BAB 4BAB 4SISTEM BEKALAN AIR SEJUKSISTEM BEKALAN AIR SEJUK
1
Disediakan Oleh:ZURAINAH BINTI MOHAMED SAID
KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR
RAJAH 1: Kitaran Air2
SUMBER UTAMA BEKALAN AIR
i. Air permukaan (sungai, tasik, kolam, takungan air)
3RAJAH 2: Air Permukaan
ii. Air bawah tanah ( mata air, telaga)
4RAJAH 3: Air Bawah Tanah
PROSES RAWATAN AIR
• Air disedut masuk ke dalam loji menggunakan pam sedutan yg dilengkapkan dengan penyaring iaitu alat yang menghalang bahan selain dari air memasuki loji tersebut.
• Proses seterusnya: Pengudaraan >> Pembauran kimia >> Pengenapan >> Penapisan >> Pembasmian kuman
5
Pengudaraan
• Meningkatkan kandungan oksigen larut dalam air.• Mengurangkan rasa dan bau yang disebabkan oleh gas
yang terserap dalam air (hidrogen, Sulfat ).• Mengurangkan kandungan karbon dioksida dalam air dan
mengurangkan sifat ‘corrosive’ (karat) serta meningkatkan nilai pH air itu.
• Menukarkan besi dan mangan kepada keadaan tidak larut dan menjadikannya berkeladak supaya dapat dipisahkan melalui penapisan.
6
7
RAJAH 4: Proses Pengudaraan
Pembauran kimia
• Selepas pengudaraan air akan dilalukan melalui ‘mixing flume’ untuk proses pembauran kimia.
• Fungsi utama pembauran kimia ialah untuk membentukkan floks kimia yang boleh menyerap jisim-jisim ‘colloidal’ dan jisim-jisim halus yang terapung.
8
9RAJAH 5: Proses Pembasmian Kuman
Pengenapan
• iaitu proses dimana jisim-jisim yang telah berkelompok (floks) diasingkan dari air dengan cara pengenapan graviti.
• Jenis-jenis tangki pengenapan seperti:-– Tangki Alir Ufuk (Horizontal Flow Tanks)– Tangki Alir tegak (Vertical Flow Tanks)– Spiral Flow Tanks
10
11
RAJAH 6: Proses Pengenapan
Penapisan
• Menghilangkan kekeruhan, bahan koloid yang tidak boleh mengenap, bakteria, rasa dan bau.
• Proses penapisan sebenarnya ialah mengalirkan air melalui beberapa lapisan pasir dan kelikir yang berbeza saiz dimana kekotoran yang terdapat pada air tersebut akan tertahan oleh lapisan-lapisan tersebut seterusnya air bersih akan diperolehi.
• Jenis-jenis penapis yang boleh ditemui adalah seperti berikut:-– Penapis pasir perlahan (Slow Sand Filters)– Penapis Graviti Deras (Rapid Gravity Filters)– Penapis tekanan – tegak dan ufuk (Vertical & Horizontal)
12
13
RAJAH 7: Proses Penapisan
Pembasmian kuman
• Di Malaysia, amalan kebiasaannya ialah memasukkan klorin ke dalam air.
• Klorin ini akan dikacau selama 10 hingga 15 minit agar rata. • 30 hingga 45 minit diambil bagi membunuh kuman-kuman
merbahaya ini.
14
KAEDAH PENGHANTARAN BEKALAN AIR
• Sistem Graviti - Air disalurkan dari tempat tinggi ke tempat rendah dgn menggunakan daya graviti. (Loji pembersihan air dibina di atas tapak yang arasnya terletak lebih tinggi daripada pengguna)
• Sistem Berpam - Di dalam sistem ini, air yang telah diproses dipam terus ke dalam paip utama tanpa memerlukan storan.
• Sistem Graviti & Berpam - Dalam sistem ini, air yg telah diproses dipam naik untuk disimpan di dalam tangki atau kolam air diparas yang tinggi. Penghantaran air kepada pengguna dari tangki atau kolam ini dilakukan secara graviti.
15
KAEDAH PENGHANTARAN BEKALAN AIR DARI PUNCA UTAMA
1. Kaedah Hujung Mati:– Sesuai untuk perumahan kerana lebih ekonomi (penggunaan
paip yang kurang dan panjang yang minimum berbanding kaedah lain) dan senang untuk pembangunan seterusnya.
– Kelemahan:• Air hanya mengalir pada satu arah mati sahaja.• Jika berlaku kerosakan pada mana-mana paip, bekalan air
kepada semua pengguna akan terputus.
16RAJAH 8: Kaedah Hujung Mati
2. Kaedah Grid:– Sesuai digunakan untuk bandar-bandar yang terancang. – Semua paip utama, cabang dan suapan dicantumkan diantara
satu sama lain. – Kelemahan:- Agak mahal kerana melibatkan penggunaan paip
yang lebih panjang bagi membekal air kepada pengguna.– Kelebihannya:-
• Keupayaan sistem ini membekalkan air yg sentiasa segar dan secara berterusan.
• Bekalan air ke pengguna tidak akan terjejas sekiranya berlaku kebocoran pada mana-mana bahagian tertentu.
• Kadar tekanan air dapat ditingkatkan dengan menghalakan aliran air ke tempat yang diperlukan.
17
18RAJAH 9: Kaedah Grid
3. Kaedah Gelang:– Sesuai digunakan di bandar yang mempunyai sistem jalan
raya yang teratur dan lurus.– Biasanya kaedah ini digunakan di kawasan yang mempunyai
kepadatan penduduk yang tinggi.– Menyerupai kaedah Grid, perbezaannya ialah adanya
gegelang yg berbentuk bulat atau segiempat pada sekitar kawasan yang memerlukan bekalan air dengan paip utama mengelilingi kawasan bekalan.
19RAJAH 10: Kaedah Gelang
4. Kaedah Jejarian:– Sistem jejarian sesuai digunakan bagi bandar atau perumahan
yang susunatur jalan raya berjejarian.
20
RAJAH 11: Kaedah Jejarian
JENIS-JENIS BAHAN PERPAIPANi. Paip Besi Galvani:
– Dibuat daripada besi galvani – Ciri-ciri:
• Tahan lasak • Tidak mudah patah • Berat • Tahan haba tinggi • Boleh berkarat • Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan
21
ii. Paip PVC: – Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride) – Ciri-ciri:
• Murah • Ringan • Tidak tahan panas • Mudah patah dan pecah • Dijual dalam dua gred ketebalan
22
iii. Paip Poli:– Paip getah tiruan hitam (HDPE) – Ciri-ciri:
• Tahan karat • Tidak mudah patah • Mudah disambung dan mudah ditanggalkan • Liat dan elastik • Boleh dilentur
23
PEMOTONGAN PAIP PVC/POLI (Peralatan: Pensil, meter pengukur dan pemotong paip PVC/poli)
24
i. Ukuran dibuat dan ditanda menggunakan pensil dan meter pengukur
ii. Alat pemotong dibuka keseluruhannya
iii. Paip PVC dimasukkan ke dalam bilah pemotong
iv. Pemotong digenggam beberapa kali hingga mencengkam paip PVC
v. Pemotong digenggam sambil dipusing kebawah sedikit demi sedikit
vi. Ulang cengkaman pada pemotong sehingga pemotongan selesai
PEMOTONGAN PAIP BG (Peralatan: Pensil, meter pengukur dan pemotong paip BERODA)
i. Ukuran dibuat dan ditanda menggunakan pensil dan meter pengukur.ii. Masukkan paip kedalam rahang ragum paip yoke.iii. Laraskan rahang bergerak supaya ragum paip yoke dapat memegang
paip dengan kukuh.iv. Masukkan batang paip kedalam roda pemotong pada bahagian yang
telah ditandakan.v. Pemulas dipusing sehingga mencengkam lilitan paip.vi. Letakkan minyak pelincir pada bahagian yang telah dipotongvii. Bahagian yang telah dipotong.viii. Bahagian yang telah dipotong dikikir dengan kikir rata dibahagian luar
dan kikir bulat dibahagian dalam untuk menghilangkan gerigi pada paip besi bergalvani.
25
SISTEM BEKALAN AIR
• Sistem bekalan air di rumah terbahagi kepada dua:i. Sistem bekalan terus - Air dibekalkan terus ke rumah melalui paip
perkhidmatan.- Ciri-ciri:
• Airnya dan masih baru ( sesuai untuk minuman dan memasak).
• Tinggi tekanan airnya.• Keburukan sistem ini ialah sekiranya berlaku gangguan atau
kerosakan pada paip utama sistem terus tidak dapat membekalkan air.
26
ii. Sistem bekalan tidak terus - Air dibekalkan ke rumah melalui tangki simpanan air.- Ciri-ciri:
• Airnya telah tersimpan agak lama dalam tangki simpanan air yang sesuai untuk kegunaan mandi dan membasuh.
• Tekanan airnya rendah.• Keburukan sistem ini ialah sekiranya berlaku
gangguan atau kerosakan pada paip utama, tangki simpanan air masih dapat membekalkan air.
27
28RAJAH 12: Pembahagian Bekalan Air Dari Punca
JENIS-JENIS PAIP DALAM SISTEM PERPAIPAN DI RUMAH
i. Paip Perhubungan - menghubungkan paip utama dengan meter air- membenarkan air masuk ke tangki simpanan air dan ke
bahagian-bahagian dalam rumah- batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG)
29
ii. Paip Perkhidmatan - menghubungkan air dari tangki simpanan air untuk
disalurkan keluar dari tangki semasa kerja pembersihan
- membenarkan air masuk ke dalam rumah- batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG)
iii. Paip Agihan- membekalkan air dari tangki simpanan kepada kelengkapan
perpaipan di dalam rumah - membenarkan air keluar dari tangki- batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG) atau PVC
30
iv. Paip Cuci- dipasang pada bahagian dasar tangki untuk menyalurkan air
keluar dari tangki semasa kerja pembersihan - batang paip diperbuat daripada besi polivinalklorida (PVC)
v. Paip Limpah- dipasang tinggi sedikit daripada aras penuh air tangki untuk
menyalurkan air limpahan jika berlaku kerosakan pada injap bebola, batang paip (PVC)
31
PAIP PERHUBUNGANPAIP PERKHIDMATAN
PAIP AGIHAN
PAIP LIMPAH
PAIP CUCI
TANGKI SIMPANAN PAIP
KUNCI PAIP
METER PAIP
32
RAJAH 13: Sistem Perpaipan Dalam Rumah
JENIS PENYAMBUNG PAIPJENIS PENYAMBUNGJENIS PENYAMBUNG PAIP BESI PAIP BESI
GALVANIGALVANIPAIP PVCPAIP PVC PAIP POLIPAIP POLI
Soket Sama
Soket Pengecil
Siku 90˚
T-Sama
T-Pengecil
Penyuai Soket Injap
Penyuai Soket PT
Puting Heksagon
Palam
Soket Penjodoh
33
JENIS PENYAMBUNGJENIS PENYAMBUNG
Soket Sama
Soket Pengecil
Siku 90˚
Siku pengecil
T-Sama
T-Pengecil
Penyuai Soket Injap
Penyuai Soket PT
Puting Heksagon
Palam
Soket Penjodoh34
JENIS JENIS PENYAMBUNGPENYAMBUNG
KEGUNAANKEGUNAAN
Soket Sama Menyambung paip yg sama saiz diameter
Soket Pengecil Menyambung paip yang berlainan saiz diameter
Siku 90˚ Mengubah arah sambungan paip bersudut 90˚
Siku Pengecil Mengubah arah sambungan paip yang berlainan diameter bersudut 90˚
T-Sama Menambah sambungan paip
T-Pengecil Menambah sambungan paip yang berlainan diameter
Penyuai Soket Injap Menghubungkan dua jenis paip yang berlainan jenis
Penyuai Soket PT Menyambung batang paip dengan pili
Puting Heksagon Menyambung dua soket sama atau penyuai soket PT
Palam Menutup hujung paip yang tidak digunakan
Soket Penjodoh Menyambung dua paip BG tanpa mengubah kedudukan penyambung lain
35
CONTOH PENYAMBUNGAN PAIP
36
RAJAH 14: Penyambungan Paip
BAHAN PENYAMBUNG
• Pita PTFE:- Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis. - Digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan sambungan paip BG
37RAJAH 15: Pita PTFE
• Gam PVC:- Sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering- Gam PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan-Digunakan untuk melekatkan sambungan paip PVC
38RAJAH 16: Gam PVC
ALATAN TANGAN YANG DIGUNAKANDALAM SISTEM PERPAIPAN
1. Perengkuh Paip:• Digunakan untuk memegang dan memutar paip yang telah dibuat
benang semasa kerja-kerja penyambungan dan pemasangan. • Alat ini kurang sesuai digunakan pada nat pili dan nat-nat di injap kerana
rahangnya yang bergigi akan merosakkan segi-segi nat berkenaan.• Cara menggunakannya:
39RAJAH 17: Perengkuh Paip
2. SEPANA BOLEH LARAS:• Kegunaannya:
(a) Mengetatkan dan membuka kepala pili.(b) Mengetatkan dan membuka bolt dan nat yang pelbagai saiz.
• Cara menggunakannya ialah:(a) Memegang hulu dengan tangan kanan.(b) Melaraskan saiz bukaan sepana mengikut benda kerja.(c) Meletakkan sepana pada benda kerja dan memutarkannya.
(d) Memutarkan sepana mengikut arah jam untuk membuka nat dan mengikut arah lawan jam untuk mengetatkan
nat.
40RAJAH 18: Sepana Boleh Laras
3. PELOCOK:• Digunakan untuk mengepam keluar kotoran pada perangkap sinki yang
tersumbat.• Dapat menguraikan endapan-endapan di dalam perangkap sinki.• Cara menggunakannya :
(a) meletakkan pelocok pada lubang keluar besen atau sinki.(b) menekan dan mengepam sinki beberapa kali sehingga
kotoran keluar.
41RAJAH 19: Pelocok
4. GERGAJI BESI:
• Kegunaannya:(a) memotong plat keluli.(b) memotong paip besi bergalvani.(c) memotong paip plastik.
• Saiz yang selalu digunakan di bengkel ialah 250mm dan 300mm.• Saiz mata gergaji ditentukan oleh panjang mata & bilangan gigi bagi setiap
inci.• Dalam setiap 1cm terdapat 5,7,9 @ 12 gigi mata gergaji.• Ada 2 jenis:
a) gergaji besi bingkai tetap- tidak boleh dipanjangkan @ dipendekkan.
b) gergaji besi bingkai boleh laras- boleh dipanjangkan atau dipendekkan.
42
• Cara menggunakannya:Memasang mata gergaji pada bingkai dengan mata menghala ke luar
pemegang.Memegang gergaji besi dengan kedua belah tangan.Benda kerja dipasang serendah-rendahnya pada ragum untuk
mengelakkan benda kerja daripada bergetar & berbunyi bising.Letakkan gergaji bersudut tepat pada benda kerja.Menolak dan menarik dengan tekanan yang sama.
43
RAJAH 20: Gergaji Besi
5. PEMOTONG PAIP BERODA:
• Berfungsi untuk memotong paip besi galvani bergalvani, paip plastik dan objek-objek yang bulat dengan cepat dan tepat.
• Nama bahagian:o Roda panduo Mata pemotongo Bingkaio Skru pelaraso Pemegang/Tangkai pemulas
44
RAJAH 21: Pemotong Paip Beroda
• Cara menggunakannya: o Kenakan mata pemotong pada tanda atau tempat yang hendak dipotong.o Pegang bingkai dan pusing tangkai pemulas hingga mata pemotong
mencengkam paip.o Pusing pemotong paip beroda satu pusingan dan pusing pemegang setengah
ikatan bagi membolehkan mata pemotong membuat potongan lebih dalam.o Ulang langkah (c) sehingga batang paip terpotong.o Pada masa batang paip hampir putus pegang tangkai pemulas dengan tangan
kanan dan bingkai dengan tangan kiri. Ini bertujuan untuk mengelakkan pemotong paip beroda daripada jatuh terhayun ke badan murid-murid.
45
5. RAGUM PAIP YOKE:
• Berfungsi untuk memegang dan mengapit batang paip supaya tidak berpusing semasa membenang luar besi galvani.
• Ia juga digunakan semasa menyambung dan memasang paip dengan bahan-bahan penyambung.
• Nama bahagian:o Rahang tetapo Rahang bergerako Pemegang tangkai pemulaso Skru pelaraso Penguncio Bingkai
• Cara memasang:Muka depan ragum paip yoke hendaklah diletakkan separas dengan
mata kerja sebelum lubang penetap ditebuk dan dibolkan.
46
RAJAH 22: Ragum Paip Yoke
• Cara menggunakannya:
– Jika hendak memegang batang paip yang panjang buka pengunci dan masukkan batang paip ke rahang melalui tepi pengunci.
– Jika hendak memegang batang paip yang pendek, buka rahang dan masukkan batang paip melalui rahang.
– Jarak hujung paip dengan ragum paip Yoke bagi membuat kerja memotong ialah 12.5 cm
– Jarak hujung paip dengan ragum paip Yoke bagi membuat kerja membenang ialah 10 cm.
– Jika jarak hujung paip dengan ragum paip Yoke tidak sesuai, kerja memotong atau membenang menjadi sukar.
47
• Cara menetapkan batang paip pada ragum paip Yoke:
– Pastikan pengunci mencengkam pada kedudukan yang betul supaya putaran tangkai pemulas tidak sia-sia.
– Pusing tangkai pemulas ikut pusingan jam sehingga batang paip dipegang oleh ragum paip Yoke sekukuhnya.
– Tolak tangkai pemulas ke belakang ketika hendak memotong paip atau membenang hujung paip, supaya kerja-kerja memutar alat pembenang dan memotong paip tidak terhalang
48RAJAH 23: Paip yang diapit oleh Ragum Paip Yoke
6. KIKIR RATA:
• Saiz panjang kikir rata yang biasa digunakan ialah daripada 100mm – 350mm.
• Mempunyai keratan berbentuk segiempat tepat.• Kegunaannya untuk membuang gerigis luar pada hujung paip yang telah
dipotong.
49
RAJAH 24: Kikir Rata
7. KIKIR BULAT:
• Saiz ditentukan oleh jarak di antara hujung & bahu.• Saiz yang lazim digunakan ialah daripada 100mm – 350mm.• Kegunaannya:
- mengikir dan membesarkan lubang di kawasan bulat dan bahagian melengkung.
- membuang gerigis dan tepi tajam pada lubang paip selepas batang paip dipotong dengan gergaji besi atau pemotong paip beroda.
50RAJAH 25: Kikir Bulat
8. PLAYAR CENGKAM RAGUM:
• Digunakan untuk mencengkam batang paip bergalvani dengan kuat.• Mempunyai alat pengunci di belakang yang boleh mengunci benda kerja.• Cara menggunakannya:
(a) buka rahang bagi mencengkam benda kerja pelbagai saiz dengan melaraskan nat pengunci.
(b) cengkaman bleh dilepaskan dengan memicit tuil pelepas.
51
RAJAH 26: Playar Cengkam Ragum
9. PENGULIR LUAR:
• Digunakan untuk membuat ulir luar pada batang paip besi bergalvani.
52
RAJAH 27: Pengulir Luar
10. PEMOTONG PAIP PVC:
• Berfungsi memotong paip PVC dan paip poli dengan mudah, cepat, tepat dan kemas.
• Nama-nama bahagian: 1) Pemegang2) Pengunci
3) Mata pemotong4) Rahang5) Gear pelaras
53
Mata pemotong
Pemegang
Gear pelarasRahang
Pengunci
RAJAH 28: Pemotong Paip PVC
• Cara menggunakannya:
o Maksimumkan pembukaan rahang yang mengandungi mata pemotong dengan menarik kedua-dua pemegang ke arah luar.
o Letakkan paip PVC yang telah ditanda pada mata pemotong .o Rapatkan kedua-dua pemegang supaya mata pemotong menyentuh
permukaan paip.o Gerakkan pemegang dengan menggenggamnya dan lepaskan semula
pemegang. Mata pemotong bertindak memotong paip. Lakukan beberapa kali.
o Putarkan badan pemotong PVC tanpa mengusik kedudukan mata pemotong pada badan paip.
o Pada masa yang sama tuil akan menolak gigi shaft gear pelaras ke satu gigi yang lain. Mata pemotong akan lebih mencengkam dan memotong paip dengan mudah.
54RAJAH 29: Cara memotong paip PVC menggunakan Pemotong Paip PVC
TANGKI SIMPANAN AIR
• Kegunaan:- Untuk menyimpan air dan membekalkan bagi penggunaan
tandas dan bilik mandi serta di waktu kecemasan.- Menjamin bekalan sekurang -sekurangnya satu hari jika paip
itu rosak.- Memenuhi permintaan segera (kecemasan) seperti berlaku
kebakaran, gunakan air dari tangki itu dan kemudian dipenuhkan semula.
• Kelemahan:- Memerlukan ruang dan bahan menyokong yang memadai.- Mudah kotor.
55
56
Tangki SimpananAir
Bangunan Besar- Ditempatkan mengikut zon dengan mengadakan tangki asing (break- tank) dan juga mengambilkira kehendak bomba dan pihak penguasa air.
Bangunan Kecil- Tangki selalunya ditempatkan di ruang bawah bumbung dan di ruang atas bilik air untuk mendapat tekanan yang baik.
Bahagian Fungsi
A Kunci paipMengawal kemasukan air ke dalam tangki melalui paip perkhidmatan
B Paip perkhidmatan Membekalkan air ke dalam tangki simpanan
C Injap masuk Mengawal kemasukan air ke dalam tangki
D Pelambong Mengawal paras air dalam tangki
E Paip cuci Mengeluarkan air semasa kerja mencuci
F Kunci paip Membuka dan menutup paip cuci
G Paip Agihan Membawa air ke bahagian-bahagian dalam rumah
H Paip limpah Mengeluarkan air sekiranya injap rosak
I Penutup tangki Melindungi air dalam tangki daripada pencemaran
57