Upload
nialiyaamalina
View
467
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
nota mengenai pascastrukturalisme untuk
Citation preview
TEORI PASCASTRUKTURASLISME
DISEDIAKAN OLEH :NORASMA YASIMIN
NUR ATIQAHNUR IYLIA AMALINA
PISMP 3C AMBILAN JANUARI 2010
KRITIKAN SASTERA
PENSYARAH: EN. FAUZI B ABDULLAH
LATAR PERTUMBUHAN
Pertumbuhan teori ini adalah berdasarkan:Penolakan strukturalisme (konsep penandaan).Strukturalisme dikatakan terlalu bersifat dematerialisasi dan formalisme. ( mementingkan permukaan dan mengabaikan dalaman)Strukturalisme terlalu menekankan kepada fungsi sastera & kurang memahami makna.Terdapat tiga kumpulan besar dalam teori pascastrukturalisme.
KUMPULAN PASCASTRUKTURALISME
• 1 : Derrida, Kristeva & Barthes
DERRIDAMerupakan pengasas dekonstruksi
KRISTEVAMemperkenalkan intertektualiti
BARTHESTokoh dalam strukturalisme
• 2 : Deleuze & Guattari
Mereka menghasilkan pandangan yang sama iaitu kelahiran teks-teks skizofrenia.
• 3 : Foucalt, Baudrillard dan Edward Said
Ketiga-tiga mereka ini mempunyai pandangan tersendiri
KUMPULAN PASCASTRUKTURALISME
DEFINISI TEORI
Suatu proses membongkar segala apa jua yang dipercayai tentang sistem-sistem teks, kesatuan, transformasi dan segala
istilah lainnya .
Untuk membebaskan teks dengan peraturan yang dikatakan penuh kepalsuan dan kepura-puraan.
Teori ini bersifat interdisiplin dan heterogen.Antara kelompok teori ini adalah intertekstualiti dan semiotik.
Membaca sebuah teks sastera dapat diibaratkan seperti melihat kerlipan mutiara dalam satu untaian kalung.
Maksudnya: jika pembaca hanya terpaku pada satu kerlipan sahaja, maka ia tidak dapat menilai seluruh untaian.
Kesimpulannya: untuk memahami sebuah karya tidak hanya terbatas pada kekuatan struktur tetapi mungkin dapat dikaitkan dengan sesuatu yang berada di luar struktur.
DEFINISI TEORI
PASCA SEMIOTIK
BAHASA & BAWAH SEDAR
PRINSIP PLURALISME
DEKONSTUKSIKAJIAN BUDAYA
PENSEJARAHAN BARU
BAHASA & REVOLUSI
KONSEP WACANA
KONSEPKEKUASA
AN
ANALISIS SKIZOFFRE
NIA
DASAR-DASAR
PERMIKIRAN TEORI
SEMIOTIK
Semiotik atau semiologi merupakan terminologi yang merujuk pada ilmu yang sama. Istilah semiologi lebih banyak digunakan di Eropah sedangkan semiotik lazim diguna oleh ilmuwan Amerika. Istilah yang berasal daripada perkataan Yunani ‘semeion’ yang bererti 'tanda' atau 'sign' dalam bahasa Inggeris itu adalah ilmu yang berkaitan sistem tanda seperti: bahasa , kod, signal, dan sebagainya.
Tokoh pascamodenis telah mencadangkan penafsiran makna-makna semiotik haruslah menggunakan kaedah pragmatik iaitu mementingkan konsurisme dan pluralisme.
Pada zaman pascamoden ini, tanda atau lambang begitu mudah digunakan.
Richard Halland menyatakan polimakna dan polisignifikasi yang menjadi pegangan semiotik sebenarnya melemahkan kepercayaan orang mengenai teori ini dan sekiranya seseorang itu berhadapan dengan teks pascamoden ia harus berkemampuan menilai, mentafsir dan mendapatkan petanda yang jelas dan jitu.
SEMIOTIK
Bahasa dan bawah sedar
Tokoh
Jacques Lacan
Tertarik dengan psikoanalisis yang dikemukakan oleh Sigmund Freud.
Kajian tentang kejiwaan dan dunia yang tersembunyi kenyataan dan realiti serta fizikal manusia selamanya akan menarik
perhatian, justeru ia memperlihat suatu penemuan baru.
Lacan mencantumkan pemikiran atau teori psikoanalisis dengan teori strukturalisme.
Mengantikan istilah id, ego, libido dan superego milik Freud kepada imejan, simbol dan real.
Bahasa dan bawah sedar
Lacan mengkaji konsep cermin, bahasa dan diri, identiti diri, identiti dan negativiti, penyanggahannya terhadap konsep kesedaran Freud, hubungan pemikiran Lacan dan Hegelisme, psikoanalisis dan kaitannya dengan feminisme.
Makna di dalam sesebuah teks dapat dikaji daripada struktur penguasaan bahasa watak melalui penguasaan alam sekitar, keluarga dan masyarakat.
Bahasa dan bawah sedar
Konsep plural
• Tokoh : Barthes• Banyak mengemukakan konsep representation
yang di hubungkan dengan tekstual dan membawa ke definisi baru terhadap makna kesusasteraan.
• Pemberian makna sesebuah teks di anggap sebagai usaha kreatif.
• Membawa makna beraneka ragam hal untuk beraneka ragam orang.
• Untuk memenuhi tuntutan tersebut, pluralistik dalam konteks wacananya ialah beraneka ragam makna untuk beraneka ragam orang dalam pengertian sesebuah teks.
Konsep plural
Konsep wacana
Tokoh
Foucault
• Tanda-tanda harus di huraikan dalam konsep yang begitu banyak di bicarakannya iaitu discourse atau wacana (1980).
• Bahasa adalah wacana, tempat semua praktikal sosial.
• Makna atau petanda yang sering berubah dan berbeza yang ada pada teori semiotik haruslah diperkukuhkan supaya tepat dan stabil.
Konsep wacana
• Foucault dalam analisis akademiknya menyentuh tentang kuasa, kuasa dan hubungannya dengan pengetahuan, kuasa dengan disiplin, kuasa dengan seksualiti dan kekuasaan atas kekuasaan.
• Tidak terikat pada konsep pemaknaan yang dikemukakan oleh golongan strukturalisme dan semiotik konvensi.
Konsep wacana
Dekonstruksi
Tokoh Jacques Derrida
• Pemikiran tentang sastera yang sangat berpengaruh sehingga di anggap salah satu punca tertubuhnya pascastrukturalisme.
• Menetnag falsafah barat yang selama ini telah berkuasa dan memiliki pusat dan kekuasaanya.
• Tujuan menghancurkan grand narrative atau narasi yang besar, yang memenjara daya berfikir orang barat.
Dekonstruksi
Melakukan pembongkaran terhadap pemikiran barat melalui pembongkaran
semula cara berfikir.
Perbezaan dengan strukturalisme : konsep pertandaan atau verifikasi
Tokoh Julia Kristeva
INTERTEKSTUALITI
• Sesebuah teks di dalamnya terdapat beberapa teks.• Teks tidak dapat berdiri sendiri, ia mempunyai
hubungan, jaringan dan sejarahnya tersendiri.
3 CIRI PASCASTRUKTURALISME DAN PASCAMODENISME
Intertekstualiti Pluralisme
Relativisme
Analisis skizofrenia
TOKOH DELEUZE
• Masyarakat sudah memasuki apa yang dinamakan sebagai masyarakat skizofrenik:
Produk
Gaya
Citraan
Imej
Simbol-simbol kaya dengan pelbagai pertandaan
Analisis skizofrenia
•Tanda-tanda itu silang menyilang dan tindih menindih antara satu sama lain, saling kontrakdiktif dan saling bertentangan.
•Kaya dengan segala pertandaan dan saling berlawanan serta penuh kekacauan.
•Tanda bunga telah berubah dan membina makna baru.
•Makna tidak pernah stabil.
Analisis skizofrenia
NEW HISTORISISME
New historisisme adalah sebuah teori yang baru dengan slogan kembali kepada kepada sejarah.Apakah hubungannya dengan teori pascastrukturalisme?Teori ini mempunyai kaitan dengan konsep pemikiran kekuasaan dan makna sejarah pemikir Foucault.
• Pandangan terhadap kekuasaan sejarah dan hubungannya dengan politik menjadi salah 1 faktor yg melahirkan teori ini.
• Xdpt dinafikan wajah2 teori Marxisme juga menyusup masuk ke dalam teori ini.
• Teori ini dipengaruhi oleh pemikiran pascastrukturalisme dari segi penggunaan simbol dan makna.
• Teori ini mempunyai beberapa istilah penting iaitu double voice(makna gandaan), extension(makna tambahan).
NEW HISTORISISME
• Sejarah sering ditafsirkan sebagai catatan peristiwa yg benar2 terjadi, tetapi dalam teori ini menyangsikannya dan melihat ada sejarah dan peristiwa lain di sebaliknya.
• Contoh: Teks Metahistoriografik sebagai contoh tidak mementingkan catatan sejarah yg sebenarnya, malah aspek sejarah juga telah diputar-belitkannya. Namun apa yg penting bukan catatan tetapi makna yg terukir di sebalik peristiwa.
NEW HISTORISISME
Teori Sastera Budaya
• Teori ini selepas teori new Historisisme• Teori ini menganalisis wacana budaya dalam
mengungguli kekuasaan di samping mengkaji individu dalam pembentukan individuality
• Teori ini juga mengkaji pembentukan dalam gerakan budaya yang dihubungkan dengan pembentukan sosial.
• Teori ini cuba memberi makna akan tanda-tanda budaya yg terdapat dalam sesebuah teks sastera.
• Aspek yg lebih penting lagi analisisnya lebih mengarah kepada aspek mengungguli kekuasaan.
• Kekuasaan sebenarnya merupakan aspek penting dalam wacana pascastrukturalisme.
Teori Sastera Budaya
Penerapan teori Pascastrukturalisme
• Pada dasarnya semua teori menyatakan penentangan terhadap konsep bahasa, konsep pertandaan, dan konsep pemaknaan yang datangnya dari pelbagai org dan pelbagai pandangan terhadap strukturalisme
• Mekanisme yg digunakan untuk mengkritik terdapat 2 cara iaitu:
1) meletakkan semua unsur yg terdapat pada karya yg ditelaah pada kedudukan yg sama. Setiap unsur difahami secara terpisah supaya tidak ada satu pun unsur yg dianggap xpenting atau xmempunyai peranan.
2) Unsur2 yg telah difahami dihubungkan dengan unsur-unsur yg lain bagi mengetahui apakah unsur tersebut merupakan 1 jaringan
Berdasarkan dari kajian tersebut, maka boleh terjadi bahawa pemaknaan akan muncul dan ianya dapat dilihat dari hubungan antara struktur tekstual, dan mungkin juga muncul melalui intertekstual.
Terdapat kenyataan yg dikemukakan oleh Culler (1975:135) bahawa karya sastera adalah kegiatan yg paradoksal.
Kita menciptakan kembali dunia ciptaan, dunia rekaan & menjadikannya sesuatu yg akhirnya kita kenal.
Kesimpulannya:
Prinsip utama teori pascastrukturalisme: bahawa makna, terutamanya hasil daripada tanda-tanda tidak stabil dan tidak pernah selesai. Teks-teks sastera sentiasa berubah mankanya menurut
panafsir, penilai, zaman dan waktu.
KRITIKAN SASTERATEORI PASCASTRUKTURALISME
SAJAK ‘PENERIMAAN’KARYA CHAIRIL ANWAR
Bagi sajak Penerimaan karya Chairil Anwar, saya telah memilih dasar dekonstruksi atau intekstualiti untuk mengkritik sajak tersebut.PRINSIP intertekstualiti berasal dari Perancis dan bersumber pada aliran strukturalisme, yang dipengaruhi oleh pemikiran pemikir Perancis, iaitu Jaques Derrida yang dikembangkan oleh Julia Kristeva. Prinsip ini bererti bahawa setiap teks sastera dibaca dan difahami dengan mengkaitkan latar belakang teks-teks lain.
KUSANGKA
Kusangka cempaka kembang setangkaiRupanya melur telah berseri…
Hatiku remuk mengenangkan ini
Wasangka dan waswas silih berganti.Kuharap cempaka baharu kembang
Belum tahu sinar matahari…Rupanya teratai patah kelopak
Dihinggapi kembang berpuluh kali.
Kupohonkan cempakaHarum mula terserak…
Melati yang adaPandai tergelak
Mimpi seroja terapung di paya
Teratai putih awan angkasa…Rupanya mawar mengandung Lumpur
Kaca piring bunga renungan…
Igauanku subuh, impianku malamKuntum cempaka putih bersih…
Kulihat kembang keliling berlaguKelopakmu terbuka menerima cumbu.
PENERIMAAN
Kalau kau mau kuterima kembali
Dengan sepenuh hati
Aku masih tetap sendiri
Kutahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari yang yang sudaah terbagi
Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani
Kalau kau mau kuterima kau kembali
Untukku sendiri tapi
Sedang dengan cermin aku enggan berbagi
(Chairil Anwar)
• Sajak Chairil Anwar merupakan penyimpangan terhadap konsep estetik Amir Hamzah yang masih meneruskan konsep estetik sastra lama.
• Pandangan romantik Amir Hamzah ditentang dengan pandangan realistiknya. Sajak“Kusangka” menunjukkan kesejajaran gagasan yang digambarkan dalam enam bait sajak tersebut.
• Hal yang demikian kedua-dua sajak ini membandingkan gadis dengan bunga. Akan tetapi, ciri dua penyair dari zaman yang berbeza dapat diamati dari bentuk formal sajak dan bahasa yang dipergunakan.
• Ideanya yang sama diolah dua penyair yang memiliki keperibadian dan pandangan masing-masing sehingga sikap dan wawasan mereka pun berbeza dalam menghadapi suatu permasalahan.ASIGMENT