SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
TOKOH FALSAFAH : AL- KHAWARIZMI
NAMA : SITI HALIMATUN SAADIAH BT AZAM
NO.MATRIK : JEA 080131
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
SEMESTER : SATU 2008/2009
1
PENGENALAN
LATAR BELAKANG
TOKOH ILMUWAN ISLAM
Al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh yang dikenali pada zaman tamadun
Islam. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau juga dikenali
sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Di barat, Al-Khawarizmi
dikenali sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-
Gorismi dan lain-lain lagi. Di namakan Latinkan menjadi Aljabar. Beliau dilahirkan di
Bukhara. Tahun 780 hingga 850 M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Beliau
wafat antara tahun 220 dan 230 M.
Dalam bidang pendidikan terbukti bahawa beliau ialah seorang tokoh Islam yang
berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,
kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah
pemerintahan Khalifah al-Ma’mum, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau
bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan
astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau
pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhintungan India pada dunia
Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah Sistem Nombor (ia telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum), ‘Mufatif al-
2
Ulum’ yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang, dan Al-
Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind (karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa
Latin oleh Prince Boniopagri. Bukan itu sahaja, karya-karya seperti Al-
Mukhatasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah, Al-Amal bi’ Usturlab’, Al-Tarikh,
dan Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah juga merupakan karya yang
dihasilkan oleh al-Khawarizmi.
KUPASAN TENTANG FALSAFAH
AL-KHAWARIZMI SARJANA MATEMATIK DAN ASTRONOMI
Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan Aljabar
dan Hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam
bidang matematik. Beliau juga berjaya menghasilkan konsep-konsep matematik sehingga
konsep-konsep ini menjadi popular dan masih diguna pakai pada zaman sekarang.
Antaranya ialah kos, sin, dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem
segi tiga sama, mengira luas segi tiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.
Bukan itu sahaja, beliau juga memperkenalkan masalah pecahan, sifat nombor perdana
dan teori nombor.
Dalam bukunya al-Khawarizmi memperkenalkan kepada dunia ilmu
pengetahuan angka 0 (nol) yang dalam bahasa arab disebut Sifr. Sebelum beliau
memperkenalkan angka nol, para ilmuwan mempergunakan abacus, iaitu daftar
3
yang menunjukkan satuan, puluhan, ratusan, ribuan, dan seterusnya, untuk
menjaga setiap angka supaya tidak tertukar dari tempat yang telah ditentukan
dalam hitungan. Akan tetapi, hintungan seperti ini tidak mendapat sambutan dari
kalangan ilmuwan Barat ketika itu dan mereka lebih tertarik untuk memperguna
raqam al-binji (daftar angka arab termasuk angka nol), hasil penemuan al-
Khawarizmi. Dengan demikian angka nol baru dapat diperkenalkan dan
dipergunakan orang Barat sekitar 250 tahun setelah ditemui al-Khawarizmi.
Selain itu, al-Khawarizmi juga memperkenalkan bidang astronomi pada zaman
tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu yang mengkaji tentang
bintang-bintang, planet, bulan, dan matahari. Astronomi juga dapat ditakrifkan sebagai
ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang
kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.
Penggunaan matematik dan astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad.
Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada aritmetik
dan geometri sahaja.
Dari sudut falsafah Islam pula, sains matematik seharusnya berlandaskan dengan
beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, akhlak, dan syariah. Ini kerana
ia perlu bagi tokoh-tokoh yang beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan
atau tugasan mengikut undang-undang Islam.
4
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam seperti mana dengan ilmu-
ilmu Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah (tanda-tanda
Allah) iaitu symbol kebesaran, kewujudan, dan keesaan Tuhan. Ungkapan yang wujud
sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan Epistemology sains
matematik, kita tidak seharusnya diterima bulat-bulat tanpa syarat.
Bukan itu saja, dalam matematik juga perlu ada ciri-ciri akhlak mulia dan ia juga
perlu dimasukkan ke dalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan
nilai-nilai murni. Sebagai contoh, akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini
adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan dan ilmu ini haruslah dipelajari.
Ini kerana keadilan itu dituntut dalam Islam. Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah
itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.
Manakala dari sudut syariah pula, matematik Islam hendaklah berkembang selari
dengan keperluan manusia dan berasaskan kepada undang-undang yang mengenai tindak-
tanduk masyarakat. Sebagai contoh, ahli matematik Islam cuba menyelesaikan masalah
yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba, dan mencabar kebenaran
hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi institusi.
Al-Khawarizmi juga memperkenalkan cabang-cabang matematik antaranya
geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain lagi. Geometri merupakan cabang kedua dalam
matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang ini ialah asal-usul
geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat (The Elements) hasil karya
5
Euklid. Dari segi bahasa geometri berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘geo’ bererti
buni dan ‘metri’ bererti sukatan. Dari sudut ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang
mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang.
Kesimpulannya, al-Khawarizmi banyak berjasa kerana berjaya mengembangkan
ilmu yang dimiliki untuk mencelikkan masyarakat dunia hari ini. Ini kerana, matematik
dan astronomi hari ini amat penting jika ingin maju dalam kehidupan. Kini, bidang
matematik di Malaysia seiring arus perdana seperti dibuktikan oleh Pengarah Institut
Penyelidikan Matematik Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Kamel Ariffin kerana
berjaya menghasilkan satu-satunya perisian komputer yang menggunakan sepenuhnya
bantuan animasi untuk pembelajaran calculus sehingga mendapat pengiktirafan peringkat
antarabangsa.
6
RUJUKAN
Mhtml:file://F:\AL-
Khawarizmi%20Sarjana%20Matematik%20danAstronomi.mht
Ilmuwan Islam: Al- Khawarizmi perkenal algebra, pakar aritmetik
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
7