ANEURYSM
DEFINASI
Bengkak seperti belon dalam dinding arteri akibat penyakit atau kecacatan kongenital. Aneurysm biasanya berlaku pada arteri di dasar otak dan aorta di kenali sebagai aortic aneurysm.
JENIS-JENIS ANEURYSM
Antara jenis-jenis aneurysm ialah:
1. Aortic aneurysm.
2. Cerebral aneurysm.
3. Thoracic aneurysm.
PATOFISIOLOGI
Aneurysm terjadi apabila bengkak pada salur darah mengelembung dan pecah.
Perubahan fizikal pada diameter aortic boleh berlaku kerosakan pembinaan protein daripada dinding aortic atau jangkitan.
Melibatkan 3 lapisan iaitu tunica intima, tunica media, tunica adventitia.
ETIOLOGI
Atherosclerosis
- Plak-plak berlemak berkembang pada dinding-dinding dalam arteri dan akhirnya menyebabkan penyekatan aliran darah.
Kecederaan pada dada.
- Contohnya kecederaan yang berlaku akibat daripada hentakan.
Merokok
Vasculitis.
- inflamasi dinding-dinding pembuluh-pembuluh darah kecil secara bertompok.
Marfan síndrome.
- gangguan keturunan tisu perantara dicirikan oleh ketinggian yang berlebihan, jari kaki dan jari tangan yang kurus dan lebih panjang daripada normal.
MANIFESTASI KLINIKAL
Sakit pada bahagian belakang atau sebelah abdomen. Kesejukan Kebas atau tingling (sesemut). Berpeluh. Kadar degupan jantung cepat. Dizziness (pitam). Lemah dan mudah letih.
KOMPLIKASI
Pneumothorax- kehadiran udara dalam kaviti pleura.
Hemothorax- kehadiran darah dalam kaviti pleura.
Hemopneumothorax- kehadiran darah dan udara dalam kaviti pleura.
UJIAN PENGESAHAN
Chest x-ray. Electrocardiogram (ECG). CT scan. MRI (magnetic resonance imaging).
RAWATAN
Rawatan medikal.
- Ubat-ubat ini digunakan untuk mengurangkan tekanan, merehatkan saluran darah dan mengurangkan risiko ruptur (pecah). Fungsi ubat ini ialah menyekat pergerakan ion-ion kalsium yang melintangi sel membran serta menekan pembentukan impuls.
PROGNOSIS
Lelaki mudah untuk mendapat aneurysm berbanding dengan perempuan. Risiko untuk mendapat aneurysm meningkat apabila dewasa. Biasanya berlaku diantara umur 35-60 tahun.
BAGAIMANA ANEURYSM BOLEH DIELAKKAN?
Berhenti merokok. Makan makanan rendah lemak dan kolestrol.
- untuk mengurangkan plak-plak lemak pada arteri yang boleh menyebabkan berlakunya penyempitan pada arteri.
Mengawal tekanan darah tinggi . Mengawal kadar kolestrol yang tinggi. Sentiasa melakukan aktiviti fizikal
- Contohnya senaman
MASALAH KEJURURAWATAN
1. Bimbang berkait dengan pembedahan yang akan dilakukan .
Matlamat:Pesakit akan mendapat ketenangan dan tidak bimbang lagi.
Tindakan kejururawatan.
1) Menilai tahap kebimbangan pesakit- melalui mimik muka yang resah, kegelisahan dan aduan pesakit takut.
Rasional: Supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan
2) Berikan sokongan emosi:
- tenangkan hati pesakit atau menemani pesakit jika perlu.
Rasional: Agar kebimbangan pesakit dapat dikurangkan.
3) Beri penerangan prosidur yang hendak dijalankan.
Rasional: Agar pesakit faham dengan prosidur yang akan dilakukan.
4) Galakkan waris melawat.
Rasional: Supaya pesakit mendapat keyakinan diri.
Penilaian:
- Pesakit kelihatan tenang dan ceria serta memberikan kerjasama dalam setiap prosidur yang dijalankan.
2. Gangguan keselesaan berkait dengan rasa sakit.
Matlamat: Kesakitan pesakit dapat dikurangkan Tindakan kejururawatan.
1) Nilai tahap kesakitan pesakit melalui:
Aduan pesakit, mimik muka yang kesakitan dan bahagian yang sakit.
Rasional: Supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan.
2) Rehatkan pesakit.
3) Posisikan pesakit dalam baringan yang selesa dan dengan aligment yang betul.
Rasional: Supaya kesakitan pesakit dapat dikurangkan.
4) Beritahu doktor dan beri ubat mengikut arahan.
Rasional: Kesakitan dapat dikurangkan.
Penilaian
Pesakit berasa selesa dan kesakitan yang dialami dapat dikurangkan.
3. Lemah dan kurang keupayaan untuk melakukan ADL berkait dengan penyakit.
Matlamat: Pesakit dapat melakukan aktiviti harian dengan baik tanpa bantuan atau sebaliknya.
Tindakan kejururawatan:
1) Ases tahap keupayaan pesakit.
2) Membantu pesakit melakukan ADL
3) Letakkan barang untuk ADL dekat dengannya.
4) Galakkan waris membantu
5) Beri sokongan moral
Penilaian:
Pesakit boleh melakukan ADL tanpa/dengan bantuan.