8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
1/26
SMKA MAAHAD MUAR
Folio Sejarah Tingkatan 3
Tahun 2010
Perayaan Tradisi
Kaum Di Malaysia
Nama : Nur Afiqah
Tingkatan : 3 Daie
No. IC : 950527-01-8768
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
2/26
SENARAI KANDUNGAN
ASPEK MUKA SURAT
1. Penghargaan
2. Objektif kajian
3. Kaedah kajian
4. Hasil kajian
5. Rumusan
6. Lampiran
7. Rujukan
.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
3/26
1.PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hamizah binti Hassan
selaku pengetua SMKA Maahad Muar kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk
menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan
tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga, guru mata pelajaran Sejarah saya, En Asri Bin Mansor
atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah
banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu
Encik Zahir Bin Mohamad dan Puan Halimah Binti Ahmadyang telah banyak memberi
sokongan moral dan dorongan kepada saya serta menyumbangkan masa, tenaga serta
wang bagi membantu saya menyiapkan folio ini.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas
saya terutamanya Nurul Syuhada Binti Syaharuddin. Beliau telah banyak membantu
saya untuk mencari maklumat dengan lebih terperinci agar tidak tersilap fakta atau
data mengenai isi-isi folio ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada responden yang telah saya menemu bual bagi melengkapkan folio ini.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
4/26
OBJEKTIF KAJIAN
1. Melalui kajian ini juga saya dapat mengetahui jenis-jenis perayaan tradisi
pelbagai kaum yang terdapat di negara Malaysia ini seperti Hari Raya Aidilfitri,
Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Depavali dan Krismas.
2. Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah Hari Raya Aidilfitri dalam
masyarakat Islam dan konsep Hari Raya Aidilfitri dalam masyarakat Islam yang
jelas menunjukkan bahawa ia perayaan keagamaan dan ia disambut sebagai satu
ibadat.
3. Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu
bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
5/26
KAEDAH KAJIAN
1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk
kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari lama-laman web yang
berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian.
2. Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-buku
ilmiah yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan
sekolah-sekolah lain.
3. Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual ibu
dan ayah saya berkenaan dengan perayaan ini. Mereka sebagai orang sumber yang
menjdi rujukan utama saya semasa menyiapkan kajian ini.
4. Kaedah majalah. Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini
melalui majalah-majalah yang berkaitan.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
6/26
HASIL KAJIAN
PERAYAAN TRADISI : HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab : ; 'Ayd al-Fir "perayaan fitrah")
disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya
Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan
yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,
India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi
menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat
puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain
Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara, iaitu melalui rukyah (melihat anak
bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan
kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalamTakwim
Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada
sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaitu Ayd al-Fitr. Nama
lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran.
Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid Mubarak, Idul Fitri,
Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki).
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
7/26
Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di
seluruh dunia. Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum
Melayu yang beragama Islam.
Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan. Perayaan ini bermula
selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa. Hari raya bermula melalui dua
cara iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya
melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal,
iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan
diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa
tempat yang strategik.
Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat
mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna. Kemenangan itu
bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan
minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan
menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT, di mana
sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.
Kalimat FITRI itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia
balik kepada fitra yang asal. Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia
yang sememangnya bersih dari noda dan dosa.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
8/26
SEJARAH/ASAL USUL : HARI RAYA AIDILFITRI
Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.
Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera
menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi
secara turun temurun daripada datuk nenek mereka yang terdahulu.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam
menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna
iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan
keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang
diraikan itu adalah satu ibadat. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai suatu
kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan
sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan
minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang
diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya.
Kerana itu Allah SWT menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan
kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat fitri sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik
kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia
yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
9/26
UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut
hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja
diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti
memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda
kesyukuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan
bahawa:
Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik
dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan
mati, iaitu hari kiamat.
Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke
masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan
kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingat Islam
tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam
menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan
pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk
bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan
berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat
dapat menyambut Aidilfitri.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
10/26
Lalu baginda segera bertanya: Kenapa wahai saudaraku? Lelaki itu berkata: "Kerana
saya tidak ada baju baru." Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain,
agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna
Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran
daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan
mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan
bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.
Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang
ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa
kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin
pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya
rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak
dapat merayakan hari raya seperti kita.
Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian
duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep
pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran
semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka
pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan
pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
11/26
Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat
Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang
akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya
mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.
Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat
beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang.
Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan
dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
12/26
PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN
SEBELUM
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu
sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah
dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan
perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di Radio dan di
televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank,
sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga
seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku
akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut
Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali
sebagai Balik Kampung.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
13/26
BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud :
"Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan
pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."
Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan
yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya
dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
SEBELUM
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.
Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali gandaSetiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa
iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi
dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api nerakaDituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lainBanyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di
dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir
Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar
seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
14/26
Raya Aidilfitri (selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara
mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan Surah Yassin. Kemudian
mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan
bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah
hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di
kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada ALLAH SWT.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya
Aidilfitri. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui
sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi
daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang
Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu
hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan
syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas
polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian
hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu
detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan
turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid
dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai
simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau
atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
15/26
pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana
pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan
Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud:
"Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-
masjid kami." , dan juga riwayat dari Umar ( ) menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka
Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun
sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan
sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang
pulang ke bandar setelah cuti tamat.
PAKAIAN
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki
di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket
di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju
kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kurunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kurunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kebayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kurunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kurunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_kebaya8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
16/26
mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket,
dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh
Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
AMALAN SAMPINGAN ATAU SUNAT
Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitrib) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantikc) Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinyad) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjide) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan
http://ms.wikipedia.org/wiki/2005http://ms.wikipedia.org/wiki/Batikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Songkethttp://ms.wikipedia.org/wiki/Endon_Mahmoodhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Ahmad_Badawihttp://ms.wikipedia.org/wiki/2005http://ms.wikipedia.org/wiki/Batikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Songkethttp://ms.wikipedia.org/wiki/Endon_Mahmoodhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Ahmad_Badawi8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
17/26
yang lain.f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g)Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal
hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.
- Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan
Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka
perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."
SELEPAS
Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya
dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam
seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.
BULAN ZULKAEDAH
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat
dan fardhu seperti biasa.
BULAN ZULHIJJAH
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
18/26
Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah
menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak
pernah melakukan maksiat.
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari
itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada
hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-
nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah
dengan pandangan rahmat
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
19/26
berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu
kesulitannya
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih
anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari
Syaitan. Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa
hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa
mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut
terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).
Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut
akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan
sentosa.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.b
)
Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai
menunaikan solat Adha
c)Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan
jalan yang laind
)Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e)
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah
tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
20/26
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat
Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal
Muharram.
KESAN PERAYAAN
KELUARGA
Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim
sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak
saling bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik. Semasa hari raya
biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari
kemenangan ini. Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.
PERPADUAN
Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua
kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-
masing. Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi
menjadi amalan rutin. Perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, justeru
itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan
tenteram.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
21/26
PELANCONGAN
Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung
kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana
mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak
langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan
negara.
KEAGAMAAN
Kesan perayaan terhadap agama. Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat
menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa. Islam meminta kita meraikan Hari
kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan
Ramadhan.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
22/26
RUMUSAN
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur
patriotisme yang saya perolehi. Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini
menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargaiperayaan ini kerana perayaan
ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa
bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.
Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan
yang ada di Malaysia ini. Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di
Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan
perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara
kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa
perayaan.Kegembiraan dikongsi bersama.
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga dengan negara saya kerana di negara
ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi. Negara Malaysia merupakan sebuah
negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. Saya amat menyayangi
negara Malaysia. Salam Satu Malaysia.
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
23/26
LAMPIRAN
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
24/26
RUJUKAN
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
25/26
Elemen 3
Tugasan 2
SOALAN:
bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan
dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia?
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-
kaum yang ada di Malysia ini. Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum
Melayu.Tahun Baru Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Krismas oleh kaum
India atau Cina yang menganut ajaran Kristian.
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di
Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
masing-masing. Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung
mengunjungi di antara satu sama lain. Bersama-sama berkongsi kemeriahan dan
kegembiraan semasa menyambut hari perayaan. Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat
muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.
Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang
menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan
bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang
8/9/2019 30801251 Folio Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 Elemen2 3
26/26
berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat
menghormati terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong
Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.
Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan
bermuafakat di antara satu sama lain. Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan
tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut
perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan kerana
semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak
menyambut perayaan ketika itu.
Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab
kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing. Justeru
itu, semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni. Sebagai rakyat
Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum diminta
menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Recommended