1. ALIRAN DAN TOKOH DALAM TATABAHASA MELAYU Ahli Kumpulan:
Shelly Awing Junut Nancy Ngumbang Nurul Afifah bt Abd Yatim
Caroline Nyandau
2. PENGENALAN Tatabahasa merupakan susunan perkataan yang
kemudiannya menjadi ayat. Penyusunan perkataan dan kemudian ayat
ini akan mempunyai makna yang tertentu. Terdapat
peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat
dan peraturan inilah yang menentukan ketepatan sesuatu bentuk
bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu baik, baik secara lisan
mahupun tulisan. 8.1 Aliran dan tokoh
3. Terdapat ramai sarjana Barat & tempatan yang mengkaji
tatabahasa Melayu. Aspek penggolongan kata yang dibuat oleh Saba,
Marsden dan Windsted yang menjelaskan tatabahasa dengan
menggolongkan nama mengikut makna. Kita juga dapat melihat
penggolongan kata yang dibuat oleh ketiga-tiga tokoh tersebut pada
dasarnya adalah sama.
4. R.O. WiNstEdt R.O. Winstedt Malay Grammar (1914)
Penggolongan kata boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
nama(substantives), kerja (verbals) dan partikel. a. Nama : nama,
ganti nama, angka, sifat nama b. Kerja : kata kerja, sifat kata c.
Partikel : kata depan, kata sendi, kata seru, penambah
5. W. MARsdEN W. Marsden A Grammar of the Malay Language (1812)
Marsden membahagikan kata kepada dua bidang utama iaitu golongan
besar dan golongan kecil. a. Golongan besar : nama, sifat nama,
kerja b. Golongan kecil : ganti nama, angka, sifat kata, kata
depan, kata sendi, kata seru
6. ZAbA Zaba : Pelita Bahasa Penggal 1 (1940) Zaba pula
membahagikan golongan kata kepada lima bahagian iaitu kata nama,
kata perbuatan, kata sifat, kata sendi dan kata seruan. a. Kata
Nama : menyebut benda atau orang b. Kata Perbuatan : menyebut
perbuatan atau keadaan yang diadakan
7. c. Kata Sifat : menerangkan sifat sesuatu nama atau
perbuatan atau lainnya. d. Kata sendi : menyambungkan antara
perkataan dengan perkataan atau antara bahagian percakapan. e. Kata
seruan : mengeluarkan perasaan hati.
8. ALIRAN TOKOH TATABAHASA STRUKTURAL
9. Konsep Tatabahasa StrukturalTatabahasa Struktural mempunyai
konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu, aliran
Tatabahasa Struktural menekankan bahawa tatabahasa bermaksud .
merangkumi bentuk-bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan
saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian
pertuturan.
10. Tatabahasa Struktural Tatabahasa Struktural dikait dengan
era Linguistik Moden. Aliran struktural merupakan aliran yang
membangkang aliran tradisional. Linguistik di Barat berkembang
dengan pesatnya. Dengan itu lahirlah Tatabahasa Struktural yang
menekankan aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara
mendalam.
11. Tatabahasa Struktural Aliran ini begitu menekan kepada
unsur dalam sesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam
mengikut sistem bahasa. Bukti yang nyata ialah penggolongan kata
kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku Nahu Melayu
Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis.
12. Tokoh Tatabahasa Struktural Tatabahasa Struktural Barat
Ferdinand de Saussure - Course in general Linguistics L. Bloomfield
Language (1933) Edward Sapir Language (1881) Z.S. Harris -
Structural Linguistics (1951) dan ramai lagi.
13. Tokoh Tatabahasa Struktural Tokoh Tatabahasa Struktural
Melayu Era Tahun 1960-an Antara buku tatabahasa aliran Struktural
di Malaysia ketika itu ialah: Asmah Hj. Omar (1968) Morfologi -
Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu
Perbandingan Pola. Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) An
Introduction to Malay Grammar Asmah Hj. Omar (1970) Bahasa Malaysia
Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktur (Buku 1-V) Asraf (1971) Mari
Belajar Bahasa Kita
14. Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran
struktural. Hal ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang
digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran
Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal
daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah
Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara
secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari
tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu
ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau
lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai
segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh
penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara terperinci
aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.
15. Unsur dan Unit Yang Membentuk Struktur Dalam Tatabahasa
Struktural
16. Aliran struktural menekankan pertalian struktur tersendiri,
maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa
iaitu mofologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu
kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan
kata-kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran
struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen dalam
ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan
analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat
kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap
konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang
lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain.
17. Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural Fokus pengkajian TS ialah
aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan
perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai
unit tatabahasa. Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu
pertalian struktur tersendiri. Sekarang kita teliti dahulu
ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran struktural ini: Bahasa ialah
pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa
ialah arbitrari Bahasa adalah untuk perhubungan
18. RUMUSAN Rumusannya, aliran struktural lebih menekan
terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia
berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.
19. ALIRAN TRANSFORMASI GENERATIF
20. DEFINIFI Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula
diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Noam
Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk SyntacticStructures. nahu
sebagai a device of some sort for producing the sentences of
thelanguage under analysis menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara
generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk
tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat- ayat yang
bersesuaian sebanyak mungkin.
21. Setiap penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan
untuk menggunakan bahasa secara gramatis. Kajian bahasa terletak
pada pengetahuan dan kecekapan penutur asli menggunakan bahasa
serta berkemampuan membentuk dan memahami pelbagai jenis ayat yang
tidak terkira banyaknya. Nahu dibahagikan kepada 3 NAHU sintaksis
semantik fonologi
22. STRUKTUR DALAMAN DAN STRUKTUR PERMUKAAN Struktur yang
biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang
diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain,
membentuk semantik ayat. Struktur ayat yang biasanya telah
mengalami perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya,
dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si
penutur, dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi
bahasa, yang dinamai komponen fonologi. Apabila terdapat suatu ayat
daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua
struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan
ayat. Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal
daripada hanya satu struktur dalaman, maka akan berlaku pula
ayat-ayat yang bersifat parafrasa. STRUKTUR DALAMAM STRUKTUR
PERMUKAAN
23. TATABAHASA MODEL GENERATIF
24. a) Adik menunggang basikal itu. b) Basikal itu ditunggang
oleh adik. Ayat di atas mempunyai makna yang sama (bersifat
parafrasa). c) Ibu bapa Wani sedang bercuti. Ayat di atas mempunyai
unsur ketaksaan.
25. STRUKTUR DALAMAN Zakiah doktor. STRUKTUR PERMUKAAN Zakiah
bukan doktor. Zakiah doktor? Siapakah Zakiah? Zakiah ialah doktor
gigi. Doktor itu Zakiah. Ayat dasar Berlaku perubahan pada struktur
ayat. Terdiri daripada pelbagai bentuk ayat.
26. RUMUS STRUKTUR FRASA RUMUS STRUKTUR FRASA terletak pada
komponen dasar untuk menghasilkan deskripsi struktur yang
seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau ayat inti. berfungsi
untuk melahirkan rajah- rajah pohon yang menunjukkan hubungan
gramatis (subjek, objek, predikat, dan sebagainya) antara
berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar.
RUMUS TRANSFORMASI RUMUS TRANSFORMASI Berfungsi mengubah aturan
atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau
frasa. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa
menjadi input kepada rumus transformasi menukar pola atau struktur
ayat membawa kepada struktur permukaan. Struktur permukaan ditafsir
oleh bahagian bunyi bahasa atau kompenan fonologi. Proses
transformasi melibatkan proses pengguguran, penyusunan semula atau
perluasan RUM US SINT AKSI S RUM US SINT AKSI S
27. RUMUS STURKTUR FRASA i. A SP ii. S FN iii. P FN/ FK/ FA/ FS
iv. FN (BiL) + (Penj Bil) + (Gel) + KNInt + (KNInt) + (Pen) +
(Penentu) v. FK (KB)+ KKtr + {Obj / AKomp} + (ket) KKttr + {Pel /
AKomp} vi. FA (KB) + (KPeng)+ Adj + (Ket) + (Akomp) vii. FS (KB) +
SN + (KNArah) +FN + { (AKomp)/ (Ket)}
28. Rajah pokok rumus struktur frasa Contoh ayat: Azizah
peguam. (subjek) (predikat) FN FN Contoh ayat: Si Atan sedang
membaca buku itu
29. RUMUS TRANSFORMASIPROSESPENGGUGURAN Pengguguran frasa nama
sebagai subjek Pengguguran frasa predikat
30. PROSESPENGGUGURAN Pengguguran frasa nama yang mendahului
frasa relatif Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti
dalam frasa nama
31. PENYUSUNAN SEMULA Penyusunan semula frasa nama sebagai
subjek Penyusunan semula frasa nama sebagai objek Penyusunan semula
melalui ayat songsang Ayat yang mengandungi keterangan tempat,
masa, syarat dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan
itu hendak difokuskan: 1. Syam bertolak ke Selangor semalam. 2.
Semalam Syam bertolak ke Selangor. 3. Bertolak ke Selangor Syam
semalam.
32. PROSES PELUASANPROSES PELUASAN Peluasan frasa nama sebagai
subjek Peluasan frasa predikat Peluasan dengan kata hubung
Penggabungan ayat yang mempunyai konstituen yang sama dengan kata
hubung Rita suka memasak. Atirah suka memasak. Rita dan Atirah suka
memasak Peluasan melalui proses komplementasi Maria memberitahu
kami. Jamuan hari raya ditangguhkan. Maria memberitahu kami bahawa
jamuan hari raya ditangguhkan.
33. Tatabahasa Dewan: Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim
Musa, dan Abdul Hamid Mahmood
34. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim (1993)
(Aliran Transformasi Generatif dan bercampur dengan Tradisional dan
Struktural). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan
buku-buku yang terpilih dan sumber. Analisis kandungan merupakan
kaedah utama yang digunakan untuk meneiliti perubahan kata tunggal
bahasa Melayu mengikut aliran. Penyelidik menggunakan kaedah temu
bual dengan beberapa orang informan yang terpilih untuk mendapatkan
maklumat tentang kekuatan pegangan aliran tatabahasa.
35. Kajian sintaksis dan semantik dilihat sebagai satu dasar
pragmatik yang menentukan penggunaan bahasa sebagai interaksi
verbal Menjelaskan susunan bahasa semulajadi dari segi fungsinya.
Memusatkan pengguna memilih dan menggunakan bentuk dan susunan kata
menyampaikan makna yang ingin disampaikan. Mengatur pembentukan
kata, frasa, atau ayat dalam suatu bahasa atau ilmu mengenai hal
itu.