AKTIVITI 1
CARI GETAH DALAM TEPUNG
Objektif :
1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.
2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk menentang pasukan
lawan.
Penyelaras:
1.
Penjaga Masa:
1.
Juri:
1.
Cara Permainan:
1. Semua ahli kumpulan mesti terlibat dalam permainan ini.
2. Setiap/semua peserta mestilah beratur di garisan permulaan dan muka mereka akan dibasahi dengan
air.
3. Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak permulaan berlari
ke garisan permainan bermula.
4. Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam pinggan dan mengambil hanya satu getah dengan
menggunakan mulut dan diletakkan ke dalam bekas yang disediakan.
5. Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan seterusnya bergilir-gilir mengikut urutan sehingga
wisel penamat dibunyikan iaitu selepas 10 minit.
6. Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah akan dikira sebagai pemenang.
Arahan:
1. Setiap peserta yang meniup tepung hanya dibenarkan mengambil satu getah sahaja pada setiap
gilirannya. Jika peserta tersebut mengambil lebih daripada satu getah ia hanya akan dikira sebagai satu.
Langkah Keselamatan:
1. Aktiviti dijalankan di kawasan yang rata dan sesuai.
2. Peserta mesti berhati-hati semasa aktiviti dijalankan.
3. Peserta sentiasa diawasi oleh penyelaras semasa aktiviti dijalankan dan peti kecemasan juga
disediakan.
Permarkahan:
1. Kumpulan yang dapat mengumpul bilangan getah paling banyak akan dikira sebagai pemenang.
2. Jika terdapat dua kumpulan yang mengumpul getah paling banyak yang sama, kumpulan yang bermain
dengan jujur dan mengikut segala peraturan permainan dengan betul akan dikira sebagai pemenang.
3. Jumlah markah yang diberikan adalah berdasarkan standard pemarkahan yang telah di tetapkan.
Peralatan:
1. Stop watch
2. Wisel
3. Pinggan
4. Tepung
5. Gelang getah
6. Air
AKTIVITI 2
STRAW DI MULUT
Objektif :
1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.
2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menentang pasukan lawan.
Penyelaras:
1.
Penjaga Masa:
1.
Juri:
1.
Cara Permainan:
1. Setiap ahli kumpulan akan berada dalam satu barisan dan akan dipisahkan dengan jarak tertentu.
2. Setiap peserta akan diberikan satu straw dan letakkan straw tersebut di mulut masing-masing.
3. Ahli pertama daripada setiap kumpulan akan memulakan permainan dengan pass getah yang diberikan
oleh penyelaras kepada ahli seterusnya dengan menggunakan straw di mulut. Kemudian ahli kedua
pula pass getah tersebut kepada ahli ketiga dengan cara yang sama, dan seterusnya sehingga peserta
terakhir.
4. Peserta terakhir perlu meletakkan getah tersebut di atas kertas/pinggan yang disediakan oleh fasilitator
dengan menggunakan straw.
5. Permainan ini akan diteruskan sehingga tempoh masa tamat. Masa permainan adalah 10 minit.
6. Kemenangan akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya mengumpul bilangan getah yang paling
banyak.
Arahan:
1. Peserta hanya boleh pass getah dengan menggunakan straw yang diberikan di mulut.
2. Tangan mesti diikat di belakang. 5 mata akan dipotong sekiranya mana-mana peserta melakukan
penipuan.
[ Contoh : Gunakan tangan ketika pass getah kepada peserta lain ]
3. Pastikan peserta terakhir meletakkan getah di atas kertas/pinggan yang disediakan, di mana getah yang
berada di luarnya tidak dikira dalam pengiraan.
Langkah Keselamatan:
1. Pastikan berhati-hati ketika pass getah, supaya straw tidak kena pada mata ahli kumpulannya.
2. Pastikan ada jarak tertentu di antara peserta, bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Permarkahan:
1. Kumpulan yang dapat mengumpul bilangan getah paling banyak akan dikira sebagai pemenang.
2. Jika terdapat dua kumpulan yang mengumpul getah paling banyak yang sama, kumpulan yang bermain
dengan jujur dan mengikut segala peraturan permainan dengan betul akan dikira sebagai pemenang.
3. Jumlah markah yang diberikan adalah berdasarkan standard pemarkahan yang telah di tetapkan.
Peralatan:
1. Stop watch
2. Wisel
3. Straw
4. Pinggan/ kertas
5. Gelang getah
6. Tali ikat tangan
AKTIVITI 3
KEMBAR KU
Objektif :
1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.
2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menentang pasukan lawan.
Penyelaras:
1.
Penjaga Masa: -
Juri:
1.
Cara Permainan:
1. Setiap kumpulan terdiri daripada 7 ahli.
2. Kain diagihkan untuk mengikat kaki setiap ahli supaya menjadi kembar.
3. Setiap kembar akan berlari menuju ke garisan penamat.
4. Kembar yang mencatat masa terpantas dikira sebagai pemenang.
5. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati
Arahan:
1. Sekiranya ikatan kaki terurai, kembar akan tersingkir dari permainan dan di kira kalah.
Langkah Keselamatan:
1. Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sukan.
2. Permainan akan dijalankan secara regu agar tidak terlalu sesak dan untuk mengelakkan kemalangan.
Permarkahan:
1. Kumpulan yang mencatat masa terpantas adalah pemenang.
2. Kembar – kembar yang kalah dalam pusingan pertama akan bertanding semula untuk merebut tempat
ketiga.
3. Jumlah markah yang diberikan adalah berdasarkan standard pemarkahan yang telah di tetapkan.
Peralatan:
1. Stop watch
2. Wisel
3. Kain ikat kaki
AKTIVITI 4
BELON OH BELON
Objektif :
1. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.
2. Membentuk pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menentang pasukan lawan.
Penyelaras:
1.
Penjaga Masa: -
Juri:
1.
Cara Permainan:
1. Setiap kumpulan terdiri daripada tujuh orang.
2. Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu 4 daripadanya berada di tapak satu dan 3
peserta lagi di tapak dua.
3. Selepas wisel dibunyikan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak satu membawa
belon air kepada peserta di tapak dua.
(Cara membawa belon air ialah dengan belon air dikepit dengan kedua-dua kaki dan peserta tidak
dibenarkan memegang belon air dengan tangan.)
4. Peserta di tapak dua akan menyambut belon air itu dan membawa belon air kepada peserta di tapak
satu. Permainan dikira tamat jika peserta-peserta yang pada awalnya berada di tapak satu kesemuanya
telah berada di tapak dua dan peserta-peserta yang pada awalnya berada di tapak dua pula telah berada
di tapak satu.
Arahan:
1. Jika belon air yang dibawa terjatuh ataupun pecah, peserta dikehendaki lari semula ke tempat asal dan
mula semula.
Langkah Keselamatan:
1. Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sukan.
2. Pemainan dijalankan di kawasan lapang.
Permarkahan:
1. Kumpulan pertama berjaya menamatkan acara ini dikira sebagai pemenang.
2. Markah diberikan berdasarkan standard pemarkahan yang telah disediakan.
Peralatan:
1. Wisel
2. Belon berisi air
AKTIVITI 5
TARIK TALI
Objektif :
1. Menguji daya ingatan.
2. Menyemai semangat berpasukan antara ahli semasa permainan dijalankan.
Penyelaras:
1.
Penjaga Masa: -
Juri:
1.
Cara Permainan:
1. Setiap kumpulan akan terdiri daripada 7 orang.
2. Ketua kumpulan akan mencabut undi untuk menentukan lawan mereka.
3. Perlawanan adalah secara kalah mati. Kumpulan yang menang akan meneruskan perlawanan untuk
merebut gelaran juara. Manakala kumpulan yang kalah akan berlawan untuk menentukan kedudukan
ketiga dan keempat.
Langkah Keselamatan:
1. Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sukan.
2. Pemainan dijalankan di kawasan lapang.
Permarkahan:
1. Markah diberikan berdasarkan standard pemarkahan yang telah disediakan.
Peralatan:
1. Wisel
2. Tali
3. Kain