ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK
TENDANGAN FRONTKICK DALAM SUKAN TAEKWONDO
SYARIFAH FATHYNAH BT. SYED SHIEKH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK
TENDANGAN FRONTKICK DALAM SUKAN TAEKWONDO
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya: SYARIFAH FATHYNAH BT. SYED SHIEKH @ S.SHIKH (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (✔ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO. 24, TAMAN CENDERAWASIH, 05460 ALOR SETAR,
Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Hafidz B. Haji Omar
KEDAH DARUL AMAN. Nama Penyelia Tarikh: 11 Mac 2004 ____________ Tarikh: 11 Mac 2004 ______________
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan)”
Tandatangan : ……………………………....................
Nama Penyelia : P.M DR. ABDUL HAFIDZ B. HAJI OMAR
Tarikh : ................................................................
ANALISIS TIGA-DIMENSI PARAMETER KINEMATIK TEKNIK
TENDANGAN FRONTKICK DALAM SUKAN TAEKWONDO
SYARIFAH FATHYNAH BT. SYED SHIEKH
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : SYARIFAH FATHYNAH BT. SYED SHIEKH
Tarikh : 11 MAC 2004
iii
Khas buat ahli keluarga tersayang.....
Ayahanda Syed Shiekh Syed Abdullah dan Bonda Sharifah Faizah Syed Osman
Syarifah Syahirah, Syed Mohd Syahir, Syed Mohd Fathyn dan Syarifah Syafiqah
Terima kasih atas kasih sayang, dorongan dan pengorbanan
yang diberikan selama ini
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia tesis, Prof. Madya Dr.
Abdul Hafidz bin Hj. Omar di atas tunjuk ajar dan dorongan yang telah diberikan
sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Tidak lupa kepada En. Safrushahar bin Yusoff,
Ketua Unit Biomekanik ISN yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar
kepada penulis dalam menghasilkan penyelidikan tesis ini. Kerjasama daripada pihak
Unit Biomekanik Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara amatlah dihargai.
Selain itu, penulis juga merakamkan penghargaan kepada pensyarah-pensyarah
Sains Sukan yang secara tidak langsung telah membantu penulis menghasilkan
penyelidikan tesis ini.
Tidak ketinggalan penghargaan kepada jurulatih taekwondo Dynamic Club
kerana membenarkan atlitnya menjadi subjek bagi penyelidikan tesis ini. Secara tidak
langsung, penghargaan ditujukan kepada subjek-subjek kajian.
Sesungguhnya tanpa dorongan dan sokongan ibu bapa dan keluarga tidak akan
menjadilah penyelidikan ini. Penghargaan yang sangat tinggi kepada keluarga penulis
yang sentiasa membantu dari segi kewangan dan semangat dalam melakukan
penyelidikan tesis ini.
v
ABSTRAK
Analisis tiga-dimensi kinematik teknik tendangan frontkick dalam sukan
taekwondo adalah satu kaedah mengkuantifikasikan data teknik lakuan bagi
menganalisis prestasi lakuan kemahiran dalam sukan. Kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan parameter kinematik teknik tendangan frontkick dalam sukan taekwondo
serta membuat perbandingan hasil kajian di antara subjek terpilih. Subjek terdiri
daripada dua atlit taekwondo iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Subjek
menjalani eksperimen di tempat kajian dilakukan iaitu Makmal Unit Biomekanik Institut
Sukan Negara, Bukit Jalil. Perisian Silicon Coach Pro-capture dan Ariel Performance
Analysis System (APAS) digunakan bagi menganalisis data kajian ini. Analisis
deskriptif bagi data mentah subjek dan analisis inferensi menerusi Ujian-t dijalankan
bagi membuat perbandingan analisis parameter kinematik tendangan frontkick diantara
subjek. Keputusan dapatan kajian menunjukkan bahawa Ho diterima kerana nilai
kritikal berada di kawasan penerimaan hipotesis. Nilai kritikal untuk parameter sudut
pada fasa persediaan adalah t = –3.418, parameter sudut pada fasa kontek adalah t =
0.144, parameter halaju pada fasa hayunan adalah t = -2.006 dan parameter halaju pada
fasa kontek adalah t = -2.148. Sebagai kesimpulan, tidak terdapat perbezaan yang
signifikan (P>0.05) di antara subjek lelaki dengan subjek perempuan.
vi
ABSTRACT
The three-dimensional kinematic analysis of taekwondo frontkick technique is a
system of quantifying technical data’s of applied skills in sports. The objective of
quantifying such movement was to enable the identification of kinematic parameter that
differentiate the male and female subjects. The experiment was held at Biomechanic
Unit Lab, National Sports Institute, Bukit Jalil. The data collection were conducted with
the Silicon Coach Pro-capture and the Ariel Performance Analysis System. Description
analysis was used to analyze the subject data. The inferensi analysis, T-test, was used in
comparing the frontkick kinematic parameter between subjects. The main comparison
of parameters did not exhibit significant differences between male and female subjects.
The result showes that Ho had been accepted because the critical value falls within the
Ho acceptence zone, with critical values for angle parameter of preparation phase t = -
3.418, angle parameter of contact phase t = 0.144, velocity parameter of swing phase t =
-2.006 and velocity parameter of contact phase t = -2.418. As a result, there is no
significant difference (P>0.05) between the male and female subjects.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Projek
Pengesahan Penyelia
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Halaman Kandungan vii
Senarai Rajah xi
Senarai Jadual xii
viii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Kepentingan kajian 10
1.7 Hipotesis Kajian 11
1.8 Skop Kajian 12
1.9 Permasalahan Kajian 12
1.10 Batasan Kajian 13
1.11 Definisi Operasional 13
1.12 Penutup 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Biomekanik dalam Sukan 16
2.3 Sukan Taekwondo 21
2.4 Tendangan Frontkick 23
2.5 Jantina 24
2.6 Penutup 27
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Pemilihan Sampel 30
3.4 Tempat Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 30
3.5.1 Alat Pengukuran Kajian
3.5.2 Pemilihan Alat Pengukuran Kajian
3.5.3 Prosedur Kajian
3.5.4 Kemudahan dan Peralatan
3.6 Pembolehubah Kajian 36
3.7 Kajian Rintis 36
3.8 Teknik Analisis Data 37
3.8.1 Proses Kalibrasi
3.8.2 Proses Rakaman
3.8.3 Proses Memasukkan Gambar Ke Komputer
3.8.4 Proses Suntingan
3.8.5 Proses Digitasi
3.8.6 Proses Transformasi
3.8.7 Proses Saringan
3.8.8 Proses Pengeluaran Data
3.9 Penutup 40
BAB IV PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Deskriptif Subjek 43
4.3 Analisis Inferensi Parameter Kinematik 43
Tendangan Frontkick
x
4.4 Analisis Sudut Tendangan Frontkick 44
4.4.1 Perubanhan Sudut Pergerakan Subjek
4.4.2 Perbandingan Sudut Kaki Fasa Persediaan
4.4.3 Perbandingan Sudut Kaki Fasa Kontek
4.5 Analisis Halaju 49
4.5.1 Perubahan Halaju Pergerakan Subjek
4.5.2 Perbandingan Halaju Kaki Fasa Hayunan
4.5.3 Perbandingan Halaju Kaki Fasa Kontek
4.6 Perbandingan Parameter Sudut dan Halaju Kaki 53
Di antara Subjek
4.7 Penutup
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan 55
5.2 Perbincangan 56
5.3 Cadangan 60
5.4 Kesimpulan 61
RUJUKAN
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Data mentah bagi umur, berat badan, ketinggian 43
dan kepanjangan kaki subjek
4.2 Perbandingan sudut kaki fasa persediaan 45
4.3 Perbandingan sudut kaki fasa kontek 46
4.4 Data mentah sudut kaki tendangan frontkick subjek 47
4.5 Perbandingan halaju kaki fasa hayunan 50
4.6 Perbandingan halaju fasa kontek 50
4.7 Data mentah halaju kaki tendangan frontkick subjek 51
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Perbandingan Sudut Kaki Antara Subjek 48
4.2 Perbandingan Halaju Kaki Antara Subjek 51
4.3 Lengkungan normal Ujian-t parameter sudut dan 53
halaju di antara subjek
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Data: Sudut segmen tendangan frontkick subjek lelaki 64
B Graf : Sudut segmen tendangan frontkick subjek lelaki 65
C Data: Sudut segmen tendangan frontkick subjek 66
perempuan
D Graf: Sudut segmen tendangan frontkick subjek 67
perempuan
E Data: Halaju tendangan frontkick subjek lelaki 68
F Graf: Halaju tendangan frontkick subjek lelaki 69
G Data: Halaju tendangan frontkick subjek perempuan 70
H Graf: Halaju tendangan frontkick subjek perempuan 71
I Kedudukan Eksperimen Kajian 72
J Proses Kajian 73
K Gambar Rakaman Tendangan Subjek 74
L Pengesahan Kerjasama 75
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Taekwondo merupakan diantara seni mempertahankan diri yang telah diiktiraf
dan digemari ramai di serata dunia. Sejajar dengan nama Tae bermaksud kicking,
Kwon, fisting dan Do, way to do (Kim, 1996), sukan ini banyak menggunakan
tendangan dan tumbukan melalui seninya yang tersendiri. Seninya agak berbeza dengan
seni-seni mempertahankan diri yang lain seperti karate-do, judo, aikido dan sebagainya.
Taekwondo bukan sahaja berperanan sebagai seni mempertahankan diri, malah sebagai
salah satu sukan yang sering dianjurkan dalam kejohanan-kejohanan kebangsaan
mahupun antarabangsa seperti Perlawanan Dunia, Pertandingan Asean, Kejohanan Pan
American, Kejohanan All African, Kejohanan Eropah serta Kejohanan Olimpik. Di
Malaysia sahaja, pelbagai kejohanan samada dari peringkat sekolah sehinggalah ke
peringkat kebangsaan sering diadakan.
2
Perkembangan Teakwondo boleh dikesan sejak 1300 tahun yang lalu di Korea
yang kaya dengan kebudayaan dan seni pertempuran. Ia dikenali sebagai ‘Tae-kyun’
suatu ketika dahulu semasa Dinasti Koguryo pada tahun 37 sebelum Masehi dan dalam
Dinasti Silia, 20 tahun sebelum Koguryo. Sehingga tahun 1960-an, Taekwondo kurang
popular jika dibandingkan dengan Karate Jepun. Namun, ia mula mendapat tempat dan
berjaya menarik minat negara-negara di seluruh dunia. Taekwondo mula berkembang
pada abad ke-20 di negara Korea dan diiktiraf pada tahun 1973. Hasil perkembangan
tersebut, Taekwondo telah diberi pengiktirafan oleh International Olympic Council
(IOC) pada 17 Julai 1980.
Sukan Taekwondo mempunyai tiga cabang utama iaitu mempertahankan diri
(self-defence), lawan (sparring) dan poomse (patern). Walaubagaimanapun, ketiga-tiga
cabang ini perlu menggunakan asas (basic) yang sama. Asas utama dalam Taekwondo
adalah kaki (leg basic) seperti tendangan (kick) yang terdiri daripada turning
kick/roundhouse kick, front kick; ap-chagi, backthrust kick, riverse-swing kick,
chopping kick dan lain-lain. Selain itu, asas tangan (hand basic) seperti tumbuk (punch),
strike, spear finger dan lain-lain juga merupakan asas dalam sukan seni
mempertahankan diri ini.
Menurut Peter Payne (1981), diantara tendangan dengan tumbukan, tendangan
adalah lebih lambat serta menyebabkan tubuh badan menjadi kurang seimbang
(imbalance), namun ianya dapat mencapai jarak yang lebih jauh dan lebih kuat jika
dibandingkan dengan tangan. Selalunya, penggunaan tumbukan adalah untuk bahagian
atas (upper limb) pihak lawan (opponent), manakala tendangan adalah untuk bahagian
bawah (lower limb) pihak lawan (opponent). Taekwondo sememangnya dikenali
sebagai seni mempertahankan diri yang banyak menggunakan kaki berbanding tangan.
Inilah salah satu aspek yang membezakan taekwondo dengan seni-seni mempertahankan
diri yang lain.
3
Tendangan bukan digunakan dalam sukan-sukan mempertahankan diri sahaja,
malah ia juga dilakukan dalam permainan lain seperti permainan bola sepak, sepak
takraw, bola tampar, rugbi dan banyak lagi. Asas pergerakan tendangan dalam mana-
mana sukan adalah kelihatan sama sahaja dari mata kasar. Namun, dalam setiap sukan,
teknik atau cara lakuan yang sebenarnya adalah berbeza. Pelbagai kajian yang telah
dilakukan oleh ahli-ahli biomekanik dalam memperlihatkan keadaan sebenar dalam
teknik lakuan seseorang itu melakukan tendangan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Di Malaysia, Taekwondo merupakan satu sukan yang popular dan sering
dipertandingkan dalam kejohanan seperti SUKMA, MSSM dan sebagainya. Sejarah
penubuhan Taekwondo di Malaysia bermula dengan kedatangan General Choi sebagai
Duta Republik Korea di Malaysia. Bermula dari Wilayah Persekutuan, Taekwondo
terus diperkembangkan ke Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan
Sarawak pada tahun 1967. Kemudian, penubuhan Taekwondo Nasional diperkenalkan
oleh Leow Cheng Koon dan Christopher Lai menandakan permulaan penubuhan
Taekwondo secara rasmi di Malaysia. Tidak lama kemudian satu badan yang
dinamakan Malaysia Taekwondo Association (MTA) ditubuhkan yang menggantikan
Taekwondo Nasional. Setelah pelbagai kejayaan dan sumbangan yang telah diberikan
oleh MTA, pihak Majlis Olimpik Malaysia telah memberi penghormatan kepada MTA
dengan mengiktiraf MTA sebagai salah satu gabungan bersamanya. Sehingga kini,
sukan taekwondo di Malaysia terus berkembang di bawah naungan Malaysia
Taekwondo Association (MTA).
4
Hasil perkembangan sains dan teknologi, pelbagai kajian yang telah dibuat dalam
bidang sukan. Dalam sukan Taekwondo, pelbagai kajian yang telah dibuat bagi
mempertingkatkan mutunya samada dari segi latihan sehinggalah kaedah
kemahiran/skill. Biomekanik telah dijumpai sejak lebih daripada dua milenium dahulu
oleh Aristle. Bidang biomekanik merupakan salah satu daripada kajian-kajian yang
popular di kalangan para penyelidik dan saintis pada masa kini. Biomekanik sukan mula
berkembang dengan pesat pada tahun 1970-an yang bertujuan untuk meningkatkan
prestasi serta mengurangkan risiko kegagalan. Biomekanik adalah satu kajian
pergerakan dan fizik yang diaplikasikan dalam sistem biologikal serta mengaplikasikan
hukum mekanik pada organisma hidup. Terdapat beberapa sub dalam bidang
biomekanik ini seperti antropologi fizikal, ortopedik, bioengineering dan human
performance. Human performance dikategorikan sebagai biomekanik sukan yang
bertujuan untuk mengkaji bentuk pergerakan yang diaplikasikan mengikut sukan
spesifik dengan mengenalpasti ciri-ciri lakuan motor efisyen serta memberi maklum
balas yang tepat mengenai sebab dan kesan sesuatu prestasi lakuan yang dihasilkan oleh
atlit (Hay, 1986). Biomekanik melibatkan dua aspek yang berbeza iaitu kinetik dan
kinematik. Kinematik adalah suatu kajian berkaitan dengan geometri, bentuk (pattern)
atau bentuk pergerakan dengan mengambilkira faktor masa (Susan, 2003). Kinematik
melibatkan aspek posisi, sudut, halaju dan pecutan segmen badan tanpa mengira daya
penyebab kepada pergerakan yang terhasil. Menerusi analisis kinematik yang dijalankan
secara tiga-dimensi dapat menjelaskan dengan terperinci kemahiran yang diaplikasikan
serta membandingkan kelebihan dan kelemahan aplikasi teknik berdasarkan kesesuaian
anatomi dan mekanikal individu (Hay, 1985). Terdapat dua jenis analisis di dalam
analisis kinematik iaitu analisis kualitatif dan analisis kuantitatif. Analisis kuantitatif
adalah melibatkan nilai-nilai angka (data) manakala analisis kualitatif pula merujuk
kepada gambaran kualiti tanpa penggunaan nilai-nilai angka. Maka, analisis kuantitatif
lebih sofiskated jika dibandingkan dengan analisis kualitatif yang kurang konkrit.
Analisis tiga-dimensi merupakan suatu kaedah analisis yang lebih kompleks dari
segi prosedurnya jika dibandingkan dengan analisis secara dua-dimensi. Analisis tiga-
5
dimensi berupaya memperlihatkan keseluruhan pergerakan tubuh badan dan secara lebih
realiti dengan pergerakan yang dikaji. Ia juga lebih praktikal dan memerlukan
penggunaan komputer yang kompleks. Analisis secara tiga-dimensi membenarkan sudut
antara segmen boleh dikira secara tepat dan pengiraan sudut-sudut lain yang sukar di
lihat dari satu kamera.
Berdasarkan teori Henrik Sorensen, Morten Zacho, Erik B. Simonsen, Poul
Dyhre-Poulsen and Klaus Klausen (1996), front kick merupakan tendangan yang
digunakan pada kebanyakan seni mempertahankan diri. Lakuan pergerakan tendangan
frontkick adalah proksima-dista lurus yang melibatkan penggunaan lutut dan kaki. Lutut
memberi peranan yang penting dalam menentukan sudut, kekuatan serta kelajuan
sesuatu tendangan. Permainan bola sepak banyak menggunakan sepakan atau boleh
dikatakan sebagai tendangan, tetapi target atau sasaran untuk melakukan sepakan atau
tendangan berada di atas tanah berbanding dengan tendangan yang sebenar di paras
dagu. Menurut Putnam (1983), Robertson and Mosher (1985) Dunn dan Putman (1988),
perbezaan paras sasaran menghasilkan sudut sendi lutut serta kelajuan yang berbeza.
Tendangan frontkick dalam sukan taekwondo ini telah dikenalpasti mempunyai
tiga peringkat lakuan yang utama iaitu:
i. Peringkat Persediaan
Di peringkat ini, kedudukan kaki di buka dengan seluas bahu serta satu kaki
di hadapan dan satu lagi di belakang. Kaki yang di belakang merupakan kaki
yang akan melakukan tendangan. Lutut mestilah dibengkokkan dengan jari-
jari kaki menghala ke hadapan. Berat badan di atas bebola kaki, belakang
badan dan kepala tegak. Tangan pula mestilah digenggam dan dalam keadaan
‘guarding block’ iaitu tangan pada paras badan.
6
ii. Peringkat Hayunan
Peringkat ini merupakan peringkat semasa proses ke arah mencapai sasaran
dengan satu gerakan yang linear. Kaki di belakang diangkat ke hadapan dan
lutut membengkok menghasilkan suatu keadaan fleksi. Kaki yang
menyokong bengkok sedikit bagi mendapatkan kestabilan.
iii. Peringkat Kontek
Bermula dari keadaan fleksi menjadi ekstensi. Hujung kaki menghala ke
hadapan kepada sasaran dalam keadaan dorsi fleksi. Kaki yang menyokong
membengkok sedikit dan tangan masih dalam keadaan ‘guarding block’.
Semasa seseorang melakukan pergerakan, sendi-sendi segmen badan akan bertindak
balas dan menghasilkan kinematik seperti posisi, halaju, pecutan dan sudut pergerakan.
Contohnya semasa berjalan kaki, tindak balas sendi pada bahagian bawah badan (lower
limb) melibatkan bahagian sokongan (supporting limb) dan bahagian hayunan (swinging
limb). Lakuan ini melibatkan torgue iaitu suatu daya yang terhasil daripada suatu
gerakan putaran (rotary). Kanak-kanak kurang menggerakan bahagian atas badan (arm
and trunk) semasa melakukan tendangan dengan amplitud yang rendah semasa hayunan
belakang (backswing), dan sangat sedikit atau tiada ikut lajak (Marlene dan John, 1995).
Semasa melakukan tendangan frontkick ini, beberapa bahagian segmen badan utama
telah dikenalpasti seperti bagi tujuan mendapatkan data:
i. Metatarsophalangleal (metatarsophalangeal)
ii. Pergelangan Kaki (ankle)
iii. Lutut (knee)
iv. Pinggang (hip)
v. Bahu (shoulder)
vi. Siku (elbow)
vii. Pergelangan tangan (wrist)
7
viii. Kepala (head)
Faktor kinanthropometry seperti saiz, bentuk, proportion, komposisi,
kematangan dan gross function seperti tumbesaran, bersenam, persembahan dan
pemakanan adalah faktor yang dapat membezakan persembahan seseorang atlit. Satu
konsep dalam mengenali jenis tubuh seseorang adalah somatotaip yang terdiri daripada
ektomorph, endomorph dan mesopmorph. Ketiga-tiga jenis bentuk tubuh ini
mempengaruhi lakuan dalam sesuatu pergerakan. Selain itu, di antara dua jantina juga
terdapat perbezaan yang ketara samada dari segi fizikal dan mental. Menurut laporan
Bransfort and Howley (1977), tenaga terhasil oleh perempuan Caucasian daripada larian
di atas treadmill adalah 5% lebih tinggi berbanding lelaki. Ini adalah kerana komposisi
badan perempuan iaitu kandungan lemak badan yang berfungsi sebagai bahan
metabolisma adalah berbeza di antara lelaki dengan perempuan. Perbezaan di antara
lelaki dengan perempuan adalah kelemahan pada lelaki adalah lebih kurang daripada
perempuan (Newman, 1985 & Tuana, 1989). Faktor anatomi pada lelaki dan perempuan
juga jauh berbeza. Contohnya pada bahagian kaki di mana keadaan kaki lelaki adalah
tertutup manakala kedudukan kaki perempuan adalah terbuka. Hal ini disebabkan oleh
saiz tulang pelvis bagi perempuan adalah lebih besar daripada lelaki.
1.3 Pernyataan Masalah
Sukan taekwondo banyak menggunakan tendangan jika dibandingkan dengan
penggunaan tumbukan dalam sesuatu perlawanan. Di dalam latihan taekwondo,
jurulatih akan memberi banyak penekanan kepada tendangan memandangkan kutipan
mata dalam sesuatu perlawanan diambil mengikut tendangan kepada sasaran iaitu dari
bahagian kepala sehinggalah paras pinggang (Kim, 1996). Namun, sebagai alat
8
mempertahankan diri, tendangan bolehlah dibuat pada sebarang bahagian pihak lawan
iaitu dari bahagian kepala sehinggalah ke kaki dengan tujuan menjatuhkan pihak lawan.
Tendangan yang baik dalam sukan taekwondo akan menghasilkan suatu
tendangan yang mempunyai impak yang kuat, cepat dan berkesan. Pengaplikasian
sesuatu tendangan itu perlulah tepat kepada sasaran iaitu dengan teknik yang betul.
Berbantukan ilmu biomekanik sukan dengan peralatan-peralatan yang berteknologi,
parameter kinematik seperti parameter halaju, sudut, pecutan dan ketinggian pusat
graviti dalam melakukan teknik tendangan frontkick dapat dikenalpasti. Pengetahuan
terhadap maklumat parameter kinematik teknik tendangan yang diaplikasikan akan
membantu pemain memahami aspek lakuan segmen tubuh dengan lebih berkesan serta
boleh dijadikan panduan jangkaan menerima tendangan.
Lelaki dan perempuan adalah berbeza samada dari segi paras rupa mahupun
mental. Perbezaan jantina juga dapat mempengaruhi teknik dalam apa jua sukan
termasuklah tendangan frontkick dalam sukan taekwondo. Menerusi sains, jelas
dibuktikan terdapat perbezaan yang ketara dalam anatomi, fisiologi mahupun
biomekanik lelaki dengan perempuan. Penyelidik akan cuba mengkuantifikasikan
kinematik teknik tendangan frontkick secara tiga-dimensi di kalangan subjek terpilih
yang terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan. Penyelidik juga akan membuat
perbandingan teknik tendangan menerusi perbandingan parameter sudut dan halaju kaki
sepak mengikut fasa di antara kedua-dua subjek.
9
1.4 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti untuk kajian ini, seperti;
1.4.1 Adakah terdapat perbezaan di antara parameter sudut kaki sepak subjek
pada fasa persediaan?
1.4.2 Adakah terdapat perbezaan di antara parameter sudut kaki sepak subjek
pada fasa kontek?
1.4.3 Adakah terdapat perbezaan di antara parameter halaju kaki sepak subjek
pada fasa hayunan?
1.4.4 Adakah terdapat perbezaan di antara parameter halaju kaki sepak subjek
pada fasa kontek?
1.5 Objektif Kajian
Objektif-objektif kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti yang berikut:
1.5.1 Mengkuantifikasi parameter kinematik teknik tendangan frontkick dalam
sukan taekwondo secara tiga-dimensi.
1.5.2 Membuat perbandingan parameter kinematik sudut kaki sepak teknik
tendangan frontkick di antara subjek-subjek terpilih.