1
Air Sumber Kehidupan
Oleh Oleh Oleh :::
Ustaz Hj. Mohd Isa Bin Hj. Abd. Rahman
2
AIR SUMBER KEHIDUPAN
د هح ىاهلل الح م جعل الذ رحض لك دا األ مح وسلك مهح ب ال ، فيها لك ىحزل س
نو وأ
هاء يا ناء السذ رجح خح فأ ا ب واج زح
هد .شتذ نبات نوح أ شح
نح أ
اهلل إلذ لإل أ
ده يحك ل وحح هد .ل ش شحا وأ د هذ نذ م
ه أ ل عبحد وح ده ىبذ ل ورس مذ .بعح صل اللذه
لىا سي دىا ع وسل مح د وموح هذ ال وع م ب . واله ونوح وصحح
د ابعح نذيها فيا :أ
ن أ وح له سح مح اله وحصيك
س أ وى ونفح ون فاز فقدح اهلل بتقح تذق .اله
Sidang Jumaat yang dihormati,
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan
mengamati dengan teliti semua pekerjaan yang akan kita lakukan. Sekiranya itu
perintah Allah, perintah Rasulullah, maka bersegeralah kita lakukan. Akan tetapi, jika
pekerjaan itu maksiat kepada Allah atau dilarang oleh Rasulullah SAW, maka jauhilah,
dan hindarkanlah. Hanya dengan bertakwa kepada Allah, Insya Allah kita akan
berbahagia di dunia dan akhirat.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Firman Allah swt menerusi ayat 65 Surah an Nahl :
ڃ ڃ ڃ چ چ
ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ڀٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀچ
چٺ ٿ
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
21 September 2018/11 Muharram 1440
3
Maksudnya : Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidup-
kanNya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan
(pelajaran).
Air menjadi sumber kehidupan yang terpenting kepada makhluk yang hidup di atas
muka bumi Allah ini. Manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan setiap yang melata di
bumi ini, sangat bergantung kepada air. Mulai dari sekecil-kecil aktiviti dalam amalan
harian sehingga kepada sebesar-besar perkara terlibat dengan air. Dua pertiga (2/3)
daripada bumi ini adalah air. Dua pertiga (2/3) daripada badan manusia juga men-
gandungi air. Tanpa air manusia akan mati dalam tempoh beberapa hari. Air adalah
bukti kekuasaan Yang Maha Pencipta. Air amat penting sebagai sumber kehidupan.
Perhatikan pula pada surah Qaf, ayat 9 berikut ini:
ڃ ڃ ڃ چ چ
چں ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ چ
Maksudnya : Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) Yang banyak
faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan)
dan biji-bijian yang dituai; (Surah Qaaf : 9)
Apa akan terjadi, andai kata di dunia ini tidak ada air?. Jawapannya sudah tentulah
tidak akan ada makhluk kehidupan. Manusia takkan mampu hidup tanpa air dalam
waktu satu minggu, demikian juga haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Itu ertinya Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah mengaturnya dengan begitu indah,
tertib, rapi, dan cermat. Sebelum menjadikan makhluk di dunia ini terlebih dahulu
Allah SWT menyediakan air untuk kegunaan mereka.
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
21 September 2018/11 Muharram 1440
4
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Oleh kerana air merupakan anugerah Allah SWT yang amat berharga dan menjadi
keperluan kepada kehidupan, maka sewajarnyalah kita menghargai dan menunjukan
rasa bersyukur dengan memelihara segala bentuk sumber air di samping mengelakan
pembaziran. Sesungguhnya apabila ketiadaan air, nescaya akan menimbulkan
kesukaran kepada kehidupan khususnya manusia. Ini adalah kerana daripada sumber
airlah semua perkara yang hidup menjalani kehidupan.
Firman Allah SWT lagi dalam surah Al-Anbia’ ayat 30 :
ڃ ڃ ڃ چ چ
ڱچ ڱ ڱ ڳ ڳ ڳ ڳ گ گ ڱگ
چۀ ہ ہ ۀں ں ڻ ڻ ڻ ڻ
Maksudnya : Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai ba-
hawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai
benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap
-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
Muslimin sidang Jumaat yang berbahagia
Mimbar terasa terpanggil untuk berkongsi beberapa kaedah yang boleh kita lakukan
dalam aktiviti hidup sehari-hari supaya kita menggunakan air mengikut keperluan
serta tidak membazir. Antara caranya ialah:
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
21 September 2018/11 Muharram 1440
5
1. Hadkan kelajuan air.
Air yang dibuka dengan laju dari paip dapat membazirkan air sebanyak 3,000 liter se-
hari! Sebuah paip boleh mengalirkan air antara 15 ke 25 liter, setiap minit. Pembaziran
ini dapat dielakkan dengan:
• Menutup paip dengan kemas.
• Tukar kepala paip yang telah uzur.
• Periksa pemasangan paip.
2. Air jirus tandas
Purata sebanyak satu pertiga daripada penggunaan air di rumah adalah untuk menjirus
tandas. Tandas lama menggunakan sebanyak sembilan liter air atau lebih pada setiap
kali dipam (cucuran). Tandas baru yang kebanyakannya digunakan pada hari ini, meng-
gunakan tidak lebih dari enam liter air untuk setiap jirusan (cucuran). Sekiranya anda
bercadang untuk menukar tandas, pastikan tandas baru anda menjimatkan penggunaan
air.
3. Jimatkan air semasa mandi
Sebaik-baiknya bilik air kita menggunakan pancuran air yang tidak terlalu be-
sar. Kebanyakan pancuran model lama menggunakan 20 liter air dalam seminit atau le-
bih daripada itu. Model baru kebanyakannya menggunakan 9 liter seminit. Langkah ini
mampu untuk menjimatkan hamper 45% serta dapat menjimatkan kira-kira 28,000 liter
setahun seorang . Banyak air yang dapat kita jimatkan semasa mandi jika kita:
• Menghadkan masa mandi.
• Mengawal penggunaan air semasa mandi.
• Menutup paip semasa menyuci badan dengan sabun.
4. Jimatkan air semasa di dapur
Amalkan mencuci sayur dan daging di dalam sinki yang dipenuhi air separuh muatan.
Kita dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak lima belas kali ganda berbanding
dengan penggunaan air paip yang mengalir. Jika mencuci pinggan dengan cara yang
sama, kita juga dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak tujuh kali ganda.
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
21 September 2018/11 Muharram 1440
6
Apabila membasuh pakaian dengan menggunakan mesin pembasuh, gunakannya
dengan muatan penuh kerana jumlah penggunaan air adalah sama banyak sama ada
muatan penuh ataupun separuh. Elakkan sedaya mungkin membasuh pakaian meng-
gunakan mesin basuh jika pakaian hanya sehelai dua sahaja.
5. Membasuh kenderaan.
Kajian menunjukkan jika kita mencuci kenderaan sekali seminggu dan membiarkan
air tidak bertutup sebenarnya kita telah menggunakan 1,500 liter sejam atau ber-
samaan 18,000 liter setahun. Gunakan baldi (bukannya hos yang terbuka) untuk
membasuh kenderaan anda.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Kalau kita dapat mencintai air, dan dapat memanfaatkan air, kita adalah bangsa yang
bertamadun. Bertindaklah untuk menyalurkan maklumat kepada pihak yang
bertanggungjawab jika kita mendapati ada berlaku kebocoran paip, kecurian air dan
kerosakan pada meter paip di mana-mana premis atau rumah. Ingatlah bahawa
merancang dan berjimat adalah amalan mulia jika kita mampu melakukannya. Ada
pepatah Melayu mengatakan bahawa “ Kita tidak akan mengetahui hakikat nikmat itu
tersangat berharga selagi kita tidak kehilanganya!. Sebelum kehidupan kita yang pe-
nuh dengan nikmat dan manfaat dari air ini menjadi melarat akibat perbuatan kita
sendiri, marilah kita mensyukurinya dengan menghargai pemberian Allah ini dengan
penuh kesedaran dan keinsafan.
ڃ ڃ ڃ چ چ
ۓ ڭ ڭ ڭ ڭ ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ چ
ې ې ې ى ى ائ ائ ەئ ەئ ېۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ
چوئ وئ
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
21 September 2018/11 Muharram 1440
7
Maksudnya : "Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan
dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menja-
dikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka
apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba
mereka menjadi gembira."
(Surah Ar-Ruum : 48).
إ بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امعظيه ، ونفعن و ياكه بىا فيو إ ووكه تلوت كر احلكيه ، وتقبل ون يات واذل
وي ال
ىيع امعنيه ستغفر اهلل امعظيه ل ومكمه . السذا وأ قول قول
أ
مني والمىموممات، ولسائر الىسنىني والىسنىات والمىموم .فاستغفروه، فيا فوز الىستغفريي ويا ناة اتلائبني
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
21 September 2018/11 Muharram 1440