Open Universiti Malaysia Fakulti Pendidikan Dan Bahasa
HBEF 2803SMP
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
KEGURUAN ( SMP )
KAJIAN DOKUMEN (T1A1)
DISEDIAKAN OLEH:
ILIE BINTI BENGKING
NO MATRIK :
72011912564001
NO. KAD PENGENALAN
720119125640
NO.TELEFON:
019-5364101
EMAIL:
NAMA EOS :EN. VASUTHEVAN A/L PALANIVULU
PUSAT PEMBELAJARAN:
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA KOTA KINABALU
2
ISI KANDUNGAN
Muka Surat
Kandungan 2
Prakata 5
1.0 Pengenalan 6
2.0 Objektif 7
3.0 Kaedah kajian 7
4.0 Fokus kajian 8
5.0 Hasil kajian 8
6.0 Tarikh perayaan Tahun Baru Cina 8
7.0 Sejarah Sambutan Tahun Baru Cina 9
8.0 Mitos 9
9.0 Sambutan perayaan 10
9.1 Sebelum Tahun Baru 10
9.2 Hari pertama 11
9.3 Hari Kedua 12
9.4 Hari Ketiga 12
9.5 Hari kelima 13
9.6 Hari ketujuh 13
9.7 Hari kesembilan 14
9.8 Hari kelimabelas 14
3
10.0 Pakaian 15
11.0 Hidangan Tahun Baru 16
11.1 Juadah atau makanan utama semasa perayaan 16
11.1.1 Luohan Zhai 16
11.1.2 Ikan 17
11.1.3 Yee Sang 17
11.1.4 Ladu (jiaozi) 18
11.1.5 Limau Mandrin 18
11.1.6 Kuih Bakul 19
11.1.7 Mi 20
11.1.8 Gula-gula 20
11.1.9 Tikoy 20
12.0 Amalan Tahun Baru 21
12.1 Ang pau 21
12.2 Pasar Tahun Baru 21
12.3 Bunga api 22
12.3.1 Larangan mercun 23
12.4 Pakaian 24
12.5 Shou Sui 24
12.6 Simbol 24
12.7 Bunga 25
12.8 Ikon dan hiasan 25
4
121.9 Balik kampung 27
12.10 Rumah terbuka 27
13.0 Ucapan 27
13.1 Selamat Tahun Baru 27
13.2 Gong xi fa cai 28
13.3 Ucapan lain 28
14.0 Pantang-larang sewaktu perayaan 29
9.1 Tuah baik 29
9.2 Nasib Malang ("Tuah buruk") 30
15.0 Tarian Menyambut Tahun baru Cina 30
15.1 Tarian Singa 31
15.1.1 Sejarah Tarian Singa 31
15.1.2 Peranan Tarian Singa dalam Tahun baru Cina 32
15.2 Tarian Naga 33
11.2.1 Sejarah Tarian Naga 33
16.0 Penutup 35
Rujukan 36
5
PRAKATA
Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana saya berjaya menyiapkan tugasan
ini. Penulisan ini amat mencabar tetapi sangat bermakna kepada saya kerana
memperoleh banyak pengetahuan baru khususnya berkaitan dengan perayaan
Tahun Baru Cina dan secara amnya perayaan berbilang kaum di Malaysia yang
menjadikan negara kita unik . Untuk itu saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan yang banyak
membantu dan menunjuk ajar. Tidak lupa kepada suami tersayang En Blasius
Ampai yang begitu prihatin dan banyak memberi sokongan serta anak-anak yang
sangat memahami komitmen ibu mereka terhadap pengajian.
ILIE BINTI BENGKING
3 NOV 2011.
6
LAPORAN KAJIAN
PERAYAAN TAHUN BARU CINA
1.0 Pengenalan
Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai
jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga
kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan
sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan"
dan menghormati perayaan kaum lain. Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh
sesebuah masyarakat ataupun kaum.Lazimnya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah
masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah
berlaku pada suatu masa dahulu. Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama
yang dianut.
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam
kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan
sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa
dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi
menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah
dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
7
kepada mereka yang masih belum kahwin. Tarian naga atau Tarian singa akan diadakan, dengan
kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina
akan ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan
oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China
dari segi kebudayaan dan keagamaan, mereka turut memakai kalendar qamari Cina.
2.0 OBJEKTIF :
1. Mengetahui dengan lebih jelas dan mendalam tentang sejarah dan latarbelakang setiap
perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia.
2. Dapat menanam sikap hormat menghormati dengan perayaan setiap kaum di Malaysia.
3. Dapat memupuk semangat perpaduan melalui konsep Rumah Terbuka semasa sambutan
perayaan kaum diadakan.
3.0 KAEDAH KAJIAN :
1. Pandang dan Dengar
2. Pemerhatian
3. Rujukan
4. Melayari internet
5. Menghadiri rumah terbuka rakan-rakan
6. Pembacaan
4.0 FOKUS KAJIAN:
1. Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.
8
5.0 HASIL KAJIAN:
1. Tarikh perayaan Tahun Baru Cina
2. Sejarah sambutan Tahun Baru Cina
3. Mitos
4. Sambutan perayaan
5. Pakaian
6. Hidangan Tahun Baru Cina
7. Amalan Tahun Baru Cina
8. Ucapan Tahun Baru Cina
9. Pantang larang sewaktu Tahun Baru Cina
10. Tarian menyambut Tahun Baru Cina
11. Tarian Naga
6.0 Tarikh Perayaan Tahun Baru Cina
Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah
disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan
buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan
tersebut.
Haiwan Dahan bumi Tarikh
Tikus z 19 Februari 1996 7 Februari 2008
Lembu chu 7 Februari 1997 26 Januari 2009
Harimau yn 28 Januari 1998 14 Februari 2010
Arnab mo 16 Februari 1999 3 Februari 2011
Naga chn 5 Februari 2000 23 Januari 2012
Ular s 24 Januari 2001 10 Februari 2013
Kuda w 12 Februari 2002 31 Januari 2014
Kambing wi 1 Februari 2003 19 Februari 2015
Monyet shn 22 Januari 2004 8 Februari 2016
Ayam yu 9 Februari 2005 28 Januari 2017
Anjing x 29 Januari 2006 16 Februari 2018
Khinzir hi 18 Februari 2007 5 Februari 2019
9
7.0 Sejarah Sambutan Tahun Baru Cina
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Mungkin, awal
tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan
11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai
untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12
ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut
Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada
bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau
kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu
Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.
8.0 Mitos
Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang,
Yunnan, China.
Perayaan Tahun Baru Cina ada mitos disebaliknya. Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nin
ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah
10
laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai
kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka
mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas.
Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Gu nin, yang
bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".
9.0 Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat,
serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan
kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. Sambutan perayaan ini selama lima belas
hari dimana hari yang ke lima belas adalah hari yang terakhir sambutan.
9.1 Sebelum Tahun Baru
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah
mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau
nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan
rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan
pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu
keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.
Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan
yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena
jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan
ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang
pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan
semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan.
11
9.2 Hari Pertama
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,
menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai
bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Biasanya, perkara yang paling penting,
hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang
tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu
bapa, datuk nenek atau moyang.
Pada malam Tahun Baru Cina, kaum keluarga sama ada dekat atau jauh berkumpul di
rumah ibu bapa untuk makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi
tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makanan malam tahun baru ini biasanya adalah
tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran
prosperity yanng dimakan bersama arak.
Selesai makan,semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara shuo suiyang
dipercayai akan memanjangakan umur seseorang.Bagi yang tua, malam tahun baru Cina
akan dihabiskan dengan bermain mah jong sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan
antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar,
menandakan sambutan tahun baru bermula.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.
12
Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina
9.3 Hari kedua
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" menyaksikan anak perempuan
yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak
perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga
kandung sendiri.
9.4 Hari ketiga
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi
saudara mara atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( ch ku), yang bermaksud bahawa adalah amat
mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-
menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian
13
ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa
sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari
menziarahi kubur.
9.5 Hari kelima
Di bahagian utara China, ladu dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" ( p w). Ini juga
merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan
biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.
9.6 Hari ketujuh
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai, iaitu hari yang manausia setiap orang
ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila salad
ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk
melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan
dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum
14
Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan
oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.
9.7 Hari kesembilan
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja
Jed di Kayangan (tin gng) di tokong agama Tao.Tambahan pula, hari ini dianggap
sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari
kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut.
Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku
Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Teh dituang sebagai adat
bagi menghormati orang ternama.
9.8 Hari kelima belas
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yunxio ji,
atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine., bebola pulut
manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tngyun ialah sejenis makanan Cina yang
diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk
15
membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih.
Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat,
hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.
10.0 Pakaian
Pakaian tradisional yang terkenal dalam kalangan wanita kaum Cina ialah Cheong Sam. Cheong
Sam diperkenalkan semenjak revolusi Negara China pada tahun 1911 dan ia membawa maksud
baju labuh dalam dialek kantonis. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan
hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya
ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Lazimnya, Cheong Sam mempunyai leher yang tinggi,
butang pada bahagian bahu, bentuk yang sendat pada pinggang dan belahan di kiri dan kanan
kain. Cheong Sam biasanya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.
Cheong Sam merupakan baju yang angggun serta sering dilihat pada hari ini semperna Tahun
Baru Cina.
Pakaian Jubah Labuh merupakan lagi satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki
bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China
menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas
dan perak.
16
Cheong Sam Jubah Labuh
11.0 Hidangan Tahun Baru
Jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli
keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan.
Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini
amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan sebagai
makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak
pepatah Cina nin nin yu y, yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama
bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun.
11.1 Juadah atau Makanan Utama Semasa Perayaan
11.1.1 Luohan zhai
Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji
pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat
choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian
lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya
menyaji kiu nyuk dan yong tau fu.
17
11.1.2 Ikan
Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan
serupa dengan "lebihan". Ramuan utama bagi yee sang.
11.1.3 Yee sang/Yu Sheng
Hidangan istimewa lainnya bagi masyarakat Cina, terutama selama Tahun Baru Cina
adalah Yu Sheng. Yu Sheng ialah salad berwarna-warni yang disajikan bersama ikan
mentah.Ikan mentah melambangkan kehidupan yang baru, sementara kata yu dalam
bahasa Cina membawa maksud ''kesejahteraan''.
Caranya adalah menyepit Yu Sheng dengan sumpit dan melemparkannya ke udara,
18
sehingga Yu Sheng dan salad bercampur merata. Yu Sheng iaitu salad ikan salamon
yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah. Kaum
sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat
bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran.
11.1.4 Ladu ( jiaozi)
Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina
kuno, seolah-olah berisi tuah. Pada hari kelima, hidangan ini dijadikan sebagai sarapan
pagi.
11.1.5 Limau mandarin
19
Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru.
Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan
daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan
kemewahan.
11.1.6 Kuih bakul
Mengikut tradisi Cina, terdapat satu kuih istimewa yang harus ada selama perayaan
Tahun Baru Cina. Kuih ini bernama kuih bakul, yang juga merupakan simbol dari
keberuntungan. Hal ini berkait dengan legenda Cina yang mengatakan bahawa saat
Tahun Baru Cina, dewa dapur datang kepada setiap rumah untuk mengevaluasi keluarga
yang tinggal di dalamnya. Dewa dapur memberikan nilai lalu melaporkannya kepada
Kaisar Giok di surga. Rasa Nian Gao yang berbentuk ikan koi ini juga mencerminkan
penilaian yang diberikan oleh dewa dapur. Semakin manis Nian Gao, semakin tinggi
penilaian yang diberikan. Nian Gao yang lengket dipercaya akan membuat mulut dewa
dapur melekat sehingga yang dapat dilaporkannya hanyalah sebuah senyuman. Kuih
bakul paling laris kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".
20
11.1.7 Mi
Siu Mie merupakan makanan khas yang mesti ada untuk menyemarakkan perayaan tahun
baru Cina atau Imlek. Bagi masyarakat keturunan Tionghoa, menyantap Siu Mie adalah
wajib sebagai simbol umur panjang. Siu Mie merupakan simbolisasi ''kelanggengan
umur manusia''. Cara menyantapnya sangat unik iaitu dimakan secara utuh tanpa
digigit. Di sinilah letak seninya, agar tidak putus biasanya Siu Mie dimakan dengan
menggunakan sumpit.
Siu Mie biasanya menjadi sajian santap malam menjelang tahun baru Cina. Sebagai
simbol kelanggengan, Siu Mie juga dikenal sebagai mi panjang umur kerana sesiapa yang
menyantap mi akan mendapatkan umur panjang, kebahagiaan serta limpahan rezeki.
11.1.8 Gula-gula
Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah
atau hitam.
11.1.9 Tikoy
Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan gula. Warna
gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang).
21
12.0 Amalan Tahun Baru Cina
12.1 Ang pau
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah iaitu dalam bahasa bahasa Hokkien (POJ):
ng-pau; bahasa Hakka: hung bao; atau bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan
sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada
muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi
sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit.
Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap,
kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian. Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk
empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4
ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"),
maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan
dalam angpau.
12.2 Pasar Tahun Baru
Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar
ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian
22
dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru
atau sebagai hiasan rumah.
Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura
12.3 Bunga api
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada
zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim
perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap
batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan
berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi
meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan,
mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh
jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek
penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.
23
12.3.1 Larangan mercun
Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun
baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun
adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau
menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka,
kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang
yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya
atas sebab-sebab keselamatan.
Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun
Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-
undangnya tidak selalu dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih
digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.
Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,
kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan
pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina.
Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar
China.
Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah
berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain.
Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan
yang mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis
yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari
1972. Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan
pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada
waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan
terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang
membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan
kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial.
24
Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.
Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari
Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.
Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika
Tahun Baru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya
bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di
beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi
sosial antara kaum cukup memuaskan.
Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan
mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun
dibakar di Chatham Square, Chinatown.
12.4 Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina
kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan,
orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan
baru pada tahun baru.
12.5 Shou Sui
Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas
makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara
menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou
Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.
12.6 Simbol
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau
kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang
tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar
hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna
pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah
25
berbentuk berlian dengan aksara (f), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan
pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina
(do), atau "terbalik", berbunyi sama dengan (do), atau "tiba". Maka, f do
melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.
12.7 Bunga
Amalan menghias rumah dengan bunga adalah satu kemestian ketika sambutan Tahun
Baru Cina. Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan
sering dijual ketika pasaran tahun baru.
Hiasan Bunga Maksud
Bunga plum melambangkan tuah
Kumkuat melambangkan kemakmuran
Narcissus melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa melambangkan panjang umur
Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari bermaksud tahun yang elok
12.8 Ikon dan hiasan
Pada masa perayaan Tahun Baru Cina juga mempunyai ikon dan hiasan khusus kerana
mengikut kepercayaan orang Cina ianya membawa kebaikan.Berikut adalah ikon dan
hiasan yang biasanya digunakan semasa perayaan.
26
Ikon Makna Ilustrasi
Ikan
Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang
memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan lebihan atau
simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun.
Ikan berpadu dengan pepatah Cina (ninnin yuy).
Jongkong
Yuanbao
Yuanbao emas melambangkan wang dan/atau kemewahan. Jongkong
berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di
China zaman silam.
Tanglung Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada
tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini
berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung
yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta
Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai
saiz dan bentuknya.
Perhiasan
Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Poster
kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain
termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas dan
gurindam.
Tarian
singa
Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai
bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang
memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali
boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada
upacara pembukaan perniagaan orang Cina.
Cai Shen
Cai Shen merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar
memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam
kepercayaan Cina.
27
12.9 Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang
terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga
orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan
bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" dan
boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu
menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik
kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya
khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.
12.10 Rumah terbuka
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong
asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka
perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.
13.0 Ucapan
13.1 Selamat Tahun Baru
Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang
dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" iaitu ucapan "Selamat Tahun Baru" , ialah
ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal
dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian
utara China, "gu nin ho" yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari
Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.
28
Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong
13.2 Gong xi fa cai
"Gong xi fa cai", yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki".
Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun
baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai
kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi
kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh
melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk); manakala dua
aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang
makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di
kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat
dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti
pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari
tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya
golongan siswa).
13.3 Ucapan lain
Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya
tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun
baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Susu png'n" diucapkan
29
serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". (Su,
bermaksud "usia") sama bunyi dengan ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran
orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang
sama, (Ninnin yuy), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata
y yang juga ditulis (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru
berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan
hadiah.
Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila
bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di
Malaysia dan Singapura. Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap yang
diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."
14.0 Pantang-larang sewaktu perayaan Tanun Baru Cina
Semasa sambutan Tanun Baru Cina, terdapat beberapa pantang larang yang harus dipatuhi.
Pantang larang ini sinonim dengan perbuatan untuk mendapatkan tuah baik dan mengelakkan
nasib malang seseorang.
14.1 Tuah baik
Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar
mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan
peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil
kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah
kekayaan.
30
Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang
bergosip tentang pemakainya.
14.2 Nasib Malang ("Tuah buruk")
Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau
"sukar".
Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan
Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya
sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya
dengan "kaya".)
Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan
hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa
Kantonis".
Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah
bagi tahun baru.
Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru
Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi
"buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".
15.0 Tarian Menyambut Tahun Baru Cina
Menyambut Tahun Baru adalah saat yang paling gembira bagi tahun berkenaan. Musim inilah
yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan masyarakat dan kegembiraan ini digambarkan dalam
tarian. Tarian ialah sejenis persembahan tradisional dalam budaya Cina. Terdapat beberapa tarian
akan dipersembahkan semasa Tahun Baru Cina,tetapi yang paling popular yang dapat kita lihat
ialah,tarian singa dan tarian naga.
31
15.1 Tarian Singa
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di
bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan
memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan
bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi
oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
15.1.1 Sejarah Tarian Singa
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di
negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut
mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal
sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu.
32
Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa
Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini
sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan
kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak
pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.Tarian Singa Selatan lebih membawa
perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara
membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan
menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar
daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan
kepalanya. Walaupun terdapat perbezaan diantara kedua tarian singa utara dan selatan
tetapi kedua-duanya tetap mempunyai persamaan bahawa ia merupakan salah satu cabang
kesemua masyarakat cina yang memperlihatkan keberanian, kebijaksanaan dan
perpaduan.
15.1.2 Peranan Tarian Singa Dalam Tahun Baru Cina
Tarian Singa Selatan bukan merupakan satu persembahan hiburan di atas pentas sahaja,ia
juga merupakan satu adat yang tradisional bagi orang cina.Orang cina sangat mengambil
berat tentang tarian singa selatan terutamanya semasa Tahun Baru Cina. Semasa Tahun
Baru Cina,penari atau persatuan-persatuan tertentu akan lebih banyalk
mempersembahkan tarian singa selatan berbanding tarian singa utara.Hal ini disebabkan
tarian singa selatan melambangkan sesuatu gambaran penanda yang baik kepada
seseorang.
Tuan rumah akan mempersilakan penari-penari singa selatan pergi ke rumahnya untuk
mepersembahkan tarian tersebut.Barang-barang yang tertentu seperti limau,sayur,dan ang
pau juga akan digunakan besama dalam persembahan .Hal ini kerana barang-barang itu
semua menunjukkan sesuatu keadaan yang ceria.Penari akan menggunakan teknik-teknik
yang dikuasai oleh mereka untuk menggerakkan kepala singa untuk makan limau dan
sayur yang disediakan oleh pihak tersebut.
33
15.2 Tarian naga
Kostum tarian naga
Seperti juga tarian singa, Tarian Naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.
Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga sebagai lambang identiti etnik.Tarian naga
lebih kurang sama dengan tarian singa,perbezaannya cuma tarian singa dikuasai oleh dua
orang penari sahaja,tetapi tarian naga akan dikuasai oleh sekumpulan penari yang
banyak.Lebih kurang 15 orang hingga 20 orang penari yang terlibat dalam persembahan
tersebut,bilanganya bergantung kepada saiz naga yang berbeza.Sebiji bola akan diambil
dan dimainkan oleh salah seorang daripada penari-penari untuk mengarahkan perjalanan
atau pergerakkan naga tersebut.
15.2.1 Sejarah Tarian Naga
Pada pandangan orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga
mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan
mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka
merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin proses untuk menyambut seorang dewa,
bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan
mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" iaitu imej naga Cina
dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu
kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan
kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian
34
meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok
dan beralun-alun.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya
melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga
ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.
Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat,
menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat tentang
tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar
daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga
hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke
empat arah, mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen
(logam, kayu, air, api dan tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang
berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Oleh itu, dansa naga datang dalam
lima warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima
warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han.
Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.
Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China bagi
mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi
terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada
popularisasi adat dan promosi oleh hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan
secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan tradisional yang disajikan
dalam sambutan Tahun Baru Cina.
35
16.0 Penutup
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum seperti Tahun baru Cina ini dapat memperkukuhkan
dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di
Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa masing-
masing.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung mengunjungi di antara
satu sama lain.Bersama- sama berkongsi kemeriahan dan kegembiraan semasa menyambut hari
perayaan.Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat muhibah dan semangat bermasyarakat dapat
lahir dengan sendirinya.
Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang menyambut
perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan bangsa dan agama.Ini
juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti
mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat menghormati terhadap kaum-kaum
lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan
oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.
Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan bermuafakat di
antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan tolong menolong sama
ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut perayaan atau menolong ketika
membuat persiapan untuk menyambut perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat
Malysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.
Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab kepada bangsa
dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing.Justeru itu Semasa perayaan
tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni.Sebagai rakyat Malaysia kita perlu
bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum diminta menyayangi negara dan bangga
kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia.
36
Rujukan
________. 2007. Ensiklopedia Umum Untuk Pelajar, Tahun Baru Cina.(Jilid 9:175).
Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd : Kuala Lumpur.
________. 2007. Ensiklopedia Umum Untuk Pelajar, Tarian Singa.(Jilid 10:5). Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd : Kuala Lumpur.
________.2006.Hari-Hari Perayaan Masyarakat Malaysia.Kementerian Kebudayaan
Kesenian dan Warisan (KeKKWa): Kuala Lumpur.
Jasiman Ahmad.2006. Kebudayaan Warisan Bangsa. Jade Green Publications Sdn.Bhd:
Kuala Lumpur.
Noura Syifa & Zariana Zumail.2008.Intergrasi Melalui Etnik. Sabunai Media Sdn.Bhd:
Kuala Lumpur.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120825/re_03/Wajah-wajah-perpaduan-dalam-
perayaan-di-Malaysia#ixzz2DQ05nOUz
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
http://malay.cri.cn/1/2003/10/21/[email protected]
http://motivasiminda.wordpress.com/2005/07/20/tahun-baru-cina-eratkan-kekeluargaan-
saudara-baru/