Transcript
  • AMALI STAB 2023

    EKOLOGI TERESTRIAL

    Kuala Gula Bird Sanctuary

    4-7 April 2014

    Bahagian Tumbuhan: Profil Hutan

    Objektif: Untuk menentukan struktur profil hutan, komposisi dan kepelbagaian spesies pokok bakau di Kuala

    Gula

    Saiz plot: 50 x 10 m

    Saiz kuadrat: 10 x 10 m

    Kaedah kerja:

    1. Setiap kumpulan perlu tag dan banci semua pokok bersaiz DBH > 5 cm di dalam kuadrat bersaiz 10 x 10

    m

    2. Data yang perlu di ambil:

    a. No. tag pokok

    b. DBH pokok

    c. Ketinggian pokok

    d. Koordinat (x,y) pokok daripada bucu kuadrat masing-masing

    e. Saiz kanopi

    3. Data yang diperolehi digunakan untuk sediakan:

    a. Profil menegak hutan

    b. Profil pandangan atas

    4. Setiap kumpulan perlu bentangkan secara lisan (pagi Isnin) dan bertulis (diserahkan sebelum bertolak

    balik ke UKM), hasil profil hutan KESEMUA gabungan kuadrat dengan memberi maklumat berikut:

    a. Ketinggian maksimum dan minimum pokok dan purata tinggi pokok

    b. Saiz DBH maksimum dan purata DBH pokok

    c. Bilangan lapisan kanopi profil menegak

    d. Bilangan dan saiz fasa luang berdasarkan profil pandangan atas

    e. Kepadatan individu pokok di dalam kuadrat

    f. Graf bilangan individu melawan kelas DBH (5 kelas DBH)

    g. Corak taburan individu pokok bagi satu spesies yang dipilih di dalam keseluruhan plot bersaiz

    50 x 10 m menggunakan Indeks Morisita

    h. Kekerapan, kepadatan, luas pangkal dan Indeks Kepentingan Spesies, IVi untuk setiap spesies

    yang hadir di dalam plot 50 x 10 m.

    i. Status kepelbagaian spesies menggunakan indeks yang sesuai

    j. Berdasarkan semua maklumat di atas, beri kesimpulan terhadap status gangguan (tiada,

    sederhana atau tinggi) dan anggaran peringkat sesaran (awal, pertengahan atau akhir sesaran).