastera di Malaysia berdasarkan hasil karya yang dipilih. Murid juga dapat menilai
dan mengulas karya sastera di samping mendapat pengajaran daripada karya yang
dibaca.
Fokus utama penggunaan komponen sastera adalah melihat atau mengkaji
keindahan bahasanya. Melalui pembacaan karya sastera murid dapat menikmati serta
menghayati nilai-nilai yang terdapat di dalam kesusasteraan Melayu. Melalui karya
sastera, murid dapat memperkembangkan lagi perbendaharaan kata, mendalami
dengan lebih luas struktur tatabahasa, meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca serta menulis dalam Bahasa Melayu. Matlamat pengajaran bahasa yang
utama dan berterusan ialah untuk memberi kemahiran penguasaan dan
penggunaannya dengan aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kemahiran ini dapat ditingkatkan lagi melalui proses pengayaan dan penghayatan
bahasa yang terdapat dalam komponen kesusasteraan (Zaini Bt Salleh, 2002).
20
Kepentingan penggunaan bahan kesusasteraan ini selari dengan objektif
penggunaan komponen kesusasteraan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini turut
dijelaskan oleh Lim Swee Tin (2005) terdapat tujuh objekif iaitu :
a) meningkatkan dan mengukuhkan ketrampilan berbahasa
b) memupuk budaya membaca
c) menghayati karya sastera
d) menerapkan nilai dan pengajaran
e) menghasilkan karya sastera
f) mengenal tokoh dan sejarah perkembangan sastera
g) menghayati keindahan bahasa dalam karya dan menggunakannya
dalam penulisan.
S. Othman Kelantan (2000), menyatakan pertumbuhan dan sejarah manusia
seluruh dunia umumnya dan bangsa Melayu khususnya, sastera menjadi lambang
kejiwaan bangsa Melayu. Sastera juga menerapkan disiplin ilmu yang baik kepada
pembaca kerana di dalam komponen kesusasteraan merupakan karya yang relevan
yang mampu diserapkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dengan
menonjolkan tema dan persoalan yang sentiasa berhubung kaitnya dengan kehidupan
dunia masyarakat Melayu.
21
1.3 Pernyataan Masalah
Pendidikan di Malaysia menerapkan komponen sastera sebagai pengajaran
dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu pada peringkat sekolah menengah.
Komponen sastera mengandungi unsur-unsur yang menarik serta dapat menarik
minat murid untuk mempelajari dan menguasai ilmu Bahasa Melayu dengan lebih
baik dan berkesan. Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa kesusasteraan itu
penting dalam pengajaran bahasa kerana ini bertepatan dengan langkah Kementerian
Pendidikan yang mengharapkan murid dapat memberi penekanan dan perhatian yang
lebih terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pelaksanaan KOMSAS di sekolah-sekolah dapat memartabatkan
Kesusasteraan Melayu kerana sebelum ini Kesusasteraan Melayu hanya dipelajari
oleh segolongan kecil murid daripada aliran Kemanusiaan. Hal ini turut dijelaskan
oleh Izzah Abdul Aziz (2000) iaitu dalam pembelajaran KOMSAS murid harus
memahami teks yang dibacanya dan seterusnya murid dapat menilai dan mengkritik
karya tersebut. Ini adalah kerana lazimnya dalam sesuatu teks, pengarang
mengutarakan mesej yang ingin disampaikannya secara tersirat iaitu melalui tema
dan persoalan, gambaran perwatakan, latar masyarakat dan bahasa yang
digunakannya. Selepas pengenalan KOMSAS setiap murid diwajibkan mempelajari
kesusasteraan Melayu termasuk juga aliran sains. Sejajar dengan hasrat perlaksanaan
KOMSAS ini secara langsung memberi peluang kepada setiap murid mempelajari
22
khazanah Kesusasteraan Melayu di sekolah (Subadrah Nair dan Rajeswari
Arumugam, 2006).
Masalah yang dapat dikesan melalui penggunaan teks cerpen ini ialah dari
segi kesesuaian pemilihan teks cerpen itu sendiri. Kemungkinan besar wujudnya
masalah ini disebabkan oleh tajuk atau perjalanan cerita di dalam teks cerpen tidak
sesuai dengan pemikiran dan persekitaran sekeliling murid. Ini dibuktikan melalui
dapatan kajian oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah (2007) yang membuktikan bahawa
peratus murid yang menghadapi kesukaran dalam KOMSAS adalah berdasarkan
genre seperti cerpen sebanyak (6.3%), prosa tradisional (25.0%), novel (16.4%),
petikan umum (14.7%), puisi tradisional (14.3%), drama (12.0%), sajak (11.3%).
Jelaslah di sini menunjukkan bahawa pemahaman murid untuk teks cerpen adalah
sangat rendah. Hal ini mungkin disebabkan oleh murid kurang memberi perhatian
dan sukar memahami perkataan tersirat di dalam teks cerpen. Tajuk dan isi bagi
sesebuah teks cerpen juga memainkan peranan penting dalam menarik tumpuan
murid untuk memulakan pembacaan. Sekiranya tajuk dan isi cerpen tersebut kurang
menarik, ini akan menjejaskan hasrat murid untuk terus membaca teks cerpen
tersebut.
Hal ini jelas bahawa fokus utama murid sebelum memulakan pembacaan
adalah dari segi tajuk dan isi cerpen itu sendiri, iaitu bagaimana tajuk dan isi cerpen
berperanan untuk membangkitkan keinginan murid untuk mengetahui perjalanan
cerita yang ingin disampaikan di sebalik tajuk tersebut. Sekiranya tajuk dan isi
23
cerpen kurang menarik, murid juga akan menjadi malas dan kurang minat untuk terus
membaca teks cerpen tersebut. Selaras dengan ini, menurut Jumaadi Bin Saunri
(2007), 62.5 % bersetuju dan 8.3% sangat bersetuju bahawa teks KOMSAS sukar
difahami oleh murid kerana di dalam teks sastera terdapat falsafah yang terkandung
di dalam teks yang memerlukan pemikiran yang mendalam untuk memahaminya.
Teks cerpen dianggap sebagai bahan sastera yang agak membosankan oleh
sesetengah murid kerana teks cerpen mempunyai jalan cerita yang agak panjang. Hal
ini menyebabkan murid hilang minat untuk membaca teks cerpen berdasarkan faktor
berikut khususnya kepada murid aliran sains yang banyak terdedah kepada
pembelajaran berasaskan sains berbanding sastera. Permasalahan dari segi minat ini
juga turut dibuktikan oleh Jumaadi Bin Saunri (2007) iaitu sebanyak 60.8% setuju
dan 31.7% bersetuju mengatakan bahawa pelajar kurang minat membaca teks
KOMSAS. Dapatan kajian ini dikukuhkan lagi melalui kajian berdasarkan jantina
iaitu peratus pembacaan tertinggi sebanyak 31.67% adalah murid perempuan
manakala 20.83% adalah murid lelaki. Ini membuktikan bahawa murid perempuan
lebih meminati membaca teks cerpen berbanding murid lelaki. Selaras dengan
analisis ini, dapat dikesan bahawa murid lelaki tidak meminati untuk membaca teks
cerpen yang terdapat di dalam antologi KOMSAS berbanding dengan murid
perempuan.
24
Selain itu juga, melalui kajian Zailan Bin Shuib (2010) menjelaskan bahawa
sebanyak 50% mempunyai sikap negatif terhadap pembelajaran bahan sastera dalam
Bahasa Melayu. Manakala 47% bersikap positif dan 3% bersikap sangat positif.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid bersikap pasif dan tidak berminat
dalam mempelajari bahan sastera khususnya teks cerpen. Dalam hal ini
mengambarkan bahawa murid tidak menghayati cerpen malah secara tidak langsung
murid juga tidak berminat mempelajari teks cerpen yang melibatkan pembacaaan.
Seperti mana yang kita ketahui bagi murid aliran sains lebih terdedah kepada mata
pelajaran sains sosial dan sains tulen berbanding mata pelajaran sastera yang hanya
didedahkan di dalam KOMSAS sahaja. Hal ini menjadikan sesetengah murid
daripada aliran sains kurang meminati sastera dalam pembelajaran mereka seharian.
Dari segi permasalahan yang berlaku di dalam penggunaan teks cerpen pula
ialah dari segi bilangan teks cerpen yang terlalu banyak untuk dibaca dan sukar untuk
memahami perkataan-perkataan, rangkaikata-rangkaikata sastera yang terdapat
dalam teks cerpen. Dari segi bilangan teks cerpen, masalah ini menjadi beban kepada
murid kerana murid bukan sahaja perlu membaca kesemua teks cerpen malah murid
juga perlu membaca teks-teks KOMSAS lain yang terdapat di dalam antologi “Harga
Remaja’. Selaras dengan ini dibuktikan oleh Jumaadi Bin Saunri (2007) bahawa
69.2% bersetuju manakala 8.3% sangat setuju mengatakan teks KOMSAS menjadi
beban kepada murid dari segi bilangan teks tersebut. Manakala berdasarkan dapatan
kajian lain oleh Zailan Bin Shuib (2010) membuktikan bahawa seramai 22 orang
sampel mewakili 36.6% mengalami masalah ini manakala seramai 14 sampel
mewakili 23.3% menghadapi masalah kerana bahan sastera yang dipilih dan
25
digunakan adalah sukar difahami kerana murid tidak memahami isi serta pemikiran
yang disampaikan dalam teks cerpen.
Jelaslah bahawa masalah murid perlu dikenalpasti dalam menguasai
komponen sastera khususnya kesesuaian penggunaan teks cerpen agar selaras dengan
objektif mata pelajaran yang ingin dicapai. Oleh itu, untuk mengetahui kesesuaian,
minat dan masalah terhadap penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa
Melayu dalam mata pelajaran KOMSAS, satu kajian perlu dijalankan untuk melihat
sejauhmana murid-murid aliran sains di sekolah menengah dapat membuktikan
kesesuaian penggunaan teks cerpen KOMSAS dalam pembelajaran mereka di
sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini akan mengetengahkan beberapa objektif seperti berikut :
1. Mengenal pasti minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran
Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains.
2. Mengenal pasti kesesuaian penggunaan teks cerpen bagi pembelajaran
Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains.
3. Mengenal pasti masalah yang wujud bagi penggunaan teks cerpen sebagai
bahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains.
26
1.5 Persoalan Kajian
a) Apakah tahap minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran
Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains?
b) Apakah tahap kesesuaian penggunaan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa
Melayu dalam kalangan murid aliran sains?
c) Apakah masalah yang wujud bagi penggunaan teks cerpen sebagai bahan
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk melihat dan menilai kesesuaian
penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid
tingkatan empat aliran sains. Kajian ini juga dapat membantu dan memberi
sumbangan kepada pihak yang berkaitan seperti pengetua, guru dan pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan bahan-bahan sastera dalam
pelaksanaan Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Hasil penyelidikan ini juga diharapkan dapat memberikan maklumat yang
berguna kepada pihak tertentu yang terlibat untuk dijadikan sebagai garis panduan
awal kepada pegawai-pegawai di peringkat kementerian, jabatan, dan pejabat
27
pendidikan bagi mengenal pasti minat murid terhadap penggunaan teks cerpen dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu. Di samping itu, kajian ini juga dapat mengesan
sejauh mana keberkesanan pengajaran guru dan mengesan permasalahan yang timbul
dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen yang terdapat dalam
komponen kesusasteraan Melayu dalam kalangan murid tingkatan empat aliran
sains.
Secara rumusannya, diharapkan kajian ini juga dapat membantu pihak yang
terlibat dalam penyediaan teks cerpen bagi mempertingkatkan lagi mutu teks cerpen
pada masa akan datang dengan lebih terperinci dalam membuat pemilihan teks
cerpen yang sesuai dengan minat dan aspirasi murid yang terdiri daripada pelbagai
kaum di Malaysia.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam
kalangan murid tingkatan empat aliran sains. Sehubungan itu, teks KOMSAS
bahagian cerpen dalam antologi “Harga Remaja” telah dijadikan sebagai bahan
kajian. Antologi “Harga Remaja” memuatkan enam jenis cerpen antaranya ialah ‘Ibu
dan Ceper’, ‘Memori Seorang Tua’, ‘Israk’, ‘Pemain Catur’, ‘Mellisa’dan ‘Biarkan
Samudera’. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
iaitu sekolah berasrama penuh di Kangar yang melibatkan murid aliran sains.
28
Pemilihan antologi “Harga Remaja” adalah salah satu buku teks yang wajib
digunakan oleh murid tingkatan empat. Antologi ini juga telah dimasukkan ke dalam
komponen sastera iaitu KOMSAS yang diajar di dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu di sekolah
1.8 Definisi Konseptual dan Operasional
1.8.1 Persepsi
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat (2010), persepsi
ialah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, pandangan dan tanggapan.
Persepsi membawa maksud kepada pemerhatian terhadap unsur-unsur dalaman dan
luaran seseorang terhadap sesuatu perkara yang boleh membawa kepada ramalan
berbentuk positif atau negatif. Melalui ramalan ini dapat membentuk suatu
pandangan atau tanggapan yang akan menimbulkan persepsi samada positif atau
negatif.
1.8.2 Murid Aliran Sains
Aliran sains ialah aliran atau cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan
kebenaran atau kenyataan semata-mata. Ilmu pengetahuan itu adalah seperti fizik,
29
kimia dan biologi iaitu ilmu yang teratur secara sistematik yang boleh diuji atau
dibuktikan kebenarannya. Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia menjelaskan
secara umumnya terdapat tiga aliran utama dalam sistem persekolahan di peringkat
sekolah menengah di negara ini iaitu aliran sains, sastera dan vokasional. Aliran
sains telah menetapkan murid yang memperoleh keputusan yang baik di peringkat
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat pangkat A dalam mata
pelajaran sains, matematik, Bahasa Melayu dan beberapa mata pelajaran yang lain.
Dalam aliran ini, pelajar dikehendaki mempelajari mata pelajaran sains tulen seperti
biologi, kimia, fizik, matematik tambahan di samping beberapa mata pelajaran yang
sesuai sebaliknya bagi aliran sastera dan vokasional. Bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu ianya menjadi mata pelajaran wajib yang perlu diambil bagi setiap murid
(Jumaadi Bin Saunri, 2007).
1.8.3 Cerpen
Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010), cerpen
ialah singkatan daripada rangkai kata ‘cerita pendek’. Othman Puteh (2002) dalam
bukunya yang bertajuk “ Persediaan Menulis Cerpen” menyatakan cerpen ialah
cerita atau cereka yang ditulis dalam bentuk prosa yang berbentuk relatif pendek.
Kependekkannya pula masih tidak jelas ukurannya dan tidak tetap jumlah
perkataanya. Biasanya cerpen remaja berjumlah 2000 hingga 5000 patah perkataan
manakala sekiranya cerpen yang berjumlah 500 hingga 1000 patah perkataan
tergolong dalam kategori cerpen pendek. Cerpen ditulis berdasarkan imiginasi atau
30
pengalaman penulis kreatif. Menurut Siti Noor Amyah Khasbullah (2008)
merumuskan sifat cerpen harus mengandungi :
a) Satu tema cerita yang menjadi tumpuan sejak permulaan peristiwa,
cerita berkembang sehingga menemukan titik akhir atau
penyelesaiannya.
b) Ketunggalan plot yang memungkinkan setiap aksi atau perilaku watak
dapat berkembang wajar mengikut sebuah garis yang berterusan dari
tahap awal hingga ke akhirnya. Jelas cerpen tiada ruang untuk hal-hal
sampingan atau peristiwa-peristiwa yang tidak releven.
c) Jumlah watak yang sedikit terhad dan tidak perlu ramai. Terhad
bilangan watak tidak mustahil satu watak penting sahaja dalam sebuah
cerpen akan mengimbangi ciri-ciri lain di samping memungkinkan
watak itu berperanan dengan lebih wajar, jelas dan menyakinkan.
d) Latar waktu dan tempat yang singkat serta terhad.
Kesemua ciri tersebut menjurus untuk melahirkan kesan yang tunggal dan
unik. Oleh itu, cerpen harus ketat dan padat serta tidak memberi banyak kelonggaran.
Dalam hal ini, pengarang cerpen yang berpengalaman sering berjaya meloloskan diri
daripada perangkap menghurai panjang lebar tentang watak atau latar. Di sini,
pengarang melihat kebijaksanaan menggambarkan secara panorama hal-hal yang
31
kurang penting dan membabakkan perkara-perkara yang penting (Othman Puteh,
2002).
Antologi “Harga Remaja” dalam bahagian cerpen digunakan dalam kajian
ini antaranya ialah :
i. Ibu dan Ceper
ii. Memori Seorang Tua
iii. Israk
iv. Pemain Catur
v. Mellisa
vi. Biarkan Samudera
1.8.4 Minat
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2010), minat bermaksud keinginan
sesuatu atau gemar memberi perhatian. Berdasarkan kajian ini, minat merujuk
kepada penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam kalangan murid tingkatan 4 aliran sains. Minat terhadap penggunaan teks
cerpen ini diukur dengan menggunakan instrumen soal selidik yang dibina oleh Zaini
Bt Salleh (2002) dan Jumaadi Bin Saunri (2007) yang telah diubahsuai oleh pengkaji
32
sendiri. Instrumen soal selidik yang disediakan untuk mengkaji minat murid dalam
kajian ini adalah sebanyak 14 item.
1.8.5 Kesesuaian Penggunaan Komsas (Teks Cerpen)
Kesesuaian penggunaan yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah
berhubung dengan komponen sastera iaitu teks cerpen sebagai bahan pembelajaran
Bahasa Melayu di sekolah. Menurut (Jumaadi Bin Saunri, 2007), kesesuaian
membawa erti keselarasan dan kesamaan. Manakala penggunaan pula bermaksud
cara menggunakan bahan. Ini jelas bahawa, kesesuaian bermaksud bahan yang
digunakan sesuai atau menarik untuk murid mengikut peredaran masa. Kesesuaian
penggunaan teks cerpen ini diukur dengan menggunakan instrumen yang dibina oleh
Zaini Bt Salleh (2002) dan Jumaadi Bin Saunri (2007) yang telah diubahsuai oleh
pengkaji sendiri. Instrumen soal selidik yang disediakan untuk mengkaji kesesuaian
penggunaan teks cerpen dalam kajian ini adalah sebanyak 15 item.
1.8.6 Masalah
Menurut Juriah Long, Noor Ein dan Mohd Noor (1990) dalam Hasnah
Abdullah (2007) masalah bermaksud kesukaran-kesukaran yang wujud semasa
melakukan sesuatu. Berdasarkan kajian ini, masalah yang dikaji ialah kesukaran atau
kekangan yang wujud dalam menggunakan teks cerpen semasa pembelajaran mata
33
pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid tingkatan 4 aliran sains. Masalah
terhadap penggunaan teks cerpen ini diukur dengan menggunakan instrumen yang
dibina oleh Zaini Bt Salleh (2002) dan Jumaadi Bin Saunri (2007) yang telah
diubahsuai oleh pengkaji sendiri. Instrumen soal selidik yang disediakan untuk
mengkaji masalah murid dalam kajian ini adalah sebanyak 9 item.
1.9 Rumusan
Kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan KOMSAS penting dalam
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Sastera merupakan karya bahasa iaitu
bersifat lisan dan tulisan yang mempunyai ciri-ciri istimewa dalam pengkaryaannya,
berbeza dengan penggunaan bahasa sehari-hari. Selaras dengan ini, melalui teks
cerpen juga terdapat penggunaan bahasa-bahasa yang indah, penghayatan nilai-nilai
murni yang berkonsepkan penyampaian pengetahuan kepada murid di samping
menerapkan mesej yang ingin disampaikan dalam setiap karya sastera. Sehubungan
itu, kajian ini mengkaji penggunaan teks cerpen dari segi kesesuaian teks yang
digunakan di samping menarik minat murid dan mengesan masalah yang terdapat
dalam penggunaan teks cerpen di sekolah. Kajian ini juga mengesan adakah
kesesuaian penggunaan teks cerpen di sekolah memberi masalah kepada murid yang
mempelajari KOMSAS dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini juga
bertepatan dengan objektif yang ditetapkan untuk kajian ini bagi murid tingkatan
empat aliran sains di sekolah.
34
BAB DUA
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kementerian Pendidikan Malaysia (2006), menjelaskan bahawa tujuan
memasukkan komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk
meningkatkan dan mengukuhkan minat murid membaca pelbagai genre sastera,
mengenal, menikmati dan mengapresiasikan karya sastera serta menilai dan
mengulas bahan sastera.
Jumaadi Bin Saunri (2007) menyatakan bahawa KOMSAS membawa
peranan dalam mengukuhkan pembelajaran bahasa. Melalui bahasa dan sastera,
KOMSAS dapat menyediakan murid yang peka terhadap kampung halaman, negara
serta suku bangsa dan jiran tetangga. Semua anekdot dan genre sastera terdapat
dalam KOMSAS. Ini sesuai dengan kata cerdik pandai terdahulu bahawa sastera
adalah cerminan masyarakat.
35
Pelbagai kaedah dan teknik boleh digunakan oleh guru dan murid menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu berjalan dalam
suasana yang baik. Selaras dengan ini, Juriah Long (2010) menyatakan bahawa guru
perlu memberi fokus kepada pengajaran berbentuk bahasa khusus atau laras bahasa
dalm puisi, drama, cerpen dan lain-lain. Melalui cara ini, murid dapat membuat
interpretasi, mengumpul dan mengelas, membuat ramalan, rumusan dan menilai
bahan sastera yang dibaca.
Sehubungan dengan itu, Rozaiman (2007) menjelaskan bahawa penggunaan
teks KOMSAS (genre cerpen) berperanan sebagai pencetus penjanaan idea dalam
kalangan murid. Hal ini kerana penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran bahasa
ibarat lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya saling
berkaitan.
Jelaslah bahawa sastera dalam Bahasa Melayu mempunyai peranan yang
sangat penting dalam sistem pendidikan negara sejajar dan sama dengan mata
pelajaran yang lain. Ini turut disokong oleh Jumaadi Bin Saunri (2007), mengatakan
bahawa sastera Melayu mempunyai taraf yang sama dengan mata pelajaran yang lain
termasuk mata pelajaran sains.
36
2.2 Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS)
Pengenalan komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu oleh Kementerian Pelajaran telah menjadi pemangkin semula perkembangan
sastera di Malaysia. Sastera sebenarnya telah diperkenalkan dalam sukatan mata
pelajaran sekolah menengah bermula pada tahun 1957. Mulai bulan Mac 2000,
bahan-bahan sastera dimasukkan sebagai salah satu komponen dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Melalui perlaksanaan ini, bermakna
semua murid sekolah tingkatan satu hingga lima wajib mempelajari sastera. Ini
kerana, sastera dijadikan komponen wajib dalam Bahasa Melayu (Jumaadi Bin
Saunri 2007).
Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu kini sudah mula mendapat perhatian dan sedang dilaksanakan pada peringkat
sekolah menengah di seluruh negeri. Pelbagai karya sastera dipilih untuk dijadikan
teks bagi mengisi komponen sastera yang mengandungi kelima-lima genre sastera
iaitu novel, cerpen, drama, prosa dan puisi. Kenyataan ini turut disokong oleh Naffi
Mat (2006), mengatakan bahawa melalui karya sastera dapat melahirkan idea serta
perasaan secara kreatif. Fokus yang lebih kepada keupayaan murid untuk menguasai
aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Bidang sastera ini juga
mementingkan kenikmatan daripada hasil karya yang indah, melahirkan perasaan,
membuat apresiasi dan penghayatan.
37
Seterusnya penggunaan bahasa bagi bidang maklumat pula merujuk kepada
keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu. Penerokaan
maklumat didapati melalui aktiviti mendengar, berbual, membaca serta mengakses
maklumat daripada multimedia. Murid dijangka akan dapat memproses dan
menyampaikan maklumat. Penggunaan bahasa sebagai bidang estetik pula merujuk
kepada keupayaan murid menikmati karya sastera dan melahirkan idea serta perasaan
secara kreatif. Bidang estetik berfokus kepada keupayaan murid menguasai aspek
kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa. Bidang ini juga mementingkan
penikmatan hasil karya yang indah, melahirkan perasaan, membuat aspresiasi dan
penghayatan (Nik Safiah Karim, 2002).
Menurut Abdul Rasid dan Arba’ie (2001), menyatakan bahawa penggunaan
bahan sastera mempunyai banyak kelebihan seperti memberikan keseronokan kepada
murid kerana karya sastera itu mengandungi pelbagai keindahan serta huraian
tentang hal-hal yang aneh dan ajaib yang diselaraskan mengikut peringkat umur
murid. Penerapan nilai-nilai murni dan kemanusiaan yang ada dalam karya sastera
akan membantu pemikiran yang kreatif dan pengolahan ayat yang lebih signifikan
dengan budaya atau persekitaran masyarakat mereka. Ini akan menjurus ke arah
penggunaan laras dan gaya bahasa yang indah dalam kalangan murid-murid.
Othman (2001) mencadangkan, bagi mencapai keberkesanan maksimum
dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, haruslah wujud perancangan atau strategi yang mantap daripada guru, murid
38
dan teks yang dipilih. Pelaksanaan KOMSAS yang bermula sejak Mac 2000 antara
lain bertujuan untuk membolehkan murid memberikan pendapat dan hujah yang
kritis dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan
rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca. Antaranya kandungan
sukatan pelajaran yang perlu diajar oleh guru terlalu banyak berbanding peruntukan
waktu mengajar KOMSAS. Penjadualan semula mata pelajaran Bahasa Melayu
sebanyak enam kali seminggu dan dua sahaja diperuntukkan untuk KOMSAS juga
boleh menjejaskan mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini kerana untuk memberi
kemahiran yang tinggi kepada murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, masa
untuk empat waktu tidak sesuai (Berita Harian 4 April 2001).
2.3 Penggunaan Bahan kesusasteraan (Teks Cerpen) dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
Terdapat kajian yang dilakukan di Malaysia berhubung dengan penggunaan
bahan kesusasteraan (teks cerpen) dalam pendidikan khasnya dalam pengajaran
bahasa. Kajian-kajian ini dibuat oleh tokoh bahasa, tokoh sastera dan tokoh
akademik yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang sastera.
Menurut Othman Puteh (2002), dalam bukunya yang bertajuk “Persediaan Menulis
Cerpen” menyatakan cerpen atau cerita pendek ialah cerita rekaan (cereka) berbentuk
prosa yang relatif pendek. Kependekkannya pula masih tidak jelas ukurannya dan
tidak tetap jumlah perkataanya.
39
Menurut Faziah Sulaiman (2000), pengajaran dan pembelajaran KOMSAS
(teks cerpen) dalam Bahasa Melayu mempunyai peranan seperti berikut:
i. Meningkatkan dan mengukuhkan keterampilan berbahasa
ii. Memupuk budaya membaca
iii. Menghayati karya sastera
iv. Menerapkan nilai pengajaran
v. Dapat menghasilkan karya sastera
vi. Mengenal tokoh dan sejarah perkembangan sastera
vii. Menghayati keindahan bahasa dalam karya dan menggunakan dalam
penulisan
Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahan sastera sangat kaya dengan
unsur-unsur pendidikan khususnya pendidikan bahasa. Oleh itu, adalah wajar bahan
sastera seperti cerpen digunakan sebagai bahan pengajaran bahasa. Ini disokong oleh
Marohaini (2001), berpendapat bahawa penggunaan bahan sastera mampu
membekalkan murid bahan yang mudah difahami, mesej yang menarik dan asli
untuk tujuan bahasa. Abdul Rasid Jamian et. al, (2011) menegaskan bahawa
penggunaan teks KOMSAS, iaitu cerpen memberi kesan yang positif kepada murid-
murid khususnya dalam aspek prestasi karangan keseluruhan dan aspek
pengembangan isi karangan.
40
Namun begitu, menurut Siti Noor Amyah Khasbullah (2008), lazimnya
cerpen dapat dibaca dalam waktu yang singkat, dalam tempoh sekali duduk, kira-kira
tidak melebihi setengah jam. Di samping itu, cerpen dikatakan pendek kerana
seharusnya mempunyai kesan kesatuan seperti tunggal, watak, plot, dan latar yang
terhad, tidak beragam dan tidak kompleks. Lazimnya cerpen-cerpen yang di cipta di
negara kita termasuk cerpen remaja berjumlah 500 hingga 1000 patah perkataan atau
selebihnya tergolong dalam cerpen pendek. Karya yang berjumlah lebih 10000 patah
perkataan atau selebihnya tergolong sebagai cerpen yang panjang.
Penggunaan teks cerpen amat berguna dalam pembelajaran Bahasa Melayu
dalam konteks masyarakat penuturnya mahupun dalam pengajaran sistem bahasa itu
sendiri. Penggunaan bahan sastera (teks cerpen) itu sendiri mampu menunjukkan
kepelbagaian bentuk bahasa dan kecanggihannya sebagai saluran untuk
mengungkapkan buah fikiran. Lebih daripada itu, teks cerpen amat berkesan untuk
menunjukkan keindahan sesuatu bahasa serta kelincahan pengguna bahasa tersebut
dalam menyusun perkataan dan frasa bagi menyampaikan maksud tertentu (Jumaadi
Bin saunri, 2007).
41
2.4 Matlamat Penggunaan Teks Cerpen dalam KOMSAS
Penggunaan bahan kesusasteraan atau yang diistilahkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam sukatan pelajaran (2001), penggunaan
KOMSAS dalam pengajaran bahasa adalah berfokus kepada penggunaan buku teks
sastera berdasarkan kepada matlamat dan kepentingannya kepada pendidikan dewasa
kini. Abdul Ghalib Yunus (1996), merumus kepentingan bahan sastera seperti teks
cerpen dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti berikut :
i. Untuk menimbulkan kesedaran kepada murid-murid akan keindahan
bahasa yang terdapat dalam karya sastera yang baik dari segi
pemilihan kata, bunyi, bentuk sastera mahupun ragam ayatnya dan
juga sedar wujud laras dan gaya bahasa.
ii. Murid didedahkan kepada bahasa yang menarik dan boleh
mempertingkatkan penguasaan bahasa murid ke arah yang lebih kritis
dan kreatif dalam menghasilkan karya.
iii. Karya sastera kebanyakkannya mencerminkan dan merakamkan
peristiwa perlakuan manusia, dapat mengenali sistem sosial dan
sosiobudaya di sekitar mereka.
iv. Minat murid dapat dipupuk atau disemai melalui pendedahan bahan-
bahan sastera dan secara tidak langsung akan menanam atau
menimbulkan bakat yang terpendam dalam penulisan.
42
2.5 Kepentingan Pembelajaran Bahasa Menggunakan Teks Cerpen
Terdapat beberapa kajian dibuat menunjukkan KOMSAS itu penting dan
sesuai digunakan dalam pengajaran bahasa. Jumaadi Bin Saunri (2007), menjelaskan
antara tokoh tersebut ialah Loban, Ryan, Squarie, Mary Elizabert Fowler dan
sebagainya. Tokoh-tokoh ini pernah memperkatakan tentang penggunaan, kesesuaian
dan juga kepentingan bahan kesusasteraan dalam pengajaran bahasa.
Menurut Yahya Othman (2009), menyatakan penggunaan bahan sastera
dalam pengajaran bahasa sudah menjadi amalan yang dominan di semua institusi
pendidikan sebagai satu langkah positif untuk memartabatkan bahasa serta secara
tersirat untuk membina bangsa yang bertamadun. Oleh yang demikian, memahami
apa yang tersurat dan tersirat di dalam bahan sastera seperti teks cerpen menjadikan
seseorang murid itu menguasai Bahasa Melayu dan secara tidak langsung dapat
mengapresiasikan dalam kehidupan seharian. Menurut Naffi Mat (2006), bahan
sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu tidak diajar sebagai satu mata pelajaran
khusus tetapi diselitkan sebagai komponen tambahan sebagai pelengkap dan
mengukuhkan Bahasa Melayu dari segi bahasa dan isi kandungannya.
Dari segi pegangan sastera kepada manusia menurut Ishak Ramly (2003),
mengatakan bahawa bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu berpaksikan
kepada pegangan bahawa sesungguhnya sastera dapat memberikan pengaruh yang
43
besar terhadap cara berfikir manusia mengenai hidup dan kehidupan, membezakan
antara perbuatan baik dan buruk, mengenal perbuatan benar dan salah. Melalui
penggunaan seni bahasa yang indah dan bermakna. Pembaca akan sentiasa menilai
diri sendiri seterusnya diapresiasikan dalam kehidupan seharian dalam mematuhi
norma-norma sosial masyarakat Melayu sebagai bangsa yang mulia.
Bahan bacaan yang bersesuaian amat diperlukan dalam usaha membentuk
keperibadian dan keintelektualannya kerana pada ketika inilah murid mula mengenali
diri dan keadaan sekeliling mereka. Kenyataan ini disokong oleh Abd Aziz Abd
Rashid (2000), menyatakan bahan sastera yang merangkumi cerpen kanak-kanak
memang sesuai digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran bahasa. Hal ini kerana
bahan-bahan sastera tersebut melibatkan penggunaan bahasa secara baik, teratur dan
terpilih.
Komponen kesusasteraan seperti teks cerpen berupaya mendidik murid
berfikir secara imaginatif. Kenyataan ini ditegaskan oleh Naffi Mat (2012),
mengatakan bahawa untuk menikmati karya sastera, ia harus dihayati, bukan sahaja
kerana mesejnya tetapi juga olahan bahasa yang halus dan berkesan. Sehubungan
dengan ini, murid-murid ini dibawa kepeda pembelajaran yang menyentuh unsur-
unsur keindahan bahasa.
44
Salah satu aspek keindahan karya dalam teks cerpen dapat dicapai melalui
susunan bahasa yang luar biasa dan yang menyentuh perasaan. Sesebuah karya yang
indah akan dihayati, bukan sahaja kerana mesejnya tetapi juga kerana cara mesej itu
diolah dalam bahasa yang halus dan berkesan. Olahan bahasa ini dapat meningkatkan
kemahiran berbahasa seperti membaca, bertutur, menulis serta murid dapat
mempelajari peribahasa dan tatabahasa. Kenyataan ini juga disokong oleh Lee Kim
Hong (2011), mengatakan bahawa teks sastera yang mengandungi struktur bahasa
yang mudah, sesuai digunakan oleh pelajar kerana struktur bahasa senang dipelajari
dan diingati. Teks sastera menampilkan pelbagai gaya bahasa. Pemilihan teks sastera
yang teliti hendaklah dibuat agar sesuai dengan keperluan murid kerana teks sastera
mampu menampilkan sebuah dunia imaginatif dengan latar, peristiwa, watak, imej,
suasana dan sebagainya.
Menurut Zailan Bin Shuib (2010), menjelaskan mengenai cerpen kanak-
kanak adalah bukan suatu perkara yang mudah. Ia merupakan struktur yang
kompleks yang berkaitan dengan dunia penulisan, penggambaran idea, psikologi,
sosiologi dan pendidikan kanak-kanak dan nilai estetikanya. Buku sastera kanak-
kanak mengandungi sesuatu yang difikirkan oleh golongan dewasa dan boleh
difahami oleh kanak-kanak dan dibenarkan untuk difahami oleh golongan kanak-
kanak. Ini bermakna buku kanak-kanak juga dirujuk kepada sastera kanak-kanak
yang mengandungi informasi dan perlakuan yang dibenarkan oleh golongan dewasa
yang menulis dan menerbitkan bahan bacaan tersebut.
45
2.6 Kesesuaian Penggunaan KOMSAS (Teks Cerpen)
Dalam kajian Zaini Bt Sallleh (2002), data kesesuaian bahan dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu tahap tinggi dan tahap rendah. Tahap tinggi
mengumpulkan sebanyak 62.6% responden manakala bagi tahap rendah
mengandungi sebanyak 37.4%. ini menunjukkan bahawa ramai murid mempunyai
tanggapan atau persepsi yang baik terhadap kesesuaian penggunaan komponen
sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bersesuaian dengan kajian yang
dijalankan oleh pengkaji.
Manakala dalam kajian Jumaadi bin Saunri (2007), dalam tesisnya
menjelaskan dengan teliti kesesuaian penggunaan komponen sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Tesis yang bertajuk “Persepsi Pelajar
Aliran Sains Terhadap Kesesuaian Penggunaan Komponen Sastera Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah Luar Bandar”,
menyimpulkan bahawa komponen sastera yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu itu sesuai digunakan untuk aliran sains. Hubungan
yang diperoleh adalah positif kerana minat murid terhadap komponen sastera itu
sudah sedia ada. Faktor minat juga berlainan mengikut persepsi dan pandangan
murid terhadap kepentingan sastera itu sendiri. Sebanyak 69.2% responden bersetuju
bahawa penggunaan KOMSAS berjaya menarik minat murid dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu, 8.3% pula menyatakan sangat bersetuju, 21.7% murid
tidak bersetuju mengatakan bahawa penggunaan KOMSAS berjaya minat menarik
46
minat mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Manakala sebanyak 5%
murid agak tidak setuju mengatakan penggunaan KOMSAS dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dapat menarik minat mereka. Dalam kajian ini
pengkaji lebih memfokuskan kepada keseluruhan teks cerpen yang digunakan bagi
murid tingkatan empat aliran sains.
Lim Swee Tin (2005), dalam tesisnya yang bertajuk “Keberkesanan Unsur
Sastera Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu”, menganalisis unsur sastera yang boleh
membantu mengukuhkan pembelajaran Bahasa Melayu. Teori yang digunakan ialah
Pendekatan Respons Pembaca. Daripada penganalisisan kajian yang menggunakan
pendekatan ini didapati bahawa terdapatnya unsur-unsur sastera yang digunakan itu
boleh dan tidak boleh membantu keseluruhan pembelajaran bahawa adanya
perbezaan minat dalam kalangan murid ini juga mempengaruhi pencapaian
peperiksaan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Seiring dengan kajian ini,
pengkaji ingin melihat sejauh mana perkembangan teks cerpen yang digunakan oleh
murid mampu mengukuhkan lagi pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu.
Seterusnya bagi kajian Zailan Bin Shuib (2010), dalam tesisnya “Penguasaan
Pemahaman Cerpen Kanak-Kanak Dalam kalangan Murid Tahap Dua Sekolah
Rendah Berdasarkan Analisis Taksonomi Moody” menjelaskan bahawa memahami
bahan sastera iaitu cerpen kanak-kanak dalam pembelajaran Bahasa Melayu
merupakan penguasaan bahasa dalam diri seseorang murid. Hal ini bermaksud, untuk
memahami sesuatu cerpen kanak-kanak seorang murid perlu menguasai kemahiran
47
mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir secara kreatif. Penggunaan
Taksonomi Moody dilihat dapat membantu dalam membimbing murid untuk
memahami bahan sastera seterusnya mengapresiasikan dalam kehidupan. Ini
mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian ke atas kesesuaian teks cerpen
berdasarkan pemahaman murid itu sendiri.
Manakala bagi kajian Rohayah Haji Mohamad Tahir (2002), dalam analisis
kajian yang bertajuk “Pelaksanaan Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kritis dalam
Pengajaran pemahaman Cerpen komponen Sastera Sekolah Menengah",
menunjukkan pelaksanaan KBKK dalam pengajaran pemahaman cerpen komponen
sastera di tahap yang membanggakan. Tahap pengetahuan guru adalah tinggi dan
guru memiliki sikap yang positif. Terdapat hubungan yang kuat antara pengalaman
mengajar dan sikap dengan pengetahuan guru dalam pelaksanaan KBKK pengajaran
pemahaman cerpen komponen sastera. Hal ini mendorong pengkaji untuk mengkaji
sejauh mana keberkesanan pembelajaran yang murid peroleh berdasarkan pengajaran
yang berasaskan teks cerpen.
Siti Noor Amyah khasbullah (2008), dalam tesisnya “Persepsi Pelajar
Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan Teknik Animasi Dalam Pengajaran Cerpen”
menjelaskan bahawa penggunaan animasi dalam pengajaran cerpen mendapat respon
yang positif dan memberangsangkan. Hasil kajian ini menunjukkan murid berminat
terhadap pengajaran Kesusasteraan Melayu berbentuk animasi. Perisian animasi
menggunakan cerpen ini mampu memberikan kesan yang positif kepada murid
48
dalam mempelajari mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa kesesuaian penggunaan teknik animasi dalam pengajaran
cerpen mempunyai nilai min keseluruhan sebanyak 3.84% dengan sisihan piawai
0.49%. Melalui hasil ini didapati murid mudah memahami pengajaran dan
pembelajaran cerpen yang disampaikan dalam bentuk animasi iaitu sebanyak 46.7%
menyatakan sangat setuju dan 45% menyatakan setuju. Jelas menunjukkan bahawa
penggunaan teks cerpen dapat diperluaskan dengan menggunakan pelbagai teknik
seperti teknik animasi, ini mendorong pengkaji untuk meninjau sejauh mana
penggunaan teks cerpen diperluaskan.
2.7 Minat Murid dalam Pembelajaran Komsas
Minat terhadap cerpen dipengaruhi oleh faktor yang mudah difahami. Ini
dibuktikan dengan seramai 49 orang responden iaitu sebanyak 40.8% responden
mengatakan cerpen mudah difahami. Cerpen tidak memerlukan masa yang lama
untuk mengetahui pengakhiran sesebuah cerita dan tidak menimbulkan kebosanan
kepada murid. Plot yang tidak begitu kompleks menjadikan cerpen lebih mudah
difahami. Selain daripada itu, mesej yang ditonjolkan oleh cerpen juga boleh menarik
minat murid untuk membacanya. Selaras dengan ini, sebanyak 25% responden
meminati cerpen kerana mempunyai mesej yang menarik. Manakala bagi kandungan
cerita yang kurang menarik menjadikan murid tidak meminati cerpen dengan
dibuktikan sebanyak 21.7% yang menyatakan bahawa kandungan cerita yang
49
membosankan. Jelaslah bahawa, isi cerita memainkan peranan penting dalam
menentukan sesebuah karya diminati atau sebaliknya (Zaini Bt Salleh, 2002).
Melalui kajian Isnariah Idris (2003) pula dalam tesis beliau yang bertajuk
‘sikap dan minat murid tingkatan satu terhadap pembelajaran komponen sastera
dalam Bahasa Melayu’. Menurut kajian beliau murid-murid tidak sepenuhnya
meminati pembelajaran bahan sastera yang terkandung dalam Bahasa Melayu.
Apabila murid-murid tidak meminati mempelajari bahan sastera sudah semestinya
mereka tidak memahami maksud yang tersurat dan tersirat seterusnya
mengapresiasikan dalam kehidupan seharian.
Hasil dapatan kajian menunjukkan 62.5% bersetuju bahawa pengajaran dan
pembelajaran menggunakan KOMSAS berjaya merangsang minat murid untuk
membaca hasil karya sastera dan bagi murid yang bersetuju pula adalah sebanyak
11.7%. Sebanyak 22.5% murid tidak bersetuju bahawa penggunaan KOMSAS dalam
pengajaran dan pembelajaran berjaya menarik minat mereka untuk membaca hasil
karya sastera. Bagi yang tidak setuju pula adalah sebanyak 3.3% (Jumaadi Bin
Saunri, 2007).
Dapatan seterusnya oleh kajian Subadrah Nair dan Rajeswari Arumugam
(2006), dalam jurnal “Keberkesanan Kaedah Model Skema Bagi Meningkatkan
Kefahaman dan Minat Pelajar Terhadap Cerpen Bahasa Melayu” menunjukkan
50
kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan model skema terhadap
pencapaian kefahaman murid dan minat murid terhadap cerpen (KOMSAS). Dapatan
kajian ini menunjukkan pengajaran dengan menggunakan model skema dapat
meningkatkan pencapaian murid secara signifikan bagi soalan tentang persoalan,
soalan tentang perwatakan, soalan tentang latar masyarakat dan soalan tentang gaya
bahasa berbanding dengan pencapaian murid yang diajar dengan menggunakan
pendekatan tradisional. Selain itu, didapati minat murid terhadap cerpen turut
meningkat secara signifikan setelah diajar dengan menggunakan model skema.
Walau bagaimanapun, dalam kajian Siti Noor Amyah khasbullah (2008),
dalam tesisnya “Persepsi Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan Teknik Animasi
Dalam Pengajaran Cerpen” menyatakan murid sangat berminat dalam pengajaran
Kesusasteraan Melayu berbentuk animasi dengan hasil dapatan kajian sebanyak
88.3% murid meminati genre cerpen manakala sebanyak 11.7% tidak meminati teks
cerpen. Kajian ini menunjukkan bahawa murid meminati genre cerpen dalam
penggunaan teknik animasi kerana melalui teknik ini mempunyai imej yang
bergerak-gerak yang mampu menarik minat murid belajar daripada imej yang tidak
bergerak. Penggunaan teknik ini juga boleh diiringi dengan muzik atau suara semasa
pengajaran menggunakan teks cerpen.
Selanjutnya kajian oleh Saharuddin kamaruddin (2003), yang bertajuk
“Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Rendah Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni
Dalam Cerpen Komponen sastera”. Analisis kajian yang dijalankan di kawasan luar
51
bandar ini melihat persepsi murid berdasarkan jantina dan status sosioekonomi
keluarga murid. Dapatan menunjukkan min persepsi murid perempuan lebih tinggi
daripada lelaki dan status sosioekonomi murid juga mempengaruhi persepsi murid
terhadap penerapan nilai-nilai murni.
2.8 Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran Teks Cerpen
Melalui kajian Zaini Bt Salleh (2002), membuktikan bahawa masalah yang
dihadapi pelajar dalam penggunaan KOMSAS sebagai bahan pengajaran Bahasa
Melayu adalah tidak memahami istilah kesusasteraan. Ini dibuktikan dengan dapatan
kajiannya sebanyak 38.3% responden menyatakan mereka agak sukar memahami
istilah-istilah dalam kesusasteraan. Masalah sebegini pastinya memberikan kesan
kepada pemahaman terhadap bahan sastera itu sendiri. Selain itu juga, murid turut
menyatakan mereka sukar memahami bahasa-bahasa dalam KOMSAS, hal ini
terbukti apabila sebanyak 20.8% responden mengatakan mereka mengalami masalah
untuk memahami bahasa-bahasa dalam sesetengah bahan KOMSAS yang telah
ditetapkan. Sehubungan dengan itu, sememangnya bahasa dalam teks sastera agak
sukar untuk difahami berbanding dengan bahasa harian. Masalah ketiga yang dapat
dilihat ialah dari segi kurang dan tidak minat murid untuk membaca bahan KOMSAS
itu sendiri. Ini terbukti apabila seramai 16 orang mengatakan bahawa mereka kurang
berminat membaca bahan sastera manakala 16 orang murid lagi menyatakan mereka
tidak berminat langsung dalam membaca teks sastera. Peratusan bagi masalah ini
dirumuskan sebanyak 26.3%. Selain itu, terdapat 5.8% murid menyatakan
52
komponen sastera menjadi beban dalam pembelajaran mereka. Ini secara tidak
langsung memberi masalah kepada murid untuk mempelajarinya.
Mohd Kassim Ismai (2000), menyatakan bahawa masalah pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan bahan kesusasteraan adalah berkaitan dengan bahan itu
sendiri dan juga masalah latar keilmuan guru dan pengkhususan guru-guru yang
mengajar Bahasa Melayu. Masih terdapat guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu
yang bukan dari pengkhususan Bahasa Melayu malah masih ada yang tidak
mempunyai ilmu pengetahuan kesusasteraan yang mencukupi. Terdapat ramai guru-
guru yang belum mendapat pendedahan tentang pengajaran unsur sastera. Oleh yang
demikian, pengajaran dan pembelajaran unsur sastera hanya berkisar kepada aspek-
aspek pemahaman teks dengan melihat maklumat dan fakta yang terdapat dalam
teks. Murid tidak boleh menganalisis, mengkritik tentang sesuatu fenomena hidup
yang tercerna di dalam teks serta membuat cadangan atau memberi pendapat dengan
menghasilkan pandangan dan penilaian terhadap sesuatu fenomena.
Sehubungan dengan itu, kebanyakkan guru-guru Bahasa Melayu yang
mengajar bahan sastera merupakan guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran
mengajar bahan sastera dan tidak meminati sastera itu sendiri. Jadi mereka mengajar
bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara sambil lewa tanpa
menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi tujuan untuk memahamkan murid.
Akibatnya murid sukar memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru. Justeru
itu, guru peru meningkatkan kemahiran mengajar dan kaedah pengajaran bahan
53
sastera supaya isi pengajaran dan nilai yang terdapat dalam karya dapat dihayati oleh
semua murid seterusnya matlamat Falsafah Pendidikan Kesusasteraan juga dapat
dicapai sepenuhnya (Zailan Bin Shuib, 2010).
2.9 Rumusan
Secara kesimpulannya, sorotan literatur memperlihatkan kajian-kajian lepas
yang dilakukan oleh penyelidik lain bagi menyokong kajian yang akan dilakukan
bagi projek ilmiah ini. Kajian-kajian yang ditemui kebanyakannya mempunyai
permasalahan dari segi bahan KOMSAS. Berdasarkan kajian lepas, murid mengakui
bahawa teks KOMSAS yang banyak agak membebankan murid untuk belajar kerana
mereka bukan sahaja terdedah kepada pengajaran KOMSAS sahaja malah pelbagai
mata pelajaran yang lain di sekolah. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk
mengesan sejauh mana kesesuaian penggunaan teks cerpen di dalam antologi “Harga
Remaja” tingkatan empat ini dapat memberi kesan kepada murid aliran sains.
54
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bahagian ini akan mengemukakan metodologi yang digunakan dalam
menjalankan kajian ini. Aspek yang akan dibincangkan termasuklah reka bentuk
kajian, lokasi kajian, populasi dan persampelan kajian, instrumen kajian, kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen, penganalisisan data dan rumusan
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah untuk melihat kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam
pembelajaran Bahasa Melayu menurut persepsi murid aliran sains tingkatan empat di
Sekolah Menengah di daerah Kangar, Perlis. Kajian yang dijalankan ini adalah
berbentuk kuantitatif dan merupakan kaedah kajian deskriptif tinjauan bertujuan
untuk mengenal pasti minat murid terhadap teks cerpen dalam KOMSAS, mengenal
pasti kesesuaian teks cerpen dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran Bahasa Melayu.
55
Teks cerpen yang dikaji untuk tujuan ini ialah :
vii. Ibu dan Ceper
viii. Memori Seorang Tua
ix. Israk
x. Pemain Catur
xi. Mellisa
xii. Biarkan Samudera
Sidek Mohd Noah (2002), menyatakan kajian deskriptif ini dapat
memberikan penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu
populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat. Dalam kajian ini, borang
soal selidik yang dikemukakan adalah soalan bersama respons dan berdasarkan skala
Likert yang mengandungi kenyataan seperti sangat setuju, setuju, tidak setuju dan
sangat tidak setuju.
3.3 Lokasi Kajian
Kajian ini menggunakan persampelan daripada Sekolah Menengah Sains
Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
merupakan Sekolah Berasrama Penuh dan kebanyakan murid adalah berasal dari
56
kawasan setempat dan tinggal berhampiran sekolah tersebut. Kajian ini
menggunakan populasi seramai 200 orang manakala sampel kajian seramai 127
orang murid dipilih secara rawak sebagai sampel daripada tingkatan empat beraliran
sains.
3.4 Populasi dan Persampelan Kajian
Menurut Mohd Majid Konting (2009), populasi boleh didefinisikan sebagai
satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas
sekumpulan individu atau objek. Saiz sampel perlu dimaksimumkan supaya saiz
dapat meminimumkan ralat persampelan. Oleh itu, penggunaan saiz sampel perlu
digalakkan melebihi 30 kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi
apabila saiz sampel melebihi 30. Pertambahan sampel akan lebih mewakili populasi
dan mengurangkan ralat persampelan. Beliau seterusnya menyatakan bahawa kajian
mengkehendaki ketepatan sepenuhnya dalam penyelidikan yang dilakukan dan
menganggar populasi pada aras keyakinan 100% kerana dengan cara ini tidak akan
ada ralat persampelan yang akan berlaku (Mohd Majid Konting, 2005).
57
Jadual 3.1 : Jadual Penentu Sampel Krejcie dan Morgan
N S N S N S N S N S
10 10 100 80 280 162 800 260 2800 338
15 14 110 86 290 165 850 265 3000 341
20 19 120 92 300 169 900 269 3500 246
25 24 130 97 320 175 950 274 4000 351
30 28 140 103 340 181 1000 278 4500 351
35 32 150 108 360 186 1100 285 5000 357
40 36 160 113 380 181 1200 291 6000 361
45 40 180 118 400 196 1300 297 7000 364
50 44 190 123 420 201 1400 302 8000 367
55 48 200 127 440 205 1500 306 9000 368
60 52 210 132 460 210 1600 310 10000 373
65 56 220 136 480 214 1700 313 15000 375
70 59 230 140 500 217 1800 317 20000 377
75 63 240 144 550 225 1900 320 30000 379
80 66 250 148 600 234 2000 322 40000 380
85 70 260 152 650 242 2200 327 50000 381
90 73 270 155 700 248 2400 331 75000 382
95 76 270 159 750 256 2600 335 100000 384
Petunjuk: “N” (Populasi) : “S” (Sampel)
Sumber : Krejcie, Robert V., Morgan, Daryle W (1970). “Determining Sample Size for
Research Activities”, Educational and Psychological Measurement,
58
Jadual 3.2 : Populasi dan Sampel Kajian
BIL. SEKOLAH POPULASI SAMPEL
1. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
200 127
JUMLAH 200 127
Pemilihan sampel adalah secara rawak berstrata mengikut kadar iaitu populasi
seramai 200 orang manakala sampel adalah seramai 127 orang seperti dalam jadual
3.2. Murid akan diberi masa selama 30 minit untuk menjawab borang soal selidik
tersebut. Ini kerana sampel adalah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil
kira sama ada ia dapat menjadi wakil populasi ataupun sebaliknya (Azizi Yahya et.
al. (2007). Pemilihan murid Tingkatan 4 aliran sains dilakukan secara persampelan
rawak berstrata mengikut kadar kerana sekolah ini mempunyai 6 buah kelas daripada
aliran sains. Oleh itu, pengiraan bagi bilangan sampel dalam setiap kelas dikira
seperti berikut berdasarkan jadual 3.3:
Jumlah Sampel x Jumlah Pelajar bagi Setiap Kelas = Bilangan Sampel bagi Setiap Kelas
Jumlah Populasi
59
Jadual 3.3 : Pemilihan Sampel Secara Rawak Berstrata Mengikut Kadar
BIL. TINGKATAN 4 BILANGAN MURID SAMPEL
1. Zamrud 35 22
2. Alpha 35 20
3. Virgo 35 22
4. Zuhal 30 20
5. Neptun 30 20
6. Zurah 35 23
JUMLAH 200 127
3.5 Instrumen Kajian
Menurut Mohd Majid Konting (2009), soal selidik digunakan untuk
mendapatkan maklumat berkenaan dengan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan sebagainya. Oleh itu, soal selidik adalah sesuai dan berkesan
digunakan bagi populasi yang besar. Begitu juga soal selidik dapat meningkatkan
ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang
diberikan. Berdasarkan kajian ini, borang soal selidik kajian mengandungi pelbagai
soalan yang akan menunjukkan perkara berkenaan dengan persoalan persepsi murid
terhadap kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Selain dari itu, pengkaji menggunakan instrumen kajian yang berbentuk soal selidik
selain dari fokus utama soalan berdasarkan teks cerpen yang dipilih sebagai
menyokong dapatan kajian ini. Soalan soal selidik berdasarkan cerpen dari antologi
“Harga Remaja” yang digunakan oleh murid tingkatan empat iaitu ‘Ibu dan Ceper’, 60
‘Memori Seorang Tua’, ‘Israk’, ‘Pemain Catur’, ‘Mellisa’, dan ‘Biarkan Samudera’.
Melalui kaedah ini seterusnya akan dapat memastikan persepsi murid aliran sains
terhadap kesesuaian penggunaan teks cerpen dan kebaikan serta kelemahannya
dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Seterusnya menurut Othman Mohamed (2001), menyatakan alat kajian
digunakan untuk mengumpul data yang berkaitan dengan tajuk. Dalam kajian ini,
pengkaji akan mengemukakan item-item yang berkaitan dengan penggunaan teks
cerpen. Soalan-soalan soal selidik diolah oleh pengkaji sendiri dengan bantuan
kajian-kajian terdahulu dari tesis Jumaadi Bin Saunri (2007) dan tesis Zaini Bt Salleh
(2002). Bagi memastikan kesahan kandungan, borang soal selidik telah diserahkan
kepada penyelia untuk disemak. Setelah mendapat pandangan penyelia dan
pembetulan dibuat, maka soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang murid aliran
sains di Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah untuk
dijalankan sebagai kajian rintis bagi memastikan soal selidik ini mempunyai tahap
kesahan yang tinggi. Kajian rintis ini dijalankan bagi mengurangkan pertanyaan,
menentukan keupayaan kenyataan-kenyataan yang terkandung, dan untuk melicinkan
perjalanan menjawab soal selidik yang sebenar (Zailan Bin Shuib, 2010).
Borang soal selidik yang disediakan untuk sampel murid mengandungi 38
soalan. Bagi memudahkan pengumpulan data, pengkaji telah membahagikan borang
soal selidik tersebut kepada empat bahagian. Penjelasan setiap bahagian dalam
borang soal selidik tersebut adalah seperti huraian berikut :
61
Jadual 3.4 : Jadual Item Istrumen Kajian Sekolah Menengah
BAHAGIAN DIMENSI ITEM
Bahagian A Latar Belakang Responden A1, A2, A3, A4
Bahagian B Minat Murid Terhadap Teks Cerpen
B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9, B10, B11, B12, B13, B14
Bahagian C Kesesuaian Teks Cerpen dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
C15, C16, C17, C18, C19, C20, C21, C22, C23, C24, C25, C26, C27, C28, C29
Bahagian D Masalah-Masalah dalam Pembelajaran Teks Cerpen
D30, D31, D32, D33, D34, D35, D36, D37, D38
Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat tentang diri responden
yang terpilih. Dalam bahagian ini, sampel diminta menandakan bangsa dan jantina.
Maklumat tentang latar belakang sampel ini akan memudahkan pengkaji
mendapatkan gambaran awal diri murid.
Bahagian B pula mengandungi 14 item soalan setiap satunya. Soalan-soalan
dalam bahagian ini menjurus kepada minat murid terhadap teks cerpen dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Bahagian C pula adalah berkaitan dengan tajuk kajian di mana murid akan
disoal serba sedikit berkenaan dengan persepsi mereka tentang kesesuaian teks
cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Item-item yang terkandung dalam
bahagian ini lebih kepada penelitian terhadap kesesuaian penggunaan teks cerpen
dalam KOMSAS. Bahagian C ini mempunyai 15 item soalan setiap satunya.
62
Bahagian D pula adalah bahagian item mengenai masalah-masalah yang
dihadapi murid dalam pembelajaran teks cerpen. Bahagian D ini mempunyai 9 item
soalan setiap satunya. Bahagian ini akan membuktikan permasalahan yang timbul
dalam penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Dalam borang soal selidik yang disediakan, bahagian A dan B, pengkaji
menggunakan kaedah penandaan bagi setiap jawapan yang perlu dipilih oleh murid
manakala bagi bahagian C dan D, pengkaji menggunakan bentuk skala likert. Setiap
soalan yang dikemukakan mempunyai empat pilihan, yang mana sampel perlu
memilih jawapan berdasarkan kecenderungan dalam dirinya terhadap soalan-soalan
tersebut. Skala yang digunakan adalah seperti berikut :
4 pilihan :
1 = Sangat Tidak Setuju
2 = Tidak Setuju
3 = Setuju
4 = Sangat Setuju
Penggunaan borang soal selidik ini adalah bagi melihat kesesuaian
penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Melalui
hasil dapatan soal selidik ini, pengkaji akan menyarankan beberapa cadangan bagi
memantapkan lagi pembelajaran teks cerpen dalam Bahasa Melayu di sekolah.
63
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian
Menurut Mohd Majid Konting (2000), kesahan sesuatu alat pengukuran
merujuk kepada sejauh mana alat itu mengukur data yang sepatutnya ia dikehendaki
untuk mengukur. Manakala menurut Tuckman (1978) pula, kesahan sesuatu ujian
menggambarkan sejauh mana ujian tersebut mengukur apa yang sepatutnya ia
diukur. Sidek Mohd Noah (2000), menjelaskan bahawa sesuatu ujian itu dikatakan
mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah kebolehannya mengukur apa yang
sepatutnya ia ukur adalah tinggi. Melalui kajian ini, kesahan instrumen disemak dan
disahkan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian iaitu pensyarah dari Jabatan
Bahasa di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia.
Menurut Noraini Idris (2010), sekiranya keputusan yang sama sentiasa
diperoleh dengan menggunakan kaedah atau metodologi yang sama, maka instrumen
penyelidikan dikatakan boleh dipercayai iaitu dalam erti kata lain, jika seseorang
individu yang sama diukur dalam keadaan yang sama berulang-ulang kali, maka
suatu pengukuran yang mempunyai kebolehpercayaan akan memberi ukuran yang
sama atau hampir sama pada setiap kali pengukuran dibuat. Dengan ini,
kebolehpercayaan prosedur ukuran boleh didefinisikan sebagai kestabilan atau
ketekalan sesuatu ukuran. Selaras dengan itu, kajian ini akan menjalankan satu kajian
rintis (pilot test) bagi menganalisis kebolehpercayaan instrumen kajian soal selidik
yang dijalankan. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama Al
Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah untuk mendapat maklum balas daripada 30 orang
64
responden mengenai Kesesuaian Penggunaan Teks Cerpen dalam Kalangan Murid
Aliran Sains. Ini bermakna, selepas kajian rintis dijalankan, penyelidik dapat
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan instrumen, iaitu kebolehpercayaan
instrumen berpandukan nilai pekali ‘Alpha Cronbach’ yang diproses menggunakan
perisian SPSS versi 20.
Jadual 3.5 : Keputusan Hasil Kajian Rintis ‘Alpha Cronbach’
Dimensi Item Nilai Alpha Cronbach
Minat Terhadap Teks Cerpen B1 – B15 0.745
Kesesuaian Teks Cerpen C16 – C30 0.900
Masalah dalam Pembelajaran Teks Cerpen
D31 – D40 0.783
Keseluruhan Dimensi 1-40 0.815
Berdasarkan kajian ‘Alpha Cronbach’ bagi keseluruhan item menunjukkan
kebolehpercayaan ialah 0.815. Menurut Mohd Majid Konting (2005), nilai pekali
alpha yang melebihi .70 sentiasa digunakan dalam penyelidikan sains sosial. Selepas
menjalankan kajian rintis, modifikasi ke atas item-item dapat dibuat sama ada
dengan mengekalkan item, mengurangkan item atau menambahkan item untuk
disesuaikan dengan konteks kajian.
Menurut Wang Mui Lin (2003), alat ukuran kajian soal selidik ini digunakan
kerana didapati sesuai digunakan dalam konteks di Malaysia dan ianya juga
memenuhi ciri-ciri ujian daripada segi kebolehpercayaan, kesahan dan juga skala
65
pemarkatan yang digunakan. Ini dijelaskan oleh Mokhtar Ismail (2009), bahawa
untuk menyatakan ketepatan ujian, konsep kebolehpercayaan perlu digunakan iaitu
setakat mana sesuatu ujian itu tekal dalam mengukur sesuatu. Manakala dari aspek
kesahan isi pula perlu diberi perhatian untuk menentukan item yang bersesuaian
dengan matlamat pengujian. Heaton (1979), menegaskan bahawa sifat kesahan
semata-mata, tanpa sifat kebolehpercayaan tidak cukup bagi sesuatu alat ujian yang
baik.
3.7 Prosedur Pengumpulan Data
Sebelum menjalankan kajian terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti
antaranya ialah:
1) Menyediakan set soal selidik yang mengandungi 4 bahagian iaitu
Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan juga Bahagian D. Bahagian A
terdiri daripada Latar Belakang Responden, Bahagian B terdiri daripada
Minat Murid Terhadap Teks Cerpen, Bahagian C terdiri daripada
Kesesuaian Teks Cerpen dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan
Bahagian D terdiri daripada masalah-masalah yang dihadapi murid dalam
pembelajaran teks cerpen.
2) Mendapatkan kelulusan daripada penyelia berkaitan set soalan soal
selidik.
3) Memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.66
4) Memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.
5) Memohon kebenaran daripada pengetua sekolah yang ingin dijadikan
tempat kajian.
6) Mengedarkan soal selidik kepada responden untuk mereka menjawab dan
mengembalikannya kepada penyelidik.
7) Memasukkan data menggunakan bantuan komputer iaitu program
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS).
8) Membuat penganalisisan data.
9) Menulis laporan akhir.
Responden akan diberitahu bahawa mereka harus menjawab mengikut
pendapat sendiri dan bukannya mengikut tanggapan orang lain ataupun pengaruh
rakan sebaya. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan adalah untuk
tujuan kajian semata-mata.
3.8 Analisis Data
Bagi tujuan menganalisis data, penyelidik menggunakan analisis data
berkomputer. Program yang digunakan ialah ‘Statistical Package For Social Science
(SPSS)’. Mengikut Mohd Majid Konting (2005), penganalisisan data berstatistik
menggunakan perisian pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang
tepat. Oleh yang demikian, segala dapatan akan di analisa menggunakan SPSS.
Kajian akan di analisa dalam bentuk min, peratusan dan sisihan piawai bagi
67
menghurai persepsi murid tentang kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam
pembelajaran Bahasa Melayu.
Skor min antara 1.00 hingga 2.00 sebagai tahap rendah, min 2.01 hingga 3.00
tahap sederhana, dan min 3.01 hingga 4.00 sebagai tahap tinggi (Rujuk jadual di
bawah).
Jadual 3.6 : Interpretasi Skor Min
JULAT SKOR MIN TAHAP
1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana
3.01 – 4.00 Tinggi
Dapatan kajian ini adalah diharapkan dapat mengesan sejauh mana
kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam
kalangan murid tingkatan empat aliran sains diperoleh.
68
3.9 Rumusan
Secara keseluruhannya, bab ini menghuraikan reka bentuk kajian, sampel
kajian, pemboleh ubah kajian, kerangka kajian, lokasi kajian, persampelan kajian,
instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan kajian, prosedur kajian dan
penganalisisan data statistik. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif
tinjauan. Selain itu, tempat kajian yang dijalankan ialah di Sekolah Menengah Sains
Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis. Kajian ini mempunyai populasi sebanyak 200
dan hanya sebanyak 127 murid sahaja dipilih untuk dijadikan sampel yang meliputi
murid Tingkatan 4 Aliran Sains. Data diperoleh dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) dan dihurai menggunakan statistik
deskriptif iaitu peratus, sisihan piawai dan min.
69
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Perbincangan hasil kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian
pertama merangkumi aspek latar belakang responden iaitu murid tingkatan empat
aliran sains. Bahagian kedua pula ialah tentang minat terhadap teks cerpen dalam
antologi “Harga Remaja”. Manakala bahagian ketiga meninjau kesesuaian teks
cerpen dalam pembelajaran bahasa Melayu dan bahagian terakhir merupakan
penelitian terhadap masalah-masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran teks
cerpen.
4.2 Latar belakang Responden
Sejumlah 127 orang murid tingkatan empat aliran sains telah memberi
respons dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan enam buah kelas aliran sains yang
memiliki aspek latar belakang yang berbeza-beza.
70
4.3 Maklumat Demografi Responden
Maklumat demografi responden dikenal pasti mengikut bangsa dan jantina.
Seramai 127 orang murid tingkatan empat yang mengikuti aliran sains di Sekolah
Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis telah memberi respon dalam
kajian ini. Murid-murid ini terdiri daripada murid aliran sains yang mempunyai latar
belakang yang berbeza.
Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina
____________________________________________________
Jantina Kekerapan Peratus
(F) (%)
____________________________________________________
Lelaki 79 62.2
Perempuan 48 37.8
____________________________________________________
Jumlah 127 100
_____________________________________________________
Jadual 4.1 adalah jadual taburan sampel kajian berdasarkan jantina. Dari segi
taburan jantina, jumlah responden lelaki terdiri daripada 79 orang (62.2%) dan 48
orang (37.8%) terdiri daripada responden perempuan. Majoriti responden adalah
lelaki berbanding responden perempuan.
71
4.4 Taburan Bangsa
Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Bangsa ____________________________________________________
Item Kekerapan Peratus
(F) (%)
____________________________________________________
Melayu 118 92.9
Cina 1 0.8
India 3 2.4
Lain-lain 5 3.9
____________________________________________________
Jumlah 127 100
_____________________________________________________
Jadual 4.2 adalah jadual taburan sampel kajian berdasarkan ras bangsa sampel
kajian. Terdapat empat ras bangsa responden yang dijadikan sampel kajian iaitu
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Majoriti adalah berbangsa Melayu seramai 118
orang dengan peratus 92.9%, Cina seorang dengan peratus 0.8%. Manakala bangsa
India seramai 3 orang dengan peratus 2.4% dan selebihnya adalah lain-lain bangsa
seramai 5 orang dengan peratus sebanyak 3.9%.
72
4.5.1 Objektif 1 : Mengenal Pasti Minat Murid Menggunakan Teks Cerpen bagi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains
Jadual 4.3 : Tahap Seronok dan Minat Murid Membaca Teks dalam KOMSAS
No.Item
Item Bil.Responden
Min Sisihan Piawai
Tahap Kedudukan
2. Saya seronok membaca teks dalam KOMSAS? 127
2.02 .642 Sederhana 1
1. Saya berminat membaca teks dalam KOMSAS?
127 1.96 .660 Rendah 2
Keseluruhan 127 1.98 .615 Rendah
Jadual 4.3 menunjukkan dapatan kajian berkaitan dengan tahap seronok dan
minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa Melayu dalam
kalangan murid aliran sains. Jadual tersebut memaparkan nilai min dan sisihan
piawai bagi setiap item soalan yang dikemukakan. Terdapat dua item iaitu item saya
seronok membaca teks cerpen dalam KOMSAS berada pada tahap sederhana ( min =
2.02, sisihan piawai = 0.642) manakala item kedua berada pada tahap rendah iaitu
item saya berminat membaca teks cerpen dalam KOMSAS ( min = 1.96, sisihan
piawai = 0.660 ). Secara keseluruhannya menunjukkan ( min = 1.98, sisihan piawai =
0.615 ) dan berada pada tahap yag rendah. Ini menunjukkan bahawa murid aliran
sains tidak meminati KOMSAS dalam pengajaran Bahasa Melayu.
73
Jadual 4.4 : Teks Cerpen yang Paling Diminati dalam KOMSAS
Cerpen Bil.Responden
Peratus (%)
Kedudukan
Ibu dan Ceper 41 32.3 1
Memori Seorang Tua 38 29.9 2
Melissa 17 13.4 3
Israk 14 10.3 4
Pemain Catur 13 10.2 5
Biarkan Samudera 5 3.9 6
Keseluruhan 127 100
Jadual 4.4 menunjukkan dapatan kajian berkaitan dengan teks cerpen yang
paling diminati dalam KOMSAS oleh murid aliran sains. Jadual tersebut
memaparkan bilangan respoden dan peratus bagi item soalan yang ketiga.
Berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan cerpen yang paling diminati oleh murid
aliran sains dan mendapat kedudukan yang pertama ialah cerpen Ibu dan Ceper
(32.3%), item ke-2 ialah cerpen Memori Seorang Tua (29.9%), item ke-3 ialah
cerpen Melissa (13.4%), item ke-4 ialah cerpen Israk (10.3%), item ke-5 Pemain
Catur (10.2%), dan item ke-6 ialah cerpen cerpen Biarkan Samudera. Secara
keseluruhannya menunjukkan cerpen Ibu dan Ceper paling diminati oleh murid
aliran sains mungkin disebabkan oleh isi cerita yang bersesuaian dengan tahap
pemikiran murid itu sendiri. Seterusnya apabila ditanya mengapa murid aliran sains
meminati bagi setiap teks cerpen tersebut dinyatakan dalam jadual 4.5.
74
Jadual 4.5 : Pandangan Murid Terhadap Enam Buah Cerpen
Item Ibu dan Ceper
Memori Seorang
Tua
Melissa Israk Pemain Catur
Biarkan Samudera
Kedudukan 1 2 3 4 5 6(N) (%) (N) (%) (N) (%) (N) (%) (N) (%) (N) (%)
Mesejnya Menarik
46 36.2
43 33.9
47 37 22 17.3 21 16.5 19 15
Mudah Difahami
24 18.9
24 18.9
27 21.3 37 29.1 26 20.5 23 18.1
Isi CeritaBersesuaian
30 23.6
23 18.1
11 8.7 21 16.5 26 20.5 27 21.3
Keseluruhan 100 78.7
90 70.9
85 67 80 62.9 73 57.5 69 54.4
Kandungan Cerita Membosankan
21 16.5
10 7.9 19 15 29 22.8 27 21.2 30 23.6
Sukar Difahami
6 4.8 23 18.1
23 18 12 9.5 17 13.4 23 18.1
Cerita TidakBersesuaian
0 0 4 3.1 0 0 6 4.8 10 7.9 5 3.9
Keseluruhan 27 21.3
37 29.1
42 33 47 37.1 54 42.5 58 45.6
Jadual 4.5 menunjukkan dapatan kajian berkaitan dengan pandangan murid
terhadap enam buah cerpen oleh murid aliran sains berdasarkan tahap minat murid
terhadap setiap cerpen tersebut . Jadual tersebut memaparkan nilai bilangan
responden dan peratusan bagi setiap item soalan yang dikemukakan. Berdasarkan
dapatan kajian ini peratusan tertinggi dan berada pada kedudukan pertama ialah
cerpen Ibu dan Ceper. Murid menyatakan bahawa cerpen ini mempunyai mesej yang
menarik, mudah difahami dan kandungan isi cerita yang bersesuaian iaitu sebanyak
100 orang responden (78.7%). Terdapat juga seramai 27 orang murid (21.3%)
menyatakan cerpen ini mempunyai kandungan cerita yang membosankan, sukar
difahami dan cerita tidak bersesuaian dengan pemikiran mereka. Manakala bagi
cerpen Memori Seorang Tua pula, sebanyak 90 orang responden (70.9%)
75
menyatakan bahawa cerpen ini mempunyai mesej yang menarik, mudah difahami
dan kandungan isi cerita yang bersesuaian tetapi seramai 37 orang murid (29.1%)
menyatakan cerpen ini mempunyai kandungan cerita yang membosankan, sukar
difahami dan cerita tidak bersesuaian dengan pemikiran mereka.
Seterusnya bagi cerpen Melissa, sebanyak 85 orang responden (67%)
memilih bahawa cerpen ini mempunyai mesej yang menarik, mudah difahami dan
kandungan isi cerita yang bersesuaian tetapi seramai 42 orang murid (33%)
menyatakan cerpen ini mempunyai kandungan cerita yang membosankan, sukar
difahami dan cerita tidak bersesuaian dengan pemikiran mereka . Bagi cerpen Israk
pula, sebanyak 80 orang responden (62.9%) memilih bahawa cerpen ini mempunyai
mesej yang menarik, mudah difahami dan kandungan isi cerita yang bersesuaian
tetapi seramai 47 orang murid (37.1%) menyatakan cerpen ini mempunyai
kandungan cerita yang membosankan, sukar difahami dan cerita tidak bersesuaian
dengan pemikiran mereka manakala bagi cerpen Pemain Catur, sebanyak 73 orang
responden (57.5%) memilih bahawa cerpen ini juga mempunyai mesej yang menarik,
mudah difahami dan kandungan isi cerita yang bersesuaian tetapi seramai 54 orang
murid (42.5%) menyatakan cerpen ini mempunyai kandungan cerita yang
membosankan, sukar difahami dan cerita tidak bersesuaian dengan pemikiran
mereka.
Seterusnya bagi cerpen yang berada pada kedudukan terakhir iaitu Biarkan
Samudera sebanyak 69 orang responden (54.4%) memilih bahawa cerpen ini juga
76
mempunyai mesej yang menarik, mudah difahami dan kandungan isi cerita yang
bersesuaian tetapi seramai 58 orang murid (45.6%) menyatakan cerpen ini
mempunyai kandungan cerita yang membosankan, sukar difahami dan cerita tidak
bersesuaian dengan pemikiran mereka.
Oleh itu, kajian berhubung minat murid menggunakan teks cerpen bagi
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains merupakan suatu
kajian yang penting kerana melalui minat yang ditonjolkan, kita akan dapat membuat
perkaitan dengan kesesuaian teks cerpen yang seterusnya. Maka, hasil kajian ini telah
menjawab objektif dan persoalan berkaitan yang dikemukakan bagi melihat dan
mengenal pasti minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa
Melayu dalam kalangan murid aliran sains.
4.5.2 Objektif 2 : Mengenal Pasti Kesesuaian Penggunaan Teks Cerpen bagi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains
Jadual 4.6 : Kesesuaian Teks Cerpen dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
No.Item
Item Bil.Responden
Min Sisihan Piawai
Tahap Kedudukan
28. Kandungan dalam teks cerpen memberi teladan dan contoh yang berguna.
127 3.24 .675 Tinggi 1
27. Saya mendapat banyak perkataan baru dengan mempelajari teks cerpen.
127 3.17 .757 Tinggi 2
16. Teks cerpen mengandungi bahasa
127 3.15 .735 Tinggi 3
77
yang indah dan menarik.
29. Dengan teks cerpen, dapat menambahkan pengetahuan saya.
127 3.13 .706 Tinggi 4
21. Teks cerpen menggalakkan minat membaca.
127 3.11 .809 Tinggi 5
20. Teks cerpen wajar dimasukkan dalam mata pelajaran KOMSAS.
127 3.03 .872 Tinggi 6
17. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen membantu meningkatkan kemahiran berbahasa anda.
127 3.01 .821 Tinggi 7
19. Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dapat meningkatkan pemahaman saya dalam teks cerpen.
127 3.00 .836 Sederhana 8
23. Teks cerpen memberi pengetahuan, kepuasan dan keseronokkan membaca.
127 2.98 .943 Sederhana 9
22. Teks cerpen mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu saya.
127 2.95 .815 Sederhana 10
26. Saya dapat meningkatkan kemahiran lisan dan menulis dengan teks cerpen.
127 2.87 .826 Sederhana 11
15. Penggunaan teks cerpen berjaya menarik minat saya belajar KOMSAS.
127 2.85 .777 Sederhana 12
24. Teks cerpen membuatkan saya lebih suka belajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
127 2.79 .931 Sederhana 13
18. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen berjaya merangsang minat anda untuk membaca hasil karya sastera lain.
127 2.72 .881 Sederhana 14
25. Pengajaran teks 127 2.67 .909 Sederhana 15
78
cerpen tidak membosankan.Keseluruhan 127 2.97 .616 Sederhana
Jadual 4.6 menunjukkan dapatan kajian berkaitan dengan kesesuaian teks
cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu bagi murid aliran sains. Jadual tersebut
memaparkan nilai min dan sisihan piawai bagi setiap item soalan yang dikemukakan.
Terdapat tujuh item berada pada tahap tinggi iaitu item pertama kandungan dalam
teks cerpen memberi teladan dan contoh yang berguna ( min = 3.24, sisihan piawai =
.675) , item ke-2 iaitu saya mendapat banyak perkataan baru dengan mempelajari
teks cerpen ( min = 3.17, sisihan piawai = .757), item ke-3 iaitu teks cerpen
mengandungi bahasa yang indah dan menarik ( min = 3.15, sisihan piawai = .735),
item ke-4 iaitu dengan teks cerpen, dapat menambahkan pengetahuan saya menarik
( min = 3.13, sisihan piawai = .706), item ke-5 iaitu teks cerpen menggalakkan minat
membaca ( min = 3.11, sisihan piawai = .809), item ke-6 iaitu teks cerpen wajar
dimasukkan dalam mata pelajaran KOMSAS ( min = 3.03, sisihan piawai = .872)
dan item ke-7 iaitu pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen
membantu meningkatkan kemahiran berbahasa anda ( min = 3.01, sisihan piawai
= .821).
Manakala sebanyak lapan item yang berada pada tahap sederhana. Ini
meliputi item ke-8 iaitu item pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dapat
meningkatkan pemahaman saya dalam teks cerpen ( min = 3.00, sisihan piawai
= .836), item ke-9 iaitu teks cerpen memberi pengetahuan, kepuasan dan
keseronokkan membaca ( min = 2.98, sisihan piawai = .943), item ke-10 iaitu teks
79
cerpen mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu saya ( min = 2.95, sisihan piawai
= .815), item ke-11 iaitu saya dapat meningkatkan kemahiran lisan dan menulis
dengan teks cerpen ( min = 2.87, sisihan piawai = .826), item ke-12 iaitu
penggunaan teks cerpen berjaya menarik minat saya belajar KOMSAS ( min = 2.85,
sisihan piawai = .777), item ke-13 iaitu teks cerpen membuatkan saya lebih suka
belajar mata pelajaran Bahasa Melayu ( min = 2.79, sisihan piawai = .931), item ke-
14 iaitu pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen berjaya merangsang
minat anda untuk membaca hasil karya sastera lain ( min = 2.72, sisihan piawai
= .881) dan item ke-15 iaitu pengajaran teks cerpen tidak membosankan ( min =
2.67, sisihan piawai = .909).
Secara keseluruhannya, jawapan yang diperoleh daripada item soalan yang
dibina bagi bahagian mengenal pasti kesesuaian penggunaan teks cerpen bagi
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains mendapati bahawa
kesesuaian teks cerpen pada tahap sederhana dengan nilai min sebanyak 2.97.
Keadaan ini menerangkan bahawa kesesuaian penggunaan teks cerpen bagi
pembelajaran Bahasa Melayu pada tahap yang sederhana. Hal ini kerana, teks cerpen
memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pemahaman murid kerana
dengan menggunakan teks cerpen dapat membantu meningkatkan kemahiran
berbahasa murid, dapat mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu dan mampu
memainkan peranan yang penting untuk mengalakkan murid berminat terhadap mata
pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu juga, dapat meningkatkan kemahiran lisan dan
menulis mereka berdasarkan penggunaan ayat berunsur sastera.
80
4.5.3 Objektif 3 : Mengenal Pasti Masalah yang Wujud bagi Penggunaan Teks Cerpen sebagai Bahan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains
Jadual 4.7 : Masalah-Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran Teks
Cerpen
No.Item
Item Bil.Responden
Min Sisihan Piawai
Tahap Kedudukan
35. Terlalu banyak teks cerpen yang mesti dibaca untuk peperiksaan.
127 3.09 .864 Tinggi 1
37. Saya tidak faham penggunaan istilah-istilah kesusasteraan dalam teks cerpen.
127 2.69 .850 Sederhana 2
36. Saya tidak ada membaca teks cerpen lain selain teks cerpen di sekolah.
127 2.65 1.094 Sederhana 3
32. Bahasa dalam teks cerpen sukar difahami.
127 2.58 .955 Sederhana 4
38. Teks cerpen yang digunakan membosankan.
127 2.45 .879 Sederhana 5
34.Saya menghadapi masalah dalam memahami teks cerpen.
127 2.37 .933 Sederhana 6
33. Tidak berminat dengan teks cerpen dalam KOMSAS.
127 2.29 .901 Sederhana 7
30. Saya kurang berminat membaca teks cerpen.
127 2.23 .953 Sederhana 8
31. Saya merasa pengajaran guru tidak menarik.
127 1.94 .898 Rendah 9
Keseluruhan 127 2.39 .607 Sederhana
81
Jadual 4.7 menunjukkan dapatan kajian berkaitan dengan masalah-masalah
yang dihadapi dalam pembelajaran teks cerpen bagi murid aliran sains. Jadual
tersebut memaparkan nilai min dan sisihan piawai bagi setiap item soalan yang
dikemukakan. Terdapat satu item berada pada tahap tinggi iaitu item terlalu banyak
teks cerpen yang mesti dibaca untuk peperiksaan ( min = 3.09, sisihan piawai
= .864). Keadaan ini telah memberi gambaran kepada kita bahawa terlalu banyak
teks cerpen yang dimuatkan ke dalam antologi KOMSAS untuk dibaca oleh murid.
Ini secara langsungnya turut membebankan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara keseluruhannya, permasalahan yang dihadapi oleh murid ialah
penggunaan teks cerpen yang terlalu banyak yang wajib dibaca untuk peperiksaan.
Sebelum pelaksanaan komponen wajib Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, tidak terdapat soalan berkenaan bahan KOMSAS dalam peperiksaan
sebenar. Oleh itu, murid tidak berasa tertekan dan dibebani dalam pembelajaran
mereka, tetapi sekarang terlalu banyak teks sastera yang perlu dibaca oleh mereka
untuk menghadapi peperiksaan. Ini menyebabkan beban murid semakin bertambah
dalam pembelajaran.
Manakala sebanyak tujuh item yang berada pada tahap sederhana. Ini
meliputi item ke-2 iaitu item saya tidak faham penggunaan istilah-istilah
kesusasteraan dalam teks cerpen ( min = 2.69, sisihan piawai = .850), item ke-3 iaitu
saya tidak ada membaca teks cerpen lain selain teks cerpen di sekolah ( min = 2.65,
sisihan piawai = 1.094), item ke-4 iaitu bahasa dalam teks cerpen sukar difahami
( min = 2.58, sisihan piawai = .955), item ke-5 iaitu teks cerpen yang digunakan
membosankan ( min = 2.45, sisihan piawai = . 879), item ke-6 iaitu saya
82
menghadapi masalah dalam memahami teks cerpen ( min = 2.37, sisihan piawai
= .933), item ke-7 iaitu tidak berminat dengan teks cerpen dalam KOMSAS ( min =
2.29, sisihan piawai = .901) dan item ke-8 iaitu saya kurang berminat membaca teks
cerpen ( min = 2.23, sisihan piawai = .953). Seterusnya hanya terdapat satu item di
tahap rendah iaitu item ke-9 iaitu saya merasa pengajaran guru tidak menarik ( min =
1.94, sisihan piawai = .898).
Secara keseluruhannya, respon jawapan yang diperoleh berdasarkan item-
item soalan yang dibina bagi mengenal pasti masalah yang wujud bagi penggunaan
teks cerpen sebagai bahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran
sains menunjukkan bilangan teks cerpen yang perlu dibaca memberi masalah dan
beban kepada murid. Nilai min secara keseluruhannya adalah sebanyak 2.39.
Dapatan kajian yang sederhana menunjukkan bahawa bilangan teks cerpen yang
dimuatkan dalam antologi KOMSAS perlulah dititikberatkan agar murid tidak berasa
terlalu padat dan banyak untuk dibaca oleh mereka. Oleh hal yang demikian, dapatan
kajian ini telah menjawab objektif dan persoalan kajian yang dikemukakan untuk
bahagian mengenal pasti masalah yang wujud bagi penggunaan teks cerpen sebagai
bahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains.
83
4.6 Rumusan
Kesesuaian penggunaan teks cerpen dalam antologi KOMSAS penting dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam mengenal pasti tahap minat, kesesuaian bahan
dan masalah yang wujud dalam penggunaan teks cerpen menunjukkan respon yang
baik. Berdasarkan dapatan kajian oleh penyelidik menunjukkan kesesuaian teks
dalam antologi KOMSAS penting dalam pembelajaran murid sekolah. Justeru, hasil
dapatan kajian yang telah dianalisis telah dinyatakan dalam bab ini secara
keseluruhannya. Hasil menunjukkan bahawa teks cerpen memainkan peranan yang
penting untuk mengalakkan murid berminat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan teks cerpen yang bermutu dan baik dapat meningkatkan minat murid
membaca dan meminati pengajaran KOMSAS di sekolah.
84
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan merumuskan kembali dapatan kajian yang diperoleh
berdasarkan persepsi murid aliran sains terhadap kesesuaian penggunaan teks cerpen.
Rumusan dan saranan dalam bab ini merupakan hasil kajian dari sebuah Sekolah
Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan khusus kepada murid tingkatan empat aliran
sains. Selain dapatan kajian disertakan juga cadangan-cadangan yang bersesuaian
dengan P&P KOMSAS. Cadangan yang diberi merupakan perspektif pengkaji
berdasarkan dapatan kajian mengenai persepsi murid aliran sains terhadap kesesuaian
penggunaan teks cerpen dan faktor-faktor yang saling berkait antara satu sama lain.
Faktor-faktor yang berkait melibatkan persepsi murid terhadap kesesuaian
penggunaan teks cerpen seperti minat, kesesuaian teks cerpen dan masalah-masalah
yang dihadapi murid dalam pembelajaran teks cerpen yang diambil kira dalam
menyimpulkan hasil kajian ini.
85
5.2 Rumusan Kajian Keseluruhan
Dapatan kajian dari aspek minat murid terhadap teks cerpen menunjukkan
bahawa murid aliran sains mempunyai minat yang tinggi terhadap cerpen Ibu dan
Ceper, Memori Seorang Tua dan Melissa manakala pada tahap seronok murid dan
minat murid membaca teks dalam KOMSAS adalah rendah. Dari aspek kesesuaian
teks cerpen dalam pembelajaran Bahasa Melayu pula, pada keseluruhannya murid
aliran sains menunjukkan bahawa kandungan dalam teks cerpen memberi teladan
dan contoh yang berguna iaitu berada pada tahap sederhana. Manakala dari segi
aspek masalah-masalah yang wujud bagi penggunaan teks cerpen sebagai bahan
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains menunjukkan
bahawa terlalu banyak teks cerpen yang mesti dibaca untuk peperiksaan dan berada
pada tahap sederhana. Oleh itu, berdasarkan keseluruhan aspek kajian ini, dapatan
kajian yang diperoleh adalah sederhana bagi kesemua aspek iaitu minat terhadap teks
cerpen, kesesuaian teks cerpen dan masalah-masalah yang dihadapi murid dalam
pembelajaran teks cerpen.
5.3 Perbincangan Kajian
86
Perbincangan kajian adalah berkaitan dengan keputusan kajian yang
diperoleh dalam kajian ini. Keputusan kajian ini dikaitkan pula dengan hasil dapatan
daripada kajian-kajian yang terdahulu yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Hasil
kajian lepas digunakan untuk menyokong atau hanya sebagai perbandingan dengan
kajian yang dilakukan ini. Perbincangan hasil dapatan kajian ini dibahagikan kepada
tiga sub topik iaitu minat terhadap teks cerpen, kesesuaian teks cerpen dalam
pembelajaran Bahasa Melayu dan masalah-masalah yang dihadapi murid dalam
pembelajaran teks cerpen.
5.4 Minat Murid Menggunakan Teks Cerpen bagi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains
Dapatan kajian menunjukkan bahawa minat murid menggunakan teks cerpen
bagi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains adalah
sederhana. Minat murid menggunakan teks cerpen bagi pembelajaran Bahasa Melayu
menunjukkan keputusan yang sederhana mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya adalah disebabkan oleh murid amat meminati teks cerpen Ibu dan Ceper,
Memori Seorang Tua dan Melissa. Ketiga-tiga cerpen ini berada pada tahap yang
tinggi disebabkan oleh ketiga-tiga cerpen ini mempunyai mesej yang menarik dan
penggunaan isi cerita yang bersesuaian dengan tajuk cerpen. Ketiga-tiga cerpen ini
diminati oleh murid aliran sains mungkin cerpen ini serasi dengan pemikiran mereka.
Hasil kajian yang diperoleh daripada kajian ini adalah selari dengan dapatan
kajian yang dijalankan oleh Zaini Bt Salleh (2002). Dalam kajian yang dilakukan, 87
beliau mendapati bahawa minat terhadap cerpen dipengaruhi oleh faktor yang mudah
difahami kerana cerpen tidak memerlukan masa yang lama untuk mengetahui
pengakhiran sesebuah cerita dan tidak menimbulkan kebosanan kepada murid. Ini
disebabkan oleh plot yang tidak begitu kompleks menjadikan cerpen lebih mudah
difahami. Selain daripada itu, mesej yang menarik ditonjolkan oleh cerpen juga
mampu menarik minat murid untuk membacanya.
Kajian ini juga berbeza dengan kajian yang pernah dilakukan oleh Subadrah
Nair dan Rajeswari Arumugam (2006), tentang “Keberkesanan Kaedah Model
Skema bagi Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar Terhadap Cerpen Bahasa
Melayu”. Dalam kajian tersebut, beliau mengukur kesan penggunaan model skema
terhadap pencapaian kefahaman murid dan minat murid terhadap cerpen. Dapatan
kajian beliau menunjukkan pengajaran dengan menggunakan model skema dapat
meningkatkan pencapaian murid secara signifikan bagi soalan tentang persoalan,
soalan tentang perwatakan, soalan tentang latar masyarakat dan soalan tentang gaya
bahasa berbanding dengan pencapaian murid yang diajar dengan menggunakan
pendekatan tradisional. Sedangkan dalam kajian ini, pengkaji hanya menjalankan
kajian untuk mengenal pasti minat murid menggunakan teks cerpen bagi
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains dengan
menerangkan dapatan kajian dari segi min dan sisihan piawai sahaja.
Pengkaji juga mempunyai pandangan yang sama dengan Marohaini (2001),
berkaitan dengan penggunaan bahan sastera mampu membekalkan pengajaran yang
88
menarik kepada murid serta merupakan bahan yang mudah difahami dalam
pembelajaran. Hasil penyelidikan yang dilakukan mendapati bahawa ramai murid
aliran sains memilih cerpen Ibu dan Ceper, Memori Seorang Tua dan Melissa kerana
mungkin bagi mereka penggunaan teks cerpen ini memudahkan mereka fahami
dalam pembelajaran. Hasil kajian yang dilakukan oleh beliau selari dengan kajian ini.
Manakala bagi item pada tahap rendah adalah item saya berminat membaca
teks cerpen dalam KOMSAS menunjukkan hasil dapatan kajian murid tidak berminat
membaca teks cerpen. Dapatan kajian pengkaji bertentangan dengan kajian yang
dibuat oleh Jumaadi bin Saunri (2007), menjelaskan berdasarkan persepsi pelajar
aliran sains terhadap kesesuaian penggunaan komponen sastera dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah luar bandar menyimpulkan bahawa
komponen sastera yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu itu sesuai digunakan untuk aliran sains. Hubungan yang diperoleh adalah
positif kerana minat murid terhadap komponen sastera itu sudah sedia ada tetapi bagi
hasil dapatan kajian pengkaji mendapati murid aliran sains tingkatan empat tidak
berminat membaca teks cerpen dalam komponen sastera.
5.5 Kesesuaian Penggunaaan Teks Cerpen bagi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Aliran Sains
Dapatan kajian tentang kesesuaian penggunaaan teks cerpen bagi
pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid aliran sains keseluruhannya
adalah sederhana. Jika dilihat pada kesesuaian teks cerpen dalam antologi Harga 89
Remaja kebanyakannya adalah memberi jawapan yang positif dan memandang tinggi
terhadap penggunaan teks cerpen yang mampu memberi teladan dan contoh yang
berguna dalam kehidupan mereka. Oleh itu, bahan komponen sastera tingkatan
empat yang digunakan sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu iaitu antologi
Harga Remaja adalah sesuai mengikut persepsi murid. Sungguhpun terdapat
beberapa masalah yang dihadapi oleh murid semasa menggunakannya, namun
masalah tersebut bukanlah halangan yang besar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Secara terperinci, pangkatan peratusan murid yang memberikan reaksi sangat
bersetuju dan bersetuju bagi setiap kenyataan adalah seperti berikut :
a) Penggunaan teks cerpen berjaya menarik minat saya belajar KOMSAS.
(72.4%)
b) Teks cerpen mengandungi bahasa yang indah dan menarik. (84.3%)
c) Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen membantu
meningkatkan kemahiran berbahasa anda. (79.6%)
d) Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks cerpen berjaya
merangsang minat anda untuk membaca hasil karya sastera lain. (59.1%)
e) Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dapat meningkatkan
pemahaman saya dalam teks cerpen. (80.3%)
f) Teks cerpen wajar dimasukkan dalam mata pelajaran KOMSAS.
(77.2%)
g) Teks cerpen menggalakkan minat membaca. (80.3%)
h) Teks cerpen mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu saya. (75.6%)90
i) Teks cerpen memberi pengetahuan, kepuasan dan keseronokkan
membaca. (74.8%)
j) Teks cerpen membuatkan saya lebih suka belajar mata pelajaran Bahasa
Melayu. (61.4%)
k) Pengajaran teks cerpen tidak membosankan. (59.1%)
l) Saya dapat meningkatkan kemahiran lisan dan menulis dengan teks
cerpen. (71.6%)
m) Saya mendapat banyak perkataan baru dengan mempelajari teks cerpen.
(85%)
n) Kandungan dalam teks cerpen memberi teladan dan contoh yang
berguna. (91.3%)
o) Dengan teks cerpen, dapat menambahkan pengetahuan saya. (88.9%)
Secara keseluruhannya, murid tingkatan empat dalam aliran sains
memberikan persepsi yang positif terhadap kesesuaian teks cerpen dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Kebanyakan murid menganggap kandungan dalam
teks cerpen dapat memberi teladan dan contoh yang berguna dan wajar dimasukkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil kajian yang diperoleh
daripada kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Zaini Bt
Sallleh (2002), data kesesuaian bahan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tahap
tinggi dan tahap rendah. Tahap tinggi mengumpulkan sebanyak 62.6% responden
manakala bagi tahap rendah mengandungi sebanyak 37.4% ini menunjukkan bahawa
ramai murid mempunyai tanggapan atau persepsi yang baik terhadap kesesuaian
91
penggunaan komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bersesuaian
dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri.
Manakala bagi kajian yang dijalankan oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah
(2007), beliau lebih mengkaji terhadap bahan teks tradisional tetapi pengkaji sendiri
lebih memfokuskan kepada bahan sastera teks cerpen. Walau bagaimanapun, hasil
dapatan kajian yang dijalankan oleh beliau mendapati bahawa murid juga
menghadapi kesukaran untuk mempelajari bahan teks tradisional. Dalam bahagian
pemahaman, kajian beliau mendapati bilangan murid yang menghadapi kesukaran
dalam memahami prosa tradisional sebanyak (25.0%), novel (16.4%), petikan umum
(14.7%), puisi tradisional (14.3%), drama (12.0%), sajak (11.3%) dan cerpen (6.3%)
kesukaran ini berkaitan dengan tahap penguasaan makna perkataan klasik. Oleh itu,
masalah murid dalam menguasai komponen sastera harus dikenal pasti dan masalah
ini perlu di atasi agar objektif mata pelajaran ini dapat dicapai.
Hasil dapatan kajian pengkaji menunjukkan sebanyak 59.1% murid sangat
bersetuju dan bersetuju menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran
menggunakan teks cerpen berjaya merangsang minat mereka untuk membaca hasil
karya sastera yang lain. Dapatan kajian ini menunjukkan dapatan kajian pengkaji
lebih rendah berbanding kajian yang dijalankan oleh Jumaadi Bin Saunri (2007) yang
memperoleh hasil dapatan sebanyak 74.2% sangat bersetuju dan bersetuju bahawa
pengajaran dan pembelajaran menggunakan KOMSAS berjaya merangsang minat
murid untuk membaca hasil karya sastera yang lain.
92
5.6 Masalah-Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran Teks
Cerpen
Kebanyakan murid (81.1%) menyatakan mereka menghadapi masalah dalam
membaca teks cerpen kerana terlalu banyak teks cerpen yang mesti dibaca untuk
menghadapi peperiksaan. Ini memberi kesan kepada pembelajaran mereka kerana
bukan sahaja teks cerpen yang perlu dibaca malah terdapat pelbagai bahan KOMSAS
lain yang perlu mesti dibaca untuk peperiksaan. Hal ini lebih menyukarkan mereka.
Selain itu, mereka juga menghadapi masalah untuk memahami penggunaan istilah-
istilah kesusasteraan dalam teks cerpen. Terdapat bahan komponen sastera yang
mengandungi bahasa yang agak sukar kerana tidak digunakan dalam bahasa harian
khususnya dalam teks cerpen. Dapatan kajian pengkaji selari dengan hasil kajian
oleh Zaini Bt Salleh (2002), yang menyatakan bahawa komponen sastera
menambahkan beban pembelajaran sebanyak 5.8% iaitu sebelum pelaksanaan
komponen wajib Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, tidak
terdapat soalan berkenaan bahan KOMSAS dalam peperiksaan sebenar. Oleh itu,
murid tidak berasa tertekan dan dibebani dalam pembelajaran mereka, tetapi
sekarang terlalu banyak teks sastera yang perlu dibaca oleh mereka untuk
menghadapi peperiksaan. Ini menyebabkan beban murid semakin bertambah dalam
pembelajaran.
93
Dapatan kajian pengkaji juga dibuktikan dengan isu dari Berita Harian 4
April 2001, bahawa pelaksanaan KOMSAS yang bermula sejak Mac 2000 antara lain
bertujuan untuk membolehkan murid memberikan pendapat dan hujah yang kritis
dan analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan
rumusan yang wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca. Antaranya kandungan
sukatan pelajaran yang perlu diajar oleh guru terlalu banyak berbanding peruntukan
waktu mengajar KOMSAS. Penjadualan semula mata pelajaran Bahasa Melayu
sebanyak enam kali seminggu dan dua sahaja diperuntukkan untuk KOMSAS juga
boleh menjejaskan mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini kerana untuk memberi
kemahiran yang tinggi kepada murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, masa
untuk empat waktu tidak sesuai.
Selain itu juga, kajian yang dijalankan oleh Isnariah Idris (2003) bertajuk
sikap dan minat murid tingkatan satu terhadap pembelajaran komponen sastera
dalam Bahasa Melayu adalah sama dengan hasil dapatan kajian pengkaji bahawa
murid tidak sepenuhnya meminati pembelajaran bahan sastera yang terkandung
dalam Bahasa Melayu. Apabila murid-murid tidak meminati mempelajari bahan
sastera sudah semestinya mereka tidak memahami maksud yang tersurat dan tersirat
seterusnya mengapresiasikan dalam kehidupan seharian.
Walau bagaimanapun, hasil dapatan kajian pengkaji turut juga disokong oleh
Zaini Bt Salleh (2002), membuktikan bahawa masalah yang dihadapi pelajar dalam 94
penggunaan KOMSAS sebagai bahan pengajaran Bahasa Melayu adalah tidak
memahami istilah kesusasteraan. Ini dibuktikan dengan hasil dapatan kajiannya
sebanyak 38.3% lebih rendah berbanding hasil dapatan kajian pengkaji sebanyak
59.8% murid menyatakan mereka agak sukar memahami istilah-istilah dalam
kesusasteraan. Manakala hasil dapatan pengkaji lebih tinggi peratusannya iaitu
sebanyak 38.5% berbanding dapatan kajian beliau iaitu 26.3% menyatakan murid
kurang berminat membaca bahan komsas seperti teks cerpen. Ini bermakna tahap
tumpuan dan minat murid masih lagi tidak mencapai pada tahap yang
memberangsangkan dan hal ini turut menjadi masalah kepada guru dan murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan KOMSAS di sekolah.
Walau bagaimanapun, segala masalah ini boleh dikurangkan melalui
pengkaedahan dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Guru perlu menggunakan
pelbagai teknik pengajaran dan pendekatan serta bahan bantu mengajar yang sesuai
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid perlu didedahkan kepada istilah
dan bahasa sastera melalui aktiviti-aktiviti bahasa di sekolah agar perbendaharaan
kata mereka bertambah. Sehubungan dengan itu walaupun pengkaji memfokuskan
kajian terhadap murid bukan terhadap guru tetapi kajian yang dijalankan oleh Zailan
Bin Shuib (2010) dapat membuktikan bahawa kebanyakan guru-guru Bahasa Melayu
yang mengajar bahan sastera merupakan guru-guru yang tidak mempunyai
kemahiran mengajar bahan sastera dan tidak meminati sastera itu sendiri. Jadi
mereka mengajar bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara sambil
lewa tanpa menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi tujuan untuk
memahamkan murid. Akibatnya murid sukar memahami pengajaran yang
95
disampaikan oleh guru. Ini secara tidak langsung menyebabkan pembelajaran murid
turut terganggu. Justeru itu, guru perlu meningkatkan kemahiran mengajar dan
kaedah pengajaran bahan sastera supaya isi pengajaran dan nilai yang terdapat dalam
karya dapat dihayati oleh semua murid seterusnya matlamat Falsafah Pendidikan
Kesusasteraan juga dapat dicapai sepenuhnya.
Selaras dengan itu juga, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu
mengkaji semula penggunaan teks cerpen dalam setiap antologi KOMSAS samada
perlu dikurangkan bilangan yang perlu murid membaca atau sebaliknya. Hal ini juga
dapat mengurangkan beban pembacaan murid sekiranya bilangan teks cerpen dalam
KOMSAS dikurangkan bilangannya dan secara langsungnya, murid juga lebih
berminat terhadap KOMSAS.
5.7 Cadangan
Berdasarkan hasil kajian, dapatlah disimpulkan bahawa langkah menjadikan
bahan sastera sebagai sebahagian daripada pengajaran Bahasa Melayu merupakan
satu langkah yang bijak. Ini memandangkan skop dan lapangan pendidikan pada hari
ini begitu mencabar berdasarkan tuntutan dan Falsafah Pendidikan Negara yang
mahu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Hal ini juga adalah untuk mewujudkan warganegara Malaysia yang
berketrampilan, mampu menyumbang ke arah kesejahteraan diri, masyarakat dan
pembangunan negara.96
Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah pelengkap kepada program pendidikan Bahasa Melayu yang
merupakan bahasa pengantar dan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat
pendidikan kebangsaan. Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera ini dapat
membantu mencapai hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru,
Abdul Rasid dan Arba’ie (2001), menyatakan bahawa penggunaan bahan sastera
mempunyai banyak kelebihan seperti memberikan keseronokan kepada murid kerana
karya sastera itu mengandungi pelbagai keindahan serta huraian tentang hal-hal yang
aneh dan ajaib yang diselaraskan mengikut peringkat umur murid. Penerapan nilai-
nilai murni dan kemanusiaan yang ada dalam karya sastera akan membantu
pemikiran yang kreatif dan pengolahan ayat yang lebih signifikan dengan budaya
atau persekitaran masyarakat mereka. Ini akan menjurus ke arah penggunaan laras
dan gaya bahasa yang indah dalam kalangan murid-murid.
Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji mencadangkan beberapa langkah yang
perlu diambil berat oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam penggunaan
komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya seperti teks
cerpen agar dapat mempertingkatkan kemahiran bahasa di samping memartabatkan
karya-karya sastera tempatan.
97
5.7.1 Guru
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa murid aliran sains lebih
meminati cerpen Ibu dan Ceper, Memori Seorang Tua dan Melissa. Selaras dengan
ini juga, dapat membantu guru-guru berusaha meningkatkan pengetahuan serta
menggunakan kebijaksanaan dengan mempelbagaikan teknik, kaedah serta
penyampaian yang dapat menarik minat pelajar mempelajari teks cerpen yang
terdapat dalam komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu
juga, guru dapat mengekalkan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
baik berdasarkan pandangan murid terhadap cerpen yang mereka minati. Bagi cerpen
yang tidak diminati oleh murid seperti cerpen Pemain Catur dan Biarkan Samudera,
guru perlu mengambil inisiatif terbaik dalam menarik minat murid terhadap cerpen
tersebut. Guru perlu menggunakan kemahiran pedagogi di samping menerapkan
strategi, kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran
KOMSAS.
Penggunaan aktiviti yang menarik perlulah sesuai agar murid tidak bosan
terhadap pembelajaran teks cerpen yang mereka tidak minati. Sebagai contohnya,
guru perlu menjalankan aktiviti permainan bahasa, perbincangan, lakonan dan
simulasi agar murid lebih seronok dalam mempelajari cerpen tersebut. Secara
tuntasnya dapat menarik perhatian dan minat murid itu sendiri mempelajari cerpen
yang mereka nyatakan mempunyai kandungan cerita yang membosankan seperti
98
cerpen Pemain Catur dan Biarkan Samudera. Walau bagaimanapun, guru-guru yang
terlibat dalam pengajaran bahasa perlulah merancang dengan sistematik
pembelajaran komponen sastera agar murid dapat memahami pembelajaran terutama
yang melibatkan genre sastera yang dianggap susah dan kurang diminati.
5.7.2 Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memilih dan menetapkan teks cerpen
dalam komponen sastera yang bersesuaian dengan mengambilkira kebolehan murid
dalam golongan pencapaian rendah. Ini dapat dibuktikan berdasarkan kajian, murid
menyatakan bahawa kandungan dalam teks cerpen dapat memberi teladan dan
contoh yang berguna kepada mereka. Selaras dengan ini juga, pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia perlulah mengekalkan cerpen yang sedia ada yang dapat menarik
minat murid dan di samping memberi pengajaran kepada mereka secara
langsungnya. Meskipun terdapat cerpen yang tidak diminati oleh murid disebabkan
oleh kandungan cerita yang membosankan, hal ini perlulah dititikberatkan dan
diambil kira oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia samada perlu diteruskan
cerpen tersebut atau diubahsuai dari segi pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan oleh guru agar cerpen tersebut dapat difahami dan diminati oleh murid itu
sendiri. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga seharusnya memberi
pendedahan yang secukupnya dan mendalam tentang perkaedahan pengajaran teks
cerpen dalam komponen sastera dari semasa ke semasa kepada guru yang mengajar
opsyen Bahasa Melayu kerana sesetengah guru kurang memahami konsep komponen
99
sastera yang perlu diajarkan kepada murid disebabkan oleh mereka bukan dari
opsyen Bahasa Melayu sendiri.
Selain itu, kesesuaian penggunaan cerpen ini juga dapat dibuktikan dengan
dapatan kajian yang dinyatakan oleh murid bahawa mereka mendapat banyak
perkataan baru dengan mempelajari teks cerpen. Ini menunjukkan bahawa
pengajaran guru banyak mendedahkan kepada perbendaharaan kosa kata dan
pengunaan istilah yang terdapat dalam teks cerpen yang belum diketahui oleh murid.
Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah memastikan setiap
pengarang bagi penulisan cerpen dalam KOMSAS menerapkan dengan lebih banyak
istilah atau perkataan baru dalam teks cerpen akan datang agar murid lebih terdedah
dengan penggunaan perkataan yang baru. Dalam dapatan kajian seterusnya bagi
permasalahan yang dihadapi oleh murid dalam penggunaan teks cerpen adalah
disebabkan oleh terlalu banyak teks cerpen yang perlu dan mesti dibaca untuk
peperiksaan. Ini menjadikan murid terbeban dengan pembacaan yang begitu banyak
dalam KOMSAS malah ditambah juga dengan mata pelajaran yang lain. Hal ini perlu
dikaji semula oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia agar permasalahan yang
dihadapi oleh murid ini dapat diatasi samada mengurangkan bilangan teks cerpen
atau perlu dikekalkan. Sekiranya bilangan teks cerpen dalam antologi “Harga
Remaja” dapat dikurangkan, ini dapat membantu murid lebih memahami dan
mengingati setiap pembacaan mereka dan seiring dengan itu juga dapat menjadikan
mereka lebih meminati dan menghargai karya seperti cerpen.
100
5.8 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya
Dalam bahagian ini, pengkaji menyarankan beberapa penyelidikan lanjutan
untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Antaranya adalah :
1) Kajian tentang persepsi guru terhadap bahan-bahan komponen sastera
untuk pengajaran Bahasa Melayu.
2) Kajian tentang kesesuaian penggunaan bahan prosa tradisional tingkatan
empat dalam teks komponen sastera.
3) Kajian tentang persepsi murid bukan Melayu terhadap penggunaan
komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
5.9 Rumusan
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesesuaian penggunaan teks cerpen
dalam kalangan murid aliran sains. Apabila komponen sastera dalam Bahasa Melayu
diperkenalkan dan soalan-soalan yang berkaitan dimuatkan dalam peperiksaan,
namun prestasi pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah yang dikaji
amat membanggakan. Hal ini menunjukkan bahawa pembelajaran komponen sastera
masih belum dapat mempengaruhi murid terhadap bahan sastera.
101
Diharapkan kajian ini dapat mendedahkan beberapa aspek yang berkaitan dari
segi minat murid terhadap teks cerpen, kesesuaian teks cerpen dalam pembelajaran
Bahasa Melayu dan masalah-masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran teks
cerpen. Hasil kajian ini, dapat dianalisis dan diambil langkah-langkah yang wajar
untuk menarik minat murid dalam semua aliran dan kaum terhadap genre-genre
sastera yang terkandung dalam komponen kesusasteraan Melayu.
Oleh itu, semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan seperti ibu bapa,
guru, pentadbir sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia mesti mengambil
langkah yang wajar untuk mengukuh dan mengekalkan genre KOMSAS dalam dunia
pendidikan kita. Justeru itu, penggunaan karya-karya sastera seperti teks cerpen dan
sebagainya dalam pembelajaran Bahasa Melayu diiringi dengan pendekatan
pedagogi yang berpotensi, pasti akan membawa kesan-kesan yang positif kepada
perkembangan bahasa Melayu di sekolah.
102
RUJUKAN
Awang Sariyan. 2006. Bahasa Sebagai Asas Keperkasaan Dan Kelestarian Akar Budaya : Hakikat dan Kerangka Strategi untuk Tamadun Melayu. Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Abdullah Sani Yahaya. 2003. Morfosintaksis dalam Kitab Tajus Salatin dan Bustanus Salatin. Kajian Penyelidikan Peringkat Doktor Falsafah. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud. 2001. Integrasi Media: Pengajaran Bahasa dan Sastera. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Abdul Ghalid Yunus.1996. Prinsip Pemilihan, Penyesuaian dan Penggunaan Bahan Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu, Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. 2008. Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas Kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Batu Caves : Pts Professional Publishing Sdn Bhd.
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Norzila Md. Yusof. 2011. Keberkesanan Cerpen dalam Mempertingkat Prestasi Penulisan Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Abdul Aziz Abd Rashid. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Berita Harian. 2001. 4 April.
Naffi Mat. 2012. Fenomena Pendidikan Bahasa-Sastera Melayu. Selangor : Darul Risalah Sdn Bhd.
Faziah Sulaiman. 2000. Kepelbagaian Teknik P&P Komponen Kesusasteraan Melayu dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Institusi Bahasa.
103
Hasnah Abdullah. 2007. Sikap Pelajar dan Permasalahan Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu. Selangor: Universiti Putra Malaysia.
Heaton, J. B. 1979. Writing English Language Tests. London : Logman Group Ltd.
Izzah Abdul Aziz. 2000. Inovasi Pengajaran Kesusasteraan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Teks Komponen Kesusasteraan Melayu dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.
Ishak Ramly. 2003. Teknik Mengajar Sastera. Pahang : PTS Publishers & Distributors Sdn Bhd.
Isnariah Idris (2003). Sikap dan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Penagajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Selangor : Universiti Putra Malaysia.
Jumaadi Bin Saunri. 2007. Persepsi Pelajar Aliran Sains Terhadap Kesesuaian Penggunaan Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Luar Bandar. Master Pendidikan. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Juriah Long (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.
Kamaruzaman. 2002. Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Bahasa dan Sastera di Malaysia. Bogor Indonesia.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat. 2010. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Lim Swee Tin. 2005. Keberkesanan Unsur Sastera dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Lee Kim Hong. 2011. Jurnal Pengajaran dan Pembelajaran Sastera dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Cina KDPM. Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban.
Marohaini Yusof. 2001. Landasan Pengajaran Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 1 (6): 20-26.
104
Mohd Majid Konting. 2009. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Ke-8. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Kassim Ismail. 2000. Pendidikan kesusasteraan ke arah membina pemikiran dalam bahasa, sastera dan budaya melayu Bil 3 2000. Selangor : Universiti Putra Malaysia.
Mokhtar Ismail. 2009. Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Hassan Nik Ab. Kadir. 2007. Kewajaran Pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu. Jurnal Peradaban Melayu, Jilid 5.
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Mc Graw Hill. Malaysia Sdn Bhd.
Naffi Mat. 2006. Teknik Mengajar Komsas : Komponen Sastera. Kuala Lumpur : Pts Professional Publishing Sdn Bhd.
Nik Safiah Karim. 2002. Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing, 7-8 Ogos. Pulau Pinang : Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Kerjasama Universiti Sains Malaysia.
Othman Puteh. 2002. Persediaan Menulis Cerpen. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozaiman Makmun. (2007). BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa. Bandar Seri Begawan: Universiti Brunei Darussalam.
Rohayah Haji Mohamad Tahir. 2002. Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis dalam Pengajaran Pemahaman Cerpen Komponen Sastera Sekolah Menengah. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Subadrah Nair & Rajeswari Arumugam. 2006. Jurnal Keberkesanan Kaedah Model Skema bagi Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar Terhadap Cerpen Bahasa Melayu. Universiti Sains Malaysia.
Sidek Mohd Noah. 2000. Reka Bentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Samat Buang. 2000. Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Pendidikan Bahasa Melayu Menggunakan Bahasa Sastera. Jurnal Dewan Bahasa.
S. Othman Kelantan. 2000. Disiplin Pelengkap : Fungsi, Cabaran (Sastera dan Budaya). Berita Harian. 30 Mac Halaman 8.
105
Siti Noor Amyah Khasbullah. 2008. Persepsi Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan Teknik Animasi dalam Pengajaran Cerpen. Master Pendidikan. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah Teori dan Praktis. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Saharuddin Kamaruddin. 2003. Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Rendah Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni dalam Cerpen Komponen Sastera. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Tuckman, B. W. 1978. Conducting educational researdh, 2nd Edition. New York : Harcourt Brace Jovanovich, Inc.
Wang Mui Lin. 2003. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Cina di Sekolah Menengah. Tesis Master Sains. Universiti Putra Malaysia : Serdang.
Yahya Othman. Roselan Baki & Naffi Mat. 2009. Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu dari Teori Kepraktik. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Zaini Bt Salleh. 2002. Kesesuaian Penggunaan Komponen Sastera di kalangan pelajar Aliran Sains dan Sastera. Master Sains. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
Zaitul Azma Zainon Hamzah . 2007. Permasalahan dalam KOMSAS. http://suhanis87.blogspot.com/2009/10/permalahan-dalam-komsas.html [22 Mei 2012].
Zailan Bin Shuib. 2010. Penguasaan Pemahaman Cerpen Kanak-Kanak dalam Kalangan Murid Tahap Dua Sekolah Rendah Berdasarkan Analisis Taksonomi Moody. Master Pendidikan. Serdang : Universiti Putra Malaysia.
106
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BORANG SOAL SELIDIK
TAJUK KAJIAN:
KESESUAIAN PENGGUNAAN TEKS CERPEN DALAM KALANGAN MURID ALIRAN SAINS
Pelajar-pelajar yang dihormati,
- Saya merupakan mahasiswa Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama (PBMP) dari Fakulti Pengajian Pendidikan.
- Tahniah kerana anda telah terpilih dalam kajian ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian anda untuk mengambil bahagian dalam kajian ini.
- Sila jawab kesemua soalan yang diberikan.
- Identiti dan respon anda adalah SULIT dan akan dirahsiakan.
- Maklumat peribadi anda tidak akan didedahkan dan akan digunakan untuk tujuan kajian sahaja.
107
BAHAGIAN A : Latar Belakang Pelajar
Arahan :
i. Sila tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan.ii. Sila jawab semua soalan.
1. Bangsa : Melayu [ ] Cina [ ]
India [ ]Lain-lain [ ]
2. Jantina : Lelaki [ ]Perempuan [ ]
108
BAHAGIAN B : Minat Terhadap Teks Cerpen
ARAHAN : TANDAKAN SATU ( / ) SAHAJA DALAM PETAK BAGI
SETIAP SOALAN YANG DISEDIAKAN.
1. Saya berminat membaca teks cerpen dalam KOMSAS?
Sangat setuju
Setuju
Tidak setuju
Sangat tidak setuju
2. Saya seronok membaca teks cerpen dalam KOMSAS?
Sangat setuju
Setuju
Tidak setuju
Sangat tidak setuju
3. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “ Ibu dan Ceper ”?.
Sangat minat
Minat
Kurang minat
Tidak minat
4. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “ Ibu dan Ceper ”?
109
Mesejnya menarik
Mudah difahami
Isi cerita bersesuaian
Kandungan cerita membosankan
Sukar difahami
Cerita tidak bersesuaian
5. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “Memori Seorang Tua”?.
Sangat minat
Minat
Kurang minat
Tidak minat
6. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “Memori Seorang
Tua”?.
Mesejnya menarik
Mudah difahami
Isi cerita bersesuaian
Kandungan cerita membosankan
Sukar difahami
Cerita tidak bersesuaian
7. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “Israk”?.
Sangat minat
Minat
Kurang minat
Tidak minat
8. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “Israk”?.
110
Mesejnya menarik
Mudah difahami
Isi cerita bersesuaian
Kandungan cerita membosankan
Sukar difahami
Cerita tidak bersesuaian
9. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “Pemain Catur”?.
Sangat minat
Minat
Kurang minat
Tidak minat
10. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “Pemain Catur”?.
Mesejnya menarik
Mudah difahami
Isi cerita bersesuaian
Kandungan cerita membosankan
Sukar difahami
Cerita tidak bersesuaian
11. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “Melissa”?.
Sangat minat
Minat
Kurang minat
Tidak minat
12. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “Melissa”?.
Mesejnya menarik
Mudah difahami
111
Isi cerita bersesuaian
Kandungan cerita membosankan
Sukar difahami
Cerita tidak bersesuaian
13. Apakah pandangan anda terhadap cerpen “Biarkan Samudera”?.
Sangat minat
Minat
Kurang minat
Tidak minat
14. Mengapakah anda menyatakan demikian terhadap cerpen “Biarkan Samudera”?.
Mesejnya menarik
Mudah difahami
Isi cerita bersesuaian
Kandungan cerita membosankan
Sukar difahami
Cerita tidak bersesuaian
BAHAGIAN C : Kesesuaian Teks Cerpen Dalam Pembelajaran Bahasa
Melayu
ARAHAN : BULATKAN JAWAPAN BERDASARKAN SKALA 1, 2, 3, ATAU
4.
112
Petunjuk :
4 – Sangat Setuju
3 – Setuju
2 – Tidak Setuju
1 – Sangat Tidak Setuju
BIL ITEM SKALA
15 Penggunaan teks cerpen berjaya menarik minat
saya belajar KOMSAS.
4 3 2 1
16 Teks cerpen mengandungi bahasa yang indah dan
menarik.
4 3 2 1
17 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks
cerpen membantu meningkatkan kemahiran
berbahasa anda.
4 3 2 1
18 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teks
cerpen berjaya merangsang minat anda untuk
membaca hasil karya sastera lain.
4 3 2 1
19 Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dapat
meningkatkan pemahaman saya dalam teks
cerpen.
4 3 2 1
20 Teks cerpen wajar dimasukkan dalam mata
pelajaran KOMSAS.
4 3 2 1
21 Teks cerpen menggalakkan minat membaca. 4 3 2 1
22 Teks cerpen mengukuhkan penguasaan bahasa
Melayu saya.
4 3 2 1
23 Teks cerpen memberi pengetahuan, kepuasan dan
keseronokkan membaca.
4 3 2 1
113
24 Teks cerpen membuatkan saya lebih suka belajar
mata pelajaran Bahasa Melayu.
4 3 2 1
25 Pengajaran teks cerpen tidak membosankan. 4 3 2 1
26 Saya dapat meningkatkan kemahiran lisan dan
menulis dengan teks cerpen.
4 3 2 1
27 Saya mendapat banyak perkataan baru dengan
mempelajari teks cerpen.
4 3 2 1
28 Kandungan dalam teks cerpen memberi teladan
dan contoh yang berguna.
4 3 2 1
29 Dengan teks cerpen, dapat menambahkan pengetahuan saya.
4 3 2 1
BAHAGIAN D : Masalah-Masalah yang Dihadapi Murid dalam Pembelajaran
Teks
Cerpen
114
ARAHAN : BULATKAN JAWAPAN BERDASARKAN SKALA 1, 2, 3, ATAU
4.
Petunjuk :
4 – Sangat Setuju
3 – Setuju
2 – Tidak Setuju
1 – Sangat Tidak Setuju
BIL. ITEM SKALA
30 Saya kurang berminat membaca teks cerpen. 4 3 2 1
31 Saya merasa pengajaran guru tidak menarik. 4 3 2 1
32 Bahasa dalam teks cerpen sukar difahami. 4 3 2 1
33 Tidak berminat dengan teks cerpen dalam KOMSAS.
4 3 2 1
34 Saya menghadapi masalah dalam memahami teks cerpen.
4 3 2 1
35 Terlalu banyak teks cerpen yang mesti dibaca
untuk peperiksaan.
4 3 2 1
36 Saya tidak ada membaca teks cerpen lain selain
teks cerpen di sekolah.
4 3 2 1
37 Saya tidak faham penggunaan istilah-istilah
kesusasteraan dalam teks cerpen.
4 3 2 1
38 Teks cerpen yang digunakan membosankan. 4 3 2 1
115