PENDAHULUAN
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah mata pelajaran wajib
di semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Panitia Pendidikan
Jasmani juga perlu diwujudkan sekiranya di sekolah itu mempunyai tiga orang
atau lebih guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.
Di dalam kerja kursus ini akan dibincankan tentang peranan Panitia, peranan
ketua panitia dan ahli-ahlinya.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga layak mendapat sumber
kewangan. Di dalam kerja kursus ini juga dibincangkan tentang sumber
kewangan panitia ini.
Setiap sekolah mestilah mempunyai sebuah stor sukan dan pembangunan
sekolah hendaklah memberi perhatian yang sewajarnya dalam perkara ini.
Sebuah stor yang lengkap, kemas dan teratur menyenangkan kita menyimpan
dan mengeluarkan peralatan untuk Pendidikan Jasmani. Dari segi pendidikan
pula, sebuah stor yang dipelihara dengan baik dan sistematik akan menjadi
contoh yang baik kepada semua murid di sekolah itu.
Biasanya, seorang guru ditugaskan sebagai Penyelia Stor Sukan di sekolah.
Keadaan tempat stor ini bergantung pada guru berkenaan. Tetapi
penyelenggaraan sebuah stor sukan memerlukan kerjasama daripada semua
pihak termasuk guru besar, guru-guru dan murid-murid.
1
1.0 PENGURUSAN PROGRAM PJ DAN PK
1.1 Mengetahui struktur organisasi akademik di sekolah.
Struktur organisasi ialah Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan
ikhtisas yang dianggota oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang
sama di sesebuah sekolah.(Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit
adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran.
Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan
yang dilantik sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara automatik menjadi
ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakil panitia mata
pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai
penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam
perjumpaan-perjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah
kurikulumdan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar
atau Pengetua atau Penolong kanannya, sama ada untuk mendapat
penyelesaian atau untuk makluman.
Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum
ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung
dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau
isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau
permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan
pembelajaran.
2
1.2 Tujuan Panitia Mata Pelajaran
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata
pelajaran:
1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-
pembelajaran;
2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapat strategi-strategi mengajar yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para
pelajar terhadap pembelajaran;
3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan
sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau
berasaskan kepada prestasi/ targetyang ditunjukkan dalam rancangan
akademik sekolah;
4. Mewujudkan semangat berkerjasama di antara panitia mata pelajaran
dengan persatuan atau kelab akademik.
1.3 Mengenal pasti peranan ketua panitia dan ahli
Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia,
sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:
Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini untuk
kegunaan ahli-ahli panitia;
Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam
3
sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/ darjah di mana ada
kaitan;
Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian uku itu
dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;
Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan
kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;
Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berdasarkan
sekolah-sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan
jika perlu menubuhkan bank soalan;
Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalan
tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan
pertengahan tahun dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah
untuk mengatasikelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran;
Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya
sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ad
hoc bila dan jika perlu;
Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia(secara
formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-
masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang
berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah atau isu-isu tersebut;
4
Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh setelah
mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;
Mewujudkan semangat saling berkerjasama dengan persatuan di sekolah
dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran;
Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran
dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;
Bekerjasama dengan ahli-ahli panitia dan membantunya dalam usaha ke
arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran
tertentu;
Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaian.
5
2.0 KEWANGAN PJ DAN PK
2.1 Sumber kewangan
Di sekolah rendah dan menengah, pelbagai sumber kewangan boleh
diperoleh bagi melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum. Tanpa kewangan
yang mencukupi, sesuatu aktiviti kokurikulum tidak boleh dilaksanakan.
Sehubungan itu, seorang guru atau penasihat perlu mengenal pasti sumber
kewangan sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum. Sumber
kewangan yang diperoleh bagi melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum sama
ada daripada satu sumber sahaja atau pelbagai sumber. Sumber kewangan ini
boleh dicatat dalam kertas kerja di bahagian pendapatan. Antara sumber
kewangan yang boleh diperoleh bagi melaksanakan sesuatu aktiviti kokurikulum
ialah:
1. Akaun Wang SUWA.
2. Tajaan.
3. Kutipan derma dan sumbangan pihak luar.
4. Usaha ahli.
5. Yuran keahlian/ bayaran peserta.
6
2.1.1 Akaun Wang SUWA
Di sekolah rendah dan menengah, terdapat satu sumber kewangan yang
dikenali Akaun Sumbangan Wang Asing atau lebih dikenali Akaun Wang SUWA.
Akaun Wang SUWA ini bukan peruntukan kewangan daripada Kementerian
Pendidikan atau Jabatan Pendidikan. Akaun Wang SUWA ini di bawah satu
akuan yang berasingan dengan peruntukan kewangan daripada Kementerian
Pendidikan atau Jabatan Pendidikan. Antara punca Akaun Wang SUWA adalah
seperti:
1. Pajakan kantin sekolah.
2. Derma-derma seperti derma daripada orang perseorangan dan swasta
3. Yuran Tahunan Pelajar (seperti perpustakaan, kokurikulum, sukan,
peperiksaan dan keagamaan).
4. Sumbangan lain yang diberikan oleh orang perseorangan dan pihak
swasta.
Wang SUWA ini boleh digunakan untuk perbelanjaan bagi aktiviti
kokurikulum dengan kadar yang tertentu. Kadar ini terpulang kepada
pentadbiran sesebuah sekolah. Akaun Wang SUWA ini juga akan diaudit
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti akaun peruntukan daripada
kerajaan.
7
2.1.2 Tajaan
Banyak pertandingan dan aktiviti kokurikulum, terutama dalam bidang sukan
dan permainan yang dilaksanakan di peringkat negeri dan kebangsaan
menerima tajaan daripada syarikat swasta yang terkemuka. Aktiviti-aktiviti
kokurikulum di peringkat sekolah juga boleh mendapat tajaan hadiah dan
sumber kewangan daripada penaja. Jawatankuasa atau urusetia perlu
menyenaraikan penaja dan seterusnya menghantar surat kepada penaja-
penaja untuk mendapatkan tajaan yang berupa kewangan atau barang.
Aktiviti kokurikulum tersebut boleh ditaja sepenuhnya oleh sesebuah
syarikat penaja atau beberapa penaja yang lain. Antara syarikat swasta
yang memberi tajaan ialah:
MILO
PETRONAS
TNB
Proton
KUB
8
2.1.3 Kutipan Derma Dan Sumbangan Pihak Luar
Persatuan di peringkat sekolah juga boleh mendapat sumber kewangan,
hamper, hadiah dan sebagainya dengan cara kutipan derma dan
sumbangan pihak di luar institusi pendidikan. Antara sumber atau badan
yang dihubungi adalah seperti:
1. Badan-badan NGO (PIBG,Majlis Belia Jajahan, Aids Malaysia dan
sebagainya).
2. Syarikat-syarikat swasta dan perseorang.
3. Kerajaan (BTN, Kerajaan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan,
Jabatan Perpaduan Negeri dan sebagainya).
Sesebuah persatuan boleh mendapat sumbangan tersebut dengan
pelbagai cara seperti:
1. Surat rayuan/ kutipan derma.
2. Jogathon.
3. Iklan melalui buku cenderahati.
4. Papan atau kain iklan.
9
2.1.4 Usaha Ahli
Ahli persatuan boleh berusaha mencari sumber kewangan bagi
melaksanakan aktiviti kokurikulum. Antara punca kewangan yang boleh
diperoleh daripada usaha ahli seperti ini ialah:
1. Minggu kerja (bagi pergerakan pengakap).
2. Mengumpul dan menjual surat khabar lama, baju terpakai, perabot
lama dan sebagainya.
3. Menjual makanan dan sebagainya.
4. Pestari/ pasaria.
5. Kad derma.
6. Lain-lain yang difikirkan sesuai oleh persatuan berpandukan
masyarakat setempat.
2.1.5 Yuran Keahlian/ Bayaran Peserta
Kewangan bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum boleh juga diperleh
daripada sumber yuran keahlian atau bayaran peserta. Kebiasaannya,
pembiayaan kewangan aktiviti kokurikulum adalah daripada bayaran yang
dikenakan kepada ahli atau para peserta dan sumber-sumber lain seperti
daripada penaja dan pihak lain.
10
3.0 PENGURUSAN STOR
3.1 Mengetahui struktur stor dan penyusunan alatan-alatan ikut kepentingan.
Alatan sukan dan permainan terdiri daripada pelbagai jenis, bentuk dan saiz
serta diurus dengan cekap
Stor alatan sukan adalah selamat jika kita menyimpan dan menyusun
alatan dengan kemas. Pengurusan stor sukan yang berkesan mengambil kira
aspek-aspek berikut:
Mudah diambil dan disimpan (mengikut label).
Mudah dikira dan direkodkan.
Menjimat ruang.
Menjamin keselamatan alatan dan penggunaan.
11
Kita hendaklah menggunakan dan menyimpan alatan sukan mengikut peraturan
yang ditetapkan. Dengan cara ini kita dapat mewujudkan sistem pengurusan stor
sukan yang baik.
3.2 Penyelenggaraan peralatan sukan (Stor Sukan)
Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh
membawa maut adalah Lembing, Peluru, Cekara, Tukul Besi, Tiang Lompat
Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad Kriket, Bola Hoki,
Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes, Anak Panah dan
Peralatan Gimnastik.
Pastikan semua peralatan yang merbahaya seperti yang dinyatakan di
atas, hendaklah disimpan, dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi
sepanjang masa.
Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil
oleh orang-orang yang ditugaskan sahaja. Setiap peralatan yang dikeluarkan
dari stor sukan mestilah direkodkan dalam buku keluar-masuk alat-alat sukan
oleh guru atau jurulatih sahaja.
Peralatan sukan tidak boleh dibawa pulang ke rumah oleh sesiapa pun
dan hendaklah diambil dan dipulangkan pada hari yang sama. Sekiranya
terdapat peralatan yang rosak hendaklah dilaporkan pada pentadbir sama ada
untuk diperbaiki atau dimusnahkan.Penjaga stor hendak memeriksa dan
memastikan peralatan yang baik sahaja boleh dikeluarkan dan menyimpan
semua peralatan rosak di kawasan yang selamat .
12
3.4 Peralatan sukan
Peralatan sukan seperti Tiang Gol hendaklah ada warranty daripada
pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang
persatuan sukan. Semua peralatan yang sudah tamat tarikh luput hendaklah
dimusnahkan dengan serta merta. Adalah salah membeli, meminjam atau
memberi pinjaman, menggunakan peralatan sukan yang tidak mendapat
pengiktirafan dari Badan Sukan.
3.5 Panduan menyimpan, menjaga dan menyusun peralatan
Stor yang lengkap haruslah mempunyai kemudahan-kemudahan seperti almari,
rak bertingkat, kotak-kotak kayu, bakul-bakul dan penyangkut pada dinding.
Kelengkapan ini akan menyenangkan kerja menyimpan peralatan.
Peralatan yang berharga seperti jam randik, pita ukur, pembesar suara dan kasut
lari perlu disimpan di dalam almari yang berkunci.
Tiap-tiap tempat atau perkakas yang digunakan untuk menyimpan peralatan
mestilah dilabelkan dengan jelas sebagai panduan untuk murid yang menyimpan
peralatan itu.
Peralatan yang sering digunakan disusun di bahagian luar sotr supaya mudah
dikeluarkan.
Peralatan yang tajam seperti lembing, hendaklah disimpan dengan mata tajam
itu menghadap ke dalam atau ke bawah demi keselematan
Peralatan mestilah dibersihkan sebelum disimpan di dalam stor. Begitu juga tali-
tali skip diikat dengan kemas, bib dilipat dan kemudian disusun dan bola yang
kurang angin juga perlu dipamkan.
Peralatan yang berat jangan diletak di atas benda-benda yang lembut dan
mudah rosak
Bilik stor sukan hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
13
3.6 Memahami penggunaan buku stok
Buku stok adalah untuk merakamkan segala peralatan yang telah
dibekalkan kepada stor itu. Catatan tentang peralatan yang rosak, hilang dan
juga perlu diganti juga dicatatkan. Pemeriksaan stor hendaklah dilakukan dari
semasa ke semasa supaya kedudukan peralatan dapat dikemaskinikan.
3.7 Borang pinjaman
Contoh borang pinjaman alatan di stor sukan, Sila rujuk di Lampiran
3.8 Peraturan pinjaman alatan
Antara peraturan-peraturan pinjaman alatan dari stor sukan adalah seperti
berikut:
1. Hanya guru yang dibenarkan masuk dan meminjam alatan dari stor
sukan. Pelajar dilarang masuk ke bilik stor tanpa mendapat keizinan
daripada guru.
2. Setiap guru yang ingin meminjam alatan sukan dari bilik stor haruslah
mengisi borang peminjaman yang disediakan.
3. Alatan yang dipinjaman hendaklah dipulangkan selepas digunakan.
4. Alatan yang telah dipinjam haruslah diletakkan kembali ke tempat
asalnya.
5. Peminjam bertanggungjawab terhadap alatan yang di pinjam sepanjang
alatan itu berada di bawah pengawasannya.
6. Jika alatan yang dipinjam didapati rosak atau hilang, peminjam
dikehendaki mengisi borang dan menandatangani pengisytiharan bahan
rosak atau hilang.
14
4.0 PENUTUP
Kesimpulannya, ketua panitia dan ahli-ahlinya mempunyai tugas yang
tersendiri dalam Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Oleh itu, semua
AJK Panitia PJK hendaklah sentiasa bekerjasama antara satu sama lain
agar dapat menjalankan aktiviti seperti yang telah dirancangkan.
Sumber kewangan yang telah diperuntukkan boleh digunakan untuk membeli
peralatan sukan. Setiap pembelian barangan haruslah direkodkan untuk
rujukan di masa hadapan.
Stor sukan juga haruslah diberi perhatian yang serius kerana stor sukan
akan menempatkan segala barangan Pendidikan Jasmani. Sekiranya
barangan tersebut tidak diselenggara dengan baik, maka barangan itu akan
mudah rosak.
15
5.0 BIBLIOGRAFI
Sumber Buku
1. Teng Boon Tong, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Kursus
Diploma Perguruan Malaysia, Longman, Petaling Jaya, Selangor, 2001.
Sumber Internet
1. http://www.geocities.com/padeat68/Tugas_sekolah.htm
2. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
3. http://interaktif.kbs.gov.my/pps/tips.php
16